DIA

بواسطة ianvasqz

12.2K 661 42

Dia. Satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku. Aku? Seketul Afreen Humaira. Gadis ceria dan periang... المزيد

intro
prolog
DIA #1
DIA #2
DIA #3
DIA #4
DIA #5
DIA #6
DIA #7
DIA #8
DIA #9
DIA #10
DIA #11
DIA #12
DIA #13
DIA #14
DIA #15
DIA #16
DIA #17
DIA #18
DIA #19
DIA #20
DIA #21
DIA #22
DIA #23
DIA #24
DIA #25
DIA #26 - final.
appreciation.

DIA - special chapter.

348 19 1
بواسطة ianvasqz

Aku melangkah dengan teruja masuk ke dalam hotel lima bintang yang ditempah oleh Nadeem. Tanganku erat menggenggam tangan kasar Nadeem. Selama aku berkahwin dengan dia, aku tidak pernah tahu yang bapanya memiliki sebuah hotel lima bintang.

"Saya pergi ambil kunci bilik dulu ya?" Aku membiarkan Nadeem pergi ke kaunter check-in. Deria penglihatanku disaji dengan hiasan indah dan mewah hotel ini. Ini baru lobby, belum bilik hotelnya lagi.

"Mama! Besarnya tempat ni!" laung anakku, Naeem Azraqi gembira. Sedari tadi dialah orang yang paling teruja. Seronok dia berlari sekeliling kawasan lobby ini. Naqash Aydin, abang kembar Naeem hanya duduk di sebelahku. Diam.

Naqash Aydin bin Nadeem Qawi.
Naeem Azraqi bin Nadeem Qawi.

"Okay, let's go. Atuk sponsored us the most expensive room here." Aku menekup mulut. Teruja. Sungguh bertuah aku dapat keluarga mentua yang baik dan penyayang.

"Papa, I want pimming pool!" ujar Naeem sambil melompat kecil.

"Okay sayang. Let's go to our room first." Nadeem berjalan bersama Naqash manakala aku berjalan bersama Naeem. Buat kali yang entah ke berapa, rahangku terjatuh setelah melihat bilik hotel kami.

"Cantiknya bilik ni!" ucapku sambil mulut melopong. Cat bilik yang berwarna emas dan putih menambahkan lagi kemewahan bilik ini. Masuk saja ke dalam bilik, mata kami disajikan dengan ruang tamu yang luas dan dapur di sebelahnya. Terdapat dua buah bilik tidur juga di dalam bilik ini.

"Aydin dan Iqi, tidur dalam bilik ni okay?" Nadeem menunjukkan sebuah bilik yang mempunyai sebuah katil bersaiz Queen kepada si kembar itu. Naqash mengangguk faham manakala mulut Naeem sudah memuncung. Selaku adik, dialah yang selalu menjadi tukang kacau waktu romantik aku dan Nadeem. Sabar jelah!

"Iqi nak tidur dengan mama..." Naeem memeluk kaki Nadeem. Mata bulatnya sudah berlinangan air mata.

"Bagilah masa papa dating dengan mama. Can I?" Nadeem tundukkan badan bagi menyamai ketinggian mereka. Rambut pendek Naeem dibelai lembut penuh kasih sayang.

Aku geleng kepala melihat perangai si kecil Naeem. Naqash pula hanya diam. Walaupun baru berumur tiga tahun, tetapi dia lebih matang dan memahami.

"Yelah. Tapi, Iqi tak janji..." Iqi menunduk. Tubuh dihempaskan atas sofa. Tangan memeluk tubuh manakala mata melempar pandang ke arah lain. Mula lah nak merajuk budak kecik ni.

Nadeem mencapai satu remote control. Satu punat pada remote itu ditekan lalu langsir yang menutupi pintu gelangsar terbuka sendiri. Jelas menunjukkan sebuah kolam renang bersaiz sederhana di sebalik pintu gelangsar itu.

"Wahhhh!" ujar Naqash.

"Aydin mandi dengan papa jelah. Biar je Iqi merajuk kat situ." Nadeem meletakkan tangan ke atas bahu Naqash. Sengaja mahu mengusik si cengeng Naeem itu.

Naeem toleh kepala. Dia terus melompat gembira setelah melihat kolam renang pujaan hati. Wajah yang muram sekelip mata bertukar ceria. Terus hilang rasa merajuknya.

"Wahhhh! Okay okay! Iqi tak merajuk dah." Naeem terus memeluk tubuh Nadeem. Nadeem pula mengenyitkan sebelah mata kepadaku tanda misi memujuk berjaya. Aku sengih. Ada-ada jelah perangai anak beranak ini.

"Papa! Jom lah mandi!"

"Jommm!!"


























Ting!

Roti bakar yang sudah siap, aku letak atas pinggan. Kakiku mula melangkah ke bahagian luar lalu meletakkan pinggan itu atas satu meja kecil. Aku tersenyum manis melihat Nadeem sedang bermandi-manda dengan seronok bersama sepasang kembar seiras itu.

Naqash yang mempunyai iris mata hazel seperti bapanya sedang mandi di dalam kolam kanak-kanak manakala Nadeem membawa Naeem mandi di kolam dewasa. Kolam ini memang tersedia khas untuk bilik termahal di hotel ini.

Naeem yang mula merengek kerana disakat oleh Nadeem diletak semula ke kolam kanak-kanak. Nadeem mula berenang jauh dari kolam kanak-kanak itu. Air kolam yang mengalir pada badan tegap Nadeem menambahkan lagi kekacakannya. Nadeem meraup rambut yang jatuh kebelakang. Sepasang mata hazel itu lalu menikam anak mata aku.

"Come here, penguin." ajak Nadeem tapi aku menolak. Dah la aku lupa nak bawak baju yang sesuai untuk mandi-manda. Terlalu sibuk menyiapkan pakaian si kembar dan suami sampai terlupa baju sendiri. Hehe!

"Jom lah mandi sini, penguin." ajak Nadeem lagi. Masih tidak berputus asa.

"Tak apalah. Awak mandi lah dengan diorang. Saya tukang tengok je." Nadeem menayang senyuman penuh makna. Dia mula berbisik dengan Naeem dan Naqash. Habis berbisik, mereka bertiga serentak memandang wajahku. Oh..oh...

Am I in danger right now?

Naqash dan Naeem berlari ke arahku. Tangan kananku ditarik oleh Naeem manakala Naqash menarik tangan kiriku. Mereka menarikku sehingga sampai tepat di tepi kolam renang. Gosh!

Nadeem melakukan tugasnya pula iaitu menarik kedua belah kakiku sehingga akhirnya aku terjatuh ke dalam kolam itu. Dalam sekelip mata, aku jatuh ke dalam dukungan Nadeem. Aku memukul dada bidangnya. Geram!

"Nadeem!" marahku. Habis bajuku sudah basah lencun. Aku menjeling Nadeem tajam. Dia pula hanya tayang muka selamba. Dah la kaki aku tak sampai nak jejak lantai kolam ini. Almaklumlah, aku kan kekurangan tinggi. Bukan pendek ya! Kurang tinggi sikit je.

"Yey!" Naqash dan Naeem bersorak gembira kerana dapat mengenakan aku. Siap lah korang! Mama tak masak dua hari dua malam baru tahu. Hmph!

Nadeem meletakkan aku di belakang badannya lalu berenang di dalam kolam itu.

"Nadeem! Jangan lah!" Aku pukul belakang badan Nadeem dengan tangan kecilku. Walaupun aku tahu, pukulan aku tak ada kesan pun dekat badan dia.

"Why penguin?" Nadeem dudukkan aku di sisi kolam.

"Nanti saya jatuh lah! Dah la kolam ni dalam!" bebelku. Nadeem hanya merenung anak mata aku tanpa berkelip sementara aku membebel bagai nak rak.

"Nadeem! Dengar tak saya cakap ni?" soal aku geram. Boleh pula dia tenung aku macam tu. Dia ingat aku tengah buat persembahan pidato ke apa?

"Yes, penguin. Saya dengar." ujar Nadeem. Rambutku yang terjuntai ke bawah dia selitkan ke belakang telingaku. Pipiku dia cubit kuat.

"Auch! Sakitlah!" Aku mengaduh. Nadeem sengih.

"You know what, penguin..." Jari Nadeem menyentuh dahiku hingga jatuh ke pipi. Angin kencang yang meniup tubuhku membuatkan aku membeku di situ.

"...you look so cute when you're angry..." Tangan kanan Nadeem mencengkam dagu aku lembut mendorong anak mataku bertembung dengan mata hazel itu.

"... and I love that so much." Nadeem mengucup pipiku, sekali gus buat aku berubah menjadi tomato di situ. Aku menunduk malu. Dasar Nadeem si sweet talker!

"And one more thing, I will not let you fall unless I want to." Nadeem pantas menarik tubuhku membuatkan muka aku pucat. Belakang tubuh Nadeem aku peluk dengan erat.

"Nadeem!!!"

"HAHAHAHAHAH!"





























"Humaira." tegur Nadeem. Pintu bilik ditutup rapat supaya si kembar itu tidak mengganggu waktu romantis kami berdua. Nadeem menghampiri aku yang sedang termenung di beranda luar bilik hotel ini. Cahaya bulan menemani kami berdua.

"Aydin dan Iqi dah tidur ke?" soal aku.

"Belum. Diorang tengah tengok Upin Ipin." balas Nadeem. Nadeem menatap wajah jelita aku. Aku juga turut menatap wajah kacak Nadeem. Kami menatap sesama sendiri selama dua puluh saat.

"Memang nak tenung muka saya sampai esok ke, platypus?" soal aku mengundang tawa kecil Nadeem.

"You're beautiful, Afreen Humaira." Aku toleh tempat lain. Nak cover pipi yang sudah memerah kejap.

"Saya tahu. Kalau tak, macam mana awak boleh jatuh cinta dengan saya. Kan?" soal aku. Nadeem sengih.

"Maybe... not only your beautiful face, sayang. Your smile, your personality, your clever brain, your stubborness and everything about you, Afreen Humaira." Nadeem dan aku saling berhadapan antara satu sama lain. Kepala didongakkan agar dapat bertentang mata dengan jejaka itu.

"I'm so sorry sebab lately ni saya busy. Sampai saya tak ada masa nak luangkan dengan awak dan anak-anak. I'm so sorry okay, penguin?" Nadeem tayang muka simpati. Aku tahan bibir dari mengoyakkan senyuman. Nadeem nampak comel betul bila dia minta maaf.

Suami siapa lah ni? Suami aku lah tu. Ehek!

"It's okay, platypus. Saya faham." Aku membelai rambut coklat beralunnya. Bibir Nadeem tersenyum nipis. Dahiku dia kucup penuh kasih.

"Happy anniversary, Afreen Humaira. Terima kasih sebab sudi jadi bidadari dunia dan bidadari akhirat saya." Empangan air mata mula terbentuk. Tidak sangka suamiku boleh ingat tarikh-tarikh sebegini.

"Happy anniversary too, Nadeem Qawi! Saya sayang awak sangat-sangat!" Aku peluk tubuh itu erat seperti tidak mahu lepas. Pada waktu ini, saat ini, aku rasa sangat bahagia. Berada di dalam pelukan hangat seorang jejaka yang bakal setia dengan aku hingga hujung hayat kami.

"I love you too, my sweet little angel. And the one who complete half of my soul. My love for you is so much that it can't be expressed in words, Afreen Humaira." ujar Nadeem membuatkan air mataku mengalir deras. Sungguh aku terharu dengan kata-katanya.

Nadeem leraikan pelukan kami. Dahiku dia kucup lagi. Tapi, kali ini lebih lama berbanding tadi.

"As usual, I'll be the one to wipe away your tears." Nadeem tundukkan sedikit badannya. Air mata aku dia lap menggunakan sapu tangannya.

"If I die first, who will wipe your tears, sayang?" Aku tatap wajah itu. Sejujurnya, aku tak suka dia cakap benda-benda begitu.

"Kalau macam tu, jangan lah mati dulu." Aku peluk tubuh itu erat. Aku sembamkan wajahku pada dada bidang Nadeem.

"Saya cuma pinjaman dari Allah, Afreen. Saya tak mampu nak halang ajal saya." balas Nadeem.

"Jangan lah cakap macam ni! Saya takut lah!" Tangisan aku semakin kuat. Nadeem membalas pelukan aku. Dia mengelap air mata aku lagi sehingga tiada yang tersisa.

"I love you so much, my sweet little angel. Walaupun saya tak ada kat dunia ni..." jari telunjuk Nadeem tunjuk ke arah hatiku.

"I will stay in your heart..." jari itu ditunjukkan ke kepalaku pula.

".... and your memory forever, Afreen Humaira." Nadeem senyum nipis.

Dia.

Tiada yang mampu menghalang aku dari terus mencintai dia hingga akhir hayatku.

"Mama! Papa!" Naqash dan Naeem menyerbu masuk ke dalam bilik aku.

"Look. Our little juniors dah sampai!" Sepasang kembar itu memeluk tubuhku dan Nadeem erat.

"Kitorang nak tidur dengan papa mama!" ujar Naeem dan Naqash serentak. Aku dan Nadeem hela nafas pasrah.

"Okay! Let's go to bed, Afreen Nadeem juniors!"

"Let's go!!!"

Terima kasih atas nikmat yang tidak terhingga ini ya Allah.

Kau peliharalah keluarga kami ya Allah.

I love you, DIA.





























special chapter done!

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

17.2K 193 16
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
663K 24.4K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
554K 23.9K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
17K 2K 86
Something that you might relate to.