Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

88.7K 5.9K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
SEGMEN PENULIS

EPILOG

2.9K 112 9
By stargazell

Segala info dalam bab ini hanyalah rujukan daripada internet semata-mata. Sebarang kesilapan dan kesalahan, minta dibetulkan. Sama-sama kita belajar, Insha-ALLAH.

.

.

SULAIMAN anggukkan kepala.

Aizat yang berbaju melayu hitam tanpa sampin mula bangkit. Sebelah tangan memegang sehelai kertas.

"Bismillahirahhmanirahim..."

Suasana rumah kayu itu mula berangin. Semua yang ada utuh berdiam diri.

"Ya Allah , sesungguhnya aku mewakili diriku dan seluruh ahli keluarga keturunanku dengan penuh kesedaran, keinsafan dan pertaubatan, dengan ini berikrar bahawa..."

Semakin kencang angin bertiupan. Bibir Sulaiman terkumat-kamit membaca bacaan-bacaan surah, diikuti jemaah yang lain menuturkan ayah kursi.

"Wahai para jin…

Kami ingin memutuskan semua perjanjian, atau ikatan yg kami, atau orang sebelum kami, atau keluarga besar kami, yang sekiranya perjanjian itu pernah lakukan, baik secara sedar mahupun tidak dengan segolongan jin.

Kami mengharamkan tubuh badan kami dari dimasuki, dihuni atau diperlakukan dengan apa jua tujuan, oleh apa jua jenis jin dan pada bila-bila masa.

Kami menegaskan bahawa kami dengan penuh yakin dan percaya kepada Allah dan hanya kepadaNyalah bergantung mengharapkan perlindungan dan pertolongan, bukan kepada mana-mana golongan jin."

"Huwarghhh!!!" Rumah jadi bergegar dengan suara makhluk halus ini yang berteriak. Dia marah.

"Teruskan Aizat!"

Aizat menggigil namun digagahkan jua. Suara dikuatkan, melawan ngauman sang jin yang mula mengamuk.

"Kami sesungguhnya memutuskan perjanjian antara kami atau nenek moyang kami dengan kamu wahai jin, maka pergilah kamu, kembalilah ke tempat asal kamu, cukuplah dengan apa yang terjadi sehingga saat ini. Kami bebaskan kamu dan kami mendoakan agar kamu nanti menjadi makhluk Allah yang beriman dan taat kepadaNya. Sekiranya kamu enggan dan engkar, maka dengarkanlah… Ya Allah, mulai dari saat dan ketika ini.

Aku tidak menghalalkan semua makanan dan minumanku, seluruh anggota tubuhku dari semua jin yang berada di dalam dan di luar tubuhku atau yang menggangguku.

Ya Allah, Sekiranya mereka (jin) makan dan minum, jadikanlah Ya Allah semua pemberian dan milikMu itu Ya Allah, sebagai racun buatnya, racun yang amat panas, racun yang amat berbisa, racun yang membakar, racun yang membunuh semua jin-jin itu Ya Allah.

Dengan haq La ilaha illallah Muhamadurasulullah. Amin Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin." Aizat nokhtahkan ikrar pemutus perjanjian yang bertujuan melepaskan ikatan jin saka dengan keluarga dan keturunan keluarga tersebut.

Serentak itu juga bunyi kuat bergema.

Pom!

"AAAARRRGHHHH!!!!" Aizat menggelupur bagaikan mayat dibakar apabila muncul saka yang selama ini mendampinginya mula berubah watak. Menjadi lebih agresif.

Kaki mula terasa basah. Sang saka itu menerkam Aizat lalu dengan kuku yang tajam dibenamkan dari bawah perut Aizat hingga ke hujung kaki. Dilakar garisan-garisan besar sebelum kaki itu membengkak lalu rasa kejang.

Aizat tersadai lemah. Jatuh terbaring. Cuba digerakkan kaki namun hampa. Aizat sendiri tidak mampu merasakan anggota itu. Jika dilihat, tiada pendarahan teruk. Hanya lebam-lebam dek tindakan jin itu namun peritnya tetap terasa.

"Kau jangan fikir boleh lari daripada aku!" Bergoncang hebat rumah orang tua Aizat.

