Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.8M 272K 39.1K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

61

63.4K 4.1K 1.4K
By Lollysnow

"Wahai Safiya Aqilah Binti Khadija"

Thaqif tarik tubuh isterinya dalam pelukan dan serentak itu Safa teresak-esak melepas tangisan. Air mata lelakinya turut bergenang sambil dia mengusap-ngusap belakang Safa.

"Wahai Safiya Aqilah Binti Khadija."

Kering air mata Dato' Azham memandang timbusan tanah di hadapannya. Segala memori saat dia pertama kali menyambut Safiya di dunia hinggalah detik terakhir mereka berpelukan bermain di dalam ingatan. Segalanya seperti angin berlalu begitu pantas. Jujur dia masih belum cukup kuat, belum cukup sempurna menjadi ayah terbaik buat Safiya.

"Wahai Safiya Aqilah binti Khadija.."

Datin Khadija tekup rapat matanya. Sungguh dia tak rela mengharungi detik namanya disebut di hujung nama anak-anaknya. Dia masih belum terima!

"Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah. Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini."

Naufal bertahan tubuh berdiri. Tak berkelip dia memandang kubur seorang perempuan yang semalam bersungguh-sungguh meluah cinta padanya. Tapi hari ini, hanya jasad yang sudah tak bernyawa datang kepadanya.

"Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah. Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah."

Sakit sungguh sakit. Sakit yang tak tahu bagaimana lagi mahu diubati lagi.

"Ingatlah wahai Safiya Aqilah binti Khadija.
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu."

Andai Safiya tahu angan pertamanya selepas dia nekad menolak akad nikah bersama Auni.

Dia angankan Safiya jadi isterinya. Dia angankan Safiya ada disisinya setelah empat tahun gadis itu habiskan pengajian di German.

Itu angan pertamanya setelah dia bangun menolak kerusi dan pergi dari ruang akad nikah semalam. Dia dambakan Safiya lebih dari dia dambakan Auni.

PERGI Safiya, hilang segala rasa. Lemah lutut mahu berjalan lagikan bercakap. Majlis akad nikah? Dibiar begitu sahaja. Dia sudah tiada rasa lagi.

Sunyi ruang kereta diantara empat lelaki itu. Masing-masing tenggelam dalam perasaan.

Sepanjang pengebumian, Haris tak berganjak berada di dalam perut kereta. Dia tak kuat mahu melawat kubur Safiya, lagikan melihat jasad yang dipangku penuh darah tadi dimasukkan ke liang lahad.

Keluar sahaja dari perut kereta. Naufal mengerut dahi memandang beberapa buah pasu bunga siap diikat ribbon tersusun cantik di hadapan rumahnya.

"Apa ni? Kalau hadiah wedding ke apa. Buang." Naufal meraup rambut memandang pembantu rumah yang menghampiri.

"Ya, ni hadiah wedding Encik Naufal. Tadi ada orang delivery dia cakap hadiah ni dari.."

"Buang!" Tak menunggu Naufal terus memberi arahan.

"Tapi Encik Naufal.. Ni.." teragak-agak pembantu rumah memberi sampul kecil kepada Naufal.

Dengan dengusan Naufal ambil juga sampul itu sebelum dia keluarkan isinya. Seketika dia terkelu membaca apa yang ada di kad itu.

'Abang Thaqif cakap Abang Naufal suka tanam bunga sama macam dia. Jadi Safiya hadiahkan pokok-pokok bunga ni untuk abang tanam kat rumah baru Abang dan Auni nanti.

Selamat pengantin baru Abang. Semoga bahagia dan terus bahagia. Jangan lupa doakan Safiya juga.'
Safiya

"Dari siapa?" Faizul datang disebelah Naufal sebelum dia capai kad ditangan lelaki itu.

Seketika dia terkedu.

"Safiya..." Naufal cengkam baju didada. Sakitnya sekarang makin parah. Dia terlalu rindu ingin melihat Safiya ada didepannya. Dia rindu ingin mendengar tawa dan nakal gadis itu. Dia rindu semuanya mengenai Safiya.

"Tolonglah.." kalau dia diberi kuasa memutar balik waktu. Dia ingin berlari memeluk tubuh itu. Meluah betapa besar keinginannya mahu bersama Safiya.

"Maafkan abang.. Maafkan abang.." Naufal bersandar tangan pada dinding sebelum dia terduduk di tiang depan rumahnya. Tak berkelip mata memandang pasu-pasu bunga dihantar Safiya buatnya.

Dan sekali lagi air mata lelakinya jatuh mengalir.

'Macam mana abang nak rawat sakit ini Safiya? Silap abang pada Safiya terlalu besar..'

