Unseen Love | OG (EDITING)

By MeyAmyra

36.6K 2K 530

ARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memand... More

๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† |๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿญ๐Ÿต
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†| ๐Ÿฎ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’†| ๐Ÿฎ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฌ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿญ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฎ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฏ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฐ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฑ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿฒ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿณ
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿด
๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฏ๐Ÿต

๐‘ผ๐’๐’”๐’†๐’†๐’ ๐‘ณ๐’๐’—๐’† | ๐Ÿฎ๐Ÿต

827 57 19
By MeyAmyra


"TUNKU pergi kelantan berapa lama?" Tanya Kak Sab sambil itu dia  meletakkan teko yang berisi teh panas diatas meja.

"Dia kata dua hari. Tapi belum pasti lagi la. Nak settlekan kerja betul-betul baru diorang balik." Jawab Armel, menarik kerusi kosong lalu melabuhkan duduk.

"Bunyi macam lama je diorang kat sana."

Armel cebik bibir, "Mungkin, biar je la. Kak Sab kan ada. Bila Tunku bagitahu Kak sab yang akan temankan Mel selama dia kat kelantan, rasa macam excited sangat. Mel dah kemas bilik atas tu untuk Kak Sab tidur. Dah tukar sarung batal dan cadar sekali."

Kak Sab tersenyum kecil, cawan yang berada dihadapan Armel dia capai lalau   dituangkan teh panas tadi "Yelah Excited, ni tak rindu ke kalau Tunku lama-lama kat sana."

"Tak kot." Jawab Armel ringkas. Walaupun sebenarnya hatinya agak sedikit resah ketika Tunku Danish pergi. Tapi tak apalah hanya sehari saja.

"Iyalah. Ni Mel, lain kali tak payah tukar cadar atau kemaskan bilik tamu tu untuk Kak Sab. Biar Kak Sab yang buat sendiri. Nanti Tunku tau dia marah kat Kak Sab pula."

"Tak payalah risau Kak Sab, kemas bilik je pun. Bukan susah mana. Danish tu dia bukan kisah pasal saya pun." Jawab Armel. Bukan tak biasa dia buat kerja rumah.

"Tak kisah ke? Kalau tak, tak ada Tunku suruh Kak Sab jaga Mel. Temankan Mel hari-hari. Kak Sab tengok sekarang ni lepas je kerja Tunku terus balik rumah. Dah reti balik pejabat awal pula tu. Kalau sebelum ni Tunku selalu balik lewat, tu pun untuk tidur je Kak Sab rasa. Tunku Jarang duduk rumah makan kat rumah pun ikut mood. Sekarang ni dah selalu breakfast and Dinner kat rumah. Mybe sebab dah ada Mel kot."

Armel hanya senyum tawar "Tak selalu juga Kak Sab, ada masa juga dia balik lewat sampai pukul 1 pagi."

"Lah, sekali dua dalam seminggu tu kira tak apa lah. Nama juga CEO Mel, kerjanya memang tetap lebih masa. Tapi Kak Sab rasa tu bukan selalu kan, Tunku balik lewat. Sebab Aron tu dah selalu balik Villa awal. Tu maksudnya Tunku pun dah ada kat rumahkan."

Armel angkat kedua bahunya, saja buat tak tahu.

"Kira okelah tu. Kalau dulu Aron kerja sampai tengah malam temankan Tunku dekat pejabat. Kadang, Aron balik juga. Cuma tula dia kena turun pukul 2 atau 3 pagi sebab nak jemput Tunku dekat..." Kak Sab tak menghabiskan katanya, mungkin risau akan Armel terasa hati lagi.

"Nak jemput ke kelab malam kan?" Melihat wajah Kak Sab sudah bertukar segan laju Armel menyambung. Apalah yang nak disorok, kalau Tunku Danish sudah dahulu membuka aib sendiri.

Kak Sab angguk kecil. "Kira macam tu la. Tapikan rasanya Tunku dah pergi dah tempat tu."

"Pergi juga kak. Tapi tak lah sekerap dulu." Beritahu Armel, kali terakhir Tunku Danish ke kelab malam ketika mereka berada di shanghai. Itu yang dia tahu, yang dia tak tahu pula bagaimana.  Lelaki itu bukan boleh percaya sangat.

"Macam tu ke? Tapi Akak tengok Tunku selalu dinner kat rumah kan. Sebab lauk yang akak masak sebelum balik tu sentiasa habis je."

"Yup. Kalau dia nak keluar, biasanya dia makan dulu." Ya, Armel tak nafikan setiap malam mereka akan makan malam bersama. Lagipula selepas pulang dari shanghai, Tunku Danish sudah jarang keluar malam.

