Dedicated To Wife āœ“

By stargazell

88.9K 5.9K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 38

983 69 9
By stargazell

“SUAMI kamu ke, Syu?”

Syuhada angkat kepala dan menoleh ke arah pintu. Tergamam melihat ibu Sumayyah yang berdiri di muka pintu. Dia terlalu leka sehingga tidak sedar kehadiran wanita itu. Polaroid di tangan kembali ditatap.

“Arwah suami, bu.”

Ibu Sumayyah mengangguk. Langkah dia corak masuk dan mengambil tempat di sebelah Syuhada. Punggung dilabuhkan ke birai katil. Kotak yang dipegang Syuhada dipandang. Penuh isi dalamnya dengan kepingan gambar.

“Ini anak Syu?” Ibu Sumayyah mencapai satu polaroid yang menangkap perhatiannya. Gambar Syuhada bersama seorang anak kecil sedang tersenyum gembira. Kalau lihat latar belakangnya, seperti majls graduasi tadika. Lihat anak kecil yang berjubah biru bersama topi petak itu, tidak lain tidak bukan anak itu sudah tamat persekolahannya di tadika dan bakal menginjak darjah satu.

“Farhan Syahadat.”

“Cantik nama. Kegembiraan.”

Syuhada tersenyum kecil. Makna nama anaknya, kegembiraan. Benar. Anaknya kegembiraan hatinya. Penawar luka di hati.

“Umur berapa dia?”

“Tujuh.”

Ibu Sumayyah tersenyum. Seketika ibu Sumayyah bangun dan menghampiri laci almari. Kunci yang bersangkut dipulas. Ditarik sesuatu dari balik laci. Syuhada hantar memerhati.

Sumayyah kembali duduk di sebelah Syuhada. Sekeping gambar dia hulur pada Syuhada. Syuhada merenung lama gambar yang dihulur. Seorang gadis kecil yang tersengih ke arah kamera. Tangan mencorak gaya peace.

“Siapa ni ibu?”

“Anak ibu.”

“Mana dia sekarang?”

Sumayyah tersenyum lagi. “Dekat syurga.”

Serentak itu Syuhada mengangungkan lafaz Tuhan. “ Innalillah...”

“Ibu...” Spontan Syuhada memeluk Sumayyah.

“Ibu okeylah, Syu.”

“Umur berapa dia pergi?”

“Tiga tahun. Gambar tu gambar terakhir yang ibu sempat tangkap sebelum dia pergi. Dah dua puluh tahun dia pergi, Syu.”

Kepingan gambar tadi dipandangnya. Memang nampak ada iras Sumayyah. Tidak sangka anak ini sudah kembali ke pangkuan Tuhan. Orangnya manis tapi terlalu singkat masa melihat dunia.

“Anak ibu ada masalah paru-paru berair. Tiga tahun dia hidup dengan bantuan pernafasan. Ibu dengan abi tak sempat ajar dia apa-apa. Nak berjalan pun anak ibu tak reti apatah lagi nak bercakap.” Sumayyah merenung gambar yang dipegang Syuhada. Bayangan anak daranya terbias di depan matanya. Tiga tahun hidupnya perit melihat anaknya menderita sakit.

“Masa tu ibu rasa dunia ibu dah tamat. Dua tahun Allah pinjamkan dia untuk ibu tapi dalam keadaan sakit. Hari-hari ibu menangis mohon Allah sembuhkan dia. Abi la orang yang selalu bagi semangat pada ibu. Pernah satu masa ibu rasa nak ganti tempat anak ibu. Ibu tak sanggup tengok anak ibu hidup macam tu teruk.”

Syuhada membisu. Hatinya sedikit terusik mendengar kisah Sumayyah. Sangkanya Sumayyah adalah wanita yang bahagia bersama suami di sisi. Rupanya, Sumayyah juga ada kisah yang perit untuk ditelan.

“Genap tiga tahun, Allah tarik nyawa dia. Allah saja yang tahu apa ibu rasa masa tu.”

“Kenapa ibu cerita dengan Syu? Mesti ibu sedih sebab teringat semula.”

Sumayyah menggeleng bersama senyuman, menambah kerutan pada dahi Syuhada. Tangan Sumayyah bertindak mengusap bahu Syuhada.

