Menagih Kasih Darimu

-athrh- tarafından

8K 420 15

"Kau memang tak gunakan?" Itulah yang keluar daripada mulut Noor Sahara tatkala melihat kemesraan suaminya be... Daha Fazla

P R O L O G
0 1
0 2
0 3
0 4
0 5
0 6
0 7
0 8
0 9
1 0
1 1
1 2
1 3
1 4
1 5
1 6
1 7
1 9
2 0
2 1
2 2
2 3
2 4

1 8

293 19 0
-athrh- tarafından

"Papa!" jerit Fiyadh tatkala melihat Qaisar yang sudah berada di hadapan rumahnya. Cepat-cepat Fiyadh berlari anak ke arah Qaisar lalu memeluknya.

"Fiyadh rindu papa," ujar anak kecil itu.

"Papa pun rindu sangat Fiyadh." Qaisar mengusap lembut kepala Fiyadh sambil tersenyum.

Kelihatan Sahara yang keluar dari rumah seraya mengunci pintu rumahnya. Matanya kini beralih memandang Qaisar, mereka berdua saling bertukar senyuman.

"Hi," ucap Qaisar memulakan bicara.

"Hi," balas Sahara ringkas.

"Err... awak nak bawa kita orang pergi mana ni?" tambah Sahara lagi ingin tahu.

"Adalah. Rahsia." Qaisar terus melangkah meninggalkan kawasan hadapan apartment tersebut dengan tangannya terjalin dengan tangan kecil Fiyadh, membawa anak kecil itu bersamanya.

Sahara tersenyum melihat gelagat Qaisar dan Fiyadh lalu mengekori mereka daripada belakang.

• • •

Kelihatan dua orang receptionist yang sedang sibuk berbual setelah usai melakukan kerja mereka mendaftar masuk tetamu-tetamu yang menempah bilik di hotel tersebut.

"Tuan Qaisar pergi outstation semalam. Lepas tu hari ni tak datang kerja. Pelikkan?" soal salah seorang receptionist di Hotel Grandeur itu tatkala sedang menyusun kertas-kertas di atas kaunter tempat kerjanya

"Itulah. Lagi pun sekarang, Tuan Qaisar sekarang dah tak sesibuk dulu. Dia dah tak selalu buat spotcheck," balas salah seorang lagi pekerja sejawatan dengannya, bersetuju dengan kata-kata rakan sekerja itu.

"Kau rasa kenapa dia dah berubah?"

"Mungkin dia dah ada girlfriend kot," teka wanita tersebut.

"Tapi dulu waktu Tuan Qaisar ada girlfriend, dia tetap macam biasa," ujar receptionist tersebut yang seakan tidak sependapat dengannya.

"Mungkin girlfriend dia kali ni tak macam Cik Maya tu. Cik Maya tu kan diva aje lebih, buat menambah stres Tuan Qaisar aje." Sempat lagi mereka mengkritik bekas teman wanita bos mereka yang memang sudah terkenal di hotel ini.

"Dah lama kan tak dengar cerita fasal Cik Maya tu. Dah dapat lelaki lagi kaya daripada Tuan Qaisar terus lesap." Matanya dijulingkan ke atas, rasa menyampah menguasai diri tatkala mengenang tindak tanduk bekas teman wanita yang hanya

"Orang mata duitan memang macam tu. Bagus pun dia tinggalkan Tuan Qaisar, adalah aku chance nak jadi isteri CEO,"

"Beranganlah kau! Siapalah kita ni, pekerja dia je. Dia tak pandanglah kita ni."

• • •

"Fiyadh, enough sayang. Banyak dah mainan Fiyadh ambil ni," ujar Sahara menegur anaknya namun Fiyadh seakan-akan tidak mendengar kata-kata mamanya. Dia rambang mata melihat bermacam mainan yang berada di dalam kedai tersebut.

"It's okay. Saya nak belanja Fiyadh sampai dia puas."

"Tapi membazir namanya, Qaisar. Mainan ni bukannya murah," bantah Sahara yang tidak senang dengan tindakan jejaka ini.

"Bukan selalu pun," balas Qaisar memberi alasan.

"Kalau awak ajar dia macam ni, nanti dia terbiasa. Manalah saya mampu nak bawa dia beli mainan kat tempat-tempat macam ni."

"Jangan risau, Sahara. Saya tahu Fiyadh budak baik. Dia takkan buat macam tu."

