Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

85.6K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 37

985 65 12
By stargazell

“KAMU dah fikir betul-betul ke Syuhada? Kenapa secara tiba-tiba?”

Syuhada menunduk. Semalam dia sudah tekad untuk melepaskan pekerjaannya sebagai guru. Surat perletakan jawatan 24 jam telah dia sediakan dan kini dia berada di bilik berpenghawa dingin, berhadapan dengan puan pengetua. Pastinya beliau terkejut mendapat surat rasmi daripadanya. Tiada angin, tiada ribut mahu berhenti kerja. Siapa aje tak pelik.

“Saya dah buat keputusan puan.”

“Ya, memang kalau diikutkan SOP awak layak untuk lepaskan jawatan awak sebab awak berkhidmat sebagai guru lebih 10 tahun tapi awak belum masuk fourty series lagi, Syuhada. Kalau awak berhenti sekarang, awak tak dapat duit pencen.” Pengetua memberi penjelasan tentang prosedur melepaskan jawatan sebagai guru. Kepalanya tidak dapat terima berita mengejut ini. Selalunya mereka yang meletakkan jawatan adalah kerana ingin pencen awal tetapi dalam kes ini, Syuhada baru 33 tahun. Ada tujuh tahun untuk dapat pencen awal tetapi wanitia itu enggan.

“Tak apa, puan. Saya memang betul-betul nak berhenti.”

“Awak ada masalah ke? Saya boleh bagi cuti tanpa gaji untuk awak kalau awak ada masalah peribadi. Sepanjang tempoh cuti, awak fikirkan semula keputusan awak. Saya tak nak awak buat keputusan terburu-buru. Nanti awak menyesal.”

Syuhada senyum tawar. Kalau dia ambil cuti tanpa gaji, sampai bila agaknya? Lagipun, sudah lebih dari cukup dia berbakti kepada anak muda. Kini, dia hanya mahu rehat. Mahu mencari ketenangan hidup.

Syuhada gelengkan kepala. “Saya tekad. Saya takkan pandang belakang semula, puan.”

Pengetua menghembus nafas perlahan. Mata memandang Syuhada lama. Dia di sini sudah 5 tahun. Dia kenal guru muda ini. Memang seorang yang baik dan peramah dengan anak murid. Bila wanita ini mengambil keputusan untuk berhenti, seperti dia hilang mutiara di lautan. Hilang seorang guru boleh diibaratkan satu api lilin sudah terpadam. Anak-anak yang sebelum ini menggelilingi lilin itu terpaksa berpindah cahaya.

“Kalau itu kata awak, saya tak boleh buat apa-apa lagi. Terima kasih atas semua jasa awak dalam bidang ini, Syuhada.”
Syuhada mengangguk kecil. Tubir matanya panas. Hakikatnya dia enggan berhenti tetapi keadaan memaksa dirinya.

Lagipun, dia akan bertolak ke Mersing. Jadi, dia tak mahu mencampur-aduk urusan sekolah dan peribadi.

Istikharah telah dia buat tiga malam berturut-turut dan kata hatinya kuat menyuruh dia berhenti. Buat kali pertama dalam sejarah, dia mengundur diri dalam bidang pendidikan. Dia tarik diri dari menjadi tenaga pelajar.

“Terima kasih, puan. Saya akan kemaskan barang saya hari ini juga.”

.

.

SATU kotak di atas meja Syuhada capai. Kerus yang ada dia tarik dan labuhkan duduk. Kulit kotak empat segi tepat diusap perlahan. Mata melilau melihat keadaan bilik ini. Sudah dua bulan dia tidak pulang ke sini. Di sinilah segala kenangan dia dan Farhan tersimpan kemas. Dan di sini juga dia membesarkan Syahadat, mengenalkan anak itu kepada bapa yang sudi jauh pergi dari bumi.

Kini... Dia kembali sendirian.

Tanpa Farhan.

Tanpa Syahadat.

Dan...

Jemari Syuhada hinggap pada perutnya yang kempis. Tanpa nyawa yang menumpang di rahimnya.

Pedih...

Tangan pantas menekup wajah, menghalang air mata dari tumpah lagi. Sesungguhnya, dia tak sangka ada si kecil yang dikurniakan untuk dibesarkan tetapi dia terlewat. Tahu-tahu, anak itu telah pergi tanpa melihat dunia. Allah... Dia teringat kisah dulu. Sebelum lahirnya Syahadat, mereka pernah ada seorang lagi cahaya mata yang menetap. Nasibnya sama dengan yang terbaru. Dua-dua keguguran sebelum sempat diketahui kewujudannya.

