CDTM 2

By Qaynyy

40.6K 3.7K 1K

Seronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan... More

INTRODUCE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 5

1.2K 118 22
By Qaynyy

Ad dengan Ayyan sama-sama mengatur langkah menuju kekedai runcit berhampiran. Disebabkan Leo dan Shah kena settlekan unggun api, dia dan Ad ditugaskan mencari lighter. 

" Cis! Nak buat unggun api konon, hidupkan api pun pakai lighter." Rungut Ayyan.

Ad yang menyumbat lolipop tersentak apabila matanya terpandangkan seorang perempuan yang berjalan masuk kedalam kereta. 

Kereta hitam itu terus bergerak laju meninggalkan jalan raya. Ad masih lagi tergamam dan otaknya mula mencerna sesuatu.

" Yang kau ni dah kenapa? Macam nampak hantu je?" Ayyan juga mengikut pandangan Ad.

" Bukan hantu weh! Tapi mak hantu weh!" Ujar Ad sambil menghisap lolipop.

" Mak hantu?! Biar beruk kau ni?" Ayyan meremang.

" Hish! Apa peluk-peluk ni? Jijiklah sial!" Marah Ad. Dia menolak tubuh Ayyan yang mula menyempit.

" Aku takut..hihihihi.." Usik Ayyan lagi.

" Dah tu! Tak payahlah memain hihihi tu!" Bentak Ad.

" Hihihihi.." Suara mengilai lagi.

" Yan! Sudah-sudahlah..tak kelakarlah bodoh!" 

" Apa bodoh?! Aku tak buat tau!" Ad dan Ayyan saling berpandangan. Kaki mereka terpaku diatas jalan.

" Ha..habis tu siapa kalau bukan kau?" Soal Ad sambil meneguk air liur.

" Manalah aku tahu..yang penting ak.."

" Hihihihi..." Ad dan Ayyan terdiam. Mereka sama-sama menoleh kebelakang perlahan-lahan.

Lembaga putih yang tinggi sedang menghampiri mereka. Mukanya tidak nampak tapi tinggi. Rambut yang panjang menutupi bahagian muka.

" Ad..tu ke mak hantu yang kau nampak tadi?" Bisik Ayyan.

" Bukan..tadi hantu cantik. Ni hantu hodoh bodoh!! Lari Yan!!! Lari!! " Ad berlari. Namun Ayyan tetap terkaku dan terkedu apabila hantu itu semakin mendekat.

" Babi kau ni Yan! Suka menyusahkan aku! " Ad mengangkat Ayyan dan dia berlari sepantas yang mungkin.

Lembaga putih itu terhenti. Dan kini lembaga putih itu mencabut rambut dan kain putih ditubuhnya.

" HAHAHAHAHA!! Buruk siot muka Ad!! Penakut!" Shah dan Leo berdekah-dekah ketawa. Sekali pandang macam orang gila mabuk ketum. 

" Iye bodoh! Ayyan terus jadi cacat bangang!" Kutuk Leo. Zafrul dan Danish dibelakang hanya mampu ketawakan mereka berdua. 

****

" Weh! Ini lagi lambat! " Mimo dan suaminya menyengih saat mereka semua menangkap kelibat mereka berdua.

" Sorry..aku baru sampai. Hormat sikit orang honeymoon.." Ujar Mimo membalas kata Leo.  

Mereka semua berkumpul dihadapan meja makan. Budak-budak kecil sudah selamat beradu didalam khemah khas untuk budak-budak. 

Zahra mengambil tempat disebelah Azka. Azka pula berhadapan dengan Nuna dan Dani. Sebelah Zahra pula ada Ad, Ayyan dan Shah. Leo pula duduk ditepi Azka. Luna dan Robert bersebelahan dengan Kitten dan Zafrul. Mimo dan Faiz mengambil tempat berhadapan dengan Luna. 

" So, kita share storylah..story yang memalukan." Celah Kitten.

" Tak baiklah buka aib sendiri.." Tegur Zafrul. Ayyan menepuk tangan. 

" Aku setuju dengan Megat! Kau nasihat isteri kau ni, tak habis-habis nak gelakkan orang.." 

" Hah kau!" Kitten mencebik.

" Zahra ada benda nak share..tapi story yang happy.." Sampuk Zahra.

" Iye dungu? Apa dia? " Mereka semua menanti kata dari Zahra.

" Next month..Zahra ada keluarkan design terbaru for those yang couple! I mean husband and wife, boyfriend and girlfriend!!" Mereka semua menepuk tangan.

" Weh Zahra! Kau tahu sebab apa kau tersekat bila tiba masa kau nak masuk syurga?" Soal Shah tiba-tiba.

" Ha?" Zahra pelik. Mereka semua pelik dengan apa yang Shah mahu sampaikan.

" Ayyan! Bagitahu sebab apa.." Arah Shah. Ad menghulurkan botol mineral kecil pada Ayyan. Acah-acah seperti mikrofon. Leo pula menangkap gambar dan merakamkan detik orang gila bercakap.

" Ehem! Disini sudah tertulis beberapa perkara yang menyebabkan Zahra tersekat dari melangkah masuk kedalam pintu syurga.  Antaranya kau tak hormat orang single dan kedua kau tak respect orang single..apa ni Zahra? Kau buat aku nak nagislah..asal baju couple juga yang kau nak keluarkan?" Ayyan pura-pura menangis dibahu Ad.

Shah pun menekup muka dia acah-acah menangis. Ad mula mencembeng.

" Dah memang korang single. Sedar diri tu sikit. " Ujar Azka selamba.

" Wahai Tuan Muda paling tersetan. Kitaorang bukan tak nak cari pasangan. Kitaorang tunggu Zahra jadi janda. " Semua menghamburkan ketawa.

