Your Favourite NCT Ships ✅

By Wegokickback

28.8K 1.3K 580

Just NCT oneshot or two shot or three shot stories More

NoMin
WinKun
MarkHyuck
JohnTen
RenLe
HenYang
2Tae
LuWoo
HenYang
JaeDo
NoMin
JohnTen
HenYang
YuSol ft WinKun
JohnTen
LuWoo
2Tae
MarkHyuck
JiJun
RenLe
JaeDo
Luwoo
YuSol
JiJun
JiJun(sequel)
All Ships (Xmas Edition)
WinKun
LuWoo
WinKun (Kun birthday Edition)
WinKun pt2(birthday edition)
SungTaro
RenLe
JaeDo
HenYang
HenYang(Pt2)
WinKun

XiaoSung

214 15 1
By Wegokickback

Warn! Uke as Fem!
.
.
.

Dejun membuka matanya, dia menggeliat tidak nyaman. Best betul dapat tidur kerana dia terlalu letih dan baru sahaja selesai menangis. Tangannya meraba mencari cermin mata. Setelah dia menjumpai cermin matanya, dia terus memakai.

Dia terkejut sebaik sahaja pemandangannya pulih. Setahu dia tadi, dia tertidur di makmal sains sekolah, dia terlalu letih menangis dan tertidur di situ.

Tapi sekarang ni dia bukan berada di dalam makmal sekolah melainkan berada di dalam bilik tidur. Kalau bilik tidur dia sendiri tidak apa, ni bilik tidur orang yang dia tidak kenali.

Dia memandang sekeliling, sungguh pelik. Macam mana dia boleh tertidur dalam bilik orang asing sedangkan dia tadi tertidur di makmal sains. Dejun bangun dari katil dan melihat sekeliling. Dia cuba mencari gambar dalam bilik itu tetapi tiada satu pun gambar.

"Kenapa bilik ni takde satu pun gambar? "Monolog Dejun, dia mula melangkah keluar dari bilik. Keadaan rumah itu sangat gelap dan berterima kasih kepada cahaya bulan yang menyelinap masuk, dia dapat berjalan.

Dia turun dari tingkat atas dan berjalan ke arah ruang tamu. Di situ baru dia ternampak ada gambar. Lantas dia mendekati bingkai gambar yang berada di sebelah televisyen.

Dia mengerut dahi melihat gambar tersebut. Tiga orang dewasa dan dua orang lelaki remaja dalam gambar itu. Salah seorang daripada mereka memakai jubah graduasi. Wajah orang dalam gambar itu kelihatan familiar, lagi lagi yang pakai jubah graduasi itu.

Dia mencari lagi gambar di situ dan terjumpa gambar seorang wanita dengan seorang lelaki duduk bersebelahan. Dia masih tertanya tanya, siapakan wanita itu dan kenapa wanita itu kelihatan familiar sekali?

"Dia ni siapa sebenarnya? Kenapa dia macam pernah nampak? "Monolog Dejun, dia mula sedar yang gambar wanita itu kelihatan seperti dirinya tetapi wajahnya matang. "Ni.. Aku ke? "

Krek..

Dejun terkejut, lantas dia berlari ke arah dapur apabila dia mendengar bunyi pintu utama terbuka. Dia terus bersembunyi di bawah meja.

"Lama dah sayang tak balik kampung, mesti mommy dengan daddy rindu. Chenle dan Yangyang mesti rindu sayang. "Ujar satu suara yang garau dan semestinya itu ialah lelaki.

"Tengoklah kalau dapat balik, busy sangat ni. "Itu merupakan suara seorang wanita, Dejun menjadi curious, dia nak lihat siapa wanita itu. Jadi dia mengintai dan ternampak dua orang dewasa itu sedang berciuman.

Itu membuatkan pipi Dejun merona merah dan bersembunyi bawah meja lagi. Dia menepuk pipinya berkali kali, dia sudah nampak wajah mereka.