"Abang nak hidup dengan Safiya.. Kenapa semua jadi macam ni..?"

"HAI KAK!" Safiya berbisik perlahan.

"Sorry tak dapat nak bangunkan akak! Akak tengok ni. Akak dengan Saqif tidur mati! Macam mana Safiya nak kejut!" Skrin telefon menunjuk tubuh Safa dan Saqif lena tidur sementara Safiya disebelah duduk mencuit-cuit pipi tembam anaknya.

"Kalau Safiya tak buat video ni, esok akak membebel kat Safiya. Pergi jauh tak jumpa akak dulu. Ini bukti Safiya datang tau! Tapi akak je dah tidur." Safiya melepas tawa kecil dan seketika dia terkejut melihat Saqif bergerak. Spontan tangannya menepuk-nepuk tubuh kecil itu.

"Esok Safiya dah nak pergi jauh. Nanti kalau akak dengan abang Thaqif free ke datanglah tempat Safiya bawa Saqif sekali. Sorry Safiya bagi video ni je, Safiya tak sampai hati nak kejut akak." Bibir Safa bergetar lagi.

"Oh! Bulan depan birthday akak kan! Jangan risau Safiya dah siap-siap tempah hadiah! Tunggu tarikh, hadiah tu sampai depan rumah akak! Jadi jangan nak buat ayat sedih kononnya Safiya tak ingat birthday akak!" Safiya mengecil mata.

"Safiya dah siap-siap tempah hadiah birthday untuk semua orang tahun ni. Untuk mama, untuk papa, untuk Abang Thaqif. Tunggu tarikh, hadiah Safiya sampai kat rumah. Safiya tempah awal-awal takut kat sana nanti sibuk tak sempat nak ingat birthday orang."

Safiya kelihatan berpaling merenung kakaknya di atas katil. Perlahan-lahan dia menunduk kepala sebelum dia kucup pipi Safa. Semua sempurna terakam di dalam telefon bimbit itu.

"Safiya pergi dulu akak! Esok jangan menangis rindukan Safiya! Kesian Abang Thaqif kena pujuk." Safiya tergelak kecil sebelum dia laju-laju menekup mulut, takut mengejutkan Saqif.

"Bye! Sayang kak Safa!"

Tangan Safa terketar-ketar menekup mulut sebelum dia bawa telefon ke dada. Mata dipejam rapat hingga air mata mengalir jatuh ke dagu.

"Safa.." Thaqif setia disebelah isterinya tak lepas menemani Safa dari tadi.

"Saya rindu Safiya.. Saya rindukan Safiya Thaqif!!!" Meraung lagi Safa selepas mengulang video entah untuk keberapa kali. Baginya tidak cukup, tidak pernah cukup!

Dia mahukan Safiya ada dihadapannya sekarang! Dia mahu meluah bertapa sakit dan rindunya dia pada Safiya! Dia mahu luah bertapa beruntungnya dia dikurniakan adik seperti Safiya!

"PAPA!! Hiks hiks!! Mama!!" Melihat Safiya berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan esakan buat Dato' Azham segera bangun menerpa ke arah anaknya.

"Kenapa? Kenapa menangis?"

"Arghh!! Papa!! Sakit!!" Safiya tunjuk lututnya yang berdarah.

"Kenapa? Siapa buat?" Gusar suara Datin Khadija menyoal. Itu seluar sukan baru Safiya, dah terkoyak dengan kesan darah berbekas disitu.

"Ada orang.. tolak Safiya! Hiks hiks!"

Ktang!!

Perhatian mereka bertiga beralih memandang Safa terjatuhkan gelas kaca memandang keadaan Safiya yang berdarah dengan wajah si adik penuh dengan air mata.

"Safa.." Datin Khadija laju menerpa ke arah anak sulungnya.

"Mama.. Safiya.." suara Safa bergetar memandang Safiya teresak-esak dalam pegangan papanya.

"Tak ada apa,, Jom mama bawa Safa masuk bilik." Wajah Datin Khadija mula pucat melihat keadaan Safa.

"Safiya.." Mata Safa tak lepas memandang adiknya.

"Jom Safa.." Datin Khadija laju-laju menarik tubuh Safa masuk ke dalam bilik.

Sementara Dato' Azham memegang kedua belah bahu Safiya. Wajah anak kecil itu ditatap dalam.

"Safiya dah besar kan? Safiya kuat kan?" Rambut Safiya diusap Dato' Azham. Anak itu terangguk-angguk dengan sisa esakan.

"Kalau Safiya sayangkan Kak Safa. Jangan menangis lagi.. Janji dengan papa?" Dato' Azham menghulur jari kelingking.