" Kau cakap pakai otak! " Bentak Azka sambil matanya menikam wajah Ayyan tajam.

Zahra menepuk perlahan peha Azka sambil ketawakan suami dia. Bahagia dia dikelilingi dengan orang-orang yang selalu ada dekat dengan dia.

****

Azka dan Leo melangkah masuk kedalam pejabat. Nampak Fuad dan beberapa pekerja lagi kelam kabut mencari dokumen yang sepatutnya dibentangkan pada hari esok.

Leo pelik dengan semua yang kelam kabut seolah-olah pejabat mereka ini mahu ditumbangkan.

Hilang sahaja kelibat Azka, Leo mendekati Fuad yang mula cuak.

" Asal semua orang kelam kabut ni? " Soal Leo kepada Fuad.

" Macam ni Leo, masa korang pergi settlekan site. Ada sorang perempuan ni datang tiba-tiba. Dia marah kitaorang semua! Dia kata sebabkan kitaorang ni Tuan marah. " Cerita Fuad.

" Then? "

" Lepas tu aku call security, tapi lepas dia pergi tu, fail yang diisikan dokumen tentang projek yang bakal kitaorang bentangkan dah tak ada! " Terpempan Leo apabila mendengar cerita Fuad.

" What?! This is not good time for joke Fuad! " Keras suara Leo.

" Betul Leo! Aku tak tipu! " Leo berdengus dan bercekak pinggang memanggil security.

Keadaan menjadi riuh rendah seketika apabila orang kanan Tuan Muda sudah pun tahu hal sebenar.

Leo cek CCTV dan memerhatikan perempuan yang datang kepejabat mereka.

" What the hell?! Kalau Tuan tahu, mati korang semua! Macam mana korang boleh sepahkan fail penting macam tu?! " Bentak Leo.

Pekerja-pekerja disitu semuanya menundukkan kepala. Tiada siapa yang berani bersua muka dengan Leo.

" Bagitahu aku siapa yang arrange meeting esok?! " Seorang gadis kecil mengangkat tangan.

" Sa..saya. " Leo mencerlungkan mata kearah perempuan yang manis berbaju kurung dan kepala dililitkan shawl.

" Pukul berapa meeting esok? "

" Err..sembilan pagi. "

" Aku nak kau lambatkan sikit meeting esok. "

" Tapi Tuan yang bagi masa tu. Sa..saya kena dengar arahan Tuan. "

" Really? Sekarang ni aku rapat dengan Tuan dan aku orang penting dia. Kau buat je apa yang aku suruh. Hal Tuan biar aku settlekan! It's clear?! "

Gadis itu mengangguk kepala laju. Sudahlah baru masuk, kena uruskan meeting dan sekarang kena ikut arahan mamat naga ni.

Leo mengerutkan keningnya apabila melihat CCTV. Yang pasti perempuan itu tidak pernah sekalipun berjumpa ataupun terserempak.

Dia merekod waktu perempuan itu datang dan menghantar ke Ad.

" Menyusahkanlah pompuan ni, kau sesedap rasa je muncul curi fail Mation. Kau dah tak sayang body kau ke perempuan? " Dia merungut dalam diam.

****

Shah menikmati waktu rehatnya. Segala kerja sudah diselesaikan dan selamat dihantar ke Tuan Muda. Fahmi sebagai pembantu Hayers hanya dikerling sekilas sebelum tubuhnya dihempas ke atas katil.

" Shah! Kau ada tengok business news? " Soal Fahmi sambil mengunyah chew gam.

" Tak! " Dia meraup mukanya perlahan. Butang baju bahagian atas dibuka.

" Ada company baru bhai! CEO dia perempuan bhai. " Shah menjulingkan mata keatas. Asyik perempuan, perempuan. Bosan!

" So? "

" Kalau aku cakap nama dia, mesti kau terkejut. "

Shah merenung muka Fahmi yang tenang. Tabik lah dekat Fahmi ni. Walaupun macam-macam kerja yang perlu dilakukan, dia tetap tenang sambil kunyah chewgam.

" Apa? "

" Ain Nadirah. CEO Yazis Holding. " Setiap ayat yang Fahmi tuturkan membuatkan mata Shah makin terjengil.

" Ain?! Yazis?! " Shah terkejut.

" Yes! Ain dia wujudkan Yazis. Ready jelah kita ni.. " Ujar Fahmi dengan menayang senyum manis.

" Tak, tak..kenapa dia bangkitkan Yazis?! " Shah sudah berdiri tegak dihadapan jendela bilik mereka.

" Sebab nak balas dendamlah..apalagi kalau kisah melayu ni..tak dendam, busuk hati. Itu jelah.. " Fahmi menekan-nekan papan kekunci dihadapannya.

" Shit! " Shah sudah menendang kerusi disebelah Fahmi.

Fahmi hanya memandang tenang pada kerusi yang sudah terlentang. Shah marahlah ni..

Nampaknya kumpulan terbaru yang bakal menjadi musuh Mation. Automatik kepalanya teringat Zahra.

Zahra!! Ain dan Zahra!

Segera dia mencapai kunci kereta dan dia menghubungi orang-orang gila untuk berkumpul.

Ya! Kali ini target Ain semestinya Zahra!




Continue Reading

You'll Also Like

850K 85.1K 72
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
5.5M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
296K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
56.3K 3.7K 48
" ๐ˆ ๐ฐ๐ข๐ฌ๐ก ๐ฒ๐จ๐ฎ'๐ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฆ๐ž ๐ฅ๐ข๐ค๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐ฐ๐š๐ฒ ๐ˆ ๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž ๐ฒ๐จ๐ฎ " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...