Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

85.8K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 29

934 68 10
By stargazell

USAI mengaminkan doa, Aizat segera berpaling ke arah makmumnya. Wajah Syuhada yang masih sebam direnungnya. Semalam tidurnya tidak selesa namun dia tidak kisah. Asalkan Syuhada lega, dia rela. Bahkan semalam ketika dia cuba ubah kedudukan pembaringan mereka, Syuhada terjaga dan merengek. Sudahnya, Aizat hanya kaku di atas katil. Semalaman dia merenung wajah Syuhada yang lena. Dia yakin, di balik kepolosan wajah itu tersimpan beribu rahsia.

Tangan dihulur disambut baik. Belum sempat Syuhada mengangkat wajah, Aizat lebih tangan menarik tubuh Syuhada kembali sebam di dadanya. Satu kucupan dihadiahkan di dahi isteri. Kasih sayangnya tumpah setiap kali melihat wajah kesayangannya. Selepas syurganya, insan di dalam pelukannya yang dia sayang.

“Jangan menangis lagi, saya risau.” Bisik Aizat seraya melepaskan tubuh isteri. Sempat dia usap pipi wanita itu. Senyuman terlakar di bibir.

“Saya minta maaf kalau awak tak selesa tidur semalam.”

“Tak apa. Saya tak kisah.”  Aizat mula bangkit. Songkok di kepala di simpan di tempat asal. Sejadah dilipat dan digantung ke penyangkut. Dia kembali labuhkan duduk di birai katil. Mata melihat isterinya melipat telekung yang terpakai.

“Syuhada.” Panggilnya selepas Syuhada menutup almari baju. Wanita itu berpaling dan naikkan kening sebagai pertanyaan.

“Sini kejap.”

Syuhada akur. Kaki mengorak langkah. Dia berdiri di hadapan Aizat dan menanti kata dari dua ulas bibir suaminya.

“Duduklah sini.” Tempat di sisinya ditepuk kecil. Mata tidak dilepaskan memandang Syuhada. Bagaikan patung isterinya menurut.

Jemari Syuhada dicapai dan diramas lembut. Anak mata mereka disambungkan beberapa ketika sebelum Syuhada melarikan pandangan. Tercuit hati Aizat melihat telatah Syuhada. Senyuman jelas kelihatan di bibir.

“Awak dah okey?”

Syuhada bertentang mata semula dengan Aizat. Kepala diangguk kecil.

Mind to share?” soal Aizat lembut. Kalau boleh, dia mahu jadi telinga Syuhada. Bukan sekadar suami yang memonopoli tubuh Syuhada saja. Semua milik isterinya miliknya juga. Yang dia mengharapkan lebih dari isterinya adalah hati. Hati wanita itu supaya diserahkan semua kepadanya. Dia mahu jadi seperti pasangan lain juga. Bahagia dan sedih bersama.

No?” Aizat kembali bersuara apabila Syuhada hanya mematung di tempatnya.
Syuhada lepaskan keluhan kecil. Senyumannya kelat. Perlahan-lahan, dia geleng. Kepala langsung jatuh, tidak mahu melihat wajah kecewa Aizat. Bukan apa, dia tidak sanggup membuka kisah semalam. Kalau dia tahu keputusannya begitu, dia patut suruh Dr. Hanny buang saja keputusan itu. Dia tak sanggup tahu.

It’s okay. Kalau dah bersedia nak bercerita dengan saya, my ears all for you.” Aizat hadiahkan senyuman. Jari naik mengusap pipi isteri. Pertama kali dalam hidupnya melihat seorang wanita yang dia sayangi menangis dan dia betul-betul terkesan sehingga bibir terkelu untuk memujuk. Akhirnya dia hanya mengusap tubuh itu sehingga tertidur.

Syuhada pejam mata. Sentuhan suami benar-benar menyamankan. Segera dua tangannya menyentuh jemari Aizat. Ditarik dari pipi dan digenggam lama.

“Awak...”

“Ya,” sahut Aizat. Dia kembali diam untuk memberi isterinya bersuara.

Syuhada tarik nafas dalam-dalam. Keberanian dikumpul untuk kembali bertentang mata dengan Aizat. “Awak sayang saya?”

