SATU HATI DUA CINTA (COMPLETE...

Bởi chiaaatt_

76.1K 3.9K 726

Perkahwinan bahagia. Itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri. Itu lah yang dimiliki oleh Ivan Marc... Xem Thêm

SHDC 1
SHDC 2
SHDC 3
SHDC 4
SHDC 5
SHDC 6
SHDC 7
SHDC 8
SHDC 9
SHDC 10
SHDC 11
SHDC 12
SHDC 13
SHDC 14
SHDC 15
SHDC 16
SHDC 17
SHDC 18
SHDC 19
SHDC 20
SHDC 21
SHDC 22
SHDC 23
SHDC 24
SHDC 25
SHDC 26
SHDC 27
SHDC 28
SHDC 30
SHDC 31
SHDC 32
SHDC 33
SHDC 34
SHDC 35
SHDC 36
SHDC 37
SHDC 38
SHDC 39 (ROAD TO FINALE)
SHDC 40 (FINALE PART!)
Terima Kasih
MINE

SHDC 29

1.5K 96 25
Bởi chiaaatt_

"Daddy!" Liam terus melepaskan tangan Marlene yang digenggam sebelum berlari kecil ke arah Ivan yang menunggunya di luar kereta. Ivan mendepakan tangannya. Terus saja tubuh kecil Liam nyaman di dalam dakapannya. Dia mendakap erat tubuh anaknya yang sangat dirindui itu.

"Hey my boy. I miss you." Ungkap Ivan sebaik pelukan terlerai. Dia yang masih mencangkung mengucup kedua pipi Liam bertalu-talu.

"Want some ice cream?" Tanya Ivan. Bagai bersinar-sinar bola mata Liam mendengar kata-kata Ivan. Dia menoleh ke arah Marlene yang berdiri di sebelahnya. "Boleh kan mommy? Please.." rayu Liam sambil mengerdipkan matanya. Melihat wajah polos Liam, Marlene cuba menenangkan gelora perasaan di hati. Liam tidak bersalah. Liam tidak bersalah. Berulang kali kata itu disebut di dalam hati.

"Sure. Boleh sayang." Marlene bersetuju. Liam terus melonjak riang sambil bertepuk tangan. Sebu, sebak rasa dada Marlene melihat keriangan Liam. Bagaimana jika akhirnya nanti dia dan Ivan berbeza arah, mampukah hati naif Liam menerima semuanya.

"Nanti hantar Liam balik." Pesan Marlene kepada Ivan.

"Hey. Jom lah join sekali." Ajak Ivan. "Dah lama kita tak spend time sama-sama." Sambung Ivan. Bicara yang hanya bagai angin lalu. Dulu ketika masa bersama ditagih, Ivan biarkan dia dan Liam mengemis kosong. Sekarang, bila semuanya sudah terlambat, bila luka sudah terlalu dalam, Ivan seakan ingin meniup harapan, it's too late Ivan.

"Jom lah mummy.." Liam menarik-narik tangan Marlene. Marlene menunduk memandang Liam. "Please mummy. Later i treat you vanilla ice cream." Liam memujuk dengan sogokan. Marlene gelak kecil sebelum mengangguk setuju.

"Treat mummy je ke? Daddy?" Usik Ivan sebelum menghidupkan enjin kereta.

"Later if daddy dah boleh balik rumah, baru Liam treat daddy." Biar kedengaran bersahaja jawapan yang meluncur keluar dari mulut Liam, sudah cukup membuatkan Ivan sentap. Dia menoleh ke arah Marlene yang duduk di sebelahnya. Marlene menoleh membuang pandang ke luar. Masing-masing melayan perasaan yang berselirat di hati.

******

Bau aroma kopi bangkit dari cawan sebaik air panas dituang. Anaya membawa kopi yang siap dibancuh itu ke kamar. Diletakkan di atas meja. Di samping Ipad yang masih menjadi tatapan Ivan. Sempat dia mengerling ke arah gambar Marlene dan Liam yang terpapar di skrin ipad Ivan. Gambar mereka berdua sedang menikmati ice cream. Mungkin gambar tengah hari tadi. Andai Anaya sendiri.

"Thank you baby." Ucap Ivan. Dia mengundurkan sedikit kerusinya. Pergelangan tangan Anaya ditarik lembut sehingga Anaya duduk di ribaannya. "I miss you." Ivan mengungkap kata rindu sebelum bibirnya singgah di bibir mungil Anaya. Kucupan terus terlerai apabila Ivan sedar kucupannya tidak berbalas.

"Hey, are you okay?" Ivan bertanya. Dia menyelak rambut Anaya ke belakang. Pipi Anaya dielus lembut. Anaya mengangguk, anggukan yang disertai dengan keluhan perlahan.

"Anaya.. dont lie. Tell me, what happen?" Ivan tidak berputus asa. Sekilas pandang dia sudah tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran Anaya. Bukan sehari dua dia mengenali wanita kesayangannya itu.

"Maybe Marlene is right." Anaya memula bicara. Dia turun dari ribaan Ivan. Menapak menujuk ke balkoni kamar. Sliding door dibuka sedikit. Membiarkan angin malam menyentuh kulit.

"Hey.. apa you cakap ni?" Ivan berdiri di hadapan Anaya. Dagu Anaya diangkat sedikit.

"Hari tu Marlene datang jumpa i kat office." Beritahu Anaya.

"Did she hurt you?" Cemas Ivan bertanya. Dia menarik nafas lega apabila Anaya menggeleng. Amboi Ivan, risau betul Anaya dijentik oleh Marlene.

"Dia cakap i rampas you dari dia, dari Liam." Kata Anaya. Ivan merengus kasar.

"That's not true baby. You know that. I am the one who chase you, who wants you." Seperti biasa, Ivan bermadah manis, meyakinkan Anaya.

"Itu yang i fikir. Sampai lah tadi, i nampak gambar Liam kat ipad you. His smile is so sweet. How can i take that away from him?" Balas Anaya. Dia meraup wajahnya. Melarikan anak matanya dari terus bertentang dengan Ivan.

"Hey.. hey.. baby.. listen.." Ivan memegang kedua belah pipi Anaya, memaksa Anaya bertentang mata dengannya. "You rasa macam ni sebab you rasa bersalah. Tapi, apa yang salah? We love each other. What is wrong with that?" Ivan memujuk lembut. Dia melepaskan pipi Anaya yang digenggam tadi. Air mata yang sudah jatuh di pipi Anaya dikesat lembut dengan jemarinya.

"What if one day, you have to choose between me and Liam? Will you leave me?"

"Anaya! This is not fair for me!" Ivan meninggikan suara apabila sudah hilang sabar dengan soalan Anaya yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.

"Ivan.." Anaya memeluk Ivan yang kini sudah membelakanginya. Dia dapat mendengar deru nafas Ivan yang tidak tentu iramanya. Barangkali cuba menahan emosi dan amarah. Ivan menghela nafas panjang. Dia meleraikan tangan Anaya yang mendakap pinggangnya. Dia memusingkan badannya..kembali menghadap Anaya.

"Please dont do this to me. Please dont give up on us. I love you so much.." Rayuan Ivan diakhiri dengan ungkapan kata cinta.

"I am sorry i am not perfect for you. But my love for you is true. You are the queen of my heart Anaya. Only you can make me feel this happy. You and your love. So please, promise me, never give up on us." Ivan menarik Anaya agar lebih dekat dengan dirinya sebelum berbisik kata puitis di cuping telinga Anaya, menuntut janji.

Ivan.. Ivan.. Andai Anaya Queen di hati mu. Maka di mana kedudukan Marlene. Andai hanya Anaya mampu membuatmu bahagia, apa kah makna segala rasa, segala susah, segala senang, segala suka duka yang dilalui sepanjang bersama Marlene selama ini. Masakan kelahiran Liam dari rahim Marlene yang bertarung nyawa pun tidak mampu melawan bahagia yang Anaya berikan saat ini.

"Promise?"

Anaya mengangguk. "I love you.." ungkap Anaya. Dia menjungkitkan kakinya sedikit sebelum membenamkan bibirnya di leher Ivan. Pinggang Ivan didakap erat, sambil bibirnya beraksi di leher Ivan,mereka berdua berjalan seiring menuju ke katil. Melayari satu lagi malam penuh hangat asmara.

*Haih lah.. susah betul nak faham otak Ivan ni. Nak Marlene ke nak Anaya sebenarnya?
*Vote and comment!

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

18.5K 816 45
First sadromance BASED ON TRUE STORY sinopsis Sebuah kisah tentang hati antara Ayra Sophia x Ayden. Kerana kesilapan lalunya,dia kehilangan. Kehilang...
152K 1.2K 9
COMPLETE Dijadikan taruhan oleh ayah sendiri, dan dibeli oleh orang tidak dikenali. Telah mengubah hidupnya 100%. "Tolonglah, saya taknak." - Mia "F...
231K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
5.5K 375 10
SHORT STORY . . . "Pink peonies really suit you."