Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.3K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 13

469 32 1
By EiSeoya

"KITA kena tolong Kak Deena dengan Aryan!" cemas Emara perhatikan Aryan sedaya upaya melindungi Hadeena daripada serangan roh jahat itu.

Nawwar berasa aneh saat melihat Hadeena terduduk di lantai tidak berbuat apa. Setahu dia, Hadeena paling ganas bab melawan dengan pihak musuh. Jiwa pahlawan Hadeena terlalu kuat sampai Aryan kadang-kadang takut untuk masuk campur. Baru takut tunang, belum takut bini lagi.

"Emara, beritahu pada saya, apa kelebihan awak terhadap serangan musuh,"

"Hm... saya boleh buat kolum dengan benteng api paras pinggang untuk menyekat musuh daripada keluar kawasan sekitar. Lepas itu, akan ada fireball berterbangan untuk serang musuh, macam main snowball,"

Nawwar diam sejenak. Bukankah kelebihan milik Emara adalah mirip kelebihan Nawwar yang dahulu sebelum dia bertukar elemen Thunder?

"Oh, I can do fire waves too!"

Sah master elemen Flame bagi kelebihan Nawwar kepada Emara selepas Nawwar ditukarkan menjadi ahli Thunder.

"Okey awak dengar sini. Nanti saya akan tarik perhatian roh tu semua. Awak serang mereka guna flameball, saya masuk campur buat kolum alirkan arus petir untuk pastikan mereka pegun. At the end, we're going to unify our ability,"

"Unify? How?"

Nawwar tersenyum sinis. "You do the fire waves, and I'll do the massive lightning strike. Understand, lovely girl?"

Tatapan mereka berbalas lama.



ARYAN bertungkus lumus menyerang semua roh yang sekejap hilang sekejap muncul balik. Ingat ada masa nak panggil krew ghostbusters sedut roh jahat ni?

"You guys are freak!!" jerkah Aryan dari bawah. Betul kata Hadeena, macam simbah air aje bagi mereka.

"Do you want me to help you?"

"You're injured, darling,"

"No excuses. Please let me-"

Ka-duum!

Allahuakbar, jantung hampir saja henti berfungsi. Bibir Aryan terkumat-kamit lafaz ayat suci. Aku hampir mati kena panah petir woi! Petanda nak hujan ke?

Bukan setakat Aryan yang terkaku setempat, Hadeena dah mengesot ke belakang. Sekumpulan roh saling berpandangan, dahsyat panahan petir sampai bergegar permukaan tanah.

Flameball menyusul tiba. Telah dipecahkan kepada sembilan bahagian kecil, sama jumlah roh jahat yang berlegar di udara. Masing-masing bertempiaran lari dalam bulatan kecil. Minta pertolongan sesama sendiri agaknya. Lebih melucukan apabila mereka menjerit kecil setelah flameball mula menyerang bertubi-tubi.

Aryan dan Hadeena menjadi keliru. Pertunjukan apa yang sedang mereka lihat? Aryan merapati Hadeena. Buku lali kanan tunangnya disentuh. Kasihan Hadeena terseliuh akibat dihempap kayu sewaktu berada dalam runtuhan akademi.

"Now, Emara!!"

Suara garau bergema di ruang langit. Dua pasangan ini toleh kiri kanan mencari pemilik suara yang tidak asing dari telinga mereka.

Itu suara Nawwar, bukan?

Satu kolum hitam kebiruan terbentuk di permukaan tanah bersertakan arus petir yang terpercik. Roh jahat ditarik masuk ke dalam kolum itu bagaikan magnet biar pegun. Tidak dapat bergerak langsung. Menggelupur habis!

Gelombang api membentuk huruf U datang dari arah kanan, petir sambar menyambar dari atas. Makin lama makin hampir serangan gabungan dua elemen ini sehingga...

Boom!!

Satu ledakan kuat terhasil. Mujur dengan ketangkasan Hadeena membentuk benteng ais berjaya menyelamatkan mereka berdua daripada letupan itu. Kepulan asap hitam kaburkan pandangan Aryan dan Hadeena. Terbatuk-batuk menyedut abu yang masuk ke dalam kerongkong.

Lama kelamaan kepulan asap beransur hilang. Dengan jelas memperlihatkan dua susuk tubuh sahabat mereka sedang berdiri setempat di kawasan terbentuknya kolum tadi. Impak serangan mereka membuahkan hasil yang tidak sampai lima minit.

"Assalamualaikum... Nawwar," sapa Aryan dengan suara terketar-ketar. Dia tahu dia bakal terima akibat daripada seniornya.

"Waalaikumsalam," tekan Nawwar seraya menoleh perlahan bak anak patung dalam kotak muzik. Iris mata berwarna maroon itu ditenung tajam.

"Bagitahu aku kenapa kau masih dekat sini. Kan aku suruh kau orang tunggu aku dekat akademi baru. Kenapa tak dengar cakap aku? Siapa susah sekarang ni? Jawab!"

Dada Aryan terasa sesak. Liur ditelan kesat. Leher yang tak gatal digarunya, buat hilang rasa takut. Aryan pandang Hadeena untuk minta tolong tapi tolong gelak je lah. Pepandai kau hadap kawan yang ada sifat panas baran.

"Ehem!" Nawwar menyentak Aryan dari lamunan.

"A-aku boleh explain,"

"Sekarang!" tegas Nawwar yang tengah bersedakap dada. Pantang betul bila ada orang tak ikut arahan aku.

"Aku dan Hadeena memang dah menunggu kau dekat akademi baru. Tiba-tiba ada sorang budak datang kata kawan dia masih tertinggal dekat sana. Aku dan Hadeena pergi masuk balik dalam portal demi selamatkan kawan dia. Dah jumpa kawan dia, cepat-cepat kami suruh dia pergi dekat portal takut ada apa-apa terjadi,"

"Dan aku tengah berlari, tak tahu mana datang kayu jatuh atas buku lali aku. Terseliuh jadinya. Memang tak boleh berjalan mula-mula. Aryan dukung aku terus dan tepat datang depan pintu portal, ada konkrit siling jatuh atas pintu tu," pintas Hadeena selepas melihat Aryan tercungap-cungap ambil nafas. Takut kena tengking punya pasal.

"Oh, sebab itu la portal hancur," celah Emara.

"Hm... okey. Nampaknya kita empat dah tersadai dekat sini dengan handphone tinggal dalam backpack. Mantap. Tak boleh call Tuan Zachary minta tolong kutip. Haih," keluh Nawwar seraya meraup segenap wajahnya.

Kenapa tak call guna telefon awam? Akademi baru terletak di kawasan pulau yang terpencil. Ada benteng yang melindungi kewujudan akademi tersebut. Maksudnya orang luar tak boleh tengok dengan mata kasar. Keselamatan akademi harus dijaga untuk elak ancaman kuasa luar.

"Nawwar, kalau aku tanya kau soalan boleh?" soal Hadeena.

"How did you meet Emara? As I know, she's scared of you,"

"Malas aku nak cerita. Panjang sangat," sombong Nawwar menjawab. Terkekeh ketawa Hadeena memandang wajah Nawwar tiada perasaan.

"Hm... Kak Deena terseliuh kan? Emara nak tolong rawat," munculnya Emara disebalik tubuh Nawwar yang menghalang pandangannya.

Berlari anak gadis itu ke arah Hadeena. Pelukan hangat Emara kepada Hadeena cukup melepaskan rindu sesama mereka walaupun baru tiga hari terpisah. Bagai isi dengan kuku.

Kasut Hadeena ditanggalkan, jari runcing Emara mengurut buku lalinya yang sakit sampai timbul cahaya putih kekuningan. Tidak sampai seminit, Hadeena sudah sembuh dengan bantuan Emara sebagai penyembuh. Jeritan kecil tunang Aryan penuh keriangan.

"Alhamdulillah kaki tunang aku dah sembuh. Sekarang nak pergi mana?" soal Aryan memandang Nawwar di sisinya.

"Kita rest dulu. Esok fikir, badan aku letih sangat," adu Nawwar sembari menanggalkan blazer hitam dengan corak birunya.

Sepasang mata memandang ke tubuh sasa Nawwar. Kemeja putih dengan dua kancing baju atasnya terbuka memang buat dia nampak handsome. Tipulah kalau iman diri tak goyah tengok lelaki penampilan elok begini.

"Kenapa tengok? Tak puas kena usik dengan saya ye? Nak saya buat lagi?" Nawwar melangkah laju ke arah Emara yang mengundur ke belakang.

"Eh tak, tak, tak. Nawwar, janganlah! Berdosa tau tak!"

Tersenyum herot Nawwar melihat tingkah laku Emara yang malu-malu kucing. Aryan dan Hadeena hairan, mereka dua baru sahaja berjumpa tiga hari lepas. Mesra tak dibuat-buat. Dulu, Emara takut akan kehadiran Nawwar selepas kejadian ngeri yang melibatkan ramai mangsa tercedera. Terperap lama dalam bilik, sanggup menunggu kepulangan Hadeena ke bilik walaupun sudah larut malam.

Kali pertama Nawwar dan Emara mesra semacam. Jangan-jangan ada sesuatu antara mereka.



TASIK Yhvetz menjadi destinasi sementara buat mereka empat sekawan. Beberapa pondok telah dibina mengelilingi tasik luas ini. Indah sungguh pemandangannya pada waktu malam dengan pantulan imej bulan pada permukaan air tasik.

Nawwar dan Aryan sudah hanyut dalam mimpi manakala Emara yang baring di pondok yang sama terjaga dari tidur. Tersentak kerana mimpi buruk agaknya. Mata dicelik sedikit, kelibat Hadeena hilang dari pandangan. Pandangannya meliar ke tepi tasik yang tenang airnya. Kelihatan seorang gadis sedang duduk memeluk lutut membuang pandangan di tasik itu.

"Kak Deena belum tidur lagi?" tegur Emara yang melangkah lemah ke Hadeena terus melabuhkan punggung di sisinya.

"Belum. Saja healing sekejap. Tak lama lagi Kak Deena kahwin,"

"Ha??" terjerit kecil Emara, tidak percaya dengan kata-katanya.

"Ye. Akak dah plan dengan Aryan masa dalam perjalanan pergi bandar Yhvetz tiga hari lepas. Oh, kami main ice skating untuk datang ke sini sebab kan kaki terseliuh, takkan nak berlari pula,"

Dua gadis ini tertawa kecil. Untungnya jadi pemegang elemen Aqua dan Frost.

"Ha akak nak tanya. Awak dengan Nawwar ada something ke?"

"Ish, mana ada! Jangan tuduh sembarangan," cepat Emara balas. Mulut muncung itik tak pernah terpisah bila pura-pura merajuk dengan orang.

"Mana tau, lepas Emara putus dengan Fariz terus nak cari baru. Kalau akak dah kahwin kelak, takkan nak biarkan Emara sorang tinggal dalam bilik. Emara kena ada partner juga. Lebih baik kahwin terus,"

Emara terdiam sejenak.

"Fariz bukan baik sangat. Gila nafsu lebih. Muka alim tapi perangai ibarat setan! Bagus kalau awak dah lupakan jantan jahanam tu. Sanggup dia buang awak demi perempuan lain. Eee geram rasa!"

Emara mati kata. Dia rindu akan kenangan manis bersama Fariz, tetapi bukan orangnya.

Orang yang sanggup merosakkan maruah wanita kerana kempunan dan desakan nafsu.

"Cari lelaki lain, Emara. Banyak lagi pilihan luar sana," belum sempat Hadeena sambung sudah Emara pintas ayatnya.

"Nawwar tak jahat kan?"

Rasa geli hati dengan persoalan Emara satu ini.

"Tak lah. Nawwar tak jahat. Dia cuma... dikawal oleh cursed yang tak ada penawar. Cursed ibarat jin yang merasuk manusia yang lemah iman. Faham kan?"

Emara mengangguk tanda faham.

"Cursed Nawwar jadi living things in his body. Tak boleh buang dengan cara apa sekalipun. Parut dia adalah bukti Nawwar disumpah,"

"Parut?"

