Dedicated To Wife āœ“

By stargazell

85.8K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 45

1.1K 73 8
By stargazell

"KALAU dia tak boleh, biar aku ajelah yang pergi." Amri buat keputusan.

"Sabarlah dulu, Am. Kau jangan terburu-buru."

"Sabar? Sabar apa lagi? Sampai bila? Keadaan sekarang dah teruk tahu tak? Cikgu Syuhada tu sampaikan perlu lupakan Farhan semata-mata untuk puaskan hati Aizat."

Zack mengeluh. Dah lama Amri tak bersuara banyak gini. Bila dah jadi begini, semua keputusan Amri sudah kurang rasional. Amri sangat terdesak sekarang. Dia dah kenal kawannya ni lama.

"Aku dah tak kisah, Zack. Aku nak tamatkan semua ni cepat." Putus Amri. Dia sudah bangkit dari duduk. Dipandang semua kawannya tajam, tanda dia serius. Dia tak mahu lenggahkan lagi.

"Then what? Lepastu apa kita nak buat bila dah selesai? Apa perasaan Cikgu Syuhada dengan Syah? Kau tak fikir ke?" Afiq pula bersuara, juga menyokong Zack.

"They deserves better. Zack, isteri kau sendiri kata yang mak Aizat tu pandai sihir. Siapa tahu kalau mereka yang hantar? Mak dia pun dah tak ada dekat sini."

"Sejak bila kau jadi sebegini negatif, Am?" Izuan geleng kepala. Dia tarik tangan Amri, menyuruh lelaki itu duduk lalu bertenang. Dihulur gelas berisi air sejuk namun ditolak.

"Farhan tu kawan aku."

"Dia pun kawan aku. Kawan Wan, kawan Nabil dan kawan Afiq. Jangan fikirkan perasaan kau seorang. Nanti lagi keruh keadaan. Lagipun abang kau kata apa? Macam mana permohonan dia? Lepas ke? Mana boleh sembarangan kita langkau undang-undang."

Terus Amri berdengus. Disandar tubuh ke sofa. Bila Zack kata begitu, spontan terkenangkan Ameer yang banyak berkelahi dengan dia.

Dia dah kata nak cepat-cepat settle tapi dia semula dimarahi. Seperti sekarang, semua menentang keputusannya.

"Okeylah, aku faham perasaan kau Am. Cuma kita kena cakna situasi. Macam kau cakap, Cikgu Syuhada pun dah tak sanggup berjauhan dengan anak dia disebabkan Aizat. Aizat ugut dia macam-macam dan satu perkara lagi dia disantau. Memang betul kata kau, kita tak boleh nak kacau cikgu lagi. Biar dia bersama-sama dengan Syah. Jangan sebab marah kita, hubungan dia anak beranak jadi mangsa. Soal Farhan, kita tunggu Ameer. Bila dia dah approve, baru kita semua gerak. Kita ada undang-undang. Jangan sebab rasa sebal, kita langgar. Sia-sia kena masuk penjara. Amri... Mungkin kau perlu tenangkan diri kau. Carilah ketenangan kau dulu. Waraskan fikiran kau. Bila tiba masanya, Allah akan izinkan juga kita selesaikan masalah ni. InshaAllah. Kita kena percaya aturan Allah."

Panjang lebar Afiq meredakan ketegangan yang berlaku.

"Aku setuju cakap Afiq." Balas Zack sebelum matanya ditala ke hadapan, berpandangan dengan wajah tidak puas hati Amri.

Senyuman kecil terbit. Dia tahu lelaki itu bersalah pada arwah. Apakan daya... Dahulu Amri terlepas peluang itu hingga meragut nyawa Farhan, pasti Amri jadi trauma. Dia tak mahu kejadian sama berlaku. Dia tak mahu kerana dirinya yang menjadi asbab masalah ini tergantung sepi.

.

.

KERTAS di tangan dironyokkan ibarat melepaskan segala amarah yang terbuku. Seketika, kertas itu dihempas ke dinding. Dengan dada penuh ombak, Aizat bangkit. Pintu bilik dibuka. Syuhada dicari di ruang hadapan.

Melihat Syuhada bergelak tawa bersama Syahadat, api amukannya semakin menjulang-julang tinggi.