Tiba tiba, seseorang menarik lengannya dan menyebabkan dia keluar dari tempat persembunyiannya. Dia kantoi dengan wanita itu.

Mereka berdua saling bertatapan. Masing masing berasa hairan. "Dejun? "Dejun hanya tersenyum kambing.

"Muka akak sama dengan kiter la. Akak nama apa? "Tanya Dejun, wanita itu melepaskan lengan Dejun dan menatap Dejun. "Nama kita sama, Xiao Dejun tetapi orang tak panggil aku Dejun lagi, orang panggil aku Xiaojun. "Ujar Xiaojun. Itu membuatkan Dejun berasa hairan.

"Kenapa nama kita sama?"tanyanya. Xiaojun mendengus perlahan, Jisung berasa hairan tetapi dia memilih untuk diam. "Patutnya aku yang tanya kau, kau buat apa dekat sini? "Tanya Xiaojun, Dejun menggaru kepalanya. Dia menceritakan semuanya, dari A to Z dan Xiaojun hanya mengerut dahi sahaja.

"Kau cakap kau berada di makmal sains, lepas tu tiba tiba berada di dalam bilik tingkat atas? "Dejun mengangguk kepala dan bertanya dia berada di tahun berapa sekarang.

"2022,kenapa? "Mata Dejun membulat, zaman dia ialah 2018. Bermaksud dia datang dari masa lampau dan pergi ke masa depan. So thats mean, Xiaojun yang depannya ialah dirinya di masa depan?

"Aku dari tahun 2018,maksudnya aku dari masa lampau kau la! "Xiaojun mengerut dahi, tetapi dia mengangguk kepala setelah dia faham apa yang Dejun maksudkan. "Kau buat apa travel sampai tahun 2022 ni? "Tanya Xiaojun.

"Mana aku tahu, aku tidur dekat makmal sains lepastu tiba tiba sampai sini. Dahlah tahun 2022. Jauh gila aku travel. "Ujar Dejun, dia dan Xiaojun mula berbalahan sampailah Jisung berdehem menyebabkan mereka berhenti.

"So, sekarang ni. Dejun ni ialah sayang di tahun 2018 kan. "

"Ya, budak nerd ni aku pada tahun 2018. Masalah sekarang ni, dia macam mana boleh travel ke masa depan. "Ujar Xiaojun. Jisung hanya mengangguk kepala, dalam diam dia sangat menyukai versi Dejun 2018. Baginya sangat kiut.

Nasiblah dia girlfriend aku sekarang, desis hati kecil Jisung.

"Jadi sekarang ni kau nak buat apa? Takkan kau nak stay kat masa depan, nanti kau rosakkan semua masa lampau. "Ujar Xiaojun.

"Mana aku tahu, aku datang sini pun aku tak tahu. "Ujar Dejun dengan wajah innocentnya. Xiaojun yang melihat wajah innocent Dejun menjadi geli, kenapalah dia boleh buat perangai macam tu dulu, dia yang rasa cringe melihat dirinya yang dulu.

"Apa apapun, kita bagi budak ni makan dulu, kesian dia. Mesti lapar, lepas tu bagi mandi ke apa ke, settle semua. Nanti kita fikir. "Ujar Jisung, Xiaojun memandangnya dengan tatapan tidak percaya. "Oh, kau lagi suka aku versi 2018 en. "

"Eh.. Bukan, sayang tak kesian ke kat dia. Dah pakai baju sekolah, tak mandi tak makan. Nanti kita fikirkan cara macam mana nak kembalikan dia ke tahun 2018." Ujar Jisung sambil mendekati Xiaojun, dia mengusap bahu Xiaojun dengan lembut.

Xiaojun memutar bola matanya dan menyuruh Dejun mandi dulu sebelum makan.

2018

Dejun mengambil tempat di sofa, dia baru sahaja selesai makan dan sekarang bersantai di ruang tamu. Dia ternampak Jisung memakai mask dan bersedia untuk keluar. "Ge pergi mana tu? "Tanya Dejun curious.

