Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

85.8K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 50

1.7K 80 13
By stargazell

Buat yang baru mengenali saya, jangan terkejut kalau watak-watak saya ni pelik. Yes, mine wasn't typical hero and heroin. Saya guna red herring untuk korang adore sangat hero until the end sebelum hero tu tunjuk belang yang dia adalah antagonis. Janganlah marah hehe.

.

.

JANGAN cabar kuasa Allah.

Amri bukan tak pandai bersilat, tak reti pertahankan diri namun hanya satu diterapkan.

Percaya pada Allah.

Hinggakan sekarang, Aizat sudah tersungkur jatuh. Nafas mereka berdua sama mengah. Sama laju.

Amri dengan rahang bengkak dan darah menitis dari hujung bibir, Aizat pula sudah lebam biji mata dan kakinya terkehel. Tak dapat bangun.

"Tiada sesiapa atas muka bumi ni lagi berkuasa dari Allah SWT." Nokhtah Amri. Diambil tali yang entah dari mana lalu diikat tubuh Aizat.

"Sekarang, kau lepaskan kawan-kawan aku."

"Hell no!" Aizat gelak besar. Melihat wajah Amri yang merah padma, lagi besar tawanya. Geli hati melihat senang-senang Amri masuk perangkap.

"Tak guna! Tunggulah kau merempat dalam penjara!" Amri dah mula heret tubuh Aizat. Dibuka pintu utama. Baru niat hati hendak menghumban Aizat ke tanah, dia jadi kaku melihat ruang itu. Pusing belakang, rumah tadi hilang.

Pandang depan semula, Aizat sudah hilang.

"Tak gunalah mamat ni!" Amri sepak tanah. Dia langsung berjalan mencari sesuatu yang boleh menjadi jalan keluar.

"Argh!"

Jeritan seseorang memaksa Amri lajukan langkah. Dari berjalan mula lari ke arah erangan yang tiada henti. Tiba di satu tempat, Amri terkedu.

"Along!" Pantas kaki menggelongsor jatuh menuju ke Ameer yang sudah terbaring lesu dengan penuh percikan darah di perut.

"Afiq! Amran!" Teleng ke kiri, dua lagi tubuh terbaring. Afiq sedaya upaya cuba bangkit.

"Weh, sorry aku lambat!"

Mata Amri melingas mencari susuk yang menjadi punca.

"La... Ri... Am..." Termengah-mengah Ameer menolak tubuh Amri. Berbalam-balam sudah bayangan si adiknya.

"Apa jadi, long?"

Ameer geleng. Nak cakap pun, bukannya Amri ada kuasa persis badang. Sedangkan dia yang bersenjata pun boleh tewas, inikan dengan tangan kosong.

"Lari..."

"Buat apa aku nak lari? Kau dah cedera parah ni!"

"Kau bukan lawan dia..."

"Memang bukan aku lawan dia! Lawan dia tu Allah. Dia yang cabar Tuhan!"

Ameer diam. Nafas dihela.

"Azan."

"Apa?" Dahi Amri berkerunyut.

"Azan dan kau akan nampak dia."

Teragak-agak Amri hendak membalas. Lama dia diam sebelum diletakkan semula Ameer di atas tanah.

Sebaik lafaz azan dilaungkan, susuk tubuh hitam berdiri betul-betul depan Amri hinggakan lafaznya terhenti tengah jalan. Lidah tersimpul mati.

Bam!

"Argh!" Amri melayang menghempas ke batang pokok. Tersedak.

Kelopak mata Amri terbuka. Susuk itu dipandang tajam.

"Sesungguhnya aku hanya takut pada Tuhan yang satu, Allah SWT dan bukan pada kau, makhluk terlaknat!"

Saka itu mengamuk besar. Dicengkam tubuh Amri lalu dihentak-hentak ke batang pokok. Dihunjam segala kemarahan pada manusia yang tampak kerdil baginya.

Pandangan Amri sudah berbalam-balam. Menanti masa untuk hilang dari dunia.

Tak semena-mena Amri rasa tubuh terasa ringan. Hilang sudah cengkaman yang tadi menikam sendi tubuh.

Celik mata, kawasan sudah berubah. Hilang sudah kawasan hutan yang tadinya sekadar ilusi.

"Amri!" Terkoncoh-koncoh Nabil menghampiri. Mata terbelahak melihat empat orang yang tadi masuk ke dalam rumah tersadai bagaikan orang tenat.

