Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 37.9K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

60

60.4K 3.9K 1.5K
By Lollysnow

"Perlu ke pergi esok Safiya? Kan Naufal kahwin esok. Macam mana mama dengan papa nak hantar Safiya ke airport esok." Dato' Azham mengomel tidak puas hati dengan keputusan anaknya.

"Alaa papa, kan minggu depan papa dengan mama nak ke German juga sebab kerja. Bukannya kita tak jumpa lagi."

"Lagipun Safiya dah janji dengan kawan. Kami kena pergi awal sikit sebab ada urusan nak selesaikan kat sana." Safiya tekun mengemas barang-barang Saqif ke dalam beg.

Kak Safa ni memang sengaja tinggal barang Saqif kat rumah itu sebab nak susahkan dia pergi ke rumah mentua wanita itu semata-mata nak hantarkan barang-barang itu.

"Haih.."

"Biarlah abang. Bukan kita tak jumpa Safiya lagi. Minggu depan kita jumpa dia lagi kan?" Datin Khadija menyampuk disambut anggukan oleh Safiya.

"Papa janganlah risau. Papa kena pergi Naufal nikah esok. Nanti apa pula belah sana cakap kat papa dengan mama. Nak tengok Naufal nikah tu sekali seumut hidup. Bukannya papa dah tak boleh tengok Safiya pula minggu depan kan?" Safiya menyendeng bersandar pada lengan Dato' Azham. Senyuman tipis terukir dibibir.

"Papa risau sebab Safiya nak study jauh kan? Papa takut yang papa rindukan Safiya kan?" Safiya mengekek ketawa melihat wajah dingin papanya. Rindu tak nak mengaku!

"Papa mana tak risau!" Tegas suara Dato' Azham kedengaran buat Safiya senyum teruja.

"Safiya lagii lagi lagi.. lah rindu papa dengan mama kat Malaysia ni. Tapi Safiya dah janji nak jadi anak terbaik yang boleh banggakan mama papa kan?"

"Jadi sebab tu papa janganlah mengada-ngada tak nak bagi Safiya belajar jauh-jauh eh!" Datin Khadija tersenyum mengusap kepala anaknya.

"Sekarang pun Safiya dah jadi terbaik untuk mama papa." Dato' Azham tarik kepala anaknya kebahu sebelun dia kucup dahi itu.

"Terima kasih papa.."

HEMPAS SAHAJA pintu kereta, Safiya dongak memandang rumah besar milik keluarga Naufal masih cerah disegenap ruang. Jam sudah menunjuk ke angka 11 malam. Sengaja dia datang lewat tak mahu bertembung dengan sesiapa.

Kereta Haris juga tersadai di rumah itu. Haris ada maklumkan yang dia, Hazim dan Faizul akan menginap disitu sebab Naufal yang minta.

Sejak kejadian di rumah banglo Haris tempoh hari. Safiya mula berubah, bukan menjauhi tetapi terus menjaga jarak.

Mereka masing-masing sudah bekerja, jadi sebabkan itu jarak dibawa Safiya tak memberi kesan pada mereka. Naufal pula dalam kesibukkan bakal menjadi CEO di syarikat besarnya. Lelaki itu juga sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan besar diantara lelaki itu dan Auni.

Hanya Haris yang masih setia bertanya khabar Safiya. Itupun Safiya layan endah tak endah. Bukan kerana dia sudah membenci.

Tapi dia perasan Haris mula mengenali seorang gadis. Amelia. Orang yang sama memerli dia di rumah lelaki itu tempoh hari. Amelia seorang instafamous jadi tak susah mahu mengetahui perkembangan gadis itu. Cukup banyak gambar dan 'story' dikongsi Amelia memberi petunjuk yang perempuan itu sedang dilamun cinta dengan Haris.

Dan saat itu Safiya mula menjaga jarak.

Dia sudah cukup serik dengan pengalaman lama.

Mereka sudah dewasa, tak mustahil masing-masing mula berfikir jauh untuk membina keluarga dari memikirkan dia yang masih ditangga bawah untuk menjadi dewasa.

Bunyi pintu kereta dikatup, Safiya sedikit tersentak. Bulat mata memandang Faizul terkebil-kebil memandang ke arahnya.