"Ye, parut. Ada dekat dahi dia. Nawwar tak pernah tunjuk ke?"

Kepala Emara digeleng sekilas.

"Hm... dia insecure dengan parut tu. Itu sebabnya dia susah nak jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Nawwar dulu bukan macam sekarang tau,"

"Ye ke? Cerita la kak, cerita la," Emara memeluk lututnya lalu kepala dilentokkan ke situ. Memandang Hadeena yang tertawa lagi sekali dengan aksi lucu Emara.

Ada bau-bau minat someone lepas ini.

"Nawwar dulu jenis peramah orangnya. Tak anti-sosial sangat. Aura positif dia kuat. He's more likely a happy-go-lucky person,"

"Ouh. Patut garang betul hari itu. Orang tanya sikit je terus dia marah orang. Ish," keluh Emara meluahkan rasa tidak puas hati.

Tergeleng-geleng Hadeena mendengarnya. Aduhai.

"After he got cursed, he changed a lot. He's no longer a cheerful person. He lost his confidence too. That's what Aryan told me before,"

"Hm... akak. Tadi akak kata dia tak pernah suka perempuan kan?"

Hadeena pula anggukkan kepalanya.

"Nawwar gay ke?"

"Aip!!" pantas mulut Emara ditekup oleh Hadeena. Selamba main cakap lepas. Tak pernah suka perempuan tak bermakna dia 'bengkok'. Astaghfirullah.

"Tak baik tuduh dia bukan-bukan. Dia tak confident sebab parut yang dekat dahi! Dia rasa imej rupa dia rosak sebab parut cursed, Emara..." ada juga aku cekik Emara dan terus buang dalam tasik nanti. Alang-alang tasik depan mata.

"Sorry. Emara mana tau,"

"Ish, bagitahu Nawwar baru tahu,"

"Ala akak jangan lah," rayu Emara sambil peluk lengan Hadeena erat.

Tahu takut. Ada juga yang mengamuk esok pagi. Tak dapat lepas geram dekat Emara, dia lepas dekat laki aku. Nanti aku lepuk Nawwar balik. That's how life cycle works. Ceh.

"Rasanya kalau ada orang buat first move dekat dia, mesti setia gila. Ye lah, dalam seumur hidup dia, tak pernah lagi orang confess feelings dekat Nawwar. Entah-entah dia jadi obssesive boyfriend one day,"

First move? Hadeena nak jual Nawwar dekat Emara ke? Ingat Nawwar ikan ke nak suggest mana kualiti lagi elok bagi dia. Kalau Nawwar reject? Tak ke broken nanti.

"Ngorat lah dia Emara. Fariz bukan milik awak lagi. Pergi la, pergi la,"

Menyempat Hadeena bergesel macam anak kucing sebelah bahu Emara. Dengan Aryan garang tak boleh bawa bincang. Harimau tengok pun boleh surrender lawan siapa lagi garang atas muka bumi.

Hadeena bab menghasut nombor satu. Ingat senang nak ngorat singa gatal macam Nawwar? Hm... dua tahun bersama Fariz tidak menjamin kesetiaan seorang lelaki bernafsu. Dia hadir dalam hidup hanya untuk kepentingan diri dan tanpa tujuan yang jelas.

Jika difikirkan balik, ada kebenaran juga kata-kata Hadeena. Boleh jadi Nawwar setia kerana tidak pernah dicintai oleh mana-mana gadis di akademi itu. Nawwar obsesif? Tak boleh bayang lah der.

Persoalannya, mampukah cintanya menjadi milik Nawwar satu hari nanti jika dia berani mengambil risiko untuk menambat hatinya?













Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 145 8
"ℌ𝔢 𝔴𝔦𝔩𝔩 𝔴𝔞𝔦𝔱 𝔣𝔬𝔯 𝔥𝔦𝔰 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔣𝔬𝔯𝔢𝔳𝔢𝔯" ARQINA ZULQISA seorang gadis yang berpendirian teguh dan hati yang lembut cuba melarika...
186K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
287K 19.4K 32
[COMPLETE] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa dia lahir di dalam sebuah keluarga yang hanya...
5.7K 541 10
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...