HEART : THE HACKER'S PRINCESS...

Par easyizzy

37.4K 4.2K 792

[ 2021 ] HEART : THE HACKER'S PRINCESS [SLOW UPDATE] "Aku diam, kalau kau tak kacau aku." CARLOS BERNARD, lel... Plus

pengenalan | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก
prolog | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก
bab 1 | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก
bab 2 | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก
bab 3 | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก
bab 4 | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก
bab 6 | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก
bab 7 | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก

bab 5 | ๐–๐–Ž๐–˜ ๐–๐–Š๐–†๐–—๐–™ โ™ก

2.4K 395 58
Par easyizzy

"Hurt her, you're my enemy."

Asing.

Terlalu asing.

Ya, itulah yang Maya rasakan sejak mencelikkan matanya beberapa minit lalu.Puas sepasang matanya dilingaskan kesegenap ruangan tersebut.Dari atas, bawah, kiri dan kanan ruangan itu, tiada satu pun yang terlepas dari pandangannya.Namun, walau berapa kali pun dia menilik setiap incinya, tetap juga terasa asing baginya.Dan lama kelamaan, dia mulai yakin yang dia..

Tidak pernah lagi ke tempat itu.

"Aku kat mana ni?"desis lidahnya perlahan.Tubuh dia bawa bersandar ke kepala katil dengan mata yang sesekali berkelip menahan silau cahaya putih.

Sekali lagi, bebola matanya digerakkan tanpa tujuan.Ditilik satu persatu benda yang ada diruangan itu.Dari siling putih diatasnya, jatuh ke dinding berwarna grey, kemudian ke sebuah almari serta perabot - perabot lain dan akhir sekali matanya tertancap ke sebuah meja yang berada tidak jauh daripadanya.Dapat dia lihat begitu banyak kertas dan fail diatas meja tersebut.Tidak nampak berhambur kerana telah disusun sekemas - kemasnya.Begitu juga dengan peralatan yang lain.Kemas saja dengan susunan mengikut warna dan jenisnya.Nampak sangat yang pemilik ruangan itu sungguh kemas dan teratur orangnya.Tapi persoalannya sekarang..

Siapa pemilik kepada ruangan itu?

Kenapa dia boleh berada disitu?

"Aku..Bukan kat rumah kan?"

Maya terdiam sejenak.Cuba untuk mengingat semula apa yang sudah jadi terhadap dirinya sehingga boleh tiba di dalam ruangan besar lagi mewah itu.

Dia pulang dari kerja...

Bertemu dengan Pak Longnya...

Dibawa ke kelab malam...

"Ya Allah!"Maya membulatkan matanya bila kejadian semalam perlahan - lahan mulai terlayar jelas dimindanya.Tangan naik menekup mulut yang sudah luas terlopong.Semerta, detak jantungnya kian melaju.Nafas pula bagai tersekat.

Tanpa dipinta, air matanya jatuh.

Setitis, dan semakin lama semakin deras.

Tidak dia sangka, Pak Longnya sanggup memperlakukannya sedemikian.Bagai kan dia tiada harga diri dijual seperti barang murahan kepada lelaki cina itu.

Betapa remuknya hatinya setiapkali memikirkan hal itu.Terasa seperti di cucuk - cucuk dengan pisau belati yang sangat - sangat tajam dan beracun.

Apa salahnya? Apa dosa yang dia buat?

"Mak Long, kenapa Pak Long dah berubah? Kenapa Pak Long sanggup buat Maya macam ni? Maya dah buat apa, Mak Long? Maya ada sakitkan hati Pak Long ke? Maya penat.."rintih Maya dalam sedu sedannya.Seluruh tubuhnya sudah menggeletar hebat dek kerana terlalu menangis.Bahkan, kulit wajahnya yang sememangnya cerah itu sudahpun bertukar rona.Menjadi merah padam.

Walaupun selama ini layanan Pak Long kepadanya sudah tidak seperti dulu lagi, tapi Maya tetap menghormatinya.Sangat - sangat menghormatinya sepertimana dia menghormati lelaki itu disaat Mak Longnya masih ada.Malah, rasa hormat nya itu tidak memudar sedikitpun.Biar pun banyak orang kampung yang selalu berkata buruk tentang perangai suami kepada arwah Mak Longnya itu, dia tetap tidak ambil peduli langsung.Walau apa pun yang mereka katakan, dia tetap pekakkan telinga, butakan mata.

