DIA

By ianvasqz

12.2K 661 42

Dia. Satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hati aku. Aku? Seketul Afreen Humaira. Gadis ceria dan periang... More

intro
prolog
DIA #1
DIA #2
DIA #3
DIA #4
DIA #5
DIA #6
DIA #7
DIA #8
DIA #9
DIA #10
DIA #11
DIA #12
DIA #14
DIA #15
DIA #16
DIA #17
DIA #18
DIA #19
DIA #20
DIA #21
DIA #22
DIA #23
DIA #24
DIA #25
DIA #26 - final.
DIA - special chapter.
appreciation.

DIA #13

302 18 2
By ianvasqz

Hari ini, aku akan pulang semula ke kolej setelah tiga hari dua malam menetap di rumah. Along membantu aku memasukkan dua buah beg aku ke dalam bonet kereta. Manakala aku bersenang-lenang goyang kaki melihat dia dari dalam kereta. Tabah jelah Hazim. Lepas habis SPM, kau dah tak payah nak buat semua benda ni lagi.

"Arshad, dah selesai belum?" soal ibu. Apa ke lama sangat budak Hazim ini masukkan beg aku yang tak sampai sedozen tu?

"Kejap..... okay dah. Jom gerak!" Abah menghidupkan enjin kereta. Along membuka pintu kereta lalu duduk di sebelahku. Matanya memandang aku seolah-olah tidak berpuas hati. Aku tayang muka berlagak. Hehe. Inilah ciri-ciri adik yang baik.

Dalam perjalanan ke Kolej Tengku Muazzam, kami berbual kosong dan bertukar-tukar cerita. Ada kala riuh juga suasana dalam kereta itu dengan gelak tawa aku dan abangku yang seperti kak ponti mengilai. Hihihihi!

Aku keluar dari perut kereta. Sementara along mengeluarkan beg-beg aku, aku bersalaman dengan ibu dan abah. Tidak lupa juga, meminta reda mereka keatasku, memohon maaf atas segala salah silapku, mendoakan kecemerlanganku dan lain-lain.

"Humaira, dengar sini. Ibu selalu doakan untuk anak-anak ibu. Ibu harap Humaira dapat jawab kertas peperiksaan dengan baik ya. Ibu sayang Humaira." Ibu menarik aku ke dalam pelukannya. Secara tak sengaja, aku mula beremosi.

Don't cry, please.

Ibu melepaskan pelukan kami. Dahi dan kedua belah pipiku dia kucup dengan penuh kasih sayang. Tiba giliran abah pula untuk memelukku. Aku nampak mata abah seperti ingin mengalirkan mutiara jernih itu tetapi ditahan agar kelihatan kuat di hadapan aku.

"Abah sentiasa doakan Humaira. Semoga Humaira berjaya dunia akhirat." ujar abah membuat aku sebak. Aku memeluk abah erat. Kalau boleh, tidak mahu melepaskan tubuh itu.

"Jim pun nak peluk jugak!" Hazim memeluk tubuh. Bibirnya muncung tanda protes. Aku memeluk tubuh Hazim pula.

"Kalau kau dapat result bagus, aku belikan kau McD."

"McD je?" soalku. Kedekut taik hidung masin punya along!

"Cukup lah tu. Cuba belajar bersyukur sikit." Along menepuk kepalaku perlahan. Pat pat. Abah, ibu dan along langsung masuk ke dalam perut kereta untuk pulang ke rumah.

"Bye abah, ibu, along!" Aku melambai-lambaikan tangan kepada mereka. Mereka juga turut melakukan hal yang sama membuatkan aku rasa mahu meraung di situ jugak.

Sabar, Afreen. You can do this.





















"AFREEN HUMAIRA!!!" laung Maryam sambil berlari masuk ke dalam dorm. Telingaku hampir tercabut mendengar jeritan sekuat speaker surau sekolah ini. Ya Allah! Kenapa member aku semua suka menjerit! Huaaaa!!

"Apa dia Maryam Kashaf?" soal aku. Nak tak nak, kena layan juga anak istimewa ni. Maryam tersengih seperti kerang busuk. Dia mencuit bahu Zara di sebelahnya. Zara juga turut tersengih-sengih. Tak sihat ke member aku ni?

"Assalamualaikum. Tak ada mulut ke nak cakap ha? Kena pakai bahasa isyarat ke?" soal aku, bengang dengan mereka. Dah la mengacau ketenteraman hidup aku yang sedang mengemas barang di loker.

"Nah." Sekeping sticky note berwarna kuning cair dihulurkan kepada aku. Sticky note itu aku ambil lalu membaca butir perkataan yang tertulis di situ.

Afreen, jumpa aku kat tangki air pukul lapan malam nanti. Jangan lambat.

Aku memandang wajah Zara dan Maryam yang sedang tersengih sambil menari-nari kecil. Aku rasa member dua orang ni memang dah kena sampuk.

"Siapa bagi ni?" soal aku.

"Nadeem bagi dekat Fattah, Fattah bagi dekat aku, aku pulak bagi dekat kau. Konklusinya, Nadeem yang bagi." balas Maryam. Zara mengangguk tanda setuju.

"So?" soalku yang masih lagi tidak faham. Maryam dan Zara melepaskan keluhan berat.