Alunan surah yassin bergema jelas. Di hadapan berdiri Sulaiman yang mengetuai. Di belakang, penuh orang-orang kampung yang membantu.

Amri lemah dalam pelukan Nabil. Dia cuba bangkit namun perit.

"Apa jadi, Bil?"

"Abi Sulaiman datang untuk bantu kita. Zack yang uruskan semua penerbangan mereka. Zack contact aku untuk tahu location."

"Mana Zack tahu?" Amri gagahkan tubuh untuk bangkit.

"Cikgu Syuhada kritikal. Kena tahan wad dulu sebab tubuh dia susut." Jelas Nabil tanpa sedar membocorkan rahsia.

"Apa? Kritikal?" Terus bersemangat tubuh Amri. Dia duduk betul-betul.

"Er... Tu tak penting. Kita kena tolong abi dulu. Selesaikan hal dekat sini. Tentang cikgu tu, Zack ada. Kau jangan risau. Aizat belum keluar lagi ni walaupun kawasan dah dikepung."

Amri melilaukan pandangan. Baru tersedar langit sedikit cerah berbanding sebelum dia masuk ke dalam rumah.

"Pukul berapa?"

"Lima pagi."

"What? Tak sampai satu jam pun aku dekat dalam."

"Kau orang dekat dalam lebih lima jam, Am. Kau semua dah terjerumus dalam permainan dia. Dia dah perangkap kau."

Bungkam.

Nabil payah Amri bangkit. Izuan dan Putera tak terlepas juga untuk alihkan tubuh Amran, Ameer dan Afiq yang terkulai.

"Aizat tak keluar ke?"

"Belum."

Mata Amri menyoroti Sulaiman yang berdiri dengan di tangan kiri ada balang garam.

"Abi tengah panggil dia keluar. Dia akan rasa terbakar dan keluar."

Seperti kata Nabil, bergema kuat jeritan yang bunyinya boleh menggemparkan seluruh kawasan itu. Bahkan jeritan itu mematikan alunan suci yassin dari beberapa bibir orang kampung di situ.

"Teruskan!" Arah Sulaiman tegas.

Dalam ketakutan, diteruskan jua. Ada antara mereka yang berlari pergi, tidak sanggup berhadapan dengan satu situasi yang tidak mampu dijangka.

Melihat ramai yang lari, menimbulkan rasa gerun dalam diri baki manusia di situ.

"Takut hanya pada Allah!"

Digertak atas nama Tuhan, kaki terasa lemah. Iman cuba dipertahankan dari goyah.

"Keluar Aizat Uqaish!"

Dibaling lagi garam. Bibir menuturkan surah Al-Nas berulang kali

"Jangan ganggu aku!!" Suara garau yang kasar itu menggaum.

"Keluar!!" Turut sama meningkat oktaf suara. Angin yang mula menampar kuat sedikit pun tidak menggertak Sulaiman. Masih utuh di situ walaupun ramai orang kampung pergi menyelamatkan diri. Meninggalkan beberapa sahaja di situ.

"Bil... Papah aku bangun." Pinta Amri.

Riak bingung ditayang. Namun dia tetap lakukan apa yang disuruh.

Berdiri tegak, Amri hala jemari kiri menyusur ke telinga. Azan dilaungkan.

Saat itu juga semuanya bergegar. Hampir tak mendengar alunan Amri. Dikerah juga anak tekak mengeluarkan suara, melawan makhluk terlaknat itu. Ini saja yang mampu dibantu. Sebelah tangan makin erat menggenggam bahu Nabil, tidak mahu tumbang.

"Berhenti! Berhenti!!"

Saat itu juga keluarlah Aizat dari rumah pusaka yang menjadi tempat segala upacara pembomohan berlaku.

Habis azan, Amri mengah. Penat yang terhasil berterbangan pergi saat melihat tubuh Aizat. Semua di situ kaku.

Aizat menyeret tubuh keluar. Tubuhnya lebam-lebam, kegelapan. Kaki sebelah tak berfungsi, perlu diseret. Tak kurang, saka hitam yang besar itu mengekori tuannya.

"Jangan ganggu aku! Kau pergi! Pergi!" Suara Aizat berubah. Tidak seperti kebiasaannya. Kali ini lebih garau. Lebih kasar. Lebih dalam. Suaranya bergema ke setiap pelusuk kawasan.

"Wahai jin terlaknat, kau lepaskan dia!"

Yang membaca yassin tadi terus berdiri. Menggigil setiap tulang-temulang melihat satu susuk yang dipersembahkan di depan matanya. Semua mengucap panjang dengan wajah pucat lesi.

"Jangan ganggu aku! Pergi!" Aizat tolak angin sekaligus kawasan tersebut dihempas angin kuat. Berterbangan daun-daun gugur di situ.

Aizat cengkam kepala. Rasa berdenyut yang teramat. Tengkuk pula panas bagaikan dibakar hidup-hidup.

Sulaiman campakkan lagi garam, membakar sang saka yang bertenggek dengan Aizat. Terus meraung lelaki itu.

"Pergi... Pergi..." Terhuyung-hayang Aizat membawa tubuh.

Amri ambil inisiatif mendekati Sulaiman. Nabil setia mengekori, memapah.

"Kembali pada Allah, Aizat."

Bicara pendek itu semerta mendapat tikaman mata karbon milik Aizat. Dia menyeringai menampakkan gigi-giginya yang menajam.

"Sebab kau! Sebab lelaki tak guna tu! Sebab kau orang semua aku jadi macam ni!" Bentak Aizat.

"Kau yang leka dan biarkan diri dibelenggu nafsu!"

"Arghh! Diam!"

"Tuhan masih bagi kau nyawa untuk kau bertaubat! Belum terlambat lagi! Tinggalkan semua ni dan kembali pada Ilahi, Aizat!" Tenang Amri di situ.

Wajah Aizat berkerut seribu. Tubuhnya lemah sangat tak mampu nak dikawal. Yang bergerak bukan datangnya dari dia. Semua gerakannya spontan, dia sendiri tak mampu menduga.

"Bawa mengucap Aizat. Semua ni akan mengeruhkan lagi keadaan. Ingat Allah."

Entah mengapa, dengar nama Tuhan yang satu itu, Aizat rasa lucu. Semerta gelak dihambur. Nampak seram dengan suaranya yang bergema.

"Dia tak pernah pandang aku. Dari aku lahir sampai ke tua."

"Dia sayang kau. Sebab tu dia bagi kau hidup. Dia nak kau kenal Dia. Dia nak kau kenal cinta Dia."

Sulaiman di sebelah hanya memerhati. Suasana di situ sedikit tenang berbanding tadi. Sulaiman tidak berharap banyak, moga Aizat luntur dengan bicara Amri untuk kembali ke pangkal jalan.

"At the end, dia tetap tinggalkan aku keseorangan."

"Tak! Kau ada aku, tapi kau ego! Kau sombong sebab kau rasa semua orang tak suka kau!"

Memincing bola mata Aizat. Dia mendekati Amri. Sedikit demi sedikit sehingga jarak mereka dekat sekali.

"Aku sombong?! Bertahun-tahun aku minta benda ni berambus tapi satu hapak pun aku tak dapat! Bapak aku paksa aku terjerumus dalam khurafat ni dan kau expect aku untuk blah macam tu je?! Kau tak ada dekat tempat aku, kau tak payah nak bercakap macam kau tu hebat sangat! Kau pun sama sial aje!!!"

Sekelip mata Aizat tarik keluar pisau yang tersimpan di bawah baju Amri. Diangkat tinggi sebelum menghunjam ke arah Amri.

Wajah Amri cuak lalu terus terduduk jatuh. Kaki bagaikan terpasung.

"Amri!!" Nabil cuba mendekati dihalang. Dihentak pergi, begitu juga Sulaiman dengan kekuatan angin kencang.

Di mata Aizat hanya ada dua. Kebencian. Dendam.

"Pergi matilah kau!!"

Aizat tekup mata lalu dihayunkan pisau menetak mangsanya.

Zapp!!

Zapp!!

Darah terbelahak keluar. Kaku.

Aizat celik mata. Baru bibir hendak tersenyum puas, terus goyah. Bola matanya membulat. Tak semena-mena terbit manik-manik air.

"M... Mak..." Wajah Halimah yang tersenyum menjadi tatapan.

Aizat tunduk. Menggeletar seluruh tubuh melihat pisau yang ditetak itu bukan terbenam dalam tubuh Amri, sebaliknya Halimah. Amri di belakang Halimah, juga tergamam.

Sedang orang lain tak mampu mendekat, Halimah bisa. Dengan izin Ilahi, angin kencang itu bukanlah halangan baginya. Dia ke sini dengan penuh harapan, untuk mengembalikan anaknya ke jalan yang benar. Mendorong anaknya pulang semula ke pangkal jalan yang hakiki. Dengan bantuan Sofea, dia ke mari.

