Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

85.8K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 31

971 67 2
By stargazell

NEK CAH!!”

Syahadat berlari-lari anak menghampiri wanita yang sudah menanti di hadapan rumah dengan senyuman di bibir. Tubuh Mak Long didakapnya penuh erat.
Syuhada yang baru keluar dari kereta menyimpul senyum. Girangnya anaknya dapat pulang ke kampung. Ini saja kampung yang dia ada. Kali terakhir dia datang adalah tahun lepas sewaktu raya. Memandangkan hari ini hari minggu ditambah pula dengan cuti umum pada hari isnin, Syuhada mengajak suaminya pulang ke Terengganu. Syukur Aizat bersetuju dengan ideanya. Lagipun sewaktu mereka bernikah, Mak Long tidak hadir kerana perlu ke Johor untuk urusan anaknya.

“Cucu Nek Cah dah sampai. Lama Nek Cah  tunggu tau.”

“Papalah yang lambat. Nak pergi sarapan dululah. Syah dah cakap mesti Nek Cah tunggu lama.” Wajah itu mencuka. Bibir sudah memuncung bebelkan si ayah. Syuhada tersengih bilamana Aizat pamer wajah toya. Padahal Syahadat sewaktu nak gerak kata lapar, maka mereka singgah makan dahulu. Bila di hadapan Mak Long, dicerita benda lain pula. Hailah anak dia ni...

“Ni dah kenyanglah ni?” duga Mak Long kepada cucu kepada adiknya. Kasihnya tumpah sejak Syahadat lahir lagi. Lahir-lahir saja tidak punya ayah. Bukan setakat ayah, malah tiada nenek dan atok dari kedua-dua belah pihak. Dia sebagai mak cik kepada Syuhada dengan senang hati menganggap mereka sebagai anak dan cucunya sendiri.

“Belum! Nak makan kopok lekor Nek Cah!” pantas Syahadat cantas. Mata sudah membulat apabila Mak Long mengusiknya. Syahadat memang, kalau tiap-tiap kali balik Terengganu memang keropok lekor yang dicari. Macam tak pernah jumpa dekat Selangor! Katanya, rasa tak sama. Syuhada hanya mengiyakan. Malas nak berbahas dengan anaknya.

“Amboi. Nek Cah lupa nak gorenglah.” Mak Long menyimpul senyum.

“Alah, Nek Cah! Nak makan kopok lekor. Sedap tau Nek Cah punya kopok lekor. Macam ni sedap dia.” Syahadat angkat ibu jari dengn harapan Mak Long menggoreng untuknya.

“Nek Cah gurau ajelah. Untuk Syah, mestilah Nek Cah dah sediakan awal-awal. Cucu Nek Cah nak balik, mestilah Nek Cah sediakan makan favourite dia.”

Terus Syahadat melaung kegembiraan. Tubuh Mak Long dipeluk erat.

“Assalamualaikum, Mak Long. Mak Long sihat?” Syuhada menghulur tangan dan bersalaman dengan kakak kepada ibunya.

“Waalaikumussalam, Syu. Mak Long sihat aje ni.”

Syuhada ukir senyuman. Dipeluk tubuh tua itu seketika. Terasa kehangatan tubuh mereka bersatu. Langsung Syuhada teringat ibu kandungnya. Sudah lebih sepuluh tahun dia hidup sebagai yatim piatu. Pastinya dia rindu keluarganya termasuk suaminya juga. Sewaktu satu per satu orang kesayangannya dicabut nyawa, dia hanya ada Mak Long untuk luahkan segala. Di bahu wanita itu dia menangis merindui ibu dan ayah, juga adik perempuannya.

“Mak Long,” sapa Aizat yang hadir bersama beg mereka. Mak Long hanya tersenyum melihat wajah suami Syuhada buat kali pertama.

“Aizat ya?” Aizat membalas senyuman sebelum menjawab.

“Aiman mana Mak Long?” Syuhada bertanyakan sepupu lelakinya yang merupakan anak Mak Long.

“Ada dekat dalam. Tidur. Dia sampai malam tadi.”

“Siapa Aiman?” soal Aizat tiba-tiba. Syuhada dan Mak Long langsung menoleh ke arah lelaki itu.

“Anak Mak Long.”

Aizat hanya menganggukkan kepala. Belakang kepala digaru sekilas. Tidak pula dia tahu isterinya ada sepupu. Yang dia tahu hanyalah Syuhada anak yatim piatu yang menumpang kasih ibu saudara. Tidak pula disentuh isu sepupu. Dia juga tidak bertanya.

