Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.5K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 10

563 30 4
By EiSeoya

"Sedikit pun awak tak takut dengan saya? Serius?"

Emara menggeleng disertai senyuman terukir pada bibir.

"Awak tak jahat, Nawwar. Awak cuma dikawal. Tengok, awak okey je dengan saya. Tak ada niat nak membunuh kan?"

Nawwar sekadar diam membisu.

"Saya percaya yang awak-"

Hiiiii~

Langkah mereka dimatikan sebaik sahaja bunyi mengilai menyusup masuk ke dalam sistem pendengaran. Nawwar membawa keluar lembingnya, Emara bersedia dengan tudung yang diikat kunai pada hujung. Bila-bila masa dia boleh melibas musuh yang cuba mendekati mereka.

Mujur ada seorang ahli Thunder bersama Emara. Belum sempat dia mengimbas suasana sekeliling, Nawwar terlebih dahulu membuka langkah. Lembing telah menusuk tepat ke entiti yang sergah mengejut depan Nawwar. Entiti tersebut hilang melalui kepulan asap.

"Ah sudah Azazel hantar natang apa pula dah? Keluar lah kau! Ingat aku kecut!?" jeritan suara garau maskulin bergema. Wajah kembali tegang, bersedia menyerang mangsa seterusnya.

"Ah Nawwar!!"

"Emara!!"

Entiti lain menyusul tiba lalu menarik Emara kasar agar jauh daripada Nawwar. Perlahan-lahan fizikalnya berubah. Fizikal yang tinggi lampai setaraf dengan ketinggian Nawwar. Raut wajah yang agak hodoh. Sah bukan daripada tentera Azazel.

Langkah demi langkah entiti itu maju ke hadapan. Begitu juga dengan Nawwar yang sudah menggenggam ketat pemegang lembing, menahan geram. Wajah bengis terpancar. Rahang diketap kuat.

"What do you want?" tekan Nawwar seraya mata lembing dituju kepadanya.

Kepala entiti itu miring ke kanan melihat Nawwar. Tanpa bersuara, satu tumbukan padu terkena tepat di abdomen menyebabkan Nawwar muntah darah.

"Nawwar!!" niat Emara ingin membantu, tetapi kekuatannya sebagai wanita tidak dapat mengatasi kekuatan dua lagi entiti yang menahan lengannya.

"Lemah. Macam kau yang dulu," sindiran entiti mencabar kesabaran Nawwar.

"Kau siapa!? Apa kau nak?" dengus Nawwar yang berusaha untuk bangkit semula.

Dia melangkah laju ke arah Nawwar. Libasan lembing hampir terkena padanya. Gagal terkena sasaran, giliran entiti itu pula melibas pedang miliknya pada Nawwar tetapi dengan kelincahan yang Nawwar miliki, dia sempat mengelak.

"Ceh, itu je?" ejek Nawwar sementara mengelap darah yang mengalir di hujung bibir akibat muntah darah. Setakat tumbukan lemah begitu dia masih boleh bertahan.

"Show me what you've got," cabar entiti tersebut sebelum dia mengangkat pedang lalu dilibas sekali lagi ke arah Nawwar.

Masing-masing bersilih ganti menunjukkan kehandalan dalam menggunakan senjata. Tidak berputus asa walaupun berkali-kali gagal terkena sasaran. Kesabaran Nawwar mencapai hadnya, dia mengerahkan tenaga dalaman untuk bertindak di luar kemampuan.

Shing!

"Argh tak guna!" nampaknya mata lembing terkena pada lengan entiti itu. Mengerang kesakitan yang teramat. Dia dapat merasakan arus petir mengalir ke dalam tubuh.

"Tch... siapa yang lemah sekarang ni?" tersenyum puas Nawwar melihat darah mengalir keluar dari lengan entiti itu.

Dengan muka yang penuh amarah, dia mara ke hadapan lalu pedang dihunus keluar ke arah jejaka itu. Kelincahan Nawwar menarik perhatian Emara yang sedang melutut di tanah.

"He's so good at the defending himself. Not a joke," puji Emara meneliti setiap pergerakan Nawwar bersama lembingnya.

Entah bagaimana Nawwar boleh tersilap langkah, lembing terlepas dari pegangan menyebabkan lembingnya tercampak jauh. Tak sempat berbuat apa, tubuh kekarnya ditolak jatuh menyembah bumi. Tubuh entiti menindihnya. Kedua-dua tangan ligat mencekik leher Nawwar sehinggakan pernafasannya tersekat.

"Lawan Nawwar, lawan!!" seru Emara dari jauh.

"Buah hati kau risau tu. Kau tak kisah ya?" perlahan kepala entiti menyenget ke kiri. Ditekan kuat lehernya biar sampai tidak lagi bernafas!

Riak marah terlukis pada wajah Nawwar. Dia mengenggam tangan entiti tersebut dan terus percikkan arus petir padanya. Akibat terkejut, dia menjauhkan jarak beberapa langkah ke belakang, Nawwar mengurut lehernya yang sudah kurang menerima oksigen. Namun, pandangan tajam masih tertumpu pada entiti tadi.

"Kau memang melampau!!" Nawwar pecut dan teleportasi menggunakan elemen yang dia miliki.

Satu tendangan hebat Nawwar dari arah belakang mengenai tepat pada wajah entiti. Puas? Oh belum lagi. Tangan kanan mengeluarkan arus petir kecil yang sambar-menyambar. Tanpa ragu-ragu, panahan petir terkena tepat di dada entiti tersebut. Darah terpercik keluar.

"Just die already!!" pedang entiti direntap Nawwar kasar. Tusukan berkali-kali diulang sehingga ia nampak lemah. Tangan yang tercedera dek libasan lembingnya dikerat habis. Meninggalkan sebelah sahaja kerana Nawwar sudah puas bertindak kejam.

"C... cukup... Ja-jangan apa-apakan aku lagi,"

"Apa? Maaf, tak dengar," Jejaka itu melihat liar ke seluruh tubuh entiti yang penuh dengan lumuran darah. Ini telah membangkitkan sisi gelapnya semula.

Tanpa sedar, perbuatan brutal itu ditonton oleh Emara yang tidak sangka Nawwar bertindak di luar kawalan. Dada terasa berat melihat jejaka yang dikenalinya mempunyai aura seorang pembunuh yang kuat.

Adakah spekulasi orang terhadap dia bukan satu khabar angin yang dibuat-buat?

"Tolong... aku sakit..." rayuan entiti sedikit pun tidak diendahkan Nawwar. Makin entiti itu mengesot ke belakang, makin Nawwar mengejarnya.

Spontan tangan Nawwar mencapai lehernya untuk dicekik. Giliran entiti itu pula terima balasan setimpal. Pandangan mereka saling berbalas. Sudah pasti tatapan maut seorang Cursed Child cukup mengerikan. Bila-bila masa saja dia boleh menjadi santapan jika puas dengan tindakan kejamnya.

"Listen, I'm a thirst blood. Sometimes I crave for it everytime I won in a battle. And, you lose. But luckily, i only thirst for human bloods, not yours,"

Darah? Nawwar peminum darah manusia?

Baru sahaja Nawwar ingin melepaskan genggaman di lehernya, tamparan pedih entiti itu hinggap di pipi Nawwar. Berdengung kepala seketika. Luka calar terukir hebat sehingga menitiskan darah pekat. Walakin, Nawwar tidak terkesan dengan refleksinya.

"Nice one. Round 2, huh?" senyuman sinis Nawwar menyebabkan entiti menolak dadanya kasar. Nawwar terduduk atas tanah, melihat entiti yang sudah hilang arah mencari dua sahabatnya di belakang.

"Let's go! We can't stay here any longer!"

Jejaka ini memang gila! Kesudahannya, semua entiti lenyap menjadi kepulan asap. Termasuk yang menahan Emara sedari melutut dari tadi. Syukur semuanya sudah berakhir. Nawwar mengambil lembingnya dan 'disimpan' melalui partikel putih kebiruan.

Nawwar berbalik menghadap Emara. Berkerut kening melihat Emara menunduk sambil bermain dengan jarinya. Tatkala dia menghampiri jarak antara mereka, Emara mundur ke belakang. Nawwar terpaku dengan tindakannya.

"Is that... another side of you?" rendah nada Emara bertanyakan tentang aksi gerun Nawwar di luar jangkaan.

Tubuhnya mengeras. Tersedar perbuatannya di luar kawalan, lantas dia beristighfar. Menggeletar seluruh tubuh. Nawwar tidak sengaja membawa sisi gelap dirinya depan Emara. Mata Emara mula berkaca kerana ketakutan.

"Emara... Saya minta maaf. Sa-saya tak sengaja,"

"Tak sengaja? Apa yang awak sebut pasal thirst blood? Human blood? Apa tu!? Jangan ingat saya tak dengar apa yang awak dah kata!" jerit Emara teresak-esak.

Tidak kisah jika Nawwar mahu membunuh entiti asing demi mempertahankan diri atau melindungi dia. Tapi darah manusia? Nawwar membunuh orang tak bersalah semata-mata nafsunya terhadap cecair merah dalam badan manusia?

Telinga Emara menjadi saksi atas ketelanjuran kata-kata Nawwar.

Nawwar tak menduga jika sumpahan itu telah mengambil alih tubuhnya sewaktu perbalahan dengan entiti tadi.

"Awak teruk, Nawwar. Selama ini saya ingat awak betul-betul baik. Sebenarnya tak! Awak memang pembunuh Nawwar, awak pembunuh!!" Nawwar membiarkan Emara meraung sepuasnya. Dia menyesal kerana bertindak mengikut emosi.

"Bagitahu saya, itu ke sebabnya awak cederakan pihak akademi masa tu? Awak hauskan darah mereka? Bagitahu saya Nawwar, bagitahu!!"

"I didn't do that I swear!!" Nawwar sedaya upaya menidakkan fitnah Emara.

"Then why!? Why did you do this!? You said that you're a thirst blood. Or specifically, human... blood,"

Kemarahan Nawwar sampai kemuncak. Kedua-dua bahu Emara dicengkam kuat. Dia cuba menepis, namun lemah dalam cengkamannya. "Please listen to me..." rayu Nawwwar.

"Apa!? Saya dah lihat dengan mata saya sendiri. Kalau sekejam itu awak buat dekat tentera Azazel sekalipun, tak mustahil awak buat dekat orang yang tak bersalah!! Itu ke yang awak lakukan lapan tahun lepas sampai kecoh satu akademi!?"

"Mereka bukan manusia, Emara. Mereka tidak lemah,"

"Alasan! Awak cuba putar belit cerita ke? Awak tak nak mengaku awak pembunuh manusia?"

Berdesing telinga Nawwar mendengar lontaran ayat pedih Emara.

"Kenapa senyap? Cakap lah ada mulut kan!?"

"Sebab saya tak nak lagi kehilangan orang yang saya sayang, Emara Iris Binti Ibrahim! Tolonglah dengar penjelasan daripada saya dulu sebelum awak buat tuduhan melulu. Awak tu amanah saya! Amanah terbesar Tuan Ibrahim, tahu tak?"

Emara diam sejenak. Dia tak pekak dan dapat mendengar ayat tu dengan jelas. Kehilangan orang yang Nawwar sayang? Amanah seorang ayah? Takkan lah...

Cengkaman pada bahu dilepaskan. Rambut ikal mayang diramas kuat. Nawwar mengeluh berat dan pada masa yang sama, dia kecewa.

"Saya jadi kejam bersebab. Semua ahli keluarga saya meninggal. Abang saya... tak tahu bagaimana keadaan dia sekarang. Saya sayang dia orang semua. Tapi selalunya orang yang saya sayang, pergi buat selama-lamanya,"

Emara masih tekun mendengar nukilan hati Nawwar yang sudah dipendam lama.

"Lepas saya tahu saya disumpah, gelap dunia saya. Tuan Zachary sendiri kata saya peminum darah manusia kalau saya berjaya tumpaskan orang yang cari masalah dengan saya. Yang cari masalah saja, bukan orang yang tak bersalah. But it only happens during my Cursed Child form,"

Rasa bersalah menyelinap dalam dada Emara.

"To be honest, I was unconscious when the cursed took over my body. I didn't know anything happened to me. Again, mark my words. I'm a thirst blood only when it comes to my Cursed Child form,"

"Jadi, kalau awak kata awak cuma thirst blood as a Cursed Child... yang tadi... tu?" Emara sedikit keliru. Dia gagahkan juga untuk bertanya demi satu kepastian.

"Itu... saya hampir..." Nawwar jeda.

"Hampir apa? Jangan buat saya takut Nawwar. Hampir apa??"

Nawwar jeling Emara dari ekor mata. Dia yakin, jawapan ini memang akan buat Emara kecut perut!

"Nawwar!! Awak dengar tak!?"

"Itu saya hampir jadi Cursed Child. Lelaki serba putih yang awak tengok pada malam itu,"

Seketika dunia Emara menjadi gelap. Lemah tubuhnya menyembah bumi. Suara samar-samar membawa dia ke alam mimpi.













Continue Reading

You'll Also Like

33.3K 2.3K 17
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...
1.4K 145 8
"ℌ𝔢 𝔴𝔦𝔩𝔩 𝔴𝔞𝔦𝔱 𝔣𝔬𝔯 𝔥𝔦𝔰 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔣𝔬𝔯𝔢𝔳𝔢𝔯" ARQINA ZULQISA seorang gadis yang berpendirian teguh dan hati yang lembut cuba melarika...
962 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
6.1K 599 11
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...