Ambil masa untuk Safiya menyambut, sebelum perlahan-lahan tangan kecil itu diangkat membalas lingkaran di jari papanya.

"Safiya memang kuat.." Dato' Azham tersenyum sebelum dia menarik Safiya dalam pelukan dan mengusap-usap rambut anaknya.

"Jom! Kita sapu ubat! Nanti papa cari sampai jumpa! Siapa yang tolak Safiya!"

Dan mulai detik itu, Safiya tidak menangis lagi.. Safiya jarang nenunjuk manjanya dihadapan Dato' Azham dan Datin Khadija. Di matanya Safiya cuma seorang anak gadis yang matang dan mampu memahami keadaan kakaknya.

"Abang.." Datin Khadija berair mata memandang Dato' Azham terlelap di sofa sambil memeluk bingkai gambar Safiya.

"Safiya anak papa..." Dalam tidur dia mengumam.

Rindu yang menyakitkan..

TOLAK SAHAJA DAUN PINTU rumah, Faizul sedikit tersentak memandang seorang kanak-kanak yang tiba-tiba menerpa kearahnya.

"Abang!!" Si kanak-kanak berumur 6 tahun mendongak teruja.

"Umaira? Kenapa happy sangat?"

"Umaira dari semalam tunggu Abang Faizul dia, nak cerita yang dia jumpa kakak cantik." Ibu tiri Faizul tersenyum menyambut Faizul dimuka pintu.

"Kakak cantik siapa?"

"Kak Safiya!! Semalam Umaira pergi beli aiskrim dengan mama. Kak Safiya belikan donut buat Umaira.." dan sesaat senyum Faizul mati.

"Kak Safiya belikan?"

"Ya! Donut banyak! Umaira ada simpan dalam peti sejuk untuk abang. Abang nak makan?" Teruja Umaira berkata buat Faizul senyum kelat mengusap kepala adiknya.

Memori lebih kurang bulan lalu, dia terserempak dengan Safiya bermain di ruang mata.

"Lama tak jumpa Safiya.." Kekok Faizul menyapa Safiya dihadapannya. Apa tak nya mereka memang lama tak berjumpa. Dulu Faizul yang selalu teruja menyapa Safiya kini rasa kelat melihat wajah terkejut wanita itu.

Safiya kelihatan terkejut sebelum anak mata gadis itu turun memandang kanak-kanak perempuan dipimpin Faizul.

"Ini Umaira?" Dia masih ingat cerita Faizul yang ada mengatakan, lelaki itu ada seorang adik perempuan yang jauh jarak umur.

"Ya." Faizul senyum melihat Umaira tenang menjilat aiskrim memandang Safiya.

"Comel macam abang." Safiya tergelak kecil.

Faizul pula garu kepala yang tidak gatal. Terharu juga Safiya puji dia comel.

"Terima kasih.. Dan tahniah juga. Abang ada dengar Safiya dapat tawaran study abroad.." senyuman Safiya mati memandang Faizul dihadapannya.

"Erm? Umaira suka donut? Kak Safiya ada beli donut? Nak makan sekali?" Safiya tunduk menyamai ketinggian Umaira.

"Nak!" Mana tak teruja si Umaira tu.

"Jom!!" Safiya tergelak kecil dengan selamba menarik tangan Umaira dari genggaman Faizul. Faizul pula terpinga-pinga sebelum dia melorek senyum kecil. Macam mana sombongnya Safiya dengan mereka. Perangai perempuan itu tetap sama..

Ktak! Tolak sahaja daun pintu bilik. Faizul hempas tubuh di atas katil. Tangan naik ditindih di atas kelompak mata. Tanpa sedar air mata mula mengalir dari sisi kedua belah matanya.

Takdir begitu sakit buat mereka..

HAZIM memberhentikan kereta di bahu jalan sebelum dia keluar dari perut kereta. Tangan naik memeluk tubuh memandang dada langit dalam samar malam.

Telefon berbunyi dipoket seluar dikeluarkan lalu ditekap ditelinga.

"Hazim! Aku ada dengar berita Safiya meninggal? Serius lah?" Panggilan salah seorang rakan futsalnya.

"Ya.."

"Kau tak main-main Hazim! Kami semua ni semua terkejut! Kita orang tak sempat melawat pun."

"Malam esok keluarga dia ada buat tahlil.." Hazim seperti tiada tenaga lagi mahu membalas.

"Kau okay tak ni? Naufal macam mana?"

"Aku tak tahu." Tangan Hazim naik meraup rambut. Buat kesekian kali tubir matanya terasa hangat..

'Abang masih belum ikhlas menerima semua ni Safiya..'