“Jomlah masuk. Nanti sejuk keropok lekor Syah.”

“Yeay, jom masuk Nek Cah!” Syahadat tarik jemari Mak Long sementara mencabut selipar. Tangga rumah didaki dan dua tubuh itu menghilang di balik rumah kayu.

Aizat menghala pandangan ke arah Syuhada yang juga membuka selipar. Seketika isterinya berhenti melangkah dan menoleh ke arahnya. “Kenapa tak naik?”

Aizat menggeleng. Langkah diambil menyaingi Syuhada.

.

.

MATA Syuhada menangkap dua orang insan yang dia sayangi bermain di pantai. Kayu di tangan mereka dilukis-lukis di atas pasir membentuk corak. Bibir Syuhada tidak dapat tahan dari menggulung senyuman. Bahagia rasa di hati melihat suasana seperti ini. Bertambah-tambah perasaan bahagianya bilamana anaknya tidak berhenti bergelak tawa. Berbeza dengan ketika mereka di Selangor.

Syahadat langsung tidak berhenti berbual dengan Mak Long. Ada saja cerita yang hendak dikongsikan. Kasihan Mak Long terpaksa melayan Syahadat. Nasib Mak Long tidak kisah. Lagipun wanita itu suka. Anaknya sendiri belum lagi bernikah namun dia teringin untuk bermain dengan cucu. Syuhada selaku anak buah pula sudah menumpang kasih wanita itu sejak berumur 18 tahun, jadi Syuhada dan Syahadat sudah dianggap darah daging sendiri. Sedikit sebanyak dia rasa bersyukur. Walaupun ramai ahli keluarga sudah ditarik nyawa oleh Allah, namun DIA masih memberi insan yang menyayangi mereka.

Sudah lebih 10 tahun Mak Long mencurahkan kasih sayang kepada Syuhada dan Syahadat namun tidak sesekali wanita itu merumgut. Dalam pada itu, terbit juga rasa serba salah dalam diri Syuhada. Wanita itu ibu tunggal dan tidak bekerja. Pasti dia ada keempitan wang untuk membeli barang dapur. Lebih-lebih lagi bila menjelma perayaan hari raya. Kerana itu Syuhada langsung tidak lokek menghulu sedikit duit gajinya kepada wanita itu. Pada mulanya Mak Long berkeras tidak mahu tetapi Syuhada juga berdegil. Kalau tidak diberi secara tangan, Syuhada akan transfer duit melalui bank.

“Kau menungkan siapa?” Syuhada tersentak dari lamunannya. Langsung dia menolehkan kepala.

“Baru nampak batang hidung kau. Kau memang selalu balik nak tidur aje ke? Kesian sikitlah dengan mak kau.”

“Kau ingat dekat Johor nak ke sini? Kau tak tahu kepala aku nak sakit lalu Pahang tu, berliku jalan!” luahnya geram. Punggung dilabuh sebelah Syuhada. Spontan, Syuhada jarakkan sedikit diri. Walaupun mereka hanya sepupu, mereka masih bukan mahram.

“Aiman.”

“Hmm.” Sambutnya tanpa suara.
Syuhada memandang lama wajah sepupunya. “Kau tak nak kahwin ke?”

Terus lelaki itu berdecit. Biji mata dijulingkan seketika. Tangan dilabuhkan ka bangku. Mata langsung tidak memandang Syuhada sebaliknya suami dan anak Syuhada.

“Aku bukan cakap saja-saja. Mak Long tu teringin nak cucu tapi kau tak kahwin lagi. Umur dah 30, Aiman. Bila nak cari isteri?”

“Kenapa gaya kau tu macam kau tu mak aku?” soalnya kasar. Kedengaran bunyi dia berdengus.

“Salah ke aku tanya? Kau seorang aje sepupu aku.”

Dia senyum jelik. Hujung bibir dia tarik panjang.

“Suka hati akulah nak kahwin bila.”

“Mak Long bukan muda lagi, Aiman. Dah masuk 58. Kau tak kesian ke dekat dia?”

“Cakap pasal kesian, aku ada soalan untuk kau.” Syuhada hela nafas. Dia kenal sangat sepupunya yang seorang ini. Memang suka mengelak kalau dia tanya soalan yang dia tak suka. Dia hanya menasihati. Pasti Mak Long terasa sunyi di rumah. Kalau cuti pun, anaknya memilih untuk membuta di rumah. Tak ubah kesunyian wanita itu.

“Apa dia?” Syuhada mengalah.

