Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 37.9K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

63

75.7K 3.6K 713
By Lollysnow

Malam sebelum perkahwinan Naufal dan Auni.

"Naufal.." Haris tegak melihat Naufal bersandar pada dinding rumah. Sebelum lelaki itu perlahan-lahan terduduk. Tangan naik meraup wajah beberapa kali.

"Apa aku dah buat? Aku baru sedar yang aku terlalu cintakan dia Haris.." Haris pegun melihat air mata keluar dari mata sahabatnya itu.

"Aku terlalu cintakan Safiya dari dulu..."

"Abang dah cakap, abang tak suka kau jadi lelaki tak guna Naufal." Naufal sedikit tersentak mendengar suara abangnya. Thaqif entah dari mana melangkah tanpa riak dihadapannya.

"Abang.."

"Kalau kau tak mampu nak pilih antara dua orang perempuan, kau memang tak layak langsung untuk dua orang tu. Kau nak kan Auni jadi isteri kau tapi masa yang sama kau sayangkan Safiya. Lelaki jenis apa kau ni Naufal?" Haris terdiam mendengar bebelan Thaqif buat Naufal.

"Aku tahu.." Naufal raup wajah.

"Jangan cuba dekat dengan Safiya. Dan jangan kahwin dengan Auni. Dua orang tu berhak dapat lelaki jauh lebih baik dari kau." Thaqif mendengus sebelum dia berlalu meninggalkan Haris dan Naufal disitu.

"Naufal.." Haris tunduk memegang bahu Naufal.

"Apa yang Abang Thaqif cakap betul. Aku lelaki tak guna. Aku tak layak untuk Safiya.."

SEBELAH tangan diletak di atas tangan ayah Auni yang berjabat dengannya sekarang. Kepala ditunduk buat semua orang dimeja itu tercengang.

"Maafkan saya. Saya buat kesilapan besar dalam hidup saya. Saya boleh kahwin dengan Auni tapi saya tak janji mampu cintakan dia sama seperti suami orang lain. Saya takut,, saya tamak dalam buat keputusan. Saya tak mahu masa depan Auni dengan saya tak seperti yang uncle inginkan.." lelaki dihadapan Naufal sedikit tersentak. Baru tadi dia sebutkan akad untuk nikahkan anaknya dengan lelaki itu. Tapi ini pula yang dibalas Naufal?

"Apa kamu cakap ni Naufal? Kamu dan Auni dah hampir jadi suami isteri.."

"Maafkan saya Uncle, saya tak layak untuk Auni.." Naufal bangun menanggal songkok dikepala buat Dato' Raihan yang duduk di sebelah kanan anak itu tercengang.

Thaqif pula duduk di sebelah kiri Naufal hanya menayang riak tenang. Tidak terkejut tidak juga menghalang. Biarkan Naufal uruskan semuanya sendiri. Adiknya sudah besar.

"Jadi kamu nak cakap, yang kamu nak batalkan pernikahan kamu dengan Auni.." ayah Auni menyoal dan Naufal mengangguk.

"Saya pentingkan diri kalau saya teruskan perkahwinan ni. Saya takut yang saya tak mampu bahagiakan.."

Pang!!

Ayah Auni bangun menampar kuat pipi Naufal buat Auni di atas pelamin turut berdiri gusar.

Naufal tunduk wajah.

"Kamu ingat susah payah saya besarkan Auni untuk tengok anak saya untuk tengok dia disakitkan kamu Naufal? Kau memang dah pentingkan diri daripada awal!" Kuat jerkahan papa Auni buat orang-orang yang hadir dimajlis itu mula berbisik-bisik.

"Auni perempuan yang baik. Perempuan yang sempurna kat mata saya. Cuma saya.. Saya lelaki tak guna."

"Naufal apa kamu cakap ni! Jangan buat Papa malu Naufal!" Dato' Raihan bangun mengusap bahu anaknya.

"Dah, tak perlu pujuk dia lagi. Aku pun dah tak hingin nak jadikan dia menantu! Anak aku lebih bernilai dari maruah kau!" Ayah Auni memaling wajah meninggalkan meja itu.