"Lah.. Safiya kat sini? Kenapa tercegat kat situ? Masuklah!" Lelaki itu tak pernah berubah menyapanya penuh teruja.

"A..ah, Safiya nak hantar barang Saqif. Kak Safa dah tidur ke?" Dia melangkah beriringan Faizul masuk ke dalam rumah.

"Entahlah, tapi Abang Thaqif ada kat luar tu borak dengan dia orang."

"Okay." Safiya diam disebelab buat Faizul mengerling sekilas. Macam mana keadaan Safiya lepas tahu Naufal akan menikah? Dia perasan Safiya mula menjauhkan diri, tapi dia tak mampu berbuat apa. Bila perasaan diletak didalam persahabatan, maka inilah jadinya.

"Safiya? Kak Safa sampai tertidur tunggu Safiya." Lihat sahaja tubuh adik iparnya, Thaqif terus menegur buat mata Naufal turut terpaku pada tubuh itu.

Setelah sekian lama mereka membawa diri masing-masing.

"Sorry, Safiya ada kerja tadi. Kak Safa ada dalam bilik ke? Safiya masuk kejap ya?" Safiya sudah tak senang diperhati orang itu. Jujur dia janggal. Mereka dulu rapat tapi sekarang dilayan seperti orang asing.

"Ha,, masuklah. Kak Safa pun mesti nak jumpa Safiya sebelum Safiya pergi esok."

"Pergi mana?" Hazim mencelah buat langkah Safiya terhenti. Air liur ditelan rasa berpasir.

"Dia kan dapat sambung study kat German. Esok dia pergi sana.."

"Safiya tak cakap kat abang pun!" Haris pula menyampuk buat Thaqif terdiam. Dah kenapa budak-budak ni? Tu adik ipar dia, yang masing-masing tak senang duduk kenapa?

"Safiya lupa.." Safiya berpaling dengan wajah serba salah. Kenapa dia pula yang kena bersalah! Tu hak dia, ikut suka hati dia lah nak pergi bila pun.

"Lupa atau Safiya sengaja pilih tarikh esok?" Naufal tenang menyoal buat Safiya diam membalas tatapan lelaki itu.

"Apa yang jadi esok tak ada kena mengena dengan Safiya. Yang jadi pengantin tu Auni. Safiya pergi mana pun esok, tu hak Safiya tu urusan Safiya sendiri." Dari wajah serba salah Safiya mengecil mata sebelum dia melangkah meninggalkan ruang itu.

Naufal terpana hingga mulutnya terkunci. Tak berkelip mata memandang Safiya mengatur langkah masuk ke bilik Safa sebelum daun pintu bilik daun pintu dikatup.

"Ingat Naufal, esok kau nak kahwin." Thaqif tenang mencapai remote televisyen dan sempat matanya mengerling pada Naufal yang masih pegun.

"AKAK.. Kak Safa.." Safiya membisik di telinga Safa melihat kakaknya sudah terlelap memeluk Saqif disebelah. Senyuman tipis terukir dibibir sambil dia mencuit geram pipi tembam anak saudaranya.

Safa sekarang kalau dah tertidur, jangan harap dia bangun. Sejak ada anak, tidurlah benda paling berharga yang dia cari. Tiap kali ada peluang. Wajib tidur! Saqif tu sudahlah kuat berjaga malam.

Safiya serba salah, mahu dikejut kakaknya dah terlena jauh diulik mimpi.

Tengok sahaja telefon Safa di atas meja, Safiya terus mencapai tanpa ragu-ragu. Esok je lah dia hantar pesanan kat Safa suruh tengok video yang dia buat tu.

Turun sahaja dari tangga, Safiya bertembung dengan Thaqif yang mendaki tangga.

"Kak Safa dah tidur, jadi Safiya tinggal beg Saqif kat tepi meja."

"Safiya tak jumpa kak Safa dulu? Esok dia murung tahu-tahu adik dia pergi German tak jumpa dia dulu." Thaqif tidak sedap hati. Tahu sangat Safa dengan Safiya itu macam mana akrabnya.

"Tak apa, Safiya dah tinggal something special dalam phone dia.. Safiya dah lewat ni. Nanti kalau abang cuti bawalah Kak Safa  dengan Saqif bercuti kat German. Boleh kita jumpa." Dia kena cepat-cepat balik dari bertembung dengan Naufal! Takut hatinya tak kuat mahu memandang wajah itu.

"Haa ye lah." Thaqif membalas dengan senyum tipis.

"Bye abang."

"Bye.." Thaqif diam memandang Safiya berlari anak menuruni tangga. Diam yang sedang berfikir maksud di balik kata-kata Safiya sebentar tadi.

Dia cuma tahu Naufal pernah menunjuk minat pada adik iparnya. Tapi dia tidak tahu siapa yang ada di hati Safiya. Safiya jarang menunjuk perasaannya pada seseorang. Jadi dia tidak tahu. Adakah keputusan dibuat gadis itu sebenarnya bahagia atau sebaliknya.

Baru sahaja mahu masuk ke dalam perut kereta, Safiya sedikit tersentak melihat Naufal melangkah ke arahnya dan tanpa bersalah masuk ke dalam perut kereta itu. Dia yang mahu mengelat tak mahu bertemu lelaki itu, sudahnya bertembung juga.

Naufal tunggu diakah?

"Abang, Safiya dah lewat ni. Nanti papa bebel Safiya balik lewat malam." Safiya mengomel masuk ke dalam perut kereta. Tali seatbelt ditarik sambil dia mengerling Naufal disebelah.

Air liur diteguk seram melihat wajah dingin itu.

"Kenapa Safiya pilih tarikh esok? Safiya dah beli tiket minggu depan dengan mama dan papa Safiya. Kenapa esok?" Naufal paling wajah merenung tajam mata Safiya disebelah.

"A..apa abang cakap ni? Safiya ada urusan! Jadi Safiya terpaksa pergi awal.."

"Tapi kenapa esok?!" Terhinjut bahu Safiya dengan tengkingan tiba-tiba lelaki itu.

Safiya terdiam begitu juga Naufal yang diam menunggu jawapan gadis itu. Dia tahu, Safiya pergi esok bukan semata-mata urusan. Tapi kerana tarikh itu tarikh perkahwinan dia dan Auni?

"Safiya nak perhatian abang? Biar abang rasa serba salah nikah sama dengan tarikh Safiya terbang ke German!"

"YES!!" Kali ini Naufal yang terdiam dengan jeritan Safiya.

"Kalau abang nak cakap Safiya laparkan attention! Yes! I desperately want your attention Naufal!" Safiya ketap gigi. Apa yang kau dah cakap dekat bakal pengantin Safiya? Kau dah kusutkan kepala Naufal sebabkan kau.

"Maaf, abang keluar. Safiya nak balik." Safiya tunduk dengan kedua belah tangan memegang stereng. Dia sudah tak mahu melihat wajah itu lagi. Dia takut, air matanya yang dulu kuat bertahan kini lemah sebabkan seorang lelaki.

"Pandang abang.." Naufal tarik bahu Safiya menghadapnya. Mata mereka bertentang lama buat Safiya tunduk pandangan tak mahu membalas renungan itu lagi.

"Abang akan kahwin esok.."

"Safiya tahu.."

"Abang akan ada keluarga dengan Auni. Abang akan ada anak, abang akan bina rumah untuk kami dan.."

"Safiya tahu!" Safiya ketap gigi lantas menepis tangan Naufal dibahunya.

"Kenapa abang beritahu semua ni? Abang nak sakitkan Safiya? Atau abang sengaja nak tunjuk bertapa bahagianya abang dapat tengok Safiya menangis sekarang?" Akhirnya air mata ditahan lama tumpah juga dihadapan lelaki itu.

Naufal kelu menatap wajah itu.

"Safiya... Cintakan abang?" Ini soalan yang sudah lama dia pendam di dalam diri. Takut untuk bertanya kerana dia takut jawapannya buat dirinya bercelaru. Tapi entah kenapa malam itu baru dia ada keberanian untuk bertanya.

"Kalau Safiya cakap Safiya cintakan abang pun? Apa yang Safiya dapat? Sakit?"

Safiya kemam bibir menahan diri melepaskan esakan.

"Kenapa sekarang?" Mata Naufal berair?

"Kenapa sekarang?" Safiya melepas tawa pahit.