Jisung memandangnya dan tersenyum disebalik mask. Kenapalah dia comel sangat bila panggil aku ge, sedangkan aku lebih muda dari dia. Desis hati Jisung.

"Ah.. Ge nak pergi keluar kejap, hantar barang kawan. "

"Kenapa ge pakai mask? "Tanya Dejun tetapi Jisung sudah menghilang. Dejun mendengus perlahan, dia masih confuse dan tertanya macam mana dia boleh sesat pergi tahun 2022.

"Nah. "Xiaojun memberi segelas kopi kepada Dejun dan itu membuatkan Dejun berasa hairan. "Sejak bila kita suka kopi? "Tanya Dejun, Xiaojun memandang Dejun sekilas sebelum meminum kopinya. "Sejak kita masuk diploma. "Ujar Xiaojun. Dejun mengangguk kepala, sebenarnya dia nak tahu lebih lanjut lagi tentang kehidupannya di tahun 2022.

"Aku tahu kau curious dan aku malas nak cerita but its okay. "Xiaojun beralih memandang Dejun, dia mengusap rambut Dejun dengan lembut. "You're doing great. "Ujar Xiaojun, dia tersenyum manis memandang Dejun dan semestinya Dejun tidak faham.

"Dah tidur, budak bawah umur tidak boleh tidur lewat. "Ujar Xiaojun dan mula menghidupkan tv. Dejun memanyunkan bibirnya dan Xiaojun perasan itu. Dia tertawa kecil. "Sebelum aku tidur, aku nak tahu kenapa Jisung ge pakai mask masa dia keluar tadi. "Tanya Dejun.

Xiaojun menghirup kopinya terlebih dahulu sebelum memandang Dejun. "Dunia sekarang sakit. "

"Maksud? "

"Satu dunia kena sejenis virus ni yang dipanggil covid -19 dan semua negara terpaksa pakai mask dan lockdown. "Ujar Xiaojun. Dia mula menceritakan keadaan semakin pulih tetapi masih kena kekalkan penjarakkan fizikal untuk kekal selamat. Dejun mengangguk kepala tetapi dia masih tidak faham.

"Takpe, nanti kau akan faham. Sekaramg tidur la. "Ujar Xiaojun, Dejun mengangguk kepala dan mula naik tingkat atas. "Tidur tu jangan menangis dulu, terus tidur, okay? "Kata kata Xiaojun membuatkan Dejun menghentikan langkahnya di tengah tengah tangga.

Dia terlupa bahawa Xiaojun adalah dirinya zaman kini. Jadi tidak hairanlah Xiaojun tahu bahawa dirinya selalu menangis sebelum tidur. "Baiklah. "Lirihnya dan meneruskan perjalanannya ke bilik.

Di bilik, Dejun sedang baring sambil menatap kipas siling yang berputar dengan perlahan. Dia teringat pasal dia kena buli mental di dalam kelas, kena bodyshaming dan mereka suka mengutuk dirinya.

Itu membuatkannya menangis setiap malam mengenangkan hal itu. Dia lari ke bilik makmal sains sebab perkara itu, dia tidak tahan lagi dan dia terus lari dari kelas dan akhirnya menangis dalam bilik makmal.

Menangis punya menangis sampai dia tertidur dan tersesat ke zaman 2022.

"Menangis? "Dejun terkejut kerana Xiaojun memerhatikannya dari tadi. Lantas Dejun mengesat air matanya dan memposisikan dirinya duduk. "Aku menguap tadi. "Ujar Dejun, Xiaojun tertawa kecil dan mendekati katil. Dia duduk disamping Dejun.

"Kau lupa ke bahawa kita berdua adalah orang yang sama. Aku tahu kau menangis. "Ujar Xiaojun, dia mengesat bekas air mata Dejun.

"I know it hard but please remember that you are enough and beautiful. "Ujar Xiaojun, dia tersenyum memandang Dejun. Tangannya mengusap rambut Dejun dengan lembut. Air mata Dejun mula mengalir dan memeluk Xiaojun.