Halimah senyum. Terketar-ketar tangannya menyapu wajah Aizat.

Seluruh kawasan menjadi khali. Hilang terus angin yang menerbangkan manusia-manusia di sini, hanya kerana Halimah.

"Hadid Azani anak mak..." Ucap Halimah bersama juraian air mata yang mula membasah. Di hadapannya terlakar wajah polos puteranya.

"Mak... Mak buat apa dekat sini?" Tubuh Aizat bagaikan kaku, tidak terdaya membuat apa. Merasakan tangannya semakin membasah, tahulah tubuh Halimah semakin kekurangan darah.

"Mak rindu Hadid... Mak rindu nak tengok dia solat, doa sungguh-sungguh dekat Allah... Mak rindu nak peluk Hadid yang takut bila tinggal solat... Mak rindu Hadid yang tak pernah ponteng puasa... Mak rindu Hadid yang suka dengar ceramah agama... Mak rindu Hadid yang melawan ayah dia semata-mata dia tahu Allah benci benda khurafat... Hadid mak lagi takut Allah dari segala benda yang ada dalam dunia ni termasuk nafsu dia sendiri..."

Dan Halimah jatuh melutut, tidak mampu lagi menampung tubuh.

"Mak!!" Wajah Aizat pucat lesi. Dia turut ikut melutut. Dipaut bahu si ibu.

"Mak tahan, mak. Aizat... Aizat boleh ubatkan mak."

Halimah tahan tangan Aizat. Kepala digelengkan. Tahu sangat anaknya akan minta bantuan dari makhluk ghaib itu. Dia tak mahu sampaikan ke ajalnya pun, Aizat terus bergantung kepada jin terlaknat.

"Mak lagi sanggup mati... Dari hidup diubatkan dengan jin..."

Sentap. Makin bergegar tubuh Aizat.

"Itu aje caranya mak..."

Halimah belai pipi anak.

"Nak ubati mak... Kembalilah ke jalan yang sepatutnya, Hadid. Kembali pada Allah... Mak akan bahagia... Sungguh..."

Berkaca-kaca air mata tumpah ke pipi. Disaksikan puluhan orang, Aizat dah tak kisah. Hilang terus keegoan yang disanjung dengan berdamping dengan saka warisan. Melihat Halimah lumpuh di tangannya, hati hitamnya bagaikan terpercik cahaya. Sentuhan ibu yang dah lama tidak dirasakan. Kali ini lebih syahdu, lebih hangat.

"Mak... Aizat... Aizat..." Diksi hilang.

"Salah, Hadid. Allah murka. Takdir kita ni... Allah yang ciptakan. Kita hamba saja Hadid... Kembalilah anakku... Mak rindu Hadid mak..." Senyuman kecil ditayang.

Kepolosan wajah di hadapannya benar-benar menggamit memori lampau. Hari-hari yang penuh indah kerana Hadid tahu pahala dan dosa. Dibiarkan diri dibedal amarah si bapa demi ketakutan pada Ilahi. Namun kerana cinta dan nafsu, anaknya berubah 360 darjah.

Hati ibu mana tak sedih? Oleh itu, Halimah enggan hingga ke akhir hayatnya pun, anaknya dibelenggu dosa besar ini.

.

"Makkk... Hadid tadi tertidur! Hadid lupa solat zohor! Hadid penat balik sekolah!" Gogoi anak kecil yang masih lagi berpakaian sekolah. Sangkanya mahu lelap sekejap, celik-celik sudah jam 5 petang. Terus air mata tumpah dengan getaran tubuh. Menggigil.

.

"Makkk... Hadid sakit, ayah pukul kuat sangat sebab Hadid tak buat apa yang ayah nak. Hadid tak nak buat mak. Nanti Allah marah mak sebab Hadid anak mak. Hadid tak nak mak masuk neraka. Hadid nak mak dengan Hadid masuk syurga. Mak sapukan Hadid ubat boleh?" Adu Hadid yang baru pulang dari rumah pusaka si ayah. Terjengket-jengket langkahnya tak sekata. Lebam seluruh tubuh pun masih gagah hendak bersuara.

.

