Dedicated To Wife βœ“

By stargazell

85.6K 5.7K 778

COMPLETE! WARNING ENDING PREPARE TISU! Saya tak galakkan baca sebab heroin dia lemah. Mungkin korang pun anno... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG
SEGMEN PENULIS

BAB 26

1K 64 1
By stargazell

HARI KEDUA

DING! Dong!

Syuhada segera menyarung membuka pintu bilik. Selepas solat isyak bersama Aizat, lelaki itu meminta diri keluar. Dirinya pula dipesan bersiap cantik-cantik. Sudah lebih lima belas minit dia menanti Aizat dan kini pintunya ditekan loceng.

Buka sahaja pintu, Syuhada naik hairan. Langsung tiada orang. Segera dia panjangkan leher dan melihat kiri dan kanan. Kosong sebelum kakinya terpijak sesuatu. Anak mata dijatuhkan. Sehelai origami berbentuk burung yang membawa sebuah hati diambil. Syuhada kembali menutup pintu. Dia duduk semula ke katil.
Surat misteri itu terserlah bauan wangi tanpa perlu dia hidu dengan dekat. Buka sahaja origami tersebut, terdapat satu tulisan yang dia kenali. Spontan, jantungnya berdegup pantas.

Ini... Tulisan Farhan.

Syuhada kenal tulisan ini. Selaku guru yang pernah mengajar Farhan, mustahil dia akan lupa bentuk tulisan lelaki itu. Syuhada termenung.

Kau ingat Farhan seorang aje yang boleh ada tulisan macam tu? Kau kena ingat, kau hanya nak tubuh Farhan kembali ke tanah. Itu aje, Syuhada! Bukan mengharapkan Aizat itu Farhan! Cukup dengan angan-angan kau! Syuhada hapuskan segala bayangannya.

Surat itu dibaca pantas. Dia bangkit dan meninggalkan surat itu ke atas meja. Dia mencapai dompet kecil dan telefon pintarnya dan diselit ke dalam poket. Tidak perlu rasanya dia bawa tas tangan. Menurut surat itu, dia hanya perlu ke dobi dan pergi ke bahagian restoran yang terletak di bawa. Jadi, tak usah dia bawa barang lain. Cukup telefon bimbit dan dompet.

Gaun labuh itu segera Syuhada telek dari cermin. Gaun pemberian Aizat. Entah bila dia beli, Syuhada tidak pasti. Tahu-tahu saja lepas maghrib, lelaki itu menghulur sebuah kotak. Lihat-lihat saja, rupanya jubah berwarna biru. Warnanya lembut, disiapkan sekali dengan biru yang sedikit gelap. Nampak pandan!

Shawl dibetulkan sedikit. Kaki melangkah keluar bilik. Kad akses bilik dicabut dari suis utama. Laju dia berjalan turun. Malu bilamana ada mata-mata yang pelik melihat dia yang siap berjubah. Tak ubah macam cinderella yang perlu balik sebelum jam 12!

“Mrs. Aizat?” Syuhada segera berpaling. Satu gadis yang bersut formal lengkap tersenyum ke arahnya. Syuhada pegun, terkejut dengan panggilan nama yang diberi. Mrs Aizat? Mat sallehnya!

“Jom, saya bawakan puan.” Syuhada hanya mengekori. Dia pun tidak pasti di mana restoran yang Aizat katakan. Syuhada pandang semula jubahnya. Dengan labuci yang tersusun kemas, mustahil dia tidak dijadikan tumpuan. Rasa malu menebal. Tahu dia bawa sekali jaket sejuk, dapatlah tutup sedikit jubah yang gah ini.

“Silakan puan.”

Gadis itu langsung berhenti. Tangan dihayun ke arah kanan, menjemput tetamunya masuk. Arahan yang dia dapat hanyalah tunjukkan kepada Syuhada tempat restoran hotel ini. Jadi, setakat di sini sahaja tugasnya.

“Saya masuk seorang?” soal Syuhada perlahan. Seram pula dia lihat di bahagian dalam hanyalah gelap. Betul ke budak ni bawa aku?

“Betul puan. Masuk aje. Jangan takut, nanti puan jumpa lampu.”

Walaupun tak yakin, Syuhada corakkan langkah. Perlahan kakinya berjalan. Tangan sudah melekap ke dada, menahan gelora jantung yang berdegup.

Stop.” Langkah Syuhada mati seiring bisikan halus yang bergema. Liur ditelan sekali. Seriau rasanya.

Beberapa saat kemudian, cahaya mula menunjukkan bayang. Lilin-lilin mula bercahaya. Di hadapan matanya terbentang karpet merah yang ditabur bunga mawar yang harum. Lilin pula disusun sepanjang karpet. Matanya mengikut arah cahaya lilin itu bernyala sehingga matamya bertemu dengan sepasang mata karbon. Spontan, Syuhada menjadi gugup. Lama pandangan mata mereka beradu sebelum suara Aizat bergema di ruangan tersebut.

Come, sayang.” Seperti kuasa magis, Syuhada melangkah spontan seperti arahan yang diberi. Kelopak-kelopak yang bertaburan dipijak lembut. Mata masih tidak lepas berlawan dengan Aizat seperti ada magnet yang tidak mahu dua pasang mata itu berpisah. Sedar-sedar, Syuhada sudah berdiri di hadapan Aizat. Segera lelaki itu hadiahkan senyuman.

Tangan kekar lelaki itu naik melekap pada pinggang Syuhada ditarik sebelum dibiarkan dahi mereka bersentuhan seketika. Tanpa melepaskan tautan mata, Aizat merapatkan jurang mereka sehingga tangan Syuhada melekap pada dada bidangnya. Hembusan nafas dapat dirasai jelas. Jemari kiri Aizat merayap naik dan berhenti pada pipi Syuhada. Dielus kulit lembut itu dengan ibu jari kiri.

Inilah wajah yang dia nikahi. Wajah inilah yang akan menjadi peneman hidupnya. Susuk inilah yang akan melahirkan warisnya. Wanita ini jugalah yang kelak menjadi bidadari buat dirinya di akhirat kelak. Selagi mana dia menghirup oksigen bumi, selagi itu dia bersumpah untuk setia.

Pertemuan pertama sudah membuatkan hatinya cukup berdebar. Mendapat wanita ini menjadi isteri, debaran menjadi lain. Lebih tenang dari sebelumnya saat tubuh mula faham mereka sudah halal untuk bersentuhan.

Surprise...” bisik Aizat dengan nada seksinya.

Syuhada jatuhkan anak mata. Bibir tidak dapat menahan senyuman. Beradu mata saja boleh buat jantungnya berdetak hebat, inikan pula suara lelaki itu. Mata tertancap pada batang tubuh Aizat. Seingatnya sebelum Aizat keluar, lelaki itu hanya memakai T-shirt kosong dengan jeans saja tetapi sekarang penampilannya lebih gah. Kemeja dan seluar khahi dipakainya. Nampak ringkas tetapi aura seorang lelaki itu menebal.

“Jom.” Aizat tarik tangan Syuhada lembut ke arah meja bulat. Kerusi ditarik lalu ditolak sebaik Syuhada ingin labuhkan punggung. Sempat dia hadiahkan kucupan di pipi sebelum beralih ke hadapan dan duduk sekali. Serta-merta, lampu terbuka.

Syuhada segera liarkan pandangan. Ada empat orang jejaka yang bersut tuxedo lengkap mula memainkan alat muzik klasik. Terpegun sebentar Syuhada dengan alunan melodi yang dimainkan. Seiring dan saling melengkapi.

“Hey, I'm your husband, not them.
Syuhada ukir senyuman. Dia kembali memandang Aizat. Baru dia sedar lelaki itu turut mengayakan rambut. Nampak kemas dari kebiasaanya. Mesti pakai pomade.

You look beautiful.” Ujar Aizat, memecah suasana kosong antara mereka.

“Gaun yang awak bagi juga.”

It’s not about the dress. It’s about you.” Tersipu-sipu Syuhada menahan malu. Bibir dikemam rapat. Mata sengaja tidak memandang Aizat. Segan!

“Awak nak makan apa? Western or local?”

“Ikut awaklah. Saya boleh aje dua-dua.”

“Okey, local then.” Aizat terus menepuk tangan dua kali. Syuhada jadi berkerut. Laki dia ingaf dia ahli magis ke yang boleh dapatkan sekelip mata?

Spontan, Syuhada gamam melihat pinggan mula terisi dengan nasi putih. Laju dia angkat kepala. Kelihatan tiga orang pelayan mula mengisi mangkuk, pinggan dan gelas mereka yang kosong. Lincah masing-masing membuat tugasan. Hampir lelong mulut Syuhada namun segera dia tingkas.

Your favourite.” Tak berkelip mata Syuhada melihat makanan di hadapannya. Mana lelaki itu tahu dia suka makan tomyam?

“Mana tahu?”

“Telepati mungkin.” Guraunya. Syuhada menceber.

I’m your husband, of course saya tahu.”

“Yelah Mr Husband. Terima kasih. Boleh makan?” soal Syuhada pantas. Tak mahu berbual soal hati. Bertambah gawat jantungnya nanti. Duduk beradapan dengan Aizat saja sudah mampu membuat hatinya berlari, takut sekejap lagi tercabut dari soket aje.

Selesai lelaki itu membaca doa, masing-masing mula menjamah makan malam. Bertambah-tambah Syuhada makan. Lauk tomyam campur yang dihidangkan tepat dengan seleranya. Walaupun sudah berpeluh sedikit wajahnya, keinginan untuk makan bertambah tinggi.

“Macam dah lama tak makan aje.” Pergerakan tangan Syuhada terhenti. Malu pula dia menambah banyak.

“Syah tak makan pedas.”

Aizat mengangguk. Biasalah anak sekecil Syahadat, memang kurang gemarkan pedas.

“Larat pula awak makan pedas-pedas? Saya dah berpeluh kut.” Syuhada angkat wajah. Hampir dia ketawa melihat wajah Aizat sedikit memerah. Bibir sudah menyala manakala napkin banyak kali menyinggah dahi, mengelap peluh.

“Awak tak makan pedas ke?”

Not really. Setakat gitu-gitu, makanlah. Ini lain macam pedasnya!” Syuhada hanya menggaru pelipis. Nak rasa bersalah pun, bukan dia yang oder. Kenapa lelaki tak suruh cef kurangkan cili dalam masakan?

Syuhada menjatuhkan pandangan pada dompet kecilnya. Dibuka zip hujung. Satu gula-gula manis dikeluarkan dan dihulur pada suami.

“Awak ingat Syah ke?” spontan, Syuhada tergelak. Sudah dia agak.

“Bukanlah. Awak makanlah gula-gula ni. Hilangkan pijau lidah tu.” Ilmu itu dia dapat dari sebuah novel. Pada mulanya tak percaya juga tetapi selepas dia cuba sendiri, memang benarlah apa yang dibaca. Terus hilang bahang pedas itu.
Lambat-lambat Aizat mencapai. Terasa seperti kanak-kanak yang dipujuk dengan gula-gula. Kalau ada Syahadat ni, mesti dia digelakkan. Sampul dibuka dan segera dikunyah gula-gula tersebut. Spontan,  wajahnya tegang.

“Betullah.”

Syuhada tersengih. Reaksi Aizat tak ubah seperti reaksi dirinya sewaktu pertama kali dia mencuba.

“Lepas makan kita naik bilikkan?”

“Aik? Tak sabar dah?” Aizat ketawa kecil. Apa isterinya fikir dia hanya bawa makan aje?

“Penat.”

“Awak nak menari dengan saya tak?”

Jeda.

Syuhada terkebil-kebil. Tiada angin, tiada ribut, langsung ajak menari. Dia bukannya reti pun!

“Tak sudi ke?”

“Awak tengah shooting drama mat salleh ke apa?”

Kali ini lebih besar tawa Aizat. “I thought perempuan suka menari?”

“Bukan semua. Saya pun mana reti menari. Reti mengajar adalah.”

“Oh. Nak tanya sikit boleh?” Syuhada kerutkan dahi.

“Boleh ajar saya subjek cinta, cikgu?” serentak itu, Syuhada hadiahkan tendangan dari bawah meja. Dia paling tak suka diusik sebegitu. Cukuplah di sekolah aje dipanggil cikgu, jangan sampai suami pun sama. Pening wo!

“Aduh, ganasnya. Sakit kaki saya.”

“Padan muka. Saya tak sukalah awak panggil saya cikgu.” Syuhada jujur.

“Kenapa?”

“Terus teringat pengetua yang maha garang dekat pejabat sekolah tu.” Terpancul jawapan itu dari dua ulas bibir Syuhada tanpa sedar. Laju dia tekup mulut. Mata sudah membulat. Semudah itu dia mengutuk ketuanya. Apa punya cikgulah kau ni Syuhada?

“Bagitahu dia...” usik Aizat diiringi tawa. Dia faham perasaan bagaimana diarah tanpa belas. Dia juga dulu hanyalah kuli sebelum dinaikkan pangkat.

“Janganlah!”

“Tahu takut. Mengutuk dia tak takut?”

“Tak adalah. Saya tercakap.” Dalih Syuhada. Malunya dia tatkala ini. Kepada pengetua, ampun!

“Okeylah, saya tak usik.” Aizat sembunyi senyum. Takk sangka begini rupanya perwatakan Syuhada. Sudah bersama baru dia faham. Jauh beza dari perspektif dia.

“Sekarang nak menari ke tak?” soal Aizat sekali lagi. Malam tadi gigih dia tonton beribu jenis tarian mudah untuk hari ini. Bolehlah dia tunjuk terer depan Syuhada walaupun dia tak pernah menari. Tak kisahlah, main pakai bedal aje! Bukan ada juri pun.

Syuhada menggeleng. Mata melihat sekeliling ruang restoran. Segan pula andai ada mereka yang melihat. Kalau berdua bolehlah dia terima lagi.

“Kalau macam tu, jom ikut saya.” Aizat segera bangun. Dia berlalu ke sebelah kanan Syuhada. Lengan kiri dihulur supaya Syuhada menyelitkan tangan.

“Perlu ke?”

“Mestilah. Barulah rasa macam pengantin baru.” Mulut Aizat sememangnya tidak habis dengan gurauan. Syuhada tarik senyum. Jemarinya naik memeluk lengan Aizat sebelum bangun dari kerusi. Mereka beringin jalan keluar dari restoran. Mata-mata yang melirik diabaikan. Mereka memboloskan diri ke dalam lif.

“Kita nak balik bilik ke?” soal Syuhada.

“Bilik kita bukan dekat tingkat 25, sayang.” Kepala Syuhada terangguk kecil. Walaupun pelik, dia hanya menanti. Kalau dia tanya, mestilah suaminya tidak akan jawab. Tak habis dengan surprise dia.

“Jom.” Keluar dari lif, Aizat terus membelok ke kanan. Tingkat ini tiada bilik-bilik yang menempatkan tempat tidur sebaliknya, tertera bilik-bilik khas seperti ball room. Ke mana Aizat membawanya?

“Tada!” Syuhada kaku. Mata disajikan dengan pemandangan menarik. Langit malam terbentang luas di hadapannya. Di bahagian kiri terdapat kolam renang yang kecil, untuk pengguna hotel. Tak tahu pula dia di tanah tinggi seperti ini juga disediakan swimming pool. Tak sejuk ke mandi? Sebaik dia sampai di tanah tinggi ini saja dia sudah hendak membeku, inikan pula mandi air sejuk? Silap-silap betul kata Aizat, dia boleh jadi olaf nanti!

“Cantik tak?” Aizat membawa mereka masuk. Ruang ini tiada bumbung, memang sengaja dibuka untuk tatapan orang ramai.

“Mari duduk.” Kedua-duanya labuhkan punggung di bangku. Kepala spontan mendongak. Berkilauan bintang dan satelit yang saling menghantar cahaya ke bumi. Indah, ciptaannya indah. Bersama bulan penuh yang menjadi tunggak utama, malam itu nampak sempurna.

“Antara langit malam, bintang dan bulan, awak nak jadi yang mana?” tanya Aizat.

“Bulan.” Tanpa berfikir dia menjawab.

“Kenapa?”

“Tanpa bulan, malam jadi gelap.”

“Tapi bintang juga hadirkan cahaya.” Sengaja Aizat menguji.

“Jauh. Bulan lebih dekat dengan bumi.”

Aizat senyum. Jemari Syuhada digenggam.

“Kalau saya, saya nak jadi bintang.”

“Awak nak tahu sesuatu? Bintang ni kita tengok memang indah tapi bintang tu dah mati sebenarnya. Dia mati sebelum kita dapat lihat keindahan diri dia yang berkelipan.” Tanpa dipinta Aizat menerangkan. Mata tidak merenung langit, sebaliknya menoleh ke arah isteri. Matanya merenung sepucuk wajah yang mencuri hatinya.

“Walaupun bintang tu dah mati, orang masih puji dia tanpa sedar bintang tu dah pergi.” Tangan Syuhada dielus.

“Bukan ke bintang yang mati akan dilupakan, Aizat? Orang akan mula puji bintang yang baru. Awak suka ke?”
Aizat koyak senyum.

“Suatu hari nanti, saya juga akan pergi. Yang penting, cukuplah orang ingat jasa saya dan doakan. Dunia ini roda, Syuhada. Satu masa kita akan berada di atas dan kadang di bawah. Biarlah saya pergi asalkan jasa dikenang. Seperti bintang, biar pun dia dah mati cahayanya dikenang dari sini.”

Suasana hening seketika.

“Awak memang seuai disamakan dengan bulan.”

“Kenapa?”

“Bulan ibarat cikgu dan langit malam ibarat ribuan pelajar. Tanpa bulan, malam akan kelam. Bantuan bulan akan menampakkan malam lebih indah. Setiap hari, tanpa jemu bulan munculkan diri. Dan bintang-bintang berkelipan tu adalah anak didik bulan yang berjaya melakar kejayaan.”

“Kenapa saya rasa awak terlalu puitis malam ni?” Syuhada sambungkan pandangan mereka. Berdebar-debar hatinya mendengar setiap bait Aizat. Tak pernah dia lihat Aizat seperti ini. Tak tahu pula budak engineer boleh berjiwang tahap sebegini.

Because love, i love you.”

Syuhada tersentap. Terasa menyesal pula dia tanya. Kesudahnya, dia malu sendiri.

I really mean it, Syuhada.” Tangan Aizat naik menyentuh pipi isterinya.

“Biar pun pertemuan kita tidak elok siap bergaduh lagi tapi hati saya ada nama awak. Jantung ini...” Aizat tarik tangan yang digenggam dan dilekapkan pada dada sebelah kiri. “Hanya ada nama awak.”

Mata Syuhada melorot melihat jemarinya yang berdetak mengikut pergerakan pantas jantung Aizat. Jantung mereka bertindak sama pantas. Lidah Syuhada kelu, tidak reti membalas. Dulu sewaktu bersama Farhan, tindakannya hanya diam kerana dia yakin Farhan faham perasaannya. Bilamana bersama Aizat, dia tidak pasti.

“Syuhada.”

“Hmm.”

“Awak ikhlas terima saya?” soal Aizat tiba-tiba.

“Saya dah sah jadi isteri awak, Aizat.” Hairan dia apabila Aizat bertanyakan soalan sebegitu.

“Saya tahu. Saya cuba nak tahu hati awak.”

Syuhada diamkan diri seketika. Hatinya bagaimana? Mampukah menerima Aizat seikhlas hati? Andai suatu hari dia dipertemukan semula dengan jasad Farhan, mampukah dia redha? Mampukah dia halang perasaan rindunya?

“Walaupun saya suka usik awak, boleh janji untuk sayang saya?”

“Saya tak nak jawab. Action speak louder than words, Aizat.” Syuhada larikan tangan. Hatinya yang laju bergerak harus ditenangkan.

“Kalau saya buli awak, awak boleh terima?”

“Macam budak-budak.”

“Budak-budak nilah suami awak, Syuhada. Lagipun, saya lagi muda dari awak.” Aizat mengingatkan kenyataan yang satu itu. Biarlah orang nak mengata dia tiada taste, yang penting nama Syuhada sudah terpahat dalam hatinya.

“Yelah.”

“Cun!”

“A... Aizat!!” Dunia Syuhada terasa kelam. Tahu-tahu sekelilingnya penuh air. Mata mencari Aizat. Tadi sempat lelaki itu tersenyum sumbung dan kini hanya buihan air sahaja yang terlihat. Dada berombak kian kencang.

Situasi ini... Dia... Dia teringat!

Farhan...

Air mata mula terlakar. Laju Syuhada mencari bayang lelaki itu. Tangan menolak air ke tepi, tanpa sedar air mula masuk ke dalam rongga mulut dan hidung sekali gus menyesak dada dengan air. Nafas terasa pendek namun mata masih meliar. Biarpun pedih menjengah, kemahuannya diturut. Di mana Farhan?!

“Syuhada!” Serta-merta Syuhada terasa air terkeluar dari mulut. Hidung kembang kucup menyedut oksigen. Tubuh yang basah tidak dihiraukan. Mata meliar menolak air mencari sesuatu yang pernah dia hilang. Air mata sudah tidak ternampak kerana dibiasi air kolam.

“Syuhada Umairah! Awak kenapa?!” Aizat langsung menangkap bahu Syuhada. Terasa sesak dadanya melihat Syuhada tidak timbul-timbul. Memang niatnya menolak Syuhada masuk ke kolam tetapi kolam yang Syuhada jatuh tidak dalam. Setakat paras pinggang dia sahaja tetapi kenapa isterinya seperti gagal menstabilkan diri? Langsung dia terjun dan menarik keluar isterinya. Risau juga andai Syuhada tidak muncul-muncul.

“Farhan, awak dekat mana?” Bebola mata bergerak ke kiri dan kanan mencari satu susuk yang dia pinta untuk hadir.

“Syuhada...” Suara Aizat berubah. Sungguh, dia terkejut dengan nama yang disebut isterinya. Kenapa Syuhada mencari Farhan?

Secara tiba-tiba, lehernya dipeluk erat.

“Farhan... Saya minta maaf. Kalau saya tahu saya takkan biar awak seorang diri. Kalau saya tahu, saya call awak petang tu. Kalau saya sedar Cikgu Firdaus suka saya, dah lama saya elakkan diri daripada dia. Saya rindu awak, Farhan. Saya minta maaf sangat-sangat.” Segala isi hatinya dihamburkan pada dada Aizat.

Tangisannya menjadi-jadi. Tubuh tegap itu dipeluk tidak mahu lepas. Melepaskannya ibarat menderhaka cinta mereka.

“Syuhada, ini saya Aizat. Bukan Farhan.” Tangan halus Syuhada yang melingkari lehernya ditarik lembit dan digenggam dengan sebelah tangan. Sebelah tangan melekap pada punggung Syuhada dan ditarik ke atas.. Kaki wanita itu sudah naik ke atas tubuhnya. Kalau tidak dia menampung, alamatnya jatuh ke dalam airlah mereka berdua.

Syuhada terdiam bersama esakan. Matanya kaku merenung wajah Aizat. Tangan yang digenggam ditarik lepas dan disentuh wajah Aizat. Perasan akan jambang halus yang Aizat kekalkan pada wajahnya, Syuhada tersedar. Laju anak mata melilau kiri dan kanan.
Kosong. Bayangan tadi menghilang.

Syuhada jatuhkan kaki. Tangan menolak jemari Aizat yang berada dengan punggungnya. Tak selesa rasanya walaupun mereka sudah halal.

“Awak kenapa?” soal Aizat berhati-hati.
Syuhada menggeleng. Tidak sanggup dia ceritakan. Biarlah dia saja yang pendam perasaan ini.

“Saya minta maaf. Saya tak tahu pula awak hydrophobia.” Ujarnya kesal. Melihat Syuhada seperti pendek nafas, berbakul-bakul perasaan serba salahnya.

“Saya nak balik bilik.” Syuhada laju mencorak langkah keluar dari kolam. Habis lencun gaun yang dipakainya. Melekap pada tubuh. Segera Syuhada betulkan tudung supaya menutup dadanya tetapi sedikit hampa apabila tudung itu tidak memberi kerjasama.

“Nah.” Aizat menghulur tuala. Syuhada sambut tanpa suara. Wajah disapu dahulu sebelum diselubungkan tubuh dengan sehelai tuala.

“Eh, nak pergi mana tu?” Aizat pantas menangkap lengan Syuhada.

“Nak balik bilik.”

“Dengan pakaian macam ni?”

Syuhada diam. Bukannya dia bawa baju, memang terpaksalah tebalkan muka naik lif.

“Saya bawa baju pasahan. Salinlah dalam bilik mandi tu. Saya tunggu.” Satu beg kain dihulur pada Syuhada. Syuhada capai dan langsung masuk ke dalam bilik mandi. Dikunci pintu sebelum disandarkan dahi pada dinding pintu. Mata terpejam bersama bibir yang dikemam.

Perlahan-lahan, air mata mengalir turun. Menggigil tubuhnya menahan dari mengeluarkan esakan. Tubuh terhinjut-hinjut. Tangan mencengkam baju yang diberi ke dada. Tangan kiri melekap pada pintu.

Farhan...

Nama itu meniti lagi di dalam hatinya. Berilah dia masa bertahun lama, sebaris nama itu takkan pernah hilang dalam hati. Biarpun kejadian itu telah berlalu tujuh tahun yang lepas, terasa seperti baru semalam dia kehilangan Farhan. Kerana itu dia terpinga-pinga apabila melihat Aizat.

Sumpah, dia tak berniat melupakan Aizat yang telah menjadi suaminya tetapi hatinya bertindak sendirian. Nama lain yang terpancul dari bibir. Bersama-sama dengan kejadian yang hampir mirip, memori tujuh tahun lepas kembali menerjah. Sakitnya rasa, hanya dia yang tanggung. Tujuh tahun dipendam sendirian. Tujuh tahun menahan perasaan, hari ini dia kembali jatuh. Dia belum cukup kuat.

“Syuhada? Awak okey tak dekat dalam? Saya tak dengar bunyi air pun. Baik awak mandi dengan air paip tu sebab air kolam tu air klorin, tak elok kalau awak terus pakai baju.”

Ketukan di sebelah sana menyentak Syuhada. Wanita itu sayu. Entah bagaimana perasaan lelaki itu tatkala dia menyebut nama bekas suaminya? Marahkah? Sedih? Dia tidak pasti tetapi dia yakin lelaki itu terasa. Menyebut nama lelaki lain di hadapan suami sendiri, lelaki mana yang suka?

“Syuhada?”

Syuhada letakkan baju di penyakut sebelum pili dibuka. Untuk bersuara, dia tidak mampu. Seperkara lagi, Aizat akan perasan suaranya pecah. Cukuplah dia buat lelaki itu risau.

Syuhada majukan kaki dan membiarkan tubuh dibasahi air paip. Bersama bunyi pancuran, Syuhada lepaskan tangisan kerinduan.

Continue Reading

You'll Also Like

376K 14.8K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
623K 23.3K 49
Nina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 I...
288K 11.5K 61
[COMPLETED ] A piece from the Caramel Series. But can be read as a stand alone. βˆ†βˆ†βˆ† Natelia Aisyah tak mampu nak duduk diam. Terpaksa buat sesuatu ta...
1.2M 35.6K 59
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina ke...