Dedicated To Wife āœ“

By stargazell

85.8K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 42

919 69 10
By stargazell

"SIAPA izinkan kau bawa telefon kau sekali?"

Syuhada angkat wajah dan ditoleh ke arah pemandu. Tangan masih memegang peranti elektronik tersebut.

Berkerut-kerut dahinya mendengar persoalan Aizat.

Telefonnya penting. Kenapa tak boleh dibawa bersama?

"Aku tanya ni!"

"Tak ada siapa izinkan," jawab Syuhada, malas hendak bertengkar mulut lagi. Tambah pula, lelaki itu masih memandu. Dia tak mahu Aizat hilang fokus semata-mata memarahi dirinya.

"Bagi sini phone kau." Tangan kiri dia hulurkan. Tangan kanan masih memegang stereng. Mata juga tidak dikalih dari memandang jalan raya. Lebuh raya yang lengang menyebabkan dia memecut lebih laju.

"Awak nak buat apa?"

"Bagi ajelah! Banyak tanyalah kau!"

Syuhada ketap bibir. Tanya sikit sudah marah. Malas hendak melayan, telefon itu disua ke tapak tangan Aizat yang terbuka.

Syuhada memerhati gerak-geri suami. Aizat meletakkan telefon itu ke atas riba sebelum dibuka cermin tingkap bahagiannya. Tanpa isyarat, dia langsung mencampaknya keluar.

Membulat mata Syuhada. "Aizat!"

Dia gamam. Tak berkelip matanya memandang Aizat. Masih terkejut dengan tindakan Aizat. Kepala menoleh ke belakang melihat seketika telefonnya namun sudah hilang bayangnya.

Mata sempat menyoroti ke tempat duduk belakang, mencuri lihat anaknya yang nyenyak tidur. Tumpah rasa kasihan. Kecil-kecil lagi sudah terpaksa menghadapi masalah berat ibu bapa sendiri. Kasihan Syahadat.

"Tak payah kenanglah phone tu. Sebab benda tu lah, kau akan terus berhubung dengan Amri. Aku tak suka!"

Syuhada kembali betulkan duduk. Kepala memandang luar. Kepalanya sakit. Sakit melayan kerenah Aizat yang tak ubah macam budak-budak. Budak-budak lagi mudah nak urus berbanding lelaki di sebelahnya ini.

Sudahnya, Syuhada hanya membisu sepanjang perjalanan. Andai Aizat ada bersuara atau menyoal, sengaja dia buat-buat tidur. Tidak hingin hendak berbual bersama Aizat. Boleh buat sakit jiwa. Lebih baik dia menyepi.

.

.

"TURUN." Arah Aizat dingin. Pintu sebelah pemandu sudah terbuka, hanya menanti isinya keluar. Syuhada terkebil-kebil. Mata ditenyeh seketika. Tadi rancangnya hanya merehatkan diri tetapi tidak sedar pula boleh terlajak sehingga tertidur.

"Tak perlu acah macam tuan puteri boleh tak? Cepatlah turun." Aizat bermalasan memandang isteri. Ditinggalkan pintu terbuka dan beralih ke tempat duduk belakang. Tanpa mengejutkan anak mereka, Aizat terus merangkul tubuh Syahadat rapat ke dadanya. Dia berlalu masuk ke dalam rumah.

Perlahan-lahan, Syuhada melangkah keluar. Rumah yang sudah dua minggu dia tinggalkan itu diperhatikan.

"Kau tunggu apa lagi? Masuklah." Suara garau menegur dari muka pintu. Tubuh Syahadat sudah hilang dari pegangannya. Dia memeluk tubuh memandang langit.

Langkah Syuhada corak. Dompet dibawa rapat ke dada. Kecil saja langkah yang diambil. Gemuruhnya kembali datang.
Di sini tempat mereka bersama. Di sini tempat dia mula terasa sakit di bahagian dada dan batoknya semakin menjadi-jadi. Di sini tempat dia dan suami bertengkar. Di sini juga dia dihalau oleh suami sendiri. Dan saat ini, dia kembali berpijak di rumah yang meninggalkan banyak memori. Kali ini, dia tinggal semula bersama suami setelah dua minggu mereka berpisah.

"Kenapa perempuan ni ada lagi dekat sini, abang? Bukan abang dah halau ke?" Izzati muncul dari ruang dapur bersama muk di tangan. dahinya membentuk kerutan, tanda dia tertanya-tanya.

"Pandailah aku settle hal aku. Kau tak payah sibuk." Aizat sambar pergelangan tangan Syuhada. Mata menjeling adiknya seketika sebelum dengusan dilepaskan. Dia memimpin isteri ke bilik mereka. Pintu ditolak dan dikunci. Tautan mereka dilepaskan.

"Bagi dompet kau."

Syuhada tercengang. Dalam bingungnya, dia menghulur jua dompet yang ada di tangan. Mata memerhati tindak tanduk suami yang menyelongkar dompetnya.

