DIA

By ianvasqz

12.2K 661 42

Dia. Satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku. Aku? Seketul Afreen Humaira. Gadis ceria dan periang... More

intro
prolog
DIA #1
DIA #2
DIA #3
DIA #4
DIA #5
DIA #6
DIA #7
DIA #8
DIA #9
DIA #10
DIA #11
DIA #12
DIA #13
DIA #15
DIA #16
DIA #17
DIA #18
DIA #19
DIA #20
DIA #21
DIA #22
DIA #23
DIA #24
DIA #25
DIA #26 - final.
DIA - special chapter.
appreciation.

DIA #14

272 17 0
By ianvasqz

"MERDEKA!!"

"KITA MERDEKA!!"

Usai sujud syukur, semua pelajar tingkatan lima berpusu-pusu keluar dari dewan Tengku Mukmin. Laungan seperti 'yey' dan 'alhamdulillah' kuat kedengaran. Ada sesetengah pelajar perempuan sudah mengalirkan air mata kerana terharu. Pelajar lelaki pula berlari lalu berpelukan sesama mereka.

Tidak kami sangka, kami dapat menghabiskan perjuangan menghadapi kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini. Aku, Maryam, Zara dan Rehana saling berpelukan. Perasaan gembira, terharu dan sedih bercampur-baur.

Aku berjalan ke arah Nadeem yang sedang duduk seorang diri sambil tersenyum nipis. Aku berdiri di hadapannya.

"Macam mana paper tadi?" soalku memulakan perbualan. Dia tarik senyum senget.

"Better than what I expected." balasnya mengundang tawa kecil daripadaku. Dia mengangkat botol airnya lalu diletak depan mata aku.

"Apa ni?" soalku bingung. Dia nak aku cermin kan diri guna botol ke? Tapi macam mana imej nak terpantul? Botol ni bukan ada cermin pun. Keluar lah segala fakta sains dari otakku.

"Fist bump. Kan haram kalau bersentuh dengan bukan mahram." Mulutku berbentuk o. Baru aku faham. Aku merapatkan muka penumbukku dengan botol itu.

"Lepas ini kau nak pergi mana?" soal aku. Nadeem menggosok dagunya dengan jari telunjuk dan ibu jari tanda gigih berfikir.

"I don't know. I haven't decide yet." Nadeem sengih. Aku mengangguk kecil tanda faham. Aku meliarkan pandangan melihat sebahagian pelajar lelaki sedang menconteng belakang baju rakannya sebagai tanda kenangan setelah habis sekolah nanti.

"Nadeem, kau tak nak conteng baju jugak ke?" soal aku. Nadeem pantas geleng kepala. Aku sudah mengagak jawapan itu terlebih dahulu.

"Kenapa?"

"Sebab diorang lukis tak cantik. Aku lukis lagi cantik." Aku tepuk dahi. Confident nya kamu anak muda. Aku gulingkan anak mata tanda menyampah. Nadeem pula ketawa kecil.

"Afreen. Come here." Aku mendekati tubuh Nadeem. Dia menyuruh aku menghulurkan tangan kananku. Aku hanya mengikut saja arahannya seperti kerbau cucuk hidung.

Nadeem mengeluarkan sebatang pen hitam yang dia selalu gunakan untuk melukis lalu dia melukis sesuatu atas lengan bajuku. Pada awalnya aku ingat dia melukis orang, rupa-rupanya dia lukis sekuntum bunga.

Yes. A flower. A sunflower.

Aku pernah membaca sebuah artikel berkaitan bunga matahari iaitu ia melambangkan umur yang panjang dan juga mewakili nasib yang baik untuk masa hadapan.

Is he trying to say good luck to me?

Nadeem tersenyum melihat hasil lukisannya. Pen itu disimpan semula ke dalam poket seluar.

"Apa maksud dia?" soal aku walaupun aku sudah tahu jawapannya. Biasalah, perempuan.

"Good luck for your future, Afreen Humaira." Senyuman nipis terlukis di wajahnya. Huh. Typical Nadeem Qawi.

Aku tersenyum malu. Sudah lah dia lukis bunga matahari di lengan bajuku, lepas itu dia sebut nama penuh aku pula. Rasa seperti mahu menjerit pula di sini. Ibu! Tengok Nadeem! Dia sweet sangat ibu!

"Kenapa lukis kat aku seorang je?"

"Cause you're the very first girl friend I ever had." Darah mula menyerbu pipiku setelah mendengar kata-kata Nadeem yang semanis madu itu.

Girl friend, ya. Bukan girlfriend.

"Saya tak sangka pulak awak akan hargai saya sampai macam ni." Aku menunduk. Malu.

"Of course. You also changed me, Afreen. I can't afford losing you in my life." Aku menatap sepasang mata hazel itu.

Kata-katanya, adakah itu bermakna dia cinta padaku?























"Assalamualaikum home sweet home." ujarku setelah melangkah ke dalam rumah. Beg bagasi aku biarkan berada di tepi sofa manakala aku sudah terbaring di atas sofa yang empuk itu.

"Humaira, pergilah mandi ke apa dulu sebelum tidur tu." arah abah. Aku tayang gigiku. Stoking yang tersarung di kaki, aku cabut lalu dilemparkan di sebelah bagasi.

"AFREEN HUMAIRA!!" jerit along. Aku cepat-cepat tutup telinga. Tidak mahu mendengar ceramah agamanya yang mampu memakan masa selama seminggu tanpa henti.

"Humaira, pergi bawak barang naik atas sekarang! Kutip sekali stoking yang bersepah ni!" Nada suara along rendah sedikit tetapi masih kuat pada pendengaran aku.

Aku bangun dan melangkah dengan malas naik  ke tingkat atas bersama beg bagasi aku. Along kalau dah mula menjerit seperti mak tiri tu, aku memang kena patuh. Risau aku kena piat telinga pula dengan dia nanti.

Aku menolak beg bagasi ke dalam bilik lalu diletakkan sebelah almari bajuku. Aku merebahkan tubuh ke atas katil Queen. Tubuhku terasa sangat berat dan sakit sekarang ini. Mungkin sebab bawak turun barang terlalu banyak kot dekat sekolah tadi.

Aku mencapai iPhoneku. Ikon aplikasi Instagram aku tekan. Bukan main ramai rakan-rakan setingkatanku yang memuat naik gambar di aplikasi itu. Sampai penat jariku ingin menekan butang 'like'.

Jariku terhenti di sebuah gambar yang menunjukkan aku dan Nadeem sedang berbual. Gambar itu ditangkap secara candid. Aku senyum. Sempat lagi ahli fotografi sekolahku menangkap gambar ini.

Wajah Nadeem aku zum supaya dapat dilihat dengan lebih jelas. Mata hazelnya jelas terserlah dalam gambar itu. Sungguh pandai cameraman ini menangkap gambar dengan lighting on pointnya. Memang tabik spring lah!

Aku mula mencari profil Instagram Nadeem. Gambar profilnya berwarna hitam dan tiada sebarang gambar yang dimuat naik.

Aku menutup semula iPhoneku. Tuala mandi aku capai lalu aku masuk ke dalam bilik mandi.

Ting! Ting! Ting!

Bunyi notifikasi yang tidak henti-henti masuk membuatkan aku mencapai iPhone ku semula. Aplikasi Whatsapp aku buka.

Jahiliah Sisters🧟‍♀️

Zara
Sweetnya gambar kau dengan
Nadeem, Afreen!

Yam yam
Betul tu. Macam pinang dibelah lapan.

Zara
Sepuluh la! Bukan lapan.

Yam yam
Mana ada. Enam lah!

Rehana
Yam, Zara. Pinang dibelah DUA.

Yam yam
Hehe sorry. Lupa pulak.

Zara
Banyak makan semut lah kau ni!

You
Cukup lah tu anak muda.

Zara
Sorry, Af. Aku ingat kau tengah membuta.

Yam yam
Mesti korang menang anugerah pasangan paling meletop waktu hari graduasi nanti!

Zara
Ada ke award tu?

Yam yam
Entah.

Zara
🤦🏼‍♀️🤦🏼‍♀️

Yam yam
Hehe.

Zara
Bila korang nak kahwin ni? Aku dah ada hashtag tau #AfDeem

Yam yam
Bukanlah. #NaReen baru betul.

You
🙄🙄🙄

Zara
Tak sabar nak tengok korang dekat hari graduasi nanti. Mesti sweet bersemut dalam dewan tu!

Yam yam
Betul tu! Tapi, macam mana gambar tu boleh lepas masuk dalam ig KTeM. Bukan ke Nadeem tak suka gambar dia di expose?

Aku mula teringat tentang itu. Aku terus menekan nombor Nadeem.

Nadeem

Nadeem. Kau tak marah ke gambar kau ada dekat ig KTeM?

Nak marah buat apa? Gambar tu cantiklah. Aku nampak terlebih hensem lagi dalam gambar tu.

Nadeem, I'm serious.

I'm not mad, Afreen. I've changed. Aku okay je kalau KTeM nak post gambar aku.

Oh. Okay.

Kenapa kau tanya aku? Tak sangka kau prihatin jugak dekat aku eh?

Tak adalah. Saja je tanya. Bye.

Aku terus menutup iPhone aku. Malu pula aku bila Nadeem tanya soalan sebegitu. Aku menekup mukaku dengan bantal. Malu.

Oh gosh! Malu gila siaa!!

I'm blushing. For real.

Continue Reading

You'll Also Like

555K 23.9K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
1.6M 59K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
2.4K 285 52
"Lelaki untuk membimbing, bukan dibimbing." ..... لَكُمْ دِيْنُكُمْ وَلِيَ دِيْنِ "Untukmu agamamu, dan untukku agamaku." [QS, Al-Kafirun: 6] ...
23.7K 1.3K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...