“Dua puluh tahun dia pergi, ibu cukup redha. Rindu memang rindu tapi bila teringat balik dia ada dalam dakapan Allah, buat apa ibu nak bersedih lagi? Ibu cerita sebab nak Syu usaha demi anak Syu. Santau ni bukan perkara main-main. Silap hari bulan, bulan makan diri Syu. Jadi, ibu nak Syu tabah sepanjang berubat. Bertahan demi anak Syu. Lawan kita bukan sesiapa, makhluk Allah juga. Insha-ALLAH, Allah ada bersama orang yang benar. Yang penting, Syu jangan sesekali tinggal solat. Jangan lakukan perkara yang Allah murka.”

“Baik, ibu. Syu ingat semua pesan ibu.” Senyuman kecil diukir.

“Ibu.”

“Ya?” sahut Sumayyah.

“Siapa nama anak ibu?”

“Aura Saffiyah.”

“Aura... Sedap nama dia.”

Sumayyah melebarkan sayap senyuman.

.

.

“SYUHADA.”

Sebaik memberi salam kedua, Syuhada lantas berpusing. Summayah berdiri di muka pintu. “Ada orang jumpa Syu.”

“Siapa, ibu?”

“Izuan kata nama dia Amri.”

Bibir Syuhada terkunci. Amri datang ke Mersing? Syuhada segera mencabut telekung dan dibiarkan di atas katil. Tudung sarung dipakai dan berlalu ke ruang hadapan. Sumayyah ke belakang menyediakan air sementara dia berbual dengan Amri.

“Amri,” panggil Syuhada. Dia melabuhkan duduk bertentangan dengan Amri. Seketika dia terkedu melihat wajah Amri.

“Ya Allah, kenapa boleh lebam?” soal Syuhada meluru. Banyak kesan-kesan biru pada wajah Amri.

“Ah, tak ada apa.” Lelaki itu berdalih. Jari menekan sendiri lebam yang ada sebelum bibirnya berdesir sakit.

“Kejap, saya pergi minta ibu ubat.”

“Eh, tak perlulah.”

“Perlu. Dah biru muka awak tu. Sekejap.” Syuhada bangkit. Dia menyoal kepada Sumayyah ubat antibiotik yang ada untuk dia beri kepada Amri. Dia menonong masuk ke bilik tidurnya dan mencapai ubat yang ada. Kapas turut diambil dan berlalu ke ruang hadapan. Ubat dan kapas diletakkan di atas meja.

“Siapa tumbuk awak ni?”

“Tak ada siapalah, cikgu.”

Syuhada berdengus. Faham benar dengan sikap Amri yang satu. Rahsia pandai disimpan rapi! Kerana itulah, Amri dianugerahkan pengawas cemerlang setiap tahun. Selaku bekas guru disiplin, dia faham benar dengan perangai setiap anak didiknya yang merangkul gelaran pengawas.

“Kejap...” Syuhada teringatkan sesuatu. Matanya membulat memandang Amri.

“Aizat... Dia yang tumbuk awak, kan?”

“Mana ada.” Amri larikan pandangan. Kapas diambil sebelum botol antibiotik itu dipulas. Sengaja dia pura-pura sibuk.

“Sah, memang suami saya. Saya tak fahamlah dengan dia. Apa kena dengan dia?” rungut Syuhada seraya memeluk tubuh. Badan dibawa bersandar ke kusyen sofa. Kepala terbayang muka Aizat. Lelaki itu meragut segalanya dari hidupnya. Hatinya ditikam-tikam. Habis semua orang yang berkait rapat dengannya semua dihuru-harakan hidup mereka.

“Cikgu jangan cakap macam tu.”

“Tak betul ke apa saya cakap? Awak sendiri tahu apa yang dia buat pada saya. Tak cukup dia tuduh saya curang, Syah pun dia rembat. Dayus betul!”

Amri hela nafas. Wajah cuka Syuhada dipandangnya dengan ekor mata. Kapas kembali diletakkan ke atas meja. Nafas ditarik dalam-dalam.

“Saya tak rasa dia bersalah.”

Berkerut-kerut dahi Syuhada. Mata tajam menikam wajah Amri yang nampak tenang.  Berdesing telinganya mendengar kenyataan Amri. Bagaimana lelaki itu boleh berfikiran terlalu positif walhal dia baru saja ditumbuk oleh Aizat?

“Saya ada baca fasal santau ni malah, saya buat rujukan dengan ustaz dekat area taman saya. Santau ni ada banyak jenis, cikgu.”

Belum sempat Amri menyambung, tubuh Sumayyah mula menampakkan bayang. Terus dia ceriakan wajah. Senyuman dihadiahkan pada ibu saudara Izuan.

