The DREAMER

Von The_Krayon

110 15 13

Seorang lelaki yang bernama Khai mendapat kuasa yang Luar biasa setelah menjumpai suatu lembaga tinggi di ten... Mehr

Pengenalan
#1:Dreamer
#2:Sarah
#4:Armada
#5: Penjaga

#3:Pagar sesat

7 1 1
Von The_Krayon

KINI

          "Tapi aku peliklah macam mane kau boleh jumpa dorang dengan cepat eh? Ko hacker ke?" Tanya Harith sambil matanya fokus memandang ke arah jalan raya yang sedikit sesak dihadapannya.

Khai masih terdiam kerana memikirkan nasib rakannya Ali apabila adik rakannya itu ditimpa musibah yang besar.

"Lebih kurang macam tulah. Tapi kalau aku cerita pon bukannya kau paham pon sebab bende ni bende I.T. banyak bende ko kene belajar Harith." Jawab Khai selamba.

5hari yang lepas

        Pada suatu malam di rumah Khai, Khai yang sedang melayan mimpi tidurnya itu terasa seperti terganggu. Khai yang sedang enak melayan mimpi tiba-tiba riak wajah Khai bertukar kepada kerutan.

Di dalam mimpi

      "Tolong! Tolong! Lepaskan aku!!" Jerit suara wanita misteri.

Khai membuka matanya di alam mimpi itu dan bingkas bangun. Khai mendapati dirinya berada di suatu kawasan lapang yang tiada penghuni.

"Suara siapa tadi?" Kata Khai didalam hati.

Khai cuba untuk meneroka tempat itu dengan melangkahkan kakinya dengan perlahan.

"Tolong!!" Jerit suara misteri itu sekali lagi.

Tema disekeliling Khai bertukar kepada suatu kawasan seperti dunia realiti. Khai bingung dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

"Tadi lapang lepastu ada dinding pulak? Rumah? Taman?" Khai masih bingung dan terus berganjak untuk mengenal pasti dari mana suara itu datang dari jauh.

Apabila Khai ingin memulakan langkahnya yang pertama, secara tiba-tiba susunan rumah di sekililingnya menjadi rumah teres dan sususan itu menjadi susunan pagar sesat. Ia membuatkan Khai menjadi lebih bingung dengan keadaan yang tertukar di sekitarnya.

         "Sebelah sini.. mari..." Satu suara wanita misteri dengan nada yang manja memanggilnya di sebalik pagar sesat itu.

  Khai pelik akan suara itu kerana di hadapannya terdapat dua simpang. Di sebelah kiri dia mendengar suara pertolongan manakala disebelah kanan dia mendengar suara panggilan yang manja. Khai menggaru kepalanya tanda keliru.

"Aku rase. Aku patut pergi tolong orang. Dahla belah kanan ni gelap!" Jerit hatinya.

Khai sebenarnya takut sedikit akan gelap kerana dia takut akan makhluk misteri yang menunggunya.

"Tolong! Sesiapa! Cepat!" Jerit suara wanita yang meminta pertolongan itu.

Khai terus lari menuju ke arah jeritan itu. Khai mengejar jeritan itu daripada kiri terus ke kanan, ke kanan terus ke kiri. Khai hampir putus asa, kerana dia tidak dapat menjumpai satu pon manusia yang memanggil meminta pertolongan itu. Sudah empat ke lima simpang dia masuk tetapi masih tiada orang. Rumah yang dikatakan menjadi pagar sesat itu tiada pintu dan tingkap untuk dimasukinya untuk selidik.

   "Belah sini~ Mari.. dekat sahaja" panggil suara manja itu.

Khai peka akan suara yang didengarinya. Lalu dia pon menuju ke arah suara manja itu. Khai sampai ke tempat itu dan mendapati tempat itu lapang tetapi penuh dengan dinding yang gelap. Seorang wanita berbaju kurung putih berdiri di tengah-tengah kawasan lapang itu.