"Bila? Sepanjang kita kenal cuba abang beritahu Safiya? Bila masa yang sesuai untuk Safiya luah perasaan Safiya?!" Kuat Safiya menjerit melepas segala terbuku dihati dihadapan wajah lelaki itu.

"Abang cuma anggap Safiya budak perempuan yang selalu buat masalah! Safiya ni cuma budak-budak yang tak matang kat mata abang!"

Mulut Naufal terbuka mencari nafas. Melihat air mata Safiya merembes turun buat dirinya lemah mahu memeluk erat tubuh itu.

"Abang nak Safiya nampak seperti perempuan tak guna luah perasaan pada tunang orang? Fuck! I'm sick of this!" Safiya raup rambut sebelum dia alih pandangan dari terus menatap wajah itu. Esakan yang terbit dari ulas bibir dibiar reda sementara dia bernafas menenangkan diri.

"Do you still love me?"

"How dare you Naufal." Safiya ketap gigi.

"I'm asking you! Do you still love me?!" Kali ini suara Naufal sedikit keras.

"I'll stop this bullshit if I'm not."

"Then stop loving me!" Naufal bercakap tanpa rasa. Mana perasaan lelaki itu? Terlalu cintakah dia pada Auni sehingga sanggup melempar jauh hati Safiya ke dalam jurang api.

"Abang minta maaf kalau cara layanan abang dulu buat Safiya berharap. Abang cuma anggap Safiya sebagai adik.. Tak lebih." Naufal tahu kata-katanya sekarang bercanggah jauh dari apa yang ada dihatinya.

Sudah terlambat untuk dia betulkan lagi. Biarlah apa yang ada dihati terus diletak jauh disudut. Disimpan kemas dan tidak diluah sampai bila-bila pun.

"Empat tahun lagi, kita akan jumpa lagi.. dan masa tu abang nak Safiya balik sini dengan kekasih Safiya." Naufal sudah tolak pintu kereta. Safiya sudah bergetar bibir memandang lelaki melangkah keluar tanpa rasa sikitpun ditinggal untuknya.

"Abang.."

"Bahagialah dengan lelaki lain. Abang akan kahwin esok Safiya.." Naufal bangun dari tempat duduknya sebelum dia berpaling memandang Safiya sudah kembali teresak-esak merenung matanya.

Maaf Safiya..

"Kalau abang pernah cintakan Safiya pun. Abang tak mampu nak luahkan.. Abang pilih untuk setia.. Maafkan abang."

Pintu kereta dihempas sebelum Safiya jatuhkan kepala di stereng kereta. Terhinjut-hinjut bahu menangis. Dia cuba, dia cuba lupakan Naufal. Dan tiap kali itu hatinya sakit..

"Naufal.." Haris tegak melihat Naufal bersandar pada dinding rumah. Sebelum lelaki itu perlahan-lahan terduduk. Tangan naik meraup wajah beberapa kali.

"Apa aku dah buat? Aku baru sedar yang aku terlalu cintakan dia Haris.." Haris pegun melihat air mata keluar dari mata sahabatnya itu.

"Aku terlalu cintakan Safiya dari dulu..."

______

"Aku terima nikahnya..." Naufal terdiam menunduk. Bukan dia tak boleh teruskan, tapi suaranya tersekat, hatinya tiba-tiba memberat.

"Naufal?" Thaqif paling sebelah memandang adiknya.

"Abang.. aku.." Naufal ketap gigi.

"Kita cuba lagi sekali." Tok Kadi tergelak-gelak lantas menghulur tangannya kembali kepada Naufal. Lambat-lambat Naufal menyambut.

BUNYI DERINGAN telefon buat Safiya berhenti menolak troli bagasi.

"Hello?"

"Safiya kat mana?" Suara Haris ditalian. Kenapa lelaki itu tiba-tiba tanya? Bukan ke Naufal tengah akad nikah sekarang?

"Kat aiport lah."

"Kat airport tu kat mana?" Haris tergelak kecil cuba menghiburkan perbualan.

"Abang ada kat sini ke?" Suara Safiya teruja.

"Oh! Abang nampak. Budak kecik pakai baju hijau beg galas warna nude. Cuba pusing!" Spontan Safiya berpaling melilau mata dalan keramaian orang mencari tubuh Haris.

