Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.6K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 11

499 37 0
By EiSeoya

DENYUTAN di kepala menyedarkan Emara ke alam realiti. Berapa lama sudah dia tidur sampai langit bertukar malam. Menyalangkan mata sebelum tangan sibuk meraba permukaan tanah. Dia tidur atas rumput beralaskan blazer Nawwar?

Dahi berkerut-kerut mengimbas suasana sekeliling. Pandangannya terhenti apabila melihat jejaka berbaju kemeja putih sedang duduk tidak jauh di kawasan padang rumput kering yang luas. Emara mendesis kecil. Lantas dia bangun untuk menghampiri lelaki itu.

"Bangun dah?"

Emara menelan liur pahit. Jarak masih jauh kira-kira sepuluh langkah. Sehebat itu kah kebolehan ahli Thunder dalam mengesan kehadiran seseorang?

"You don't have to come nearer if you hate me,"

Berdiri kaku tak jauh darinya. Sepasang mata melihat tubuh belakang kekarnya yang sedikit membongkok ke depan. Emara ketap bibir, memerhati Nawwar dalam dunianya sendiri.

"I wish you know how does it feel when someone told me that I'm a killer when I'm actually not? I was being possessed. Like you said it earlier,"

Aduh! Emara menepuk dahi mengenangkan perbualan itu semalam. Dia sendiri mengaku bahawa Nawwar dikawal oleh Cursed Child yang 'menghuni' dalam tubuhnya. Ya Allah, berdosa sungguh rasanya dia mengguris hati Nawwar. Inilah akibatnya jika terlalu mengikut emosi dalam melontarkan kata-kata.

"I'm sorry, Nawwar,"

"You don't have to be sorry, Emara Iris," tekan Nawwar seraya membaling ranting kayu di hadapannya.

Nawwar mengeluh kecil. Kepala tergeleng-geleng dengan kejadian tidak diduga yang akan membawa sifat dirinya yang dulu.

"Saya dah biasa rawat sendiri hati yang terluka. Jadi tak perlu minta maaf,"

Penuh mendalam luahan Nawwar sehinggakan Emara terdiam sementara.

"Saya... ke sini nak bagi awak blazer ni,"

"Okey. Campak je terus dekat saya. Tak perlu bagi depan-depan,"

Emara terkesan mendengarnya. Nak kisah apa, Nawwar sindir pun sebab kesalahan Emara juga. Dia tebalkan muka, tetap menghampiri jejaka itu.

"I've told you that you don't have to come nearer if you hate me. Just throw the blazer towards me. Are you deaf?" jerkah Nawwar tiba-tiba. Sedikit pun Emara tak mundur ke belakang, malah selamba jalan terus dan duduk berhadapan dengan Nawwar.

Dia cuba pandang wajah Nawwar yang tunduk memanjang.

"Apa awak nak? Roti? Nah," sebungkus roti dicampak kepada Emara lalu disambut tepat dalam genggaman. Gadis itu menyerahkan semula blazer miliknya kepada tuan badan.

"It looks like I've made you traumatized once again, isn't?"

Nawwar menghambur nafas berat.

"Betul lah cakap orang. Saya pembunuh. Tak dapat dinafikan,"

"Nawwar, saya-"

"Dah terbukti depan mata, kan? Kejam? Memang saya kejam. Tapi awak kena ingat, saya takkan sesekali bunuh nyawa orang yang tak bersalah. Hanya mereka yang cari masalah dengan saya, Emara,"

Cebisan roti disuap ke dalam mulut. Mata berwarna amber itu tidak lepas dari melihat sisi wajah Nawwar. Baru teringat pipi mulusnya menimbulkan luka calar akibat tamparan padu entiti tadi.

"Before that, let me treat the cut on your face," pinta Emara lembut sebelum dia merangkak ke jejaka itu. Nawwar berdecit kecil.

"Awak nak rawat pakai apa? Angin? Air? Mana first aid kit awak?" sindir Nawwar sembari memeluk lututnya yang berlipat ke dada.

"Just watch,"

"Silakan, wahai nurse yang bertauliah,"

Kedua-dua lutut Emara menyentuh permukaan tanah. Jari-jemari menari lembut pada pipi yang terukir seni halus. Partikel cahaya kuning kemerahan terhasil menyebabkan Nawwar hampir menjerit. Apa gadis ni buat dekat muka aku?

"Okey dah. Luka tu hilang,"

Nawwar melarikan jarinya di pipi mulus itu. Emara tidak bergurau. Dia telah merawat dengan baik luka tersebut. Langsung tiada parut yang timbul.

"You're... a healer?" soal Nawwar untuk kepastian. Jarang ahli elemen Flame memegang peranan sebagai penyembuh. Sangat jarang.

Persoalan Nawwar dibalas dengan anggukan. "Yeah, it is one of my special ability,"

Nawwar jeda. Selalunya ahli yang memegang peranan penyembuh ini kebanyakan dalam elemen Aqua dan Frost.

"But why? If you're a healer, why you didn't choose Aqua or Frost as your element?"

Emara tertawa kecil. Dia mengubah posisi agar duduk bersebelahan dengan Nawwar. Barulah ada feel nak bercerita memandangkan waktu dah malam.

"I've lost my mother right after I was born. She got cursed when I was two months old during her pregnancy,"

Membulat mata Nawwar. Dia telah kehilangan arwah ibunya selepas Emara dilahirkan. Ibunya juga menerima nasib yang sama. Sama-sama disumpah tanpa alasan munasabah.

"Bila mama meninggal, ayah la jaga Emara sampai Emara besar. Tak pernah rasa kasih sayang mama. Emara tak tahu perasaan sebagai seorang ibu. Langsung tak. Pernah tahu Emara tanya ayah, kenapa tak nak kahwin lain. Jawapan dia buat saya rasa terharu," Emara kemam bibir, sedaya upaya menyorok air mata yang mula bertakung penuh.

"Tuan Ibrahim jawab apa?"

Emara menarik nafas sedalam-dalamnya. Mengumpul kekuatan untuk meneruskan cerita.

"Sebab mama sanggup gadaikan nyawa dia selamatkan ayah,"

Memori Nawwar teringat kembali arwah ibunya yang terkorban dalam tragedi gelap di Afwah.

"Mama selamatkan ayah masa ayah hampir mati kena bunuh. Penjahat turunkan sumpah dekat ayah. Tak tahu sebab apa, ayah tak pernah cerita tentang itu. Dan mama nak rawat ayah, tapi penjahat letak syarat yang sumpahan akan turun dekat mama kalau nak rawat ayah. Jadi..." hujung ayat dimatikan, diisi dengan tangisan.

Nawwar merapatkan ruang antara Emara yang menunduk sayu. Esakan semakin kedengaran. Andai tiada hukum haram menyentuh bukan mahram, lama sudah Emara ditarik masuk pelukan.

"I'm sorry... Nawwar,"

"It's okay. Take your time," Nawwar merenung lama wajah Emara yang sembap dibasahi air mata.

"Ja-jadi... mama... mama ambil risiko tu. Dia... rawat ayah sehabis baik... bila ayah dah sembuh... mama pengsan. Bila doktor rawat dia, kebetulan pula mama disahkan mengandung," bibir bergetar memandang Nawwar yang berwajah datar.

"And sadly... even though she's a healer, she can't heal herself. The cursed was too strong,"

Nawwar terpukul dengan penutup ceritanya. Arwah ibu Emara juga disumpah. Lebih perit apabila ibunya tidak dapat merawat diri sendiri walaupun berperanan sebagai penyembuh.

Ini bermakna Emara juga tidak dapat merawat Nawwar kerana nasib yang sama.

"Tapi... apa kaitan awak jadi healer?" tanya Nawwar seraya kepala diteleng melihat dia.

"Ayah saya yang bagi peranan tu dekat saya tapi tak kisah pun. He saw the similarities between us. He gave me the role as a healer because he wanted me to represent her. He missed mama so much," Emara mengesat air matanya yang sudah berjurai di pipi sehingga kering.

Kasih sayang seorang suami terhadap isteri tiada tandingan. Tatkala hubungan cinta dipisahkan oleh jarak, maka ketulusan dan kesetiaan menjadi penyebab seseorang mampu bertahan dalam mempertahankan cinta yang sebenar.

Nawwar sekadar dengar dari mulut orang. Dia tidak pernah merasa pengalaman dalam mencintai seseorang. Siapa sahaja mahukan Nawwar sebagai peneman hidup?

Mudah kata, Nawwar tak pernah jatuh cinta.

"Sekarang ayah dah tak ada. Mama dah lama tak ada. Siapa nak jaga Emara lepas ni?"

"Saya ada," tanpa segan-silu Nawwar selamba jawab. Pantas Emara menoleh dengan mata berkedip berkali-kali.

"Awak?"

Terjungkit sebelah kening Nawwar. "Sekejap je. Nanti sampai akademi, Hadeena jaga awak balik. Tak perlu lah saya jaga awak lagi,"

Muncung bibir Emara seperti mulut itik. Boleh ganti tempat penyangkut baju tau. Nawwar sedar dengan mimik wajah seolah-olah merajuk dengannya.

"Sampai hati awak tak nak jaga saya lagi. Hm," Emara menyilang tangan di dada. Tergeleng-geleng Nawwar melihat telatah dia.

"Kalau Kak Deena kahwin, siapa nak jaga saya? Mana boleh jadi orang ketiga dalam hubungan dia orang,"

Mengada betul anak dara Tuan Ibrahim. Karang aku gigit pipi pau tu silap-silap tak nak berjumpa terus. Huh.

"Ha, awak tak nak kongsi cerita dengan saya ke?"

Erk. Memori pahit lapan tahun lalu? Ada juga yang banjir air mata lagi dekat sini. Bangun pagi terus bengkak mata. Nawwar menunduk sayu. Bibir diketap.

"Kalau awak belum bersedia, jangan paksa. Tak apa saya faham. Awak mesti trauma sangat. Kalau ingat balik pun, memang sakit,"

Gadis ini seakan mengerti dengan perasaan yang dialami Nawwar. Tambah lagi dia rasa bersalah kerana main cakap lepas tanpa dengar penjelasan sebenar. Ya Allah, ampunilah dosaku. Aku minta maaf atas fitnah yang telah dilemparkan kepada Nawwar.

Lirikan mata Emara tertumpu pada kemeja putih dan blazer kepunyaan Nawwar. Kesan darah masih melekat padanya.

"Err... awak tak nak cuci kemeja dengan blazer tu ke? Kotor sebab ada darah,"

Nawwar meneliti setiap kesan darah yang melekat. Bau hanyir masih ada. Tersenyum sinis kerana tindakan kejamnya telah membawa satu kepuasan.

"Biarkan," malas rasa nak pergi dekat paip sebelah tandas awam tepi jalan. Mengantuk!

"Nawwar! Kalau ada orang tengok darah tu, tak tentu pasal mereka ingat awak pembunuh!"

"But you're the first one who said that directly to me, isn't?"

Emara rasa menyesal dalam ketelanjuran berkata-kata. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tangannya lincah menarik blazer dari Nawwar lantas bangkit dari duduk.

"Biar saya basuh untuk awak. Saya nak tebus kesalahan saya petang tadi,"

"Termasuk kemeja ni?" jari Nawwar mencuit sedikit hujung bahu kemeja.

Senyuman ikhlas terpamer pada wajah gadis itu. Alang-alang sudah malam, apa kata dia menyakat Emara lagi sekali? Ingin melihat reaksi Emara sekiranya dia sengaja melakukan aksi ini depan mata.

"Are you sure about this?" soal Nawwar sambil mendekati Emara dengan senyuman nakalnya. Tangannya gatal menanggalkan kancing kemeja satu per satu. Tatapan dingin tidak lekang dari pandangan gadis itu.

Takut? Gila tak takut. Tubuh Emara serasa terkena renjatan elektrik. Wajah ditutup menggunakan blazer kepunyaan Nawwar. Terpanggung seketika tatkala rasakan kemeja putih dilemparkan terus ke wajahnya. Aurat lelaki tak elok dipandang.

"Kenapa tutup mata? Tengok lah sini,"

"Tak nak!! Awak pakai balik kemeja ni!!"

Nawwar terkekeh sinis. Lucu betul melihat telatah Emara. Dah belanja tak nak tengok. Aduhai. Tak baik tolak rezeki yang orang bagi.

"It's okay, you can look at me now. I'm only wearing white t-shirt,"

"I don't trust you!!" masih tidak percaya dengan gurauan nakal jejaka itu.

Nawwar berdecit kecil. Laju jarinya dilarikan ke dagu mulus Emara. Mata masih terpejam rapat dek enggan melihat pandangan yang tidak suci.

"Awak... buka mata. Saya serius," tekan Nawwar sebelum Emara mencelikkan matanya. Liur ditelan pahit. Lidah kelu berbicara.

Figura tubuh Nawwar memang idaman setiap wanita di luar sana.















Continue Reading

You'll Also Like

17.5K 1.7K 40
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
88.7K 4.9K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
34.2K 1.8K 39
Hanya sakit yang dapat dirasai tatkala mencintai seseorang yang sama rupanya, namun jiwa telah berbeza. "Aku Jauhar... bukan Ayden" - Jauhar Khairr "...
6.3K 611 11
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...