Air mata turun mengalir di bukit pipi. Segera Syuhada seka. Tangan kembali dialih. Kotak di hadapannya dibuka. Begetar jantungnya melihat kepingan-kepingan gambar dia bersama Farhan yang disatukan dalam polaroid. Di dalam kotak ini tersimpan semua kenangan. Malah, Syuhada campurkan sekali gambar dia dan Syahadat. Hasilnya, kotak ini adalah perjalanan hidupnya sejak bernikah buat kali pertama sehinggalah kini.

Mata tidak lepas memandang seraut wajah Farhan pada setiap kepingan gambar. Ibu jari menari-nari di wajah itu. Andai ada lelaki itu di hadapan mata, mahu dia peluk dan luahkan segala.

Ralit mengimbau kenangan lalu, jam sudah menginjak 12 tengah malam. Syuhada kembali menyimpan semua kenangannya di dalam gambar. Kotak itu dipeluk seketika. Mata terpejam. Bayangan kisah lalu bermain dalam mindanya. Dia rindu suasana dulu.

Kotak itu dibawa ke beg yang sudah disiapkan. Esok, perjalanannya bermula. Negeri Johor menjadi destinasi. Mersing menjadi pilihan. Kata Izuan, bapa saudaranya seorang ustaz yang sering membantu mereka yang menjadi buatan orang.

Syuhada runsing. Dia adalah mangsa santau? Kepalanya acap kali memikirkan gerangan yang tergamak menghantar santau kepadanya namun tiada satu bayangan yang menjelma. Semua yang rapat dengannya, semuanya baik. Siapa yang busuk hati dengannya?

Syuhada berharap telahan Izuan silap. Harapnya semua ini bukan santau. Tiada siapa yang berkelakuan jahat dengannya. Langsung, siapa yang tergamak?

.

.

ZATI, akak mohon... Bagi akak jumpa Syah. Sekejap aje. Tolonglah.” Tepat jam 7 pagi, Syuhada terpacak di hadapan rumah Aizat. Dia tahu, waktu seperti ini Aizat gemar jogging di taman jadi, waktu sekarang lelaki itu tiada di rumah. Waktu ini ajelah dia ada untuk melepaskan rindu kepada Syah. Untuk peluk cium anak itu sebelum berjauh buat tempoh yangdia sendiri tidak pasti.

“Abang tak bagi.” Mudah Izzati memberi jawapan.

“Zati, sekejap aje akak minta. Akak nak peluk Syah. Akak nak cium dia. Akak janji, lepas ni akak tak kacau dia.”

“Abang cakap abang tak bagi! Kenapa akak degil sangat? Kalau akak nak jumpa dia, bagitahu abang dulu. Abang cakap dengan Zati yang abang tak izinkan manusia bernama Syuhada Umairah jumpa dengan Farhan Syahadat. Akak faham tak?” tengkingnya sedikit kasar. Dia memeluk tubuh. Mulut yang menguap dibiar lepas, tiada hati hendak menutup.

“Zati... Itu anak akak, bukan anak abang. Bagi akak jumpa anak akak.”

“Eee, akak pergilah call abang dulu! Zati tak nak bersubahat dengan akak! Kalau akak tak nak call, biar Zati yang call.” Izzati hilangkan tangan di balik poket baju hoodie yang dipakai. Ternampak Izzati membuka skrin telefon, Syuhada segera menghalang. Dia tidak mahu Aizat tahu dia ada di sini. Hatinya mati untuk bertemu lelaki itu buat masa sekarang. Tawar. Bertambah tawar bila mengingatkan keguguran yang berlaku dua hari lepas.

“Jangan, Zati. Jangan sampai abang tahu.”

“Okey, fine! Kalau macam tu Zati tutup pintu dulu. Selagi abang tak izinkan akak masuk, Zati takkan benarkan.”

“Zati...” Separuh berbisik Syuhada merayu. Telapak tangan disatukan. Mata dibundarkan dengan cebikan di bibir. Hanya Izzati dia ada untuk berjempa dengan Syahadat. Dia hanya mahu peluk dan cium nyawa dia.

“Akak...”

“Woi, perempuan!”

Syuhada pejam mata. Mendengar suara yang langsung tidak ingin dia dengari. Suara Aizat memetir di pagi hari. Sekelip mata, tubuhnya berpusing. Dia dihidangkan dengan pandangan mata Aizat yang membunuh. Mata karbon itu menikam ke dalam anak matanya.

