Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 264K 37.8K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

57

59.1K 3.5K 267
By Lollysnow

Thaqif lerai tali leher sebelum dia keluarkan sapu tangan mengesat peluh di dahi. Hari ni sahaja dah beberapa kali dia keluar masuk pejabat untuk melawat tapak projek. Ini perkara paling malas dia nak buat. Kalau dulu dia bersungguh-sungguh dengan kerjanya kali ini berbeza. Dia tidak lagi seperti Thaqif yang dulu. Pukul 5 dia dah angkat kaki keluar dari pejabat.

Dia cuma jalankan tanggungjawab masih tersisa sebelum dia serahkan semuanya kepada Naufal. Azrul? Dengar cerita lelaki itu masih bekerja di tempat lama dah tidak berani lagi masuk campur dalam urus kuasa Thaqif. Banyak skandal dan cerita buruk tersebar mengenai lelaki itu buat Azrul bukan orang tepat untuk memegang jawatan CEO.

Safa sekarang pun sudah kembali bekerja seperti biasa. Pergi pukul 9 pagi balik pukul 4.30 petang. Saqif pula bergilir-gilir di rumah orang tua mereka. Mujurlah ada ramai yang sudi tengokkan.

Bukan Safa tak bagi cadangan mahu menghantar Saqif ke rumah pengasuh tapi bapanya. Thaqif betul-betul paranoid.

Sampai lelaki itu kata, dia sanggup bawa Saqif ke pejabat kalau tiada siapa dari keluarga yang mampu tengokkan Saqif.

Itu baru anak seorang.

"Ah dahaga!" Tolak sahaja daun pintu bilik, Thaqif sedikit tersentak memandang sebatang tubuh tegap berdiri di muka pintu bilik pejabatnya.

"Encik Thaqif, ada orang..." muncul pembantu peribadi Thaqif di belakang wanita itu.

"Dia dah ada buat appointment?" Tak berperasaan Thaqif menyoal.

"Belum tapi dia..." serba salah pembantu peribadi Thaqif ingin menjawab.

"I'm a busy person you see? Don't let me get involved to unnecessary things." Thaqif kemas tali leher sebelum dia melangkah melintasi wanita itu.

"Thaqif!" Najla teguk air liur.

"Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau. Jadi sila berambus." Thaqif tak berhenti dan terus melangkah dengan kata-kata yang cukup menyiat hati Najla waktu itu.

Tak ada guna kau merayu kemaafan lagi Najla. Apa yang kau buat tak mampu dapat belas lelaki itu lagi.

PERLAHAN-LAHAN dia menolak daun pintu rumah. Dari jauh dah terdengar bunyi sesuatu dari dapur, hidungnya mula menangkap bau. Spontan bibir tersenyum.

Beberapa langkah dia ingin mendaki tangga, mata Thaqif menangkap tubuh si comel Saqif sedang nyenyak di ruang tamu. Safa mungkin di dapur memasak selepas menidurkan anak mereka.

Tak tahan mahu menggomol anak comelnya. Thaqif terus berlari anak mendaki tangga. Dia harus cepat-cepat mandi, biar tubuh bersih dan bebas kuman luar. Barulah dapat dia cium peluk anak itu.

Siap menunaikan Solat Asar Thaqif kembali menuruni tangga menunur ke arah Saqif. Tubuh Saqif yang masih lena didukung lalu diletak di atas lengannya. Hidung kecio itu dicuit-cuit.

"Hey bangun! Petang-petang mana elok tidur." Dagu comel itu pula dicubit kecil hingga bibir merah semula jadi Saqif terbuka-buka.

Muka anak itu mula berkerut-kerut. Merah menggeliat atau mungkin bengang tidurnya diganggu papa.

"Saqif.. bangunlah. Tak rindu papa ke?" Dia kat tempat kerja sekejap-kejap main telefon semata-mata nak tengok video comel Saqif.

"Papa dah balik?" Soalan seseorang dari belakang buat Thaqif berpaling lantas mengoyak senyum lebar.

"Ya mama. Papa dah mandi dan solat." Kali ini tubuh Saqif didukung menghampiri Safa yang sibuk menghidang lauk di atas meja makan. Jangan tanya kenapa makan petang. Mereka berdua sedang jaga badan. Dua dua tak nak makan malam.

"Dulu balik kerja terus cari saya. Ini balik kerja cari Saqif dulu. Haih rasa terpinggir.." Safa mengomel sambil melangkah ke dapur dibontoti Thaqif dari belakang.

"Saqif kan sebahagian dari awak juga. Sama je saya cari Saqif atau cari awak. Tetap pangkalnya adalah awak." Tak bersalah Thaqif membalas buat Safa menjeling. Ada je benda nak menjawab bila orang cakap apa.