"Kau tak nampak lagi ke yang Nadeem tu suka dekat kau?" soal Zara. Aku duduk di birai katil. Mata merenung sticky note itu.

"Aku bukan lah apa. Tapi, aku tak nak berharap. Macam mana kalau dia anggap aku sebagai kawan je?" balasku. Sebelum ini pun, Nadeem pernah berkata kepada Khaliq dan Fattah yang kami hanya berkawan. Tidak lebih dari itu.

"Maryam, ini Afreen ke pelanduk dua serupa dia?" soal Zara tiba-tiba. Aku tayang wajah tidak faham.

"Mungkin pelanduk dua serupa dia." balas Maryam. Aku masih dengan wajah tidak fahamku.

"Kau orang cakap apa ni? Aku tak fahamlah."

"Maksud aku, Afreen yang aku kenal tak faham erti putus asa. Lautan api sanggup dia redah demi orang yang dia cinta. Tapi, tengoklah kau sekarang, macam orang yang putus harapan je." terang Zara panjang lebar. Aku menunduk memandang lantai.

"Dengar sini, Afreen. Kau pergi jumpa Nadeem, luahkan perasaan kau kat dia." Maryam memegang kedua belah bahuku.

"Tapi, aku nak fokus SPM." balasku.

"CLICHE GILER DOHH!!" laung Maryam dan Zara serentak. Aku tersengih.

"Tunggu bila aku bersedia lah. Waktu tu, aku sendiri yang akan luahkan perasaan aku dekat Nadeem."




















Aku menaiki tangga untuk naik ke tangki air yang berada di sebelah asrama putera. Maryam dan Zara juga ikut menemani aku. Katanya, tak nak aku berdua-duaan dengan Nadeem. Macam lah aku tidak tahu yang mereka ingin curi dengan perbualan kami berdua.

Selesai menaiki tangga, aku nampak Nadeem sedang berdiri sambil tangan melakar sesuatu di dalam sketchbooknya. Baru aku perasan yang sejak beberapa minggu ini, aku jarang nampak dia berkepit dengan sketchbook itu.

"Nadeem." sapaku. Nadeem menoleh memandangku. Bibir tersenyum nipis. Aku melangkah menghampiri dia.

"Kenapa kau ajak jumpa kat sini?" soal aku. Nadeem mendongak memandang cahaya bulan penuh yang menerangi gelap malam.

"Saja." balas Nadeem ringkas. Aku turut dongak kepala ingin memandang apa yang dia sedang renungkan. Suasana yang sunyi dan gelap itu hanya diceriakan dengan bunyi haiwan seperti cengkerik dan katak. Ong kedek kedek.

"Nadeem, kau nak jadi apa lepas SPM?"

"Doktor. Sebab aku tak dapat selamatkan nyawa kakak aku sendiri. Kalau aku tahu macam mana nak selamatkan dia, mesti dia hidup lagi." suara Nadeem bertukar sayu. Dia menunduk memandang sketchbooknya.

"Nadeem, arwah meninggal bukan sebab kau tapi ajal. Allah lebih sayangkan dia, Nadeem. Kita takkan mampu nak berbuat apa-apa." ujarku sambil menatap wajahnya. Dia tersenyum kelat.

"You know what? I just realise that it's better if I am the one who die that day. Sebab apa? Sebab hidup aku tak berguna tanpa dia." Nadeem menguatkan genggaman pen pada tangan kanannya. Aku yang tengok pula terasa takut.

"Nadeem, kau masih ada ahli keluarga lain yang masih lagi sayangkan kau. Mak, ayah, adik-adik kau. Mereka masih sayangkan kau Nadeem."

"Dalam hidup kita ini, tiada istilah 'kalau'. Kalau aku tak ni kan, mesti ni ni ni. No. Tiada istilah kalau. Yang ada cuma takdir. Takdir yang menentukan segalanya." sambung aku lagi. Aku pandang wajah Nadeem.

"Sekarang, aku nak kau dan aku fokus dekat SPM lusa ni. Jangan lah fikir benda-benda ni lagi. Nanti dia kacau fikiran kau." Aku tayang senyuman manis dengan harapan Nadeem juga turut gembira.

"Thanks a lot, Afreen. Kau dah banyak tolong aku." ujar Nadeem. Kami serentak mendongak memandang bulan semula.

"No hal lah. Nanti belanja aku ayam goreng McD tau."

"Eleh! Ingatkan ikhlas."

"HAHAHAHAHHAHA!!"

Continue Reading

You'll Also Like

1.5K 50 10
Bila seorang kaki pembuli jatuh cinta pada seorang gadis..si pembuli juga mengugut kalau si gadis tidak mengikuti kehendaknya manja orang yang terdek...
26.7K 1.1K 57
Seorang gadis bernama luna yg tinggal di bersama keluarganya malah tragedi kematian berlaku di atas ibubapa luna mempunyai 5 orang adik beradik luna...
3.3K 429 103
365 page of quotes and some words. Sorry for my broken English.
8.5K 1.2K 96
RAIN SHOP SEASON 2 @tsweetestrain- ❝Kalau anda percaya diri, datang dan carilah kalau ada yang menarik perhatian anda.❞ . . . Guna cover/banner selam...