Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

85.6K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 48

1.1K 75 21
By stargazell

KOSONG.

Amri kemam bibir. Mata mencari rakan sekumpulannya.

Mana perginya Ameer, Amran dan Afiq? Kenapa dia boleh keseorangan sedangkan mereka masuk bersama tadi?

"Along! Along!"

Jeda.

Amri diam. Sudahnya, dia buat keputusan untuk teruskan perancangan mereka. Mungkin mereka ada di mana-mana, harapnya.

Sekelilingnya penuh cermin, banyak pantulan dirinya yang terhasil. Amri ambil langkah berjaga-jaga. Tangan mengagau memegang sekeliling untuk memastikan sama ada di hadapannya adalah cermin juga atau tidak.

Zas!

"Argh!"

Tunduk bawah, betis kirinya terlakar satu lakaran panjang. Seluar koyak. Darah melimpah.

Siapa yang toreh? Dia tak nampak ada bayangan.

Zas!

"Argh!" Lengannya berdarah.

"Siapa kau? Keluar!"

Amri boleh agak satu aje. Hadid sudah tahu keberadaan mereka. Mungkin, ini kerja lelaki itu.

Geram, Amri teruskan juga jalan. Entah mengapa rumah yang pada luarnya kecil tiba-tiba kelihatan luas di dalam. Bahkan, penghujung dinding juga tidak ternampak bayangnya.

"Siapa izinkan kau ke sini?"

Satu suara kasar bergema. Spontan mematikan langkah Amri. Lelaki itu diam, mencari susuk yang satu.

Dongak, ada satu cermin. Terbuntang biji mata Amri melihat seseorang berdiri betul-betul di belakangnya daripada pantulan cermin itu. Segera dia menoleh.

Kosong.

Angkat kepala, lelaki tadi hilang.

"Sesiapa yang masuk tempat larangan aku takkan mampu untuk keluar."

Mata Amri bersambung tepat dengan biji mata seseorang. Hitam.

Lama lelaki itu berdiri. Merenung tajam ke arah Amri. Anehnya, lelaki itu bagaikan terbalik. Berdiri di atas, bertentangan dengan Amri. Hukum graviti bagaikan tiada.

"Apa yang kau nak dari tempat ni?" Soal Hadid.

Tanpa getar Amri menjawab, "untuk bawa kau ke muka pengadilan. Orang macam kau tak layak hidup."

Bergema tawa Hadid sebelum dia menghilang dari atas. Tak sampai sesaat, kepala Amri bagaikan disentap sebelum Amri terangkat ke udara lalu jatuh terlentang.

Hadid berada di atasnya, duduk bercangkung di antara kedudukan pusat Amri.

"Kau sekarang ada di dunia aku, bagaimana kau nak heret aku keluar?" Selamba pipi Amri ditepuk-tepuk bersama senyuman ngerinya.

"Ni bukan dunia kau. Kau bukan Tuhan dekat sini."

"Oh... Jadi siapa Tuhan?"

"Allah Taala."

Hadid menyinis. "Dia Tuhan? Tapi sayang, dia tak mampu selamatkan kau jikalau kau berada dalam genggaman aku."

"Jangan angkuh sangat sedangkan kejadian kehidupan kau sama dengan aku yang lahirnya dari rahim ibu masing-masing." Amri cuba bangkit namun tubuh terasa lumpuh. Lemau. Tak terdaya hendak bangun.

"Aku bukan seperti kau. Aku yang lain."

"Cukuplah kau nafikan."

"Tak percaya?" Hadid angkat kening. Bibirnya kemudian menuturkan beberapa baris mantera sebelum Amri mula menggelupur kepanasan.

"Panas!"

"Mana Tuhan kau? Kalau benar dia Tuhan kau, seharusnya dia selamatkan kau." Hadid bangkit lalu dia berlalu, membiarkan Amri mengerang sendirian. Sesaat, tubuh itu ghaib menghilang.

Nafas Amri kencang. Tubuhnya betul-betul memanas walaupun tiada sumber api.

"Ya Allah... Allah... Allah..." Titipnya.

Untuk beberapa minit, Amri kekal di situ bertarung sendirian melawan kuasa hitam.

.

.

"KITA dekat mana? Amri mana?" Soal Afiq. Dari tadi matanya melingas mencari Amri, tidak nampak. Yang ada hanyalah hutan pokok-pokok hutan menghijau di malam hari.

Pelik. Tadi mereka masuk, tahu-tahu muncul di sini. Pusing belakang, pintu utama tadi dah hilang.

Semua mendiam. Ameer berdengus. Kenapa pula si Amri yang tiada di sini? Janganlah budak tu buat hal. Aduh!

