The Stupidos 2 | The Shadow B...

By izkhai

12K 1.7K 141

Teen Fiction ' Humor | on going Season 2 || The Stupidos Series ••• Luke Harvey - Dia seorang lelaki yang mem... More

00 | TRAILER
01 | ZERO
02 | DATE
03 | CLUB
04 | HER
05 | MISUNDERSTAND
06 | HATE
07 | FIGHT
08 | SMOKING
10 | NEW BUDDY
11 | KEEP IT
12 | THEATER
13 | DECISION
14 | MAD
15 | LEADER

09 | BROTHER

517 95 0
By izkhai

-Life is too short for arguments. Just say "i dont care" & move on.-

Telefon yang berbunyi dek notifikasi yang masuk dipandang. Berkerut dahi Elena dibuatnya apabila nombor yang tidak dikenali menghantar mesej kepadanya.

Decitan terlepas apabila gerangan tersebut memperkenalkan diri sebagai Brandon. Dari mana lelaki itu mendapat nombor telefonnya?

Brandon benar-benar menghantui hidupnya sejak dua menjak ini. Pantang saja melihat dirinya, ditegur layaknya seperti kawan lama. Sedangkan akrab juga tidak.

Apabila nombor milik Brandon tertera di skrin telefonnya, dia menghela nafas kasar. Dibiar saja panggilan tidak berjawab.

Pen dipegang kembali lalu dia menyambung mengulang kaji. Skrin telefon yang mulai gelap mula menyala kembali. Panggilan sekali lagi masuk.

"Apa dia nak ini?" dengus Elena geram. Tidak suka dirinya diganggu oleh jejaka itu.

Pen dihempas kasar lalu panggilan dijawab. Belakang tubuhnya disandarkan pada kepala kerusi.

"Nak apa?" soalnya kasar.

"Garanglah kau ini. Saja telefon kau. Rindu."

"Gila." kutuk Elena. Tangan disilangkan ke dada.

"Eleh. Bagi lima sebab kenapa kau tak suka aku dengan Luke. Aku tahu yang kau dengan orang lain okey saja. Cuma dengan kita orang kau jaga jarak."

Elena memutarkan bola matanya ke atas. Benar-benar tidak suka apabila dirinya disoal siasat sebegitu rupa.

"Tak perlu tahu. Jangan kacau aku. Aku sibuk." tuturnya sedikit marah lalu segera panggilan dimatikan.

Telefonnya ditukar kepada mod senyap. Dia inginkan ketenteraman apabila belajar.

"Cuba dengar kata aku!"

Mata dipejam rapat apabila dia mendengar suara seseorang memekik kuat di luar bilik tidurnya. Lagi satu masalah telah datang.

Dengan rasa sakit hati, dia bangkit jua berdiri. Pintu biliknya dikuak lalu langkah dibawa laju ke ruang tamu di tingkat bawah.

Matanya menjamu pemandangan Encik Kennedy yang sedang memukul adiknya, Edward. Kelihatan Edward hanya membatukan diri di atas lantai menerima segala kesakitan itu.

Tanpa menunggu lama lagi, laju Elena menolak kasar tubuh ayahnya itu untuk menjauhi Edward. Sekelumit rasa takut tidak pun terasa apabila dia melakukan perkara tersebut.

"Edward." Elena melutut di atas lantai. Tubuh itu didakap perlahan. Kelihatan air mata yang mengalir lesu di pipi Edward tanpa esakan.

Hatinya benar-benar sakit melihat keadaan Edward itu. Lantas dia bangkit berdiri dan menatap tajam wajah bengis milik Encik Kennedy.

"Kenapa kau turun? Kau naik sana! Belajar!" marah Encik Kennedy tidak berpuas hati.

"Apa salah Edward lagi dekat mata ayah? Tak pernah cukup ke tubuh Edward jadi mangsa pukul kemarahan ayah?" marah Elena dengan suara yang ditahan agar tidak naik seoktaf.

"Kau tak perlu sibuk! Kau cuma perlu belajar dan dapat keputusan yang baik! Masuk bilik sana!" arah Encik Kennedy dengan wajah bengis yang cukup menggerunkan.

Senyuman sinis terukir di bibir Elena. Tidak percaya dengan sikap Encik Kennedy yang semakin menjadi-jadi. Di saat tubuh adiknya menjadi tempat melempiaskan kemarahan, tak akan dia hanya duduk di dalam biliknya membiarkan sahaja.

Edward hanya ada dirinya sebagai tempat bergantung. Jika tiada dirinya, mungkin separuh mati adiknya itu bakal dikerjakan Encik Kennedy tanpa belas kasihan.

Bukan tidak pernah terjadi. Kerana dia terlalu takut perkara tersebut berulang, dia sanggup melawan ayahnya itu demi Edward.

"Disebabkan terlalu inginkan kesempurnaan, tubuh darah daging sendiri sanggup dijadikan mangsa keadaan." sindir Elena pedas.

Dia membantu Edward untuk bangkit berdiri. Adiknya dibiarkan bersembunyi di belakang tubuhnya. Pergelangan tangan Edward digenggamnya erat.

"Sekarang kau makin berani dengan aku! Sanggup lawan aku disebabkan adik kau yang tak berguna ini! Tak pernah nak dengar kata aku!"

"Sebab ayah dah melampau! Elena muak dengan perangai ayah! Muak dengan sikap panas baran ayah yang suka pukul Edward tanpa ada rasa kasihan! Elena cukup muak dengan ayah yang asyik menuntut kesempurnaan daripada kita orang!" bentak Elena keras.

Naik turun dadanya kerana amarah yang membuak. Tajam pandangannya menikam anak mata Encik Kennedy. Sungguh dia sudah tidak sanggup ingin menghadap sikap ayahnya itu.

"Kalau ayah mengharapkan kita orang hormat ayah, belajar untuk menyayangi dan melayan kita orang selayaknya sebagai anak. Bukan sebagai manusia tanpa hati dan perasaan."

Buat kali terakhir Elena menatap sepasang mata yang jelas terkejut bercampur dengan rasa marah. Sudah lama dia menahan dengan sikap ayahnya itu. Hari ini dia melempiaskan segala yang terbuku di hatinya. Biar ayahnya itu sedar dengan sikap lelaki itu sendiri selama ini.

Tangan Edward ditarik untuk mengekori langkahnya naik ke tingkat atas. Dibawa adiknya itu masuk ke dalam bilik tidurnya. Tempat itu saja lebih selamat dari membiarkan Edward sendirian.

Edward mengambil tempat duduk di birai katil Elena. Kelihatan kakaknya itu memandang ke arah meja belajar.

Terhinjut sedikit bahunya di saat Elena melempar semua buku gadis itu di atas lantai. Dia tidak pernah melihat kemarahan Elena sehingga tahap itu. Selama ini Elena cukup tenang.

"Kak." Edward memegang pergelangan tangan Elena. Menahan gadis itu dari bertindak lebih lagi.

Elena memejamkan matanya. Lantas dia menghampiri Edward dan memeluk tubuh itu yang masih duduk di birai katil.

"Kenapa kau tak melawan apa yang ayah buat? Banyak kali aku dah pesan. Lawan, Edward." tutur Elena sebak.

Edward merupakan kelemahannya. Satu-satunya adiknya yang dia punya. Edward merupakan separuh nyawanya.

Selepas kematian ibu mereka, Edward sering menjadi mangsa pukul Encik Kennedy. Sikap Encik Kennedy berputar 360 darjah. Sudah tidak terlihat sikap kasih sayang dan lemah lembut lelaki itu.

"Aku tak apa-apa, El." bisik Edward perlahan. Tubuh yang merasakan sakit ditahan. Tidak mahu Elena bertambah risau.

"Berapa banyak kali kau nak menipu aku? Berapa banyak kali kau nak berpura-pura depan aku?" soal Elena usai meleraikan pelukan.

Edward terdiam. Sedikit merasakan serba salah apabila melihat wajah Elena yang sudah berubah.

"El." Dia terkedu apabila melihat mata yang berkaca itu.

Bebola matanya memerhati Elena yang melutut di hadapannya. Dia hanya diam membiarkan kakaknya itu menyentuh tepi bibirnya yang pecah.

"Jangan tipu aku lagi. Janji dengan aku yang kau akan lawan. Aku tak sanggup tengok kau macam ini lagi. Kau adik aku, Edward."

Edward menunduk. Kepalanya diangguk dengan hati yang berat. Dia dapat merasakan sentuhan pada kepalanya.

Hanya Elena yang menyayanginya dan sering mempertahankannya. Berbeza dengan Encik Kennedy yang menganggapnya bagaikan orang luar. Sering mencari kesalahannya dan menderanya.

"Apa yang salah di mata ayah lagi kali ini?"

"Ayah dapat tahu keputusan peperiksaan aku tak cemerlang." balasnya perlahan.

"Jangan pedulikan semua itu. Aku ada untuk kau." ujar Elena lalu kembali merangkul tubuh Edward.

Edward membalas pelukan Elena dengan erat. Merasakan dakapan hangat yang cuba memujuknya.

"Kau tak akan tinggalkan aku kan, El? Aku minta maaf sebab tak berani melawan macam yang kau suruh. Aku tak nak keadaan semakin teruk. Kau tahu kan ayah macam mana." bisiknya.

"Kau adik aku. Aku akan selalu ada dengan kau. Tak kira masa. Cari aku setiap masa. Bukan cuma bila kau perlukan aku." pesan Elena.

"Aku janji."

Continue Reading

You'll Also Like

7.2K 1.6K 21
Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
4.1M 198K 61
Highest #1 in teen fiction (under major editing) Afiq memeluk tubuh kecil itu dari belakang. "Hai sayang. Miss me?" Afiq mengeratkan pelukannya. "...
59.8K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...