Dia mula menangis pada bahu Xiaojun dan Xiaojun hanya membiarkannya. Dia mengusap belakang Dejun dengan lembut untuk menenangkan Dejun. Dia tahu Dejun ada banyak benda nak luah tetapi dia tidak mempunyai keberanian nak meluah, jadi satu satunya cara dia meluah ialah menangis.

Xiaojun perasan Jisung memerhatikan mereka, dia tersenyum memandang Jisung dan dibalas Jisung dengan sebuah senyuman.

2022

Dejun sedang menikmati sarapan yang disediakan oleh Xiaojun. Dia ternampak Jisung berpakaian segak dan mendekati Xiaojun.

Lelaki itu mencium pipi Xiaojun sekilas sebelum mengambil roti bakar dan turun kerja. Melihat hubungan Xiaojun dan Jisung begitu mesra membuatkan Dejun terfikir macam mana Xiaojun boleh bersama dengan Jisung?

Sedangkan pada zaman dia, dia tidak kenal pun Jisung dan dia tidak pernah jumpa Jisung. Dan crush dia pada zaman itu bukan Jisung melainkan Handy.

Ada rasa ingin tahu juga apa yang terjadi antara dia dengan Handy dulu.

"Ermm.. Boleh aku tanya sesuatu? "Tanya Dejun dan itu membuatkan Xiaojun beralih memandang Dejun. "Boleh, tu pun kalau aku dapat jawab. "Ujar Xiaojun.

Dejun tersenyum kecil, dia sedar bahawa dirinya pada zaman 2022 masih tidak berubah. Dia selalu memberi jawapan macam tu kalau orang nak tanya dia.

"Masih ingat Handy? "Tanya Dejun, Xiaojun menelan makanannya terlebih dahulu sebelum kembali memandang Dejun. "Masih, kenapa? "

"Takdelah, sebab zaman 2018 tu, kita crush kat dia. So terfikir gak aku macam mana life dia pada tahun 2022 ni. "Ujar Dejun sambil memain makanannya. Xiaojun tertawa kecil.

"Girl, we don't need him anymore. "

"Why? "Tanya Dejun.

"Kenapa kita perlukan Handy sedangkan kita dah bertunang pada zaman 2022 ni. "Ujar Xiaojun dan menayangkan sebentuk cincin perak pada jari manis kanannya. Mata Dejun bersinar, dia macam tidak percaya yang dia menemui pasangan pada zaman 2022.

"We met a special person in our life. "Ujar Xiaojun. Dejun merasakan life dia semakin membaik pada masa depan, dia curious juga apa yang terjadi dan apa yang dia buat sampai life dia sangat bagus pada zaman 2022 berbanding pada zaman 2018.

"Mesti kau curious kenapa kita tidak on crush dengan Handy lagi. "

"Kenapa? "

Xiaojun menghembus nafasnya perlahan. Dia menceritakan bahawa Handy pindah ke sekolah teknik masa umur mereka 16 tahun. Dejun pernah confess dengan Handy tetapi Handy menolak dengan cara kasar, tetapi Dejun tidak berputus asa, dia teruskan nak Handy.

Sampailah Handy menyakitkan hatinya dan membuatkan hidup Dejun tidak berguna.

"Dia sekarang menyesal. "

"Kenapa? "Tanya Dejun, Xiaojun tertawa kecil. "Last time dia jumpa aku dekat supermarket, dia minta nombor telefon aku, kebetulan Jisung ada masa tu, terus dia tak jadi. So dia chat aku dekat ig. "

"Lepas tu? Apa jadi?"

"Dia minta maaf sebab dah sakitkan hati kita and dia bagitau yang dia pernah tersuka dengan kita even dia cakap dia benci kita. Tu yang dia minta maaf dan berharap dapat menangih kasih tetapi semuanya dah terlambat. "

"Sebab kau dah jumpa Jisung. "

"Pandai. "

"Tapi macam mana kau boleh kenal Jisung? "Tanya Dejun, Xiaojun hanya tersenyum manis. Dia mengusap rambut Dejun dengan lembut. "Aku tak nak spoil tu, biarlah kau experience sendiri. "Ujar Xiaojun.

