Unseen Love | OG (EDITING)

By MeyAmyra

36.6K 2K 530

ARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memand... More

๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† |๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿต
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†| ๐Ÿฎ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†| ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿต
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿต

๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿญ

691 48 5
By MeyAmyra


"Mel!" Farah dengan pantas merangkul tubuh Armel, riak wajahnya penuh gelisah setelah melihat sahabatnya itu tiba-tiba jatuh pengsan.

Namun jeritan Farah itu juga membuat pandangan Tunku Daiyan yang sedang menahan perompak tadi dari melarikan diri itu teralih pada mereka. Lelaki itu terus mengambil tali dari bonet kereta sebelum dilempar ke arah Vikri. 

"Vikri, kau ikat dua penyangat ni. Lepastu call polis." Beritahu Tunku Daiyan pada lelaki yang bersamanya sejak tadi. Sesudah itu barulah dia berlari anak ke arah dua wanita itu.

Vikri pula hanya memcebikkan bibir. "Bertuah punya kawan, aku seorang je yang atur. Pantang nampak awek betul la dia ni." Bebelnya seorang diri namun apa yang dipintah Tunku Daiyan itu, dia turuti juga.

"Mel, kau kenapa ni? Bangunla." Tutur Farah dalam nada risau. Beberapa kali dia cuba menepuk perlahan pipi Armel tapi sahabatnya masih tak sedarkan diri.

"Kenapa ni?" Akhirnya Tunku Daiyan sudah berada didekat mereka.

"Tak tahu. Dia tiba-tiba pengsan." Cemas Farah. Sambil itu dia meraba setiap wajah Armel. Syukur la suhu badan sahabatnya normal saja, kerana saat ini wajah Armel kelihatan sangat pucat.

Tanpa berlama lagi Tunku Daiyan terus mengangkat tubuh Armel ke dalam kereta. Dan mereka terus bergegas ke hospital.

Saat ini pandangan matanya tak lepas  dari melihat wajah cantik milik wanita yang terlena di atas katil hospital itu. Bibir pula mengukir senyuman. Indahnya!

Bagai ada satu tarikan yang membuat Tunku Daiyan ingin menyentuh wajah mulus Armel namun tindakannya itu terbatal tatkala melihat wanita itu sudah mula sedar. 

Armel mendengus perlahan. Tangan naik memicit pelapis dahi. Masih tersisa rasa pening.

"Awak oke?" Suara Tunku Daiyan membuat Armel terkejut, dia dengan pantas membuka matanya untuk melihat keadaan sekitarnya.

Ketika pandangan Armel dihala padanya, Tunku Daiyan terus mengukirkan senyuman. Dia tahu pasti wanita itu terkejut melihat keberadaan.

Armel terus bangun dari baring.

"A..awak siapa?" Cepat-cepat matanya meliar ke sekeliling "Kat mana ni?"

"Kita kat hospital. Tak perlu takut, saya bukan orang jahat. Saya yang tolong awak dan kawan awak dari perompak tadi." Jelas Tunku Daiyan.

Mendengar itu barulah Armel teringat. Ya, mungkin lelaki ini yang keluar dari kereta hitam bersama Farah. "Farah, Farah mana?"

"Farah?" Tunku Daiyan kerut dahi, siapa pula Farah ni? Namun dia teringat yang wanita yang bersama Armel. "Farah? Kawan awak tu ke? Dia pergi balai polis untuk buat report."

Armel lepaskan nafas lega. Syukurla Farah tak apa-apa. Dan seketika dia matanya membulat. "Sekarang jam berapa?"

Melihat wanita itu seperti kabut, Tunku Daiyan jadi bingung. "Huh? Ar.. dah pukul 12."

Membesar mata Armel setelah mendengar jawapan Tunku Daiyan. Dia terus menyelak selimut lalu cepat-cepat turun dari katil namun baru saja dia ingin turun dari katil, Tunku Daiyan terus menghalangnya.

"Awak nak pergi mana?"

Armel lepas keluhan. "Encik, terima kasih sangat-sangat sebab tolong kami. Saya janji lain kali kita jumpa saya balas balik jasa Encik ye. Tapi sekarang ni saya betul-betul ada urgent saya kena balik rumah."