"Aku rasa... Kita dah dihipnosis." Amran bersuara.

"Hipnosis?" Soal Afiq semula.

"Ya. Kita dalam keadaan tak sedar. Dipukau. Kita di dimensi lain yang dibuat oleh pemukau."

"Kita ada cara ke nak keluar dari sini?"

Amran geleng. "Aku tak tahu. Tapi... Mungkin kita boleh cari jalan keluar. Paling tidak pun kalau tengok dalam movie barat, kita perlu cari pemukau tu dan kalahkan dia di sini."

"Haih..." Ameer mengeluh. Mendengar penjelasan itu, kaki terus mengorak langkah. Mencari orang lain selain mereka bertiga.

Tak memasal pelan yang dirancang hancur. Semua berterabur. Amri pula hilang. Ameer tak pasti apa jadi dengan Amri tapi mungkin Hadid tu ada dengan Amri.

Jalan punya jalan, ada satu lembaga besar yang berdiri teguh menghadap Ameer, Afiq dan Amran. Susuk itu tak bertubuh, hanya hitam dari atas ke bawah dengan mata memerah.

"Grrr..."

"Dia ni ke?" Bisik Afiq usai teguk liur. Kecut perut melihat makhluk di hadapannya. Itu manusia ke haiwan? Atau makhluk asing?

"Jangan... Ganggu... Urusan... Tuan... Aku..." Makhluk itu bergumam satu per satu.

"Saka. Budak tu bela saka, Meer." Pantas Amran menoleh ke arah Ameer. Lelaki itu turut terkejut. Ini satu maklumat yang mereka tidak ada.

"Itu saka dia?!"

"Iyelah kot."

"Apa kita nak buat?" Soal Ameer sedikit cemas.

Amran bungkam. Dia pun tak pasti.

Tak betah, Ameer tarik keluar pistol sebelum ditala muncungnya ke arah lembaga itu. Disasarkan sebelum ditarik picu.

Bam!

Tembus.

"Tak gunalah." Ameer simpan semula senjata api miliknya. Amran dipandang.

"Apa yang kita boleh buat dengan saka dia ni?"

Amran tidak menjawab. Dia pandang semula saka itu.

"Aku nak berjumpa dengan tuan kau."

Afiq melopong. Dipandang belakang tubuh Amran berkelip-kelip. Seriuslah mamat ni berani tegur macam tu aje?

"Jangan... Ganggu... Tuan... Aku..."

"Dia tak nak layan kau, Ran." Simpul Ameer.

"Shh. Aku tak habis lagi kau dah menganggu." Ameer dijeling dengan telunjuk hinggap di bibir.

Sekembalinya menghadap sang saka, Amran beranikan diri lagi.

"Lepaskan kami."

"Jangan... Ganggu... Tuan... Aku..."

Tak ubah kaset rosak, mengulang-ulang ayat yang sama. Bengang, Ameer menepuk bahu Amran.

"Kau sebenarnya tak ada idea juga, kan?"

"Aku cuba je. Manalah aku tahu. Aku tak pernah bela saka, okey."

"Kalau kita azan? Diakan kaum suku syaitan juga... mesti terasa azab kalau dengar alunan suci. Boleh ke?" Afiq mula beri idea yang baginya agak logik.

"Cun juga. Amran, go." Ameer tepuk bahu sahabatnya.

"Kau ni, asyik aku aje."

"Tak apa, nanti aku beli hamper besar gedabak untuk bayi sulung kau."

"Rasuah. Tak aci."

"Hey, aku tak main rasuah okey. Dah cepatlah. Aku risau Amri tak ada ni. Kita nak contact Putra pun tak dapat. Tak ada signal. Kau satu-satunya harapan kita dekat sini."

Garu kepala Afiq di belakang. Tengah cemas pun boleh bergurau-senda.

"Yelah..."

Malas nak berdolak-dalih, Amran berdiri tegak. Ikutkan mahu mencari arah kiblat dengan melihat bayang-bayang, namun perasan tidak wujud definisi bayang di tempat ini. Sudahnya, dia hanya ikut gerak hati.

"Allahuakbar Allahuakbar!!"

Bam!

"Amran!!"

Membulat mata Ameer melihat tubuh Amran melayang ke belakang, menghentak batang pokok balak. Dia mengerli ke arah saka yang sudah berdiri seinci daripadanya.

Matilah nak!

Bam!

Ameer turut kena tempias sama. Dihempas ke belakang. Tinggallah Afiq yang terketar-ketar memandang saka tersebut dengan rasa takut bercampur cemas. Wajah sudah pucat persis tepung.