"Ala.. Aku baru je nak tahu"ujar Dejun.

"Takpayah. Kau kena fokus universiti entrance exam dan apply bidang ict dekat Neo University. "Ujar Xiaojun.

"Kenapa pula? "

"Ikut je, kau akan tahu one day. "Ujar Xiaojun dan menghabiskan sarapannya. Setelah itu, mereka berdua bersembang di ruang tamu.

Dejun baru tahu bahawa dia putuskan hubungan dengan semua classmate nya setelah dia habis highschool, tu pun Xiaojun yang bagitau.

Banyak cerita yang Xiaojun bagitau dengan dia. Xiaojun juga memberitahu bahawa mereka berjaya membuat orang tua mereka bangga dengan kejayaan mereka.

"Memang dulu ciri ciri lelaki yang kita suka ada chinese, tapi lepas Handy buat kita macam tu, kita jadi anti chinese boy. Sampailah kita jumpa Jisung tapi dia Korean. "

"Jap, tunang kita korean? Aku ingat chinese. "

"Korean handsome. Hahahahah"ujar Xiaojun. Dejun memutar bola matanya, punya dia bercerita dan mendengar cerita masa depannya dengan Xiaojun sampai dia terlupa dengan masalah hidupnya.

"Rasa macam aku tak nak balik ke zaman 2018. Aku nak stay dekat zaman 2022."ujar Dejun, dia berasa lebih gembira hidup di zaman 2022 berbanding 2018. Kalau dia balik nanti mesti depressi dia kembali.

Dia tidak mahu itu, dia nak hidup dia sempurna macam sekarang. Dia tidak mahu masalah datang, hidupnya sangat sempurna pada zaman 2022.

"Dejun, kau tidak boleh tinggal dekat zaman 2022."

"Kenapa? Aku tak nak kembali ke masa silam, kau sendiri tahu kan masa silam kita seperti apa dan semua itu sangat menyakitkan hati dan mental kita berdua. "Ujar Dejun, Xiaojun menggeleng kepala, dia tidak suka dengan dirinya yang degil dan suka melawan.

Dia tahu Dejun nak bebas dari depressi tetapi Dejun tidak boleh tinggal pada zaman 2022. Nanti masa depan dan masa silam akan kucar kacir disebabkannya. Sekarang Xiaojun sedang mencari jalan macam mana nak kembalikan Dejun ke zaman 2018.

"Sakit ataupun tak, kau tetap balik ke zaman 2018. Aku kena hantar kau balik" Ujar Xiaojun, Dejun tidak dapat menerima kenyataan. Dia mula bergaduh mulut dengan Xiaojun.

Dia nak tinggal di tahun 2022 juga, tidak kira apa pun. Dan Xiaojun tidak membenarkannya tinggal dan dia nak Dejun kembali ke masa silam.  Punyalah gaduh  sampai diorang tidak perasan Jisung datang. "Ehem." masing masing memandang ke arah Jisung. "Apa yang korang buat sampai bergaduh ni? " Tanya Jisung. Xiaojun memutarkan bola matanya dan melangkah pergi. Dia malas nak layan Dejun. Jisung yang melihat Xiaojun pergi begitu sahaja hanya menggeleng kepala.

Dia mengambil tempat disebelah Dejun. "Apa yang korang gaduhkan?" Tanya Jisung, Dejun mengesat air matanya. Dia sempat mengalirkan air mata kerana Xiaojun memarahinya. Jisung mendengus perlahan. "Apa yang Xiaojun cakap tu betul, kalau kau nak stay sini, nanti Xiaojun  menghilang. Termasuk Aku juga hilang dan semua keadaan sekeliling ni menghilang. Sebab apa? Sebab kamu dah kucar kacirkan keadaan masa depan. " ujar Jisung, Dejun terdiam. Dia masih memproses kata kata yang baru keluar dari mulut Jisung.

