Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

88.8K 5.9K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 28

939 79 3
By stargazell

LAJU kaki Syuhada melangkah masuk ke bilik anaknya. Sejak dia dan Aizat pulang, si kecil itu banyak berdiam diri. Sewaktu makan juga, Syahadat tidak berceloteh seperti kebiasaan. Mulut benar-benar dizip. Sekarang baru dia ada waktu untuk  menjenguk Syahadat. Sejak pulang, macam-macam yang mak Aizat hendak bercerita. Nak beredar, Puan Halimah lebih banyak bertanya pendapatnya. Memang tiada chance untuk dia lari.

“Syah?”

Syuhada mengambil tempat di katil anaknya. Bilik bertemakan warna biru benar-benar menyejukkan mata. Tetapi tatkala ini, hatinya masih belum tenteram. Jawapan harus dicari untuk persoalan anaknya berdiam diri.

Selimut yang menyelubungi si anak ditarik ke bawah. Bantal yang menutup wajah Syahadat juga ditarik tetapi sekejap saja bantal itu ditarik semula oleh Syahadat.

“Kenapa tutup muka dengan bantal? Tak bernafas nanti,” pujuk Syuhada lembut. Sudahlah dia rindu dengan anaknya, Syahadat pula nak merajuk. Sebab apa, dia tidak pasti. Apa yang terjadi sepanjang dia tiada di sini?

Soalan Syuhada tidak dialas. Syahadat masih menikus. Syuhada tarik kakinya naik dan menyimpul supaya bersila. Didekatkan tubuh dengan anaknya. Dengan kudrat yang ada, Syuhada cuba mengangkat anaknya dan diribakan kepala. Kus semangat rasanya!

“Anak ibu kenapa monyok aje? Tak suka ke ibu balik?” Ubun-ubun milik anak diusap lembut. Sekalipun dia bingung dengan perasaan terhadap Aizat, dia langsung tidak lupa dengan permata miliknya. Syahadat adalah kurnian terindahnya, mustahil dia akan abaikan.

Khali.

“Syahadat...” Syuhada lepaskan keluhan. Tak pernah lagi Syahadat buat perangai sebegini.

“Syah tak rindu ibu ke? Ibu ingat bila ibu balik boleh tengok senyuman Syah tapi ibu balik aje, Syah merajuk. Kenapa ni, sayang? Ibu ada buat salah ke?” nada lembut masih dikekalkan.

Kepala Syahadat menggeleng.

“Kalau ibu tak buat salah, kenapa Syah tak nak pandang ibu? Kenapa nak tutup muka?” soal Syuhada lagi. Laju si anak kecil itu menolak bantal di wajah. Saat itu juga Syahadat melingkari tangan pendeknya ke pinggang Syuhada dan didakap ibunya erat.

“Rindu...”

Syuhada tersenyum mendengar suara anaknya. Sejak dia pulang, ini kali pertama dia mendengar suara Syahadat. Betapa rindunya dia dengan anak ini...

“Ibu pun rindu sangat dekat Syah.” Syuhada bongkokkan tubuh lalu mengucup pelipis Syahadat. Hidung sempat mencuit bau wangi anaknya.

“Syah buat apa masa ibu dengan papa tak ada?”

Syahadat diam. Soalan tidak dijawab. Wajahnya kekal monyok.

“Sayang...”

Syahadat menggeleng sekali lagi. Syuhada pula yang naik hairan. “Sekolah macam mana? Okey ke ibu tak ada?”

Syahadat mengangguk.

Syuhada lepaskan nafas perlahan. Nampaknya Syahadat tidak mahu berbual dengannya walaupun sudah pelbagai jenis soalan ditanya. Mungkin anaknya penat. Yalah, dia bercuti manakala anaknya di sini bersekolah. Esok hari khamis, masih ada dua hari untuk menanti cuti hujung minggu. Pasti Syahadat berasa penat.

“Syah tidurlah. Esok nak sekolah.”

“Ibu hantarkan?” Anak kecil itu mengangkat kepala. Syuhada tersenyum seraya mengangguk.

Syahadat kemudian baringkan tubuh ke atas katil. Bantal tidak lagi ditekup ke wajah sebaliknya dipeluk erat. Syuhada mengusap kepala anak dan dihadiahkan ciuman pada dahi.

Selepas hampir setengah jam menanti Syahadat benar-benar lena, Syuhada menutup lampu bilik dan menutup rapat pintu kayu. Izzati yang kebetulan lalu ditegur.

“Akak nak apa?” soal gadis itu sambil berpeluk tubuh. Tubuh disandar ke dinding. Mata langsung tidak melihat wajah Syuhada.

“Anak akak tak pernah jadi pendiam macam hari ni. Akak nak tanya, ada apa-apa yang berlaku ke masa akak tak ada?”

Izzati mengosok belakang leher kasar. Sebuah keluhan dihambur.

“Dia pecahkan pinggan mak. Zati marahlah dia. Tak sangka macam perempuan dia merajuk.” Kasar gadis itu bersuara. Langsung tiada rasa hormat terhadap diri Syuhada yang berbeza umur.

“Akak minta maaf untuk Syah, dia tak sengaja tu. Mahal ke harganya? Biar akak bayar balik.”

“Tak perlu!” Izzati terus mencorak langkah ke bilik. Pintu ditutup kasar. Terhinjut bahu Syuhada. Pantas dia mengurut dada. Kepala menggeleng kecil. Hati langsung tidak terguris, sangkanya gadis itu bendera merah. Bukan setakat itu, tadi juga Puan Halimah melarang dia buat kerja dapur. Izzati yang dikerah mengemas meja. Kerana itu moodnya tidak stabil. Syuhada terus melangkah masuk ke biliknya.

.

.

USAI keluar dari pejabat untuk thumb print kepulangannya, Syuhada langsung memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Jam baru pukul tiga petang. Dia sengaja pulang lebih awal untuk bergerak ke hospital. Dr Hanny sudah mesej kepadanya tentang keputusan DNA. Laju dia menahan doktor itu dari memberi jawapan. Biar dia sendiri yang mengambil dan lihat dengan dua biji matanya.

Sejak bernikah, Syahadat tidak perlu lagi menunggu sehingga dia habis kerja. Anak itu akan dihantar pulang ke rumah Aizat dahulu. Puan Halimah masih tinggal di sini jadi ada orang yang akan menjaga anaknya. Dia juga kesian kepada Syahadat, kecil-kecil lagi sudah pulang lewat. Pernah beberapa kali dia terpaksa balik jam 5. Anaknya siap tertidur di biliknya.

Namun, apa mampu buat. Dia tidak mahu menyusahkan Afiq dan Bella. Mereka memang tidak kisah sekiranya dia tumpangkan Syahadat di rumah mereka tetapi Syuhada juga tahu malu. Pasti menyusahkan dua orang bekas anak muridnya. Sudahlah mereka baru saja berjinak-jinak untuk hidup berdikari. Afiq sudah punya pekerjaan yang stabil tetapi itu tidak bermaksud dia perlu menambah beban kepada mereka. Tambahan pula, anak kembar pasangan itu adalah bayi pramatang. Seorang ada penyakit asma yang agak teruk manakala seorang lagi ada masalah jantung. Injapnya tergelincir sedikit dari kedudukan asal. Walaupun Syuhada bukan seorang doktor namun dia tahu perbelanjaan keluarga itu pasti tinggi untuk menyara dua orang anak.

Syuhada menghidupkan enjin kereta. Laju dia memecut ke arah hospital. Tidaklah terlalu jauh dari tempatnya tetapi makan masa juga. Balik nanti dia harus sediakan makan malam. Seganlah andai Puan Halimah yang asyik masak untuk mereka. Sebagai menantu, dia haruslah tunjuk akhlak baik. Lagipun, sebaik lafaz akad disebut, Puan Halimah sudah menjadi ibunya. Hubungan mereka tidak ubah seperti anak dan ibu. Tiada jurang lagi.

Syuhada berlari-lari anak bilamana tiba ke kawasan hospital. Syukur parkir tidak penuh tetapi dia perlu berjalan kaki sedikit jauh. Nasib dia sudah buat temu janji bersama Dr Hanny, tidaklah dia perlu menunggu giliran. Temu janji mereka pada jam 3.30 petang dan masih ada lebih kurang sepuluh minit sebelum mencecah waktu yang dijanjikan mereka.

Syuhada tersenyum lebar sebaik misi memanggilnya masuk. Pasti Dr Hanny tidak punya pesakit waktu sekarang.

Usai bersalaman, Syuhada labuh punggung di hadapan meja Dr Hanny. Tanpa banyak kata, doktor itu menghulur satu fail ke arah Syuhada. Berdebar jantung Syuhada ingin melihat hasil ujian yang dibuat.

“Keputusan ni betulkan, doktor? Tak ada tersilapkan?” soal Syuhada. Fail belum dibuka.

“Betul puan. Pihak hospital dah buat ujian ni dua kali. InshaAllah betul apa yang terkandung.” Tidak lokek doktor itu menghulur senyuman. Jemari disambungkan bersama, menanti Syuhada melihat keputusan tersebut.

Dengan bacaan bismillah, Syuhada menyelak fail. Mata membaca setiap inci keputusan yang bertaip itu. Seketika Syuhada menyelak halaman belakang. Sekali lagi dia meneliti sebelum sepasang matanya terhenti pada satu baris ayat yang menjelaskan hasil ujian tersebut.

Tidak berkelip sepasang mata Syuhada melihat sebaris ayat itu. Mata sudah berkaca. Akal memujuk hati supaya menerima ketentuanNya. Seketika air matanya tumpah. Dia tidak kuat tetapi hatinya harus akur dengan keputusan yang tertulis.

.

.

“SYUHADA. Ya Allah, saya ingat awak tak tahu jalan balik rumah tau! Kenapa lewat sangat balik ni?” Aizat langsung meluru ke arah Syuhada yang melangkah masuk ke dalam rumah. Bahu isteri dipegang sambil matanya tajam merenung seraut wajah Syuhada yang tidak berperasan. Riak serba-salah langsung tidak dipamerkan.

“Aizat, bagilah isteri kamu masuk dulu. Dia baru balik tu, entah dah makan ke belum.” Puan Halimah menegur anak teruna yang sudah bernikah. Langsung tak sabar-sabar. Dia juga risau Syuhada tidak pulang-pulang tetapi kini nenantunya sudah balik. Sepatutnya bagilah dia masuk dan bersihkan diri dahulu setidaknya.

“Mak, dah pukul lapan baru balik. Cikgu mana yang balik lambat macam ni?” Aizat tidak puas hati. Kalau paling lambat pun, paling-paling jam 6.30. isterinya ini security guard ke perlu balik lewat sehingga jam 8? 

“Aizat, sabar. Syuhada, kamu pergi mandi dulu. Lepas tu, kita makan malam sama-sama.” Puan Halimah menghampiri menantunya. Ditolak tubuh anak yang menghalang Syuhada masuk ke dalam rumah. Lengan Syuhada ditarik dan dipimpin menantunya masuk. Satu-satunya menantu yang dia ada, siapa tak sayang? Nak tunggu menantu dari Izzati, gadis itu masih belajar.

Aizat memerhati susuk tubuh isterinya hilang di balik dinding. Dia lepaskan keluhan melihat Syuhada berjalan seperti zombi. Pintu rumah lantas ditutup dan dia kembali duduk di sofa. Telefon pintar dibuka dan ruangan chat antara dia dan Syuhada dibuka semula.

Masih satu tick. Bermakna isterinya tidak online.

Aizat penasaran. Langsung tidak memaklumkan kepadanya atas alasan apa Syuhada pulang lewat. Kalau dia, mungkin boleh diterima kerana kadang-kadang dia terpaksa stay up di ofis untuk menyiapkan tugasan yang semakin hampir dengan deadline.

Di ruangan makan, masing-masing hanya diam. Yang merunsingkan Aizat lagi, anak dan ibu, dua-dua berdiam diri. Suasana ruang makan suram hari ini.

Syuhada hanya mengambil satu senduk nasi saja. Lauk juga seperti tidak dicuit. Usai habis, wanita itu bangkit dan membasuh pinggan. Tubuh itu hanya melintasi meja makan dan memanjat tangga ke ruang atas.

Aizat tercengang dengan sikap Syuhada yang tiba-tiba dingin. Bukan dengan dia sahaja, malah dengan seluruh ahli keluarga. Syahadat juga tidak dilayankan. Aizat laju menghabiskan nasi di pinggan. Dia harus bersemuka dengan isterinya. Dia mahukan jawapan.

.

.

SAMPAI di bilik tidurnya, Aizat menutup rapat pintu. Tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka suami isteri. Tidak mustahil kalau malam ini tercetus pergaduhan. Ego sebagai suaminya benar-benar tercabar. Bukan dia tidak nampak, syurganya sudah berubah muka apabila soalannya tidak dijawab.

Apa punca isterinya berubah dingin?

“Syuhada.” Wanita yang berbaring di tengah katil dipandang tajam. Tubuh memanjat katil dan duduk bersebelahan Syuhada. Tubuh kaku itu digerakkan. Lengan kanan Syuhada yang menutup sepasang mata ditarik sesikit kasar.

Syuhada langsung berdecit. Kalau boleh, dia tak mahu bercakap dengan Aizat. Kepalanya masih sesak. Otaknya kusut! Nasib esok hari minggu.

“Kenapa awak layan kami dingin?”

“Saya tak ada moodlah.” Wanita itu duduk apabila lengannya ditarik. Pengangan tangan Aizat ditarik kasar. Digosok lengannya sendiri. Mata tidak menjamah wajah suami.

“Kenapa awak balik lewat?” Aizat tukar soalan. Kalau berbahas soal di meja makan memang takkan tamat. Lebih baik dia menyoal asbab isterinya pulang lewat. Bertambah-tambah geram hatinya bilamana Syuhada tidak terdetik memberitahunya. Apa guna ada telefon?

Syuhada diam. Tak sanggup hatinya hendak menyatakan apa terjadi sepanjang hari ini. Hari ini baginya sangat serabut.

“Tadi saya jumpa Amri.”

“Tak boleh mesej saya ke?” Pantas Aizat memberi soalan lain.

“Bateri habis.”

Aizat raup muka. Begitu mudah Syuhada memberi jawapan. Tak tahu ke hatinya bagaikan nak tertarik keluar apabila tiada berita mengenai Syuhada? Sudahlah solat maghrib tadi dia tidak fokus? Lama juga mereka mengakhiri solat maghrib. Nasib mak dan Izzati tidak menyoal.

“Buat apa awak jumpa Amri?” soal Aizat apabila hatinya terdetik. Apa hubungan isterinya dengan Amri? Memanglah Amri bekas pelajar isterinya tetapi hubungana apa kalau sampai bertemu di luar? Suami dan anak di rumah langsung dilupakan.

Syuhada tidak menjawab. Memang dia berjumpa dengan Amri tetapi sekejap sahaja. Yang membuatkan dia lama adalah kerana dia pergi ke kawasan perkuburan. Lama dia berteleku sehingga tidak sedar matahari sudah hilang di dada langit.

“Saya tanya ni.” Aizat mencapai kedua-dua tangan Syuhada dan digenggam.

“Saya minta maaf tak bagitahu awak.”

“Saya nak tahu apa jadi sampai awak balik lambat?”

Syuhada larikan pandangan ke tangan mereka yang bersimpul. Tangan kekar yang berwarna sawo matang direnung lama. Matanya kemudian naik ke wajah Aizat dan dipandang lama. Seketika matanya berkaca bilamana terbayang keputusan DNA yang dia terima.

“Syuhada?” Suara Aizat bertukar lembut sebaik terpandang air mata yang mengalir dari mata kiri. Laju ibu jari mengusap lembut pipi kiri isterinya. Marah dalam hatinya terus hilang. Diganti pula dengan perasaan risau. Apa yang berlaku sebenarnya? Dia benar-benar bingung!

Can I hug you?” Syuhada kembali mencelikkan mata. Sungguh, hatinya tidak kuat. Dia perlukan bahu seseorang untuk lepaskan segalanya. Tujuh tahun adalah masa yang cukup lama dia menangis sendirian tetapi apabila melibatkan arwah bekas suaminya, dia tidak begitu kuat.

“Kenapa?”

Please...” Syuhada segera memintas. Tangan Aizat di pipinya dipegang. Dadanya mula sesak.

Come here.” Aizat mengalah. Tidak kuat dia melihat air mata yang mula membanjiri wajah mulus isterinya.

Syuhada segera duduk di riba Aizat. Leher Aizat dipeluk erat. Di bahu suaminya, dia lepaskan segala tangisan yang dia tahan.

Esakan mula menjadi irama di dalam bilik tersebut. Terhinjut-hinjut bahu miliknya seiring dengan esakan. Nafas tidak mampu dikawal dengan baik. Yang tubuhnya mahu saat ini hanyalah melepaskan tangisan.

Aizat terkedu. Sebaik tubuhnya didakap, telinganya menangkap esakan yang agak kuat. Tangan bergerak memeluk kembali penggang Syuhada. Belakang tubuh isteri diusap dengan harapan mampu melegakan hati yang sedang gundah.

Mulutnya dizip rapat. Dibiarkan isterinya melepaskan perasaan yang tertahan. Hanya sentuhannya saja yang tidak berhenti mengusap belakang tubuh isteri.

Malam itu, Syuhada terlena dalam dakapan. Sejak dia mula menangis, langsung tubuhnya tidak melepaskan bahu Aizat. Tidurnya bertemankan air mata. Hari ini baginya meletihkan. Kalau mampu, dia mahu akhiri penderitaan ini segera.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 41.3K 62
Crush. Satu persatu fitnah muncul hanya kerana dia sukakan seseorang.Seseorang yang telah membuatkan dia jatuh cinta. Seseorang yang buatkan dia hila...
2.3M 50.3K 80
SYAKILLA IZZATI - Hidupnya penuh dengan dendam dan cemburu. Kebahagiaan yang dihidangkan oleh sahabat baiknya, iaitu Mariam membuatkan dendam dalam h...
38.1K 2.3K 15
Perigi mencari timba? Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada Melati Dahlia Melur. Si gadis sengal yang sering membuat masalah di sekolah hanya...
70.3K 5.5K 33
Nina Fini | Karya Kelima Leo & Auliya -Logik badminton mengatakan aku dan dia ibarat 'out'. Mustahil akan bersama. Namun, tatkala takdir melontarkan...