"Naufal..."

"Maaf Auni,," Naufal pandang Auni yang melangkah mendekatinya.

"Kenapa?"

"Awak tahu kenapa. Saya cuma lelaki tak guna.."

Auni terdiam. Dia sudah dapat rasakan semua ini. Dia tahu hati Naufal sekarang bukan milik dia lagi. Tapi sebabkan rasa bersalah Naufal teruskan hingga tahap ini..

Lebih baik begini dari dia berkahwin dengan lelaki yang separuh rela mencintai dia.

Hari demi hari berlalu meninggalkan Naufal yang diam dengan dunianya sendiri. Melihat dua orang perempuan yang dia pernah sayangi dibahagiakan lelaki lain. Auni berkahwin setahun setelah pernikahan mereka dibatalkan. Tak, dia tak cemburu. Tapi dia lega. Seperti satu beban yang ada dibahunya terlepas pergi. hubungan di dan Auni sekarang sebatas sahabat. Auni dapat menerimanya dengan baik walau pernah dikecewakan Naufal. Tapi fikiran perempuan itu jauh lebih matang.

Tapi lain pula yang dia rasa di pihak Safiya. Safiya mungkin dalam proses menyerah hati kepada Haris yang setia berada di sisi perempuan itu. Dia tahu ada sesuatu yang tersekat dihati buat dia rasa sakit setiap kali melihat kemesraan dua orang itu dari sosial media.

Tiada jalan lain selain mengikhlaskan. Safiya berhak bahagia dengan lelaki lain.

Dan sebab itu dia tak aktif lagi di Instagram.  Dia tak mahu menyerabutkan hati melihat kebahagiaan gadis itu.

Biarlah Safiya dengan hidupnya.

Dan dia.. sendiri menjalani hidup tanpa rasa.

Hingga digelar 'Lifeless Naufal'.

Dalam beban memegang tanggungjawab yang dulu dipegang baik oleh Thaqif. Dan sekarang segalanya diserah dibahu Naufal. Segalanya tak mudah.

Dia pernah menangis sendirian kerana kepenatan. Dia pernah dua hari hilang selera makan kerana terlalu penat. Dia pernah dua minggu tidak pulang ke rumah kerana tak mahu mamanya lihat bertapa penatnya dia.

Segalanya dipendam sendiri sekarang kerana dia sudah cukup dewasa.

Empat tahun dijalani Naufal tanpa rasa dihati. Kerja, kerja dan kerja..

Hingga matanya menangkap mata Safiya dihadapan pintu mesyuarat. Seperti semangar ditiup kembali ke dalam diri. Safiya agak pegun tapi dia berusaha mengalih perhatian sekadar menyedarkan diri.

Dia tidak tahu bila Safiya pulang ke Malaysia, yang dia tahu sebulan yang lalu dia dimaklumkan yang safiya akan bekerja untuk beberapa bulan di syarikatnya sebagai training.

SEPANJANG MAJLIS Safiya tak dapat memberi tumpuan penuh, sesekali dia memandang Auni dan suaminya. Sesekali dia menjeling Naufal yang ada dihadapannya sekarang. Dia sedang bermimpikah? Kenapa mereka tak berkahwin? Bukankah hari dia tinggalkan Malaysia empat tahun lalu hari yang sama Naufal berkahwin dengan Auni. Dewan majlis sudah siap, dia melihat dengan matanya sendiri papa dan mama bertolak ke majlis akad nilah Naufal.

Malam itu Naufal bersungguh-sungguh meminta dia berhenti mencintainya kerana dia akan menjadi suami orang.

Safiya urut dahi. Dia hilang dalam fikirannya sendiri.

Mereka bercerai? Tapi kenapa?

"Safiya kenapa?" Teguran Dhia buat Safiya sedikit tersentak. Semua mata dimeja itu menoleh kearahnya.

"Tak, tak ada apa." Safiya jeling Naufal dihadapan. Hanya lelaki itu tenang tidak perihatin pada dirinya lagi.