"Kalau awak dah ada anak sendiri nanti bolehlah awak manjakan dia macam yang awak nak. Tapi saya tak nak awak manjakan sangat Fiyadh ni, nanti awak juga yang susah. Habis kering poket awak nanti."

"Fiyadkan anak saya, jadi bolehlah saya nak manjakan dia macam mana yang saya nak. Ke awak yang cemburu ni? Awak nak saya manjakan awak juga ke?"

"Haish! Merepeklah awak ni! Ke situ pula!" Cepat-cepat Sahara membantah kata-kata Qaisar membuatkan jejaka itu melepaskan tawa. Tahu benar cara membuatkan wanita ini senyap.

Qaisar mengalihkan pandangannya ke arah Fiyadh yang sedang sibuk membelek-belek mainan ditangannya.

"Kejap eh," pinta Qaisar.

Sahara mengangguk lemah dan memerhatikan langkah jejaka itu mendekati anaknya.

"Fiyadh, jom kita pergi tengok bola baru. Nanti baru best main bola petang-petang dengan papa," ajak Qaisar.

"Jom!" balas Fiyadh dengan teruja.

Sahara hanya menjadi pemerhati, melihat gelagat Fiyadh dan Qaisar dengan senyuman terukir dibibirnya.

Baru sahaja dia hendak membuka langkah mengikut jejak dua beranak itu, dirinya dikejutkan dengan nada dering telefonnya menandakan ada yang memanggil.

Tentera nama abangnya sebagai pemanggil, tanpa menunggu panjang Sahara menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, abang. Ada apa call Sahara ni?"

"Adik balik rumah abah sekarang. Abah jatuh bilik air," beritahu Syakir dengan cemas.

"Apa? Okay, Sahara datang sekarang."

Qaisar yang sedang sibuk memilih bola bersama Fiyadh mengalihkan pandangannya melihat Sahara yang berlari anak ke arah mereka. Jelas kelihatan raut wajah tidak tentu arah wanita itu.

"Kenapa?" soal Qaisar ingin tahu.

"Awak tolong saya. Tolong bawa saya balik rumah abah," pinta Sahara, jelas kelihatan matanya yang mula menakung air mata.

• • •

Sahara masuk ke dalam rumah tergesa-gesa, terus menuju ke arah bilik yang masih segar diingatannya.

Buka sahaja pintu bilik tersebut, jelas kelihatan tubuh bapanya yang terbaring di atas katil.

Sahara mendekati Tan Sri Mursyid dengan langkah yang lemah, setelah hampir lapan tahun tidak berjumpa inilah kali pertama mereka bersua setelah sekian lama.

"Abah," panggil Sahara. Air matanya tidak dapat ditampung lagi, rasa rindu yang selama ini cuba dipendamkan menjelma semula.

"Noor." Tan Sri Mursyid tersenyum lemah, namun jelas kelihatan wajahnya pucat.

Sahara duduk di tepi katil tersebut, menatap wajah bapanya. Tanpa menunggu lama, tubuh Tan Sri Mursyid didakapnya erat.

"Noor minta maaf, bah."

"Abah dah lama maafkan Noor," balas Tan Sri Mursyid yang turut sama tidak mampu menahan dukanya.

"Selama ni Noor ikutkan hati Noor, langsung tak nak beralah, langsung tak nak tebalkan muka jumpa abah. Sekarang abah sakit, barulah Noor nak menyesal. Dah terlambatkan?" ujar Sahara memerli dirinya sendiri.

"Tak Noor. Ini semua salah abah. Kalau abah restu hubungan Noor. Kalau abah ikutkan sahaja permintaan Noor, semua ni takkan jadi." Tan Sri Mursyid pula meletakkan salah dibahunya.

"Tapi apa yang penting Noor balik jumpa abah hari ni. Jangan tinggalkan abah lagi," pinta Tan Sri Mursyid.

"Tak. Noor takkan tinggalkan abah."

Puan Sri Muneera menjadi pemerhati di muka pintu, dirinya juga tidak dapat menahan sebak. Setelah sekian lama suaminya ikutkan ego, akhirnya menitis juga air matanya.

"Noor, biar abah rehat dulu," ujar Puan Sri Muneera.

Jelas kelihatan raut wajah Sahara berubah tatkala menyedari kehadiran Puan Sri Muneera yang turut berada di situ.

"Abah rehat dulu ya."

Tan Sri Mursyid hanya membalas dengan anggukan lemah.