Lesen memandu dan kad pengenalannya ditarik keluar. wajah Syuhada berkerut seribu. Untuk apa dikeluarkan IC dan juga lesen?

Dompet yang dihulur semula dicapai lambat. Mata masih merenung dua kad penting miliknya. Menanti maksud Aizat dengan mengambil dua kad penting itu.

"Mulai hari ini, abang yang pegang lesen dengan IC Syu."

Telinga Syuhada berdesing. Digosok perlahan. Dia tak salah dengarkan? Aizat gelarkan dirinya abang? Mana hilang panggilan 'aku kau'?

"Kejap... Abang?" Soalnya meminta kepastian.

"Salah ke? Atau Syu nak kita terus bergaduh sampai mati?"

Syuhada diam. Terlalu cepat untuk dia menerima perubahan ini. Sedangkan tadi di Mersing, Aizat berkasar dengannya. Kenapa di sini dia kembali menjadi lembut? Walaupun masih kedengaran kasar ayatnya, Syuhada dapat kesan kelembutan dalam bicaranya. Apa Aizat sudah pulih dari sihirnya? Dia tahu dia disihir?

"Abang nak Syu tinggal dekat rumah ni, muhasabah diri Syu semula. Telefon dengan dua kad ni biar abang pegang. Abang tak izinkan Syu keluar atau pun berhubung dengan orang luar. Abang nak Syu tinggal dekat sini dan fikirkan tentang kita."

Syuhada tenung seraut wajah suaminya tidak berkelip. Kepala menghadam bicara lelaki itu.

"Kalau... Kalau Syu nak keluar pergi beli barang dapur?" Soal Syuhada gagap pada mulanya. Terasa keras lidah untuk memanggil panggilan lembut mereka. Sejak bergaduh, dia hanya menggunakan 'saya awak' tetapi melihat respons positif Aizat, ada baiknya dia mengikut rentak Aizat. Moga-moga santaunya juga lumpuh dari tubuhnya.

"Tak perlu. Abang boleh pergi. Syu senaraikan barang yang Syu nak, abang pergi beli sendiri."

"Syu nak buat apa aje kalau Syu tak boleh keluar rumah?"

"Banyak benda Syu boleh buat. Kalau Syu rajin, masak lebih. Abang boleh jual pada pekerja abang."

Syuhada jongket kening. Kepala digaru. Selama hidupnya, tugasnya mengajar. Namun, sejak dia berhenti, dia seakan hilang arah tujuan. Buat kerja lain, memang terasa kekok.

"Look. Abang buat semua ni sebab nak jernihkan balik hubungan kita. Abang tak nak ada orang ketiga dalam hubungan kita. Lupakan Amri, lupakan Izuan dan paling penting... Lupakan Farhan. Mereka tak ada kena-mengena lagi dengan Syu. Hanya abang saja yang Syu ada sekarang. Abang tak mahu ada nama lelaki lain dalam hati Syu. Abang marah bila Syu pentingkan lelaki lain sedangkan hubungan Syu dengan dia dah lama habis. Syu kena sedar yang Syu dah jadi isteri abang. Please, act like one." Aizat genggam jemari Syuhada. Jarak dirapatkan. Mata menjamah wajah yang dia rindu. Dua minggu bukan sekejap. Bergunung rasa rindu di hati kalau diikutkan.

"Can I ask you something?" Pinta Syuhada tiba-tiba.

"Sure."

"Kenapa... Kenapa abang berubah sebegitu pantas? Dua minggu lepas, abang caci Syu macam abang dah benci pada Syu tapi sekarang, abang berlembut dengn Syu. Kenapa abang?"

Mereka berlawan pandangan. Suasana hening seketika sebelum Aizat memutuskan untuk bersuara.

"Abang terlalu cemburu."

"Betul ke abang? Cemburu apa sampai soal cerai dibangkitkan?"

"Maksud Syu?" Dia pula yang berkerut dahi.

"Sihir, bang."

Air muka Aizat berubah.

"Abi Sulaiman ada cakap pada Syu, situasi kita ni macam terkena santau pemisah. Dan setiap peringkat santau tu, betul-betul sama dengan setiap kejadian yang berlaku. Abang baik dengan Syu sebab santau tu dah hilang ke?" Genggaman jemari Aizat dibalasnya erat. Anak mata ditenggelamkan di balik mata Aizat yang membundar. Dia inginkan jawapan. Dia terlalu buntu sehingga kadang-kadang hilang kewarasan.

Aizat diam. Wajah Syuhada yang runsing direnung lama. Diamati setiap inci wajah tersebut. Hembusan nafas dihela perlahan.

"Abang tak tahu. Abang nak mandi."

Syuhada mengeluh. Dia harapkan jawapan tetapi alasan yang dia dapat. Malas hendak membalas, dia hanya mengangguk. Tautan tangan dilepaskan. Dia bergerak ke arah katil dan dipanjat. Tubuh direbahkan perlahan-lahan. Siling dipandang lama.

