CDTM 2

By Qaynyy

42.8K 3.8K 1K

Seronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan... More

INTRODUCE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 6

1.1K 115 25
By Qaynyy

Zahra memakirkan kereta dihadapan rumah. Bukan tidak mahu masukkan kereta ke garaj bawah, tapi disebabkan dia terlampau penat dia membiarkan kereta dihadapan.

Mengenangkan pelanggan tercerewet itu, Zahra mengeluh lagi. Punyalah bernanah telinganya apabila artis itu memarahinya kerana kain lace yang dijahit bertentangan dengan permintaan artis itu.

Ini semua salah PA artis itu, Zahra sudah memberitahu bahawa kain lace itu susah untuk didapatkan, dan PA artis itu sendiri kata pakai je kain lace yang sesuai dengan warna baju itu.

Dan akhirnya Zahra juga yang dipersalahkan. Terkincit dia nak mencari jawapan pada setiap soalan pelanggannya. Haihlah..

" Assalamualaikum.." Pintu ditutup. Dia menarik senyum pada Azka yang menghampirinya.

" Waalaikumusalam sayang.." Azka menghulur tangan dan dia menguncup dahi Zahra.

Zahra memeluk Azka. Tiba-tiba sahaja dia rasa sayu melihat wajah suaminya.

" Hey..what's wrong baby? Ada apa-apa yang terjadi ke? " Pelik dia dengan kelakuan Zahra.

" Nothing bae..but hari ni Zahra kena marah dengan client.." Adu Zahra perlahan.

" Lah yeke? Kau tu baik sangat. Cuba tegas sikit, mesti diorang tak berani nak cakap apa-apa. "

" Ish! Awak tu bukak syarikat besar. Orang yang cari awak. Saya ni meniaga buka butik, saya yang kena cari pelanggan. " Luah Zahra.

Azka tersenyum.

" Baby..kalau macam tu kau kenalah kentalkan hati kau. Sabar..nak hadap berjuta orang ni bukannya senang. Lainlah kalau berjuta orang tu ada selera yang sama. Tak adalah kau pening kepala nak layan kerenah diorang. Tapi bayangkan kalau sejuta orang tu ada selera yang sama..mestilah kau bosan nak hadap benda yang sama. Sebab tulah lain orang lain caranya kau kena layan. Baru hidup tu mencabar sikit.." Terkebil-kebil mata Zahra mendengar tazkirah Azka.

" Lagipun..inilah dikatakan pengalaman. Pengalaman mengajar kita supaya akan datang kita dah tahu step by step apa yang kita perlu buat..understood baby? " Hidung mancung Zahra dicuit.

" Faham Tuan.. " Zahra memeluk pinggang Azka erat.

Anak-anaknya merangkak menarik seluar Zahra minta didukung.

" Alololo sayang mama..meh sini. " Zahra mengangkat Lut dan Luf.

" Diorang menangis tadi sebab rindu mama dia. " Kata Azka sambil mencium dahi Zahra lagi sekali.

Walaupun siang mereka jarang untuk bertemu tapi setiap masa yang diperolehi oleh mereka digunakan sebaik-baiknya untuk meluangkan masa bersama.

Zahra merenung lembut pada wajah Azka yang melayan kerenah kembar mereka. Wajah Azka selepas berkahwin lebih kepada ceria. Tak ada lagi strok yang macam mereka katakan.

Lagi-lagi sekarang ini Azka sudah pandai melawak ataupun mengusik. Itu tak ditambahkan lagi dengan kenakalan Azka, manja Azka lagi. Kadang-kadang Zahra sendiri tak larat nak layan kenakalan Azka.

****

Leo menguap. Ayyan pula melekatkan sellotape pada kedua-dua kelopak matanya supaya matanya tidak terkatup.

Ad pula tersenguk-senguk ditepi Fahmi. Shah pula sibuk menyelak kertas-kertas maklumat untuk mencari bukti tentang Ain Nadirah.

" Dapat! " Ujar Fahmi perlahan. Ad tersedar lalu mendekatkan mukanya ke skrin komputer Fahmi.

" Yazis.." Baca Ad perlahan.

" Weh! Cuba korang tengok ni! " Panggil Ad. Shah segera mendekati Fahmi dan Ad.

Leo pula melangkah perlahan mendekati mereka. Ayyan menyorong kerusi beroda mendekati Ad.

" Argh!! " Semua mata menoleh kearah Ad yang mengurut dada sendiri.

" Apa punya bangang kau buat macam tu kat mata kau? Terkejut aku tengok biji mata kau macam nak terkeluar dah.. " Ad menarik sellotape dibahagian mata Ayyan.

" Aku mengantuk.." Ayyan melentokkan kepalanya dibahu Ad sambil matanya melihat skrin komputer.

" Aku dapat tahu dari sini Ain nak sambung legasi keluarganya memandang abangnya mati dibunuh. Cuma sekarang ni, Ain tak sebut pulak punca kematian abang dia. " Cerita Fahmi.

" Lagi? "

" Dia mengaku yang sepupunya berpaling tadah dari keluarga Yazis. "

" Shit! " Shah mengetap rahang.

" Dan..dia cerita macam mana kehidupan dia. Dia ada kawan yang nama tengah naik sekarang dan kawan sendiri tikam belakang dia. "

Leo, Shah, Ayyan dan Ad sama-sama menegakkan kepala.

" Cuma dia tak sebut lagi nama siapa kawan dia tu. Tapi aku syak, Ain nak wartawan datang berjumpa dengan dia dan masa tulah dia akan mention nama Zahra. " Ujar Fahmi sambil menyumbat chewgam.

" Dia nak jatuhkan si dungu. Tekan gambar dia. " Arah Ayyan.

Klik!

Terpampang posisi gambar Ain yang mengenakan dress hitam paras peha. Rambut blond perang diikat sanggul menampakkan dadanya yang putih.

" Mana tudung dia? " Soal Leo.

" Pergh! Kena sedekahkan kain ni.. " Tambah Ad sambil tutup mata dengan jarinya. Dibuka sikit untuk meninjau.

" Aku syak dia nak goda si strok sebab tu dia tayang epal masam dia. " Ayyan menjulingkan mata keatas.

" Dan ada lagi satu.. " Mereka menanti ayat Fahmi yang tergantung.

" Anak syarikat Yazis, Durah ada buat projek dengan Mation. " Terlopong Leo.

" Kau tak tahu ke Yazis ada anak syarikat? " Leo menggelengkan kepalanya.

" Apa-apa pun sekarang kita kena sentiasa perhatikan Zahra. Bila-bila masa je perempuan bodoh ni akan attack Zahra! " Ujar Shah.

Leo, Ayyan, Ad dan Fahmi mengangguk setuju dengan apa yang Shah katakan.

Kali ini mereka tak boleh terlepas pandang sekali pun. Ain tak boleh dijangka.

****
Selepas skype dengan Ami, Zahra mula melangkah keluar untuk melihat para pekerjanya.

Kring!

Kepalanya menoleh kearah pintu. Seorang perempuan yang mengenakan skirt hitam dan baju tidak berlengan sedang membelek-belek baju didalam butik Zahra.

" Hai Cik..selamat datang ke butik Cescer. " Sambut Zahra dengan mesra.

Perempuan itu membiarkan Zahra. Dia terlalu fokus membelek baju-baju itu.

" Err..cik? " Wanita itu memusingkan wajahnya. Cermin mata hitam ditanggalkan. Rambut blond perang itu diselak.

" Zahra? Ini butik kau ke? " Zahra terlopong melihat wajah dihadapannya.

" A..Ain? "

" Hai Zahra.. " Ain menarik senyum senget.

****

Azka memandu dengan perlahan dan cermat. Matanya fokus pada pemanduan. Baru sebentar tadi dia menghantar kembar kerumah mak mertuanya.

Sejak tadi dia dapat rasakan ada kereta sedang mengekorinya dari tadi cuma dia berlagak biasa.

Zhup! Zhup!

Dua biji kereta Lamborgini memotong kereta Azka. Azka masih lagi berlagak tenang. Bluetooth calling berdering. Dikerling nama pemanggil.

- Pretty Wife -

" Hello.." Sahut Azka.

" Hai sayang!! Sayang dekat mana? "

" Aku on the way nak ke butik kau..kenapa? "

" Okay sayang..kita ada tetamu. Dia nak jumpa awak sekali. " Suara Zahra seakan-akan ceria semacam.

" Oh! Okay. " Kereta Lamborgini mula perlahan dibahagian hadapan kereta Azka.

' Apahal pulak ni? '

" Bye sayang! Jumpa sekejap lagi.. " Azka mematikan panggilan Zahra.

Azka cuba ingin memotong kereta dihadapannya, namun entah dari mana datang lori menghimpit dia dari kiri.

Dum!

Kereta Azka hilang kawalan dan mengelongsor masuk kebahu jalan bertentangan disebelah kanan.

Datang kereta Volvo hitam dari arah jalan bertentangan sengaja melanggar kereta Azka sehingga kereta Azka terdorong kebelakang.

****

Zahra meninjau-ninjau diluar butik. Azka kata tadi dia dalam perjalanan ke sini namun figura suaminya langsung tidak kelihatan.

" Lambatnya suami kau Zahra.." Ujar Ain. Dia membelek jam ditangannya.

" Aku pun tak tahulah..sekejap eh aku buatkan air untuk kau.." Zahra melangkah masuk kedalam dapur cafe.

Prang!

Berderai kaca diatas lantai. Zahra terkejut. Serasa macam dia sudah memegang cawan tadi dengan kuat namun entah macam mana cawan itu terlepas dari tangannya.

" Allah.. "

Kring!

Pintu butik terkuak. Muka Ad berpeluh-peluh mencari kelibat Zahra.

" Kak Zahra!! " Jerit Ad.

" Ya Ad? " Zahra berlari mendapatkan Ad yang tercungap-cungap mencari anak mata Zahra.

" Tuan..Tuan Muda! Accident! " Ujar Ad termengah-mengah.

Zahra terpempan. Ad menggoncang bahu Zahra.

" Kak.. " Zahra tersedar.

" Aw..awak.. " Terbayang mata Zahra wajah bengis suaminya. Zahra terduduk!

Ain masih tidak berpalingkan wajahnya kearah Ad. Dia menarik senyum kecil apabila mendengar esakan Zahra.











Continue Reading

You'll Also Like

374K 14.7K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...
35.7K 4.4K 6
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
35.9K 1.7K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
682K 39.3K 57
ON- GOING [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...