My Mate , That's Diavolo Crim...

Da danedheera

232K 16.9K 20.2K

" She's my girl . Don't touch her . Nobody can steal her from me . I don't care who both of you are . Even th... Altro

โ†ญOne
โ†ญ Two
โ†ญThree
โ†ญ Four
โ†ญFive
โ†ญ Six
โ†ญ Seven
โ†ญ Eight
โ‡œNine
โ†ญTen
โ†ญ Eleven
โ†ญTwelve
โ†ญ Thirteen
โ†ญ Fourteen
โ†ญFifteen
โ†ญSixteen
โ†ญSeventeen
โ†ญEighteen
โ†ญ Nineteen
โ†ญTwenty
โ†ญTwenty One
โ†ญ Twenty Two
โ†ญ Twenty Three
โ†ญTwenty Four
โ†ญ Twenty Five
โ†ญ Twenty Six
โ†ญ Twenty Seven
โ†ญ Twenty Eight
โ†ญ Twenty Nine
โ†ญ Thirty
โ†ญ Thirty One
โ†ญ Thirty Two
โ†ญ Thirty Three
โ†ญ Thirty Four
โ†ญ Thirty Five
โ†ญ Thirty Six
โ†ญThirty Seven
โ†ญ Thirty Eight โœจ
โ†ญThirty Nine โœจ
โ†ญ Forty
โ†ญForty One
โ†ญ Forty Two
โ†ญ Forty Three
โ†ญ Forty Four
โ†ญ Forty Five
โ†ญ Forty Six
โ†ญ Forty Seven
โ†ญ Forty Eight
โ†ญ Fifty
โ†ญ Fifty one
โ†ญ Fifty Two
โ†ญ Fifty Three
โ†ญ Fifty Four
โ†ญ Fifty Five
โ†ญ Fifty Six

โ†ญ Forty Nine

1.4K 139 419
Da danedheera




' If kisses were stars, I would give you the sky. '
______________

Title : Prom Night p1

__________



Beberapa minggu kemudian ,


Jam berjenama Polo di pergelangan tangan dikerling sekilas. 8.14 malam. Sementara menunggu Dellia Jasmien bersiap , lebih baik dia betulkan keadaan pakaiannya sekarang.

Kemeja putih yang dikenakan pada badan dikemaskan untuk kesekian kali . Digayakan lagi di hadapan cermin sehinggalah dia berpuas hati . Tuksedo yang sama warna seperti kemejanya di atas kerusi dicapai .

Hafine menoleh ke belakang disebabkan bunyi detakan heels dari arah tangga. Terkebil-kebil Hafine memandang Dellia Jasmien  . Dari bawah hingga ke atas figura Dellia Jasmien , Hafine tilik .

Bagaikan tidak percaya yang baru turun dari tangga itu isterinya yang selalu tampak sederhana dan ringkas dalam berpakaian.

" Hubby ... "

Dellia Jasmien datang mendekat apabila panggilannya tidak bersahut . Mata Dellia Jasmien jatuh pada tali leher yang masih terungkai.

Tangan Dellia Jasmien naik untuk membetulkan tali leher di leher Hafine. Hafine kekal dalam keadaan kaku.

Namun , sentuhan tangan Dellia Jasmien sipi-sipi mengena leher Hafine menyebabkan Hafine lekas tersedar dari lamunan.

Tangan Dellia Jasmien cekap ditangkap dari mengikat tali leher . Automatik kerja Dellia Jasmien terhenti. 

" Dell ... "

" Ya hubbyku sayang. "

Mata Hafine tajam menatap iris mata Dellia Jasmien.  Tangan sasa Hafine menarik badan Dellia Jasmien makin dekat kepadanya .

" Dell ... " Bibirnya merapat pada telinga Dellia Jasmien . Dahi Dellia Jasmien berkerut . Tidak sabar menunggu apa yang ingin diperkata oleh suaminya .  Perasaan teruja dan tertanya-tanya menjadi satu . Matanya bersinar-sinar.

" Kita dah lambat ."

Mata Dellia Jasmien mengecil. Baru nak membuka mulut , Hafine dah tarik tangannya keluar dari rumah. Pintu ditutup rapat dan dikunci.

" Hubby . Hubby salah pa—"

" Kalau kau nak bebel , balik rumah boleh bebel sampai kau penat. "

" Dell bukan — "

" Sayang . Kita dah lambat sangat ni. Kalau pasal make love , balik rumah boleh sambung lagi.  "

" Hubby ! " Genggaman tangan dirungkaikan . Pintu kereta dibiar terbuka. Tidak jadi masuk ke dalam kereta.

Dia menghadap depan Hafine dan mencekak pinggang . Geram betul ! Selamba badak cakap benda bukan-bukan.

" Make love ke bebel ke , itu bukan masalah utama sekarang ni. Masalahnya sekarang kenapa hubby pakai kasut sebelah warna lain ? "

Membutang mata Hafine kemudian memandang ke bawah . Lebih tepat ke arah kasutnya.

Sebelah warna biru. Sebelah warna putih. Dia langsung tidak perasan kasut yang dipakainya salah warna. Nak cepat punya pasal . Kasut pun tertukar.

Kepala diangkat untuk memandang isterinya yang sedang menyimpan ketawa sambil melihat ke arah lain . Hafine menjeling sekilas  . Dia berdehem .