“Jemput minum, Amri. Ibu sediakan kuih sikit untuk Amri. Mesti letihkan datang dari Selangor?”

“Terima kasih, ibu. Letih jugalah memandu.” Dia membalas sapaan Sumayyah mesra.

“Kalau macam tu, tidurlah sini sehari. Penat kalau nak memandu balik sana balik.”

Amri garu kepala. “Tengoklah macam mana, bu. Tak rancang pun nak stay sini. Dekat Selangor tu macam-macam hal Am kena settle.”

“Sehari tak luak pun, Amri. Sesekali rehatkan diri dari semua kerja.” Amri hanya senyum nipis. Masalahnya, hal ini tidak habis sejak enam bulan lepas. Bagaimana dia hendak berehat? Dia rasa berdosa andai tidak menyelesaikan perihal Farhan secepat mungkin. Takut hal Farhan tidak selesai hingga ke sudah.

“Ibu masuk dulu. Belum Asar. Kamu tu Amri, dah solat belum? Kalau belum, pergi minta Izuan sejadah. Bilik dia yang sana tu.” Sumayyah halakan jari telunjuk pada satu pintu bilik yang tertutup.

“Baik, ibu.” Amri tidak banyak kata.

Sumayyah bangkit dan hilang di balik dinding.

“Kamu dah solat ke Amri? Kalau belum, solatlah dulu.”

“Sebenarnya, saya dah solat. Sebelum datang ke sini saya singgah masjid sekejap.”

Syuhada mengangguk. Bibirnya kelu hendak meneruskan perbualan. Hati tertanya-tanya dengan bicara Amri sebentar tadi. Dia mahu lelaki itu menyambung. Mata memandang Amri yang menyisip sedikit air teh yang Sumayyah sediakan. Dia beralih pada piring yang terisi karipap panas. Syuhada garu pelipis. Ibu saudara Izuan memang rajin. Lihatlah, walaupun Amri seorang yang datang ke rumah, sanggup dia menggoreng karipap untuk dihidangkan. Padanlah ramai orang menyenangi Sumayyah. Hatinya mulia.

“Oh, ya. Fasal tadi. Saya hampir terlupa.” Amri telan liur.

Syuhada memasang telinga semula.

“Santau ada macam-macam jenis. Kalau saya kaji semula, saya rasa cikgu terkena santau pemisah. Kebiasaanya, santau jenis ini memang khas untuk mereka yang berjodoh. Tak kisahlah, suami isteri atau pun tunangan.”

Amri kerling ke arah Syuhada, mahu melihat reaksinya. Ternyata benarlah telahannya Syuhada akan gemap.

“Ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali? Siapa yang busuk hati dengan saya? Apa salah saya, Amri?” wajah Syuhada raup lemah. Pening kepalanya memikirkan segala yang berlaku. Serabut!

“Tapi ada satu benda yang cikgu perlu tahu.”

Syuhada jadi penasaran. Melihat wajah Amri yang gelisah, makin bertambah perasaan ingin tahu. “Apa dia?”

Amri pandang wajah bekas gurunya lama. Keluhan dia lepaskan. Berat hatinya hendak menyebut.

“Bagitahu saya, Amri.”

“Saya rasa santau tu terkena pada Aizat.”

“Hah?” Melopong mulut Syuhada. Kerutan di dahinya kian jelas. Seketika, dia lepaskan tawa kekok.

“Awak berguraukan, Amri? Saya yang muntah darah dan sakit. Kenapa awak cakap dia yang kena? Lebih baik saya tak payah berubat kalau dia yang kena,” balas Syuhada. Duduknya dibetulkan.

“Cuba cikgu tengok kertas yang ustaz saya conteng ni. Ini adalah fasa-fasa santau pemisah tu. Perlahan-lahan, simptomnya berbeza.” Beg kecil yang dia bawa dibuka. Zip ditarik. Sehelai kertas yang terlipat dibawa keluar. Lipatan dibuka dan disua kepada Syuhada. Diletakkan saja kertas itu pada meja dan membiarkan Syuhada mencapai sendiri.

Syuhada membelek tulisan berangkai yang tertulis. Setiap patah perkataan dia sebut dalam hati. Usai membaca, Syuhada lepaskan keluhan berat. Kertas itu diletak semula ke meja. Membaca fasa-fasa yang terjadi dengan kesan santau pemisah, telahan Amri ada benarnya.

