𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 3: π‘ͺ𝑨𝑺𝑺𝑨𝑩�...

Autorstwa AASTICH

95.4K 4.2K 338

[SEQUEL MY DAD OBSESSION] Seorang perempuan bernama CASSABLANCA yang mengalami kecacatan mental iaitu berkela... WiΔ™cej

BAB 1 JANTUNG
BAB 2 GABBY
BAB 3 ORGAN
BAB 4 HIDUP
BAB 5 NGERI
BAB 6 BENCI
BAB 7 AISKRIM
BAB 8 AJAIB
BAB 9 RENTAS MASA
BAB 10 SEMBUNYI
BAB 11 PELIK
BAB 12 JUMPA
BAB 13 I GOT YOU
BAB 14 DADY
BAB 15 BUNUH
BAB 16 CULIK
BAB 17 DENDAM
TEASER
BAB 18 EKSPERIMEN GILA
BAB 19 DOKTOR PSIKO
BAB 20 BERAKHIR
BAB 22 I MEET YOU
BAB 23 KISS
BAB 24 BABY
BAB 25 KHIANAT
BAB 26 BABY OR MONSTER
BAB 27 TANGKAP
BAB 28 ROGOLπŸ”ž
BAB 29 CINTA
BAB 30 DILEMA
BAB 31 SERIUS
BAB 32 BAHAGIA?
BAB 33 WARNING🚫
NEW STORY
BAB 34 MATI
BAB 35 KAHWIN
BAB 36 LARI
BAB 37 MASA DEPAN
BAB 38 PASRAH
BAB 39 TAKDIR?
BAB 40 POSSESIVE
BAB 41 GORE πŸ”ž
BAB 42 CHILDHOOD
BAB 43 AKHIRNYA
BAB 44 TAMAT?
NOTA PENULIS

BAB 21 CASSABLANCA

1.6K 86 18
Autorstwa AASTICH

Selepas 5 tahun kemudian...

Aku terdengar bunyi jam loceng yang bergetar kuat di sebelah aku. Aku segera membuka mataku perlahan dan menguap sepenuhnya. Aku segera bangun dari kedudukan baring dan merenggangkan badanku. Sejurus itu aku segera menuju ke bilik air untuk mandi.

Selepas beberapa minit, aku turun ke bawah dan terlihat nenek Bell sedang menyediakan sarapan untukku.

"Wah nampak macam sedap je spagetthi ni nek, awal pagi dah buat makanan special untuk Cass." Ujar Cassablanca.

"Mestilah, inikan favourite Cass. Mestilah nenek akan masak benda ni untuk Cass. Adik kamu mana? Belum bangun lagi ke?" Ujar Nenek Bell.

"Ehh? Cass ingat Louis dah bangun? Takkan dia masih tidur lagi?" Soal Cass

"Kamu pergilah naik panggilkan budak bertuah tu sekarang. Tak lama lagi nak pukul 12. Tak pasal-pasal datang lewat kat sekolah nanti." Ujar nenek Bell.

Aku segera mengeluh perlahan dan melangkah ke tingkat atas untuk mengejutkan adikku. Tiba-tiba aku terdengar lagu tiktok. Aku sudah jangka apa yang sedang dilakukan oleh adik aku sekarang dan aku segera menerjah masuk biliknya.

"Woi!! Ni kerja kau rupanya! Pergi mandi cepat lepastu sarapan! Tak habis-habis dengan tiktok. Jangan sampai dengan telefon tu sekali aku pergi sumbat dekat mulut kau tu!" Marah Cassablanca pada adiknya itu.

"Biarlah orang nak main tiktok. Kakak tu penyibuk je! Bluerkk." Louis segera menjelirkan lidah pada kakaknya dan segera melangkah masuk ke dalam bilik air.

"Kurang ajarnya..." Cass mencebik perlahan kerana geram dengan sikap adiknya itu.

══════════════════════════════

Cass memberhentikan keretanya di hadapan sekolah adiknya.

"Dekat sekolah nanti belajar elok-elok. Jangan nak main-main pula. Kalau kakak dapat tahu kau buat hal siap kau nanti!" Ujar Cass sambil memberi amaran kepada adiknya.

"Tak dengar. Tak dengar. Bye!!" Louis segera melangkah keluar dari kereta kakaknya dan menuju ke arah pagar sekolah.

"Kau bernasib baik sebab mood aku harini baik. Kalau tak tadi dah lama badan kau terpelanting dekat tengah jalan raya sana." Kata Cass sambil mengurutkan dadanya untuk menenangkan hatinya. Adiknya tak pernah tak buat kakaknya naik darah. Last-last nanti darah tinggi baru tahu.

Cass segera meluncur keretanya ke arah tempat kerjanya.