“Kalau tak sayang buat apa saya nikah dengan awak?”

Syuhada mengangguk kecil. Dia faham maksud Aizat walaupun dia mengharapkan jawab yang lebih senang. Ya atau tidak.

“Janji jangan tinggalkan saya.” Pinta si isteri. Mata melihat terus ke anak mata Aizat, mencari kejujuran dan keikhlasan cinta yang dihulur.

“Mustahil saya tinggalkan awak, Syuhada. Awak isteri saya dan saya akan pastikan awak sandang gelaran tu hingga dunia kiamat.”

“Janji jangan bencikan saya.”

Aizat tersenyum aneh. Hati sedikit pelik dengan tingkah laku isterinya pagi ini namun dilayankan sahaja bilamana teringat kejadian semalam. Wanita itu benar-benar melepaskan semua perasaannya dan hatinya sedikit gembira apabila dirinya menjadi tempat untuk Syuhada lepaskan tangisan. Seperti maruah suami diangkat semula selepas egonya tercabar.

“Selagi mana kasih saya tumpah untuk awak, selagi itu saya takkan benci awak.”
Syuhada tersenyum kecil. Jawapan Aizat walaupun tidak direct, masih dia lega. Sekurang-kurangnya dia tahu lelaki itu jujur. Mustahil dia tidak jujur kalau anak mata tidak lepas menembusi matanya sehingga dia naik segan.

“Terima kasih untuk jawapan awak. Saya nak tolong mak masak sarapan.” Syuhada mula bangkit.

“Kejap!” Aizat tahan tangan Syuhada. Dia kembali mengenggam jemari isterinya. Kerutan di dahi Syuhada menjelaskan wanita itu tertanya-tanya.

“Awak dah tanya saya. Biar saya tanya awak pula.” Aizat tersengih.

“Saya nak tolong mak masak,” dalih Syuhada. Tiba-tiba dia rasa gemuruh. Soalan apa yang bakal ditanya kepadanya?

“Sekejap aje.”

“Apa dia?” mahu tak mahu Syuhada turutkan. Harapnya bukan soalan susah. Kalau tidak, tercekik air liurnya hendak menjawab. Lagi-lagi andai melibatkan soal hati.

“Awak sayang saya tak?”

Syuhada diam sejenak.

“Awak suami saya, mestilah.”

“Mestilah apa?” usik Aizat. Dia mahu Syuhada sendiri  menuturkan perkataan enam aksara itu. Telinganya meronta-ronta mahu mendengar ucapan itu.

“Aizat...”

“Ya sayang?”

Syuhada ketap bibir. Sedar-sedar dia sudah tidak senang duduk. Kaki menghentak lantai kecil. Dia mahu lari dari soalan Aizat. Orang dah jawab, faham-faham sendirilah maksudnya.

“Saya teringin nak dengar.”

Syuhada tarik nafas dalam-dalam. Kau pernah bercinta Syu, kenapa susah sangat kau nak cakap? Lagak macam kau ni anak dara lagi!

“Mestilah sayang.” Terpancul juga perkataan itu sebaik kekuatan berjaya dikumpul.

“Alhamdulillah, syukur ada isteri yang sayang saya.” Jari Syuhada ditarik sebelum belakang telapak tangan Syuhada dikucup sekilas.

“Boleh panggil saya abang?” pinta Aizat segera. Kalau sudah sayang, ada baiknya jika dia teruskan peringkat seterusnya. Tak mustahil suatu hari nanti Syuhada benar-benar menjadi isteri dalam erti yang sebenar. Dia tidak memaksa tetapi seperti rancangannya, dia harus memikat secara berperingkat. Tak mahu nampak gelojoh.

Syuhada diam. Panggilan itu sudah lama dia tinggalkan. Tujuh tahun dia gugurkan perkataan itu dan kini seorang suami kembali meminta daripadanya. Walaupun berbeza orang, getarannya terasa sama.

Sudahnya, Syuhada gariskan senyuman. Sudah masanya gelaran itu kembali terbit fari sepasang bibirnya. Hanya untuk yang halal. “Boleh, abang.”