Tunku Daiyan pegang belakang lehernya. Nampaknya wanita itu sudah salah faham. "Eh, bukan macam tu. Saya cuma risaukan awak sebab doktor bagitahu awak kena stay semalam dekat sini."

"No, saya tak apa-apa. Saya kena balik rumah, sekarang juga.

Melihat Armel sudah tak dapat dipujuk lagi. Tunku Daiyan terpaksa mengikut kehendak wanita itu, walaupun dia hatinya masih menolak. "Ok. Macam ni awak tunggu sini, saya pergi atur bill kejap. Lepastu saya hantar awak balik."

Tak sempat Armel menolak pelawaan itu, Tunku Daiyan terus keluar meninggalkan kawasan bilik tersebut.

Armel jadi segan pula, lelaki itu sanggup membayar bill hospital untuknya. Tapi apakan daya. Dia nak bayar bill pakai apa? Ketika ini, dia tak mempunyai duit walaupun sesan. Semua habis dirompak.

•••

Ketika lampu isyarat merah bertukar hijau, Tunku Daiyan terus membelokkan stering kereta ke kiri. Meneruskan memanduannya.

Sesekali dia mencuri pandang Armel yang duduk dibangku sebelah. Sejak tadi dia dan Armel hanya berdiam tak bercakap apa-apa.

"Awak dah kahwin?" Spontan soalan itu keluar dari mulut Tunku Daiyan.

Armel tak menjawab sebaliknya, dia menyembunyikan cincin yang tersarung dijari manisnya.

Sedar akan tindakan wanita itu, Tunku Daiyan tersenyum kecil. "Doktor kata Baby you sihat. Congrats. Dah berapa bulan?"

Riak wajah Armel bertukar terkejut, merah wajahnya menahan malu. "4..4bulan"

Tunku Daiyan angguk kepala. "I see, so betullah awak dah kahwin?"

Armel tak menjawab, dia memilih untuk mengunci mulutnya. Lagipula dia  cukup yakin yang Tunku Daiyan tahu jawapan dari soalan itu.

"Kita pernah jumpa kan sebelum ni? I harap you still remember me."

Armel angkat kening. Melihat wajah Tunku Daiyan, lelaki itu sangat asing baginya. Lagipula dia keluar rumah pun tidak, jadi bila masanya mereka berjumpa.

"Shanghai. Kita pernah jumpa dekat pintu hotel kat Shanghai. Remember? Awak langgar saya.."

Mendengar itu, Armel terus tersenyum. "Ya, Saya dah ingat. Ya Allah. Sorry sebab tak cam awak dari awal."

"No, its oke. Kita jumpa pun tak sampai sejam so memang tak mustahil awak boleh lupa saya. By the way, Glad to see you again Armel." Ucap Tunku Daiyan, sejak melihat Armel mengejar dua pencuri lagi, dia sudah mula mengecam wanita itu.

"Ya, saya tak sangka pula yang awak masih boleh kenal saya. Yalah macam yang awak cakap kita jumpa pun tak sampai sejam. Tapi you still remember me. Even dah lebih dua minggu kita tak jumpa."

"Saya memang jenis yang susah nak lupa perempuan cantik. Tapi tak sangka pula awak dah kahwin."

Armel hanya memberi satu senyuman tawar. Perempuan cantik ye? Ayat dia memang tak boleh pakai.

Tunku Daiyan menghentikan kereta  tepat dihadapan sebuah bangunan perumahan mewah. Matanya memerhati sekeliling kawasan sebelum pandangan itu dialihkan Pada Armel yang sedang membuka seatbelt.

"Awak Tinggal kat sini?" Soalnya, bukan tak percaya. Melihat dari penampilan wanita itu seperti biasa-biasa saja. Jadi agak mustahil bukan Armel duduk perumahan mewah. Dia risau jika tersalah alamat pula, tapi memang inilah alamat yang Armel maksudkan.

"Mmm.. " Armel angguk kepala. "Awak, apapun thanks sebab hantar saya. And thanks juga sebab tolong kami. Kalau awak tak ada hari ni, saya tak tahu la macam mana nasib kami. Terima kasih banyak-banyak."