Kerana baginya, Pak Long dan Mak Long nya itu sudah seperti ibu bapa kandung baginya.Sejak kedua ibubapanya kembali kerahmatullah, dirinya ditatang bagai minyak yang penuh oleh pasangan itu.

Tidak pernah sekalipun mereka mengeluh mahupun memberikan layanan buruk terhadapnya.Dia dilayan serupa anak kandung mereka.Meskipun sebenarnya, dia hanyalah anak yatim merangkap anak buah mereka yang sudah kehilangan kedua ibubapanya.

Dan hingga kini, dia masih tidak percaya dengan apa yang sudah terjadi pada diri nya.Apa motif utama Pak Longnya rela berbuat sedemikian kepadanya? Kenapa mesti dia yang dibuat begitu?

Apa salah dirinya?

"Ya Allah, nasib baik aku sempat lari semalam..Kalau tak, aku tak tahulah apa yang akan terjadi nanti."tidak mahu melayan rasa sedih itu lagi, Maya terus mengesat air matanya.Sekurang - kurang nya Allah masih memberinya peluang dan kesempatan untuk lari daripada tempat penuh dosa itu.Dan dia harap, dia tidak akan lagi menginjakkan kaki disitu lagi.Cukuplah hanya sekali dalam hidup!

Maya menarik nafas paling dalam sebelum dia lepaskan.Jelas kedengaran ditelinganya sendiri yang helaan nafasnya itu begitu berat dan bercelaru.

"Maya, kau kena kuat..Sekarang ni kau hanya perlu bergantung dengan diri kau sendiri saja..Dah tiada orang lain yang akan jaga kau, lindungi kau.."bergetar hebat suaranya saat mengucapkan ayat itu.Khas buat dirinya.Semangat yang sudah hilang cuba untuk dia dapatkan semula.Tak kisah apa pun yang sudah terjadi, dia tetap perlu teruskan hidup.

Sama seperti pesanan terakhir daripada arwah Mak Longnya sebelum meninggal.

"Maya, Maya kena kuat tau? Tak kira lah apa yang terjadi akan datang nanti, kamu tetap perlu kuat..Ingat, Allah pilih Maya untuk hadapi dugaan - dugaan ni sebab Dia tahu, kamu kuat.Kuat sangat - sangat! Jadi, jangan pernah sekalipun terfikir untuk mengalah..Mak Long akan sentiasa ada dengan Maya."

Maya mengukir senyuman.Tanpa dia lihat, dia sudah tahu bagaimana rupa nya.Pasti akan kelihatan kelat dan tiada maksud apa - apa pun.

"Kau boleh, Maya.."bisiknya seraya tangan naik mengusap kepala sendiri.

Dan disaat itulah baru dia menyedari...

"Mana tudung aku?"

Klak!

✪✪

Klak!


"ARGHHH!"

Carlos yang baru saja memboloskan diri masuk kedalam biliknya itu lantas mengerutkan dahi.Pandangan matanya terarah tepat ke comforter yang sudah menyelubungi tubuh seseorang itu.

Kenapa pula dengan dia ni?

"Girl, are you okay?"soal Carlos.Pintu bilik dia buka luas - luas sebelum kaki dia atur kemas mendekati katil.Tiba saja dihujung katil, langkahnya berhenti.

Maya yang berada dibawah comforter itu terdiam sejenak.Suara garau yang baru saja menyapa halwa pendengarannya itu terasa tidak asing baginya.Suara itu..

"Sejuk sangat ke sampai kau masuk nak dalam comforter tu?"soal Carlos lagi bila tidak mendapat sebarang respon dari gadis tersebut.Kedua tangannya sudah naik memeluk tubuh.Wajahnya tidak terpasang apa - apa riak pun.Apa lagi dengan senyuman.Kosong dan dingin.

Maya tersenyum.Sah, memang itulah suara lelaki yang telah menyelamatkan dirinya daripada lelaki - lelaki kelab malam itu semalam.Hatinya terasa tenang buat seketika.Namun selang beberapa detik kemudian, senyumannya mati.Bayangan - bayangan buruk mulai memenuhi ruangan benaknya.

Bagaimana kalau lelaki itu ialah salah seorang daripada mereka?

Kalau dia dah kena jual oleh lelaki tu semasa tidur macam mana?

Ataupun lelaki itu sebenarnya pembunuh?

Allahuakbar, apa yang dia perlu buat?!

Carlos semakin pelik melihat tingkah gadis itu yang kekal diam tanpa suara dan pergerakan langsung.Dah kenapa pula perempuan ni? Diam semacam je.