"Mestilah saya rindu mama Saqif moree... than anything..." Sedar renungan tajam si isteri, Thaqif cepat-cepat merapati Safa sebelum dia hadiahkan kucupan di dahi isterinya.

"I miss you more papa Saqif." Ah Safa mengaku je lah kau tak boleh merajuk lama-lama! Confirm kalah dengan bakal duda tak jadi tu!

Nasib baik dulu mereka tak jadi cerai! Kalau tak meroyan tak berlagu lah dia tengok suami dia jadi duda hot!

"Oh tadi Najla ada datang office." Mati senyuman Safa mendengar kata suaminya.

"Najla?" Safa peluk tubuh bersandar pada kabinet dapur memandang Thaqif serius. Thaqif kelihatan menepuk-nepuk tubuh kecil Saqif dengan anggukkan.

"Dia buat apa?" Jangan cakap datang nak merayu atau nak menggoda suami dia. Aku cincang kau nanti Najla!

"Entah. Saya tak suruh dia berambus. Dia tak sempat cakap apa pun."

"Betul awak tak tipu?" Safa mengecil mata meragui.

"Saya tak tipu. Kenapa? Ada something yang awak tak cerita kat saya? Saya nak tahu juga kenapa isteri saya ni bebaskan Najla dari penjara lepas saya turun naik mahkamah masukkan dia ke dalam penjara?" Thaqif senyum tipis memandang Safa yang menayang muka tak bersalah.

"Tak.. cuma saya rasa tak berbaloi nak letak dia kat dalam penjara tu." Safa gigit bibir.

"Wahh baiknya hati. Jadi apa yang awak buat sampai berbaloi? Perangkap Najla dengan Azrul dalam bilik hotel?" Thaqif tergelak kecil memandang wajah Safa seperti orang tertelan cicak.

Macam mana suami dia tahu??

"Macam mana awak tahu?" soal Safa terkejut.

"Mama beritahu. Azrul masuk penjara lepas Najla bebas. Kesnya dia tertangkap berduaan dengan Najla dalam hotel oleh isteri dia sendiri. Lepastu dia pukul isteri dia. Awak yang buat report untuk pihak bini dia kan?" Sebelah kening Thaqif terjungkit buat Safa teguk air liur. Lambat-lambat dia mengangguk kepala.

"Saya sebenarnya cuma perangkap dia orang sebilik. Tapi bini Azrul jumpa dia orang shirtless. Jadi saya tak buat salah." Safa angkat kedua belah bahu. Dia bukan bagi apa-apa minuman yang boleh buat dua orang itu hanyut dalam nafsu.

"Kalau Azrul tu tak mahu, dia boleh keluar dari bilik tu. Plan asal saya cuma nak snap gambar dia orang keluar dari bilik hotel yang sama. Tapi saya penat tunggu lama sangat. Saya call lah bini Azrul tu suruh tengok laki sendiri dalam bilik hotel tu."

"End up dia orang kantoi dalam keadaan.. you know." Safa tayang riak jengkel.

"Saya yang perangkap dia orang saya yang clueless. Dia orang ni bodoh ke atau betul-betul bodoh. Tak sedar ke dia orang tu kena perangkap. Elok pula dia bersedap dalam bilik tu.."

"Hahahahahaha" Thaqif tak dapat menahan tawa melihat riak wajah comel isterinya. Habis bergegar tubuh siap kata berair memandang Safa.

"Awak ni comel kan?" Pipi Safa dicubit geram.

"Apa yang comel? Kesimpulannya kat sini! Lelaki tak cukup dengan seorang perempuan! Mata saya sendiri jadi saksi!" Safa tepis tangan Thaqif di pipinya.

"Tak semua lelaki. Saya elok je setia dengan awak seorang even berbulan kena tinggal dulu." Thaqif juih bibir.

"Ya ya saya tahu." Safa raup rambut.

"Jadi kenapa Najla tu nak jumpa awak hari ni?" Safa diam berfikir-fikir.

"Malas lah ambil tahu pasal perempuan tu." Thaqif berpusing ingin meninggalkan ruang dapur.

"Oh saya ingat!" Dan langkahnya terhenti memandang Safa kembali.

"Saya tak bebaskan dia percuma-percuma macam tu.." Safa ukir senyum sinis.

"Maksud awak?"

"Awak tahu Najla pernah kahwin dua kali? Dan dari dua-dua suami tu dia ada anak. Tapi dia tolak untuk terima hak penjagaan anak dia."

"Entahlah, mungkin tahu tapi bukan urusan saya lagi."