"Rambut dahla panjang! Tutup mata hidung pulak tu! Baju putih! Kok pontianak!?" Jerit hati Khai dengan perasaan sedikit takut.

Kerana baginya semua jenis hantu itu adalah menakutkan dan ya Khai sememangnya takut akan hantu walaupon dia tidak pernah menjumpainya seumur hidup. Wanita itu mempunyai rambut yang panjang ibarat rambut Rapunzel. Kulit yang putih berseri dan gebu. Baju kurung putih yang cantik dan tiada satu pon tompok hitam hinggap di bajunya.

"Akhirnya, kita bertemu... Dreamer" kata wanita itu tersenyum sinis.

"Dreamer? Apa maksud dia?" Kata hatinya.

"Apa maksud kau 'kita bertemu'? Dan siapa kau? Kenapa kau panggil aku dreamer?" Tanya Khai dengan soalan yang bertubi-tubi.

"Dreamer. Kamu mempunyai rambut yang cantik. Muka yang berseri dan kacak penampilannya. Kau adalah orang yang kuat. Suka membantu manusia apabila susah. Kamu sememangnya handal dalam hal pencarian. Lagi-lagi apabila seseorang memanggil meminta pertolongan darimu." Kata wanita itu sambil memujinya.

  "Apa yang kau merepek ni?" Tanya Khai dengan nada sedikit marah.

"Ehehehe. Nampaknya kau masih mentah dalam hal ni Dreamer. Tengoklah dimana kamu sekarang. Di sebuah kawasan lapang yang gelap. Sebentar tadi kau sudah melalui pagar sesat yang berumah tetapi tiada pintu dan tingkap" wanita ituu gelak kecil dan memberitahu tentang mengapa dia disini.

"Takkan la kamu tak perasan wahai Dreamer." Kata wanita itu sambil tersenyum sinis semula.

Khai menggaru kepalanya tanda masih keliru.

"Cakapla tempat ni mimpi? Tapi bukanke kalau aku sebut mimpi dekat dalam mimpi akan jadi bende yang tak baik. Macam mesti perempuan tu akan serang aku bila-bila macam sleep paralysis! Pompuan depan ni bukannya boleh percaya! Entah entah-" tidak habis Khai berkata di dalam hatinya.

"Perkataan mimpi di dalam mimpi memang hanya boleh digunakan di sini tetapi hanya kamu sahaja yang boleh menggunakan perkataan itu wahai Dreamer dan juga saya bukanlah makhluk yang suka membunuh atau mengganggu ketenteraman manusia di dunia luar. Juga saya boleh mendengar isi hati kamu. Saya bukanlah pontianak~ ehehehe" kata wanita itu.

rupanya selama ini Khai berkata didalan hatinya wanita itu boleh mendengar.

"Oh tidak?!" Jeriit Khai dalam hati sambil mulutnya melopong terkejut.

"Sudah! Berhentilah dengan semua ni! Bagitau aku kenape kau panggil aku Dreamer?! Dan apa yang kau nak? Kalau betullah ini mimpi aku akan kejutkan diri aku" desak Khai kepada wanita itu kerana Khai masih keliru akan panggilan Dreamer dan masih keliru dengan apa yang dikatakan tadi.

"Kejutkan diri? Kamu tidak boleh kejutkan diri kamu selagi kamu tidak menyelesaikan suatu misteri dan misi kamu Dreamer." Kata wanita itu sambil memusingkan badannya ke belakang.

 "Oi! Mana kau nak pergi huh?! Datang sini balik!" Jerit Khai apabila melihat wanita itu berlajan perlahan menuju ke arah dinding gelap.

Suasana dibelakang Khai akhirnya bertukar menjadi seperti gempa bumi semua rumah dan pagar dibelakangnya berpusing seperti disedut oleh lohong hitam. Khai yang sedar tentang itu sambil menoleh kebelakang terus terkejut dan berlari ke arah wanita itu.

"Siot! Aku baru je nak lari belah sane!" Jerit hati kasar Khai sambil melihat akan pusaran dunia yang berlaku sebentar tadi.