"Lah, patutlah meehoon goreng akak ni tak terusik. Mel mesti tak ada selera kan, iyalah selalu makan dengan Tunku tapi hari ni Tunku tak ada pula." Sengaja Kak Sab mengusik, saja nak buat Armel tersenyum. Rasanya suasana sudah semakin suram kerana topik bicara mereka tadi.

Armel kerut dahi namun bibirnya mengukir senyuman kecil. Dia tahu Kak Sab sengaja mengusiknya. "Apalah Kak Sab ni boleh pula cakap macam tu. Tak maknanya, Tunku ada ke tak adake. Selera saya ni tak pernah mati lagi." Semenjak mengandung selera Armel semakin menjadi-jadi. Nasib tak gemuk lagi.

"Eh, Kak Sab duduk la sekali, jum kita makan. Takkan nak biar Mel makan sendiri." Melihat Kak Sab mula menganjak ke dapur laju saja Armel menghalang.

"Mel makan la dulu. Kak Sab nak pergi dapur kemas apa yang patut." Kak Sab beri alasan, yang sebenarnya dia agak segan. Selama menjadi pembantu keluarga Tunku Dehra sekali pun dia tak pernah menjamu selera dimeja yang sama dengan keluarga itu. Jadi dia tak biasa walaupun Armel sudah jelas mempelawanya.

"Tak payalah, nanti je semua tu. Nanti Mel tolong Kak Sab kemas. Sekarang ni better Kak Sab duduk sekali. Makan berdua lagi selera." Pujuk Armel. Dia bangun dari duduk lalu menarik Kak Sab memujuk wanita itu melabuhkan duduk dikerusi sebelah kanannya tadi.

Terpinga-pinga Kak Sab namun kemahuan Armel itu dia turuti juga. "Dah agak ni. Mel tak ada selera sebab Tunku tak ada kan. Iyalah selalunya Encik suami tula yang peneman waktu makan." Kak Sab masih dalam mood mengusik.

Armel garuk kepala yang tak gatal. Ingat satu usikkan dah habis, rupanya tambah lagi. "Dah la Kak, tak payahla cakap pasal dia lagi. Nanti selera saya betul-betul hilang pula."

"Amboi, dia nak merajuk pula. Iyalah, iyalah. Tak ada cakap pasal Tunku da. Kita makan dulu ye."

Armel tersenyum manis sambil itu menyendok meehoon goreng ke dalam pinggan lalu diserahkan pada Kak Sab. "Macam tula. Ni untuk Akak."

Namun, tanpa Kak Sab sedar. Senyuman Armel itu perlahan-lahan menghilang. Entah kenapa kebelangan ini, dia agak sedikit sensitif dengan usikan yang berkait Tunku Danish. Bukan menyampah, tak dia tak ada rasa menyampah. Namun setiap nama lelaki itu dipetik jantungnya akan berdekup laju, nafasnya juga akan sedikit sesak. Rasa macam tak tenteram. Takkan la dia dah jatuh cinta kot.

• • •

Tunku Danish membuntuti langkah  seorang wanita yang kemas memakai baju kurung merah dihadapannya. Aron seperti biasa, dia akan setia berada di belakang majikannya itu.

Tika ini, mereka sedang menuju ke bilik pejabat Puan Sarah. Ya kini mereka sudah berada di Kelantan.

Wanita itu berdiri tepat dihadapan sebuah bilik pejabat yang berpintu kayu. Secara langsung langkah Tunku Danish dan Aron juga terhenti.

Tunku Danish berdiri, hanya jarak semeter dari pintu tersebut. Dia dapat melihat nama Puan Sarah elok tergantung dihadapan pintu bilik itu.

Kawasan rumah anak yatim ini tak lah seteruk yang dia sangkakan. Kawasan lebih luas dan lapang tak banyak kereta yang lalu. Dua buah rumah batu yang besar dijadikan tempat tinggal para anak yatim. Dan sebuah rumah kayu yang dijadikan pejabat. Not bad, nampak teratur.

Dia jadi kagum, tak sangka orang biasa seperti Puan Sarah boleh menubuhkan yayasan ini untuk membantu anak-anak yatim yang susah. Apalagi setelah melihat suasana rumah anak yatim ini, nampak sungguh meriah. Dimana-mana ada suara riang kanak-kanak.

Sejak kecil pergaulannya terbatas, Tunku Dehra melarang dia untuk bergaul dengan budak dari keluarga yang sederhana.

