The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

first time

3.1K 237 32
By akuorgbiasa

"...bahawa tarikh permulaan puasa, bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu.."

Punat di pengawal jarak jauh televisyen di ruang tamu rumahnya itu ditekan. Keluhan panjang dilepaskan. Dia pandang kiri dan kanan rumah yang terasa sunyi.

Tangan kanan diunjurkan mencapai telefon bimbit yang terletak di meja sisi.

Tetingkap aplikasi Telegram dibuka. 

+Malaysia start puasa Sabtu. Sana bila?

Laju tangannya menaip dan terus dihantar ke penerimanya.

-Sini mana ada tok tu announce bila puasa ngok. Tapi member-member aku kata sama.tapi aku start berlapar dulu lah dari kau.. tapi buka pun lebih awal. Nanti kau tengah haus-haus tu, aku hantar gambar makanan berbuka aku... 😝

Dia tersengih. Geleng kepala. Bila tah nak matang budak ni!

+Tak herannya aku... Kau ingat aku budak darjah 1 ke nak terliur tengok makanan berbuka kau?

-😂😂

-Alah, cuba nasib je. mana tau kau terliur. 

-Tapi kau jangan hantar gambar makanan sana. nanti aku kempunan... 😢

Terus hilang senyuman tadi. Hati terasa pedih tiba-tiba mengenangkan si dia di perantauan. Entah sahur dan berbuka dengan apa mamat tu. Dia tu bukan pandai masak!

+Nak aku hantar supply ke? 

-Tak payah. Semua cukup lagi. Barang lengkap. Rasa tu yang tak lengkap. Kau tak ada. Daddy tak ada. Una tak ada. Mak Teh tak ada.

An terus berdecit.

+Aku suruh balik, tak nak. Dapat puasa 2,3 hari dekat sini, jadilah!

-Membazir dowhh... Kau ingat Tokyo-malaysia, macam umah kita ke Sunway Pyramid? Nanti daddy bising..

+Tak ada makna daddy nak bising. Tah-tah dia lagi suka kau balik.

-Kalau daddy tak bising, singa betina tu yang bising! haha. Malas aku...

+Dia memang bising sentiasa. macam tak biasa. 

+Lagipun, aku rasa kalau kau balik, dia tak bising. Una tengah rindu kau. Hari tu aku nampak dia termenung dekat buai peluk helmet kau. tebiat agaknya kakak kau tu... helmet busuk kau tu dia peluk! 😂

-🥲🥲🥲

-first time kita tak puasa & raya sama-sama kan, An? Cam pelik lak...

An kaku. Jari bersedia menaip balasan, tetapi otak beku tak tahu apa patut dibalas. Hati terasa seperti dicucuk-cucuk duri.

Dah beberapa bulan abang kembarnya itu merantau ke Jepun. Baru sahaja dapat menyesuaikan diri berpisah dengan Har, datang pula Ramadhan.

Seumur hidup, memang tak pernah sekalipun mereka berjauhan di hari pertama puasa dan hari raya. Ini kali pertama.

Terasa kelopak mata dipenuhi air mata.

+memang pelik ah cerita dia...

Memang pelik. Tersangat pelik. Dan tersangat memilukan...

× × × × ×

Dia berbaring malas di atas katilnya. Baru sekejap tadi daddy memberitahu dia tak dapat balik berbuka. Ada kerja yang harus diselesaikan. Jadi ayahnya itu bakal berbuka di pejabat sahaja. Mak teh dah dijemput anaknya untuk berbuka bersama keluarga. Una pula di kampus. Tak balik.

Jadi dia keseorangan. Makanan berbuka dah siap semuanya disediakan mak teh tadi.

An mengeluh.

Bapak sedih berbuka sorang-sorang!

Telefon bimbit dia ambil lalu panggilan dibuat.

"Yo!"

"Buat apa? Masak untuk berbuka ke?"

Har ketawa. "Aku nak pergi berbuka masjid je. Budak-budak ni kata kat masjid memang ada sediakan makanan berbuka."

