CDTM 2

By Qaynyy

40.5K 3.7K 1K

Seronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan... More

INTRODUCE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 11

892 88 28
By Qaynyy

Jet dalam mode self-drive. Syafiq menaikkan ibu jari tanda keadaan dalam terkawal. Azka, Leo, Ayyan, Ad dan Shah sudah lengkap dengan suit payung terjun.

" Atmosfera sekarang ni dalam keadaan terkawal, angin memang menghala kearah utara. " Jerit Syafiq.

Pintu belakang jet sudah dibuka. Berderu-deru angin masuk.

Ayyan menjelirkan lidah kearah Ad yang mula menelan air liur.

" Kau takut ke? " Ayyan menyengih.

" Diamlah kau! " Marah Ad. Dia kurang mahir dalam terbang-terbang ni. Walaupun sudah memegang tittle mafia, bab-bab menggunakan payung terjun sungguh dia lemah.

" Ready? " Soal Azka.

" Ready!! " Jerit mereka kecuali Ad.

Mereka mula beratur. Azka mendahului mereka.

" Dalam kiraan 3 korang boleh blah tau! " Jerit Syafiq.

Azka sudah bersiap sedia dengan tangan didada. Mengimbangi diri adalah satu teknik bila mana kita mahu memulakan terjunan.

Leo dan Shah sudah pun bersiap sedia. Ayyan sempat menyedut pord flavour grape dan menghembus ke muka Ad.

" 1.." Syafiq mengerling kearah radar Jet.

" 2.." Ad menjeling tajam pada Ayyan yang menghampiri Leo dan Shah.

" 3 ! "

Azka menutup mata dan mula terjun kebawah. Diikuti Leo, Shah dan Ayyan.

" Ya Allah, kau selamatkan aku Ya Allah. Kau panjangkanlah umur aku Ya Allah. Aku masih lagi banyak dosa Ya Allah.. " Syafiq menjulingkan mata keatas.

Ad masih lagi menadah tangan. Kaki dan lututnya menggigil.

" Weh Ad! Diorang semua dah turun. "

" Fiq..boleh tak kau parking bawah? " Syafiq menghampiri Ad.

" Kawasan mana kau nak suruh aku parking? " Ad membawa Syafiq kehadapan sedikit.

" Kawasan tu..." Ad menuding jari kearah bawah. Gelap!

Kawasan mana yang dia tunjuk? Syafiq merenung muka pucat Ad.

" Yelah..kejap. " Syafiq acah-acah melangkah pergi.

Baru sahaja Ad ingin menarik nafas lega, terasa seperti belakangnya ditolak. Dia yang berhampiran dengan pintu serasa tubuhnya sudah pun melayang.

" Bye Ad!!! " Jerit Syafiq.

Ad tersedar yang sekarang ni dia sudah pun berada diawangan. Sekelip mata sahaja dia sudah terjun.

" Babi kau Syafiq!!! Aku doakan kau biar bontot hitam macam bontot Ayyan!!! " Jerit Ad.

Syafiq sudah terkekek kekek ketawa. Kesian budak muda itu mudah tertipu.

Ad meneguk air liur. Tangannya sudah bersiap sedia dengan tali pembuka. Dia cuba menenangkan diri dan cuba mengawal rasa debarnya.

" Open it!! "  OY mereka sudah bergema dengan suara Syafiq.

Mereka berlima serentak menarik tali pembuka dan mengawal payung terjun masing-masing.

Teknologi yang diciptakan oleh Luna sangat canggih sehinggakan bila mana mereka berada dalam misi penting diawangan mampu berfungsi dengan baik.

Setibanya mereka ditanah lapang, mereka semua meniarapkan diri untuk masuk kelaluan hutan dibahagian Utara.

" Kami selamat mendarat! " Nuna memberi maklum balas.

" Fahmi, masuk! " Arah Azka.

" Ehem!  Arah utara boleh gerak tapi ready dalam 500 meter ada 5 orang yang jaga bahagian sempadan. "  Tenang Fahmi memberitahu rakan-rakannya.

Azka menaikkan dua jarinya memberi isyarat menyuruh mereka semua bergerak.

" Barat pulak we are have 10 people arrange kawasan barat. 5 kat laut dan 5 kat darat. "  Kitten memberi arahan pada Nuna dan Dani. 2 ke laut dan dua ke darat.

Azka dan Leo sama-sama menyelinap masuk. Ad sudah siap bersedia dengan McMillan untuk digunakan sebentar sahaja lagi.

" Ayyan..tarik perhatian diorang. " Arah Leo.

" Gila kau! " Bentak Ayyan.

" Asal pulak kau ni? " Shah sudah mengerutkan kening. Apalah budak tua ni punya ragam kali ni?

" Nampak sangat ke aku ni kurang attention sampai aku kena tarik perhatian diorang? " Ayyan mencebik.

" Lah bodoh! Kau ni..buat jelah. " Desak Leo.

" Tak mau! " Ayyan menarik muncung.

" Pergilah bodoh! " Arah Leo lagi.

" Tak mau! "

" Sebelum aku patahkan tengkuk kau, baik kau pergi sekarang Ayyan! " Suara garau menyahut dari hadapan.

Ayyan mula menjulingkan mata. Kalau Tuan Muda bersuara beranilah kata tak mau! Mau dia belasah aku kat sini sampai meninggal.

Ad sudah mengambil tempat berhampiran dengan bangunan itu. Dari atas pokok jelas kelihatan orang-orang dibawah.

Memandangkan tubuhnya tidaklah terlalu besar, dia meniarap diatas dahan pokok yang boleh dikatakan besar.

Ayyan menyorokkan segala senjatanya. Dia melangkah lembut mendekati 3 orang lelaki yang menjaga dibahagian sempadan menuju ke bangunan disitu.

" Swasdi thuk khn..(hai semua..) "  Sapa Ayyan lembut. Sengaja dilentokkan punggungnya.

" Khun khux khir?!(siapa awak?) "  Lelaki Thailand yang berbadan besar itu menjerkah Ayyan.

" Khun miru cak chan?  (awak tak kenal saya?)" Ayyan meletakkan tangan ke dahi.

" Chan miru cak khun cring! (saya betul-betul tak kenal awak) " Jawab lelaki itu sambil mengerutkan keningnya.

Datang seorang lelaki yang lengannya penuh dengan tattoo menghampiri Ayyan. Lantas punggung Ayyan dipukul.

" Uii ni khix sing thi rea txngkar. ( ini yang kita mahukan.) " Lelaki itu menyengih memandang Ayyan dari atas sampai bawah.

Ayyan sudah membuntangkan mata apabila tangan lelaki itu merayap dibahagian hadapan.

" Ngo! Chan pen khn trng! (Bodoh! Aku luruslah! ) " Marah Ayyan. Geli geleman dia rasa.

" Khun pen khn kohk! (kau penipu!) " Lelaki badan besar itu sudah mula menjerkah.

" Ngo cring! ( betullah tu bodoh! )" Balas Ayyan sambil menyengih.

Lelaki itu sudah melayangkan tumbukan. Namun Ayyan mencengkam tangan itu lalu dipusingkan.

Krak!

" Arghhh!! Chan tha khaen khxng chan hak wei! (patah tangan aku weh! ) " Lelaki itu menggelupur dihadapan Ayyan.

" Padan muka kau siam! " Ayyan menendang muka lelaki itu.

" Uii phunthi khxng rea thuk comti!! ( Woi tempat kita diserang!! ) " Jerit lelaki lagi satu.

Zup! Zup! Zup!

Ad melepaskan tembakan dikepala lelaki itu. Datang berpuluh orang kekawasan Ayyan. Ayyan sudah tersengih melihat orang-orang itu datang menghampirinya.

" It's show time baby!! "  Ayyan ketawa.

Azka, Leo dan Shah keluar dari semak dan berlari mendapatkan orang-orang yang mula keluar dari bangunan.

" Kitten! Masuk! Semua dah keluar dari situ! " Ujar Shah.

Azka melayangkan penumbuknya ke muka orang-orang siam.

Leo mengayunkan pisau rambonya kearah musuh. Shah menendang kesemua yang cuba menyerangnya.

Ayyan ketawa sambil melepaskan boomerang. Kepala-kepala musuhnya tadi ditendang-tendang.

Kitten dan Mimo menyelinap masuk. Dani dan Nuna masih menjaga dibahagian luar bangunan.

" Erghh hah! " Azka menyepak dagu lelaki-lelaki.

Telinganya menangkap suara Lut menangis. Dia meliarkan mata kearah suara Lut.

Hutan!

Azka berlari kearah hutan dan meredah segala semak samun disitu.

Kitten menendang pintu. Jelas wajah Lutfi dan Puan Has sedang terbaring lemah. Wajah Lutfi kemerahan. Mungkin kerana terlalu banyak menangis.

Baru sahaja dia berlari ingin mendapatkan Lutfi, bahagian kanannya ditendang sehinggakan dia terdorong ketepi.

Lelaki bertubuh besar dan berwajah bengis merenungnya tajam.

Kitten berlawan dengan lelaki itu. Kaki Kitten dapat ditendang dan sekali lagi Kitten terjelepok ditepi dinding.

Mimo diserang dibahagian hadapan. Dua lelaki penuh dengan tattoo mematikan langkah Mimo.

Terteleng kepala Mimo bila mana lutut lelaki itu menerjah bahagian pipinya.

Pwd khi!  (sakitlah sial! ) " Mimo melemparkan pisau kearah kepala lelaki itu.

Kitten menghabiskan seluruh tenaganya untuk menjatuhkan lelaki yang menyerangnya.  Muka lelaki itu nampak keletihan. Kitten tidak melepaskan peluang lalu berlari dan menghentak kepala lelaki itu dengan tangannya. Ala-ala Ong bak!

" Aku dah jumpa Lutfi dengan auntie.. " Kitten memikul auntie dan Mimo mendukung Lutfi.

" Aku cari Lut! "  Suara Azka menerjah diruangan OY.

Azka mendekati baby seat yang berada ditengah-tengah hutan. Lut yang diam tidak berkutik dipandang.

Baru sahaja dia ingin mengangkat Lut, kepalanya dipukul dari belakang.

" Well.. Tuan Muda! " Farid tersenyum sinis sambil tangannya menghayunkan kayu.

Azka memejamkan mata menahan sakit dikepala.

" Kau tahu tak kenapa keluarga kau selalu sangat jadi ancaman? " Farid menyepak muka Azka.

" Sebab kau dengan keluarga kau berlagak! Suka jatuhkan orang! " Farid menghentak berkali-kali muka Azka.

Dia menghamburkan ketawa. Darah mencurah-curah keluar dari bahagian kepala Azka.

" Tak apa, kali ni aku ambik satu nyawa dulu. Kau kuatkan? Kau cuba selamatkan anak kau dari kena lenyek! HAHAHAHAHAHA! Cubalah! " Farid menepuk tangan memberi isyarat.

Bunyi deruman enjin dan geseran tayar. Azka gagahkan juga dirinya untuk bangun menyelamatkan Lut.

" Leo! Tolong.. "

Mata tajamnya merenung kearah kereta Hilux yang berjalan laju menuju kearah Lut.

" Jangan! Jangan! " Jerkah Azka. Kereta itu tetap juga meluncur laju kearah Lut.

Dengan tenaga yang ada dia berlari namun dimana silapnya dia tersungkur lalu kepalanya terhentak pada seketul batu besar disitu.

Dum!!

Depan matanya sendiri anaknya dilanggar sehingga tercampak! Dia tidak mampu berdiri, kepalanya berpusing dan matanya berbalam.

Farid datang menghampiri Azka yang sudah dalam keadaan lemah!

" Hahahaha! Sedap tengok anak kau kena langgar? Aku rasa anak kau dah mati. Tak apalah..kau rehatlah. Biar semua anjing-anjing kau uruskan mayat anak kau. " Farid memukul kepala Azka dengan kayu.

Akibat hentakkan pada batu dan pukulan Farid, Azka mula tidak sedarkan diri.

Leo berlari laju mencari Azka dibahagian hutan. Diikuti oleh Ayyan dan Shah.

Tergamam mereka apabila mata tertancap pada sekujur tubuh yang kaku penuh dengan darah.

Azka!

Shah dan Ayyan mengacukan pistol dan meliarkan mata memandang seluruh tempat. Namun Ayyan perasan susuk tubuh kecil tertiarap dicelah batu besar dan sama juga kaku.

Kaki Ayyan melangkah laju berlari mendapatkan tubuh kecil itu.

" Allah.. " Menggigil tangannya melihat keadaan tubuh kecil yang sudah tidak bernyawa.

Terucap kata apa pun melihat darah pekat mengalir keluar dari tubuh kecil itu. Silih berganti dia memandang Azka dan Lut.

Continue Reading

You'll Also Like

55.3K 5.6K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
385K 13.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
62.4K 3.7K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
96.2K 4.1K 57
[COMPLETE] โ—๏ธSiapa tak nak sakit, tidak disarankan untuk baca. Tengku Nathan Lufian x Layla Sofea "Cantik kan waktu senja" - Layla Sofea. "I love th...