"Syuhada Umairah binti Abdullah." Sebaris nama penuh disebut, sekaligus mematikan hilai tawa dua beranak.

Syahadat sudah mendung wajahnya.

Syuhada pula gamam. Tak pernah sepanjang mereka bergaduh sakan, nama penuh yang dilaung. Sah, perkara buruk akan berlaku. Liur diteguk kelat.

"Abang nak apa? Nak makan lagi ke?"

"Ini apa?" Satu helai kertas diangkat tinggi. Kesan ronyok jelas terpampang, bahkan ada beberapa kesan koyakan.

"Apa..."

Syuhada hilang kata saat tersedar surat yang dipegang Aizat.

Keputusan ujian DNA Aizat dan Syahadat.

Gulp!

"Apa apa? Apa benda semua ni?" Terus dihempas kertas itu ke dada Syuhada sebelum surat itu melorot jatuh.

"Abang... Syu boleh jelaskan tapi jangan mengamuk depan..."

"Kau fikir aku ni siapa selama ni hah?!" Terus dipintas.

Syuhada kecut perut dengan jerkahan itu. Bagai bergegar satu rumah. Melihat wajah merah menyala Aizat, sah ego lelaki itu tercabar.

Syahadat disembunyikan ke belakang tubuh. Enggan anak kecil itu menyaksikan perbalahan mereka.

"Kau memang tak pernah percaya aku since the first day we met."

"Abang, Syu ada sebab..."

"And yet you still hide it from me! Suami kau sendiri! Apa tujuan kau terima lamaran aku kalau sedikit pun kau tak percaya pada aku sampai sanggup buat benda tu?!" Dada Aizat berombak kencang. Sungguh, anginnya tak sejuk. Panas je rasa. Biarpun kipas terpasang laju, tak cukup untuk meredakan radang di jiwa.

Rasa dipermainkan oleh isteri sendiri!

"Abang, Syu bukan sengaja..."

"Farhan Syahadat bin Farhan Umar. Nama anak kau dekat situ. Dan kelakar sungguh ada nama aku sekali dekat situ. Terang-terang lagi kau masih tak boleh lupakan bekas suami kau! Kau ingat aku ni apa?! Kau masih fikir aku ni Farhan?! Nampak aku ni macam Farhan lagi ke?! Jadi, kau sayangkan aku sebab aku atau sebab muka aku yang katanya sebijik macam bekas laki kau?!" Bak peluru berpandu dihambur semuanya.

"Papa, stop! Jangan marah ibu Syah!" Anak kecil itu sakit telinga mendengar jerkahan itu. Terus dia keluar dari belakang Syuhada. Dia berdiri di hadapan Syuhada lalu tangan didepakan, ibarat melindungi syurganya.

Mata tidak getar untuk melawan panahan mata si bapa.

"Syah tak payah sibuklah!"

"Syah tak izinkan papa nak marah-marah ibu! Papa yang jahat selama ni!"

"Syah... Jangan sayang..." Kepala anak itu diusap sebelum ditarik pergi tubuh itu. Syahadat tak patut masuk campur. Ini perhitungan Syuhada dengan Aizat saja.

"Tak nak! Syah penat jadi penakut! Syah nak protect ibu!" Syahadat tetap teguh pendirian. Seinci pun tak beralih biarpun ditolak.

"Syahadat! Papa kata jangan sibuk maksudnya, tak perlu sibuk!"

"Ibu tak salah! Papa yang salah! Papa yang jahat! Papa yang selalu buat ibu nangis! Papa yang tak sayang ibu!"

Hujung bibir Aizat terjongket sinis. Rambut depan yang jatuh ke dahi ditolak ke atas kasar. Pinggang dicekak. Berani betul budak kecik ni nak cari pasal dengan dia. Tak sedar diri tu masih kecik. Senang aje nak condemn dia ni jahat.

"Syah, jangan buat papa marah." Syuhada cuba memujuk. Bapak dengan anak sama-sama ego. Syuhada yang buntu.

"Papa tak layak dapat ibu!"

Cukup sebaris ayat itu membakar hati Aizat. Tanpa sedar tangan terus dilayangkan.

Pang!