Bilik ini sudah lama tidak dia jejaki. Rindunya rasa. Di sini tempat mereka beradu kasih, mustahil dia lupa.
Syuhada raup wajah perlahan. Mungkin dia perlu tidur seketika. Kepalanya serabut kini. Dia perlukan ketenangan.

.

.

TANGAN Syahadat digamitnya lembut. Senyuman di bibir melebar. Melihat wajah ceria Syahadat, Syuhada tumpang gembira. Mungkin hikmah hari bersejarah Syahadat, mereka bersatu semula. Aizat juga melayannya dengan baik. Senyuman tidak luput dari bibir. Terasa nak menyengih sepanjang masa.

Bangun dari tidur tadi, Aizat hadiahkan dia sepasang jubah hitam yang memang cantik. Bersama labuci yang ada di bahagian lengan dan bawah jubah, pakaiannya nampak begitu menawan. Tak sangka pula Aizat ada perancangan untuk membawa mereka makan malam bersama. Kosong sedikit kepalanya dengan kejutan kecil ini. Mereka bdrtiga tak ubah seperti pasangan bahagia, saling melengkapi untuk malam ini.

"Syah nak makan apa hari ni? Syah cakap aje, papa belanja."

"Aiskrim!" Telunjuknya menjulur pada satu peti ais yang menempatkan aiskrim calong dan batang.

"Nantilah. Makan berat dulu. Syah nak nasi ayam ke?"

"Boleh juga."

"Sayang nak makan apa pula?"

Senyuman Syuhada kejung. Mata dikerlipkan beberapa kali. Sayang?

"Oh, tak perlu jawab. Abang tahu." Aizat langsung memanggil pelayan untuk mengambil oder mereka. Sementara menunggu, Aizat meminta izin untuk ke tandas.

Hilang saja kelibat suaminya, Syuhada lantas berpaling menghadap Syahadat. Seraut wajah itu diusap setiap inci, mencari kalau-kalau anaknya tercedera sepanjang ketiadaannya di sisi.

"Syah, ibu nak tanya ni."

"Apa, ibu?"

"Masa ibu tak ada... papa ada marah-marah Syah tak?"

Serentak itu, tubuh Syahadat menggeletar hebat. Syuhada yang menjadi kalut.

"Syah, kenapa ni?"

Jeda. Hanya tubuh yang tidak henti getaran.

"Ya Allah. Papa buat apa, sayang?"

Syahadat menggeleng. Bibir dikemamnya rapat. Tubuh si ibu dipeluk erat.

"Syah..." Syuhada hilang kata hendak memujuk anaknya supaya bercerita. Mata mencuri lihat ke arah dapur, andai Aizat sudah keluar dari tandas. Kesempatan ini Syuhada curi dengan menyelak baju anaknya. Dari lengan dia lihat. bahagian baju hadapan dilihat namun tiada sebarang kesan. Seluar anaknya ditarik dan dibelek. Juga tiada.

Syuhada berfikir sejenak. Perlahan-lahan dia menyelak baju bahagian belakang. Pada masa yang sama, Syahadat menghalang dirinya melihat bahagian belakang tubuh sekakigus menambah rasa wasangkanya. Ditepis lembut tangan anaknya dan diselak bajunya segera.
Matanya membulat. Dia terkedu.

"Ibu... jangan cakap dengan papa..." Anak itu sudah teresak pada dadanya.

Syuhada bungkam. Hatinya terasa disebat, hanya dengan melihat kesan luka di belakang tubuh anaknya.

"Kenapa Syah tak bagitahu ibu?" Soalnya lirih. Mata yang berkaca dilap. Sepanjang dia membesarkan Syahadat, tidak pernah lagi dia naik tangan hingga berbirat tubuh anaknya. Hati ibu mana yang tak sedih?

"Nanti papa marah Syah. Papa cakap jangan bagitahu ibu. Tak apa, ibu. Sikit aje luka Syah ni. Ibu jangan bagitahu papa, ya?" Pintanya, mengelap air mata. Tidak mahu si ayah tiri perasan kehadiran cecair yang tumpah dari sepasang mata miliknya.

"Nanti ibu sapu ubat pada luka Syah, ya?"

Syahadat mengangguk tanpa bantahan. Habis saja bualan mereka, Aizat kembali ke meja mereka. Pelayan juga tiba bersama pesanan mereka.

"Tomyam campur, khas untuk sayang." Satu mangkuk tomyam campur diletakkan di hadapan Syuhada. Satu pinggan nasi juga disua. Syuhada capai segera. Mata mengintai lihat suaminya. Wajahnya ceria dan tampak berseri. Syuhada mati kutu. kenapa pula suaminya boleh bertukar watak setiap masa? Apa yang dah jadi sebenarnya?

“Terima kasih.”

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 59.2K 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah...
1.4M 78.1K 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-b...
306K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...