"Ya Allah selamatkanlah aku!" Tak perlu saka itu terbangkan dia, Afiq sudah pecut dulu. Lari meninggalkan saka. Juga mendekati Amran dan Ameer. Pantas menyembunyi di belakang tubuh dua lelaki itu. Bergemirap jantung menjadi saksi tendangan angin saka itu. Melayang teruk!

"Penakut kau!" Sakat Ameer biarpun badan rasa sakit.

"Aku mana pernah jumpa saka!" Enggan mengalah.

"Takut pada Allah yang satu saja." Sampuk Amran. Bibir menyeringai sakit. Biarpun di alam lain, rasa sakit tetap nyata!

"Tahulah..." Kendur terus suara Afiq. Dia dah takut, apa boleh buat? Rasa nak selamatkan diri aje selama tempoh itu.

"Jom teruskan."

"Kalau kena hempas lagi?" Afiq ragu-ragu.

"Kita usaha lagi. Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang benar. Allah akan bantu kita. Insha-ALLAH. Kita hanya usaha dan bertawakal. Sedia?" Tanya Amran serius. Dipandang dua orang yang bersama dengannya. Berbekalkan ilmu di dada, dia cuba pimpin. Dia tak banyak ilmu tapi akan dimanfaatkan ilmu yang masih ada di dada.

"Erm..." Dalam kepala Afiq fikir tentang Bella dan pasangan anak kembarnya saja. Dia takut kalau ada apa-apa yang berlaku padanya, Bella yang tanggung akibatnya.

Tapi... Takkan dia nak terus terperangkap di dunia yang aneh ini? Pasti Bella lagi risau.

Nafas ditarik dalam-dalam. Dia dah sampai sini, dia kena teruskan sampai habis. "Sedia."

Apa nak jadi, jadilah!

.

.

LEBUHRAYA yang kosong itu dimonopoli oleh kereta Perodua Axia milik Zack dan beberapa kenderaan lain.

Syahadat di sebelah banyak kali menoleh ke luar, memastikan mereka sudah sampai ke belum.

"Uncle, mana rumah ibu? Lamanya nak jumpa ibu!" Rungut si kecil itu.

"Syah, Selangor dengan Perlis tu jauh tau. Kita sekarang baru sampai Kedah. Nanti jumpalah Selangor tu." Zack runsing. Rasanya dah lebih 120km/j dia memandu. Nasib jalan lenggang. Bolehlah pecut sedikit.

"Lambat!"

"Hesy, dari Syah membebel baik Syah tolong uncle callkan aunty Sofea. Kita keluar pun tak bagitahu aunty lagi. Ambil phone uncle."

Syahadat mencebik. Tangan capai jugalah telefon pintar itu. Dibuka halaman skrin yang memang tiada password. Dibuka log panggilan.

"Uncle save nama aunty apa?"

"Wife sayang."

"Gediknya uncle."

"Hey, biarlah. Uncle sayang isteri uncle."

"Yelah tu..." Bibir menjuih. Nama Sofea yang diset dengan nama panggilan wife sayang bersama emotikon hati itu ditekan lalu dihidupkan loudspeaker.

"Amboi... Syah tunggulah Syah kahwin nanti. Uncle gerenti Syah faham maksud uncle. Dah mendapat, memang Syah tak lepaskan isteri Syah punya."

"Euww... Tak naklah Syah ada isteri."

Zack lepas gelak. Dikerling Syahadat sekejap. Tangan kiri hinggap ke kepala si kecil itu lalu diusap-usap.

Sekarang cakap tak naklah, nanti dah jumpa gadis idaman... Rasanya lain katanya nanti.

"Erm... Helo?" Suara mamai Sofea menerpa ke seisi Zack. Terus lelaki itu menyengih. Alahai, comelnya suara isterinya. Rindu sudah.

"Sayang."

"Hmm... Abang kenapa call? Ketuk ajelah pintu..."

"Sayang..."

"Uncle dengan Syah nak balik rumah ibu!" Dek geli-geleman dengan bicara Zack dengan Sofea, terus dicantas.

"Hey, Syah! Tak baik sampuk!"

"Abang serius ke? Jangan buat lawaklah... Saya nak tidur baliklah kalau macam ni..."

"Sayang, abang atas jalan raya ni."

"Betul! Betul! Syah boleh buat video call. Kejap aunty." Lincah betul jari Syahadat tekan-tekan ikon yang ada. Seketika kamera terpasang. Syahadat tunjuk wajah Zack sebelum menghalakan kamera ke jalan raya.

"Danish! What are you doing?! Tengah malam, kan! Pergi mana?!"

Terus terpekik Sofea di rumah Halimah. Dari rasa kantuk, terus segar-bugar. Membuntang melihat video yang tertayang.

"Kan dah cakap..."

"Awak tinggalkan saya? Serius?"

"Abang ada alasan sendiri. Nanti abang cerita."

"Sampai hati awak tinggalkan saya dekat sini? Siapa saya pada awak sebenarnya?"

Zack garu kepala. Aduh, dah sampai dah moody dia... Kan dah menjadi masalah.

"Sayang, abang ada emergency."

"Kecemasan sangat sampai lupa bini awak sendiri, Danish."

"Sayanggg..."

"Aunty janganlah drama. Syah yang ajak uncle balik. Nanti Syah bagi baliklah uncle pada aunty." Syahadat sampuk lagi. Membantu pakcik

"Syah, kenapa buat macam tu? Malamkan?" Berubah suara Sofea bila bercakap dengan Syahadat. Naik pelik jadinya Zack. Muncung sudah sedepa. Dengan budak kecik ni boleh elok-elok, dia ni kena marah pula. Padahal punca mereka pecut balik Selangor pun sebab Syahadat.

"Syah nak jumpa ibu. Syah risau, aunty." Luah Syahadat.

"Tapi ibu juga yang minta aunty tengokkan Syah."

"Tak apa, aunty. Aunty rehatlah. Syah nak jumpa ibu aje. Syah risau sangat, aunty. Uncle pun tak bagi Syah balik tapi Syah tetap nak balik. Syah minta maaf tinggalkan aunty, Syah cuma nak ibu je..."

Sofea di hujung talian sudah berair mata melihat wajah monyok Syahadat di skrin.  Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan perlahan.

"Abang hati-hati bawa kereta. Jaga Syah tu. Dah sampai mesej saya."

Terus lebar senyum Zack. Oh dah tak merajuk!

"Okey, sayang. Abang minta maaf."

.

.

SETELAH bertarung antara rasa sakit dan kebergantungan pada Ilahi, Amri mampu gerakkan tubuh. Perlahan-lahan dia bangkit. Tubuh rasa lemau ibarat seluruh tenaganya diserap pergi.

Celik mata, hilang sudah cermin-cermin di sekeliling. Berganti ruang gelap. Diperhatikan, ada cahaya suram yang menerangi ruang. Dengan kain-kain kuning yang mengikat-ikat barangan di situ dan juga asap berterbangan.

"Ni macam rumah tadi." Getus Amri. Dia pernah datang ke sini mengambil mayat Farhan. Ketika itu tiada Hadid dan rupa rumah itu sepatutnya persis yang ini.

Amri toleh kiri dan kanan, mencari Ameer dan yang lain. Masih tiada. Bahkan jasad mereka juga tiada. Tidak pasti dimana namun Amri tak mahu bazirkan masa. Hadid harus ditangkap segera.

"Wow, hebatnya kau mampu keluar dari hipnosis aku." Suara garau menarik perhatian Amri. Tegak di hadapannya, lelaki tadi sudah bersila dengan satu lutut diangkat.

"Hadid Azani..."

"Banyak juga info yang kau tahu tentang aku ya?" Soal Hadid dengan sengihan.

"Orang macam kau tak layak wujud dekat dunia."

"Itulah agama kau. Menghukum manusia tanpa kau tahu apa yang manusia tu lalui. Padanlah bersepah islamfobia dekat atas bumi ni bila yang islam sendiri berperangai macam kau." Hadid berdengus.

"Allah dah bagi kau pilihan untuk pilih masa depan kau tapi kau juga yang pilih untuk berada dekat lembah ni, Hadid... Atau aku patut panggil..."

Amri menjeda. Mata menikam mata Hadid tajam.

"Aizat Uqaish..."

Aizat senyum senget menampakkan gigi taringnya.

.

.

.

.

Okey, saya lari dulu. Jumpa di bab seterusnya. Tata, tunggu esok tau. Saya tak nak cakap apa apa. Bab seterusnya akan dijelaskan segala mak nenek masalah dan kesinambungan kepada semua persoalan <3

Continue Reading

You'll Also Like

320K 7.4K 33
Karya kedua in romance by hernazulaikaa πŸ“– Book 1 Ada di acc @Thecreamcake_ Before nak baca book 2 sila baca book 1 dahulu di acc @Thecreamcake_ untu...
496K 39.3K 65
Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih...
288K 11.5K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. βˆ†βˆ†βˆ† Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...
360K 11.4K 75
[ COMPLETED ] Tengku Adrian Rafael Raina Safiyya Zayn Ashraff Shella Eryana Cerita ni bermula sejak aku form 4 lagi. Dan sejak dari tu lah kisah hidu...