"My pleasure, this is not our last right, I really hope can see you again." Kata Tunku Daiyan. Sejak pertama bertemu wanita itu, dia agak tertarik dengan wajah Armel. Sayangnya wanita itu sudah berkahwin tapi kalau berkawan rasanya tak salah.

"Insyallah, kalau kita jumpa lagi. Saya janji akan bayar budi baik awak ni." Sesudah itu Armel terus keluar dari perut kereta namun tak sempat melangkah pergi, Tunku Daiyan memanggilnya lalu cepat-cepat keluar dari perut kereta.

Lelaki itu membuka pintu belakang sebelum mengeluarkan purse bag dan beg shopping jam tangan lalu diberikan pada Armel

"Ni awak punya kan?"

Dengan pantas Armel menyapai barang tersebut lalu memeriksa beg beli bela itu, sama ada jam tangan yang dia beli rosak ataupun tidak. Namun setelah melihat isi kandungnya Armel melepaskan nafas lega. Syukurla semuanya baik-baik saja.

"Awak, saya betul-betul hutang budi dengan awak. Once again thank you, thank you so much. You really save my life. Thank you awak."

"No hal la. Saya cuma harap lepas ni awak sudi nak keluar dengan saya lagi."

Armel hanya mengangkat bahu, dia sendiri tak pasti. Sama ada selepas ini dia dapat keluar lagi. "Insyallah. Saya pun harap boleh jumpa awak lagi, so saya bolehla balas jasa awak. Sorry, saya lupa nak tanya nama awak apa ye?"

Tunku Daiyan senyum tawar. "Just call me Daiyan. Remember Daiyan."

"Daiyan," Armel menyebutnya sekali lagi.

"Dah lewat ni, pergila naik. Get rest tau."

Armel angguk bersama senyuman. Sebelum dia melangkah pergi.

Tunku Daiyan hanya menghantar langkah wanita itu dengan pandangan saja, dia melambaikan tangan ketika Armel memusingkan tubuh untuk menghadapnya semula. Tak sehingga seorang sekuriti membuka pintu masuk untuk Armel dan akhirnya wanita itu hilang dari pandangannya juga.

Tubuh disandarkan pada kereta sebelum kepala ditundukkan dan Tunku Daiyan melepaskan keluhan berat. Dia tersenyum sinis. "Such you a lucky guy, Danish"

•••

"Mel ni degil sangatkan, Kak Sab dah cakap tak payah keluar bahaya. Kamu nak juga keluar sekarang ni dah susah, tengoklah. Kamu kena rompak nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tak, Kak Sab nak jawab apa pada Tunku."

Armel yang sedang duduk diatas bangku meja makan sambil menolak dagu itu, melepaskan keluhan selepas mendengar bebelan Kak Sab. Apa taknya bebelan itu bermula semalam lagi dan bersambung pagi ini, pedih telinga dia mendengar.

Sebaik saja tiba dirumah, dia terus menjelaskan apa yang berlaku. Dan sekarang inilah pada yang dia terima.

"Kak Sab, Kak Sab.. dah la. Kak Sab tak penat ke? Dari semalam Kak Sab bebel pasal benda yang sama je. Yalah, Mel salah Mel minta maaf sangat-sangat. Lagipun bukan jadi apa-apa pun. Mel ok je kan."

"Ok? Wallet kamu hilang, yang terbawa beg je. Nasib baik semalam sekuriti kat bawah tu call Kak Sab, kalau tak mereput sendiri la kamu kat luar sampai pagi sebab tak ada keycard."

Armel memilih untuk mengalah. Nak kata apa lagi, dia memang salah. Degil sangat. Memang la beg dan jam ada tapi walletnya pula yang hilang, mungkin pencuri semalam itu sempat mengambil wallet miliknya sebelum beg dan jam diserahkan pada Tunku Daiyan.