"Aku adalah warga jin yang sedari nenek moyang aku lagi berikrar dan berjanji untuk menyesatkan dan membinasakan kaum cucu cicit Adam hingga ke hari kiamat!! Kau semua adalah makhluk yang jijik!! Kononnya diangkat menjadi khalifah walhal kalian sendiri yang menyimpang dengan janjian kalian!! Kerana itu yang membezakan kalian daripada kami!! Kami berpegang pada ikrar dan janji kami kepada Allah untuk membawa seramai daripada kalian ke neraka jahannam bersama kamii!!"

Semua yang mendengar bicara jin itu mendiam. Tidak berani menyahut.

Sulaiman kekal tenang. "Berambus kau wahai jin terlaknat! Dia sudah pisahkan perjanjian dia dengan kalian! Jangan diganggu mereka lagi!"

Jin itu gelak besar.

"Manusia terlalu sombong sedangkan ciptaan jin itu lebih hebat dibandingkan kalian. Sedangkan kami taat pada Allah tatkala kami adalah malaikatnya daripada kalian yang diangkat sebagai khalifah tetapi memungkiri! Bahkan mempermainkan hukum Allah demi kepentingan nafsu!"

"Itu semua adalah kerana kau, jin terlaknat!" Sangkal Sulaiman.

"Kerana kami itu mahkluk yang mengotakan janji!"

"Pergi sebelum aku bakar kau!" Serentak itu juga bibir Sulaiman menutur alunan suci Al-Quran. Sekelip mata angin kencang menampar seisi rumah sebelum menghilang pergi. Rumah menjadi jeda. Hilang segala perkara aneh yang tadi menopoli rumah.

Amri memandang Izuan sebelum dua-dua bangkit mendapatkan Aizat. Dipapah tubuh itu bangkit.

"Sakit... Sakit..." Desir Aizat.

Sulaiman menghampiri. "Dia enggan lepaskan kamu. Abi tak rasa dia akan pergi begitu sahaja. Kamu kena kuat untuk lawan dia. Jangan takut pada dia. Dia hanya makhluk Allah."

"Baik, abi."

Aizat menunduk merenung kaki yang sudah hilang fungsi. Bibir dikemam. Kifarah buatnya atas segala khilafnya. Membelakangi Tuhan yang sebenar demi nafsunya. Benar kata jin tadi. Memang tepat dengan batang hidungnya.

Dek terlalu tamak, dia jadi buta hati. Nafsu menjadi tonggak hinggakan Halimah terpaksa korbankan nyawa demi menyedarkan dia.

"Amri... Aku nak jumpa Syuhada." Pinta Aizat. Amri sekadar akur. Bersama Izuan dipapah tubuh itu menghampiri Syuhada yang duduk di sudut terhujung rumah di samping Bella dan Sofea. Di atas riba Syuhada terbaring Syahadat yang tangannya melingkari pinggang Syuhada.

Sudah dua minggu sejak Syuhada ditahan di wad. Hadirnya Sumayyah membantu sedikit sehanyak Syuhada. Alhamdulillah, dah lepas tahap kritikal. Syuhada boleh mula makan sedikit demi sedikit hinggalah doktor beri kebenaran untuk pulang.

Yang paling risau pastilah Syahadat. Hingga tak mahu tinggalkan Syuhada tatkala waktu melawat tamat. Menangis-nangis saat Zack membawanya pergi.

"Syu... Saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas semua penderitaan awak. Saya mengaku dalang semua ni adalah saya. Saya yang curi arwah Farhan dan larikan. Saya yang sengaja ikut awak ke Pahang untuk dapatkan perhatian awak dan Syah. Saya yang santaukan awak. Saya tak pernah disantau pun tetapi saka saya buat saya naik gila sampai saya hilang diri saya. Saya mengaku yang memang dari awal niat saya untuk buat awak terseksa lebih-lebih lagi bilamana saya mula berhajat untuk ubah wajah saya seperti bekas suami awak. Saya yang tak boleh terima yang awak tolak saya waktu saya confess dulu. Saya minta maaf, Syuhada."

Saat itu juga Aizat tarik tangan dari papahan Amri dan Izuan hingga dia terjelupuk jatuh, betul-betul di bawah kaki Syuhada. Dua lelaki itu gamam sebelum bertindak mahu mengangkat Aizat semula namun lelaki itu enggan. Dia tetap bersujud di kaki wanita yang menjadi mangsa dendamnya.

"Saya betul-betul minta maaf, Syuhada."

Syuhada pandang ke arah lain. Entahlah, dia sendiri tak tahu nak rasa apa.

Marah? Kecewa? Sedih?

Semua bercampur. Tak terjangkau dek akal bahawa orang paling rapat itu yang mengkhianatinya sendiri. Punyalah dia fikir positif namun sia-sia saja. Ini memang rancangan Aizat. Hinggakan Syuhada masih tak mampu lena di malam hari mengenangkan diri berada di ambang maut yang berkali-kali setiap hari. Macam nak mati tetapi ditegah. Yang deritanya dia. Yang terseksa itu dia juga.

Bahkan Syahadat juga dijadikan senjata. Hatinya rawan, tak mampu terima. Berjuta kali dia merayu, Aizat memilih kepuasan dirinya saja.

"Syu... Saya mengaku saya jahat. Saya mengaku saya ni memang syaitan. Saya buat awak derita setiap hari. Saya tak harap awak maafkan saya sebab saya tahu awak terlalu sakit dengan dendam saya tapi... Tolong... Jangan benci Zati, jangan benci mak. Mereka tak ada kaitan. Mereka dah usaha nak pujuk saya tapi saya yang ego. Saya yang hidup bertuhankan nafsu. Mereka hanya mangsa kejadian juga." Aizat mula tersedu-sedan. Lencun wajah.

Halimah disahkan kritikal sebelum disahkan koma. Genap satu minggu, Halimah dilaporkan meninggal.

Izzati pula jadi sasau. Meroyan bilamana Halimah meninggal. Kerana sedar dirinya banyak menyusahkan wanita itu tanpa sedikit pun rasa kasihan. Membiarkan Halimah sendirian menghadap tomahan orang kampung yang ternyata palsu belaka.

Yang mengamalkan ilmu hitam itu hanyalah Zulkarnain. Halimah berkahwin atas dasar cinta. Tidak tahu menahu Zulkarnain mengamalkan pegangan yang sesat.

"Syu..." Aizat mengharapkan balasan tetapi hanya khali menyambutnya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia tak berhak hendak marah. Ini adalah silapnya, memang layak dia dipalau.

"Untuk tebus dosa saya... Saya tahu mungkin benda ni tak cukup nak pulihkan hati Syu tapi saya harap Syu akan bahagia..." Lambat-lambat Aizat bangkit penuh susah payah. Amri dan Izuan lekas membantu.

Aizat kesat muka pada hujung lengan baju.

"Bersaksikan semua orang di sini... Syuhada Umairah Binti Abdullah, aku ceraikan kau..."

Aizat kemam bibir sebelum menyambung, "dengan talak tiga."

Dalam banyak-banyak bicara Aizat, yang terakhir ini menggamit perhatian Syuhada. Terus dia terdongak melihat wajah Aizat yang nampak tekad dalam suramnya.

Talak tiga? Perlu ke? Cukup talak satu saja boleh memisahkan ikatan perkahwinan, apa yang merasuk Aizat hingga terfikir menjatuhkan talak tiga?

Amri terkedu. Dipandang wajah Syuhada yang tampak gamam lalu ditoleh ke arah Aizat. Bukan apa, dia juga tidak terjangka akan tindakan Aizat. Talak satu itu biasa tetapi Aizat pilih untuk buang segala kouta talak.

"Bukan niat saya nak mempersendakan sesiapa. Bukan juga untuk menghina awak, Syuhada. Awak isteri yang baik, saya mengaku. Tapi tindakan saya tak lebih untuk mengharamkan diri saya untuk mencintai perempuan sebaik awak. Sampai mati pun, saya tak akan menyesal lepaskan awak kerana awak juga berhak bahagia dengan pilihan awak. Bukan dengan saya. Saya banyak buat awak dan Syah menderita."

Mata Aizat menyoroti Syahadat yang bungkam. Bahkan tidak berpaling menghadapnya. Mungkin sudah benci, dia tidak pasti tetapi bukan salah Syahadat. Dia ambil kesempatan atas kerinduan Syahadat pada ayah kandungnya demi mendapatkan Syuhada.

"Saya minta diri dulu."