" Tak apa. Dalam kereta , aku dah ada kasut spare. Kau cepat masuk dalam . Kita dah lambat sangat nak ke majlis. "

" Ya tahu. Tak perlu nak ulang banyak kali hubby oi. "

Hafine memutarkan bebola mata . Disebabkan geram sangat, Hafine dengan muka tiada perasaan menolak isterinya masuk ke dalam perut kereta sebelum dia berlalu ke bahagian pemandu.

" Hubby ! Dell benci Hubby ! "

Hafine mengangkat jari telunjuknya tepat di wajah Dellia Jasmien.

" Sekali lagi aku dengar kau sebut tiga perkataan tu , kita tak payah pergi prom night.  Kita sambung kerja kita yang tergendala petang tadi . Nak ? "

Dellia Jasmien menggeleng . Simpang malaikat 44 . Dia tak bising lagi dah. Mood Hafine malam ni sukar dijangka. Buatnya bertukar menjadi singa , habis dia kena serang .

" Good girl ! " Hafine menguntum senyum , puas hati dengan kepatuhan Dellia Jasmien. Sempat rambut Dellia Jasmien diusap sebelum dia menghidupkan enjin kereta dan menuju keluar dari kawasan perkarangan.

Dellia Jasmien mencebik lalu pandangan dialihkan ke cermin kereta.

Sedang ralit menikmati pemandangan semulajadi , Fikirannya tiba-tiba terkenang peristiwa baru-baru ini. Nak tergelak pun ada bila teringat balik peristiwa tu.

Ceritanya begini ...

Pagi minggu lepas , dia mencari Hafine di merata-rata tempat tetapi tidak jumpa. Yang dijumpanya benda lain . Envelope berwarna putih . Tidak tahu kenapa muncul beberapa bunga-bunga negatif di dalam benak fikirannya mengenai ayat Hafine dulu .

" Aku tak akan memungkiri janji . Aku akan tepati permintaan kau. Tak lama dah. Lagi sebulan dua . Dan kau bebas daripada mahligai indah ini. "

Bimbang , resah , takut dan sedih bercampur menjadi satu.

Bagaimana jikalau Hafine benar-benar mengotakan janjinya ?

Bagaimana jikalau Hafine masih marah tentang perbuatannya dahulu ?

Bagaimana dan bagaimana. Apa perlu dilakukan ? Semua tanda tanya bermain-main di dalam minda. Hafine tetap lakukannya walaupun mereka dah berbaik ?

It's okay Dellia Jasmien.

Sabar.

Jangan menangis lagi. Tapi nak buat macam mana kalau air mata ingkar dahulu arahan tuan punya badan.

" Bismillah... "

Buka sahaja sampul surat , dia dah tutup mata. Menahan air mata daripada pecah empangan . Namanya dan Hafine terpampang jelas di hadapan envelop yang dilipat.

Sedih tidak terkata. Mata dibuka semula. Surat yang dilipat digenggam kemas. Buka atau tak ? Dia tiada pilihan.

Lipatan kertas dibuka.

Dellia Jasmien Binti Darwins .

Tap !

Instrumental tenang mula menyelubungi suasana di dalam bilik.

Dellia Jasmien berpaling. Mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. Mata Dellia Jasmien serta-merta jatuh pada Dvd Player .

Dia syak bunyi tersebut berpunca daripada Dvd Player.

Televisyen automatik dibuka lagi mengejutkan dirinya . Tiada angin tiada ribut tiba-tiba terbuka sendiri. Dan , matanya tidak lepas melihat layar skrin tv yang memaparkan detik-detik hari paling indah baginya.

Hari di mana dia disatukan dengan Qiz Hafine.

"Aku terima nikahnya Dellia Jasmien Binti Darwins dengan mas kahwin sebanyak satu ribu ringgit tunai . "

" Sah ? "

" Sah ! "

Skrin menjadi gelap.

Beberapa saat kemudian , figura Hafine seorang diri di dalam video.

" Dell , Ingat lagi moments kita disatukan ? "

Dellia Jasmien mengangguk , gayanya seperti Hafine berada di depan mata. Nampak apa yang dilakukan.

Hafine mengukir senyuman nipis.

" Dell... Aku nak kau tahu saat aku melafaz akad nikah , bermakna aku dah terima amanah dari Allah dan bertanggungjawab kepada Allah bukan hanya memberi nafkah zahir dan batin sahaja semata-mata malah pendidikan dan akhlak juga . "

Hafine tersenyum nipis.

" Saat itu juga , aku tekadkan hati aku untuk letak nama kau seorang dalam hati aku. Saat itu juga , aku dah janji aku akan lindungi dan jaga kau baik-baik biarpun nyawa aku sendiri akan jadi galang ganti. Jujur , aku bukanlah lelaki yang baik di mata orang. Di mata kau sendiri. Tapi aku cuba betulkan salah silap aku sebab aku pun bukan manusia yang sempurna, Dell."

" Banyak benda lagi aku perlu belajar untuk bimbing kau . Dan dari situ , bermulalah episod-episod hari kita as suami isteri. Setiap hari aku rasa ibarat aku ni dilayan seperti raja. Semua pakaian , makan, minum aku dan semualah dijaga dengan baik . And you always made my day even air muka aku biasa biasa sahaja. Aku tak tunjuk apa sebenarnya aku rasa. "

"  Dell , ada satu benda kau perlu tahu. Abang angkat kau mati, akulah penyebabnya . Aku bunuh dia lepas dia tetap nak sambung buat benda tak baik kepada kau. Dia nak jadikan kau milik dia sepenuhnya dengan cara kotor. Dia bagitahu aku dia dah rasmikan kau . Tapi aku tak percaya. Disebabkan aku tak mahu dia ganggu kau lagi ,  aku... Aku terpaksa bunuh abang angkat kau . Then , aku minta Dr. Adreena buat pemeriksaan atas kau dari semua aspek waktu kau tak sihat hari itu . Alhamdulillah , you still have your virgin . "

Tertutup mulut Dellia Jasmien akibat terpempan hebat. Mati-mati dia sangkakan abang angkatnya tidak memganggunya lagi sebab balik ke luar negara. Dan mati-mati dia ingatkan dia sudah tiada harga diri.

Ya Allah...

Berkali-kali dia bersyukur di dalam hati. Dia masih perawan. Kalau dia tiada dara pun dia tetap redha dan bersyukur sang suami boleh menerima segala kekurangan dirinya. Air mata berjurai tidak henti-henti lagi.

Tapi sungguh dia tidak sangka. Sungguh !

" Aku ingat lagi masa kau marah aku. Kau tuduh aku ini penyebab papa masuk penjara. Waktu tu aku tak kisah langsung kalau kau nak lepaskan marah kau dekat aku, Dell. Sebab aku fikir mungkin dengan cara tersebut , kau akan tenang semula. "

Iris mata Hafine di skrin TV kelihatan bergenang . Ah ! Hubby .

Tidak sanggup Dellia Jasmien mahu memandang. Namun , dengar suara Hafine serak-serak basah pun air matanya jatuh sekali.

Habis, macam mana ?

" Tapi setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kau lepastu , aku betul-betul terasa. Ibarat aku ni suami yang dayus selama ni, Dell. Ibarat aku ni tak layak untuk kau. Ibarat aku ni tak laksanakan tanggungjawab aku as suami. Bagi aku, Dell ini pergaduhan pertama yang besar dan tak mampu aku ungkapkan besar mana . "

Air mata yang mengalir jatuh ke pipi diseka beberapa kali. Betul kata Hafine. Dia buat Hafine seperti Hafine suami yang teruk. Antara dia dengan Hafine , dia rasa dia jahat lagi.

Kalau masa boleh diputar kembali , dia akan tenang dan membawa bincang dengan Hafine tentang perkara sebenar. Tapi benda dah jadi. Biarlah ia terus berlalu.

" Tak bertegur lama dengan kau like stranger makin buat hidup aku tak lengkap . Hidup aku jadi tunggang-langgang. Apa aku buat semua tak menjadi. Aku tak happy kau tiada di sisi aku. Waktu kau cuba berbaik-baik dengan aku, aku lega. Aku happy . Tapi disebabkan aku nak tengok sejauh mana kau akan pujuk aku , aku nak tengok effort kau , aku sanggup layan tak layan kata-kata kau , pujukan kau. "

"  Sebaliknya bila kau dibuli , aku dah risau, Dell . Kau tak sihat, aku jaga kau malam-malam tanpa kau sedar dari tidur. Sometimes kau mengigau nama aku dalam tidur. It's hurt me so much , Dell. Bagaimana kita nak buat haluan masing-masing kalau salah seorang tak bertegur pun , hidup masih tak lengkap ? If you still wanna divorce — "

Pap !

Plug yang menggabungkan plug Tv dan Dvd Player dicabut serta-merta. Hening sahaja suasana di dalam bilik . Dellia Jasmien tak boleh dengar ayat seterusnya lagi. Dia tak mahu dengar dan dia tidak akan dengar !

Bam !

Dellia Jasmien menoleh ke pintu . Susuk tubuh Hafine tercegat di hadapan pintu sambil menatap matanya. Dellia Jasmien melangkah ke belakang.

" Jangan datang sini . "

Hafine tidak mengendahkan malah mendekati Dellia Jasmien yang dah stuck di tepi almari.

" Kenapa tak dengar sampai habis ? "

" Tak perlu. Nanti hati Dell sakit. " Dellia Jasmien menunduk kepala ke bawah. Bauan Hafine menusuk ke dalam hidung menandakan Hafine sangat-sangat dekat dengan dia.

Dagunya diangkat ke atas membolehkan Hafine merenung matanya dalam. Terasa rambut yang terurai diusap ke belakang.

" Lain kali dengar sampai habis dulu , Dell. "

Diam.

Tiada jawapan.

" If you still wanna divorce , aku akan halang kau. Aku akan buat kau jatuh dalam godaan aku. Aku akan buat kau ingat setiap sentuhan aku. You will see another wild of me. Aku akan pastikan perkataan divorce tidak lagi muncul dalam kamus hidup kita. "

Tangan Hafine naik memegang kedua-dua belah sisi kepala. Iris matanya tidak lari dari menikam tepat mata Dellia Jasmien.

" Dellia Jasmien binti Darwins , kau akan tetap menjadi isteri aku selama-lamanya. Sampai tua. Sampai aku mati. Sampai ke syurga . " Sebaik sahaja Hafine mengakhiri ayatnya , bibirnya mengucup dahi Dellia Jasmien lama.

Mata Dellia Jasmien terpejam rapat. Bibir itu akhirnya menjauh dari dahi. Pinggang Dellia Jasmien pula didakap. Perlahan-lahan Dellia Jasmien membuka mata. Benda pertama sekali matanya menangkap ialah senyuman manis Hafine.

Senyuman manis itulah yang membuatkan hatinya semakin berdegup hebat.

" Did you love me ? "

" Kau rasa ? "

Dellia Jasmien mengangguk sambil menarik senyun lebar.

" Hati Dell dapat rasakan Hubby cintakan Dell. You never said it but you always show your love to me through the action. "

" Like what ? " Sengaja Hafine menarik tali dengan Dellia Jasmien.

" Like this. " Dellia Jasmien mengambil kesempatan dengan mengalungkan tangannya di leher Hafine.

Dan nafas mereka bersatu. Episod mereka tidak berhenti di situ. Hafine lekas mencempung Dellia Jasmien dan membawanya ke bilik tidur mereka.





•♕•♕•♕•

Hafine dan Dellia Jasmien tiba semasa ucapan sedang berlangsung. Hafine dan Dellia Jasmien mengatur langkah ke Yeff Arziq dan Rayqal Shen yang memberi isyarat tangan di meja hadapan .

Mereka mengambil tempat duduk di sebelah Rayqal Shen. Mata Hafine terpandang ke arah Irfan di hadapan.

Kening terangkat saat Irfan membuat muka kepadanya sambil menggeleng kepala .

Bosan.

Gerakan bibir tanpa suara sekali isyarat yang memaksudkan di atas pentas dapat difahami Hafine. Hafine membalas dengan menepuk di bahagian dadanya .

Tabahlah .

Irfan berdecit . Hafine tidak membantu langsung. Dengan Zahira di sebelahnya tidak habis-habis merayapkan tangan di pehanya.

" Pstt... " Suara Yeff Arziq di sisi buatkan Irfan menoleh .

" Jadi ulat beluncas ke tu ? " Bibir Yeff Arziq terjuih di peha Irfan. Irfan menjeling. Malas dia nak jawab. Sakit hati !

Tamat sesi ucapan daripada pengetua , mereka dijemput untuk menikmati juadah makan malam . Berbagai-bagai jenis hidangan teratur di atas meja .

Sampaikan mereka sendiri tidak tahu mana satu hidangan menjadi pilihan . Semuanya tampak sangat menarik ! Nama pun makanan . Apa sahaja yang tidak menarik , bukan ?

Sedang mereka bersembang , Hafine terpandang puding caremal di hadapan Irfan. Hafine tersengih jahat . Alang-alang Irfan ralit bersembang dengan Zahira ; si penyihir itu , biar dia tukang habiskan puding Irfan .

Puding itu pun seperti tidak luak-luak . Memanggil-manggil untuk dimakan.

Baru tangan Hafine mencapai piring berisi puding , satu suapan daripada Dellia Jasmien betul-betul berada di depan mata . Dalam hati , dia terdetik. Dell ni cuba menghalang tindak tanduk nakalnya ke ?

Wajah Dellia Jasmien dan tangannya dipandang Hafine bergilir-gilir . Ada reaksi penuh mengharap menyebabkan Hafine tidak sampai hati ingin menolak .

Tanpa banyak bicara , Hafine membuka mulut . Menerima suapan daripada Dellia Jasmien . Hatta , iris mata Hafine langsung tidak berkalih daripada menatap sang isteri .

Tidak dinafikan isterinya kelihatan tersangat cantik . Dan itu salah satu faktor mengapa kebanyakkan mata-mata lelaki memandang ke arah meja sini . Ada mata-mata memandang ke arah Aisha .

Namun dia tidak berapa peduli sangat. Yang dia terbakar hati sekarang ini , mata mereka lebih tepat tertumpu ke arah isterinya dari tadi lagi.

" Kalau iya pun nak buat kdrama scene . Jangan di sini. Mata-mata banyak memandang , Encik Hafine dan Puan Dell." Tegur Yeff Arziq selamba. Dia yang kebetulan nak ambil cake Blueberry Cheese termati di sekerat jalan apabila ternampak aksi romantik.

Teguran Yeff Arziq menyebabkan yang mana tengah ralit berbual serta-merta mengalih pandangan ke arah mereka berdua .

Pelik...

Tapi nak tahu.

Hafine dan Dellia Jasmien betulkan semula posisi mereka . Rona muka tidak usahlah ditanya sebab kedua-duanya dah berbahang teruk.

Irfan menjongketkan kening. Sasarannya lebih tepat sekarang ini ialah Yeff Arziq. Gelas kaca yang masih berbaki air di tangan dihayunkan perlahan .

" Yeff . Kau cakap macam tu , kau jealous eh ? Maklumlah kau kan lama dah single , mestilah jealous . Tak ada partner ... Ke kau tak laku ? " Dari atas ke bawah , mata Irfan mengimbas susuk figura Yeff Arziq . Kacak dah kacak dah . Jadi , kenapa Yeff Arziq masih solo ?

Semua di situ agak terpana . Pedas betul perlian Irfan. Yang Single Mingle sudah semestinya terasa.

" Kau ada masalah dengan aku ke , Irfan ? Tiba-tiba nak cari gaduh ni. " Yeff Arziq sensitif sedikit jikalau topik perhubungan dibicarakan.

Kecil besar kecil besar matanya merenung Irfan. Mangsa dah ada di depan mata , tunggu masa untuk terkam sahaja.

" Tak adalah. Kau kan tak ada girlfriend . "

" Kenapa ? Kalau tak ada girlfriend aku tak boleh hidup ke ? "

" Rileks bro . " Raiqal Shen menepuk bahu Yeff Arziq. Meminta rakannya untuk bertenang seketika. Jangan bertendang lagi.

Risau .

Risau.

Majlis tengah berlangsung sekarang ni. Tapi sekiranya nak gaduh untuk dijadikan kenangan , dia tiada masalah.

Zahira di sisi Irfan menggeleng kepala dan menghalang Irfan berbahas lagi. Tapi nama Irfan ni seperti kucing yang bernama Oyyen . Tak dengar kata . Nakal apatah lagi.

" Sesetengah orang tak boleh hidup tanpa kekasih. Kau mungkin sebab tak laku. "

" Cop cop ! Yeff tak laku ? Hahaha. Kelakar pula aku rasa. Kalau kau nak tahu sangat , ramai perempuan cuba tackle Yeff . Bawah bawah kita ada . Yang tua daripada kita pun ada. Cuma Yeff sahaja yang tak layan. Itu pun kau still nak kata Yeff tak laku , hurm ? " Aisha dari tadi sibuk mendengar , kini dia bersuara. Mempertahankan Yeff Arziq . Pantang betul kalau ada yang suka judge judge ni.

Belum sempat Irfan bersuara , sekali lagi Aisha membuka mulut.

" One more thing . Apa kau kata tadi ? Sesetengah orang tak boleh hidup tanpa partner ? Aku rasa di situ kau silap. Orang tak ada partner boleh hidup macam biasa. Tak ada pula aku dengar orang tak ada partner esok dah tiada. "

" Setuju ! Semua itu karut ! Sekarang kalau tak ada partner pun tiada masalah. Yang penting duit dalam poket mesti ada." Rayshen Darl memetik jari .

Ruangan matanya dibayangi dengan wang-wang yang berkepuk.

Mata duitan betul dia ! Ceh !

Namun , ada benarnya juga. Hidup single langsung tiada masalah . Tak perlu nak fikir masalah orang. Tak perlu nak stress . Lagi best apabila boleh pergi travel seorang diri  .

" Tak ada partner pun tak apa sebab Kpop ada, Kdrama ada , oppa hensem pun ada. Bersepah weh ! Tapi kena pandai carilah." Dellia Jasmien juga bersuara. Hafine mengerutkan dahi dan matanya tajam memanah mata sang isteri , mulalah melakukan bahasa isyarat.

Masalah laki bini , jangan masuk campur. Biarkan mereka .

Pandangan Irfan teralih ke arah Aisha bila teringat ayat Aisha .

" Eleh. Kau back up Yeff tadi pun mesti sebab kau salah seorang peminat Yeff , kan ? Ah ! Sayangnya Aisha Kim milik Kizz Calvien . Tapi serius tho ! Rugilah tak bercinta. Bercinta ni best ."

Aisha malas nak melayan. Mentang-mentang ada Zahira , mereka lagi dikenakan cukup-cukup . Red carpet hampir dengan Aisha. Kalau dia tiada perasaan malu , dah lama dia tarik red carpet ni kemudian dia akan menggulung badan Irfan ke dalamnya.

Lepastu , dia campak ke dalam kolam air pancut di depan dewan. Boleh Irfan berkawan dengan ikan-ikan dalam kolam itu selepas ini .

Cara Irfan berkata-kata pun seperti menjolok sarang lebah. Tunggu tuan Yeff Arziq menyerang , memang terdiamlah Irfan !

" Betul tu ! I sokong hundred percent apa yang biy I kata . You know what , if ada partner , kita boleh bermesra dengan dia , kita boleh luahkan segala masalah yang kita hadap . Daripada pendam seorang diri , baik luah terus . Then , boleh luangkan masa bersama-sama. Pergi date dekat pulau ke . Bestnya! Haih Yeff , you sangat-sangat rugi ." Zahira pula menambah .

Yang lain dah menjeling. Menyampah. Sibuk sahaja nak menyampuk . Rayqal Shen dan Hafine menepuk tampar di udara. Konon menampar nyamuk yang berterbangan di sekeliling mereka.

Yeff Arziq menjuih bibir.

" Rugi ? Huh . Rugi lagi kalau tak pandai jaga maruah diri . "

Uhuks Uhuks !

Tersembur air yang diminum Irfan ke arah muka Zahira . Tindakan yang spontan !Terbangun terus Zahira daripada duduk .

" Irfan ! Apa ni ? Ish ! Tak pasal-pasal kena betulkan make up balik . Benci betul ! Jaga tempat duduk I. I nak pergi washroom sekejap ! " Sebaik sahaja menghamburkan perasaan bengang terhadap Irfan , Zahira pergi melangkah ke arah washroom berdekatan.

Confirm tengah panas hati ! Panas hati diperli oleh Yeff Arziq satu. Kena sembur lagi dengan air manis ! Mana tidak bengang.

" Nak sangat mencelah , padan muka dia ! Baru dia tahu kenapa Yeff tak layan perempuan . Eh dahlah ! Daripada aku duduk sini sekali dengan penyihir tu , lebih baik aku pergi meronda. " Rayshen Darl bangkit daripada kerusi . Suit dikemaskan sebelum mengatur langkah ke suatu arah .

" Woi tunggu ! Aku nak ikut sekali ! "

" Hah hah ! Aku join ! Malas aku nak duduk situ . Meluat tengok drama Zahira tu ."

" Weh ! Jangan tinggalkan aku. Aku join sekali ! "

Berlumba-lumba Hafine , Yeff Arziq dan Rayqal Shen mengejar langkah Rayshen Darl yang sudah jauh ke depan .

Irfan di meja bulat terpempan. Dia seorang sahaja lelaki di sini. Belum sempat nak bangun , Zahira telah hampir ke meja. Irfan kembali duduk.

Suasana hening sejenak antara mereka berdua. Irfan bermain dengan jari-jarinya sambil melilaukan mata di seluruh pelusuk dewan. Tiada modal sebenarnya nak bercakap .

" You ... Esok you free tak ? "

" Esok ? Esok aku sakit kepala . "

" You ! " Rengek Zahira. Menggeletik macam ulat bulu. Dia tengah betul-betul serius , Irfan pula yang main-main.

Aisha dan Dellia Jasmien sekadar menggeleng kepala sebelum mengalihkan pandangan dan menyambung semula perbualan mereka. Tak ada hati nak menyibuk !

Rentak musik mendayu-dayu di awal pembukaan bermakna musik mula dimainkan . Mereka yang leka berbual beralih pandangan ke depan. Begitu juga di meja di tengah yang diduduki Dellia Jasmien , Irfan , Aisha dan Zahira .

Dellia Jasmien terpanar melihat sang suami bersama rakan-rakannya berada di atas pentas . Di tengah - tengah pentas pula tu . Nak buat apa ? Nak menyanyi ke ? Atau menari ?

Yeff Arziq mendapatkan mic. Mata dipejam sejenak sebelum suaranya dikeluarkan.

" I'm not crying 'cause you left me on my own
I'm not crying 'cause you left me with no warning ——"

Tup !

" Hei ! Apa ni ? Aku tak habis menyanyi lagilah ! " Cemberut muka Yeff Arziq apabila mic yang dipegang dirampas oleh Hafine . Rungutan Yeff Arziq hanya dibalas dengan jelingan tajam .

Rayshen Darl menggeleng kepala.
Apalah ! Nyanyi lagu sedih di waktu-waktu meriah begini. Tak patut , tak patut. Tak sesuai langsung.

" Maafkan kami atas kesilapan tadi. Yeff nak menghiburkan hati anda semua tapi tidak mengena gaya permulaannya. Cuma aku nak tanya sedih ke Yeff nyanyi tadi ? "

" Tidak ! " Jeritan dari semua arah kedengaran . Yeff Arziq menggulingkan bebola mata sambil menyilang tangan di dada.

" Tapi suara cenggini ! "

Thumb ub mereka tayang tinggi. Senyuman Yeff Arziq mekar semula. Rayshen Darl menggeleng kepala . Eleh ! puji sikit , senyum dah melebar.

" Baiklah. Berdirinya kami berempat di atas pentas ini ada hajat . " Celah Rayqal Shen . Keempat mereka kini memperolehi mic yang diberi oleh staf di belakang pentas .

" Ah ! Nak meminang siapa ? Bunga terlalu banyak dalam dewan ni. " Salah satu suara di bawah cukup menghiburkan seluruh ruang dewan.

Rayshen Darl ketawa kecil .

Rayqal Shen dan Hafine menyimpan senyum . Nak tergelak sebenarnya.

Aduhai. Sabar sahajalah !

" No . I just wanna sing a song for my precious ones ."

Wwoahhh !

Ecewahhh !

Fuyyo !

Tiga sekawannya mula membahan Hafine cukup-cukup . Mengejek dalam diam. Sebab apa ? Sebab bukan mudah Hafine nak buat ayat manis ! Sekali keluar ayat manis , semua cair.

" Simple yet sweet ! "

" Bila abang long kawasan sudah jatuh cinta ! "

" Jatuh cinta lagi ! Lagi lagi ku jatuh cinta ! Harus bagaimana ku bingung memikirkannya ! "

Sorakan dan jeritan gegak gempita di dalam dewan memecahkan lagi suasana  ibarat di dalam stadium pula. Siap bertepuk tangan menampar permukaan meja.

Dellia Jasmien di mejanya hanya menutup muka dengan tangan . Malu ! Usah dikata . Hafine cakap guna mic , tapi mata redup itu pandang ke arah Dellia Jasmien .

Lama.

" Amboi ! Bertentang mata pula ! Hai pasangan romantik ala-ala beku, kesianlah dekat kami semua ni. Tak kahwin lagi. " Sakat Rayqal Shen . Mic dalam keadaan on pula tu .

Habis semua mata melihat ke arah Hafine dan Dellia Jasmien . Siap memberi usikan nakal lagi . Aisha pun tumpang sekaki. Makin berona merah mukanya . Ini semua salah Qiz Hafine ! Dijeling sekilas Hafine di atas pentas sebagai satu amaran .

" Eh ! Diam diam berpandangan mata bertentang mata . Malu-malu , aku malu. Kau buat begitu. " Di suatu sudut , Adam rakan sekutu Irfan turut mengambil bahagian , mengusik pasangan itu .

Tepukan yang gemuruh dan santai memeriahkan suasana serentak pula dengan nyanyian sempoi .

" Jeling-jeling , kau menjeling . Senyumanmu menggoda. Lama-lama dalam diam aku jatuh cinta . " Sambung Irfan selamba . Sorakan dan usikan makin menyerlah .

" Jangan , jangan kau berpura. Sembunyikan hatimu. Bukan, bukan ku tak tahu . Debar di dadamu . " Tambah Rayshen Darl sambil tangannya menepuk dada Hafine yang berlapikkan kemeja putih.

Lantas tangan itu Hafine tepis . Muka garang yang ditayang Hafine membuatkan suasana yang riuh sebentar tadi berubah diam serta-merta serentak dengan tepukan tangan pun hilang bunyi.

Pandangan mata Dellia Jasmien dicari .

Sedetik ,

Dua detik ,

Tiga detik ,

" Kita saling sama cinta tetapi malu-malu... " Sambung Hafine sambil bibirnya menyenget kepada Dellia Jasmien.

Sorakan mula kembali riuh.

" Aku rasa aku tak boleh bernafas ! "

" Aduh ! Single bell single bell here ! "

" Untung Dell ! "

" Aku nak jadi seperti Dell . Tapi aku tak mampu . Jadi diri sendiri is more better. Eh tiber ! "

Flashlight dari telefon masing-masing mewarnai kemeriahan dewan.

" Diam-diam jadi rindu , rinduku padamu."

Tepukan gemuruh sekali lagi memenuhi ruang dewan . Hafine mengangkat tangan bagi menghentikan suasana agak bising baginya. Macam di pasar tani keadaannya .

Bila dah reda , barulah Hafine mendekatkan mic hampir dengan mulutnya .

" Bahaya betul anda semua ni . Berani ya tukar lagu . Nasib aku ingat tajuk lagu apa aku nak nyanyi . "

" Maksudnya lagu tadi tidak dikiralah ? "

" Tak . Kau orang kacau aku nak nanyi. Jadi , aku nak nyanyi dua buah lagu . Boleh ? "

" SILAKAN ! "

" Okay ! Nice ! Oh ya ... aku tak kira lagu . Aku sambung lagu yang kau orang nyanyi tadi . " Selamba Hafine membalas. Rata-rata menepuk dahi dan menggeleng kepala.

Barangkali malam ini semua perangai berubah lain. Mereka pun layankan sahaja.

" Are you ready ? "

" Ready ! "

Automatik seluruh ruang dewan menjadi gelap . Hanya satu lampu spotlight terarah kepada Rayqal Shen yang duduk di hadapan piano berwarna putih.

" Naega nal nunchichaetdeon sungan Tteonayaman haesseo Nan chajanaeya haesseo All day, all night. Samakgwa badadeureul geonneo , Neolgo neolbeun segyereul , Hemaeeo danyeosseo Baby , I . " Mata Rayqal Shen terpejam dan suasana malap semula.

Satu lampu perlahan-lahan terang di kawasan Yeff Arziq.

" I could make it better I could hold you tighter , Geu meon gil wieseo Oh you're the light . Chodaebatji mothan Hwanyeongbatji mothan Nareul arajwotdeon dan han saram. " Suaranya serak-serak basah mampu memegun mata-mata yang menatap kepadanya .

Lampu spotlight di hujung kanan menyala . Tertumpu ke arah Rayshen Darl . Santai berlabuh di atas kerusi bulat.

" Kkeutdo boiji anteon yeongwonui bam . Naege achimeul seonmulhan geon neoya. Ije geu son naega jabado doelkka. Ooh-ooh, I can make it right ." Rambut yang sudah digaya messy diraup lagi Rayshen Darl ke belakang .

Tidak kira guru wanita ataupun pelajar perempuan , semua tampak cair dengan aksi Rayshen Darl . Dahlah kacak ! Seksi pula itu ! Tapi tidak tahu sama ada sudah berpunya atau belum.

Maka , biarlah menjadi rahsia.

Serentak keempat-empat lampu sportlight menyala terang benderang.

" All right All right Ooh-ooh, I can make it right . All right All right Ooh-ooh, I can make it right . " Gabungan suara unik antara Hafine , Yeff Arziq , Rayqal Shen dan Rayshen Darl menarik perhatian pelajar-pelajar untuk bernyanyi sekali.

Kening Dellia Jasmien berkerut. Macam dia pernah dengar lagu ni. Dekat rumah ke? Tak silapnya ini lagu BTS. Husband aku salah seorang Army ke ? Siap ingat lirik dalam bahasa korea lagi. Kalau dialah , ingat chorus sahaja. Tak ingat keseluruhan lirik.

" Yeojeonhi areumdaun neo Geunarui geuttaecheoreom mareopsi geunyang nal anajwo. Jiogeseo naega sara nameun geon . Nal wihaetdeon ge anin doeryeo neoreul wihan georan geol . Andamyeon jujeo malgo please save my life Neo eopsi hechyeowatdeon samak wineun mongmalla . Geureoni eoseo ppalli nal jabajwo . Neo eomneun badaneun gyeolguk . Samakgwa gateul georan geol ara . " Suara husky milik Hafine menerima pelbagai sorakan . Ada yang membulat mata . Seperti tidak percaya Hafine boleh rap lagu.

Dellia Jasmien seperti tidak reti duduk diam. Balik nanti dia perlu cari lirik lagu tersebut translate dalam bahasa Inggeris. Mata Hafine langsung tidak lepas dari menatap dirinya . Cuba menyampaikan isi hati yang tersirat.

BlackRose yang tadi duduk di kerusi , kini berdiri dan ke depan.

" I can make it better I can hold you tighter . Ooh-ooh, I can make it right Da soyongeopseosseo Neo anin dareun geon Ooh-ooh, I can make it right . "

Usai mengakhiri lagu yang mereka nyanyi , satu senyuman nipis dipamerkan. Instrumental piano dimainkan. Atmosfera kian menenangkan. Bunyi petikan jari kedengaran seiring dengan ucapan The BlackRose.

" Little do you know , the brightest smiles hide the depest secret . The most gorgeous eyes have cried the most ." Yeff Arziq bersuara.

" The wisest people have felt the most pain . The bravest people have the darkest past . " Giliran Rayshen Darl membuka mulut.

" The perfect people are made of insecurities and flaws. The most loving people have seen the most deaths. The kindest people are the most lonely. " Tutur Rayqal Shen dengan senyuman nipis.

" That underneath all those perfect features lies a locked hole of flaws, insecurities , darkness , fears , mistakes , tears , memories just because they are scared that someone might open the hole of suffering. " Dan Hafine mengakhirinya .

Untuk kesekian kalinya suasana bertukar malap kembali . Bunyi tepukan tangan penuh gemuruh dihadiahkan kepada The BlackRose.

Seminit ,

Dua minit ,

Suasana berubah terang semula. Dan setiap mereka juga berubah gaya . Makin riuh-rendah suara peminat-peminat di bawah.

" Ipsure garyeojin
Nunbichui soksagim
I'll be yours
I'll be yours ."

Rayshen Darl menghadiahkan flying kiss di hadapan kamera. Irfan yang melihat berdecit . Menyampah . Sempat lagi flying kiss yang diberi Rayshen Darl diambil namun dipijak-pijak dengan kasut.

" Musimhan gwansimmankeum
Apeun ge isseulkka
Heukbaek gateun sigan
Han chi apdo moreun chae
Neoreul hemaedeusi
Gidaryeo on neukkim
Challa binteum eopsi
Neoro ieojin kkumeseo ."

Akhiri Rayqal Shen dan Yeff Arziq , jarinya digayakan pistol . Dihala pada Hafine . Tidak dinafikan mereka , rap yang baru dilakukan mereka berdua sangat-sangat mantap !

Ramai yang terpanar masalahnya . Jangan jatuh cinta dengan mereka semua sudah ! Risau kena kejar dengan parang.

Hafine mengatur langkah di red carpet yang berada di tengah-tengah dewan untuk menuju ke arah Dellia Jasmien . Spotlight sentiasa mengekori gerak geri Hafine.

" Sumi meojeul geot gateun ibyeol kkeut . Nun meon sarangi amjeondoen geu sungan . Chagaun ongi gadeukan heunjeok . Simjangi balpin deuthae . "

Dalam masa yang sama , Dellia Jasmien diberi mic oleh staff lelaki dan dimintanya untuk ke tengah-tengah laluan red carpet juga . Tidak menolak , Dellia Jasmien menerima dengan hormat.

Walaupun hatinya sedang berdegup kencang. Perasaan malu bercampur baur dengan perasaan teruja. Mujur dia tahu lirik lagu ini. Memang dia ingat hundred percent !

" Kkeuteomneun eodumeul samkin deusi
Buseojin gieogui jogakdeuri
Bokjapan maeumi biwojijil ana
Yeah yeah " Hafine kini berhadapan isterinya , Dellia Jasmien. Hafine mempersilakan Dellia Jasmien untuk menyambung lirik seterusnya.

Mic , Dellia Jasmien on dan dibawa ke bibir. Matanya terkunci di dalam iris mata hazel milik Hafine.

" Ne nunmureun naega da gajilge
Neoreul wonhae dareun iyueopsi
Saeppalgan ipsulcheoreom seonmyeonghan neoreul ."

Tangan kiri Hafine meraih tangan kanan Dellia Jasmien . Hampir kesemua yang melihat adegan sweet di depan mata mereka sambil menongkat dagu .

" Let me tell ya
Oh oh neol dameun siseon
(Love me don't hurt me)
Oh oh nuneul gamado Yeah
(Just kiss me don't burn me)
I'll be yours
(And I'll be yours)
I'll be yours, baby
I'll be yours
(I'll be yours)
I'll be yours, baby

Oh oh deouk ppajyeoga
(Love me don't hurt me)
Oh oh sumgil suga eopseo
(Just kiss me don't burn me)
I'll be yours
(And I'll be yours)
I'll be yours, baby
I'll be yours
(I'll be yours)
I'll be yours, baby "

Dellia Jasmien membalas senyuman Hafine yang tampak sangat-sangat kacak malam ini. Dan dia betul-betul terpesona dengan aura dominan yang dibawa Hafine untuk kali yang entah ke berapa .

Semua pelajar termasuk guru menepuk tangan . Pengakhiran nyanyian yang sangat romantik tidak mampu mereka mengungkapkan langsung kata-kata.

Malam ini ...

Malam terindah mungkin.






Tbc.

Votes and comments as always.

4984 words

Maaf sebab lama hilang dari radar Watt. Ini pun kalau boleh nak lama lagi menghilang sebab praktikal saya nak habis dah. Tapi author awak ni tak boleh bersabar. 🤣👻 Rindu dengan pembaca-pembacanya.

Rindu dengan Kizz Calvien ?
Dia akan muncul selepas ini. ❤️

Part Irfan tak banyak meriah ? No worries. Part 2 mungkin ceria sedikit hari-hari anda. 😝❤️ For next chapter , InsyaAllah i will update ASAP. ✨

For spm candidates , Selamat berjuang ! Fighting ! ❤️



— Apa perasaan anda after baca chapter ini ? Want more ?


— Berapa umur anda ?



— Dalam story ini , watak siapa paling anda rindu ?


Paling penting , miss me ') ?


Unlocked new chapter ; Comments ❤️❤️

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
170K 5.6K 40
Siapakah sebenarnya dia?? Kenapa Rayyan tertarik untuk berkahwin dengan wanita itu.. Akankah mereka akan bersama?? Kalau mau tauu silakan dibacaa๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†...
415K 19.4K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
661K 27.4K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...