"Syah!" Mata Syuhada membulat melihat anak yang tersungkur jatuh. Syuhada melutut lalu dibelek wajah anak kesayangannya. Bertimpa-timpa air mata tumpah melihat kemerahan pipi tersebut.

Tuhan! Tariklah sakit pipi anak aku! Ganti pada aku saja Ya Allah! Rintih Syuhada dalam hati.

Teragak-agak Syuhada hendak menyentuh pipi itu, takut menambah perit. Biarpun Syahadat tayang muka beku, Syuhada tahu sakit rasanya pelempang yang datang dari lelaki dewasa.

"Papa dah cakap jangan masuk campur!"

"Abang! Sudahlah! Syah kecik lagi, sanggup abang lempang dia? Apa salah dia?" Syuhada kemam bibir.

Syahadat langsung tak bersuara, sedar-sedar anak kecil itu buka mulut lalu dijulur jarinya ke dinding pipi belah kiri. Bila ditarik keluar, darah meleleh. Syahadat jadi kaget. Terkedu.

"Sudahlah! Aku bukan nak cakap pasal Syah! Aku nak cakap pasal kau! Pasal ujian yang mengarut ni! Tak pernah sesaat pun kau percaya aku sebenarnya, kan?!"

"Abang... Abang salah faham... Syu bukan tak percaya abang... Syu cuma..." Sungguh, Syuhada rasa nak menangis. Kepala tak berani didongak melihat wajah kecewa Aizat.

Memanglah dia buat ujian DNA tu tapi bukan dengan niat menyakiti Aizat atau mempersoalkan lelaki itu. Sungguh! Ujian itu hanya hendak menjadi bantuan kepada penyiasatan arwah Farhan. Tak lebih.

"Ooo... Jadi padanlah kau boleh berubah sekelip mata. Ini rupanya..."

Sinis. Aizat geleng kepala. Kertas tadi ditenung. Terbit senyuman hambar. Kecewa menyebar ke segenap hati.

"Negative."

Semerta Syuhada rasa perit. Manik-manik jernih mula terbentuk lalu tumpah.

Ya, itulah kenyataannya. Aizat bukan Farhan. Mereka orang yang berbeza. DNA Syahadat langsung tak sama dengan Aizat.

Tekaan Amri tak tepat.

Aizat bukan Farhan. Nokhtah.

Mereka berdua orang yang berbeza dan dia sebagai isteri pernah meragui suaminya sendiri.

"Negatif, Syuhada... Tak cukup dengan pengakuan aku, kau sanggup labur duit untuk benda remeh ni. Punyalah kau tak percaya pada aku... Kau sebenarnya memang tak pernah ada hati pada aku, kan?"

Pedih.

Bahu Syuhada terhincut menahan sendu. Dia tiada kebenaran hendak menafikan. Bukan dia tak sayang. Kalau dia tak sayang, tak akan wujud anak hasil cinta mereka. Aizat saja yang tidak tahu kewujudan si kecil itu hinggakan sekarang, Syuhada hanya diamkan mulut.

Dengan Aizat yang marah tak tentu hala, bertambah tinggilah intuisi Syuhada hendak merahsiakan hal tersebut.

"Kau pandang muka aku." Arah Aizat, dingin.

Syuhada geleng. Tak mahu. Dia malu bila rahsianya pecah.

"Angkatlah muka kau!" Semerta jari Aizat laju menolak dagu Syuhada. Dicengkam dagu itu sedikit ketat. Mata tajam menikam mata coklat Syuhada yang bersalut air mata.

"Aku bukan Farhan Umar! Aku Aizat Uqaish  bin Ahmad Zulkarnain!" Tekannya sekuat hati.

"Syu... Syu tahu..."

"Macam ni ke cara kau sebagai isteri untuk hormat suami kau?! Dengan meragui suami kau sendiri?!"

"Tak... Bukan abang..." Lirih suara Syuhada merayu. Bagaimana lagi hendak dia susun kata supaya Aizat mempercayai dia? Lihat saja sekarang. Syahadat pun sanggup ditampar. Syuhada tak tahu apa lagi yang lelaki ini akan buat untuk mencapai kepuasan maksima.