Ada benar juga kata kata Jisung. Kalau Jisung dan Xiaojun lesap disebabkannya, masa depan dia akan kucar kacir. Kemungkinan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku dengan masa depan. Tapi, bagaimana dia nak kembali ke masa lampau dimana dia sepatutnya berada?

"Tapikan, kalau korang nak aku balik ke masa lampau, macam mana caranya?" Tanya Dejun, Jisung tersenyum memandangnya. "Jangan risau, aku dah jumpa caranya."

"Apa dia?" Tanya Dejun. Jisung mengatakan bahawa Dejun mesti pergi ke tempat last dia menghilang. Bermaksud dia kena pergi makmal sains sekolah dan cuba tidur disitu pada jam pukul 5. Agak pelik tetapi itu sahaja cara yang boleh hantar Dejun balik. 

"Tapikan, kita sekarang ni dekat Seoul, bukan dekat Dongguan, Guangdong. Macam mana nak hantar aku balik?" ujar Dejun.

"Aku dah beli ticket untuk balik ke sana sebab nak jumpa mama dan papa. Kebetulan aku terbeli tiket lebih. Jadi satu tu untuk kau." ujar Xiaojun sambil membawa segelas air kosong sejuk dan diberinya kepada Jisung. Jisung tersenyum sambil mengucap terima kasih kepada Xiaojun dan menyambut gelas. Xiaojun mengangguk kepala dan kembali ke dapur untuk menyediakan makan malam mereka.

"Er..boleh aku tanya sesuatu?" Tanya Dejun. Jisung menghirup airnya terlebih dahulu sebelum menjawab Dejun. "Apa dia?" Tanya Jisung dan dia meletakkan gelas di atas meja kopi.

"Em.. Macam mana korang boleh bersama? Macam mana korang boleh berjumpa? Oh ya, perjumpaan pertama korang macam mana? " Tanya Dejun, Jisung tertawa kecil. Dia mengusap rambut Dejun dengan lembut. "nak spoiler ke?" Tanya Jisung, Dejun mengangguk kepala semangat.

"Tak payahlah, biar kamu sendiri tahu, dah aku nak mandi." ujar Jisung dan bangkit dari tempat duduk dan naik ke tingkat atas untuk mandi. Dejun hanya memandang Jisung yang semakin hilang, dia mendengus nafas perlahan. Nampaknya dia terpaksa kembali ke masa silam, even ia akan menyakitkan dirinya tetapi dia harus kuat. Dia sudah melihat masa depannya, dia sudah melihat dirinya berdiri teguh dan masih steady menjalani kehidupan harian. Dia sudah melihat dirinya ada kerja tetap dan sudah graduate dari universiti. Dia juga suda melihat dirinya sudah ada pasangan hidup yang sangat memahami dirinya.

Takkan dia nak give up dalam hidup, sebaiknya dia kena teruskan hidup dan abaikan orang sekeliling yang mencaci, mencemuh dan menghina dirinya.

2022

Hari berganti hari. Akhirnya, mereka telah sampai di tanah besar China, Dongguan, Guangdong. Xiaojun dan Jisung membawa Dejun ke sekolah lama, mereka meminta kebenaran pihak sekolah untuk menggunakan makmal sains tempat Dejun tidur dahulu. Nasib baik pihak sekolah membenarkan mereka menggunakan makmal sains tersebut.

"Jangan putus asa dalam kehidupan, okay?" ujar Xiaojun sambil memegang tangan Dejun. Dejun mengangguk kepala, Xiaojun tersenyum kecil, dia mengusap rambut Dejun dengan lembut. "Jumpa di masa depan, okay?" ujar Xiaojun.

Tanpa berkata apa apa, Dejun memeluk Xiaojun dan itu membuatkan Xiaojun sukar nak lepaskan Dejun tetapi dia mesti buat juga, Jisung yang melihat mereka hanya tersenyum, dia mendekati mereka sebaik sahaja dakapan dilepaskan. Dia memberi pill tidur kepada Dejun supaya Dejun tidur. "Makan pill ni kalau jam dah pukul 5" ujar Jisung sambil menyerahkan pill.

"Bukankah makan pill sebarangan adalah makan dadah?"

Jisung tertawa kecil. "Ni bukan pill biasa yang selalu guna kat farmasi. Ni pill khas, jangan lupa makan ya." ujar Jisung. Dejun mengangguk kepala, Xiaojun dan Jisung mengucapkan selamat tinggal kepada Dejun sebelum mereka pergi. Setelah mereka pergi, Dejun terus memakan pill tersebut, maklum dah pukul 5 petang.

Dia mula mengantuk dan akhirnya tertidur.

Tiba tiba dia terdengar suara orang memanggil namanya, dengan perlahan dia membuka mata dan terkejut kerana dia perasan keadaan semakin gelap. Dia berada di dalam makmal sains. Pintu bilik sains terbuka dan muncul Hendery, iaitu kawan baiknya bersama pasangan Xiao dan sekuriti guard sekolah.

"Hendery?" si empunya nama terus berlari mendekati Dejun dan memeluk Dejun. "Bodo, kitorang risau gila dengan kau, kat sini kau menyorok rupanya." ujar Hendery sambil memeluk erat Dejun. Dejun membalas dakapan Hendery, nampaknya dia berjaya balik ke zaman 2018. Pasangan Xiao mendekati Dejun dan memeluknya. Mereka sangat risau dengan keadaan Dejun. Sehari dia menghilang dan orang tuanya sangat risau sampai tidak dapat tidur malam. Baru hari kedua mereka menjumpai Dejun di dalam makmal sains.

Setelah semuanya settle, mereka pun balik. Pasangan Xiao berasa bersyukur kerana anak mereka kembali ke pangkuan mereka dengan selamat.

2022

Tahun 2022

Dejun tersenyum membalas chat dari Hendery. Mereka berdua belajar di universiti yang berbeza, Dejun sambung belajar di Korea manakala Hendery sambung belajar di Taiwan. Dia ada kawan dekat Seoul tetapi dia nak ke library seorang diri since dia tidak mahu mengangguk Mark. Mark merupakan classmatenya tetapi Mark sibuk dengan assignment di bilik dengan Lucas, jadi dia keluar sendiri ke library untuk mencari rujukan,

Dia menyimpan telefonnya di dalam poket seluar dan masuk ke dalam library. Dia mencari buku rujukan di bahagian rak rujukan. Sedang dia mencari buku, dia ternampak buku yang dia nak. Baru sahaja dia hendak mengambil buku itu, kebetulan seorang  lelaki nak juga mengambil buku itu.

"Er.. Kalau awak nak guna dulu, awak ambil la." ujar lelaki itu, itu membuatkan Dejun mendongak. Dia kenal lelaki itu, lelaki itu ialah Park Jisung, suaminya di masa depan. Dia tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Jisung di library.

Jisung melambaikan tangannya depan Dejun dan itu menyebabkan Dejun tersedar. "Em. Sorry." ucap Dejun malu malu, Jisung tertawa kecil. "Ataupun kita kongsi buku ni, mana tau kita nak kenal kenal." ujar Jisung. Dejun tersenyum malu, dia mengangguk kepala dan mereka pun kongsi buku tersebut. Disitulah bermulanya kisa percintaan mereka.





END........

Continue Reading

You'll Also Like

6.7K 190 10
Just Renle Fic. For Renle Shippers. i hope u like this. thanks.
22.3K 206 10
⚠️tentacles ⚠️yaoi ⚠️heat ⚠️18+ ⚠️mpreg ⚠️omegaverse kinda random :3 but enjoy!! •All characters are not mine •Semua character daripada Monsta Studio
35K 2.6K 152
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
500 112 21
"Darkness and Happiness" Satu perbezaan ketara antara YangYang dan Jihan. Disebalik kegelapan ada kisah silam. Juga dengan sang kegembiraan. Masa si...