“Siapa izinkan kau datang sini?” tanyanya keras. Cengkaman pada bahu diketatkan.

“Syu nak jumpa Syah. Sekejap aje, abang...”

Dia ketawa sinis. “Sampai mati pun aku takkan izinkan!”

“Dia anak Syu, kenapa abang halang Syu jumpa anak Syu?” Syuhada menyoal pasrah.

“Kau silap. Dia bukan anak kau, dia anak aku. Syah tak ada ibu seteruk kau. Kau pergi dari sini sebelum aku heret kau ke tengah jalan.”

“Abang...” Syuhada enggan mengalah.

“Sebelum ni dengan Amri, sekarang dengan siapa pula? Siapa lelaki yang menanti kau dekat depan tu? Eh, berapa banyak jantan yang kau layan? Patutlah nafsu aku mati bila tengok kau. Sebab apa? Rupanya kau kongsi tubuh kau dengan ramai lelaki!!”

Pang!

Syuhada tekup mulut. Tangan kanan menggeletar. Air mata turun tanpa dipinta. Telinganya tidak tuli lagi untuk menahan segala hinaan yang terbit dari bibir seorang suami. Tegarnya Aizat melemparkan fitnah terhadapnya. Hanya kerana salah faham, terus segala hal dia bangkitkan. Tapi fitnah ini berat sekali. Tak pernah ada lelaki lain dalam hatinya kecuali suami tapi Aizat buta untuk menilai.

Syuhada mula batok kecil.

“Terima kasih lepang aku. Sekarang aku sedar betapa murahnya diri kau. Sila berambus!!” Suaranya naik tiga oktaf. Langsung tidak menghiraukan jiran-jiran yang mungkin mendengar pertelingkahan mereka. Yang dia tahu, hatinya puas melihat perempuan yang dinikahinya terseksa.

“Baik. Semoga Allah balas semua hinaan awak terhadap saya, Aizat. Berkali-kali awak tikam hati saya dengan fitnah awak, jangan sampai awak melutut cari kemaafan saya. Dan awak ingat satu perkara, Aizat. Sampai mati pun, Syah anak saya! Anak saya dengan Farhan!”

“Keluar!!”

Kali ini Aizat menggunakan segala tenaganya untuk menjerit. Bertambah panas hatinya mendengar nama Farhan yang disebut. Dia anti dengan nama itu.

“Farhan Syahadat bin Farhan Umar. Awak ingat tu!” Syuhada titikkan bicara setakat itu. Bersama batok, dia melintasi Aizat dan masuk ke dalam kereta. Kepalanya memandang arah bertentangan. Untuk melihat wajah Aizat, dia jadi sakit.

“Cikgu...”

“Jalan, Izuan.” Arahnya keras. Suaranya senang dicam pecah. Tanpa bicara, Izuan akur. Kereta itu mula meninggalkan rumah Aizat.

Bella yang turut serta mula memeluk Syuhada. Syuhada yang tidak tahan terus menghamburkan tangis di bahu Bella. Tersendu-sedan wanita itu melaung nama Syahadat dan Farhan. Dua nama besar yang mengocak tangkai hatinya.

Bella berbalas pandangan dengam suami yang duduk di seat hadapan. Afiq memandang sayu dia orang wanita di belakang. Dia teringat akan Farhan. Dulu, dia punca hubungan Farhan dan Syuhada berantakan. Sekarang baru dia faham padah menjadi orang ketiga. Lihat saja Syuhada, tangisannya tidak berhenti.

Sepanjang perjalanan, hanya tangisan Syuhada menjadi melodi. Hampir tiga jam, tangisan Syuhada tenggelam sebelum Bella mendapati Syuhada sudah terlelap.

Tudung yang membaluti kepala Syuhada diusap lembut. Wajah Syuhada tampak sanggul. Bella tumpang kesian. Dia sedar, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Andai dia di tempat Syuhada, boleh ke dia jadi sekuat Syuhada?

Allah...

.

.

MATA Syuhada merenung pasangan kembar anak Bella dan Afiq yang bermain di pantai Mersing ini. Tiupan angin yanh mendamaikan langsung tidak melegakan resah di hati. Dia teringat akan Syahadat. Sihatkah anaknya kini? Makan apa dia? Adakah anaknya itu merindui dirinya seperti dia merindui Syahadat?