Dalam pada rumah itu bising dengan bebelan Kak Sab, tiba-tiba kunci pintu utama terbuka dari luar. Serta merta kedua wanita itu diam kaku. Dan perlahan-lahan bibir Armel mengukir senyum bahagia. Pantas saja kakinya menuju ke ruang tamu utama. Kak Sab pula sudah menggelengkan kepala melihat gelagat Armel.

"Mel, pelan-pelan lah. Nanti jatuh." Pesannya. Namun Armel nampak tak kisah langsung.

Seperti yang Armel jangka, Tunku Danish dan Aron sudah pulang. Sejak semalam dia menunggu kepulangan Tunku Danish, entah kenapa sehari tanpa lelaki itu dia rasa kosong.

Semalaman Armel tak dapat melelapkan mata, dia tak henti memandang ruang kosong yang berada disebelahnya. Ruang yang selalu menjadi tempat Tunku Danish tidur.

Setelah mendekat di ruang pintu utama, riak wajah Armel bertukar hampa. Dia langsung tidak melihat susuk Tunku Danish yang ada hanya Aron saja. Pengawal peribadi Tunku Danish itu siap membawa beg pakaian majikannya.

"Aron, Danish mana?" Soal Armel.

Aron secara langsung menghentikan langkahnya dihadapan Armel. "Tunku terus ke pejabat Puan, sebab ada meeting. Kak Sab, Tunku pesan malam ni Kak Sab tak perlu balik Villa temankan Puan Armel sebab Tunku tak balik rumah malam ni." Pesannya pada Kak Sab yang baru sahaja tiba.

Mendengar itu secara langsung mood Armel berubah. "Kenapa Danish tak pulang malam ni? Dia pergi mana?"

Aron terlihat gelisah. Lelaki itu seperti mencari jalan untuk melarikan diri dari menjawab soalan Armel.

"Aron, saya tanya awak ni." Tegas Armel.

"Tunku ada dinner dengan Cik Fina. Then bermalam kat Villa Tengku Azman, Puan." Beritahu Aron, dia kalau boleh mahu merasiahkan jadual Tunku Danish hari ini dari Armel tapi memandangkan wanita itu mendesak Aron juga tak ada pilihan.

Armel hanya menutup rasa kecewanya dengan senyuman tawar. "Tak apa la kalau macam tu. Tu beg Tunku ke? Bagi saya. Biar saya kemaskan."

"Eh, Mel tak payalah. Biar Kak Sab je yang buat." Halang Kak Sab. Dia tahu disebalik senyuman itu Armel menyembunyikan rasa cemburunya.

"Tak pa Kak Sab, saya boleh buat. Lagipun Kak Sab banyak lagi kerja kat dapur. Biar saya je yang atur pakaian Danish." Setelah itu Armel terus mengambil beg pakaian Tunku Danish dan berlalu ke bilik tidur mereka.

Kak Sab dan Aron pula hanya memandang langkah wanita itu berlalu.

"Awak pula Aron, terus balik pejabat juga ka? Kalau belum lagi, Kak Sab dah masak sarapan ada baiknya juga kalau kamu makan dulu."

"Tak apa Kak Sab, saya datang pun ni sebab nak hantar beg Tunku ja. Banyak kerja lagi nak buat. Saya pergi dulu."

•••

Bagai ada satu tarikan yang membuat Fina terpukau. Matanya tak lepas dari memerhati Tunku Danish yang sedang menikmati hidangan terakhir mereka. Senyuman juga tak leka dari bibir kecilnya.

Semakin lama dia bersama lelaki itu, rasa cintanya semakin dalam. Dari cara lelaki itu melayannya sudah cukup buat dia rasa sempurna. Baginya Tunku Danish satu-satunya lelaki yang dia tepat untuk dia.

"Sayang," Panggil Fina perlahan.

"Hmm." Sahut Tunku Danish, sebelum dia mengelap mulut dengan napkin yang tersedia. Lalu dia menggenggam tangan Fina. "Kenapa sayang?"

"Thanks, thank you so much." Ucap Fina bersama senyuman yang manis. Matanya memandang Tunku Danish dengan penuh cinta.

"For? Bukan I ke yang patut say thanks to you cause make this dinner to celebrate my birthday."

