Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

85.8K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 30

989 71 1
By stargazell

“ABANG.”

Aizat yang menghadap laptop menukar pandangannya ke arah gerangan yang memanggil. Spontan senyuman terukir di bibir bilamana isterinya yang menghampiri. Di tangan Syuhada ada satu gelas. Syuhada meletakkan gelas itu di atas meja. Laju Aizat curi lihat isi air. Matanya bersinar saat air teh susu yang dihidang oleh isteri. Seperti tahu-tahu yang dia perlukan air pada lewat malam ini.

“Terima kasih, Syu.” Segera lelaki itu mencicip air yang dibuat untuknya. Hati memuji air tersebut. Betul-betul kena dengan seleranya.

“Abang, Syu nak cakap ni.”

“Ya, kenapa?” Aizat memusingkan kerusi dan wajah isteri ditatap. Jemari isteri dicapai dan digenggam lembut.

“Syu risau tengok Syah,” luah Syuhada lemah. Sejak dia pulang, anak itu kurang aktif. Senang kata, memang bukan Syahadat yang dia kenal. Terasa seperti orang lain yang berada dalam tubuh anaknya.

“Kenapa dengan Syah?”

“Dia macam...” Syuhada garu kepala kasar. “Dia nampak murung.”

Aizat kaku. Mata berkelip beberapa ketika. Senyuman tadi terus lesap. Dia bangkit dari duduk. Syuhada laju tahan dada Aizat.

“Abang nak buat apa?”

“Abang nak pergi tengok Syah.”

Syuhada menggeleng kecil.

“Dia dah tidur.” Seketika Syuhada lepaskan keluhan. Wajahnya kusut.

“Syu jangan macam ni.” Pujuk Aizat bilamana dia faham isterinya risau. Lihat wajah saja sudah tahu.

“Macam mana ni abang? Syu tak pernah tengok dia macam tu. Dia betul-betul diam. Tadi Syu jenguk dia, dia tak banyak cakap. Nak berbual dengan Syu pun dia tak sudi.”

“Shh... Esok kita bawak dia pergi jumpa doktor. Okey, Syu?”

Syuhada hanya pasrah. Dia tidak tahu cara apa yang sesuai. Yang dia mahu hanyalah anaknya kembali sihat. Hatinya tidak akan tenang jika tidak lihat Syahadat mengukir senyuman. Malah, hendak dengar mulut itu becok berkata-kata juga sudah hilang cerianya. Cuti hari ini pun, anak itu lebih suka duduk di bilik bersendirian. Turun hanya perut lapar.

Sebagai ibu, dia risau. Takut andai menganggu pelajaran Syahadat juga. Sebagai guru, dia pernah menghadiri kursus psikologi. Dan hasil dari kursus pendek itu, anaknya diklasifikasikan menghadapi kemurungan. Simptom-simptomnya jelas pada karakter anaknya.

Sayang ibu, kenapa murung? Apa yang tak kena? Ibu risau. Dalam hati, Syuhada tidak berhenti mendoakan anaknya. Dia mahu Syahadat kembali biasa.

.

.

SYU, ada ex-student kau nak jumpa.”

Syuhada angkat wajah. Susuk cikgu Saidah terpancul di hadapan pintu bilik disiplin. Dia mencabut kasut sebelum diangkat susun bersebelahan kasut miliknya.

Ex-student?”

“Haah. Tiga orang.” Syuhada diam seketika. Kepapa menjengah jadual waktu. Panjang lagi waktu rehatnya.

“Panggillah mereka masuk.”

Cikgu Saidah mengangguk. Dia bawa kepala ke luar pintu seketika sebelum kembali masuk. Dia langsung masuk ke biliknya. Syuhada bangkit untuk menyambut bekas anak muridnya yang datang melawat. Siapa agaknya?

“Cikgu!”

Senyuman yang ditayangkan di bibir mati apabila kelibat Amri, Izuan dan Afiq yang muncul. Kepala digaru kecil. Kenapa dia tak terfikir mereka yang datang ya? Mahu tak mahu, Syuhada jemput masuk. Pendingin hawa diturunkan suhu. Pasti panas anak-anak mridnya tunggu di luar.

“Kenapa jumpa saya dekat sekolah?” soal Syuhada sebaik melabuhkan duduk. Ketiga-tiga wajah anak muridnua dilihat satu per satu.

“DNA test tu...” Amri gantung ayat. Dia yakin Syuhada faham maksudnya.

