Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.5K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 17

414 30 0
By EiSeoya

HARI kedua perjalanan dalam bandar Vallette agak meletihkan memandangkan mereka semua tidak dapat tidur lena semalaman. Sekejap tidur, sekejap terjaga. Seperti ada gangguan jiwa.

Haraplah tiada lagi makhluk aneh datang menyerang mereka lagi dek sudah kehabisan tenaga untuk berlawan.

Sebelum pulang akademi, mereka singgah sementara pusat bandar Vallette untuk cuci mata. Sekadar melepaskan tekanan dan bebanan yang dipikul selama ini. Boleh juga singgah kedai makan untuk alas perut.

"Sayang... bila kita dah kahwin nanti kita honeymoon dekat sini, nak?" pinta Hadeena manja.

"Anything for you, sayang," Aryan berpaut lengan dengannya. Kepala Hadeena dilentokkan pada bahu Aryan. Aksi romantik ini ditonton oleh dua orang yang masih belum ada apa-apa ikatan.

"Manja kali dia," ujar Nawwar menjulingkan matanya ke atas.

"Kalau awak cemburu, cakap. Saya boleh manja dengan awak," celah Emara tanpa segan silu.

"Jangan Emara. Saya tak suka,"

"Tak suka ke... malu?"

Aryan dan Hadeena terkekeh-kekeh mentertawakan Nawwar. Masam mencuka wajah jejaka itu bila kantoi perbualannya dengan Emara boleh didengar oleh mereka.

"Bagi je Emara. Nawwar suka sebenarnya cuma dia... ehem," kata Aryan menjungkit kedua-dua keningnya kepada Emara.

Pandangan tajam Nawwar mendalam membuatkan Aryan terdiam semula. Sebelum ada yang minta derma secawan darah, lebih baik Aryan mengunci mulutnya. Risau tersasul lagi.

"Nawwar..." Emara melenggokkan suaranya sembari menatap wajah dinginnya.

"Nak apa?"

"Hm... Tak apa lah. Nanti orang tu tak suka bila saya nak bermanja dengan dia. Spesis jual mahal padahal laku pun tidak," perli Emara sinis. Nawwar berpusing tubuh menghadapi Emara lalu lengannya ditarik rapat Mata mereka saling bertemu.

"Sekali awak cabar kesabaran saya, bila-bila masa tubuh awak jadi santapan terlazat pernah saya rasa," bisik Nawwar dengan senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya.

Bergetar bola mata Emara menahan rasa gerun. Rupa parasnya tidak berani ditatap lama sebelum dia menunduk ke bawah. Bibirnya dikemam, tangan Nawwar ditepis kasar.

"Kak Deena... tengok Nawwar... " getaran dalam suara Emara disedari Hadeena yang terus melepaskan pelukannya dari Aryan.

Emara berlari anak ke Hadeena lalu memeluk lengannya. Raut mukanya penuh ketakutan. Perlahan-lahan Hadeena menoleh ke arah Nawwar di belakangnya.

Habislah Nawwar bakal mendengar bebelan Hadeena.

"Kau ni kan..." jari Hadeena bagaikan pelesit. Telinga Nawwar dicubit geram oleh Hadeena sehingga merah. Nawwar adu sakit manakala Aryan sudah meletus tawanya.

Nak bagi pengajaran dekat seseorang? Hadeena sedia membantu.

"Dengar sini, kau bersyukur sikit ada perempuan minat kau. Dia sanggup tahan rasa malu demi ambil hati kau yang hitam. Eh, maksud aku hati beku. Hargai sikit effort dia nak kejar kau. Jangan sampai ada lelaki rampas dia dari kau baru menyesal," bebel Hadeena panjang lebar.

"Okay, okay. I'm sorry! Enough Hadeena, you're hurting me!" rayu Nawwar beserta kedua-dua telapak tangannya bercantum memohon keampunan.

"Janji dengan aku dulu satu perkara, boleh?" tekan Hadeena menarik Nawwar kasar. Ada juga yang terputus telinga sebelah karang.

"Apa-apa lah, sakit ni oi!"

"Promise me that you will love her one day. And don't do that kind of joke towards her. Understand!?"

"Okey. Insya Allah aku akan sayang dia. Dan... dan aku takkan buat gurauan kasar gitu lagi. Dah lepaskan aku Dyana Hadeena!!"

Hadeena melepaskan cuping telinga Nawwar serta merta. Puas melihat jejaka itu giat menggosok telinganya yang pedih kemerahan. Perempuan bila marah memang bahaya. Physical attack terus dia bagi.

"Ganggu betul aku nak bermanja dengan tunang sendiri. Ei!" Hadeena mengacah pukul Nawwar yang mundur sedikit ke belakang. Sakit hati tengok perangai sorang ni.

"Treat her right before you receive my death threat,"

Nawwar meneguk liurnya kesat. Brutal mana pun Nawwar sebagai Cursed Child, bakal isteri Aryan lagi seram.

"Err... Emara... sini. Saya minta maaf. Saya gurau tadi, tak ada niat jadi kejam depan awak,"

Gadis itu menunduk sayu.

"Kau tengok. Disebabkan kau lah dia jadi teringat trauma dulu," marah Hadeena menjelingnya tajam.

"Trauma?"

"Ada mulut dan telinga kan? Kau sendiri tanya dia, kau sendiri dengar daripada dia. By the way, Emara bawah pantauan aku, jadi apa-apa aduan pasal kau, aku mohon kau bersedia!"

Sekali Nawwar buat salah dekat Emara, memang physical attack kaw kaw Hadeena bagi.

Masalahnya, susah betul Nawwar mahu terima Emara jadi pasangan hidup. Mungkin belum tiba masa pintu hati Nawwar terbuka untuknya.



PASAR Tani Vallette penuh sesak oleh para pengunjung berkerumun di gerai-gerai jualan itu. Suasana bingit langsung merimaskan Emara yang tidak bersuara semenjak Hadeena beri ceramah ringkas kepada Nawwar.

"Kenapa awak monyok je ni? Okey ke?" pujuk Nawwar lembut.

"Bisinglah! Ish!" balas Emara menjeling Nawwar sekilas.

Pedih juga kena jelingan maut anak Tuan Ibrahim.

"Iye, salah saya gurau kasar dengan awak. Saya tak maksudkan betul-betul. Saya minta maaf, Emara,"

Dalam beberapa detik, benteng air mata Emara runtuh setitis demi setitis.

"Eh don't cry in front of me. I'm sorry, I swear I didn't mean to say that. Don't take this too far..."

"You remind me of Fariz,"

Asal nama jantan tu juga dipetiknya?

"Fariz... dulu... dia selalu cakap ayat ugutan macam awak sebut. Tapi dia lagi teruk! Tak bertapis langsung..." suara esakan kecilnya ditahan.

Adakah ini trauma dimaksudkan Hadeena?

"Maksud awak... awak takut saya buat benda sama macam Fariz dekat awak?"

Lantas Emara anggukan kepalanya.

"Hm... jadi lepas Fariz ugut awak, terus awak ikut je apa dia nak?"

Jawapannya tetap sama.

"Saya takut dia bagitahu benda bukan-bukan dekat Tuan Amirul. Nanti saya juga kena. Lepas tu kena demerit lagi kalau tak ikut apa yang Fariz suruh. Kadang-kadang Fariz fitnah saya dalang semua itu ini,"

Tuan Amirul. Dikatakan antara master paling bermasalah dan gila kuasa. Jika disiplinnya teruk sampai ke tahap menganiaya orang, mengapa dia masih berada dalam akademi Quricity?

Andai dia memegang jawatan Young Master, pasti nama Tuan Amirul akan disenaraihitamkan olehnya tanpa ragu-ragu.

Meskipun Young Master bawah pangkat Master, Young Master berhak menjatuhkan sebarang hukuman setimpal kepada ahli berjawatan lebih tinggi.

"Jangan nangis lagi. Lap air mata tu, saya tak suka perempuan menangis depan saya,"

"Awak yang buat saya nangis!"

Nawwar mengeluh ringan. "Iye, saya minta maaf Emara. Now, wipe the tears, lovely,"

Saat langkah pasangan tunang depan mereka dimatikan, mereka turut berhenti. Juadah lazat terbentang luas dalam setiap dulang atas meja. Terlalu banyak pilihan ingin difikirkan. Semua nampak sedap!

Baru saja ingin membuat pesanan, selamba sekumpulan anak muda tidak bermoral memotong barisan mereka berempat. Hadeena sudah menggepal penumbuknya. Mujur Aryan sempat menghalang Hadeena daripada bertindak ganas di tempat awam.

"Biarlah dia orang. Kebulur sangat. Mak ayah tak suap dia orang dekat rumah kut," geram Aryan memberi pandangan maut kepada mereka.

The trauma is calling you

"Huh?" Nawwar menoleh kiri kanan mencari sumber bisikan itu. Takkan waktu siang roh jahat keluar menganggu manusia dalam keadaan sesak begini?

Pasti ada roh jahat menyamar menjadi manusia biasa.

Behind you

Laju Nawwar menoleh. Berdegup-degup jantungnya terserempak satu lembaga hitam di sebalik lorong kecil antara dua bangunan. Penaka memanggilnya ke mari.

Sebaik sahaja tubuhnya berpusing seratus lapan puluh darjah ke belakang, lengan blazernya ditarik kuat.

"Pergi mana?" soal Emara perlahan.

"Saya nampak lembaga dekat lorong sana,"

"Nak ikut!"

Sontak Aryan dan Hadeena berpaling belakang. Melihat Nawwar berdiri kira-kira lima langkah dari mereka menimbulkan rasa syak dan curiga.

"Kau pergi mana?" tanya Aryan menjungkit keningnya sebelah.

"Ada lembaga hitam sana. Firasat aku rasa macam dia nak tunjuk sesuatu,"

"Tunjuk ke perangkap, huh?" ejek Hadeena memandang Nawwar.