Fina tawa kecil. Memang betul kata Tunku Danish, tapi ucapannya bukan untuk dinner malam ini. "No, I tak maksudkan untuk dinner ni. But just thanks for everthing. How we start until now, you give me best moment even that I don't deserve it. Love you sayang."

Tunku Danish bangun dari duduk. Lalu melangkah kebelakang Fina, sebelum dia mengeluarkan seutas rantai dari poket seluar. "I bought something nice for you actually." Dan menunjukkan rantai emas putih yang sudah terhias loket berlian yang berbentuk bunga tulip. "Bright and perfect. It really you, sayang."

Semakin lebar senyuman manis di bibir Fina. Dia mengalihkan rambut panjangnya agar memudahkan Tunku Danish menyarungkan rantai tersebut dilehernya. "Thanks,"

Setelah itu, Tunku Danish duduk melutut disisi Fina membawa tangan wanita itu kedalam genggamannya dengan halus. Dan wanita itu juga menatapnya dengan senyuman.

"As you know sayang, you are very precious to me. I love you always." Kemudian Tunku Danish membelai pula lembut pipi Fina. Dan wanita itu masih sama, merenungnya. "I yang patut say thanks to you sebab hadir dalam hidup I and bagi I peluang untuk stay with you."

•••

Perlahan-lahan Armel membuka mata. Lalu dia bangun dari baring, dan mencapai telefon miliknya yang terletak diatas meja sisi katil.

12:00 AM. Armel mengeluh ringan, untuk dua minggu kebelakangan ini dia kerap terbangun ditengah malam. Baru saja tangannya bergerak ingin menyelak selimut. Matanya menangkap Tunku Danish sedang lena disisinya.

"Kata tak balik?" Cebik Armel seorang diri. Melihat lelaki itu masih lengkap dengan kemeja dan tali leher membuat dia geleng kepala.

"Aik, selalunya bersihkan diri sebelum tidur. Hmm..Penat betul ni. Dating lagi penat dari kerja ye, Tunku." Perlahan-lahan Armel mendekat. Lalu dia membuka tali leher Tunku Danish.

Namun dia terkaku sekejap. Merenung wajah lelaki itu lebih dekat. Indahnya ciptaan tuhan yang satu ini. Akhir-akhir ini, wajah ini mampu membuat dadahnya berdebar kencang. Lelaki ini juga mampu membuat dia tersenyum bahagia. Membuatkan Armel ingin selalu bersama Tunku Danish. Namun satu pun rasa itu tak mampu dia ungkapkan, hanya mampu menyimpan dalam hatinya saja.

"Happy Birthday." Bisik Armel perlahan.

"Thanks." Jawapan dari lelaki itu membuat Armel terkejut. Spontan tubuhnya undur kebelakang sehinggakan dia hampir jatuh dari katil.

Untung saja Tunku Danish cepat merangkul pinggangnya.

Armel kebab bibir. Menunjukkan wajah kesal. "You sengaja usik I kan. Saja buat-buat tidur."

Tunku Danish cebik bibir. Lalu membantu wanita itu membetulkan kedudukannya. "Kenapa you terbangun ni? You nak apa-apa ke?"

Armel mendehem kecil. "I haus."

"Let me bring you some milk. Ok?" Kata Tunku Danish. Sambil itu kakinya turun dari katil.

"Terima kasih." Ucap Armel dengan senyuman manisnya.

Ketika Tunku Danish tepat berada di pintu, lelaki itu terhenti lalu membalikkan tubuh menghadap Armel semula. "By the way Mel, That wish.."

Armel sorok rasa malu. "Apa?"

"Seksi."

Membulat mata mendengar itu, pantas tangannya melempar bantal ke permukaan pintu. Tunku Danish pula terus melarikan diri.

𝙏𝙤 𝘽𝙚 𝘾𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙪𝙚𝙙


Continue Reading

You'll Also Like

263K 10.2K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
6.9K 116 3
#Sambungan The Chosen Wife# Akhtar Bukhari X Ayra Hania All right reserved ยฉCerisay ------------------------------ #๐Ÿ”ž๐Ÿ”ž Strong language Mature conte...
601K 23.8K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
3.2M 286K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...