Fasa pertama, mula timbul rasa benci. Itu memang tidak dapat sangkal lagi. Kalau sehinggakan dia tidak dapat bertemu Syahadat, memang sudah sah-sah dirinya dibenci.

Fasa kedua, sering berlaku perselisihan faham.

“Pernah tak cikgu dengan Aizat bergaduh sebab benda kecil?” Soalan Amri menjerut lehernya. Dia tidak mampu menggeleng.
Pernah satu ketika, Aizat memarahinya kerana air teh susu yang dia buat terlalu pahit. Hambir disembur air itu pada wajah Syuhada. Bukan setakat itu, cawan terus dihempas merata. Benda kecil tetapi dibesar-besarkan. Bukan sekali, malah berkali-kali. Kalau dia terlupa iron baju, terus mengamuk lelaki itu. Baran.

Fasa ketiga, berasa tidak percaya lagi kepada pasangan. Syuhada semakin faham dengan pendapat Amri. Bila mereka bersungguh-sungguh menjelaskan salah faham yang berlaku, Aizat menggelarkan mereka penipu. Malah, dirinya sendiri dipanggil perempuan tak guna dan dituduh curang tanpa bukti. Hanya kerana dia rapat dengan Amri, lelaki itu hilang kepercayaan terhadap dirinya.

Fasa keempat, perasaan cemburu buta menjadi-jadi. Bukti paling jelas, Amri dan Syuhada dituduh mempunyai hubungan sulit sedangkan ketika mereka bertemu, kawan-kawan Amri ada sekali. Aizat langsung tidak ingin mendengar alasannya dan terus menghukum dirinya. Hatta, melihat wajah atau nama Amri, lelaki itu meletuskan rasa marah.

Fasa kelima, sudah tidak punya perasaan untuk bersama. Hal yang ini Syuhada terpaksa akui. Pernah Aizat menyuarakan kepadanya bahawa dia sudah tidak punya hati untuk menyentuh dirinya. Digelar jijik. Pedih memang pedih, hanya Tuhan saja tahu perasaan Syuhada ketika itu. Syukur tidak di hadapan khalayak ramai, hanya ketika mereka berdua sahaja.

Fasa keenam, perubahan sikap. Ya, Aizat benar-benar berubah. Dari penyayang menjadi baran. Lelaki itu cepat melenting. Tak boleh silap cakap, terus dihambur.

Dan fasa terakhir... Fasa yang Syuhada takuti. Penceraian.

Syuhada urut pangkal hidung. Membayangkan semula ugutan Aizat, hatinya takut. Takut andai benar-benar berlaku. Kalau mereka bercerai, pasti hak penjagaan Syahadat akan dipersoalkan.

Aizat pasti bersungguh-sungguh mencari jalan untuk memenangi hak penjagaan terhadap anak tirinya dan Syuhada takut andai dia tidak dibenarkab bertemu Syahadat lagi. Sungguh, dia tidak mahu perkara sebegitu berlaku.

“Yang saya tak faham ialah kenapa saya yang muntah darah dan sebagainya? Ini semua kesan santau bahkan ibu Sumayyah pun cakap benda yang sama.”

Amri garu pelipis. Dahinya sedikit berkerut. Dipandang Syuhada penuh simpati. “Tak mustahil cikgu dengan suami disantau sekali.”

“Saya kurang faham. Setahu saya, Aizat tidak pula muntah darah, sesak nafas dan lain-lain. Kenapa saya seorang yang alami?”

“Itu... Kita tanya abi. Saya sempat tanya ustaz fasal santau pemisah.”

Syuhada hanya mengangguk lemah. Apa yang terjadi sekalipun, dia perlu akur pada ketentuan Ilahi. Pesanan ibu Sumayyah akan dia pegang erat. Jangan sesekali berpaling dari Tuhan Maha Esa kerana dia yang memberi penyakit, dia juga yang memberi penawar.

Continue Reading

You'll Also Like

70.6K 5.5K 33
Nina Fini | Karya Kelima Leo & Auliya -Logik badminton mengatakan aku dan dia ibarat 'out'. Mustahil akan bersama. Namun, tatkala takdir melontarkan...
369K 9.9K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...
2.4K 246 10
Ahmad Tuah Eskandar & Taliya
369K 23.1K 64
šš®š«šžšžš§ š‘ššš®šš”ššš” | šŒš®š”ššš¦š¦ššš š™ššš²š«ššš§ Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...