Aizat dibawa pergi masuk ke bilik. Perlahan-lahan tubuh itu diletakkan ke atas katil. Aizat menunduk.

"Maaf sebab aku dah heret kau dan kawan-kawan kau dalam permainan aku." Pohonnya ikhlas. Rasanya dah bertimbun rasa malunya mengenangkah kejahilan diri. Lagak macam diri berkuasa walhal hanyalah hamba.

Amri geleng kepala. "Tak perlu fikir. Fikir untuk kembali pada Allah. Abi akan tinggal dengan kau, untuk tengokkan kau. Kau jangan putus asa. Dia beri kau hidup lagi sebab nak kau belajar mencintai Dia. Gunakan masa yang tersisa untuk mengenali dia semula, Aizat."

"Hadid..." Potong Aizat. Dia mendongak. Mata sudah berpasir.

"Aku nak tukar nama aku balik. Aku nak guna nama Hadid. Mak aku suka nama Hadid tu."

"Boleh. Nanti aku teman kau. Kita kawan."

Aizat ramas tangan. Layak ke manusia seteruk dia berkawan dengan orang sebaik Amri? Tak marah ke lelaki itu?

"Kau rehatlah. Kita orang nak tolong abi dekat luar." Pamit Amri bersama Izuan. Meninggalkan Aizat sendirian untuk muhasabah diri.

Tutup saja pintu, Aizat rebahkan tubuh ke toto. Sebelah tangan menekup mata yang basah.

"Hadid minta maaf mak..."

.

.

Dua bulan kemudian,

"FARHAN, maaf Syu dah lama tak jenguk." Tanah yang mengambus jasad Farhan dikuis-kuis. Baru dia berkesempatan untuk singgah setelah tenaganya dikembalikan sedikit demi sedikit.

Syuhada tidak sepenuhnya sihat, masih lagi dalam rawatan bersama Sumayyah. Entah, tubuh tak rasa sedap semacam. Tak seperti dulu. Namun digagahkan jua untuk hadir ke sini.

Syukur jasad Farhan sudah kembali ke tempat yang asal. Dan syukur juga Syahadat bersama dengannya semula. Yang tersayang kini berada di tempat yang sepatutnya.

Sehari selepas ruqyah melepaskan saka dijalankan, Aizat melaporkan diri ke balai bersama Ameer atas tuduhan cubaan membunuh. Ikutkan, Ameer malas nak bawa kes ini disebabkan pihak polis sendiri tidak menerima kes Farhan. Namun, Aizat disabitkan kesalahan lain. Keputusannya, Syuhada tidak ambil pusing.

Sejak diberitahu segala perihal sebenar, luluh jantungnya mendengar. Membengkak. Tak tahu cara apa lagi mampu melunturkan hatinya. Kemaafan yang diminta Aizat tidak mampu diberi lagi. Biarlah masa menentukan.

Kini, gelaran janda kembali disandang. Dan Syuhada tak terfikir untuk menyerahkan hati lagi. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Dek cinta, semua berantakan. Syahadat jadi mangsa. Syuhada tak mahu perkara itu berulang lagi. Dia serik.

Syahadat sudah cukup untuk membahagiakan dia. Lebih daripada cukup.

"Syu tak tahu nak rasa apa... Syu rasa kosong sangat sekarang ni. Tapi bila dah dilepaskan, Syu tetap rasa kosong. Mungkin Syu dah tak layak untuk bercinta lagi. Ada Syahadat sudah cukup. Syu menyesal, sebabkan Syu, Syahadat banyak menderita. Dia anak kecil tetapi masa kanak-kanaknya terbazir dengan air mata."

Hujung mata Syuhada basah. Sebelah lagi tangan tak henti mengusap ubun-ubun Syahadat. Anak itu sudah terlelap di atas ribanya. Penat sangat kerana sudah satu jam dia di situ. Rasa berat sangat nak angkat kaki. Rasa macam di sini tempatnya paling layak. Di sisi Farhan.

"Syu minta maaf tak jaga putera abang ni elok-elok. Syu lalai. Mungkin semua yang jadi menjadi satu petanda pada Syu untuk jaga permata yang abang tinggalkan. Syu tak kuat abang... Syu takut kalau Syu kalah lagi dengan cinta..." Setitis air mata tumpah.

Perkara yang paling memberi tamparan pada hidupnya pastilah Syahadat. Dari anak sepolos itu, boleh menjadi sepasif mungkin. Rindu dia pada Syahadat yang ceria. Suka bergelak-tawa. Ini tidak. Syahadat banyak berdiam diri dan termenung sendirian. Bila ditanya, pandai anak itu menyembunyikan rasa.

"Abang doakan Syu..."

Jeda.

Sungguh, Syuhada mengharapkan balasan hatta sepatah perkataan. Mengenangkan Farhan sudah ditakdirkan pergi sebelumnya, Syuhada tahan rasa sebak. Ah, izinkan dia kembali ke zaman lalu bersama Farhan! Rindu!

"Cikgu..."

Syuhada dongak. Kelihatan kawan-kawan Farhan termasuk isteri masing-masing lengkap berpakaian kurung.

"Jom kita gerak solat hari raya."

Ukiran senyuman diukir lalu diangguk kecil.

Puasa tanpa suami. Raya tanpa suami.

Sendirian biarpun berkahwin dua kali.

Zack mendekati tikar Syuhada lalu tubuh Syahadat diambil dan dikudung penuh berhati-hati. Anak itu bergerak kecil sebelum utuh memeluk leher Zack sebelum diselesakan tubuhnya.

"Jom."

.

.

Setahun kemudian,

"SELAMAT pengantin baru, Amri! Tak sangka kau naik pelamin dulu! Aku ingat aku yang naik dulu!" Nabil meregek pada Amri. Didakap tubuh Amri yang segak berbusana putih suci.

"Jodoh, Bil."

"Yelah kau jodoh. Tak silap aku si Busrah ni childhood friend kau, kan Am?" Sampuk Zack. Di tangannya mengendong bayi kecil yang berusia tiga bulan. Anak lelaki.

Amri sekadar mengangguk.

"Fuyoo kawan sampai kahwin!" Nabil sudah membulat mata.

"Mana ada!" Tegah Amri.

"Betullah Nabil cakap. Mula-mula kawan lepastu tersuka. Diam-diam merancang dan sekarang dah jadi laki bini. This is the real definition of jaga jodoh sendiri sejak kecik." Seloroh Izuan, menjemput tawa mereka berempat. Hangat kawasan pelamin dengan lelaki berlima itu.

"Abang! Gelak elok-elok la, nanti Zayyan bangun. Penat tau saya tidurkan dia." Sofea sudah mencebik mendekati Zack. Diambil anak mereka dari dukungan. Didodoi semula anak yang merengek. Sempat diberi jelingan pada suami.

"Ala, Zayyan anak baik tak banyak meragam. Risau sangat." Zack tayang sengih.

"Anak saya, biarlah."

"Anak saya jugalah."

Sofea putar biji mata. Dia berlalu membiarkan suami berborak dengan Amri. Dia kembali duduk sambil menikmati juadah. Diletakkan semula Zayyan ke dalam stroller.

Zack sekadar menghantar dengan pandangan mata. Dalam diam menguli senyum.

"So Am, dah bolehlah bagi kita orang anak buah. Boleh buat satu team football. Mana tahu boleh sampai world cup."

"Otak kau, Bil!" Zack tolak bahu Nabil. Kepala menggeleng. Yang kuban-kuban aje.

"Seorang anak tu je malam aku jadi tak lena? Bawa bersabar, Bil. Apa kata kau dengan Izuan pun kahwin sama. Baru adil kalau semua menyumbang. Afiq dah dua, Farhan satu, aku dah satu juga. Tinggal lagi tujuh, bahagi dengan kita berlima. Bolehlah seorang bagi dua. Ada lebih jadi pemain simpanan."

Nabil bantai gelak. "Bengonglah kau ni, Zack. Takkan si kembar tu nak main bola? Beragak la. Ada yang kena kejar dengan Afiq karang!"

"Okey kalau macam tu, kita tolak anak Afiq. Ala, tak pun minta je dia anak laki pulak. Settle masalah."

"Kot ya pun fikir isteri masing-masing. Depa bukan kilang Zack oi." Izuan siku kembarnya.

