Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.4K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 8

587 35 0
By EiSeoya

Suara kicauan burung mengisi keheningan suasana bandar yang hancur. Pancaran sinaran matahari menghiasi estetik pemandangan yang hampir senja. Nasib malang betul. Sudah lah kehilangan seorang ayah dengan cara kejam, tak dapat pula pulang ke akademi baru. Allahuakbar...

Puas bermain zip line low budget. Lembing milik Nawwar lenyap melalui partikel putih kebiruan seiringan dengan arus petir membaluti pemegang. Jari-jemari dibunyikan, membuang rasa sengal. Iris mata perang keemasan memeriksa keadaan sekeliling bandar Quricity yang sudah hancur.

Mayat tidak lagi bernyawa. Darah merecik sana-sini. Bandar ini akan terbiar buat selamanya. Seperti bandar Afwah.

Telinga Nawwar menangkap satu bunyi tangisan dari belakang. Menoleh terus, dia sedar Emara menangis membelakanginya. Ah sudah, aku ada buat salah ke? Ke sebab aku marah dia?

"Emara…" seru Nawwar lembut.

Tubuh Emara mengeras. Tidak respon terhadap Nawwar.

"Did I do something wrong? I’m sorry If I scolded you too much. I-I didn’t mean too,"

"N-no,"

"Then? Why did you cry all of the sudden?"

Termakan dengan pujukan Nawwar, dia berpusing. Muka merah sembap akibat banjir air mata membasahi pipinya. Hidung merah menjadi perhatiannya. Jujur Nawwar berbisik dalam hati, she looks cute when she cries.

"N-Nawwar… a-ayah dah tak ada. Ayah kena bunuh. Emara dah tak ada sesiapa selain dia,"

Bibir Emara jatuh melengkung memandang Nawwar berwajah dingin. Macam tak ada perasaan.

"Emara, saya-"

BOOM!!

Ledakan kuat datang dari atas bukit potong bicara mereka. Kepulan asap tebal memenuhi ruang langit. Serpihan juga berterbangan ke udara. Itu bukan menjadi masalah bagi mereka. Sekarang ini, tanah di lereng bukit mulai runtuh. Sekiranya mereka tidak berlindung, silap-silap akan tertimbus bersama dalam runtuhan tanah.

"Come here lovely girl, follow me," selamba Nawwar rentap lengan Emara sehingga terkedu dibuatnya. Tindakan refleks benar-benar mengejutkan.

Nawwar membawa dia masuk salah satu kedai yang jauh untuk berlindung. Tanah runtuh berlaku dengan pantas. Ini kalau lambat memang inalillah jawabnya.

"Nawwar…" getaran suara Emara menyerunya yang sedang memeriksa keadaan luar melalui cermin tingkap kedai.

"We have nothing left… How are we supposed to go to the new academy…"

Emara duduk bersandar pada dinding. Lengan melingkar lututnya dan wajah disembamkan situ. Nawwar simpati ke atas dirinya. Pasti Tuan Ibrahim sangat menyayangi anaknya.

Bukan macam hubungan dia dengan Tuan Asnawi. Jauh beza.

Nawwar ikut melabuhkan punggung lalu bersila depannya. "Hei, awaknya,"

Wajah gadis itu diangkat serta-merta. Iris perang keemasan merenungnya dalam.

"Don’t cry, lovely girl. I don’t like when a woman cries in front of me. It’s one of my weakness,"

Tidak sangka lelaki sedingin dia ada sifat caring. Bukan main lagi garang masa panjat pokok. Ingat tak kisah dah pasal orang lain.

"Emara, please wipe the tears… for me,"

Dia mencebik depan Nawwar sambil mengesat cecair jernih di hujung mata.

"That’s better,"

Emara mengukir senyuman manis kepadanya. Aiseh, kenapa jantung tiba-tiba menggila pula dah? Dia senyum je kut. Bukannya muntahkan ayat manis depan kau.

Tapi sejujurnya, memang manis senyuman dia. Suka tengok.

"Dimana Nawwar Inas yang aku cari!?"

Serentak berpaling mencari pemilik suara yang bergema di ruang langit. Azazel sedang mencari mangsanya dari atas manakala pasukan tentera miliknya melakukan pemeriksaan di setiap kedai.

"Find that cursed child in every building when you go inside. Now!!"

"Shit," Nawwar mendengus kasar. Wajahnya kali ini lebih menyeramkan. Kecut Emara melihat perubahan Nawwar. He is in his serious mode.

