Dia Faliq Rayyan โˆš

Por ms_nbh

601K 35K 4.3K

[ ๐‘๐‘œ๐‘š๐‘๐‘™๐‘’๐‘ก๐‘’ ] ๐™บ๐™ฐ๐š๐šˆ๐™ฐ ๐™ฟ๐™ด๐š๐šƒ๐™ฐ๐™ผ๐™ฐ Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki... Mรกs

Dia Faliq Rayyan || 1
Dia Faliq Rayyan || 2
Dia Faliq Rayyan || 3
Dia Faliq Rayyan || 4
Dia Faliq Rayyan || 5
Dia Faliq Rayyan || 6
Dia Faliq Rayyan || 7
Dia Faliq Rayyan || 8
Dia Faliq Rayyan || 9
Dia Faliq Rayyan || 10
Dia Faliq Rayyan || 11
Dia Faliq Rayyan || 12
Dia Faliq Rayyan || 13
Dia Faliq Rayyan || 14
Dia Faliq Rayyan || 15
Dia Faliq Rayyan || 16
Dia Faliq Rayyan || 17
Dia Faliq Rayyan || 18
Dia Faliq Rayyan || 19
Dia Faliq Rayyan || 20
Dia Faliq Rayyan || 21
Dia Faliq Rayyan || 22
Dia Faliq Rayyan || 23
Dia Faliq Rayyan || 24
Dia Faliq Rayyan || 25
Dia Faliq Rayyan || 26
Dia Faliq Rayyan || 27
Dia Faliq Rayyan || 28
Dia Faliq Rayyan || 29
Dia Faliq Rayyan || 30
Dia Faliq Rayyan || 31
Dia Faliq Rayyan || 32
Dia Faliq Rayyan || 33
Dia Faliq Rayyan || 34
Dia Faliq Rayyan || 35
Dia Faliq Rayyan || 36
Dia Faliq Rayyan || 37
Dia Faliq Rayyan || 38
Dia Faliq Rayyan || 40
Dia Faliq Rayyan || 41
Dia Faliq Rayyan || 42
Dia Faliq Rayyan || 43
EPILOG
SPECIAL PART [ 1 ]

Dia Faliq Rayyan || 39

13.9K 900 83
Por ms_nbh

Kaki melangkah masuk ke dalam ruang rumah sakit jiwa itu . Usayd berjalan menuju ke pondok yang dimana Faliq selalu berada .  Di tangannya terdapat satu beg kertas yang berisi frame gambar . Usayd mahu hadiahkan frame kepada Faliq .

Usayd berhenti berjalan . Dia melihat pondok yang berada beberapa meter dihadapannya . Mata dikecilkan agar pandangan lebih jelas untuk melihat dari jauh . Satu susuk yang berada di pondok itu menarik perhatiannya .

Usayd meneruskan langkahnya ke arah Faliq . Sampai sahaja di situ , dia terus memberi salam.

" Assalamualaikum " 

Faliq mengangkat kepala setelah ucapan salam itu menujah gegendang telingannya.

" Waalaikumsalam " jawab Faliq seraya senyuman. Wajahnya sedikit berkerut. Cuba menganalisis gerangan yang berada di hadapannya .

" Er...ni Usayd kan ? "

Pantas Usayd mengangguk. Dia melabuhkan punggung berhadapan Faliq . Beg kertas yang dibawanya tadi diletakkan atas meja pondok  itu .

" Ambil tu . Aku beli untuk hang " kata Usayd seraya memberi beg kertas itu kepada Faliq . 

Anak patung beruang dan gambar perkahwinan diletakkan ke tepi . Lantas beg kertas itu diambil . Satu kotak dibawa keluar dari beg kertas itu .

" Apa ni ? " timbul tanda tanya dalam dirinya .

" Frame gambar . Hang boleh letak gambar kahwin tu " bibir menunjuk ke arah gambar yang berada di sebelah Faliq . 

Kotak dibuka lalu frame itu dikeluarkan .Kemudian , gambar perkahwinannya di ambil dan dimasukkan ke frame itu .

" Thank you Usayd " ucap Faliq selepas menyelesaikannya . Frame gambar itu diletakkan di atas meja .

Usayd hanya mengangguk . 

Suasana kembali sepi . Mereka berdua hanya diam tanpa bersuara . Faliq  hanya menatap frame gambar . Usayd pula hanya meliat gerak geri Faliq ketika itu. Tubir mata lelaki itu tiba - tiba kelihatan ada air mata yang mula bertakung . Masih ditahan daripada tumpah menyentuh pipi .

" Usayd " panggil Faliq setelah sekian lama mendiam . Suara itu membuatkan Usayd pangguk kepala memandang Faliq .

" Ya "

" Usayd , bila Mia nak datang sini ? Family aku dengan Dr.Haiqal kata Mia nak datang sini . Hari - hari aku tunggu tapi ....Mia tak datang pun . Mia dah taknak jumpa aku ke ? " perlahan suaranya bertanya . Kedengaran seperti terbuku perasaan rindu di hatinya .

Usayd memecit pelapis dahinya . Buntu dia ketika itu . Apa yang aku nak jawab ni  ?

Faliq memandang wajah Usayd . Dia masih menanti jawapan yang bakal keluar dari bibir lelaki itu .

" Nanti Mia datang lah tu " dalihnya , padahal dia tidak tahu pun yang Mia akan datang atau tidak .

" Tapi bila ? " tanya Faliq lagi .  Dia ingin tahu .

Aaa sudah ! aku nak jawab apa !?

Lama Usayd berfikir . Sungguh dia buntu !

Seperti ada mentol yang tiba-tiba menyala di buah fikirannya . Usayd sudah tahu apa yang perlu dia katakan . 

" Faliq ... hang nak jumpa Mia kan ? " soalan yang ditanya oleh Faliq tidak dijawab tetapi soalan pula yang ditujukan .

Pantas Faliq mengangguk . 

" Aku akan cuba bawa Mia datang ni . tapi aku tak janji tau " Usayd membuat keputusan untuk berkata begitu . 

" Betul ni ? "  teruja suara itu bertanya . 

Usayd mengangguk . " Tapi aku tak janji tau " pesannya lagi . Usayd tidak mahu Faliq terlalu berharap yang dia akan bawa Mia berjumpa dengannya tetapi dia akan cuba . 

xxxx

 Air yang di pesan sudah terhidang di atas meja . Tangan mencapai gelas itu lalu straw dibawa ke mulutnya . Elfira menyedut air yang dipesannya itu . Selepas sahaja tekaknya mula basah , jam tangan ditilik  . Pukul 12 tengahari . 

Elfira mendengus geram . Sudah hampir 30 minit dia menunggu lelaki itu sampai . Janji kata pukul 11.30 tapi sampai sekarang batang hidup pun tak nampak  . Janji melayu  !

" Lambat lah mamat ni " air disedut hingga separuh gelas lalu dia memeluk tubuh . Penat tunggu lelaki itu datang .

TING ! 

Loceng yang terdapat pada pintu masuk kafe tersebut berbunyi , menandakan ada pelanggan memasuki ke dalam kafe itu . 

Elfira pusing ke belakang memandang ke arah pintu masuk kafe itu . Seorang lelaki berpakaian serba hitam serta mask yang melitupi separuh wajah itu melangkah masuk lalu menapak ke arah Elfira . Kerusi ditarik , kemudian dia melabuhkan punggung .

" Asal you lambat ? lama tau i tunggu " Elfira mendecit geram . Suara seakan menahan kemarahan.

" Alaa kau ni aku lambat kejap je " balas lelaki itu tanpa berbasa - basi .

Tiba - tiba dia berasa tidak senang duduk . Terasa seperti ada yang sedang memerhatikannya . Jejaka itu pusing kepala ke kiri dan ke kanan memandang sekelilingnya . Memang betul , pelanggan di dalam cafe itu sedang memandangnya  . Majoritinya ialah perempuan . Kemungkinan warna anak mata birunya itu mengundang pandangan ramai . 

Jejaka itu menundukkan kepalanya sedikit . Tidak mahu mereka memandangnya lagi . 

Elfira cepat - cepat mengambil cermin mata hitam di dalam begnya lalu diberikan kepada jejaka itu . 

Dia mengambil cermin mata hitam yang diberikan oleh Elfira itu lalu dipakai . Situasi di situ mula kembali normal , tiada lagi yang memandangnya .

" Ada apa you nak jumpa i ni ? " 

" Aku nak bagitahu kau ni ... " kedengaran seperti ada benda mustahak yang ingin lelaki itu ceritakan .

Elfira cuma memasang telinga . Mendengar apa yang lelaki itu mahu beritahunya .

" Aku dah tahu Mia dekat mana " bangga lelaki itu berkata .

" so ? kenapa bagitahu i ? " 

" aku bagitahu kau sebab aku nak kau fokus kepada Faliq . Buat macam apa aku suruh " tegas lelaki itu . 

" Kalau tak berjaya macam mana ? " soal Elfira . 

" Kalau tak berjaya , kita buat cara kotor lah . Yang penting aku dapat Mia . " tekadnya . Tak kesah bagaimana pun caranya , yang penting dia dapat apa yang dia inginkan .

Menyampah Elfira selepas mendengar lelaki itu berkata sebegitu . 

" Apa yang ada dekat Mia tu sampai you dengan Faliq tergila - gila sangat dekat dia ? " sikit - sikit Mia , menyampah dibuatnya . Naik muak bila asyik sembang pasal Mia !

"  Mia ni sempurna kau tahu tak ? Baik , cantik , sopan santun . Tapi sayang dia jatuh dalam tangan si gila tu . Jadi aku nak bahagiakan dia , bagi dia happy . Aku taknak tengok dia terseksa bila dia hidup dengan si gila tu . "

Elfira menjeling sekilas . Perempuan tu memang dilayak layan macam tu je ! 

" Lagipun Mia ni , dia tak perangai setan macam kau . Kalau dia macam tu , aku pun taknak ! " pedas lelaki itu berkata - kata . 

Elfira mengetap kuat rahangnya . Sakit hati bila lelaki itu berkata begitu . Dada mula berombak menahan kemarahan .

Kita lihat siapa yang akan dapat Mia dulu ! Aku takkan lepaskan kau macam tu je Mia !

To be continued

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

449K 15.1K 73
๐•ถ๐–†๐–—๐–ž๐–† ๐–•๐–Š๐–—๐–™๐–†๐–’๐–† RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cant...
1.6M 75.4K 60
"๐™จ๐™๐™š ๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š๐™™ ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฎ ๐™ข๐™ฎ ๐™™๐™š๐™ข๐™ค๐™ฃ๐™จ ๐™ฌ๐™ž๐™ฉ๐™ ๐™ฉ๐™๐™š ๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ง ๐™ž๐™ฃ ๐™๐™š๐™ง ๐™š๐™ฎ๐™š๐™จ" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...
1M 53.3K 72
TAD series 1 [Completed] ๐Ÿ“ŒAmaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang...
598K 38.7K 105
"If there's one thing I am sure of,I am sure that you have always belong with me" "I want you to love me and only me" Hanya kerana kejadian pada mala...