Syuhada bungkam. Dinding kanan bahagian dalam mulut digigit kecil. Dia terlupa bahawa mereka masih tertanya-tanya. Hanya dia sahaja yang tahu kebenaran buat masa ini. Surat itu masih ada bersamanya. Itu bukti, mustahil dia mahu buang.

“Kalau tak bercakap soal ni tak boleh ke?”

“Kenapa cikgu cakap macam tu? Negatif ke?” soal Izuan pula. Bukan dia tidak sedar perubahan suara guru disiplin itu. Dia yakin, pasti Syuhada sudah tahu keputusan ujian darah itu.

Syuhada hela nafas. Hendak tak hendak, mereka layak tahu lebih-lebih lagi Amri. Hal ini supaya maklumat sampai kepada abangnya untuk siasatan lanjut.

.

.

“KENAPA Syu kerap sangat jumpa Amri ya?” Syuhada yang membetulkan kedudukan tudung terhenti perbuatannya. Tubuh dihala menghadap suami yang duduk di birai katil.

“Saya ada hal sikit dengan dia.”

“Hal apa?” Kali ini Syuhada tidak terus menjawab. Dahinya mencorak kerutan. Dia pelik dengan persoalan Aizat. Belum pernah-pernah lagi mempersoalkan tujuan dia berjumpa dengan seseorang. Lagipun, Syuhada sudah menjelaskan hubungan dia dan Amri. Hubungan mereka setakat bekas pelajar dan guru. Hati tidak terlibat dalam hubungan mereka.

“Abang tanya ni.” Desak Aizat. Sudahlah dia tidak dibenarkan ikut. Yalah, kalau dia ikut siapa hendak jaga Syahadat? Doktor psikiatri yang merawat Syahadat meninggalkan pesanan supaya kerap berada dekat dengan anak itu. Mengajak melukis kerana melalui lukisan, mereka dapat tahu isi hati anak itu.

“Saya bukan jumpa berdua dengan dia. Ada Izuan juga.” Syuhada memilih untuk tidak menjawab. Dia tak mahu menipu. Jadi dia lebih rela menukar topik. Hal yang mereka bicarakan berkait rapat dengan Farhan. Mustahil dia akan beritahu Aizat. Mesti lelaki itu salah faham. Mesti dia akan dituduh mencintai bekas suaminya. Dia tak mahu begitu.

“Memang Syu berkawan dengan lelaki saja ke? Tak ada kawan perempuan ke?” soalnya tidak puas hati. Kalau difikirkan semula, isterinya hanya bertemankan Bella. Itu pun bekas pelajarnya juga. Dia terdetik, memang semua kawan isterinya adalah bekas pelajarnya sendirikah? Tiada yang sebaya?

“Syu ada kawan perempuanlah. Tapi semua dah kahwin, bukan ada masa nak berjumpa. Ada tu yang anak dah lima. Tak menang tangan dia nak menjaga. Inikan nak lepak dengan Syu.” Syuhada merujuk kepada kawan sepejabatnya. Semua kawannya dia kenal kerana tugas. Kalau dari zaman sekolah, dia sudah terputus hubungan.

“Kenapa Syu tak macam dia orang?”

“Maksud abang?”

“Syu kata kawan-kawan Syu sibuk uruskan hal keluarga. Kenapa Syu tidak? Kenapa nak jumpa Amri? Syu pun ada abang, ada Syah.”

Syuhada diam. Dia faham maksud suaminya. Aizat mahu dia di rumah. Aizat enggan dirinya rapat dengan Amri dan yang lain. Syuhada juga faham, Aizat tidak kenal mereka rapat. Waktu mereka dipertemukan, Aizat juga seperti hendak lari dari situasi itu. Bilamana dia berbual dengan mereka di hadapan Aizat, wajah lelaki itu cemberut. Kalaulah Aizat tahu siapa mereka dalam hidupnya, pasti lelaki itu akan terdiam. Semuanya rakan-rakan Farhan. Mereka semua ada bersama dia sewaktu Farhan menghembuskan nafas terakhir.

“Syu ada hal, abang. Syu pergi kejap aje, lepas tu Syu balik.”

“Hmm... Pergilah. Mereka lagi penting dari abangkan.” Aizat membawa diri keluar dari bilik. Pintu dihempas sedikit kasar.

Syuhada hela nafas. Moodnya benar-benar mati dengan sikap Aizat. Hendak menyalahkan lelaki itu dia tidak boleh. Aizat tidak tahu cerita. Tetapi dia tidak boleh batalkan pertemuan dengan Amri. Dia mahu kes Farhan selesai secepat mungkin. Kalau bertangguh, hatinya menjadi kian sesak.

Ya Allah, salah ke apa yang aku buat ni?
Abang... Maafkan Syu. Syu mungkin akan lukakan perasaan abang tapi Syu buat semua ni demi kita. Demi cinta kita.

.

.

SYUHADA menghampiri suami yang baru keluar dari bilik Syahadat. Nampaknya Syahadat sudah mula hendak berbual. Kalau tidak, sebelum ini anak itu hanya diam.

Kata doktor, emosinya tercalar. Puncanya adalah kerana isu keluarga. Kalau dilihat dari lukisan yang dilukis sendiri oleh Syahadat, doktor yang merawat menyifatkan Syahadat tidak gemar akan kehadiran Izzati.

Lukisan itu kalau diamati memang tidak lengkap keluarga mereka.

Syahadat melukis sebuah rumah dan diisi rumah tersebut dengan orang lidi. Syahadat, Syuhada, Aizat dan juga Puan Halimah. Di luar rumah ada seseorang dengan wajah jahat. Kening benar-benar diserongkan. Bila ditanya doktor, Syahadat menggeleng. Dia hanya membisu, tidak mahu menjawab gerangan siapa orang itu.

Sebagai seorang ibu, Syuhada pasti itu adalah Izzati. Persoalannya, mengapa Syahadat tidak menyukai Izzati? Kata Izzati, dia hanya memarahi Syahadat kerana memecahkan pinggan rumah. Tetapi mustahil Syahadat akan murung seperti itu. Paling-paling pun, anak itu akan minta maaf sendiri. Sungguh, Syuhada masih buntu dengan perubahan anaknya.

“Syah okey ke tu?” soal Syuhada risau. Acap kali dia terlepas peluang untuk meluangkan masa dengan anaknya itu. Kalau tidak disebabkan kerja yang menggunung, mahu dia luangkan masa sepanjang hari bersama Syahadat. Buku-buku pelajar terpaksa dia bawa pulang untuk ditanda. Belum masuk kertas peperiksaan mereka. Bukan satu dua kelas terpaksa dia tanda tetapi banyak.

Kadang-kala dia pula yang serabut dengan senua tugasan itu. Tetapi kerana terfikirkan keberkatan duit yang diperoleh setiap bulan, Syuhada tidak banyak bunyi.

“Dia dah mula nak bercakap. Okeylah daripada terus bisu.”

Syuhada melepaskan nafas lega. Syukur bilamana Syahadat mula menunjukkan tanda-tanda positif.

“Dia dah tidur ke? Syu nak jumpa dia kejap.”

“Dia dah tidur. Mungkin letih melukis agaknya. Syu nak tengok apa dia lukis?” soal Aizat. Kepala Syuhada laju mengangguk. Mestilah dia mahu tahu setiap satu aktiviti anak. Risau andai tiada perubahan positif.

Aizat membuka helaian kertas yang dipegang sedari tadi. Lukisan yang sudah siap diwarna ditunjukkan kepada isteri. Syuhada mengamati setiap inci lukisan anaknya. Berkerut dahinya melihat seorang yang kecil berdiri. Ada dia, Aizat, Syahadat dan juga seseorang. Orangnya kecil, lebih kecil dari lukisan orang lidi yang mewakili Syahadat.

“Ini siapa?” Persoalan yang terbuku diluahkan.

Aizat tidak terus menjawab sebaliknya memandang terus ke arah isterinya. Direnung wajah itu lama. Menunggu tiada balasan dari Aizat, Syuhada angkat wajah sebelum perasan Aizat memandangnya.

“Kenapa?” Syuhada berdetik aneh.

Aizat menarik tangan Syuhada ke arah biliknya. Kipas dibuka sebelum dia pimpin Syuhada duduk di atas katil. Lukisan tadi dibuka dan dihamparkan ke atas katil. Wajah isteri kembali direnung.

“Kenapa ni abang?”

Aizat menoleh sekilas ke arah pintu sebelum memandang ke arah Syuhada semula. “Syu nak tahu Syah lukis siapa?”

Kepala Syuhada terangguk.

Aizat telan liur. Baginya lukisan itu tiada masalah tetapi tidak tahulah untuk Syuhada. Boleh terimakah wanita di hadapannya ini?

“Syah kata... Dia nak adik.”

Bisu.

Syuhada kaku. Tubuh terasa mengeras. Mendengar perkataan adik itu, Syuhada teringat tanggungjawabnya yang satu.

“Syuhada?” panggil Aizat. Dia menyentuh jemari Syuhada. Spontan wanita itu tarik semula tangan, seperti ada genjatan elektrik sewaktu dua tangan bersentuh.

Syuhada memandang Aizat lama.

“Abang tak paksa kalau Syu tak nak.” Awal-awal lagi Aizat kata. Tak mahu Syuhada rasakan keluarga mereka terdesak mahukan anak.

Mata Syuhada jatuh pada lukisan anaknya. Lama dia memandang orang lidi yang paling kecil. Bibir langsung diketap. Tujuh tahun Syahadat sendirian, hari ini terluah niat hati kecilnya. Syuhada sangka Syahadat cukup tinggal berdua tapi tidak. Pasti anak itu sunyi. Dulu, dapat juga anak itu singgah bermain dengan kembar anak Afiq tetapi sejak dia sudah bernikah, Syahadat tidak lagi singgah.

Syahadat sunyi.

Syuhada pejam mata perlahan. Nafas dihela perlahan. Mata kembali dibuka dan dialihkan pandangan menghadap Aizat.

“Tak apalah. Syu tidurlah. Abang pergi simpan lukisan Syah ni...”

Syuhada segera menahan lengan Aizat daripada bangun. Syuhada tahu lelaki itu serba-salah. Tidak sepatutnya Aizat rasa sebegitu. Bukan salah lelaki itu.

“Syu dah sedia,” putus Syuhada sekali gus mematikan pergerakan Aizat. Lama lelaki itu merenung wajahnya.

“Syuhada, abang dah kata abang tak paksa. Lagipun, kita ada banyak masa...”

“Tak, abang.” Syuhada memintas. Aizat diam seketika sebelum melepaskan keluhan. Dia kembali melabuhkan punggung.

“Syu ada masalah ke?”

Syuhada menggeleng. Anak mata dibiarkan bertentang dengan sepasang milik Aizat.

“Usia Syu bukan muda, abang. Abang tahu kita berbeza lapan tahun. Umur Syu dah masuk tiga puluhan.”

Syuhada alihkan pandangan. Tangan memeluk tubuh sendiri. Segan dia rasa bilamana sedar dirinya sudah tua. Cukup tua untuk Aizat. Dia lebih takut kalau ditakdirkan untuk monopous awal. Ketika itu lebih parah. Jadi, ada baiknya dia tidak lengahkan waktu. Tak perlu dia berlagak seperti anak dara.

“Abang tak kisah pun umur Syu berapa. Selagi dalam hati abang ada nama Syu, selagi itu abang akan terus sayangkan Syu. Jangan kerana perbezaan usia Syu nak rasa rendah diri. Usia bukan penghalang cinta.” Pujuk Aizat.

Syuhada menyepi. Hati menelan nasihat Aizat. Kata-katanya sama seperti arwah suaminya. Satu ketika dulu, dia pernah rasa rendah diri kerana perbezaan umur mereka sehingga dia merasakan dirinya tidak layak untuk Farhan.

“Rasulullah bernikah dengan Khadijah pada umur wanita itu 40, Syu. Kenapa Syu perlu malu sedangkan Khadijah juga tidak pernah malu?”

Syuhada tersentak. Sungguh, dia lupa hal yang itu. Perasaan malu menyelubungi diri.

“Sekali lagi abang cakap. Abang akan tunggu sampai Syu sedia.”

Syuhada angkat wajah menghadap Aizat. Sebak melanda diri. Bagaimana lelaki ini mampu menahan diri? Dia bukan ada tanggungjawab yang berat. Lainlah Farhan, lelaki itu menjadi seorang suami ketika bergelar pelajar.

“Sekarang, jom kita tidur.” Aizat menarik bahu Syuhada jatuh ke atas katil. Tubuh isteri dipeluk lama. Mata dilelapkan.

Syuhada diam dalam dakapan Aizat. Dahi disandarkan pada dada lelaki. Dapat dia rasakan degupan lelaki itu yang tidak sekata. Tangan dia genggam sebelum diletakkan ke dada kiri pada diri sendiri.
Nada jantung mereka seiring.

Ya Allah... andai benar dia jodohku, satukanlah kami dan ikatkan kami dengan ikatan anak.

Continue Reading

You'll Also Like

497K 39.4K 65
Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih...
3.4M 304K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
391K 18K 52
[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabil...
321K 7.4K 33
Karya kedua in romance by hernazulaikaa πŸ“– Book 1 Ada di acc @Thecreamcake_ Before nak baca book 2 sila baca book 1 dahulu di acc @Thecreamcake_ untu...