Kerana itula, dia hanya berkawan dengan anak orang berada dan bertaraf tinggi. Ya itula sahabat-sahabatnya tika ini. Sejak kecil mereka sudah terlatih dengan otak bisnes. Masa belajar lebih banyak dari bermain. Selalu fokus dengan masa depan saja. Kononnya mereka adalah pewaris, penerus perniagaan keluarga masing-masing.

Jadi Tunku Danish tak pernah merasa suasana riang seperti ini.

"Silakan masuk, Tunku." Sapaan wanita tadi menyedarkan Tunku Danish dari lamunan. Laju saja kaki lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Puan Sarah.

Ketika mereka sudah berada didalam bilik pejabat tersebut, wanita tadi terus beredar. Puan Sarah menyambut kedatangan mereka dengan senyuman ramah.

"Assalammulaikum Tunku, silakan duduk." Kata Puan Sarah merujuk pada Sofa yang terletak ditengah ruang bilik pejabatnya itu.

Tunku Danish senyum, "Terima Kasih Puan." Ucapnya, sebelum dia melabuhkan duduk dan Aron pula berdiri disisi.

Setelah memastikan Tunku Danish sudah melabuhkan duduk, barulah Puan Sarah melabuhkan duduknya disofa hadapan. Sempat dia mengelir Aron yang berdiri disisi. Macam pernah nampak saja lelaki itu, tapi ingatannya samar-samar. Dimana agaknya ya? tak mungkin lah. Mustahil pula dia boleh kenal dengan pengawal peribadi kaum kerabat. Tak apalah mungkin buat masa ini, lebih baik dia meletakkan semuanya ketepi dahulu.

Lelaki yang duduk dihadapannya ini bukan calang-calang orangnya. Dia juga tahu pencapaian Tunku Danish sejauh mana hebatnya. "Macam mana dengan perjalanan Tunku ke sini?" Puan Sarah membuka tirai perbualan mereka.

"So far, ok je Puan. Tak ambil masa lama sangat." Jawab Tunku Danish. Sambil itu dia memerhati Puan Sarah. penampilan wanita itu biasa-biasa saja, tak terlalu menonjol. Hanya memakai pakaian yang sederhana, sungguh berbeza dengan Tunku Dehra. Tapi jika dilihat dari wajah pula, Puan Sarah nampak lebih muda dari mamanya.

Ya memang tak dinafikan dari luaran dia sudah jelas melihat sifat keibuan dan kelembutan yang ada pada wanita itu.

Nampaknya wanita itu taklah seteruk yang dia sangka.

"...ibu dah tak nak tengok muka I lagi. Dia siap halau I Danish. Walaupun dia tahu I tak boleh hidup tanpa dia."

Tapi kenapa Puan Sarah tidak mampu memaafkan Armel, Kenapa dia lebih memilih membiarkan Armel dihantui dengan rasa bersalah?

"Alhamdulillah, baguslah kalau macam tu." Kata Puan Sarah, syukurlah pertemuan mereka hari ni dipermudahkan.

Tok! Tok!
Tok!

Pintu pejabat itu diketuk dari luar. Seketika perbualan mereka terhenti.

"Sekejap Tunku." Puan bangun lalu membuka pintu.

Alya berdiri sambil membawa sebuah dulang yang berisi satu set teko. Seperti biasa wanita itu sentiasa dengan senyuman manisnya. "Maaf ganggu Ibu, Alya nak hantar minuman panas yang Ibu pesan."

Puan Sarah blas senyumnya itu. Membuka pintu pejabat sedikit luas untuk memberi ruang pada Alya masuk.

Alya melangkah masuk, lalu meletakkan dulang tersebut ke atas meja yang tersedia di tengah ruang. Sempat dia kelir Tunku Danish yang sedang duduk menyilang kaki sambil sibuk menghadap skrin telefon.

Amboi, segak orang dia. Suit hitam kemas mengikut bentuk tubuh, guna barang berjenama mewah. Muda lagi. Putih bersih pula tu. Ni kalau tenung lama-lama boleh jatuh cinta pandang pertama. Jodoh siapa la ni? Puji Alya namun hanya sempat diluah dalam hati sahaja.

Setelah menutup pintu semula, Puan Sarah kembali ke tempat duduknya. "Jemput minum Tunku." Pelawanya lagi setelah melihat Alya menuang kopi susu panas kedalam cawan.

Tunku Danish meletakkan telefon miliknya itu ke poket suit semula. "Tak apa Puan, kami dah minum sebelum datang sini."

Alya yang baru saja ingin memberinya cawan tersebut membatalkan niat serta merta. Dah agak da, ni definisi orang kaya sombong. Mana mahu orang kaya macam ni minum kopi susu je. Mesti kopi-kopi import. Berlagak.