"Kalau nak selamat marilah ikut saya... Awak akan belajar banyak benda dan awak akan dapat dari mimpi ni selepas saya tunjukkan lokasi yang terakhir" wanita itu berkata sambil berjalan menuju ke suatu tempat yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar Khai.

Kata-kata wanita itu seperti memaksa Khai untuk mengikutnya walaupon Khai tidak mahu mengikutnya. Akibat pusaran tersebut Khai pon bergerak dengan pantas mengikuti wanita itu dari belakang dengan berhati-hati.

  "Jadi, berapa banyak lokasi yang kau nak tunjuk? 10?" Tanya Khai dengan perli.

"3 sahaja.. lokasi dimana Dreamer berkumpul dan juga tempat rahsia kita bersama.." kata wanita itu sambil bersenyum.

Khai pelik akan kata-kata wanita itu kerana apabila wanita itu berkata 'Dreamer berkumpul dan juga tempat rahsia kita' Khai mulai risau dan mulai pelik akan apa yang dikatakan oleh wanita itu.

"Berapa ramai dreamer? Ape maksud dreamer? Ape tempat lokasi yang dia kata tu?" Soalnya didalam hati.

Wanita tersebut berhenti di hadapan satu pintu. Wanita itu menolak pintu itu dengan satu jari, kemudian lantas sinaran cahaya disebalik pintu tersebut menerangi mata Khai. Sinaran cahaya tersebut membuatkan Khai menutup matanya sedikit dengan menggunakan lengannya.

Kemudian silauan itu menghilang setelah beberapa saat pintu dibuka. Khai mengalihkan lengannya dan melihat betapa besarnya ruang tersebut seakan-akan dewan yang paling besar didunia.

   Akan tetapi tempat itu kosong tanpa penghuni. Khai pelik kerana kata wanita itu, ruang itu adalah tempat dimana para Dreamer berkumpul. Tetapi tiada seorang pon yang berkumpul di situ melainkan dia dan wanita itu.

"Jadi... Inilah dia? Tempat dreamer berkumpul? Macam kosong je.. aku ingatkan ade ramai rupanya aku sorang... Hahaha!" Perli Khai beserta gelak kecil terhadap wanita itu.

"Kuak!" Tiba tiba bunyi pintu terbuka di belah kiri. Penampakan 5 lembaga keluar dari pintu tersebut membawa permata berwarna. Salah seorang daripadanya membawa permata yang paling terang. Iaitu permata berwarna ungu.

"Itulah Dreamer~ mereka sama seperti kamu. Kamu mungkin tidak akan nampak muka mereka kerana ianya peribadi. Kamu hanya akan nampak bentuk badannya dan anggotanya sahaja. Mereka sebenarnya memakai pakaian biasa tetapi jika dilihat menggunakan mata kita sendiri. Mereka ibarat memakai baju ahli sihir." Jelas wanita itu mengenai 5 orang itu kepada Khai.

"jadi.. kalau macam tu. Ape yang dorang pegang tu? Dan kemana dorang nak bawak?" Tanya Khai dengan perasaan hairan.

Wanita itu senyum lalu menunjukkan ke arah bunga yang belum berkembang besar di tengah-tengah kawasan lapang itu. Khai melihat akan apa yang dilakukan oleh para Dreamer tersebut dan meletakkan batu permata itu dibawah bunga yang besar itu.

"Batu permata itulah apa yang sepatutnye kamu lakukan selepas ini. Batu itu adalah batu Ramada iaitu suatu batu yang berwarna dan hanya boleh dijumpai di alam mimpi manusia sahaja. Kita hanya akan mengambil batu yang berwarna sahaja. Batu yang tidak berwarna tidak perlu diambil."

"Batu Ramada ini juga adalah suatu batu yang boleh membawa sial kepada manusia. Itulah sebab Dreamer seperti kamu wujud di dunia ini untuk memberi manusia hidup yang sempurna dan juga mimpi yang indah."