Sahara bangun dari duduknya lalu meninggalkan Tan Sri Mursyid di dalam bilik tersebut, memberi ruang kepada bapanya untuk berehat.

Baru sahaja Sahara hendak beredar, nama    dipanggil oleh Puan Sri Muneera membuatkan langkahnya terhenti. Badannya dipusingkan perlahan menghadap susuk tubuh yang memanggilnya.

Sahara membisu, menunggu apa yang hendak diperkatakan oleh ibu tirinya dengan raut wajah tanpa emosinya. Jelas sekali dia tidak senang berada dekat dengan Puan Sri Muneera.

"Mama ada masak daging kari. Kegemaran Noorkan? Nanti kita makan sama-sama ya?" Terpampar senyuman janggal dibibir Puan Sri Muneera, cuba memulakan bicara dengan anak tirinya.

"Tak apa, saya dah kenyang." ujar Sahara menolak pelawaan tersebut lalu terus berpaling daripada Puan Sri Muneera.

"Oh ya." Sahara mengalihkan kembali pandangannya ke arah Puan Sri Muneera, tatkala dia teringat ada perkara yang ingin disampaikan kepada Puan Sri Muneera.

"Panggil saya Sahara. Saya tak suka dengar orang lain panggil saya dengan nama tu, kecuali ibu dengan abah saya."

Tanpa menunggu jawapan daripada Puan Sri Muneera, Sahara terus beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Puan Sri Muneera memerhati susuk tubuh Sahara yang sedang beredar dengan perasaan hiba.

"Bila boleh Noor terima mama?"

• • •

Kelihatan Qaisar dan Fiyadh yang duduk di ruang tamu bersama dengan Syakir dan Syifa. Pandangan mereka beralih memerhati Sahara yang mendekati mereka.

"Macam mana keadaan abah awak? Okay?" soal Qaisar ingin tahu.

Sahara hanya membalas dengan anggukan lemah lalu mengambil tempat disebelah anaknya.

"Jom kita makan. Mama dah siap masak," pelawa Puan Sri Muneera yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

Raudah bangun dari duduknya lalu mendekati Puan Sri Muneera.

"Mama ni, rehat aje lah. Buat susah-susah aje masak." Raudah memegang belakang Puan Sri, Muneera mengekori ibu mentuanya ke dapur bagi mengambil lauk pauk yang sudah dimasak.

"Tak susah punlah, mama sajalah nak masak. Dah semua anak-anak mama ada balik hari ni," beritahu Puan Sri Muneera tersenyum.

"Raudah pun happy, keluarga kita dapat berkumpul semula. Tak apa, Raudah tolong mama buat air."

"Ha, ye lah," balas Puan Sri Muneera yang sedang sibuk menuangkan juadah daging kari ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.

"Biar Kir bawakan." Tangannya sudah disuakan. Mangkuk berisi kari daging itu bertukar tangan, lalu dibawa oleh Syakir ke meja makan.

"Jom, Fiyadh. Nenek ada masak sedap tu untuk Fiyadh." Tangannya yang dihulurkan dipegang erat oleh Fiyadh.

"Yeay! Fiyadh memang dah lapar ni, papa!" ujar Fiyadh teruja.

Baru sahaja mereka ingin melangkah ke meja makan, Qaisar menoleh ke arah Sahara yang masih tidak berganjak dari situ. Qaisar dapat membaca raut wajah Sahara yang seakan tidak selesa berada di situ.

"Fiyadh pergi duduk dulu, nanti papa datang."

"Okey."

Hilang sahaja bayang Fiyadh, Qaisar kembali mendekati susuk tubuh Sahara. Sahara yang dari tadi tertumpu pada skrin telefonnya tidak menyedari bahawa Qaisar berada di hadapannya.

"Awak tak nak makan sekali ke?" soal Qaisar.

"Tak apa. Awak makanlah, saya dah kenyang," tolak Sahara.

"Kenyang makan apa? Makan angin?" sindir Qaisar.

Sahara tidak membalas, membuatkan Qaisar melepaskan keluhan lalu duduk di sebelah Sahara, cuba mencari tahu apa sebenarnya yang membuatkan wanita ini berkelakuan sebegini.

"Tell me. What's wrong?"

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

77.1K 6.7K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
2.9K 636 47
[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persa...
280K 18.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
6.6K 425 18
Emir Qaridz; Anak bongsu kepada Tan Sri Emran dan Puan Sri Qarina. Sikapnya yang nakal sering memberi sakit kepala kepada bondanya. Tipikal anak bong...