"Betul, Wan. Walaupun tugas seorang isteri tu dua sahaja yakni melayan suami dan melahirkan anak, mereka pun manusia juga. Kena fikir kebajikan dia sama. Satu lagi, kalau tak mampu untuk jaga anak ramai-ramai, janganlah cari fasal. Rezeki memang rezeki tapi ingat once anak tu dah lahir, kita yang kena tanggung dia. Kena ajar agama pada dia. Berdosa kalau lalai. Sebab tu orang selalu kata pentingkan kualiti anak daripada kuantiti. Sekurang-kurangnya anak tu tak rebel bila dah besar hanya kerana kurang perhatian dari ibu dan ayahnya. Anak ramai bukan senang. Ibu bapa dua orang nak melayan anak ramai-ramai letih. Walaupun mak aku tu tak pernah cakap dia penat, kadang-kadang senang aje dia terlelap hatta tengah buat kerja sekali. Tak cukup tidur." Panjang lebar Amri membuat ulasan. Sempat mata menyoroti Busrah yang bersama dengan uminya. Senyuman dicolet. Bahagia melihat wajah ceria umi. Teringin sangat nak suruh dia kahwin biarpun Amri punya ramai kakak dan abang yang sudah berkahwin.

"Am janganlah bagi aku sentap." Nabil sudah menyebek. Antara mereka, Nabil la yang paling manja. Suka mengada-ngada dan suka buat lawak bodoh yang tak pernah sampai. Buat malu adalah.

"Tak adalah, aku cakap benda betul. Nanti kau dah kahwin Bil, kau akan faham."

"Masalahnya aku yang kahwin sebelum kau pun terkedu, Am."

Amri lepas gelak. Lupa yang Zack sudah nak masuk tahun kedua perkahwinan. Dia pula, baru semalam berjabat tangan dengan tok kadi.

"Aku tak sangkalah kita yang selama ni dok konvoi sana-sini ended up boleh berborak soal anak, soal tanggungjawab. Cepat aje masa berlalu. Semua dah ada tanggungjawab masing-masing." Luah Izuan. Perubahan yang berlaku ketara. Lebih-lebih lagi kembarnya sudah berkahwin. Rasa kosong bila Zack tiada di rumah kerana berpindah. Dulu, dengan Zack la tempat dia maki hamun segala masalah, sekarang gaduh dengan adik perempuannya sajalah.

"Yeah, time flies so fast. Tahu-tahu dah lapan tahun kawan kita meninggal. Syahadat ajelah tempat kita lepaskan rindu." Zack seluk tangan ke dalam poket seluar.

Empat sekawan itu menoleh ke arah Syahadat yang manja disuap oleh ibunya. Di sebelahnya ada Sofea yang berbual dengan Bella. Lepas disuap, Syahadat pusing pandang Zayyan dalam stroller lalu diusik-usik pipi bayi itu. Tanpa sedar, bibir menyengih sendirian.

"Aku rindu Farhan... Tiap kali pandang Syah, wajah Farhan akan menjelma..."

Semua mendiamkan diri mendengar luahan raja sehari itu. Bibir mengulas senyuman kecil.

"Dia dah bahagia dekat sana, Am. Kau dan kita semua ni pun, kena bahagia sama. Walaupun satu per satu antara kita bakal dicabut nyawanya, teruskanlah kehidupan ini berpaksikan Allah."

"Dahlah jangan sedih-sedih. Nanti buat malu bini kau je Am." Izuan tukar topik. Enggan semua tenggelam dengan emosi. Hari ini hari bahagia Amri, patutnya mereka meraikan.

Farhan berada di tempat paling sempurna, di sisi Ilahi. Mereka juga bakal menyusul mengikut ajal yang ditetapkan. Selagi nafas masih diberi, usahalah yang terbaik moga kita di sini mendapat tempat sempurna juga di sana nanti. Insha-ALLAH.

.

.

Lima tahun kemudian,

"SYAH tak sukalah orang bagi-bagi surat dengan coklat ni." Rungut Syahadat bersama gugusan beg yang penuh hadiah daripada secret admirer yang ditemui padat di bawah mejanya. Dah macam tempat pembuangan sampah dilihatnya.

"Anak ibu ni ramai peminatlah, macam arwah papa."