Setiap pintu kedai dihancurkan dengan sekali tumbukan daripada entiti kanggaru milik Azazel. Kalau tak sorok memang kena culik menghadap Azazel! Memang tak guna punya jantan.

Walau bagaimanapun, tentera Azazel boleh tahan kuatnya.

Nawwar pergi ke stor belakang dimana semua stok barangan disimpan. Dia cuba mencari tempat persembunyian yang sesuai agar mereka berdua tidak mudah untuk dikesan.

"A-apa awak buat?" Emara hairan mengapa Nawwar menggeledah semua kotak dalam stor ini.

Nawwar terlihat satu kabinet kecil dengan timbunan kotak di hadapannya. Dia menurunkan susunan tersebut dan pintu kabinet dibuka. Ruangan agak kecil untuk dia yang berbadan tegap. Mahu mati anak orang tak bernafas sebab kena himpit.

"Awak sorok sini,"

Emara menurut suruhan Nawwar dengan meringkuk dalam kabinet itu. Kotak tadi disusun mengikut susunan tadi, membiarkan ruang udara di antara celah supaya Emara tidak lemas.

"Awak macam mana? Sorok mana?" kalau kabinet tak muat untuk dua orang, ke mana lagi Nawwar nak sorok?

"Don’t worry about me. I’ll be fine. Make sure you stay silence so that we wouldn’t get caught. Okay?"

Emara angguk perlahan. Pintu kabinet ditutup dan membiarkan ia terbuka sedikit.

Nawwar pandang pada loker di sebelah pintu masuk stor. Agak kecil juga. Tapi kalau untuk dia seorang, mungkin tidak menjadi masalah baginya. Tubuh Nawwar tidak setegap Zhan. Berketul-ketul otot biceps and triceps yang timbul. Baju saiz L belum tentu muat.

"Nawwar Inas!! Mana engkau!!!" dentuman guruh mengejutkan Nawwar.

Pintu loker dibuka. Allahuakbar keciknya ruang. Baik Emara sorok sini tadi daripada kabinet yang lagi luas ruang untuk dia.

Pasrah sungguh. Dia cuba muatkan diri. Boleh lah cuma kena korban oksigen sikit. Pintu loker ditutup, dia menunggu kehadiran tentera Azazel menyerbu masuk.

Tidak sampai seminit, pintu utama sudah diceroboh oleh mereka. Nawwar cuba merendahkan badannya agar tidak terlihat melalui lubang-lubang kecil pada pintu loker. Nasib baik dia bertindak cepat mencari tempat persembunyian.

Krek…

Daun pintu stor dikuak perlahan. Nawwar mengintai melalui lubang pintu. Kanggaru itu menoleh kiri kanan. Serabut agaknya tengok banyak sangat susunan kotak bertimbun.

Tiba-tiba dia berpusing ke arah loker sebelah kanannya. Ya, jantung Nawwar hampir gugup. Nafas tersekat-sekat. Wajahnya lebih seram dari apa yang dia lihat sewaktu berada di makmal bawah tanah. Wajah tidak bertopeng.

Selangkah demi selangkah dia maju sehingga terhenti benar-benar di hadapan loker tersebut. Makin lama makin rendah badan Nawwar. Hembusan nafas berat kanggaru menaikkan bulu romanya tegak. Sangkaan kanggaru itu sudah pergi lepas berdiam diri untuk masa yang lama. Sekali…

Shing!

Sehunus pedang menusuk menembusi loker itu. Mujur Nawwar rendahkan badannya sambil bersandar di tepi dan tidak menghadap ke pintu loker. Bilah pedang hanya beberapa inci dari wajahnya.

"He’s not here," bilah pedang ditarik semula oleh kanggaru itu.

Seketika suasana menjadi tenang.

"Kau mungkin terlepas tapi jasad kau akan jadi milik aku!!!"

Suara Azazel samar-samar menembusi gegendang telinganya. Apabila merasakan kehadiran kanggaru itu benar-benar hilang, Nawwar segera keluar dari loker tersebut. Tercungap-cungap sedut oksigen.

"Emara! Keluar sekarang!"

Pintu kabinet segera dibuka. Emara merangkak keluar menuju Nawwar. Masing-masing hampir saja hilang nafas.

"Bunyi apa tu tadi" soal Emara seraya mengesat peluh di dahi.

"I almost got kill,"

Terbuntang luas mata Emara memandang Nawwar. Sampai macam itu sekali?

"Tak apa. Saya okey je. Sekarang, jom keluar dari sini. Tak boleh lama-lama,"

Nawwar ajak Emara keluar dari kedai itu. Malam menjelang tiba. Bulan menyinari cakerawala yang gelap bersama gugusan bintang menghiasinya. Sunyi dan gelap.

Misi seterusnya adalah bagaimana mereka mahu pulang ke akademi baru? Bandar sudah hancur. Tiada apa yang tinggal. Nak pergi akademi baru pun kira-kira dua minggu baru sampai. Jarak untuk ke sana lebih kurang 40km. Jauh kan?

"Kita rehat dulu lah. Kumpul tenaga untuk esok," kata Nawwar yang sudah menanggalkan blazer miliknya. Dibalut pada lengan sasa belah kanan.

"Saya lapar la pulak. Agak-agak ada sisa makanan tak dekat sini? Roti ke,"

Perut mula berkeroncong bila sebut pasal makanan. Bola mata Nawwar meliar mencari kedai bakeri yang ada. Terdapat satu kedai bakeri terletak di hujung simpang. Boleh jadi tempat persinggahan seketika.


SELESAI menjamah sisa roti yang ada, rasa mengantuk menyusul tiba. Emara sudah banyak kali menguap waktu makan tadi. Tapi tidak bagi Nawwar. Banyak perkara yang berlegar di fikiran.

"Tak tidur ke?" soal Emara yang meringkuk di sebelah rak. Tunggu mata terpejam dibuai mimpi.

Perlahan Nawwar menggeleng sembari mengurut dahinya.

"Awak okey? Sakit kepala ke?"

Respon tetap sama.

"Hm… saya ada soalan nak tanya awak. Boleh ke?"

"Go ahead,"

Lantas Emara bangun semula dari pembaringan lalu duduk bersila. Mereka saling bertatapan. Tiada sebarang reaksi terpancar pada wajah Nawwar. Nampak kosong. Emara berdehem sebelum membuka bicara.

"Saya masuk akademi waktu umur saya sebelas. Sekarang saya sembilan belas tahun. Masa tu saya baru lagi, lepas tu pihak akademi nak cari satu bilik yang ada seorang aje penghuni. Mula-mula dia kata penuh sampai lah dia cari terjumpa satu bilik yang ada penghuni seorang. Kak Deena lah orangnya,"

Riak Nawwar masih datar. Emara teruskan dengan kisahnya.

"Saya kan baru lagi jadi macam curious lah nak tahu akademi ni. Jadi dia offer saya pusing satu akademi. Dan ada satu malam tu… buat saya trauma,"

"Kenapa?"

"Malam tu kecoh satu akademi ada orang menjerit. Saya dan Kak Deena nak tengok empunya suara tu. Lepas tu, saya tengok macam ada lelaki tu dia pakai serba putih. Ramai master tahan dia sebab banyak pihak akademi tercedera. Berlumuran darah penuh atas lantai. Tak silap saya ada orang jerit 'make sure the Cursed Child stay unconscious' kut. Jadi…” Emara mati kata di penghujung ayat.

"Is it you? The… Cursed… Child?"

Bergerak-gerak halkum Nawwar menelan liur. Wajah berubah pucat. Tak sangka soalan itu keluar dari mulutnya sendiri.

"Awak ke masa tu?" suara Emara sedikit menekan.

"Sa-Saya…" Nawwar jeda seketika.

"Y-ya… saya lah orangnya. The Cursed Child with tragic memories,"

Terluah jua pengakuan dari bibir mulutnya. Dia tiada masalah untuk mengaku jika benar dia ialah Cursed Child yang menyebabkan huru-hara pada malam itu.

Cuma entah mengapa hati Nawwar tak boleh terima jika Emara trauma dengan dia sebagai seorang Cursed Child digeruni ramai.














Continue Reading

You'll Also Like

6K 574 11
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
34.1K 1.8K 39
Hanya sakit yang dapat dirasai tatkala mencintai seseorang yang sama rupanya, namun jiwa telah berbeza. "Aku Jauhar... bukan Ayden" - Jauhar Khairr "...
88.3K 4.9K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
636K 5.7K 8
๐๐„๐– ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐Ž๐! [SLOW UPDATE] #1 ๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐™ƒ๐™–๐™›๐™ž๐™ฎ ๐™‡๐™ช๐™ฉ๐™›๐™–๐™ฃ | ๐˜ผ๐™ช๐™ก๐™ž๐™ฎ๐™– ๐™‡๐™ช๐™›๐™ฎ๐™–๐™– Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...