Tiga jam lepas mereka selamat tiba di Mersing. Sepanjang perjalanan Syuhada tidur. Sedar-sedar dia sudah berpijak pada bumi Johor. Daerah yang belum pernah dia datang. Mersing, kedudukan bersebelah dengan laut china selatan memberi peluang kepada daerah ini menarik pelancong datang ke sini. Pantai yang panjang ini memang sentiasa penuh dengan kehadiran pelancong. Tak kira penduduk tempatan mahupun luar negara, dua-dua kelompok ini tidak jemu menikmati angin Mersing.

Mereka sudah bertemu dengan ibu saudara Izuan. Namanya Sumayyah tetapi wanita itu lebih mesra jika dipanggil ibu. Spontan Syuhada teringatkan ibunya yang sudah lama dijemput Ilahi. Rasa rindu kembali berputik. Layanan ibu Sumayyah yang begitu mesra dan baik, Syuhada jadi sebak. Sangkanya dia hanya ada Mak Long untuk dijadikan sandaran hati tetapi tidak. Ibu Sumayyah melayannya seperti anaknya.

Suami ibu Sumayyah belum kelihatan. Katanya, suaminya itu bertugas sebagai ketua kampung. Pasti lelaki itu seorang yang sibuk.

Sebelum mereka keluar tadi, ibu Sumayyah ada berbual dengannya. Berat hati wanita itu menjelaskan bahawa dia benar-benar disantau. Mendengar kenyataan pedih itu, dia jadi lemah. Jadi, benarlah ada yang dengki dengannya. Tetapi persoalannya siapa?

“Cikgu?”

Syuhada kembali ke realiti. Kepalanya berpaling. Izuan tersenyum nipis ke arahnya sebelum lelaki itu melabuhkan punggung pada pangkin. Matanya memandang hamparan pantai di bumi Mersing ini.

“Cikgu selesa dekat sini?” soalnya.

Syuhada tersenyum hambar. Kaki menguis pasir pantai. Di sini memang aman tetapi hatinya tiada di sini. Hatinya di sana. Merindui insan di sana.

“Bohonglah kalau saya kata saya tak selesa. Ibu terlalu baik. Dia layan saya macam anak dia. Tapi sayangnya saya masih mengingati dia di sana.”

Syuhada telan liur kesat. Tergambar dalam mindanya memori Syahadat bermain dengan Aizat di pantai Terengganu. Namun semua tinggal kenangan. Kini, dia berseorang. Dua orang ditarik pergi darinya. Ke mana hilangnya kebahagian yang dia kecapi dulu?

Keluhan dia lepaskan.

“Sebab tu saya bawa cikgu ke sini. Cikgu perlu berubat sebelum kembali ke sana. Saya tak nak tengok keadaan cikgu makin teruk.”

“Keadaan saya memang dah teruk, Izuan. Tanpa Syah, hidup saya dah tak ada makna. Nyawa saya dah kena ambil malah, saya nak peluk dia pun suami saya tak izinkan. Saya dengan dia tak ubah macam orang asing sekarang,” luah Syuhada. Jemari dia sambungkan dan digenggam perlahan. Hatinya dipagut rindu. Rindu kepada anaknya. Tujuh tahun mereka bersama kini dipisahkan oleh suami sendiri.

Kenapa dunia ini terlalu kejam? Tatkala dia sudah tidak punya sesiapa, Tuhan pinjamkan Syahadat untuk mewarnai harinya. Tetapi lihatlah kini. Hidupnya kembali sebatang kara. Insan yang dia sayang, kini membenci. Anak yang dia kasih kini dibawa pergi. Dirinya dilakukan seperti tiada perasaan.

Bercambah rasa sakit bila mengingatkan ada manusia yang tergamak menghantar santau. Apa silapnya sehingga ada yang dengki terhadapnya?

“Semua akan kembali normal, cikgu. Semua ini perlukan masa.”

“Masa? Berapa lama, Izuan? Berapa lama lagi saya perlu bertahan? Saya pun ada hati dan perasaan juga. Saya cuma nak anak saya. Saya tak kisah suami saya benci saya, yang penting dia bagi anak saya. Itu sudah lebih dari cukup.”

Izuan membisu. Hanya telinga dipinjamkan mendengar segala rintihan Syuhada. Hendak membantu, dia hanya mampu menasihat. Selebihnya, terpulang kepada semangat wanita itu sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

377K 14.8K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
168K 6.7K 55
[COMPLETE] Laura Melissa, Kepulangannya ke tanah air telah menyebabkan satu trajedi buruk telah berlaku ke atas dirinya. Bukan mudah dirinya untuk me...
391K 18K 52
[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabil...
1.4M 78K 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-b...