CDTM 2

By Qaynyy

40.6K 3.7K 1K

Seronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan... More

INTRODUCE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 24

1.2K 140 32
By Qaynyy

Hidungnya sudah mencucuk bau ubat. Dia cuba buka mata namun ada suara halus yang memanggilnya membuatkan dia batalkan niat untuk bangun dari tidur. Lama-lama muncul satu bayangan dihadapannya yang tersenyum manis kepadanya. Disebelah tangan kanan perempuan itu seorang budak lelaki sedang membebel kecil sambil mata memandangnya.

" Ayang!! " Suara itu! Azka mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.  

" Zahra? " Dia panggil lagi. 

" Saya teman Lut dekat sini. Awak jagakan Lutfi yee.." Ujar Zahra sambil memimpin tangan Lut. Makin lama makin jauh bayangan itu. 

" Zahra!! Zahra!! " Dia cuba mengejar susuk tubuh itu namun semakin lama semakin menjauh dan hilang dari pandangannya. 

Dia terjelepok jatuh. Dia cuba bangun. Kepalanya sakit! Dia menutup mata dan memegang kepalanya. Dia keseorangan! 

" Azka! " Leo mengejut Azka. Terkejut dia mendengar Azka menjerit nama Zahra. Laju sahaja dia masuk kedalam bilik Azka. 

Saat kakinya melangkah masuk, Azka sudah menggerakkan badan dan meraung-raung memanggil Zahra. 

" Azka! " Azka tersentak! 

Matanya terbuka luas. Syiling putih menjadi pandangan pertama dia. Langsung dia menoleh kearah Leo. 

" Zahra mana?! Lut mana?! " Azka gagahkan diri untuk bangun. Segala paip dan jarum ditangan ditarik keluar. Darah menitik terkena baju pun dia tidak endah. 

" Azka.." 

" Leo! Aku nak Zahra. Aku nak tengok anak-anak aku! " Leo menahan Azka. 

" Azka! " Azka terdiam. Leo merenung wajah Azka dengan riak yang sebak.

" Lut dah lama tak ada Azka...Lut meninggal malam yang kau nak selamatkan dia tu.." Leo mengenggam kemas bahu Azka. 

Azka tergamam. Malam itu!

Farid yang langgar Lut sehingga tubuh kecil itu terpelanting. Malam itu kepalanya dipukul dan dihentak beberapa kali oleh Farid. Segalanya kembali terlayar diingatannya. 

Kebahagiaan dia dan Zahra memiliki kembar. Selama ini dia sakitkan hati Zahra sepanjang dia hilang ingatan. 

" Ya Allah..Zahra.." Azka meraup wajahnya. Airmatanya sudah pun mengalir perlahan.

" Zahra kehilangan banyak darah. Dah tiga hari korang berdua tak sedarkan diri. " Beritahu Leo.

Sehingga kini Zahra masih tiada perkembangan apa-apa. Azka bangun dari pembaringannya.

Dia menapak perlahan mencari wad Zahra. Laungan dari Leo diabaikan.

Dia harus bertemu dengan Zahra! Satu-satunya permata hatinya!

Apa agaknya perasaan Zahra setelah tahu Lut meninggal? Apa persepsi Zahra terhadap dirinya.

Lama-lama langkah Azka longlai. Ingatannya terimbas kembali malam dia dengan Zahra. Malam ingin menyelamatkan anak-anaknya.

Dimana untuk kali pertama seorang Tuan Muda yang berpakej lengkap tumbang pada tangan musuh.

Azka menangis. Bayangan kecil Lut memenuhi kotak ingatannya. Dia sudah ingat segala-galanya.

Cara dia melayani Zahra ketika dia hilang ingatan. Zahra dalam keadaan serba salah semasa dia keluar dengan Ain.

Wajah sungul Zahra semasa menyambut Ain untuk bertemu dengan dia. Semuanya kembali terlayar dikotak ingatannya.

" Baby... Maafkan aku. " Azka terjelepok jatuh. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandangnya pelik.

****

Leo menolak kerusi roda Azka lebih mendekat kearah katil Zahra.

Mata Azka tidak lepas memandang tubuh kaku Zahra yang terlantar berselirat dengan wayar-wayar ditangan wanita itu.

Azka mencapai tangan Zahra. Dia menguncup tangan wanita itu lama.

Leo meninggalkan Azka dan memberi ruang untuk Azka bertemu dengan Zahra. Dalam hatinya berdoa agar Zahra akan sedar dan kembali seperti sedia kala.

" Pretty wife..aku datang ni. " Ucap Azka dengan lembut.

Tangannya tidak lepas dari menggenggam tangan Zahra.

" Aku dah ingat semuanya sayang..aku dah ingat apa yang terjadi. Aku minta maaf Zahra...aku suami yang tak berguna. Aku papa yang tak berguna.. " Dia merintih menahan sedu.

" Aku papa yang tak berguna. Lut! Aku tak dapat selamatkan Lut. " Lagi sekali nama itu meniti dibibirnya.

" Dan hari ni, terbukti yang aku suami tak berguna. Aku yang buat kau jadi macam ni Zahra..aku minta maaf sayang.. " Airmatanya menitis perlahan jatuh tepat pada tangan Zahra.

Disebalik wajah kaku itu, mengalir perlahan airmata ditubir mata Zahra. Seakan-akan suara rintihan Azka itu dapat didengar.

" Baby, aku tunggu kau ye sayang.. Aku tak akan tinggalkan kau. Tapi kau janji dengan aku Zahra, yang kau tak akan tinggalkan aku."

" Aku sayangkan kau Zahra. " Ucap Azka penuh syahdu.

****

Ayyan melepaskan keluhannya. Puas juga dia mencuba jejaki Ain dan Yazis. Wanita bodoh itu sudah melampau!

Shah menghirup coffee panas bertemankan angin yang sempoi-sempoi bahasa malam itu. 

Mansion Bryans yang sunyi sepi itu membuatkan keadaan menjadi sendu. Tiada pertengkaran ataupun perlawanan mulut antara Zahra dan Azka.

Mereka masih lagi dibali. Ad dan Fahmi ditugaskan untuk pulang ke Malaysia mencari jejak Yazis.

" Aku kesian doh tengok Zahra.. " Ujar Ayyan perlahan.

" Itulah dikatakan cinta sejati. " Shah menghembus asap rokok keruang udara.

" Cinta sejati? " Ayyan merenung mula Shah tanpa riak.

" Zahra sanggup ambil risiko untuk hidup dengan dunia kita. Asalkan dia nak Azka dengan kita bahagia. " Ingatan mereka kembali menerjah dimana ketika itu Zahra berusaha untuk satukan Hayers dan Mation.

" Aku akan pastikan Zahra dapat tuntut hak yang Ain dah ambik! " Rahang Ayyan bergerak-gerak menahan marah.

" Dan aku akan pastikan sepupu bodoh aku tu, mati kat tangan Zahra. " Sambung Shah.

" Kalau tak busuk hati, tak dengki memang bukan nama manusialah..kau jadi dungu macam mana pun orang akan tetap dengki dengan kehidupan kau. " Kata Shah.

Ayyan mengangguk dan mengiyakan apa yang Shah katakan.

Kadang-kadang manusia ini bersifat tidak boleh orang lain melebihi apa yang dia ada. Sebab itu timbulnya rasa iri hati, busuk hati semua.

****
Leo tersedar apabila satu tangan menepuk bahunya. Segera dia mencelikkan mata dan merenung Azka yang sedang merenungnya tanpa riak.

" Kau nak balik, balik jelah. Aku dah okay ni. " Kepala Azka yang masih lagi berbalut itu dipandang.

" Tak apalah. Aku risau kalau Zahra sedar ke apa ke, dia cari kau nanti. " Leo mengatup mulutnya. Menguap!

" Leo.. " Wajah dingin itu ditatap.

" Terima kasih sebab jagakan Zahra dengan Lutfi sepanjang aku tak ingat apa-apa. "

" Tak ada apalah. Zahra tu dah macam adik aku. Lutfi tu dah macam anak buah aku sendiri. Tak kanlah aku nak biarkan diorang. Lagipun kalau tak ada aku pun, Ayyan, Shah, Ad dengan Fahmi ada. Diorang pun jagakan Zahra. "

" Terima kasih. "

" Yelah..siapa je tak sayang isteri dungu kau tu. Semua orang sayang dia. " Ucap Leo jujur.

" Tapi Azka, aku minta satu je dengan kau. " Leo dan Azka saling memandang antara satu sama lain.

" Apa? "

" Tolonglah izinkan Zahra belajar cara nak protect diri dia. " Azka terdiam.

" Ramai musuh kita tahu Zahra jenis yang macam tu, diorang ambik kesempatan. Nak tak nak kau kena izinkan Zahra belajar protect diri dia." Kata Leo lagi.

Azka terdiam dan menunduk menekur lantai hospital. Dia merenung jauh seakan-akan menimbus lantai.

" Aku akan ajar dia sendiri. Korang tak perlu susahkan diri untuk ajar dia. " Akhirnya Azka memberi kata putus.

Leo melepaskan keluhan lega. Bukan apa, mereka semua tidak sanggup melihat Zahra tercedera ataupun disakiti.

Syafiq menerjah masuk kedalam wad Azka. Mukanya cemas dan pucat.

" Puan Muda! Dia dah sedar! Tapi tekanan darah dia rendah! " Azka dan Leo sama-sama merenung muka Syafiq. Terkedu.















To be continue..

Vote dan comment guys!!

Hai kesayangan Qay!!!
Mana² yg nak join group wattpad Qay, pm Qay dan nanti Qay akan share link group tauu

Continue Reading

You'll Also Like

366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
56.9K 3.7K 48
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
1.8M 61.5K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
88.1K 7.4K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...