"NAMA kakak abang apa?" Soalan Safiya buat Haris senyum merenung lukisa-lukisan di dinding itu.

"Safiya.." Keadaan menjadi sunyi buat Haris berpaling memandang Safiya disebelah. Gadis itu kelihatan terkedu menatap lukisannya.

"Safiya dah ingat.." Safiya mengalir mata mengusap bingkai lukisan dilukis Haris. Hanya matanya yang tahu emosi yang terkandung di lukisan itu.

"Terima kasih abang.."

"Abang orang pertama yang pujuk Safiya. Bila orang lain tak bagi Safiya menangis. Sebab abang Safiya boleh balik rumah dan boleh senyum kat semua orang.." Safiya usap air mata dengan senyum kecil.

"Kalau Safiya nak menangis, Safiya boleh cari abang.. Abang boleh pujuk macam mana keadaan sekali pun."

'Prakk!!'

Haris campak bekas cat padan kertas canvas sebelum dia tolak canvas lukisannya hingga jatuh kelantai.

Gigi diketap hingga air mata lelakinya jatuh. Sekali lagi dia ditinggalkan oleh orang yang dia sayang.

_________

"Do you still love me?"

"I'll stop this bullshit if I'm not!" Naufal terdiam merenung sepasang mata dihadapannya. Bolehkah kali ini? Kali ini dia ubah apa yang pernah katakan dahulu?

"Then let's get married." Mata Safiya membulat terkejut dengan kenyataan keluar dari mulutnya.

"Apa abang cakap ni? Esok abang nak kahwin dengan Auni!! Abang jangan buat perangai macam ni!"

"Abang dah tak peduli Safiya! Abang boleh batalkan perkahwinan tu! Abang lebih sayangkan Safiya! Abang cintakan Safiya dari dulu! Tapi abang ego dan abang takut perasaan ni cuma mainan abang!"

"Salah abang! Abang bodoh tabur janji pada orang lain. Padahal hati tak ada kepastian! Hati abang mahukan Safiya!!"

Safiya mengalir air mata memandang lelaki dihadapannya.

"Abang.."

"Kalau Safiya nak sambung study! Okay! Okay abang tunggu Safiya! Kali ni abang tak main-main dengan janji abang! Abang betul-betul akan tunggu Safiya! Abang boleh jadi gila cintakan Safiya! Pleasee.."

"Abang.."

"Tolong Safiya!! Tolong terima abang!! Tolong.. Abang dah batalkan perkahwinan tu! Abang lari dari majlis tu sebab abang nak jumpa.." kata-kata Naufal terhenti. Bulat mata memandang susuk dihadapannya.

Dia sedar sesuatu..

"Safiya..."

Hanya senyuman dibalas gadis itu dengan linangan air mata jatuh mengalir kepipi.

"Safiya! Safiya!!" Naufal bangun mengejut dari tidurnya. Dada turun naik melihat diri yang masih berpakaian sama dengan majlis pengebumian Safiya tadi.

"Safiya? Tolong cakap ni mimpi! Tolong kejutkan abang! Tolong!!" Raup wajah untuk kesekian kali dia menangis hari itu.

Dia mahukan Safiya..

"Naufal.." daun pintu dibuka dan Datin Syamimi kaku melihat keadaan anaknya.

"Keluarga Auni ada datang tuntut jawapan.. Kenapa Naufal.."

"Batalkan perkahwinan ni.. Mama tolong pinang Safiya buat Naufal.."

Terkunci mulut Datin Syamimi dengan jawapan anaknya.

"Naufal.."

"Naufal nak kahwin dengan Safiya mama! Naufal nak dia bukan Auni!"

Pang!!

Terteleng wajah Naufal ditampar mamanya. Seketika mulutnya terkunci melihat Datin Syamimi menghela nafas kasar memandangnya dengan linangan air mata.

"Safiya dah meninggal Naufal! Tolong sedar! Safiya dah meninggal! Berapa kali mama nak ulang benda ni!"

Seperti dibawa kedunia nyata, Naufal raup rambut lantas merebah kembali tubuh di atas katil.

Semuanya dah terlambat..
Dia terlambat menghargai..
Dia terlambat membalas..
Dia terlambat membahagiakan gadis itu.

Safiya sudah pergi tinggalkan mereka, selama-lamanya..

______

Saya cuba buat kisah sad ending sebab ada yang nak tahu macam mana kalau 'lollysnow' buat cerita sad ending. Tapi saya tak buat kat hero dan heroin cerita ni. Saya cuma buat kat second lead sahaja.

👉🏻👈🏻

Continue Reading

You'll Also Like

10.9M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
215K 9.2K 83
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
6.1M 312K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
749K 42.4K 59
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab...