Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.7K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 21

453 28 0
By EiSeoya

ICE pack dibawa keluar dari freezer. Emara meletakkannya atas meja kopi depan sofa. Mata ambernya kini bersabung dengan mata perang keemasan yang sirna binarnya.

"Kenapa? Apa dia?" soal Nawwar heran.

"Um... sa-saya... kena... letak ice pack dekat... belakang awak." Gagap Emara membuatkan Nawwar tersenyum nakal. Rezeki besar gadis itu.

Nawwar kontan menanggalkan hoodie hitamnya. Terserlah tubuh sasa Nawwar tidak berbaju itu. Hoodie miliknya dicampak ke Emara yang masih terpejam matanya.

"Cepat, kata nak letak ice pack dekat belakang saya,"

"Buat sendiri jelah." Ice pack dihulur oleh Emara. Dia taknak iman dirinya tergugat dek melihat enam roti terpapar pada bahagian abdomennya.

"Bukalah mata. Look at my precious six pack." Hasut Nawwar seraya menarik lengan baju Emara. Tangan Nawwar ditepis, Emara merengek manja.

"Emara... badan saya tengah sakit sebab kena campak Tuan Amirul tadi. Tak kesian ke?"

Asbab kasihan, Emara menyalangkan matanya. Liur diteguk kesat. Kulit tubuh sasanya sedikit pucat menimbulkan lagi rupa six pack terpampang depan mata. Balik bilik confirm tidur nyenyak.

"Andai kata kita ada jodoh, badan saya akan jadi milik awak. Buatlah bantal tempat baring ke, bantal peluk. Tak rugi tau." Nawwar mengangkat tinggi keningnya. Dibuatnya Emara ada ikatan halal antara mereka. Hilang sifat malu seketika.

"Nawwar! Dah pusing belakang, saya nak tekap ice pack ni."

Nawwar sekadar menurut suruhan Emara. Pada mulanya, ice pack ditekap lembut di bahagian sedikit kebiruan. Kuat juga impak Tuan Amirul dekat Nawwar. Tiba-tiba...

Puk!

Nawwar mengaduh sakit. Nak rawat orang atau imbuh kesan lebam belakang badan? Baling ice pack penuh dendam kut. Hampir jatuh air mata jantan semata-mata tahan sakit kena physical attack dari Emara.

Love language Emara physical attack barangkali. Dua kali lima dengan Hadeena.

"Sakitlah Emara..."

"Siapa suruh awak nakal dan gatal sangat! Semalam menangis, mengadu itu ini. Hari ini buat muka tak bersalah tayang free show dekat saya. Sakit tau tak hati saya sebab awak tak jawab soalan saya."

Puk!

"Emara!" Erangan keluar dari mulut Nawwar menyebabkan Emara terhambur tawanya. Nawwar menggenggam erat hoodie tahan sakit. This is not funny!

"Saya dah jawab soalan awak,"

"No you're not! I don't want that answer!" Emara masih tidak puas hati jawapan yang diberikan oleh Nawwar semalam.

"Then what kind of answer do you want?" Nawwar menyilangkan tangannya sembari menikmati rasa sejuk dari ice pack itu.

"I want the real answer. You confession that comes from your heart. Your feelings towards me. Everything."

Tubuh Nawwar mengeras dengar permintaan Emara. Jawapan ikhlas dari hati. Jujur dari segi perasaan. Itu ke sebabnya dia terasa hati sampai berambus balik bilik?

"Emara... saya-"

Krekk... doom!

Serentak dua kepala menoleh ke arah daun pintu utama. Tuan Zachary menghempas pintu kuat. Angin dia tampak tidak baik.

"Sampul kamu dipijak Tuan Amirul. Nah." Menggigil Nawwar menyambut sampul daripada Tuan Zachary. Tuan Zachary menghempas tubuhnya atas sofa di hadapan mereka. Pangkal hidungnya dipicit beberapa kali.

Tak pernah dia tengok Tuan Zachary mengamuk sampai muka jadi merah.

"Tuan? Tuan okey?" soal Nawwar.

Berkali-kali kepalanya digeleng. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. Kemarahannya dikawal sebaiknya agar tidak dilampiaskan kepada orang tidak bersalah.

"I want you to be Young Master."

Terpukul hatinya mendengar ayat Tuan Zachary. Nak bantah, mood dia tengah ke Laut China Selatan. Layankan jelah.

"Why?"

Tuan Zachary angkat kepalanya. Dia perasan sesuatu aneh. Terkebil-kebil dia memandang dua anak muda depannya. Hilang terus amarah yang membara dalam diri.

"Hm... Nawwar... kamu sorok sesuatu dari saya ke? Mesra betul. Setahu saya, kamu jenis anti-sosial dengan perempuan."

Emara tersengih bak kerang. Nawwar sekadar jongket bahu.

"Tak tahu. Dia je paling saya minat bila diajak sembang. Lagi okey daripada Hadeena. Garang sangat."

"Ayok! Bagitahu Kak Deena!" celah Emara mengangkat jari telunjuknya.

"Janganlah! Saya nak panjang umur," rayu Nawwar melekapkan telapak tangannya memohon ampun.

"Oh! Cakap pasal panjang umur... ya, yang Young Master itu." Tuan Zachary kembali buka topik tentang keinginnya untuk Nawwar menjadi salah seorang daripada mereka.

"They want to kill you If I didn't kick you out from this academy. I don't know why they despise you so much. It's not your fault on that night."

Pernafasan Nawwar tersekat sesaat. Tuan Amirul bukan main lagi kata orang melampau. Dia sendiri nak main nyawa orang. Kurang cermin di rumah gamaknya.

"If you're going to be a Young Master at the end of this third semester, you might have the chance to be the dominant master at the same day,"

"Ha? Tak faham." Nawwar kemam bibirnya. Rasa kebas belakang badan mengganggu fokusnya.

"Masa perlantikan nanti, kalau kamu dilantik jadi Young Master, besar kemungkinan jawatan kamu akan terus naik ke Honorable Master. Gabungan elemen Thunder dan curse dalam diri kamu akan menyebabkan seluruh dewan terdiam. Kamu tahu upacara perasmian pedang ternama?"

Nawwar angguk laju tanda faham. Sesi perasmian pedang ternama adalah upacara penting dimana seseorang yang dilantik harus pegang satu pedang khas. Pengacara majlis kebiasaannya membaca satu skrip ayat perasmian bagi Tuan Muda yang dilantik.

Usai saja sesi bacaan ayat perasmian, mereka yang dilantik haruslah menusukkan pedang ke lantai. Secara rasminya, jawatan itu sah dipegang oleh mereka.

Namun, jika ada salah seorang daripada mereka berlaku suatu keajaiban di luar jangka, automatik jawatan Tuan Muda naik ke Tuan Tertinggi. Ini bermakna dialah paling berkuasa dalam akademi itu tidak kira umur.

Orang paling berkuasa seharusnya tidak boleh dicabar. Jika tidak, tulah menanti mereka yang cuba menjatuhkan kesucian Tuan Tertinggi.

"Apabila suatu keajaiban berlaku masa kamu tusuk pedang khas itu dekat lantai, mereka takkan hina kamu lagi. Kamu disahkan paling berkuasa dalam akademi Quricity,"

"Jadi, dia orang yang cuba bunuh Nawwar akan terkena kifarah ke?" celah Emara terus meletakkan ice pack atas meja kopi. Puas sudah tekap sana sini biar hilang rasa sakit pada badan Nawwar.

"Exactly. He will be safe but..." Tuan Zachary jeda.

"I'm scared for his curse. It's getting stronger and might affect his health one day."

Hoodie hitam Nawwar disarungkan semula ke tubuhnya. Mata mereka bersabung sebelum Tuan Zachary dipandang.

"Jangan risau. Kamu akan baik saja selagi bawah pemantauan saya. Belakang kamu okey?" Tuan Zachary bangun dari posisi duduk. Tulang bahunya diurut buang rasa lenguh.

"Kurang sikit, cuma masih sakit," adu Nawwar.

"Rehatlah dalam bilik. Apa-apa masalah panggil saya terus," pesan Tuan Zachary sebelum pergi ke meja pejabatnya.

Dua anak muda itu serentak mengangguk. Nawwar mencapai semua sampul suratnya. Pejabat Tuan Zachary ditinggalkan, mahu pulang ke bilik.