"Makkk, tadikan ustaz dekat surau cakap kalau ibu dan ayah kita meninggal, doa anak yang soleh boleh bantu ibu dengan ayah dekat kubur. Hadid nak solat banyak-banyaklah. Nak doa banyak-banyak. Nanti Allah jaga mak baik-baik. Nanti Allah bagi mak masuk syurga. Kan mak?" Celoteh Hadid yang baru lepas pulang dari kelas mengaji selepas solat asar berjemaah di surau.

.

"Makkk... Hadid laparlah. Tadi Hadid kan lambat bangun sampai dah subuh. Hadid nak makan tapi Hadid takutlah Allah marah. Salah Hadid tak nak bangun walaupun mak dah kejut. Hmm... Lapar tapi Hadid nak tahan. Hadid nak puasa 30 hari cukup!" Tersadai lemah tubuh kecil itu di kerusi rotan. Mata acap kali mengerli jam, hendak menanti waktu iftar.

.

"Mak, kenapalah saka tu nak mengikut Hadid? Hadid tak fahamlah. Hadid masuk surau pun, dia bertenggek dekat luar. Hadid rimas. Ayah dah mati kan, apahal dia nak ikut Hadid? Dia ingat Hadid nak ikut dia? Dasar jin terlaknat!" Cemuh Hadid yang sudah berusia 23 tahun itu. Baju melayu dicabut, meninggal pagoda putih yang tersarung ke tubuh.

.

"Mak, Hadid akan jaga mak. Hadid tak izinkan saka ayah tu ganggu mak dengan Zati. Mak jangan risau, selagi Hadid ada dekat sini, saka tu takkan berani usik mak dengan Zati." Janji Hadid bilamana mengenangkan Zati yang hanyalah anak kecil kerap menangis lebih-lebih lagi menjelang Maghrib.

"Hadid..." Terbias di pandangan mata Halimah, memori-memori kecil Hadid. Yang begitu pengasih dan penyayang. Tak tergugat biarpun saka suaminya melekat.

Pandangan Halimah jadi berbalam-balam. Wajah Hadid nampak beribu, tak pasti mana satu yang sebenar. Terawang-awang tangannya hendak mengusap setiap bayangan itu.

"Ma... Mak... Mak tunggu..." Aizat jadi kalut. Dipandang sekeliling. Melihat orang kampung dan kawan-kawan Farhan yang menjadi mata sahaja, terus dijerkah.

"Janganlah duduk diam! Tolonglah mak aku! Panggil ambulans laa!! Cepat!! Mak aku dah nak matilah!!"

Terhinjut bahu masing-masing dengan jeritan itu.

Amri toleh ke arah Nabil yang turut statik.

"Tadi dah call ambulans. Tak sampai lagilah ni. Lagipun kawasan pendalaman, mungkin sukar."

Amri tidak menjawab. Kalau itu katanya, mereka hanya harus menunggu. Hendak membantu, tiada sesiapa di antara mereka adalah doktor, kecuali Amran namun sayangnya, lelaki itu sudah pitam.

"Wey!! Tolonglahhh!!" Bagaikan orang gila Aizat merayu. Bercucuran jatuh air mata melihat tubuh Halimah yang melemah di dalam dakapannya. Terus dibaringkan tubuh si ibu. Diriba kepala maknya.

"Mak, tunggu. Ambulans akan datang. Mak akan selamat. Mak tunggu tau. Jangan tinggalkan Aizat." Dibelai wajah Halimah. Disapu-sapu lembut.

"Boleh... Mak... Tunggu... Hadid... Dekat... Syurga?"

Terbuntang biji mata Aizat. "Mak... No... Mak kena tahan. Nanti semua akan okey, mak akan sihat."

"Hadid... Azani... Anak mak... Selamanya... Anak mak... Hadid bukan... Aizat. Hadid... Adalah Hadid... Hadid... Anak... Kesayangan mak..."

Sesak sekali dada hendak diisi dengan oksigen. Ibarat udara di atmosfera bumi menghilang pergi. Lama mata Halimah merenung wajah anak. Mata basah, sebak mendengar tangisan kecil Aizat. Tak mampu lagi dia nak pujuk. Tubuh sangat tak larat.

Kelopak mata memberat lantas menutup dua kornea mata.

"Makk!! Bangun makk!!"

.

.

.

Nak update epilog harini ke esok? ><

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
321K 7.4K 33
Karya kedua in romance by hernazulaikaa πŸ“– Book 1 Ada di acc @Thecreamcake_ Before nak baca book 2 sila baca book 1 dahulu di acc @Thecreamcake_ untu...
391K 18K 52
[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabil...
1.4M 78.1K 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-b...