roomie.

By -milkyuuu

1.7K 427 1.8K

꒰ complete ꒱ ❧ choi chanhee. in which grumpy pink guy having sunshine girl as his housemate. started : jun 1... More

0 0 ; prologue
0 2 ; unfounded memories
0 3 ; secretly cared
0 4 ; pinky guy
0 5 ; this night
0 6 ; tulips, the novel
0 7 ; jealousy brother
0 8 ; fear of blood
0 9 ; fight till we drop
1 0 ; kimbap kidding
1 1 ; unclear scenarios
1 2 ; weird feelings
1 3 ; hot spring trip
1 4 ; sunset
1 5 ; pre midnight date
1 6 ; traumatic love
1 7 ; falling leaves
1 8 ; roommate unofficially
1 9 ; playing it cool
2 0 ; cool with you
21 ; cursed croissant
2 2 ; reset
2 3 ; pretzels & strawberry
2 4 ; rain inside
2 5 ; secret garden
2 6 ; yellow tulips
2 7 ; hopeless
2 8 ! ; don't blame me
2 9 ; farewell
3 0 ; roomie officially
love notes
epilogue : spring breeze

0 1 ; new housemate

89 19 36
By -milkyuuu

•••

« youngmi »

Kotak kotak serta beg baju yang bersepah di hadapan pintu rumah aku pandang dengan penuh teruja. Akhirnya penantian aku selama dua tahun bakal menjumpai titik pengakhiran. Lantas aku melajukan langkah menghala ke arah pintu.

Kad akses yang berada di dalam purse aku lekapkan pada pengesan pintu. Tidak sampai beberapa saat, kayu besar yang dilengkapi dengan padlock terbuka secara automatik. Pintu aku tolak seluas alam sebelum membiarkan kayu itu kekal terbuka luas.

" Comelnya!" aku sengih sendiri.

Bagasi beroda bergambar hello kitty aku tolak masuk ke dalam rumah. Siap bantu letak di tepi katil bilik kosong bahagian bawah lagi. Memudahkan kerja si roomie baru nak unpacking.

Memandangkan studio yang aku sewa mempunyai ruang kosong di tingkat bawah, jadi tingkat itu khas untuk si roomie baru. Manakala tingkat atas pula bilik aku.

Siapa dapat, nasib right?

Sayup sayup telinga dapat menangkap bunyi barang terjatuh dari luar bilik. Lekas aku melangkah ke ruang tamu. Senyuman aku hadiahkan khas untuk susuk yang mengenakan hoodie pink, tetapi dia sedang membelakangi aku. Busy mengutip barangnya di lantai.

" Hi roomie!" ceria suaraku menyapa.

Dia berhenti mengutip barangan yang bersepah di lantai. Dari posisi mencangkung, dia berdiri tegak. Aku tepana. Tingginya perempuan ni-

" Kau asal?" suaranya serak serak basah menggegarkan gegendang telinga.

Dia memusingkan badan memandang aku. Aku semakin keliru. Ini lelaki ke perempuan. Suara macam perempuan, tinggi macam lelaki. Rupa parasnya tak kurang cantiknya daripada aku. Bersih tanpa sebarang mekap.

Okay aku jujur aku insecure sikit.

" Kau roomie baru aku kan?" aku cuba beramah mesra dengannya.

Lelaki itu berdiri tegak. Pandang aku atas bawah berulang kali. Amboi, tengah judge aku pakai selekeh ke? Rambutnya yang terkeluar daripada hood di atas kepalanya aku pandang dengan penuh minat. Cantik betul pink tu, nampak glowing.

" Cantik rambut, kau suka pink ea?" aku cuba berbual walaupun dia nampak tak berminat.

" Wae? Kau nak cakap aku pondan ke suka pink?" tembaknya walhal aku berfikir begitu pada mulanya.

" Eh, mana ada. Pink cuma warna. Orang gila je fikir warna pink untuk pondan." balasku selamba.

" Then kau nak cakap aku gila la?" dia mencekak pinggang.

" Lebih kurang?"

Dia tergeleng. Malas melayan aku, lelaki itu menyusun tiga kotak dari saiz besar ke kecil lalu dibawa ke bilik bawah. Kesian akan sang roommate baru memunggah barang seorang diri, satu luggage bersaiz serdahana aku tolak ke biliknya.

" Geunde, nama kau apa? Kenapa kau nampak moody? Kau salah pilih rumah ke macam mana? Ke kau tak suka duduk dengan roommate?" sambil tolak bagasi, mulutku tak berhenti mengutarakan apa yang aku terlintas.

Tiba tiba dia berhenti. Aku pandang lelaki itu pelik. Lama dia tilik wajah aku. Mesti cari modal nak membidas.

" Mulut kau ni boleh diam tak."

" Tak boleh. Mulut saya, suka hatilah." aku siap menjelir pada lelaki itu. Dia mengeluh berat sebelum sambung langkahnya.

" Cepatlah ahjusi, nama ahjusi apa?" desakku.

Bagasi pink itu aku letak di tepi pintu. Laju aku melangkah masuk, ingin memerhati dekorasi bilik kosong ini. Walaupun aku sudah menetap dua tahun tanpa roommate, ini kali pertama aku jejak. Ada satu katil bersaiz queen, satu almari, meja solek serta satu kabinet besar berupa wardrobe.

" Sedap mulut kau je panggil aku ahjusi. Kalau aku panggil kau ahjumma nak tak?" bidas lelaki itu. Sempat dia menjeling ke arahku.

Aku tayang muka tak bersalah. Langsir yang menutupi jendela aku selak ke tepi. Beterbangan segala jenis debu ke udara. Aku berkerut, saluran pernafasan terasa pedih. Tak sampai beberapa saat aku sudah bersin.