Puan Sarah hanya tersenyum segaris. Dia juga akan riak wajah Alya berubah, namun dia lebih selesa berdiam. "Tunku, saya kenalkan pembantu saya Alya."

Tunku Danish hanya memberi senyuman pada Alya lalu pantas mengalihkan pandangannya semula.

Alya juga begitu, membalas senyuman yang tak seberapa ikhlas itu. Tanpa mempeduli Tunku Danish lagi, dia terus melabuhkan duduk disisi Puan Sarah.

"Pertama sekali saya nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Tunku. Sebab sudi bagi derma untuk rumah anak yatim ni. Awalnya saya terkejut juga, sebab ada orang yang bagi derma dengan jumlah yang cukup besar. Terima kasih banyak-banyak Tunku." Ucap Puan Sarah.

"Perkara kecil je Puan, actually tu semua memang rezeki budak-budak dekat sini. Saya cuma sampaikan je." Memang ini bukanlah pertama kali Tunku Danish melakukan menderma ke rumah anak yatim namun entah kenapa dia merasa satu perasaan yang agak asing. Terutama ketika dia melihat suasana sekitar rumah anak yatim ini.

Tok! Tok!
Tok!

Pintu pejabat itu diketuk lagi. Dalam diam Tunku Danish sudah mengeluh kecil. Entah siapa saja yang mengganggu diwaktu begini. Dia tiada masa untuk duduk lama didalam pejabat itu.

"Maaf, Tunku." Ucap Puan Sarah, dia memberi isyarat pada Alya untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu. Namun setelah melihatnya, bibir Alya secara langsung mengeluarkan keluhan ringan.

"Alya? Kau buat dekat..." Kata-kata itu terhenti setelah melihat wajah Puan Sarah. Apalagi setelah melihat wajah Tunku Danish, dengan pantas bibir mungil itu menarik senyum manis semula. "Maaf mengganggu Puan, saya ada beli sedikit kuih, saya dengar Puan ada tetamu sebab tu saya hidang sikit ni."

"Liza, kau buat apa ni?" Bisik Alya.

"Kau ingat, kau seorang je nak try ikan jerung seekor ni. Aku pun nak juga." Balas Liza namun perbualan mereka itu langsung tak tertangkap Tunku Danish dan Puan Sarah. Kecuali Aron, kerana lelaki itu berdiri tidak jauh dari pintu. Namun seperti biasa, Aron akan berdiam diri saja.

Alya kerut dahi, tak faham apa yang dimaksudkan wanita itu. Namun setelah melihat pandangan Liza lama tertumpu pada Tunku Danish barulah dia faham.

Pantang nampak lelaki kacak, bergaya, kaya. Terus pandang tak lepas. Gatal nak mendekat. Ah! itu la spesis perempuan macam Liza.

Puan Sarah masih tersenyum kecil. Walaupun dalam hati sudah berasa sedikit tak senang. Yang sebenarnya dia tak memberi sebarang arahan pun untuk pekerjanya masuk apatah lagi menghidang apa-apa makanan kecuali Alya. Bukan dia tidak tahu apa tujuan Liza.

"Tak, apa. Alya bagi dia masuk." Perintahnya ringkas.

Walaupun berat hati, Alya terpaksa juga membuka pintu lebih luas untuk Liza.

Pantas Liza melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat tersebut. Lalu dengan ayu meletakkan dulang yang dibawanya itu ke atas meja. Setelah itu dia mengasihkan sebuah kuih ke dalam pinggan yang bersaiz lebih kecil.

"Jemput makan, Tunku." Dengan penuh tertib Liza memberikan pinggan tersebut pada Tunku Danish.

Tunku Danish hanya memandang piring yang berisi kuih itu dengan wajah yang tanpa riak. Lalu mengalih pandangan pada Liza yang sudah sedia tersenyum manis padanya, Keluhan kecil dia lepaskan. "No, just thanks." Ucapnya ringkas.

Dia mengelir sedikit pada Aron, memberi isyarat agar pengawal peribadinya itu bertindak untuk menjauhkan wanita itu darinya. 

Boleh pula dua pekerja wanita itu buat perangai depan bos. Ni kalau stafnya sendiri sudah sah diberhentikan terus.

Aron dengan pantas mengijut perintah. Lelaki itu mengambil pinggan ditangan wanita itu lalu dia menjauhkan wanita itu dari Tunku Danish. "Sorry, miss."

Puan Sarah yang sedar akan situasi saat ini mengeluh berat. Rasa malu dek perangai dua pekerjanya itu.