"Sini! Pukul 3." Dari jauh dia melihat Haris melambai-lambai tangan sambil melangkah kearahnya. Safiya tarik senyum membalas lambaian lelaki itu.

"Abang datang sini?" Sambil menunggu lelaki itu tiba dihadapannya. Safiya menyoal.

"Mestilah, Safiya lebih penting daripada Naufal." Dari jauh dia dapat menangkap senyuman diukir lelaki itu buatnya.

"Abang.. Safiya..."

"Zup!!"

"Arghhkk!!" Kuat jeritan orang ramai apabila ada darah tiba-tiba memercik dari tubuh seorang gadis.

Mata Safiya bulat memandang susuk dihadapannya. Lagi-lagi menangkap senyum lebar wanita itu.

"M..Mai.." jatuh telefon dipegang Safiya sebelum dia terlurut rebah memegang bahagian abdomennnya.

"Hahahahaha!! Padan muka! hahahahaha!!"

"Safiya!!!" Segalanya berlaku dalam sesaat. Begitu cepat hingga dia tidak dapat memproses apa yang berlaku padanya.

"Hahahaha tengok!! Tengok dia sakit!! Hahahaha padan muka! Sebab kau aku jadi macam ni!! Sebab kau!!" Mai seperti orang gila melompat-lompat gembira melihat Safiya sudah rebah di atas lantai bermandi darah.

"Safiya!! Ya Allah Safiya! ALLAH!!" Haris menjerit menerpa ke arah Safiya sebelum dia meriba kepala itu.

"A..abang.. Safiya? Safiya..." Sakit, terlalu sakit hingga nafasnya terasa putus.

"Safiya! Simpan tenaga!! Cepat!! Call medic!!" Haris menjerit seperti orang gila. Jatuh air mata lelaki itu hingga terkena pipi Safiya yang diam merenung wajah itu.

Di akhir hidupnya, hanya Haris.
Lelaki pertama yang memujuknya satu ketika dahulu.

Inikah pengakhirannya?

"Safiya! Jangan pejam! Safiya!! Buka mata!!" Haris menepuk pipi Safiya beberapa kali.

"Safiya!!!"

"Abang... aku.." Naufal pandang Thaqif. Kali ini dia betul-betul tak boleh lagi. Dia tak boleh lafazkan akad. Satu patah nama Auni tak mampu dia sebut dari ulas bibirnya.

Thaqif diam, sebelum dia angguk kepala.

"Pergilah.." bisik Thaqif perlahan. Sebelum dia lihat adiknya terus menolak kerusi tanpa peduli mata-mata orang terpinga-pinga.

"Naufal!" Auni bangun dari pelamin.

Keadaan menjadi kecoh apabila pengantin lelaki tiba-tiba mengangkat kaki meninggalkan ruang akad nikah.

Hinggalah Faizul tiba-tiba berlari ke arah Naufal.

"Naufal!"

"Jangan halang aku! Aku nak jumpa Safiya.."

"Safiya.. Safiya.." suara Faizul bergetar dengan mata berair menatap jauh ke dalam mata lelaki itu.

"Safiya dah tak ada!!"

Seketika ruang dewan bertukar sunyi. Naufal pandang Faizul tajam.

"Jangan main-main.."

"Apa kamu cakap ni?! Safiya apa?!" Dato' Azham tiba-tiba bangkit dari kerusi menerpa ke arah Faizul.

"Safiya ditikam di airport Dato'! Dia dah.." Faizul tak dapat habiskan ayat sebelum dia raup wajah menahan diri melepas esakan.

Tinggal Naufal yang masih kelu mencerna maklumat yang baru diterimanya.

"A..apa?" Safa tekup mulut memandang Datin Khadija mencari kepastian apa yang dia dengar ini bukan satu kesalahan.

"Safiya dah meninggal.."

______

Saya menangis dulu sebelum saya buat chapter ni.

Maafkan saya..

Continue Reading

You'll Also Like

380K 13.7K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
37.9K 4.8K 50
Merenung segenap ruang yang menempatkan hampir setengah bulan. Buntu Nara mencari jalan keluar. Melihat kalendar yang terpapar di dinding. Nara past...
432K 59.3K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI
1.5M 127K 44
She is mineโž "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis it...