DIA

By ianvasqz

12.1K 661 42

Dia. Satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku. Aku? Seketul Afreen Humaira. Gadis ceria dan periang... More

intro
prolog
DIA #1
DIA #2
DIA #3
DIA #4
DIA #5
DIA #6
DIA #7
DIA #8
DIA #9
DIA #10
DIA #11
DIA #12
DIA #13
DIA #14
DIA #15
DIA #16
DIA #17
DIA #18
DIA #19
DIA #20
DIA #21
DIA #22
DIA #23
DIA #24
DIA #26 - final.
DIA - special chapter.
appreciation.

DIA #25

312 17 1
By ianvasqz

"Explain, Nadeem!" Nada suaraku naik satu oktaf. Nafasku turun naik menahan amarah yang kian membara. Nadeem hanya berdiri tegak. Langsung tidak ada tanda-tanda untuk dia menerangkan apa yang terjadi.

"Awak D, kan? Haha." Aku ketawa. Hambar. Terhibur dengan diri sendiri.

"Saya jatuh cinta dengan D. Dan yang paling bodoh sekali D tu ialah awak, Nadeem. I fell in love with the same person twice. Twice, Nadeem. Kenapa awak tak cakap dekat saya waktu kita dekat kedai makan tu dulu? Awak boleh ketawa lagi bila saya kata saya jatuh cinta dengan awak, D!" Aku tatap wajah itu dengan pandangan tajam.

Betapa bodohnya aku. Jatuh cinta dengan orang yang sama dua kali. Aku dah kena guna-guna ke apa?

"Afreen—"

"Enough, Nadeem. Bagi saya masa untuk bersendiri." Aku berlalu keluar dari bilik itu. Nadeem membiarkan aku keluar. Langsung tidak menghalang.

Tok! Tok!

"Afreen Humaira..... merajuk dengan saya lagi ke?" soal Nadeem. Aku buat tidak layan. Rasa sakit hati masih ada di dalam dada.

Klik!

Tombol pintu itu terbuka. Nadeem melangkah mendekati aku. Aku langsung tidak menoleh atau berpaling. Mesti dia guna kunci pendua untuk buka pintu tadi.

Nadeem mengerling jam tangannya lalu turut memandang pokok bunga kertas yang aku sedang tenung. Sibuk je!

"Dah masuk tiga jam lima puluh minit dua puluh tujuh saat awak merajuk. Tak lapar ke?" soal Nadeem.

"Tak." balasku ringkas. Ini bukan merajuk tahap biasa-biasa tau. Ini tahap luar biasa punya.

"Humaira, saya mintak maaf sebab tak bagitahu awak awal-awal. Saya yang salah. Saya mintak maaf okay?" Nadeem tatap wajahku yang cemberut.

"Hmm." balasku.

"Now, macam mana saya nak terangkan kat awak kalau awak tak nak tengok muka saya?"

"Orang cakap guna mulut. Tak perlu nak tengok muka orang tu pun." balasku dingin. Nadeem hela nafas berat.

"Afreen Humaira....." Aku mengalah. Perlahan-lahan aku palingkan kepala untuk pandang wajah kacak suamiku itu. Rasa gerun pulak bila dia panggil nama penuh aku.

"Good girl." Dahiku dia kucup.

"Hish! Ambil kesempatan lah tu!" Aku memeluk tubuh. Nadeem sengih. Tangan kanannya mengangkat sedikit kepalaku agar mata kami bertembung.

"I'm D. An artist. Bukan artis yang menyanyi tu, ini yang melukis. Saya ingatkan nak beritahu awak bila awak dah sedia, tapi awak dah tahu dulu. Nak buat macam mana? Benda dah jadi." ujar Nadeem.

"Kenapa jadi artist? Bukan ke cita-cita awak nak jadi doktor?"

"Artist is my ambition since I was seven. Tapi lepas Nadia meninggal, saya dah tak nak jadi artist. Cause I lost my support system." Nadeem meletakkan kedua belah tangannya atas penghadang.

"Saya pernah cakap dekat awak yang saya pergi US kan?" Aku mengangguk.

"Itu sebab saya sambung belajar kat sana. And, saya start terkenal dekat sana. Semua jadi dalam sekelip mata, Afreen. Saya dapat kerja sana sini. Tapi, awak tahukan yang saya jenis low-profile. Since then, saya buat keputusan untuk jadi misteri. No one knows my face except you, my family, your family and my assistant."

"Bukan seronok ke jadi terkenal? Ramai orang kenal awak." soal aku masih bingung.

"Realiti tak seindah dalam drama, Afreen. Ada je orang yang dengki dengan pencapaian saya. Mereka boleh hantar santau kat saya. Kita mana tahu. Hati orang kita tak tahu macam mana. So, itupun atas faktor keselamatan saya jugak." terang Nadeem lagi. Bijak jugak suami aku nih.

"Kenapa pilih nama D? Kenapa bukan Davin ke? Dora ke?" Nadeem ketawa kecil.

"I don't know. Tak sedap ke nama D tu?" Nadeem membelai rambut panjangku.

"Entah. Nama Nadeem Qawi lagi sedap!" Nadeem cubit pipiku pula.

"You're so adorable, penguin." Aku menunduk. Malu pula bila dipuji macam tu. Kembang satu badan aku dibuatnya.

"Haa! Kenapa letak Aidan Gallery of Arts?" soal aku lagi. Baru teringat akan soalan itu.

"Sebab saya terbalikkan nama Nadia. Jadilah Aidan." Mulutku berbentuk o tanda faham. Sayang betul Nadeem pada Nadia. Nak jealous boleh tak?

"You look so cute bila awak merajuk. But please! Jangan merajuk lagi. Penat lah saya nak pujuk....." Nadeem tayang muka kesian.

"Yelah, okay. Tapi, jangan berahsia lagi dengan saya. Kalau tak, saya merajuk tiga hari tiga malam. Biar awak tidur dekat sofa sorang-sorang." balasku.

"Patik menurut perintah, tuan puteri." Nadeem mengucup dahiku lagi.

"Jom makan! Saya lapar!"

"Let's go, penguin."

































Aku terjaga dari tidur yang lena setelah terbau haruman yang sungguh menyelerakan dari dapur. Bilik mandi aku tuju untuk gosok gigi dan mencuci muka terlebih dahulu.

Usai itu, aku pantas menuruni tangga. Kakiku melangkah ke dapur. Alangkah terkejutnya aku melihat Nadeem sedang masak sarapan pagi dengan penuh gaya. Kejap melompat, kejap menjerit kecil. Aduh!

"Nadeem! Awak buat apa ni?" soal aku.

"Saya masak sarapan. Pergi duduk kat meja makan. Lepas ni saya datang." Aku menunggu sarapan pagi siap di meja makan. Sementara itu, aku sempat mengelap meja. Takut berhabuk pula.

"Dipersembahkan, nasi goreng cina special untuk isteri saya yang tercinta." Nadeem meletakkan satu pinggan di hadapanku dan satu pinggan di hadapannya. Hatiku melompat teruja. Comel betul encik suami ni!

Nadeem duduk berhadapan denganku selepas menghidang air teh tarik.

"Awak bangun awal semata-mata nak masak breakfast untuk saya ke?" soal aku. Nadeem angguk kepala. Nasi goreng disuapkan ke dalam mulut.

Aku menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut lalu mengunyah. Omg! Sedap giler namati doh! Aku terus makan nasi goreng itu dengan lahap seperti orang kebuluran.

"Makan perlahan-lahan, penguin." Aku sengih. Aku kunyah nasi itu perlahan-lahan.

"Dari mana awak belajar masak ni? Sedap giler woo!" soal aku sambil mulut tidak henti mengunyah.

"Dari mama. Mama ajar saya sebelum saya pergi US." Aku angguk faham. Tidak hairan lah kenapa masakan ni sedap giler sebab menuntut dengan mama rupanya. Masakan mama memang sumpah tiada tandingan. Terpaling sedap dalam dunia ni!

"Awak tak perlu pun nak masak untuk saya, Nadeem."

"Tak apa, penguin. Kerja memasak bukan untuk perempuan je. Lelaki pun kena master jugak tau." balas Nadeem. Untung betul aku dapat dia sebagai suami. Sangat memahami.

"Nadeem, saya rasa saya nak cari kerja lah..." ujarku sambil tayang muka kesian. Insya-Allah Nadeem akan termakan umpan aku. Hehe!

"Kerja? Saya masih mampu tanggung awak, Afreen."

"Saya tahu. Tapi, saya bosan lah duduk rumah. Kalau ada kerja, saya tak adalah bosan sangat." Aku kelip-kelipkan mata meminta simpati.

"Bosan? Nak kerja?" Aku angguk kepala.

"Saya ada kerja yang sesuai untuk awak." Mataku bersinar-sinar setelah mendengar kata-kata Nadeem.

"Kerja apa?"

"Jadi assistant saya. Boleh saya tengok awak 24 jam. Nanti tak adalah rindu." Nadeem berlalu pergi ke dapur.

"Nadeem!!"




































pengumuman penting afreen.

Afreen: Salam readers. Saya dengan dukacita ingin memberitahu saya dah tukar fikiran. Saya dah tak nak jadi doktor. Saya nak jadi suri hati awak je! Ciaaaa! Hehe!

Lain kali jangan ikut member. Tengok sekarang, dah tak jadi doktor. K bye. Nak meraung kejap.

Jangan lupa vote tau readers! Afreen sayang semua! Satu lagi, buat siapa yang minat suami saya, jaga-jaga ya! Nadeem saya punya. kbye.

Siapa nak jadi madu boleh datang interview— eh! tak boleh! nadeem milik saya sorang je! bye. jumpa kat bab seterusnya.

Continue Reading

You'll Also Like

45.3K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia ๐Ÿ—ฟ Eh tib...
497K 29.9K 53
Mereka bersaing antara satu sama lain walaupun berada dalam bidang yang berbeza. Matlamat mereka hanya satu iaitu menjadi JUARA Everyone want to be...
650K 24K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...