"Kenapa Abang tak bagitahu Safiya benda yang sebenar? Kenapa Abang Naufal tak bersama dengan Auni? Dia orang bercerai ke? Dia orang tak jadi kahwin ke? Kenapa dia orang.." Safiya raup rambut kebelakang melihat wajah Haris dihadapan. Lelaki itu tetap tenang tidak bersalah menyembunyikan kebenaran selama 4 tahun selama ini.

"Abang tak pernah cakap yang Naufal tu kahwin. Abang cuma tak nak sebut pasal dia depan Safiya lagi. Safiya lupa ke, Safiya sendiri yang cakap Safiya nak lupakan Naufal." Jawapan Haris buat Safiya terdiam.

Silap dia dah sekat akaun instagram Auni sebab tak mahu sakitkan hati melihat kebahagiaan mereka. Kalau dia tak sekat akaun tu mungkin sekarang dia dah tahu Auni tak berkahwin dengan Naufal!

"Ya, salah Safiya." Kau pro stalker tapi kau gagal ambil tahu apa yang terjadi pada Naufal selama empat tahun Safiya!

"Sekarang Safiya dah ubah fikiran Safiya dulu?" Haris peluk tubuh memandang Naufal keluar dari dewan bercakap-cakap dengan Hazim dan Faizul. Isteri kedua lelaki itu turut disitu.

"Safiya.."

"Abang tahu Safiya sayangkan dia lagi. Tapi abang tak tahu apa yang ada dalam fikiran Naufal sekarang. Dia bukan macam dia yang dulu." Haris tangkap mata Safiya tak berkelip memandang mata Safiya tak berkelip memerhati tubuh lelaki itu.

"Safiya dah nak balik?" Teguran Hazim buat Safiya tersentak dan mengalih pandangan dari merenung tubuh Naufal.

"Ya." Safiya pandang Haris.

Haris tanpa riak membalas tatapan mata Naufal.

"Safiya, abang baru teringat yang abang ada kerja..." Tak beralih mata Haris menatap wajah Naufal. Dia perasan mata lelaki itu sedikit membesar dapat menangkap apa yang bermain dalam fikirannya.

"Jadi Safiya boleh balik dengan Naufal? Abang tak dapat nak hantar Safiya.." segaris senyum sinis dilorek Haris buat Naufal.

Mata Naufal sedikit mengecil tajam.

"Hah?" Safiya pandang Haris dan Naufal silih berganti. Seperti ada aliran elektrik bersambung diantara dua mata itu. Mereka berperang matakah?

"Ah! Tak apa! Safiya boleh balik naik teksi!" Sumpah dia janggal! Dengan Hazim dan Faizul sama terdiam.

"Balik dengan Naufal." Haris berhenti berperang mata.

Naufal hela nafas panjang. Poket seluar dicelup sebelum dia keluarkan kunci kereta.

"Masuklah."

Mata Safiya membesar! Dia nak jadi halimunan sekarang juga! Haris memang tak boleh diharap!

Mata meminta bantuan Hazim. Lelaki itu sekadar menjungkit bahu. Faizul pula seperti berbisik mengatakan 'good luck'

Apa yang good luck? Ini bad luck! Dia nak balik naik teksi tapi kalau di cakap macam tu apa pula dikata Naufal.

"Sa..Safiya balik dulu! Abang, nanti Safiya text kalau dah sampai rumah." Safiya teragak-agak masuk ke dalam perut kereta Naufal. Dia nak duduk belakang boleh tak? Kenapa ruang kereta Naufal ni rasa macam sempit! Dia nak bernafas pun rasa sesak.

Apa dia nak cakap sekarang?

"Abang nak singgah rumah Kak Safa, nak hantar mainan Saqif. Dia beli mainan online guna phone abang." Safiya paling kebelakang sebelum dia tersentak berbungkus-bungkus mainan berada di tempat duduk belakang.

"Semua ni Saqif beli?!" Soal Safiya terkejut dan serentak itu dia mendengar keluhan kecil dari mulut Naufal.

"Ya."

"Berapa ringgit?"

"Seribu lima ratus."

"What?!" Ah dia tak pelik, Saqif memang ada kebolehan mengikis duit orang. Tak tahu lah perangai tu menurun dari siapa. Abang Thaqif dengan Kak Safa dua-dua bukan mata duitan.

Anak siapa ni?!

"Abang tak marah dia?"

"Dia satu-satunya anak buah abang. Biarlah."

"Kak Safa pregnant! Nanti kita dapat anak buah kedua!" Safiya teruja menyambung buat Naufal sedikit mengerut dahi. Dia tak tahu yang Kak Safa tengah pregnant. Punyalah sibukkan diri sampai tak ambil tahu hal keluarga sendiri.

"Tahniah."

"Ah tahniah juga." Safiya terdiam janggal apabila Naufal tiba-tiba mematikan mood perbualan mereka begitu sahaja.

"Pasal Kak Auni. Kenapa abang.."

"Kami tak ada jodoh." Kasar Naufal memutar stereng masuk ke dalam simpang buat tubuh Safiya sedikit tertolak ke sisi.

"Oh, sekarang abang duda ke teruna?" Safiya tekup mulut. Sedar soalan pelik yang diaju dia pada Naufal. Apa kau fikir ni Safiya!

"Teruna." Naufal kerut dahi sebelum dia jeling Safiya disebelah.

"Ah maksudnya abang tak kahwin lagilah kan. Hahahaha" Safiya tergelak menutup ruang janggal.

"Kenapa Safiya ketawa?" Soalan Naufal buat Safiya sekali lagi menekup mulut. Ah kau dah kenapa Safiya?! Gila ke apa? Tak pasal-pasal kena cop pelik dengan Naufal lepas empat tahun tak jumpa lelaki itu.

Gila!

"Tak.. Safiya cuma awkward. Kita dah empat tahun tak berborak macam ni. Banyak benda yang berubah dari abang." Badan lelaki itu makin tegap dan tinggi umpama dia tikus yang duduk di sebelah Si Naufal kucing besar.

Naufal diam tidak membalas.

"Abang batalkan perkahwinan dengan Kak Auni sebab apa? Maaf kalau Safiya menyibuk." Dia cuma nak tahu, dia teringin nak tahu!

"Abang tak layak untuk dia."

"I see. Dan abang biarkan diri abang bujang sampai sekarang? Abang patut kahwin macam oranv lain juga."

"Tu urusan peribadi abang. Safiya tak perlu masuk campur." Safiya tersentap. Gigi diketap melihat wajah tak bersalah lelaki itu.

"Macam mana Safiya tak masuk campur? Abang batalkan perkahwinan tak sampai sehari selepas Safiya luahkan perasaan pada abang! Padahal Abang yang merayu minta Safiya lupakan abang! Kononnya abang akan jadi suami paling terbaik untuk Auni! Tak cukup lifeless abang heartless juga ke?"

Naufal berhentikan kereta di depan laman rumah agam abangnya. Mata tak berkelip memandang hadapan mendengar segala luahan benci Safiya padanya.

"Empat tahun! Empat tahun abang hilang macam tu je. Kalau abang dah tak jadi kahwin dengan Auni, kenapa Abang tak cari Safiya? Kenapa abang diamkan diri? Apa yang ada dalam kepala abang sebenarnya?"

"Jangan buat abang nampak seperti lelaki tak guna. Safiya berhak bahagia dengan orang lain." Hanya itu? Hanya itu yang mampu kau jawab lepas empat tahun Naufal.

"Jadi memang dari awal abang tak pernah cintakan Safiya?" Safiya menyoal meminta kepastian.

"Abang cintakan Safiya. Tapi abang tak layak untuk Safiya."

"ATAS ALASAN APA MOHD NAUFAL? Kalau dulu abang bagi alasan Auni dan sekarang apa?"

Naufal terdiam.

"Cakaplah? Biar Safiya tahu bertapa jauhnya jarak kita sampai Abang terpaksa bagi alasan dan alasan untuk tolak perasaan Safiya."

"Abang tak bagi alasan Safiya!" Akhirnya Naufal berpaling membalas tatapan Safiya.

"Then what?!!"

"You have no idea how much I love you. I fool myself for 4 years just to make sure you happy without loving someone like me!"

Mata Safiya sedikit membesar tergamam. Mulut terkunci mencerna apa keluar dari ulas mulut Naufal.

"Yeah I'm happy. But deep inside my heart, you never know how I hurt myself day by day just to accept everything. Selama ni Safiya bayangkan Abang bahagia dengan Auni berkahwin dan ada anak sama macam apa yang abang cakap!"

"Empat tahun tak pernah cukup untuk Safiya, abang."

Kali ini Naufal pula terkedu.

"Safiya nekad akan lupakan abang dan buka hati Safiya pada orang lain kalau Safiya tengok dengan mata Safiya sendiri betapa gembiranya abang lepas berkahwin dengan Auni. Setiap kali Safiya balik Malaysia, Safiya berharap dapat jumpa abang dan Auni dan tengok semua yang abang cakap tu jadi kenyataan."

"Abang akan bahagiakan Auni, abang akan ada anak dengan Auni."

"Empat tahun Safiya tunggu sampailah harini!"

"Abang tak fikir apa Safiya rasa lepas tengok Auni sebenarnya dibahagiakan lelaki lain dan sedang mengandung anak lelaki lain!"

"Safiya masih cintakan abang?"

"Yes!!" Kuat Safiya menjerit buat Naufal teguk air liur.

"Aba.."

Ktok.. ktok.. ktok.. bunyi ketukan tingkap kereta buat Naufal berpaling kebelakang. Tingkap kereta diturunkan sebelum kepala Saqif terjenggul memerhati segenap ruang kereta.

"Kenapa Pak Cu dan Mak Cu tak keluar?" Soalan polos seperti biasa.

"We have something to discuss. Kenapa Saqif comot dengan tanah ni?" Naufal tolak pintu kereta dan laju sahaja anak kecil itu memanjat duduk di atas riba Pak Su nya.

"Biasyelah, nak duit kena terja. Papa cakap, kalau nak duit, Caqif kena tolong papa jaga plowers dia." Saqif mengeluh.

"Hah?! Saqif berkebun? Papa mana?" Soal Safiya.

"Ada kat dalam buat terja."

"Papa Saqif tahu tak Saqif.." Naufal bulat mata sebelum dia dukung Saqif keluar dari perut kereta. Tak semena-mena dia raup rambut melihat pokok-pokok bunga Thaqif habis dicantas Saqif dengan gunting ponok.

"Kenapa.. uh!" Safiya tekup mulut melihat tanah-tanah bertaburan di laman bunga Thaqif.

"Caqif dah kerja keras. Kalau papa tak bagi Caqif duit juga, tak tahulah."

"Habislah Saqif.." Safiya geleng kepala.

"Naufal..." terhenti langkah Thaqif di muka pintu rumah melihat pokok-pokoo bunganya.

"Papa! Bagi Caqif duit! Caqif dah jaga plowers papa!" Saqif hulur tangan kepada Thaqif.

Naufal teguk air liur, Safiya pula tegak berdiri.

"Ya Allah anak..." Thaqif tepuk dahi.

"Caqif baguskan papa?" Saqif turun dari dukungan Naufal sebelum dia berlari-lari minta didukung oleh Thaqif.

"Ya, you did great. Macam ni lah anak papa." Thaqif dukung Saqif sebelum
Dia buang kotoran tanah melekat di wajah polos itu.

Naufal dan Safiya pula tercengang, mereka fikir Thaqif akan memarahani Saqif. Tapi lain pula yang berlaku.

"Then gimme money." Saqif senyum lebar.

"Ya, nanti papa bagi Saqif money. Jom masuk mandi. Dah comot sangat anak papa ni." Thaqif usap kepala Saqif sebelum dia kucup disitu.

"Okay papa!"

Thaqif toleh pula kearah Naufal dan Safiya yang tegap di laman rumah. Sedar siapa yang dibawa, Naufak teguk air liur.

"Masuklah, kak Safa ada buat kuih petang ni." Thaqif melangkh terlebih dahulu. Dia kena mandikan Saqif sebeluk Safa tengok betapa comotnya anak mereka sekarang.

Safiya pandang Naufal, Naufal turut berpaling membalas pandangan sebelum Safiya terburu-buru masuk ke dalam rumah itu. Dia berdebar!

HARIS tenang memandu mengikut kehendak hati. Angin dari luar tingkap buat rambutnya berterbangan kebelakang.

Dia tidak menceritakan khabar Naufal pada Safiya selama ini kerana kata-kata Safiya sendiri yang berjanji akan melupakan Naufal. Tapi sejak detik Safiya tahu Auni bukan isteri Naufal. Dia tahu kata-kata Safiya satu ketika dahulu sudah tidak kukuh lagi.

Jadi dia dengan ikhlas hati, dia menyerah seorang perempuan yang selama ini mengubat rindunya pada seorang kakak pada lelaki itu.

Kereta berhenti di taman permainan lama berdekatan taman perumahan lamanya. Dia peluk tubuh sebelum bersandar pada badan kereta. Senyuman tipis terukir dibibir.

"Excuse me?" Sapaan seseorang buat Naufal berpaling.

"Yes?"

"Awak ada nampak budak perempuan umur 5 tahun, tinggi dia macam ni." Perempuan itu berjubah hitam dengan tudung hitam kemas terlilit di kepala, tangan bergerak menunjuk ketinggian budak kecil yang dia cari.

"Dia pakai jubah macam saya juga." Di balik kaca mata bulat dipakai perempuan itu, dia perasan ada bekas air mata tersisa di mata bundar itu.

"Tak."

"Ah thank you.." perempuan itu tunduk sedikit wajah sebelum melintasi Haris dengan wajah kegusaran.

"Safiyya!!" Dengar sahaja nama itu Haris segera berpaling. Spontan kaki mengikut derap langkah perempuan itu.

"Safiyya! Jangan buat Mak Ngah macam ni." Sebak suara perempuan itu kedengaran.

Dengar derap langkah seseorang, perempuan menggelar diri Mak Ngah itu berpaling.

"Saya nak tolong cari Safiyya." Haris berkata buat perempuan itu sedikit terkejut.

"Oh.. okay." Dia sudah tak sempat nak fikir apa.

"Safiyya!!"

"Tsk tsk!!" Bunyi esakan anak kecil buat Mak Ngah itu berpaling kebelakang ke lorong kecil.

"Ya Allah Safiyya!" Perempuan itu berlari ke arah seorang anak kecil yang sedang terbaring di atas jalan memeluk canvas lukisan.

"Ca..kit.. Daddy!!" Kuat raungan anak kecil itu memanggil daddynya.

"Safiyya! Mak Ngah kan ada kat sini.." Mengalir air mata perempuan itu mendakap tubuh kecil Safiyya.

Haris turut tunduk melihat luka di lutut si kecil.

"Da..ddy.." si kecil mengangkat wajah lantas beralih memeluk tubuh Haris.

"Daddy!! Daddy janji nak beli Piya kek!!" Haris sedikit terkejut memandang perempuan dihadapannya mencari jawapan.

Dia melihat bibir bawah perempuan itu bergetar dan air mata makin lebat mengalir ke pipi. Mata Haris beralih pula memandang canvas lukisan dipeluk Safiyya tadi. Ada gambar lukisan seorang ayah dan anak berpegangan tangan.

"Papa Safiyya baru meninggal dunia kemalangan jalan raya. Ibu dia dah meninggal beberapa hari lepas melahirkan dia."

"Daddy!!" Makin kuat raungan Safiyya buat Haris membalas pelukan anak kecil itu lantas bangun mendukung anak itu.

"Rumah awak kat mana? Saya hantarkan balik." Kepala Safiyya dibawa kebahu sebelum dia pandang perempuan yang masih teresak-esak di atas jalan itu.
______
repost balik sebab ada typo kat ayat ni.

Tak kiralah Naufal or Haris dua dua tak akan ada cerita asing. Cerita sini sampai sini.

#haris yang jadi adik kepada seorang Safiya dan tiba-tiba jadi abang kepada seorang Safiya. Dan sekarang mungkin akan jadi bapa kepada Safiyya. 🤍

Continue Reading

You'll Also Like

635K 24.4K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
142K 12.7K 57
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...