"Masalahnya ibu, Syah ni bukannya suka sangat mereka tu. Membazir aje beli semua ni sebab nak bagi pada Syah. Akhirnya Syah bagi pada rumah anak-anak yatim juga." Syuhada dihampiri lalu dikucup tangan ibunya. Sempat dia dakap tubuh yang sudah berusia itu sebelum melabuhkan duduk di sofa sebelah Syuhada.

"Biarlah budak-budak tu. Kamu semua kan tengah membesar, biasalah tu ada perasaan suka. Anak ibu ni... Tak ada berkenan ke dengan mana-mana perempuan?" Sempat Syuhada nak cungkil rahsia.

Terus Syahadat berdengus. "Tak naklah. Geli. Tak suka. Haram. Baik jaga ibu, dapat faedah juga."

"Eh tapikan arwah papa kahwin dengan ibu masa usia 17 tahun tau."

"Itu lainlah ibu..." Syahadat berpeluk tubuh. Dibaringkan kepala ke atas riba Syuhada. Dipeluk tubuh itu lalu disembunyikan wajah kacaknya.

"Cinta dan sayang itu fitrah, Syah. Syah akan alaminya juga suatu hari nanti. Syah akan berkahwin dan ada anak. Syah akan jadi ketua keluarga." Tangan Syuhada membelai rambut lebat si anak. Diusap penuh kasih.

"I don't want to. Syah hanya nak jaga ibu aje. Tak apalah tak kahwin, bukan wajib pun. Jaga ibu lagi wajib. Dapat pahala free-free."

"Ada aje nak menjawab tau!" Dicuit hidung Syahadat.

"Ala, betul apa. Syah sayang ibu jadi Syah kena jaga ibu macam nyawa sendiri. Syah dah hilang ayah kandung. Hanya pada ibu sajalah Syah boleh berbakti. Syah nak jaga ibu sampai akhir hayat. Kalau boleh, Syah nak jadi orang yang akan imamkan solat jenazah ibu dan yang akan tanam ibu. Biar Syah buat sendiri." Tekad Syahadat. Didongakkan kepala memandang wajah syurganya.

Hati Syuhada sebak. Semerta air mata hadir. Laju bibir hinggap ke dahi anaknya.

"You'll always be my baby, Syah. Satu-satunya lelaki dalam hati ibu selepas papa. Ibu sayang Syah sangat-sangat."

"Syah pun sayang ibu, lillahi taala."

Dua beranak itu bertukar senyuman bahagia. Indah.

Tak perlu orang ketiga, tak perlu manusia lain untuk membimbing mereka ke jalan bahagia. Punya sesama mereka sudah cukup melengkapi, biarpun hati mudah rapuh.

Bagi Syuhada, hidupnya kini berpaksikan Syahadat. Melihat anak itu membesar dengan baik dan sihat. Menjadi orang berguna yang berjasa pada agama dan bangsa. Mendidik menjadi muslim yang baik dan seterusnya dengan harapan, anak itu bisa mendoakan dia dan suami sekiranya dia harus ikut jejak Farhan.

Buat Syahadat, hidup ini hanyalah kesuraman dan kegelapan. Memori kanak-kanaknya hancur dibinasakan. Dia sendiri tak tahu berapa banyak baldi air mata tumpah. Orang kata lelaki tak maco kalau nangis tapi orang tak ada dekat tempat dia. Orang tak pernah tahu dia bagai nak gila bila Syuhada sedang tenat. Mimpi ngerinya suka menganggu membayangkan Syuhada pergi tanpa sempat dia berjasa. Satu-satunya tempat paling nikmat buatnya.

Hanya Syuhada cahaya hidupnya. Satu-satunya. Dia lebih rela Syuhada tidak punya suami dari miliki lelaki yang berniat iblis. Dia dah cukup serik. Wallahi, jika ada lelaki lain mahu mendekati Syuhada, langkah mayat dia dahulu. Janji Syahadat.

.

.

.

Dedicated To Wife...

TAMAT

Continue Reading

You'll Also Like

6M 311K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
158K 9.2K 25
RE-EDIT SOON! '' bila kuat sangat kita genggam, itu yang jadi titik kelemahan dalam diri. Learn to let go, if it return,its your, if it looked awa...
16.7K 1.7K 19
Nina Fini | Karya Keenam Zhayan & Inaya ~ Saat ragu bermukim di hati, akankah dia meyakini, ataupun berlalu pergi? ~ 16/11/2023 -
366K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...