"Lagi sekali aku tanya, kau dah kenapa masuk dalam comforter tu? Sejuk sangat ke?"tidak berputus asa, Carlos sekali lagi mengutarakan persoalannya.Namun kali ini suara kedengaran sedikit tegas.

Maya terpinga - pinga.Kedua tangannya mencengkam kuat comforter.Bibir pula sudah dia ketap rapat.Apa yang dia patut lakukan sekarang ni? Nak jawab ke tak?

Carlos menghela nafas.Rangkulan pada tubuhnya sudah terlerai.Tanpa buang masa, dia menapak lagi mendekati katil.

Setapak, dua tapak hingga akhirnya..

"JANGAN TARIK!"kalut Maya menjerit dengan genggaman yang semakin kuat dan erat pada comforter.Air matanya sudah mulai bergenang ditubir mata.

Ya Allah, dia tidak mahu auratnya dilihat lagi oleh lelaki bukan mahram baginya.

Cukuplah semalam.

Terhenti tangan Carlos.Keningnya diangkat sebelah.Sesaat kemudian, tangannya mulai dialihkan daripada comforter itu.Dia berdehem sekali.

"Kenapa aku tak boleh tarik?"

Maya menghela nafas lega.Seketika, postur tubuhnya dibetulkan.Naik lenguh pinggangnya kerana terlalu lama dalam keadaan membongkok.Tidak lupa juga dengan anggota tubuh badannya yang lain.Semuanya terasa lenguh dan letih.

"Saya tak pakai tudung."balas Maya tanpa berbasa - basi lagi.Lebih baik dia katakan hal yang sebenar, daripada lelaki itu terus - menerus cuba untuk menarik comforter dari tubuhnya.Dia tidak sanggup lagi untuk membiarkan dirinya dilihat oleh lelaki itu dalam keadaan auratnya tidak terjaga.

Cukuplah hanya sekali.

Itupun sudah terlalu berdosa baginya.

"Kau bertudung eh? Jadi kenapa semalam kau tak pakai tudung?"tanya Carlos menginginkan kepastian.

Bukan kah perempuan bertudung ni sentiasa mengenakan tudungnya kalau berada di luar rumah?

Kalau dia tidak silap, memang itulah yang isteri majikannya katakan sewaktu mengenakan tudung buat pertama kali suatu ketika dulu.Dan dia masih ingat dengan jelas setiap butir perkataannya.

"Perempuan yang pakai tudung ni, dia akan selalu pakai tudung dia kalau berada diluar rumahnya.Sebab apa? Sebab dia tak nak orang lain ataupun lelaki bukan mahramnya tengok rambutnya..Itu aurat nya..Cukuplah hanya ahli keluarga dan suaminya saja yang dapat melihat."

"Tudung saya dah kena tarik oleh lelaki kat dalam kelab malam tu."kata Maya sekaligus menyentakkan Carlos daripada lamunannya tentang kata - kata isteri tuannya tempoh hari.Pandangan mata nya dibawa semula kearah comforter itu.

"Oh okay.."

Suasana dalam bilik itu menjadi hening tanpa ada sebarang bunyi ataupun suara.Baik Carlos mahupun Maya, masing - masing tidak mengeluarkan suara.Carlos tegak berdiri, manakala Maya pula masih berselubung didalam comforter.Tiada sedikit pun niat ingin keluar dari 'tempat persembunyiannya' selagi lelaki itu masih ada disitu.

"Encik.."seru Maya agak perlahan  yang terlebih dahulu memecahkan kesunyian diruangan itu.Terasa janggal pula kalau kekal dalam suasana tersebut.

"Hm?"sahut Carlos dengan keningnya yang sudah terangkat sedikit keatas.

Maya sempat berdehem kecil.

"Encik kan yang bantu saya lepas dari lelaki - lelaki tu malam tadi? Encik bawa saya pergi kat mana ni? Encik ni bukan orang jahat kan? Tak berkomplot dengan lelaki - lelaki kelab malam tu?"bertalu - talu soalan yang keluar dari bibir merah Maya.Diakhir ayat, nafas dalam dia tarik.

Huh!

Tanpa sedar, hujung bibir Carlos ternaik sedikit membentuk satu senyuman.Kecil dan hampir tidak ternampak pada wajah nya.Entah kenapa, terhibur pula hatinya dengan tingkah gadis itu sebentar tadi.

Berdas - das soalannya seperti peluru!

"Alright, tenang girl..What's your first question? Aku ke yang bantu kau lepas dari lelaki - lelaki tu malam tadi? Haah, memang aku..Second, sekarang ni kau ada kat rumah aku.Tapi jangan risau, sebab kat dalam rumah ni bukan aku je yang tinggal..Masih ada orang lain dan dua ekor monyet lagi."

Maya mengerutkan dahi.Monyet?

"Okay for your third question, I don't know how to answer it..Aku pun tak tahu aku ni baik ke jahat..Tapi satu yang patut kau tahu, aku tak berkaitan langsung pun dengan bangsat - bangsat kat kelab malam tu..Em, rasanya itu dah jawab soalan terakhir kau kan?"sambung Carlos.Nadanya tenang dan bersahaja.

Dia tahu apa perasaan gadis itu pada saat itu.Pasti sangat menginginkan segala kepastian.Yalah, siapa saja yang tidak gelabah kalau bangun - bangun dari tidur sudah ditempat asing.

"Erk."lidah Maya menjadi kelu secara tiba - tiba.Mindanya sudah tidak tahu ingin mengeluarkan ayat apa lagi.Dalam masa yang sama, hatinya dirundung rasa bersalah.Rasa bersalah kerana telah bersangka buruk dengan lelaki yang sudah menyelamatkan dirinya.

Carlos menjauhi katil itu.

"Bangunlah, pergi mandi..Nanti kejap lagi aku suruh puan Arin pinjamkan baju untuk kau.Dont worry, aku takkan masuk bilik ni lagi..Just take your time and clean yourself."pesan Carlos.Tidak menunggu balasan daripada gadis itu, kakinya mulai diatur menuju kepintu bilik.Sudah bersedia ingin keluar daripada situ.

Hampir saja dengan pintu, langkahnya terhenti sebaik terdengar suara lembut menyeru dirinya.Bukan namanya tapi..

"Encik, maafkan saya sebab dah buruk sangka dengan encik..Dan terima kasih, sebab dah selamatkan saya."ucap Maya ikhlas dari sudut hatinya paling dalam.

Carlos senyum.Kali ini sedikit lebar berbanding tadi.Hinggakan lesung pipit dipipi kirinya mulai kelihatan.

"Encik? Encik masih kat situ ke?"aik, jangan cakap yang lelaki tu dah keluar dari bilik ni? Dia bercakap seorang diri ke?

Baru saja Maya ingin keluar dari comforter suara lelaki itu kembali menyapa peluput telinganya.Kalut dia membetulkan tubuh dan perlindungan nya itu.Ya Allah, nasib tak terbuka!

"What's your name?"

Dahi Maya bertaut.

"Nama saya?"

"Yes, your name girl."

Maya terdiam sejenak.

"Maya, Maya Zalea."

"Okay, I forgive you..By the way, you're welcome, Maya Zalea."tutur Carlos seraya mengangkat kaki untuk beredar dari situ.Pintu bilik sempat dia kunci dari dalam sebelum dia pergi meninggalkan gadis bernama Maya itu bersendirian di ruangan miliknya tersebut.

Maya termangu buat seketika.Suara lembut tapi garau lelaki itu tadi masih lagi terngiang - ngiang ditelinganya.Ya, tidak dia nafikan yang suara lelaki itu kedengaran sangat lembut menyapa peluput telinganya.Sangat gemersik.

"Okay, I forgive you..By the way, you're welcome, Maya Zalea."









After a loooooooooong time ><

To be continued..
Vote ✅
Comment ✅
Thanks ❤️❤️❤️

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
2.4M 2.3K 1
#1 ENCIK'S SERIES ๐“๐‡๐€๐๐ˆ๐… ๐‰๐€๐๐€๐‘ ๐— ๐Š๐€๐”๐’๐€๐‘ ๐”๐Œ๐€๐ˆ๐˜๐€๐‡ "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
60.1K 3.9K 50
" ๐ˆ ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐š๐ฒ ๐ˆ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
1.4M 13.2K 11
โ„•๐•’๐•š๐•๐•’๐•™ ๐•๐•’๐•Ÿ๐•Ÿ๐•’๐•™ ๐•ƒ๐•–๐•—๐•ฅ๐•–๐•Ÿ๐•’๐•Ÿ ๐•‚๐• ๐•ž๐•’๐•Ÿ๐••๐•–๐•ฃ ๐•Œ๐•ฅ๐•™๐•ž๐•’๐•Ÿ ๐”ฝ๐•š๐•ฃ๐••๐•’๐•ฆ๐•ค ๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐’Š๐’๐’Š ๐’‰๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’“๐’†๐’Œ๐’‚๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐’‰๐’‚๐’”๏ฟฝ...