"Saya ingat awak cari Fariz balik," cebik Nawwar menyilangkan tangannya.

Meletus tawa Emara. Kali pertama dia melihat reaksi Nawwar lucu sebegitu. Sebelum ini muka ketat aje memanjang.

"Awak lupa ke janji saya selama ini? Saya akan buktikan cinta tulus itu wujud dekat awak. Saya takkan cari lelaki lain." Sebelah tangan diangkat paras dada, menandakan Emara pegang janjinya.

"Awak dah lupa apa yang awak kata semalam? Find someone better but not me?"

"Nawwar... saya tak maksudkan pun. Sengaja cakap macam tu sebab saya tahu awak akan cari saya balik." Sudut bibir sebelah terjungkit naik. Ingat Nawwar seorang aje nak mengusik orang?

"Haih. Saya minta maaf, Emara. Saya tak dapat nak express feeling sebenar saya dekat awak. Saya masih kekok."

Emara setapak melangkah ke sisi Nawwar. Wajah datar jejaka itu direnung. Aish, handsome sungguh tambah pula rambut depan ala-ala oppa korea.

Kena sangat dengan face features Nawwar. Kulit tona cerah, mata perang keemasan, bibir tebal. Kuat genetik arwah Puan Mawwar diturunkan ke anak lakinya.

"Kut iya pun tak payah la tenung muka saya. Tahulah cair."

Segera Emara melempar pandangannya ke tempat lain. Leher tak gatal digarunya. Pipi merona merah. Malu kena notice.

"It's okay. Loving someone you liked might take some times." Emara kenyit sebelah matanya kepada jejaka itu.

Mendadak jantung Nawwar berdegup tak keruan. This girl is kinda flirty.

"Hm... Sampul apa awak pegang? Banyaknya sampai lima sampul. Perempuan mana bagi ha?" tuduh Emara.

"Arwah ayah yang bagi. Bukan perempuan lain bagi saya." cepat-cepat Nawwar menafikan tuduhan Emara.

"Takkan ayah saya bagi awak nak jealous juga?"

Sinis senyuman Emara mengingati semula kejadian semalam di Taman Natural. Dia perasan Nawwar menggepal penumbuknya tahan geram. Penyudahnya, tamparan sedas saja diberi Nawwar kepada Fariz.

She can sense the jealousy inside him.

"Kut lah awak dah kecewa sebab buat saya terluka. Macam tak ada harapan nak kejar saya balik jadi awak cari perempuan lain. Huh." perli Emara memberi jelingan sekilas kepada Nawwar.

"I want you. I. Chose. You,"

Lengan baju Emara ditarik dan kemudiannya ditolak agar tubuh mungil itu bertemu dengan dinding. Kedua-dua tangan spontan mengurung gadis itu. Terasa bahang tubuh sasa Nawwar walaupun sekadar mengenakan hoodie hitamnya.

Mungkin sebab pakai warna hitam kut, tu yang panas semacam. Habis semua haba diserap masuk.

"I want you because you're the first girl to win my heart," bisik Nawwar nada menekan. Pandangannya menusuk ke dalam mata amber itu.

"But... you said that... you... don't know how to express your feelings,"

"Gotcha! I liked you but...". Dagu mulus Emara disentuh lembut.

"Doesn't mean that I fell in love with you. Still, I need some time to feel the unconditional love from you,"

Bahu Nawwar ditolak Emara tatkala bulu romanya naik. Jantung berdetak bagai nak terlompat keluar. Siapa rasuk Nawwar jadi begini?

"Once I start to have a deep feelings for you... You'll be my first priority, Emara Iris,".

Seketika pandangan mereka saling bertaut.



ㅤㅤ



ㅤㅤ




ㅤㅤ



ㅤㅤ

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 145 8
"ℌ𝔢 𝔴𝔦𝔩𝔩 𝔴𝔞𝔦𝔱 𝔣𝔬𝔯 𝔥𝔦𝔰 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔣𝔬𝔯𝔢𝔳𝔢𝔯" ARQINA ZULQISA seorang gadis yang berpendirian teguh dan hati yang lembut cuba melarika...
963 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
6.4K 611 11
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
17.5K 1.7K 40
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...