"Papa jahat! Papa jahat! Papa jahat!" Bentak Syahadat setelah redha dari keperitan kenyataan. Hujung matanya berpasir. Anak itu bangkit walaupun sedikit terhuyung-hayang. Tangan Syuhada ditarik pergi.

"Syah nak pergi! Syah nak keluar dari sini! Syah nak bawa ibu keluar! Syah nak bawa ibu jauh dari papa! Papa jahat!" Syahadat kerah sepenuh tenaganya untuk tarik Syuhada ke muka pintu.

Syuhada jadi serba-salah. Antara ikut kemahuan Syahadat atau patuh pada suami. Dua-dua dia sayang, dia takkan mampu buat keputusan.

"Oh, tak cukup Syah ponteng sekolah sekarang dah pandailah nak lari rumah? Ingat diri tu hebat sangat?!"

"Abang, cukup!"

"Diam, Syuhada! Syah, kalau Syah nak berambus dari rumah papa, silakan. Papa takkan halang."

"Syah pun tak mahu duduk dengan papa jahat macam papa! Jom, ibu!" Syahadat sudah tekad.

"Not with my wife!"

Dunia Syuhada rasa gelap. Takkanlah... Takkanlah dia harus berpisah lagi?

"Papa tak izinkan Syah bawa isteri papa!"

"Ni ibu Syah!"

"Syah... Jangan macam ni... Kita duduk sini ya? Duduk dengan ibu. Ibu tak nak pisah dengan Syah. Kita dengar cakap papa ya sayang?" Tubuh Syahadat dibawa ke dada. Dikendong tubuh itu. Kepala Syahadat ditekup ke bahu. Tak sanggup dia pandang wajah merah Syahadat.

"Just let him be!"

"Tak. Syah akan tetap melekat dengan Syu. Abang jangan pisahkan kami lagi!" Separuh mati Syuhada perlu merayu. Dadanya berombak. Fikirannya berkecamuk. Serabut!

"Kadang-kadang aku terfikir. Mungkin sebab budak ni juga kau pun terikut fikir aku ni bekas suami kau yang dah lama mati."

"No..."

Aizat tayang sengih yang meruncing ke sisi. Sinis sekali.

"Abang... Jangan pisahkan Syu dengan Syah. Abang buatlah apa abang nak buat tapi tolong... Jangan pisahkan kami lagi. Syu tak sanggup..."

Bagaikan boleh agak idea Aizat, Syuhada mula mengundur diri. Tubuh Syahadat yang tak henti meronta didakap kian erat, enggan melepaskan separuh nyawanya.

"Syah akan duduk dengan mak dekat kampung. Kau pula di sini."

Geleng laju.

"Tak nak, abang! Tolonglah! Syu tak nak jauh dengan Syah! Tak nak!"

Aizat yang semakin mampir menjadikan Syuhada mahu hilang dari depan mata Aizat. Dia tak sanggup berpisah!

Tak betah di situ, Syuhada cuba lari. Dibawa anaknya bersama. Dipanjat tangga rumah sebelum masuk ke bilik Syahadat. Dikunci terus.

"Syuhada! Kau buka pintu ni! Syah akan pergi Perlis juga malam ni!"

Syuhada tekup telinga. Dia tak nak dengar! Dia tak mahu berpisah dengan Syahadat, apa susah sangat Aizat nak faham?

"Ibu... Jomlah keluar... Kita pergi dari sini... Syah dah cakap, papa tak sayang kita..."

Makin runtuh jiwa Syuhada. Anak itu dipeluk lagi. Bersama air mata, dikucup segenap dahi Syahadat.

Ya Allah, jangan pisahkan aku dengan anak aku. Jangan jauhkan Syah daripada aku. Dia nyawa aku Ya Allah. Aku tak sanggup lagi begini... Kau pulihkan rumah tangga aku... Tolong Ya Allah...

Saat Syuhada benar-benar tersempit, dia tidak punya sesiapa. Telefon juga tiada untuk menghubungi orang lain.

Dia tak ubah persis banduan dalam tawanan Aizat. Dibedal mental dengan mempergunakan Syahadat.

Syuhada tak sanggup.

.

.

.

.

Go my little Syah, such a strong child 🥺

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
497K 39.4K 65
Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih...
165K 10.5K 32
Adam Hirdy | Azalea
1.5M 59.2K 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah...