Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.3K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 26

427 24 3
By EiSeoya

SEKAWAN burung bangau berterbangan di langit biru menghiasi pemandangan. Awan putih berarak perlahan secara selari. Kicauan burung menghasilkan melodi yang tenang. Indah sekali ciptaan Allah, seperti pengubat diri yang penat dengan duniawi.

Nawwar diajak Emara lepak santai di Taman Natural. Memandangkan dia sudah discharge semalam, lega juga dapat hirup udara nyaman.

"Awak... Nak tengok something tak?" soal Emara. Dia teruja ingin tayang sesuatu kepadanya.

"Hm... Apa dia?" jawab Nawwar bersuara datar.

"Sini."

Baju jersi biru gelap ditarik Emara. Tangan umpama pelesit. Mujur jari runcingnya tidak cubit manja pada perut Nawwar. Kut lah mengidam nak usap enam roti dia lepas kena exposed dalam pejabat Tuan Zachary.

"Duduklah. Saya nak awak pejam mata. No peeking, okay?" Mereka dua serentak tiba di tepi tasik. Feeling romantic gitu.

"What If I try to do so?"

"Ih! Merajuk lah! Taknak kawan!" Emara mencebik. Bukan surprise kalau curi-curi tengok.

"Yelah. Saya pejam sekarang tau. Hei, tengok lah." Nawwar angkat tangan macam tadah doa. Tunggu isyarat dari buah hatinya.

Emara sekadar angguk. Seluruh wajah Nawwar ditekup tangannya. Berdebar-debar ingin tahu apa plan diatur gadis ini.

"Hulur tangan sebelah."

Nawwar turuti arahannya. Satu objek kecil mendarat pada telapak tangannya. Ringan.

"Buka mata. Tengoklah. Harap awak suka." Emara melentokkan kepalanya pada kedua-dua lutut yang dilipat ke dada.

Matanya dicelik. Tergamam. Kotak kecil berwarna hitam nampak premium. Dibelek-belek sebelum dibuka isi dalamnya.

Sebentuk cincin perak dengan sesuatu terukir padanya.

Lovely Iris.

"When did you make this?" Cincin itu diambil dari sarangnya. Disarungkan terus ke jari manisnya. Terpampang jelas gelaran 'Lovely Iris'.

"Saya buat masa awak masih dekat wad. Saya nak awak selalu ingat nama saya setiap masa. Saya nak orang tahu awak milik saya. Saya nak semua orang tahu awak dah berpunya. Saya nak awak, Nawwar Inas!" Panjang lebar hujah Emara.

Nawwar tidak menunjukkan sebarang reaksi. Neutral saja.

"You don't like it?" nada suara Emara berubah rendah.

Lama Nawwar tenung cincin perak itu. Gadis mana sanggup buat first move dekat dia? Gadis mana sanggup tunjuk effort dekat dia? Gadis mana sanggup terima kekurangan dia sebagai Cursed Child?

She's the one. Emara Iris is the chosen one.

"I love it..." Senyuman nipis diberi Nawwar. Terharu. Tersentuh hatinya.

Dia takkan biarkan Emara jatuh di tangan lelaki lain.

"So I'm yours and you're mine. Isn't?"

"Forever." Menyempat Emara bagi wink dekat Nawwar.

Blush! Blush! Nawwar gagal menahan rasa malunya lagi. Pipi merona merah. Dia menunduk. Rambut ikal mayangnya menutup separuh wajahnya. Rasa nak terjun dalam tasik, alang-alang sebelah je.

"Comel tengok awak malu," puji Emara. Geram.

Terhambur jua tawa Nawwar yang ditahan. Malu tak boleh bawa bincang. Naik bulu roma tegak. Balik bilik confirm tidur awal sebab status single tukar jadi taken.

Daripada kau yang tengah baca ni. Berkurun lama status single. Bila nak tukar?

"Jom kita main satu game!" ajak Emara. Terus bangun dari posisi duduk. Mengibas kain seluar yang melekat sisa kotoran.

"Game? Buat apa?"

Emara senyum senget. "Kejar-kejar. Saya cabar awak kejar hati saya. Asyik saya je kejar awak punya."

Emara pecut laju menuju ke pintu masuk akademi. Belum sempat Nawwar bangun dah kena tinggal. Bertuah punya Iris. Sekurangnya bukan kena tinggal sebab lelaki lain.

"Cepatlah... Lambat awak ni!" seru Emara dari jauh. Melambai-lambai tangan panggil Nawwar terhegeh-hegeh kejar dia.

"Yelah. Lari dulu sebelum saya dapat awak!" Dalam sesaat Nawwar pecut ke arahnya. Emara terlalu jauh ke hadapan. Nawwar mula rasa lelah.

"Emara..." sedaya upaya Nawwar serunya walaupun suara tidak kuat mana.

Dia tumpas. Nawwar bersandar di dinding. Terduduk layan nafas terengah-engah. Lupa pula baru keluar malam semalam. Jantungnya masih belum diadaptasi semula.

Nawwar mengatur nafasnya berat. Tercungap-cungap mencari nafasnya yang hilang.

"Nawwar? Awak okey ke?" Jejaka itu dihampiri Emara. Melutut terus depannya. Gelisah. Nawwar hanya mengangguk.

"Maafkan saya. Saya lupa awak baru nak sembuh. Hm." Kesal Emara dibuatnya. Tak jadi main kejar cinta hati.

"Gotcha..." Bahu kecil gadis itu ditunjal Nawwar. Emara blur.

"Saya dah dapat hati awak..."

Serentak mereka dua tergelak. Menyempat gurau waktu nyawa separuh hilang. Mahu tak Emara mengacah tampar dia, ada je akal nak mengusik orang.

"Nak pergi tak bilik anugerah tokoh terbaik?" soal Nawwar.

"Buat apa?"

Nawwar senyum senget. Dia bangun, Emara turut bangun. Bilik anugerah itu menyimpan sejarah lama di akademi ini. Termasuk pejuang yang pernah memberikan sumbangan sebelum ini.

"Follow me, lovely Iris."

Dua pasangan itu berlalu pergi menuju ke bilik sana. Tingkat dua bersebelahan perpustakaan. Dalam diam, mereka diperhatikan oleh seseorang dari jauh.

"Nawwar Inas... I'm waiting for you..." bisik seseorang yang tidak dikenali identiti itu.



BILIK anugerah tokoh terbaik. Tersimpan banyak penghargaan kepada mereka yang sanggup mengorbankan nyawa demi maruah akademi. Ada juga persara akademi sini seperti Encik Azman.

Terpesona. Warna perak gabungan putih menampakkan bilik ini lebih luas. Terpapar semua biodata ahli lama di akademi ini. Emara tekun membaca satu per satu biodata mereka.

Tubuh gadis itu berpusing ke belakang. Mencari kelibat Nawwar senyap sedari tadi. Jejaka itu memeluk tubuhnya. Asyik termenung pada satu tokoh yang menarik tumpuannya.

"Puan... Mawwar?" gumam Emara. Kedua-dua tangannya jatuh, berpaut antara satu sama lain.

Manis ayu wajah arwah Puan Mawwar. Mistress Frost. Kehandalan dalam menggunakan lembing seperti Nawwar. Berupaya mengawal elemen mengikut gaya lawannya. Banyak anugerah telah dia terima selama dia hidup.

"Best Mistress Of The Year. Best Collector Of The Year. Best Student In Frost. Best Valedictorian Woman. Best Performance Per Semester. Wow..." Anugerah arwah Puan Mawwar bukan calang-calang. Mulut Emara ternganga sedikit.

"Hebatnya ibu awak. Mesti awak nak jadi macam dia." Wajah jejaka tiada perasaan itu dipandang.

"I do. But I can't," keluh Nawwar kesal. Menunduk sayu memandang lantai.

"Why?" Suara Emara seakan memujuk. Kut lah ada drama air mata lagi.

Tubuh kekar itu berpusing menghadap Emara. Bersedakap dada. Gambar arwah Puan Mawwar dijeling dari ekor mata.

"I'm not as strong as her. I may have her genetics but not her ability..." Nawwar mengeluh berat.

"Saya rasa... Saya belum cerita lagi sebelum terjadi kes lapan tahun lepas. Kan?" Mata amber itu ditatap dalam oleh Nawwar. Gadis itu langsung menggeleng.

Emara bersedia memasang telinga menghayati kisah silam Nawwar Inas.



Lapan tahun lalu...

"Puan Mawwar! Ada malapetaka terjadi dekat bandar Afwah! Kami perlukan bantuan puan dengan segera!" Talian di gagang telefon dimatikan. Puan Mawwar berlari keluar dari pejabatnya. Pintu pejabat Tuan Asnawi ditolak kasar.

"Abang! Dia orang perlukan sayang pergi dekat Afwah sekarang!"

Hampir tersedak kopi diminum Tuan Asnawi. Tetiba kena terjah masuk. Salam tidak, ketuk pun tidak. Lepas itu terjerit macam hilang anak.

"Sabar sayang, bertenang. Kenapa ni?" Tuan Asnawi menenangkan isterinya yang berjalan kehulu-kehilir. Banyak benda bermain di minda fikirannya.

"I-I have to go there. Now." Resah Puan Mawwar teringatkan panggilan kecemasan tadi.

"Bahaya, sayang. Biar abang-" ayat Tuan Asnawi dipintas anaknya yang muncul depan muka pintu.

"Ibu dan ayah gaduh ke?" Nawwar menjenguk ke dalam bersama Ammara di sisi. Laungan suara boleh didengar dari luar. Lantang.

"Tak. Ibu dapat panggilan kecemasan dari pihak atasan. Bandar Afwah kena serang habis-habis. Ramai nyawa terkorban," balas Puan Mawwar ringkas.

"Ibu kena pergi ke?" soal Ammara.

Puan Mawwar angguk laju. Wajah suaminya dipandang. "I'm going to be fine. Please watch out for our kids."

"Nawwar nak ikut!" Jejaka kecil itu mengangkat tangannya tinggi. Sukarela ikut Puan Mawwar bertarung sama di Afwah.

"Adik nak ikut juga!" Ammara sememangnya akan ikut Nawwar kemana saja dia pergi. Macam parasit.

"Adik, bahaya lah. Tak boleh," pujuk Nawwar lembut. Adiknya baru umur dua belas tahun. Berbadan mungil. Baru saja daftar masuk akademi tahun lepas. Sudah pasti kemahiran dia belum diasah kuat.

"Nak ikut abang Nawwar... nak teman ibu. Boleh la boleh la..." Wajah cemberut Ammara membuatkan hati Puan Mawwar rasa bersalah.

"Sayang... Betul ke awak nak pergi ni? Ammara kecil lagi, lainlah Nawwar dah empat belas umurnya." Tuan Asnawi masih was-was mahu lepaskan dua anaknya mengikut isterinya pergi.

Pipi suaminya dikucup terus. Jari runcingnya mengelus rambut Tuan Asnawi. "Tak apalah, abang. Nawwar ada. Boleh pantaukan Ammara."

"Are you... Sure?" Tuan Asnawi bertanya lagi.

"Trust me..." Tubuh sasa itu dipeluk erat Puan Mawwar. Lama. Serasa hari ini hari terakhir dia dapat peluk dan cium suaminya.

"Jaga diri baik-baik, sayang. Abang percayakan sayang. Kamu, Nawwar jangan leka sangat. Jaga Ammara," pesan Tuan Asnawi seraya menyendeng punggungnya di meja.

"Okay captain! At your service!" Nawwar tabik hormat macam ala-ala komander. Tergelak kecil Ammara melihat kerenah abangnya. Setiap hari kalau tak buat lawak tak sah.

Dua tubuh mungil itu berlari keluar mendapatkan senjata masing-masing. Tuan Asnawi dan Puan Mawwar saling bertatapan. Tangan suaminya dicapai lalu dikucup seikhlasnya.

"Terima kasih, abang," ucap Puan Mawwar. Pipi suaminya dicium buat kali terakhir. Dia berjalan keluar dari pejabat Tuan Asnawi. Terburu-buru.

Firasatnya rasa tidak enak. Membiarkan anak bongsunya mengikut Nawwar bukan idea yang bagus. Mujur Tuan Zachary sudah menunggu di Afwah terlebih dahulu.

"Zach... Pastikan isteri aku pulang bersama anak-anakku..." Tuan Asnawi gumam sendirian.



ㅤㅤ



ㅤㅤ




ㅤㅤ



ㅤㅤ

Continue Reading

You'll Also Like

5.8K 559 11
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
455K 1.1K 17
Mula mula
17.5K 1.7K 40
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
47.9K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...