"Puan, saya ada perkara penting yang nak bincang dengan Puan, kalau boleh saya tak nak ada orang lain dalam pejabat ni." Tegas Tunku Danish.

Puan Sarah terkaku seketika sebelum dia memandang Alya dan Liza yang sudah terpinga-pinga memandang mereka. "Baiklah, Tunku. Liza kat luar ada banyak kerja lagi kan. Pergilah buat kerja kamu." Walaupun hati sudah merasa tak senang dengan Liza tapi Puan Sarah masih berkata dengan nada yang sopan.

"Alya pula, pergi tengokkan budak-budak ya. Nanti ada apa-apa saya panggil awak." Pintahnya pada Alya pula.

Alya menggangguk dengan senyuman, tapi Liza sudah menunjukkan wajah yang tak senang.

"Kami keluar dulu Puan, Tunku." Pamit Alya. Sempat juga dia menyapa Tunku Danish untuk kali terakhir tapi seperti yang dia jangkakan, lelaki itu tak akan membalas sapaan. Pandang dia pun tidak.

Liza pula awalnya tak berganjak dari tempatnya berdiri namun Alya sengaja menolak wanita itu keluar membiat Liza tak ada pilihan selain menurut. 

Dan Aron menjadi orang terakhir meninggal ruangan pejabat itu. 

"Saya minta maaf kalau perkara tadi mengganggu Tunku." Mohon Puan Sarah setelah sudah pasti hanya mereka berdua saja yang ada dalam pejabatnya.

Tunku Danish mengeluh kecil, melonggarkan sedikit tali lehernya sebelum dia membetulkan duduk. "Puan, saya sebenarnya datang bukan sebab nak bincang soal derma tu. Lagipun soal derma tu, saya yakin P.A saya boleh urus apa yang patut. Tujuan saya datang ni nak bincang hal peribadi dengan Puan." Jujur Tunku Danish, tidak perlu berselindung lagi. Dia terus menyatakan tujuan sebenarnya.

Puan Sarah kerut dahi. "Urusan.. peribadi? Maksud Tunku?" Pelik, apalah agaknya hal peribadi Tunku Danish yang terkait dengannya. Mereka berkenal pun tidak.

"Puan Ibu angkat Armel Zuleykha?"

Mendengar nama Armel disebut lelaki itu, membuat Puan Sarah pekun. Hati  mula tak tenang. Bagaimana Tunku Danish kenal Armel. Tak mungkin hal peribadi yang dimaksudkan Tunku Danish itu terkait dengan Armel. 

"Saya Suami Armel, Puan." Tak perlu menunggu Puan Sarah membuka mulut, dari riak wajah wanita itu sudah jelas apa jawapannya.

• • •


Armel mendengus ringan, untuk kali kedua panggilan itu tak berjawab. "Mana la Farah ni. Susah sangat jawab call." Rungutnya sendiri.

Sekali lagi nombor yang tertera di skrin telefon itu dia dail. Namun kali ini tidak menunggu lama lagi, panggilan terus berjawab.

"Hello." Suara Farah jelas kedengaran di corong telefon.

"Assalamualaikum, Farah. Ni kau kan?"

"Ye, boleh saya tahu. Siapa ya?" Farah bertanya dengan nada yang kehairanan.

Armel mengeluh ringan. Dah kawan lama pun amsih lagi tak ingat suara. "Ni aku la, Armel."

"Ya allah Mel, wei kau pergi mana Ah? Aku call kau banyak kali nombor kau lama dah tak dapat. Risau aku. Puan Sri kata kau ambil cuti panjang. Sampai hati kau, tak bagitahu aku pun."

"La bebs, sorry la. Aku memang nak jumpa kau tapi tula, aku ada masalah sikit." Sampai saat ini, Armel tak ada keberanian lagi untuk berterus terang pada Farah.

"Tengok, kau ni selalu macam ni tau. Ada masalah tak nak kongsi. Mana tahu aku boleh tolong kau. Sekarang kau ok tak? Kau kat mana ni?"

"Tak paya risau la. Aku ok la, aku kat kampung ni." Tipu lagi. Kalau cerita perkara sebenar, entah apalah riaksi si Farah ni.

"Ni nombor siapa pula?"

"Nombor aku la. Kalau ada apa-apa kau call je nombor ni. Ni lagi satu aku nak tanya, kau ada jumpa Zafrina tak?"

"Zafrina? Tak ada pula. Aku betul-betul suspen la. Apa lagi perempuan tu buat kat kau. Dah berapa bulan kau cari dia. Aku tanya sebab apa kau tak nak bagitahu."