"Oh..."

"Mak teh masak apa?"

"Entah. Aku tak tengok." Ringkas jawabnya.

Sepi.

"Aku sorang dekat rumah. Semua tak ada. Daddy ada kerja. Una tak balik. Mak teh dah balik rumah anak dia," sambung An lagi.

"La, kesiannya. Jomlah. Buka di masjid dengan aku." Seloroh si abang.

An tergelak kecil.

"Oklah. Saje call. Aku ingat kau tengah masak. Nak pesan jangan bakar dapur."

Har ketawa galak. "Bongok!"

An turut tertawa kecil.

"An.."

"Hmm?"

"Selamat berbuka, An..."

Hilang senyum An. Entah kenapa, ucapan abang kembarnya itu buat hatinya pilu tiba-tiba.

"Selamat berbuka, Har..."

Sepi sejenak.

"Ok, bye!" Serentak dua beradik itu berkata dan terus mematikan talian.

An berdecit.

Adoiii..... Sedihnya!!!!

Tiba-tiba telefon bimbit di tangan berbunyi.

Dee

Dia pandang lama skrin itu sebelum menjawab.

"Hello..."

"Hello, An! Buat apa tu? Tidur ke?" Ceria suara kekasihnya itu di talian sebelah sana.

"Mmm...."

"Oh, sorry, sorry.. Tak apa lah. Nanti kita call semula. An tidurlah!"

"Eh, Dee! Jap, jap..."

"Ya?"

"Dee... err... dekat mana?"

"Dekat rumah. Kan kita dah bagitahu An," jawab Dira.

"Oh..."

"An dekat rumah, kan?"

"Hmm...."

"Mak teh An masak apa?"

"Entah. An tak tengok. An buka sorang kot. Semua tak ada."

"Heh? Seriuslah? Daddy An mana?"

"Ada kerja." Ringkas jawabnya.

"Kak Una?"

"Tak balik."

"And Har jauh......" Tiba-tiba dia sendiri memberitahu hakikat yang Dira dah sedia maklum.

Terdengar keluhan gadis itu.

"Ciannya dia... An nak kita teman An berbuka?"

Tubuh yang lembik berbaring tadi terus tegak mendengar pelawaan Dira. Kembang hatinya. Terasa senang Dira menawar diri untuk berbuka dengannya.

"Boleh?"

"Jap, kita tanya ibu dulu eh? Kalau boleh, An jemput kita pukul.... pukul 530!"

An senyum. "Okey, sayang!"

"Jap! An cakap apa tadi?"

An berdecit. "Apa?"

"An panggil kita sayang kan, tadi?"

Semerta wajah An memerah. "Mana ada! Perasan. Penat sangat puasa ke apa?"

"Ya! Kita dengar An sebut sayang tadi."

An sengih. "Dah, dah. Pergi tanya cepat. Nanti call An balik! Bye!"

Panggilan diputuskan. Dia lantas bangkit.

Mandi! Nak buka dengan sayang!

× × × × ×

Bunyi telefon bimbit buat dia berlari keluar daripada bilik air dengan hanya bertuala. Badan pun masih bersabun.

"Hello..."

"An..., err.... ibu... ibu nak cakap." Suara Dira itu buat mata An sepet An buntang.

"Hello, assalamualaikum, Johan."

"Ya.. ya, aunty. Eh, waalaikumussalam!"

Dia lantas gosok mata dek rasa gementar bercakap dengan ibu kekasihnya itu. Terlupa tangan masih bersabun, lalu pedihlah mata kecilnya itu.

"Aduh, pedih!"

"Hah? Pedih? Kenapa pulak tu?"

An tepuk dahi.

Kau dah kenapa An!!

"Sorry, sorry. Tak ada apa..."

Ibu kepada Dira itu ketawa.

"Ni, aunty nak bagitahu. Tak payahlah Johan dan adik keluar berbuka berdua ya. Kami sekeluarga nak berbuka ramai-ramai. Abang dia pun balik hari ni."

An tertunduk kecewa. Dahlah mata sebelah tak boleh buka kena sabun! Bapak sedih ah hidup sekarang ni.

"Baik, aunty. Faham..."

"Adik kata Johan sorang-sorang dekat rumah, ya? Apa kata Johan berbuka dengan kami je. Buka puasa ramai-ramai dengan kami."

Sekali lagi mata An buntang.

"Err...."

"Tak payah segan-segan. Mari buka puasa dengan kami. Bukan Johan tak kenal. Kami-kami je anak beranak."

An garu kepala.

"Datang, ya? Jangan buka puasa sorang-sorang. Kesian. Kita buka puasa sama-sama. Ya?"

Ajakan lembut ibu Dira itu buat An tersentuh. Dia senyum.

"Okay, aunty."

"Okay. Kami tunggu. Johan ada suka kuih apa-apa tak? Nanti aunty suruh abang pergi cari dekat bazar."

"Eh, tak payah, aunty. Makan je semua."

"Dia suka tepung pelita, bu!" Ada suara menyampuk.

"Oo, tepung pelita. Okay. Nanti aunty suruh abang beli lebih. Dia pun suka tu."

Johan garu dahi pula.

"Datang, ya? Jumpa kejap lagi. Nah, adik!"

Telefon bertukar tangan.

"An..."

"Jangan nak bergayut lama-lama! Tolong ibu dekat dapur.."

Terdengar suara Dira berdecit. "Ya. Kejaplah. Ibu ni. Tak bagi can langsung."

An tergelak kecil.

"An..."

"Hmm..."

"Sorry. Ibu and ayah tak bagi pulak kita keluar dengan An. An okay ke buka puasa sini dengan family kita?"

"Okay."

"Okay. Kita pastikan abang tak sakat An. Kalau dia kacau An, kita sekeh kepala dia!"

An tertawa.

"An datang tau! Buka puasa dengan kita. Kita tahu An sunyi. Har tak ada. Your first time tak puasa dengan Har, kan?"

An diam lama. Terharu. Rupanya Dira tahu perasaannya kala ini.

"Okay." Jawabnya setelah beberapa ketika menyepi.

"Pakai baju maroon. Kita pakai maroon kejap lagi."

An tertawa lagi. "Nak berbuka ke, nak photoshoot? Siap ada tema color."

"Alah, kita excited ni. Bakal suami kita datang berbuka dekat rumah family kita. Haruslah matchy-matchy..."

An geleng kepala. Namun, hatinya kembang semangkuk hanya Tuhan yang tahu.

Bakal suami katanya...

"Tau, An? Maroon. An kenal tak maroon yang mana? Nanti kita hantar gambar color maroon. Ada satu shirt An warna maroon."

"Tahulah! Ingat An buta warna ke?"

Kali ini si gadis terkekek ketawa.

"Okay. Pakai baju tu. Kita memang suka tengok An pakai shirt maroon tu. Cem ngat. Duk-duk-duk ati titew..."

An berdecit. Namun muka terasa berbahang.

"Mula dah cakap bahasa pelik tu. Dah lah! An nak siap. See you later."

"Okay, An. Tazzabar nak jumpa An... Mishyu...mishyu..."

An sengih lagi. Geleng kepala.

"Bye, sayang."

Dan panggilan diputuskan.

Namun tak lama telefonnya berdering lagi.

"An panggil kita sayang, kan?? Betul kan?? Dua kali dah hari ni! Kan? Mengaku cepat!"

An tertawa. "Dah la weiii... aku nak mandi ni!"

Dan dia putuskan panggilan lagi.

Memang sayang.... sayang sangat....

Continue Reading

You'll Also Like

50.5K 1.8K 37
[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan h...
Anthem By hlovate

General Fiction

92.6K 4.7K 77
Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.g...
1M 18.6K 62
Dont trust anyone who says love to you
8.6K 389 41
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...