" Dah tahu diri tu alergik debu, kenapa gatal main dekat tempat berhabuk?" bebelnya. Tiba tiba muncul di sebelahku.

Aku hanya mampu genyeh hidung. Gatal! Mata memerhati lelaki berambut pink ini mengikat langsir lalu membuka jendela. Serta merta ruangan ini kelihatan lebih cerah.

" Pergi main kat luar. Tak payah sibuk pegang barang aku." halaunya, persis abang halau adik.

" Taknak, aku nak tengok roommate aku mengemas." aku bergerak ke katil pula. Siap duduk bersimpuh lagi. Merenungnya penuh teruja.

" Roommate?" dia berkerut.

" Yelah, ahjusi tak sekolah ke? Roommate tu adalah individu yang tinggal di ruang yang sama." terangku.

Sekali lagi tangannya naik memegang pinggang. Kepalanya digelengkan sebelum menghampiri aku. Sepasang mata almond eyes itu tatap aku.

" Aku rasa kau yang tak sekolah ni. Belajar setakat mana? Belajar dengan Wikipedia eah?" tuduhnya melulu.

" Heh?" aku berkerut. Ah sudah, kenapa pulak aku yang tak sekolah?

" Girl, kita housemate. Roommate? Kau ingat aku ni boyfriend kau ke nak tinggal satu bilik? Tak hamak la." semburnya. Siap mimik muka menyampah plus jijik lagi.

Aku muncung sedikit. Kedudukan aku yang bersimpuh pada mulanya aku betulkan menjadi bersila. Tahan la telinga dengar ahjusi ni jadi guru bahasa buat buat kelas tatabahasa.

" Roommate tu stand for rakan sebilik. Housemate pulak rakan serumah. Aigeso?!" perkataan terakhir ditekan membuatkan bahuku ternaik sedikit.

Tanjat gegirl.

" Yela ahjusi, thank you info." halus aku menjawab.

" Dah, keluar." dia beralih ke luggage. Ingin unpacking segala barangnya.

Aku pula angkat punggung dari katil. Dah penat nak beramah mesra. Baru sahaja ingin keluar dari ruangan ini, mata menangkap satu objek seperti bouquet bunga berdebu berada di atas almari. Mulalah curiosity aku menguasai.

Penuh rela hati, aku angkut kerusi dari meja makan lalu bawa masuk ke dalam bilik. Sempat aku mengerling ke arah sang ahjusi yang membelakangi aku, sibuk dia mengeluarkan barang dari luggage. Langsung tak perasan aku buat projek apa.

Aku sengih sendiri. Line clear. Kerusi itu aku letak di depan almari. Penuh cermat aku naik ke atas kerusi. Namun ketinggian aku tidak menyamai almari itu. Maklumlah tinggiku hanya 147cm sahaja. Nak tak nak aku gunakan kuasa menjengket.

" Yes dapat pun!" bouquet yang berhabuk itu aku capai. Tetapi alergik datang menyerang. Terbersin aku. Sepuluh kali bersin pun tetap gatal hidung ni!

" Hey kau buat apa tu!" suara ahjusi itu menyergah aku.

Aku turunkan tumit supaya menyentuh permukaan kerusi semula. Tetapi apa yang aku rasa adalah udara semata mata. Sekelip mata sahaja aku sudah hilang keseimbangan.

Gedebuk!

" Youngmi!"

" Auchhh!" sengal pinggul gara gara terhempas pada lantai. Belakang badan pun apatah lagi. Terhentak pada kerusi punya pasal.

Kerusi laknat!

Belum sempat aku ingin berdiri, tubuhku sedah berada di awangan. Lelaki itu meletakkan aku di atas katil. Aku buntangkan mata, langsung tak sempat nak loading apa yang telah terjadi.

" Kau memang degil kan? Suka sangat cari penyakit!" tempelak lelaki itu.

Sepasang mata itu, merenung aku penuh prihatin. Entah kenapa aku hilang kata kata. Mulut yang tak reti diam senyap dengan sendirinya. Jantungku berdegup lain dari kebiasaan.

Kenapa ya?

Pandanganku jatuh pada bouquet bunga yang aku kutip tadi.

Oh, tulips. Yang sudah kering. Rasa seperti ada memoriku di situ. Tetapi entahlah, aku tak pasti ke manakah memori itu pergi.

" Hoi! Kau dengar tak aku bebel apa ni?" lelaki itu tolak bahu aku. Automatik kepalaku mendongak memandangnya.

" Sorrylah. Aku tak tahu pulak boleh jatuh." gumamku perlahan.

Tetapi riak jijik pula dipamerkan pada aku.

" Eee- hingus!"

•••

Continue Reading

You'll Also Like

6K 539 37
Cinta? Itulah yang dialami oleh segelintir pasangan ketika sedang dimabuk cinta. Namun tidak bagi pasangan ini Taman di sebuah bandar bernama York m...
24.3K 2.4K 46
Half-blood. Kerana takdir itu, dia terpaksa melindungi dirinya di Hogwarts daripada muggle. Ingatkan dia dah selamat, rupa-rupanya masih banyak baha...
fanfic. By ‎

Fanfiction

3.5K 768 23
꒰ complete ꒱ ❧ lee hyunjae. her enemy secretly reads her fanfiction. started : oct 12 2021 ended : nov 02 2021 © -milkyuuu. 2022
819 133 13
"Tolonglah terima saya kerja kat sini. Cleaner pun takpe. Saya penatlah dengar mak saya membebel." start : 130921 end :