"Kedua-dua bekas suami Najla tu dah kahwin lain dan anak-anak Najla dah bahagia dengan ibu baru masing-masing."

"I see. Jadi?" Thaqif kelihatan tak berminat.

"Saya buat Najla jadi pembantu rumah bergilir-gilir di rumah bekas suami dia." Mata Thaqif kali ini membesar memandang Safa. Isteri dia ke ni? Kenapa kejam sangat?

"Minggu ni dia jadi pembantu rumah ex husband pertama dia, minggu depan ex husband kedua dia. Saya cuma bagi dia peluang dekat dengan anak-anak yang dia tak pernah mengaku selama ni. Baik kan saya?"

"Fuh sakit tu." Thaqif geleng kepala. Tak dapat dibayang apa perasaan Najla melihag bekas-bekas suami bahagia dengan isteri baru dan anak-anak sendiri menjadi majikan sendiri.

"Paid off." Safa lepas tawa kecil sebelum dia melingkar tangan di lengan Thaqif.

SAFIYA tanggal airpods ditelinga apabila menyedari derap langkah dua gadis berbaju kurung menghampirinya. Senyum gadis itu dibalas kelat.

Dan hampir 5 bulan dia melanjut pengajian di kolej tingkatan 6 dan sepanjang itu dia masih belum mempunyai kawan. Mana nak ada kawan, datang sekolah pun malas.

"Safiya maaf, awak dah nak balik ke?"

"Ha'ah."

"Erm macam ni tau, boleh saya minta nombor phone awak? Kita kan satu group. Saya nak add awak dalam group whatsapp. So senang kita nak discuss nanti." Si gadis menghulur telefon buat Safiya menyambutnya dengan senyum kecil.

Jari mengetip-ngetip nombor telefon lalu diberi pada gadis itu. Bukan dia tak ada dalam group whatsapp kelas atau group sekolah. Cuma dia tak guna nama sebenar di profile Whatsapp buat orang tak tahu yang mana nombor telefonnya.

"Nah."

"Oh! Okay thank you!!" Perempuan itu tersenyum manis sebelum dia beredar meninggalkan Safiya yang terkebil-kebil.

"Nah! Aku dah dapat nombor phone dia! Punyalah muka berlagak macam dia tu artis!" Si gadis menghulur telefon le tangan lelaki yang setia menunggu di tapak parkir kereta.

"Serius kau dapat nombor Safiya? Terbaiklah Ainul!" Teruja si lelaki mencapai telefon dihulur Ainul.

"Kau nak mengorat dia tu fikir panjang sikit. Dia tu dah lah sombong. Silap hari bulan kena reject mentah-mentah. Dia tu berlagak gila. Kau tak ingat dia reject Mad hari tu? Mad dah anti gila dengan dia sekarang."

"Ya, ya aku tahu lah macam mana nak cairkan..." tak jadi si lelaki menghabiskan ayat tiba-tiba pintu kereta tempat dia bersandar tubuh terbuka.

"Share someone's phone number without her consent kind of illegal for me. And also.."

"Menolak seseorang untuk bercinta bukan bermakna dia sombong atau berlagak. She has right to choose whoever she want to be with. Bukan seperti pilih toilet paper yang ada kat rak paling depan."

"Toilet paper kita tak perlu pilih last-last sental dekat bontot kau juga. But calon suami.. sekali salah pilih mungkin merana seumur hidup."

"Jadi jangan jadi toilet paper." Haris senyum segaris buat orang-orang dihadapannya terdiam.

"Safiya?" Selamba dia mengangkat tangan memandang Safiya terkedek-kedek berlari ke arahnya.

"Abang dah lama sampai? Kenapa tak tunggu dalam kereta?" Safiya agak terpinga-pinga memandang rakan kelasnya dan Haris silih berganti. Janganlah ada isu sugar daddy lagi.

Haris pun satu! Tak perlu lah siap parkir kereta kat tapak parkir pelajar.

"Baru je, ni berborak pasal toilet paper dengan dia orang."

"Ha? Toilet paper?"

"Tak ada apa, panas ni. Cepat masuk."

Safiya yang terpinga-pinga akur menurut. Hari ni dia ada kenduri di rumah Faizul sekali dengan keluarga besar lelaki itu. Jadi Haris tawarkan diri nak jemput Safiya di kolej.

Tak sangka terdengar pula perbualan budak-budak itu. Patutlah Safiya takut nak ada kawan di sekolah.

Salah pilih kawan mungkin naya masa depan gadis itu.

_______

Continue Reading

You'll Also Like

405K 34.9K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
355K 13K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
1.5M 92.9K 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...