══════════════════════════════

"Daripada hasil kajian saya, saya mendapati bahawa vaksin ini mampu mengurangkan penularan sesuatu virus di dalam badan kita. Ia juga mampu bertindak sebagai antibodi kita. Mungkin pada awal suntikan badan kita akan memberikan kesan seperti demam, muntah dan lesu atau sebagainya. Ini adalah disebabkan vaksin itu sedang bertindak balas dalam tubuh kita dan kita tidak perlu risau kerana kesan sampingan itu tidak memberikan tempoh masa yang panjang. Jadi saya amat pasti bahawa vaksin ini sedikit sebanyak membantu untuk mempertahankan sistem pertahanan dalam tubuh badan kita."

Cassablanca memberikan pembentangan kepada semua professor mahupun doktor di hadapannya. Cassablanca juga berjaya mencipta sesuatu vaksin untuk mengelakkan penularan jangkitan virus yang semakin berleluasa di dunia ini. Dia juga berusaha untuk membantu orang yang terkesan pada penularan virus sejak kebelakangan ini.

"Wau, pembentangan yang sangat bagus Dr. Cassablanca. Kami juga amat bersetuju dengan hasil ciptaan anda dan berharap ia boleh membawa kebaikan kepada kita semua. Syabas doktor." Semua orang memberikan tepukan gemuruh pada Cassablanca. Cassablanca amat bangga pada dirinya kerana menjadi kebanggaan kepada semua orang.

"Terima kasih semua. Saya sangat menghargai itu."Cass segera menunjukkan tanda terima kasih kepada semua penyokongnya.

"Doktor, nanti sila ikut kami untuk membuat perbincangan seterusnya." Ujar pengarah kesihatan di sebelahnya.

"Baik tuan." Cassablanca terus turun dari tempat pembentangannya dan mengikuti langkah mereka.

══════════════════════════════

Stella terdengar bunyi kereta suaminya terus sahaja menuju ke pintu rumah mereka untuk menyambut kedatangan suaminya. Dia membuka pintu lalu tersembulah wajah tampan milik suaminya itu. Dia segera membukakan kot hitam milik suaminya dan memegang begnya juga.

"Abang, tadi Stella ada masakkan untuk abang. Abang pergilah mandi dulu lepastu kita makan sama-sama ya." Ujar Stella dengan bersungguh-sungguh.

"Aku dah kenyang sebab makan kat luar tadi. Kau makanlah dulu kat sana." Ujar suaminya tanpa memandang wajah isterinya. Hades segera melangkah ke tingkat atas untuk membersihkan dirinya.

Stella agak berkecil hati kerana suaminya enggan memakan masakkannya. Selama dia menyediakan makanan untuk Hades, Hades jarang menyentuh makannya. Dalam sebulan boleh dikatakan hanya tiga kali sahaja suaminya menjamah makanannya.

"Nak kata aku masak tak sedap, tak mungkin juga sebab ibu bapa aku selalu puji masakkan aku." Monolog hati Stella bersendirian.

══════════════════════════════

Stella mendekati ke arah suaminya yang sedang leka bermain macbook. Dia melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

"Abang, Stella sebenarnya ada sesuatu nak beritahu pada abang." Ujar Stella.

Hades hanya berdiam diri sahaja dan matanya hanya lekat pada skrin tersebut.

"Sebenarnya Stella pregnant, Stella dah check pagi tadi." Ujar Stella.

"Dah pergi klinik?" Soal Hades.

"Dah, doktor tu cakap Stella mengandung dua minggu yang lalu. Abang tak happy ke dengan kandungan Stel?" Soal Stella.

"Ok." Ujar Hades bersahaja.

Stella hanya menyimpulkan senyuman tipis. Suaminya langsung tidak mengendahkannya walaupun dia disahkan mengandung. Sudah tiga tahun dia menikmati perkahwinannya bersama Hades. Selama tiga tahun itu jugalah Hades tidak pernah memberikan rasa nikmat perkahwinan sebenar pada dirinya. Stella sudah serik dilayan sebegini oleh Hades.

Hades juga jarang mengungkapkan cinta padanya. Kandungan yang dia bawa sekarang ini bukanlah hasil daripada hubungan suami isteri. Suaminya menyarankannya untuk membuat persenyawaan in vitro. Dia juga tidak tahu mengapa suaminya berbuat demikian sedangkan dia bukanlah seorang yang mandul. Mungkin dia jijik untuk menyentuh isterinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan yang sedang dirasai oleh sang isteri.

Czytaj Dalej

To TeΕΌ Polubisz

22K 3.5K 11
In the elite ranks of DRDO, Ardik Rajwasnhi, a young prodigy, is fueled by ambition to secure a coveted position among the legendary Team Phoenix. Ho...
113K 3.9K 41
Y/N was a teenage introvert who enjoyed having her own space and being alone. She loved listening to music in her room, which was a great escape for...
CONSUME Autorstwa [ Mary ]

Tajemnica / Thriller

204K 6.4K 21
There's something odd about the town's most beloved police officer, he is utterly obsessed about a girl and will go to any lengths to have her.
175K 8.7K 42
After going through a number of disasters I realized that actually I am reborn as the villainess character, more of a brat, Chloe Bourgeois, in a chi...