Armel garuk kepala yang tak gatal. Bising betul mulut Farah ni. "Tak ada la. Hal biasa-biasanya je pun. Eh kau sihat tak?" Tiba-tiba rasa pula dengan Farah, yalah sejak bekerja di Kuala Lumpur Farah satu-satunya, sahabat dan keluarga yang dia ada.

"Aku ok, kau tu. Jaga diri elok-elok. Kalau nak hilang lagi bagi tahu aku dulu. Buat risau je."

Armel tawa kecil. "Iyalah, sorry. Aku tak ada niat pun nak ketepikan kau bebs. Aku nak settlekan masalah aku dulu."

"Mel, kejap." Kak Sab yang baru saja muncul dari ruang dapur itu, memanggil dia untuk mendekat. 

"Farah, aku kena pergi ni. Kau takecare tau. Kalau rindu aku call je number ni." Panggilan terus ditamatkan. Lalu Armel terus meninggalkan ruang balkoni untuk menuju ke ruang tamu.

Di mana Kak Sab sedang berdiri sambil membawa secawan gelas kaca yang berisi minuman.

"Kenapa Kak Sab?" Soalnya setelah mendekat.

Kak Sab memberi gelas tersebut. "Air rebusan tumbuhan herba, bagus untuk ibu mengandung. Kak Sab dah rendam untuk Mel. Minum ya."

Membulat mata Armel mendengar. Tumbuhan herba? Dia memang tak suka dengan ubatan-ubatan inikan lagi herba tradisional seperti ini.

"Tak payalah. Mel ni muda lagi, sihat lagi. Tak perlu pun herba-herba ni kak." Armel sengih.

"Sebab Mel muda la kena minum herba ni. Dia bukan je buat Mel senang bersalin, sekali jaga dalaman. Lepas bersalin nanti tak lah hilang kecantikan kamu."

Armel tertawa kecil. "Lah sebab tu je ke. Kalau sebab tu je Mel tak kisah pun." Ya betul dia tak kisah. Rupa paras bukan segalanya kan. Kalau muka saja elok perangai serupa iblis tak guna juga. Biarlah kita menjaga Akhlak dahulu.

"Eh, budak ni. Boleh pula kamu cakap macam tu. Kita perempuan kena jaga muka ni elok-elok. Biar suami makin dekat, makin sayang. Nanti Tunku tu tinggalkan kamu pergi ke perempuan lain. Nak ke macam tu."

Senyuman di bibir Armel perlahan-lahan menghilang. Tapi bukan kerana kata-kata Kak Sab itu menyinggungnya. Namun membuat dia sedar satu perkara. "Kalau saya cantik sekali pun Kak Sab Tunku tetap tinggalkan saya juga."

Kak Sab pekun sekejap sebelum tangan naik memukul mulutnya sendiri. Macam mana pula dia boleh terlepas kata. Dia juga tahu apa penghujung hubungan Armel dan Tunku Danish. Tapi bagaimana dia boleh berkata seperti itu.

Melihat wajah Armel yang bertukar suram, Kak Sab jadi rasa bersalah. "Kak Sab minta maaf Mel. Kak Sab tak ada niat nak buat kamu tersinggung atau.."

Armel senyum tawar, sebelum kepala digeleng perlahan. "Tak adalah. Mel ok la. Kak Sab tak paya risau Mel ok."

Gelas kaca yang berada ditangan Kak Sab itu Armel capai. "Mesti pahitkan rasa herba ni. Mel tak suka herba tapi sebab kak Sab yang buat Mel minum la."

Sebelum gelas itu dibawa ke mulut, Armel sempat mencium aroma air tersebut. Berkerut dahi menahan bau tumbuhan herba yang sudah dicampur. Macam manalah benda ni boleh jadi ubat. Bau pun tak sedap apa lagi rasa dia. "Eh, bau dia. Tak sedap langsung."

Kak Sab tawa kecil. Ingatkan betullah budak ni nak minum. "Kalau sedap bau dia, tak jadi ubat Cik Armel. Dah jadi bahan minyak wangi. Tak paya hidu minum terus je." Pujuknya lagi.

Dengan riak wajah yang tak rela Armel terpaksa juga membawa gelas itu ke mulut. Namun hanya seteguk. Tekaknya sudah rasa loya, laju saja kaki Armel melangkah ke singki dapur, mengeluarkan sisa minuman tadi.

"Pahit nya, Kak Sab." Macam mana la tekaknya boleh menerima jika sekali teguk saja rasa pahit itu sudah jelas terasa. Ah! Dia tak boleh paksa diri.

"Kamu oke tak? Tak apalah, jangan minum kalau Mel tak boleh." Risau Kak Sab. Tak sangka pula boleh jadi seperti ini.

Armel mencapai tisu yang tersedia didapur lalu mengelap sisa air di mulutnya. "Tak apa. Kak Sab cuba la letak kat dalam peti sejuk. Mybe lepas sejuk rasa dia lebih elok sikit. Nanti Mel minum la." Takkan nak buang pulakan. Barang baik kena la simpan. Lagipun Armel segan jugala, Kak Sab sudah bersusah payah merendam tumbuhan herba itu untuknya.

"Iyalah kalau macam tu. Eh ni, Kak Sab baru teringat. Aron call pagi tadi. Dia bagitahu diorang dah sampai Kelantan pukul 10, dia ada bagitahu juga yang diorang balik esok, Hanika dah tempah tiket flight awal pagi untuk diorang." Beritahu Kak Sab.

Armel melabuhkan duduk diatas kerusi meja makan. "Awal pagi? Kerja Tunku dah habis ke, Takkan sehari je? Sebab dia beritahu Mel, mybe lama sikit dia kat kelantan."

"Yelah kot dah habis la tu. Eh, Mel tahu kan Esok birthday Tunku?"

Armel kerut dahi lalu dia menggeleng kepala perlahan. Dia langsung tak tahu. Lagipun dia dan Tunku Danish tak la kenal sedalam itu. Mereka bermula dari benci membenci. Hubungan mereka baru saja difasa pengenalan. 

"Esok birthday Tunku, mybe sebab tu Tunku siapkan kerja cepat sebab nak baik awal KL."

"Tunku selalu celebrate dengan family dia ke Kak?" Soal Armel. Yalah, mybe hubungan Tunku Danish agak regang dengan papanya tapi tidak pada Mamanya. Mungkin saja ada majlis yang diadakan setiap tahun. 

"Oh tak, biasanya Tunku tak celebrate langsung. Macam hari biasa la. Dia banyak habiskan masa dekat pejabat dan mybe dengan kawan-kawan dia juga. Tapi tu pun tak setiap tahun." Cerita Kak Sab.

"Habis tu, mama dia? Tak sambut juga ke?" Soal Armel, takkan tak ada langsung majlis untuk Tunku Danish.

"Tak juga, sebab Tunku lama duduk liar negara. Dari kecil belajar kat luar. So mybe Tunku Dehra pun dah biasa tak buat apa-apa. Tapi tu sebelum ni kan. Sekarang ada Mel, manalah tahu ada perubahan, Mybe Tunku nak celebrate dengan Mel pula." Usik Kak Sab. Sejak kebelakangan ini, dia perasan dengan perubahan hubungan Tunku Danish dan Armel.

Dulu, dia yang mengatur setiap makan minum pakaian Tunku Danish tapi sekarang tugas itu sudah diambil alih Armel. Ya saat ini wanita itu yang mengatur hal peribadi Tunku. Sikap Tunku Danish juga nampak sedikit mesra jika bersama Armel.

"Ada saya, tapi ada Cik Fina juga kan. Takkan la Cik Fina tak ada rancangan untuk birthday Tunku." Tempelak Armel. Ya hidup kena berpijak ke dunia yang nyata. Dia bukan siapa-siapa jika dibandangkan Fina.

Speechless, Kak Sab mati kata. Dia terlupa yang Tunku sudah bertunang.

"Tak apalah, Mel sediakan je Hadiah untuk Tunku. Takkan tak ada kan." 

Armel lepas keluhan. "Nantilah saya fikirkan. Tapi mybe tak ada kot. Sebab takut dia reject pula nanti. Boss akak tu boleh tahan cerewet juga."

Kak Sab hanya angguk setuju. Nak dinafikan itulah hakikatnya. Walaupun sudah lama berkhidmat untuk lelaki itu, dia masih kurang faham dengan cita rasa Tunku Danish. Yang dia tahu lelaki itu memang suka akan barang mewah tapi jenis dan rupa bentuk itu yang dia kurang tahu.

• • •


"Kalau niat Tunku nak beri sumbangan sebab semua ni, saya harap Tunku lupakan je. Saya tak boleh terima." Kata Puan Sarah. Kini mereka sudah berada dirumah kediamannya. Mungkin lebih baik hal peribadi itu dibincangkan dirumahnya saja. Tak ada telinga yang mencuri dengar nanti macam-macam cerita lagi yang tersebar.

Semenjak peristiwa dimana Hajjah Aisha menyerang mereka, banyak cerita yang tersebar dilampung. Ada yang langsung tidak betul tapi tersebar luas juga malah ramai penduduk kampung yang percaya akan berita tersebut.

Tapi dia sengaja memekakkan telinga, membutakan mata. Semakin dilayan semakin sakit hati dia nanti. Biarlah hanya Allah yang tahu kebenarannya."


"Tak ada yang perlu kita bincang Tunku,"

"Ada banyak hal yang saya rasa kita patut bincang Puan, terumata soal apa yang jadi antara saya dan Armel. Saya yakin, Puan dah tahu semua. Mesti Armel dah cerita pada Puan."

"Ya, saya dah tahu semua. Tapi sayangnya saya tak terbuka hati lagi untuk berbincang hal ini. Lagipun tak ada perkara yang tergantung." Gumam Puan Sarah. Hatinya masih kecewa lagi.

Tunku Danish diam sejenak. Lagaknya urusannya pagi ini nampak tak semudah yang dia fikirkan. "Puan yakin, tiada apa yang patut kita bincangkan lagi?"

Diam. Puan Sarah tak mengiyakan  menidak juga jauh sekali.

"Kali terakhir Armel datang, Puan halau dia. Saya tak rasa Puan patut buat semua tu sebab Armel dah cerita pada Puan. Jelas yang dia tak salah." Sambung Tunku Danish lagi.

"Itu cara saya bagi dia pengajaran. Biar dia tahu ada perkara yang dia boleh rahsiakan ada perkara yang tak patut sama sekali." 

"Walaupun Puan sendiri tahu yang dia terpaksa, Puan pun tahu yang dia sendiri terseksa?"

Mata Puan Sarah mula berkaca. Entah kenapa rindunya pada Armel semakin tebal. "Saya tak buang dia. Saya cuma nak dia belajar dari apa yang jadi. Tak patut dia rahsiakan semua benda ni dari saya. Saya yang jaga dia, kenapa saya yang diketepikan."

"Easy, sebab dia tak nak Puan kecewa. Saya rasa siapa je dalam situasi Armel akan buat perkara sama." Tempelak Tunku Danish. Ya jika dia faham akan situasi Armel kenapa Puan Sara tidak.

"Saya lagi kecewa sebab dapat tahu perkara sebenar dari mulut orang lain. Apa yang saya buat tu adalah untuk mengajar dia. Perkara takkan jadi rumit kalau dia bagitahu saya dari dulu."

Tunku Danish melepaskan keluhan. "Mungkin Armel dah ceritakan apa yang jadi antara kami pada Puan tapi saya yakin Armel tak pernah beritahu Puan perkara yang akan jadi selepas dia melahirkan nanti."

Puan Sarah kerut dahi, hatinya mula tak sedap. Apatah lagi melihat wajah beku Tunku Danish. "Maksud Tunku?"

"Lepas Armel bersalin dan berpantang. Kami akan berpisah. Saya ada Tunang dan mungkin saya akan kawin dalam masa terdekat selepas kami bercerai." Jujur Tunku Danish, ada baiknya juga jika Puan Sarah tahu perkara sebenarnya.

Terkaku seketika Puan Sarah, dia bagai tak percaya setiap bait yang keluar dari mulut Tunku Danish tadi. Jika benar lelaki itu sudah mempunyai tunang lalu untuk apa dia dan Armel berkahwin. Takkan hanya kerana anak.

"Kami dah buat perjanjian dan masing-masing setuju." Tambah Tunku Danish lagi.

"Kenapa saya rasa kamu berdua seperti mempermainkan agama. Kahwin atas dasar apa begitu? Kamu berkahwin utnuk cerai? Saya betul-betul tak faham kenapa anak muda yang bijak pandai seperti Tunku boleh terfikir untuk buat semua ni."

"Saya rasa itu lebih bagus daripada saya biarkan Armel gugurkan kandungan. Saya cuma nak kembalikan hidup Armel. Itu je, sebab tu saya rasa Puan tak patut buat semua ni. Menghukum dia hanya akan menabahkan lagi derita Armel. Puan jangan risau, saya sendiri janji yang semuanya akan pulih macam dulu. Terutamanya kehidupan Armel."

𝙏𝙤 𝘽𝙚 𝘾𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙪𝙚𝙙

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 90.8K 54
โš ๏ธSTRICTLY UNEDITED โš ๏ธCringe (i wrote this when i was a delulu teenager) โš ๏ธMature Content "Sayang anak-anak mama !" -Adaya Imani "Kalau sayang anak...
298K 11K 75
"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta...
301K 15.6K 71
Fate Destiny. Takdir yang tercipta. Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia b...
3.2M 287K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...