Bibir Aizat melekung ke atas. Lebar.

.

.

AIZAT memeluk bahu Puan Halimah lama. Bibirnya langsung tidak mempamerkan senyuman. Bibirnya mencebik ke hadapan. Melihat beg yang dibawa Puan Halimah, bertambah-tambah rasa tidak puas hati.

“Perlu ke balik, mak? Orang tak suka mak dekat sana. Baik mak duduk dengan orang.”

Puan Halimah tersenyum. Sayang betul anaknya pada dia walaupun sudah beristeri.

“Tempat mak dekat sana bukan sini.”

“Mak tak terasa ke orang perli-perli mak? Orang tak fahamlah.”

“Nanti-nanti dia orang diamlah.”

Di hadapan pintu, Aizat menyaingi langkah dan berpaling berhadapan dengan Puan Halimah. Dipegang bahu itu lama manakala mata tidak henti menjamah wajah yang melahirkannya.

“Dia orang takkan serik, mak. Kalau hati dah busuk, mulut lagi bertambah-tambah busuk. Orang tak suka mak duduk sana.” Aizat enggan mengalah. Selagi punya masa, dia mahu pujuk maknya untuk duduk bersamanya. Lagipun, mereka ada satu bilik lebih. Memang sesuai kalau maknya nak tinggal di sini. Lagi dia suka melihat syurganya di depan mata.
Andai kata Paun Halimah di kampung, Aizat risau kalau ada yang berani menganggu maknya. Macam dia tak tahu perangai orang kampung, suka mengata! Fitnah lebih, bukti tak ada pula. Itu yang dia geram. Tuduh tanpa bukti, siapa aje tak menyirap?

“Mak sayanglah nak tinggalkan rumah dekat sana. Satu-satunya harta yang ayah beri pada mak." Kalau dipajak, rasa sayang pula. Memang dapat habuannya tapi dia akan rasa tidak ikhlas. Lebih baik dia duduk dan jaga rumah itu sendiri. Dapat juga mengamit memori dengan arwah suami.

Aizat tarik muncung. Kalau dah sebut tentang arwah ayah, dia tak berani nak bersuara. Takut menambah kesedihan mak. Bertahun-tahun menjadi balu yang diherdik orang ramai bukan mudah. Kentalnya hati syurganya menghadap kata orang kampung. Kalau dialah, memang dah biru muka mereka dia kerjakan.

“Sudahlah. Jangan fikirkan orang kampung tu. Baik fikir macam mana nak bagi mak cucu.”

Aizat tidak mampu menahan senyuman. Melihat ukiran sengih di wajah Puan Halimah, Aizat jadi sayu tiba-tiba. Mudah saja maknya mengubah topik. Buka topik anak pula tu!

“InshaAllah mak. Kalau ada rezeki, adalah.”

“Yalah. Mak pergi dulu.”

Mati senyuman Aizat. “Aizat hantarlah kalau macam tu.”

“Eh, tak perlulah.  Mak dah tempah teksi. Dah sampai depan rumah pun.” Bibir Puan Halimah terjuih ke hadapan pagar rumah Aizat. Aizat melihat sekilas kereta merah kuning itu sebelum memandang orang yang bakal dia lepaskan.

“Orang risaukan mak kalau naik seorang diri.”

“Tak ada apalah, Aizat. Doakan mak saja sudah cukup. InshaAllah mak selamat sampai.”

Aizat bungkam. Banyak dia bagi alasan, banyak juga maknya menjawab. Sudahnya, dia pasrah. Kalau maknya sudah buat keputusan sebegitu, dia hanya perlu akur.

“Jaga menantu dengan cucu mak baik-baik. Izzati tu pun, suruh dia rajin-rajinkan diri buat kerja rumah.” Aizat mengangguk mendengar semua nasihat yang diberi. Izzati sudah ke universiti, memang tidak sempat untuk mengucap selamat tinggal kepada mak. Lepas sarapan, gadis itu perlu menghadiri kelas. Walaupun hari minggu, Izzati aktif dalam banyak acara. Kerana itu dia tidak lekat di rumah.

“Mak pun jaga diri. Orang sayang mak.” Tubuh itu didakap erat. Sempat dia cium pipi kanan wanita itu. Senyuman disunggih di bibir.

“Yalah.”

“Mak!” Belum sempat Puan Halimah membuka langkah, dia kembali berpaling.

Syuhada terkedek-kedek berlari anak bersama satu beg kain di tangan.

“Mak nak gerak ni. Kenapa Syu?”

“Ini. Syu ada buat sikit kuih. Kalau mak lapar ke, makanlah.” Disua beg kain di tangan. Puan Halimah mengambil tanpa banyak bicara. Hanya ucapan terima kasih meniti di bibir.

“Mak jaga diri ya dekat sana.”

“Mak dah besarlah, Syu.”

“Tak, tak. Mak tetap budak kecik bagi Aizat.”  Aizat kembali memeluk ibunya dari sisi. Sempat dia intai di balik beg yang dipegang maknya. Tidak nampak kuih yang dimaksudkan isterinya bilamana ada tupperware yang menghalang matanya mengintai.

“Mengadalah anak teruna mak ni. Syu, jaga anak mak baik-baik. Kalau dia nakal, call mak. Biar mak bebel dekat dia.” Syuhada hanya tersenyum. Tidak tahu hendak membalas apa. Mata galak melihat kemesraan dua beranak itu. Langsung tidak kekok.

“Ada pula macam tu mak? Senakal-nakal anak mak ni, tahu-tahu isteri mengandung.” Seloroh Aizat disambut dengan gelak kecil dari si emak.

“Sudahlah. Kesian driver teksi tu.”

“Yalah. Rindu sangat rumah dia dekat sana.”

.

.

AIZAT menjengketkan kakinya ketika berjalan ke dapur. Syuhada yang sedang memasak dipandang penuh minat. Langkah diambil senyap. Niat di hati hendak mengenakan isteri yang khusyuk mengoreng ayam di dalam kuali. Sesekali terdengar wanita itu menyanyi kecil.

Sebaik berdiri betul-betul di belakang Syuhada, Aizat lebarkan sengihan nakal. Terus dipaut pinggang Syuhada. “Baa!”

“Aaa!”

Pap!

“Aduh!” Spontan Aizat melepaskan Syuhada dan menggosok dahinya.

Syuhada lekas berpusing dan melihat gerangan yang mengejutkan dirinya. Sudahlah dia sedang berperang dengan minyak panas, diserah pula tu. Memang terkejutlah dia.

“Abang, kenapa main sergah saya? Saya tengah masaklah.” Syuhada mengecilkan api. Senduk yang diguna diletak di atas pinggan yang terletak beberapa ketul ayam yang sudah siap digoreng. Tubuh dibalikkan semula melihat suami. Mata melihat tangannya menggosok dahi.

“Sakitlah. Tak ada ayat lain ke nak bagi? Pujuk cepat!” Dahi Aizat berkerut bilamana sakitnya belum kurang. Padahal tidak kuat mana pukulan Syuhada tetapi sakitnya lama.

“Padan muka.”

Mulut Aizat terbuka. Melihat isteri sedang ketawa, dia pincingkan mata. Dah pandai Syuhada kenakan dia. “Tolonglah. Sakit ni.”

“Pergi basuhlah. Senduk tu dah banyak kali masuk minyak panas, takut melecur pula dahi abang tu. Tak fasal-fasal melalak masa nak sujud.”

“Syu punya fasallah ni.” Aizat buka pili air. Ditadah air dan diraup pada dahi. Jari terasa sedikit melekit. Betullah kata isterinya, ada kesan minyak.

“Eh, Syu pula. Tengah masakkan.” Syuhada kembali mengambil senduk dan dibalikkan ayam di dalam kuali.

“Masak apa tu?” Aizat tidak mengambil pusing perkara tadi. Rasa sakit sudah beransur pergi. Dia kembali berdiri di belakang Syuhada dan didakap dari belakang. Kepala disandar pada bahu kiri isteri. Mata kuyu melihat ayam yang sudah masak. Bahu isteri adalah tempat terbaik untuk dia rehatkan diri. Kalau atas katil, memang dia akan terus tidur.

“Dah tak tahu ke ayam rupa macam mana?”

“Kenapa layan abang sadis sangat?” Aizat menceber. Dia sengaja buka topik supaya mendengar suara Syuhada tapi yang dia dapat hanyalah jawapan-jawapan sarkastik. Terus hilang idea untuk beri soalan lain.

“Sudahlah. Pergilah depan. Syu nak masak ni.”

“Masak ajelah.” Gumam Aizat di balik leher Syuhada. Sempat dia juigkan bibir dan mencium sekilas leher yang terdedah itu.

“Gelilah, Aizat!” Syuhada mengekek gelak dengan kepala sengetnya. Jambang Aizat yang halus benar-benar memaksa dirinya untuk melepaskan tawa. Laju tangan menolak kepala itu jauh. Kalau tidak, lagi teruk gelaknya jadi.

“Siapa Aizat?”

“Awaklah!”

“Awak?” soal Aizat lagi. Dia lagi mendekatkan dagu ke leher Syuhada.

Sekali lagi wanita itu ketawa. Malah bila dia tekan dagu, makin bertambah galak tawanya.

“Tak, tak! Abang! Abang!” Aizat senyum puas. Tahu pun silap sebut, kalau tak memang dia kerjakan isterinya.

“Amboi, amboi! Gembira nampak?” Tawa yang tercetus langsung mati. Baik Syuhada mahupun Aizat, kedua-dua berpaling melihat gerangan yang menegur. Tanpa kata, Aizat segera melepaskan pinggang isteri.

“Zati. Buat abang terkejut aje.”

Gadis itu mencemik bosan. Kaki dia ayun ke rak pinggan dan satu cawan plastik dicapai. Mesin penapis air dihampiri sebelum air suam diisi ke dalam cawan.

“Terkejutlah sangat. Bila dah ada bini, bukan main. Berbululah mata!” Dia menjeling seketika pasangan suami isteri itu. Air di cawan diteguk laju. Panas hatinya melihat aksi romantis abang dan kakak iparnya.

“Zati dah kenapa? Salah ke abang dengan isteri abang bermanja? Abang dengan akak dah halal. Zati lupa ke?” soal Aizat tidak puas hati. Mata dipincing melihat adik kandungnya.

“Oh ya? Zati tak tahu pula, Zati ada kakak.” Bahu dijongket manakala Bibirnya menyunggih sinis. Bibir dimainkan di hujung cawan. Tubuh disandar pada almari dapur.

“Zati jangan...”

“Zati nak makan? Akak dah masak ni.” Syuhada segera memantas. Lengan suami ditahan bilamana terlihat kaki lelaki itu mengorak langkah. Dia tak mahu ada pergaduhan berlaku di sini.

“Apa benda akak masak?”

“Ayam goreng dengan sayur campur.” Syuhada senyum apabila soalannya dijawab baik. Walaupun kasar, dia tidak kisah. Baginya, tingkah Izzati biasa sahaja. Ada sesetengah orang di bumi akan kekok menerima orang baru dalam keluarga dan tak mustahil Izzati salah seorang daripadanya. Jadi, ada baiknya dia berlembut. Lambat-laun Izzati akan terima kenyataan. Dia hanya perlu bersabar dan masa itu akan datang sendiri.
Dia tersenyum jelik.

“Malaslah. Zati makan luar, kejap lagi ada perjumpaan kelab.”

“Zati jangan nak kurang ajar dengan isteri abang.” Lelaki di sisi Syuhada kembali bersuara. Nadanya ditekan bermakna dia benar-benar maksudkannya.

“Kurang ajar? Abang kelakarlah. Zati bukannya maki isteri abang pun. Celah mana kurangnya didikan mak pada Zati?” sindir gadis itu.

“Sibuk sangat hal luar kenapa? Hujung minggu patutnya Zati duduk dekat rumah, berkenalan dengan kakak ipar. Ini tidak, lebihkan sangat kawan-kawan tu. Macamlah bagus sangat kawan-kawan tu!”

“Abang dah kenapa?” bentak Izzati bengang.

“Betulkan abang cakap. Sikit pun Zati tak sudi nak rapat dengan isteri abang. Daripada hari tunang sampai hari ni, Zati langsung tak ambil kisah.”

Syuhada kemam bibir. Dua adik-beradik sedang berlaga, apa patut dia buat?

“Memang! Memang Zati malas nak ambil kisah! Sebab Zati benci tengok abang kahwin!” Izzat terus mencampak cawan plastik ke dalam singki. Mata mencelur bertentang dengan Aizat. Dia naik angin bilamana abangnya sendiri cuba mengasak untuk jujur. Baik, biar dia jujur. Nak dia jujur sangatkan? Jangan sampai nak terkedulah nanti!

“Zati benci bila abang suka perempuan ni. Anak dia pun Zati benci!”

“Kenapa Zati nak benci isteri abang? Dia dah jadi isteri dan anak abanglah!”

“Abang silap. Budak tu anak tiri abang aje. Dengan Zati, dia makhluk asing yang sesat dalam rumah ni.”

“Jangan kurang ajar Zati!” Aizat mila angkat jari telunjuk. Goncangan Syuhada pada lengannya ditolak kasar. Dihampiri adiknya sendiri dan berdiri berhadapan, meninggalkan beberapa inci jarak.

“Apa yang abang nampak, semua salah Zati! Salah abang? Langsung abang buta nak nilai! Sebab tu Zati benci abang!” jerkahnya di situ juga. Tanpa getar dia berlawan pandangan. Tangan yang menjadi buku lima ditahan dari dihayun. Kalau diikutkan bisikan di hatinya, memang mahu dia kerjakan muka abangnya itu. Lagak seperti tiada dosa!

“Okey. You tell me, Izzati. Apa salah abang?!”

Izzati sengih sinis. Kepala tergeleng kecil. Kalau dia cerita pun, bukan lelaki itu nak percaya. “Zati malas.”

Tell me, Izzati!”

  Izzati ketap bibir. Dijerkah di hadapan orang lain, egonya turut tercabar.

Syuhada mula kalut. Sudahlah dia terperangkap di dapur. Antara adik ipar dengan suami, siapa yang dia nak menangkan? Aduh! Dia bingung!

Fine! Abang nak tahu sangatkan?!”

Yes!”

Izzati mengerli pandang ke arah Syuhada seketika sebelum mata kembali terjeling ke wajah Aizat. Dua tangan diangkat dan dihadapkan di hadapan Aizat. Satu tangan mengeluarkan lima jari manakala satu lagi hanya tiga. Dahi Aizat berkerut seribu dengan bilangan jari yang dihalakan ke arahnya.

“Lapan tahun.” Suara Izzati ditekan sendiri. Mata tajam menjamah wajah Aizat yang kebingungan. Hujung bibir terjongket. Dia sudah agak reaksi abangnya.

“Maksud Zati?” suara Aizat mengendur. Hati mula bertanya-tanya dengan bilangan tahun yang disebut adiknya. Persengketaan tadi langsung lesap dalam fikiran diganti dengan rasa penasaran. Ada apa dengan lapan tahun?

“Lapan tahun abang dekat UK.”

Aizat terkesima. Dia ada di UK untuk lapan tahun? Kenapa dia tak ingat langsung?

“Tapi tak ada satu masa pun dalam lapan tahun tu, abang terfikir nak call Zati. Lapan tahun abang tinggalkan Zati tanpa khabar berita. Waktu raya pun abang tak sudi nak balik waima nak wish birthday adik sendiri pun abang tak sanggup. Lapan tahun Zati ditinggalkan terkontang-kanting. Tahu-tahu, abang balik sini dah besar panjang sampai Zati sendiri tak kenal siapa abang. Kalau bukan sebab mak, memang Zati maki abang habis-habisan sebab lupakan Zati.”

“Kejap... Abang tak faham. Kenapa abang tak ingat pun? Zati bergurau dengan abang ke?”

Syuhada yang menjadi pemerhati diam namun telinganya tidak tuli. Setiap bait kata Izzati diteliti. Mungkin dapat diberi info kepada Ameer yang bertugas untuk kes Farhan.

Izzati lepaskan tawa sinis. Wajahnya nampak kelat.

“Mana abang nak ingat kalau sampai sini abang kemalangan waktu balik rumah?”
Bukan setakat Aizat, Syuhada juga turut terkedu. Tangan sudah sedia menekup mulut. Cerita yang dibongkarkan Izzati benar-benar menyebabkan adranalin dirinya bergerak pantas.

“Kemalangan?”

“Ya! Abang berselirat dengan wayar.”

“Kenapa abang tak tahu, Zati? Kalau betul abang berbalut dengan wayar, mesti waktu bangun abang nampak semua benda tu.” Aizat mempertikaikan kenyataan Izzati. Baginya, tuduhan Izzati mengarut selagi tiada bukti. Kalau benarlah dia kemalangan dan mengalami amnesia, paling tidak mesti dia tahu dia berada di hospital. Mesti perkara pertama yang dia lihat adalah badannya yang penuh dengan wayar.

“Apa aje yang ada dalam kepala abang ni? Abang tak ingat ke bangun-bangun abang dekat rumah mak?”

Aizat diam. Memori cuba digali namun gagal. Dia tak rasa seperti dia terlibat dengan kemalangan. Kalau ada, kenapa tak jumpa memori itu? Satu lagi, kebiasaannya orang amnesia pasti sakit kepala bila dipaksa cari memori lepas tetapi kenapa tidak dia? Dia tak rasa sebegitu. Yang dia ingat, hari-harinya seperti biasa. Bangun seperti biasa, seperti tiada perkara buruk berlaku.

“Zati ingat lepas abang dah sihat abang akan layan Zati tapi langsung tak ada usaha.” Suara Izzati mematikan lamunan Aizat. Mulut dikunci. Hendak membalas, dia tidak jumpa memori itu.

“Lima bulan abang tinggal dengan Zati, boleh kiralah berapa kali kita bercakap. Itu pun Zati banyak mengelak. Tapi bila dia ni ada...” Wajah Syuhada direnung tajam. Jari turut dihala ke arah wanita yang menikahi abangnya.

“Abang macam lupa yang abang ada adik. Bila abang cakap abang nak nikah, Zati ni ibarat angin lalu aje. Asyik-asyik perempuan ni. Bila Zati ajak lunch sama, ada aje alasan abang. Sebab tu Zati benci tengok abang kahwin dan sampai bila-bila pun belum tentu Zati nak terima dia sebagai kakak ipar Zati. Anak dia tu, Zati tak hinginlah nak jadi babysitter masa abang dengan isteri tak ada. Zati tak suka.” Izzati hela nafas panjang. Perasaan di dada diluahkan panjang. Dia berpuas hati walaupun masih ada yang mahu dikatakan lagi. Jam tangan dikerling seketika.

“Zati gerak dulu. Ada perjumpaan. Oh ya, Zati balik malam. Tak payah masak untuk Zati. Zati makan luar.” Gadis itu terus melangkah sebelum lengan kirinya ditarik Aizat. Wajah lelaki itu kosong. Tiada siapa boleh meneka perasaan yang membelenggu Aizat ketika itu.

“Abang nak apa? Zati dah lambatlah.”

“Abang minta maaf kalau selama ni Zati rasa terabai tapi Syuhada dah jadi isteri abang. Abang minta satu aje. Hormat dia macam mana Zati hormat mak boleh?” pinta lelaki itu. Izzati kemam bibir. Syuhada di sebelah Aizat dipandang sekilas sebelum kembali jatuh pada jemari kekar yang memegang lengannya.

“Tak hingin!” Serentak itu Izzati merentap tangannya kasar. Langkah terus dicorak keluar.

Continue Reading

You'll Also Like

391K 18K 52
[COMPLETED] Bukan lagi bayang. Afra Dian dah penat jadi bayang kakak sendiri, Nareesa Airin. Peluang diambil apabil...
781K 32.1K 67
[Completed] HIRLAND Tidak. Bukan dia yang merancang tetapi takdir Tuhan yang menemukan mereka berdua. Bermula pada pergelutan kecil dipasar malam aki...
1.5M 59.2K 56
Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama sekali.Bagi Aurell Latisha,cinta adalah...
378K 14.8K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...