"Taknak ikut sudah. Aku dan Emara je pergi," tidak menghiraukan kata putus dari mereka, Nawwar menarik Emara ikut bersama menuju ke lokasi tersebut.

Emara jalan membuntuti Nawwar. Wajah Nawwar ketat sahaja. Langkahnya terlalu laju hinggakan semput Emara mengejarnya. Tahulah tinggi, kesian sikit dekat insan bergelar wanita.

Lorong sempit itu diredah masuk. Nawwar tilik kiri kanan memastikan keberadaan lembaga hitam ada berhampirannya. Tangannya menghasilkan bebola putih kebiruan yang akan membawa keluar lembing hitam kebiruan. Emara merapati Nawwar dari belakang.

"Nawwar?"

Zass!

Arus petir ditujah Nawwar tepat mengenai dinding. Hampir terkena tiga susuk tubuh yang mengenakan jubah hitam serta bertopeng muka.

"Emara, awak jangan masuk campur tapi jangan terlalu leka, okey? Saya nak bantai dia orang semua sendiri,"

Nawwar melangkah maju bersama lembingnya diputarkan dengan satu tangan. Cas petir terhasil, bersedia untuk merenjat mangsanya.

Emara tertarik melihat gerakan tubuh maskulinnya yang tegap.

"Apa lagi korang nak dekat aku!?" geram Nawwar melakukan serangan bertubi-tubi pada tiga susuk tubuh di hadapannya.

"Nawwar, dengar dulu... saya nak bagitahu yang-"

"I don't want to hear anything from you guys! Ergh!" hentakkan lembing pada lantai simen menaikkan lagi baran Nawwar. Mata lembing diputarkan dari atas ke bawah, bersedia untuk ditusuk atas lantai.

"Berambus lah dari hidup aku!"

"Nawwar Inas!!" kedua-dua tangannya ditahan oleh figura manusia berjubah ungu. Suara itu kedengaran sebati di telinganya.

"Tuan Zachary?" membulat mata Nawwar apabila topeng muka ditanggalkan serta merta. Wajah tampan Tuan Zachary mengukirkan senyuman herot kepada anak buahnya.

"Tak rugi saya ajak Encik Azman berkolaborasi dalam misi mencari empat ahli akademi tercicir akibat kehancuran akademi lama kita,"

Ketiga-tiga manusia itu menanggalkan topengnya. Zhan, Encik Azman dan Profesor Afzhan menyamar jadi 'lembaga hitam' demi menjejakkan kehilangan mereka. Nawwar mengucapkan syukur kepada Allah selepas seminggu penat lelah jalan kaki dari bandar Quricity hinggalah ke bandar Vallette.

Emara berlari anak ke arah Nawwar bersebelahan Tuan Zachary. Tersipu malu menyorok belakang tubuh kekar jejaka muda itu.

"Huh. Nampaknya kamu dah jumpa buah hati ya?" soal Tuan Zachary menyakat anak buahnya.

"Macam mana tuan boleh jejak kami?" Nawwar segera mengubah topik Tuan Zachary sebelum ada yang menggeletis macam kucing minta makan.

Profesor Afzhan berdehem sebelum Nawwar menoleh kepadanya. "Sebelum itu, Aryan dan Hadeena mana?"

"Err dia orang-"

"Nawwar! Na-" derapan tapak kasut beransur hilang tatkala dua manusia menonjolkan diri depan mata.

"Ayah? Zhan? Tuan Zachary?" Aryan bagaikan tidak percaya akan kemunculan tiga ahli akademi dikenalinya setelah sekian lama terpisah. Mata Hadeena terbuntang luas sebelum mulutnya ditekup kedua-dua tangannya.

Tak ada lama sangat, baru seminggu.

"Akhirnya kita dah boleh balik kan?" Tuan Zachary menepuk bahu Nawwar.

"Ya," sahut Nawwar ringkas.

"Eh sekejap! Aryan, mana lauk kau nak beli tadi tu?"

Aryan angkat wajahnya sekilas. "Oh, tak jadi. Ingat budak-budak je tak bermoral, dewasa pun dua kali lima,"

Mereka semua serentak ketawa mendengar aduan Aryan tentang sikap masyarakat zaman sekarang. Arahan terang bersuluh suruh berbaris dalam barisan mengikut giliran. Masih ada sikap manusia pentingkan diri langgar etika sebagai pelanggan.

Akhirnya semua ahli akademi bersatu kembali. Tiada lagi pengembaraan berjalan kaki jarak jauh.

Selamat pulang ke akademi Quricity II.




ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ

Continue Reading

You'll Also Like

47.7K 3.8K 27
[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"...
287K 19.4K 32
[COMPLETE] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa dia lahir di dalam sebuah keluarga yang hanya...
6.2K 610 11
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
863 93 4
Tiga tahun persahabatan yang terjalin antara mereka melalui alam maya akhirnya membuatkan si gadis menaruh perasaan istimewa terhadap si jejaka dalam...