“Siapa nama suami kau?”

Dahi Syuhada berkerut. Mata terus mencari suami dan anaknya yang masih lagi di gigi air.

“Kenapa kau tanya?”

“Jawab ajelah.”

“Aizat.”

Kepala Aiman terangguk-angguk. Seketika dia menoleh sekilas ke arah sepupunya.

“Kau memang jenis tak setia ke Syu?”

Berdesing telinga Syuhada mendengar soalan yang keluar dari mulut sepupu lelakinya. Kali ini dia memandang tajam wajah Aiman.

“Apa maksud kau?”

Aiman jongket bahu. Syuhada berdecit kegeraman bilamana Aiman tidak mahu menjawab soalannya. Terus dia hala pada arah yang bertentangan. Bibir diketap rapat. Seketika dia teringat akan Farhan. Aiman sedang berbicara soal Farhan ke?

How pathetic you are...” Aiman bersuara setelah beberapa ketika hening menopoli suasana mereka. Syuhada kembali memandang Aiman, menanti butir kata yang bakal meluncut keluar dari bibir nipis itu.

“Tergamak kau cari pengganti yang seiras dengan Farhan. Kau tak rasa serba-salah ke?” Mata Aiman berhenti pada wajah Syuhada. Sungguh, sejak dia bersalaman dengan Aizat tadi dia sudah penasaran. Bertambah musykil bilamana Syuhada dan Aizat nampak benar-benar bahagia.

Syuhada hela nafas perlahan.

“Kau takkan faham situasi aku, Aiman.”

“Cuba kau cakap dengan aku. Situasi apa yang kau hadapi sekarang ni?”

“Kau takkan faham, Aiman.” tekan Syuhada sekali lagi. Aiman sengih sinis sebelum kepala digelenggkan beberapa kali.

“Jarak umur kita tiga tahun aje, Syu. Dah cukup matang untuk nilai sesuatu perkara.”

Syuhada larikan pandangan. Ya, dia faham maksud Aiman. Lagipun, Aiman seorang peguam di satu syarikat guaman di Johor. Pastinya lelaki itu licik untuk tangkap sesuatu yang aneh.

“Kau tak rasa simpati kalau suami kau tahu yang muka dia sama dengan arwah suami kau?”

“Dia dah tahu.” Laju Syuhada menjawab. Mata Aiman membundar sebelum segera dikawal riak wajah.

“Dia tak cemburu kalau kau sebut nama Farhan depan dia?” duga Aiman, sengaja.

Syuhada hanya bungkam. Hendak menjawab, pasti Aiman tahu jawapan yang bakal diberi.

“Aku tak rasa keputusan kau berkahwin dengan dia adalah keputusan yang betul.” Lelaki itu bersuara. Langsung tidak menanti jawapan dari mulut Syuhada kerana dia sendiri dapat agak.

“Siapa kau nak tentukan jodoh aku?” Aiman di sebelah dijeling.

Sikit pun Aiman tidak rasa digertak. Malah, bibir meruncing ke kanan, menyinis.

“Takkan ada lelaki yang sudi kahwin dengan balu kalau bekas suami perempuan tu sebijik muka dia, Syuhada.”

“Jaga mulut kau, Aiman! Orang yang kau cakap tu suami aku.” Jari Syuhada naik dan telunjuk dihalakan ke arah Aiman. Sungguh, lelaki itu mencabar kesabarannya. Diprovok dengan ayat-ayat yang kurang enak, dia jadi panas hati.

“Aku cakap benda yang betul. Mungkin kau tak nampak tapi lambat-laun, kau juga yang merana.” Tanpa getar Aiman bersuara. Malah, dia berani bertentang mata dengan sepupunya itu.

“Siapa kau nak tentukan jodoh aku? Kalau aku lari jauh pun, aku tak boleh lari dari jodoh aku kalau nama Aizat yang tertulis dalam Luh Mahfuz.”

Aiman jongket bahu. Tidak bersuara. Syuhada mengambil masa meredakan perasaan geram. Aiman benar-benar menguji kesabarannya. Tidak pernah lagi dia bercakap kasar denan orang lain melainkan kalau orang itu sengaja menaikkan api kemarahannya. Selalu yang jadi mangsa pastilah sepupunya itu. Langsung tak sehaluan. Ada aje tindakannya yang tak disukai lelaki itu.

“Kau patut minta cerai dengan dia.” Gumam Aiman namun masih didengari oleh Syuhada. Mata wanita itu membulat sebelum dahi berkerut-kerut.

“Kau...”

“Sayang.”

Kata Syuhada dicantas oleh satu suara. Laju Syuhada angkat kepala. Aizat menghampiri mereka. Tempat di antara Syuhada dan Aiman diambil tempat dilabuhkan punggung. Dipandang Syuhada seketika sebelum beralih pada sepupu isterinya.

“Bual apa tadi? Dari jauh boleh dengar.”

Syuhada hala pandangan ke arah Syahadat. Hendak menjawab, dia malas. Mata memerhati gerak geri Syahadat yang masih leka melukis sesuatu di atas pasir menggunakan kayu. Senyuman terbias di bibir itu. Syuhada turut ukir senyuman.

“Borak kosong.”

Aizat mengangguk mendengar jawapan Aiman. Sungguhnya dia menginginkan jawapan dari Syuhada tetapi orang lain yang menjawab.

“Abang, jomlah balik. Kesian Mak Long masak seorang diri.” Lengan Aizat dipaut tanpa isyarat. Mata sempat menjeling Aiman yang mengerli ke arahnya.

“Jomlah. Abang pergi panggil Syah kejap.” Syuhada mengangguk. Dia kembali ditinggalkan Aizat. Laju Syuhada menoleh ke arah Aiman.

“Kau jangan buka mulut depan suami aku. Aku tahu apa aku buat.”

Aiman sengih selamba, menambah lagi kegeraman dalam diri Syuhada.

.

.

“BYE Nek Cah! Nanti Syah datang lagi!” Syahadat melaung dari tingkap yang terbuka. Tangan tidak berhenti melambai ke arah Mak Long. Senyuman tidak lekang di bibir. Lagi-lagi bilamana Mak Long membekalkan dia keropok lekor untuk dijamah ketika dalam perjalanan pulang. Makin membulat matanya melihat makanan kegemarannya.

Syuhada turut melambai ke arah Mak Long yang berdiri di sebelah Aiman. Diri terasa sedikit tidak selesa apabila mata Aiman seperti tajam memandangnya. Namun, disebabkan ingin menjaga air muka Mak Long, hanya senyuman yang dia ukir di bibir. Wajah tua itu semakin lama semakin mengecil sebaik kereta mula meluncur.

Syuhada tersenyum kecil. Sedar tidak sedar wanita itu sudah mula membongkok ke hadapan. Dahulu ketika dia bersama Farhan singgah ke rumah Mak Long, wanita itu masih gagah. Tulang belakang masih lurus tetapi akibat dijamah usia, dia tidak sekuat dahulu. Kasihan juga Syuhada bilamana melihat Mak Long menguruskan rumah. Terus dia ambil alih tugas Mak Long. Lebih-lebih saat Mak Long ingin mengangkat batu lesung ataupun kuali. Takut tidak larat wanita itu

“Mak Long kuat lagilah, Syu.”

Itu kata Mak Long. Mungkin tak mahu menyusahkan dia. Tetapi Mak Long patut tahu anak saudaranya ini degil. Berkali-kali pelawaanya ditolak, sebanyak itu juga dia berkeras. Sudahnya, mak long mengalah dan membiarkan dia buat kerja rumah. Niat di hati bukan ingin mengguris hati wanita itu tetapi sebagai balasan. Jasa Mak Long lebih dari banyak yang dia bantu. Menjaga dia sejak berukur 19 sehingga kini sudah cecah 33 tahun, apa salahnya dia bantu Mak Long yang sudah berkurang kudrat tenaga?

“Ibu, Syah nak makan kopok lekor ni.”
Lamunan Syuhada mati. Segera dia menoleh ke belakang. Syahadat sudah merenung isi bekas yang berisi keropok lekor yang dibekalkan oleh Mak Long.

“Nantilah, Syah. Kita baru lepas makan nasi lemak tadi.”

“Ala, kopok lekor ni panggil Syah suruh makan.” Syuhada tersenyum. Ada-ada aje jawapan dia.

“Sabarlah. Syah tidur dulu. Nanti dah bangun baru makan. Jauh lagi nak sampai rumah. Simpanlah dulu.”

Syahadat mengherot-herotkan bibir. Bekas yang berisi keropok ikan itu dia tolak masuk ke dalam beg kain. Dia akur pada arahan ibunya. Tubuh dibetulkan. Bantal kecil yang memang disimpan dalam kereta dicapai dan dipeluk.

Syuhada kembali memandang hadapan. Kereta Aizat memecut laju bilamana lebuh raya lenggang. Sementara jalan kosong, lebih baik mereka cepat. Kalau tunggu sehingga tengah hari, memang jalan akan sesak. Esok sudah mula bekerja, pasti sesiapa yang pulang ke kampung ingin kembali ke rumah masing-masing.

“Syuhada,” panggil Aizat selepas dia mengilas pandangan ke belakang. Anak tirinya sudah pun tertidur. Dia memberi signal kiri dan menukar lorong. Kereta yang tadi dibawa pecut dikurangkan sedikit kelajuan.

“Kenapa? Abang nak air?”

“Eh, bukan.” Pantas tangan kirinya menangkap jemari kiri Syuhada yang mula mencapai air dari beg tangannya.

“Oh, okey.” Syuhada menarik semula tangannya. Kepala dihala menghadap suami. Menanti bicara seterusnya.

“Sepupu awak memang jenis kasar ke?” Berkerut seribu dahi Syuhada mendengar soalan Aizat. Kenapa soal Aiman yang ditanya suaminya?

“Kenapa abang tanya fasal Aiman?”

“Abang tengok dia macam tak suka abang.”

Syuhada hela nafas. Memang benar telahan suaminya. Entah mengapa, Aiman protes dengan tindakannya menikahi Aizat. Lebih parah, dia disuruh meminta cerai.

“Dia ada cakap apa-apa dengan abang ke?” Syuhada mencungkil rahsia di balik ayat Aizat. Semalam dia bantu Mak Long menyiapkan tempahan baju kurung yang Mak Long ambil upah. Tiga lelaki semua di hadapan manakala dia dan Mak Long masuk ke bilik Mak Long. Tak mustahil waktu itu Aiman berbual bersama Aizat. Anak Mak Long seorang tu memang keras kepala. Sejak kecil macam tu. Suka cari fasal dengan dia. Nasiblah Aiman itu satu-satunya sepupu yang dia ada. Kalau tak, memang dia cili-cilikan mulut lelaki itu. Sudah besar pun masih hendak berperangai persis kanak-kanak. Suruh kahwin, mengelak!

Aizat menoleh ke arah Syuhada seketika sebelum memandang ke jalan raya. Tangan kanan ditegakkan pada stereng manakala tangan kiri direngangkan.

“Dia cakap apa?” soal Syuhada bilamana Aizat tidak menjawab soalannya. Dia jadi penasaran melihat wajah Aizat yang seperti bingung.

“Dia cakap...” Aizat gantung ayat. Suara Aiman semalam terngiang-ngiang dalam fikirannya. Hendak tidur semalam pun dia tidak mampu. Ayat lelaki itu kerap bermain dalam mindanya. Memikirkan maksud di sebalik makna Aiman.

“Syu dan abang tak sepatutnya bersama.”

Wajah Syuhada berubah tegang. Tidak suka dengan ayat yang Aiman lontarkan pada suaminya. Jemari disambungkan sebelum diramas bersama.

“Apa maksud dia?” sambung Aizat. Ekor mata mencuri lihat isteri di sebelah.
Jeda. Syuhada tidak menjawab.

“Syu ada sorokkan sesuatu dari abang ke?”

“Mana ada.” Lekas Syuhada menafikan. Tidak mahu suaminya fikirkan yang bukan-bukan.

“Kalau tak ada, kenapa Aiman cakap macam tu?”

Syuhada membisu. Dinding dalam pipi bahagian kiri digigit perlahan.

“Saya nak tidur kejap.” Laju Syuhada memberi alasan. Semakin Aizat bertanya, semakin dadanya sesak hendak menjawab. Dia tak mahu jawab. Apatah lagi kalau semua jawapan yang Aizat mahukan berkaitan terus dengan Farhan. Lelaki itu pasti cemburu. Dia tak mahu hubnungan mereka tegang. Cukuplah mereka seperti ini. Menerima antara satu sama lain.

Telinga Syuhada sempat menangkap keluhan Aizat. Bibir diketap rapat. Hendak dimakan mati emak, diluahkan mati bapak. Sudahnya, lebih baik berdiam. Biarlah masa yangg menentukan. Satu masa nanti, Aizat akan tahu tetapi bukan sekarang. Bagilah mereka ruang untuk mengecapi bahagia.

Continue Reading

You'll Also Like

321K 7.4K 33
Karya kedua in romance by hernazulaikaa πŸ“– Book 1 Ada di acc @Thecreamcake_ Before nak baca book 2 sila baca book 1 dahulu di acc @Thecreamcake_ untu...
1.4M 78.1K 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-b...
1.4M 53.1K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
3.4M 302K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...