   "Kamu mesti pernah mendengar mengenai mimpi ngeri dan mimpi-mimpi yang menakutkan bukan? Mimpi-mimpi tersebut mengandungi batu Ramada yang terang. Jika kamu tidak mengambilnya bermakna manusia yang mempunyai mimpi tersebut akan mendapat sial selamanya."

"Bunga itu pula ialah bunga penghancur atau dikenali sebagai Ramada Crush. Ia nampak seperti bunga biasa di bumi tetapi ianya adalah teknologi di dunia mimpi dan dunia Dreamer. Ianya akan memakan batu Ramada itu dan dengan balasan. Kamu akan mendapat hadiah daripadanya."

"seperti baju, senjata dan para wanita jelita untuk memuaskan nafsu kamu di dunia mimpi. Tetapi hadiah itu juga akan diberi dengan batu Ramada yang baru.. batu Ramada yang baru itu tidak mempunyai warna dan cahaya.. ianya seakan batu biasa dan batu yang baru itu patut kamu letakkan di mimpi mangsa supaya mereka dapat tidur dengan lena dan tidak mengalami tekanan yang tinggi di dunia." Jelas si wanita itu sambil menonton Ramada Crush memakan batu Ramada dengan mengembangkan bunganya dengan luas lalu menyedut semua batu tersebut.

Setelah beberapa minit mengunyah, tumbuhla 5 anak pokok di bawah Ramada Crush. 4 daripadanya mengembang menunjukkan didalam kelopak bunga tersebut mempunyai pakaian dan senjata baharu untuk Dreamer dan juga batu baru yang kecil untuk diberikan kepada tuan mimpi.

 Tetapi satu anak bunga yang tumbuh dihadapan seorang lelaki yang membawa batu Ramada yang terang bersinar tadi mendapat habuan besar iaitu seorang gadis jelita tidak berpakaian keluar dari kelopak bunga tersebut. Lelaki tersebut menyambar gadis jelita itu dan menciumnya dengan ganas seperti sudah lama tidak dapat memuaskan nafsunya.

Khai terkejut akan penerimaan hadiah yang dia lihat dihadapannya. Khai perhatikan seorang lelaki yang bersama gadis jelita itu jalan ke suatu tempat yang jauh dan melakukan adegan seks yang romantis. Tempat yang dituju tersebut mempunyai katil tetapi tiada dinding. Khai dapat melihat adegan tersebut dengan luas tanpa batasan.

Khai menahan selera nafsunya kerana dia belum habis lagi menyelidik tentang tempat yang dia berada sekarang. Tetapi yang membuatkan dia pelik adalah senjata yang didapati oleh 4 orang Dreamer tadi. Senjata itu seakan-akan nampak seperti senjata di dunia sebenar. Tapi apakah fungsi senjata itu? Apa yang diburu?

"Kenape dorang dapat senjata? Boleh berfungsi ke? Dan.. ape sebenarnya yang kami patut buat? Buru siapa?" Tanya Khai dengan nada dan pandangan yang serius.

Wanita tersebut gelak kecil apabila Khai bertanyakan soalan itu kepadanya. Wanita itu menunjukkan tanda isyarat tangan untuk mengekorinya lagi. Wanita itu dan Khai berjalan menuju ke lokasi seterusnya. Khai masih hairan tentang senjata yang dia lihat dan semua penjelasan yang diberi. Apakah Dreamer?

 Pintu berwarna ungu dibuka dengan perlahan.

"Untuk soalan kamu tadi.. kita tidak memburu sesiapa tetapi..." Kata wanita itu sambil menunjukkan sesuatu di belakang pintu yang dibuka tadi.

Alangkah terkejutnya beliau melihat apa yang disebalik pintu. Disebalik pintu tersebut menunjukkan beratus jenis makhluk ngeri sedang beku ade sesetengahnya boleh bergerak tetapi dirantai di tanah, dinding dan syiling yang tinggi. Ruang di sebalik pintu tersebut lebih luas dari ruang pusat utama sebentar tadi.

"Kita menggunakan senjata tersebut untuk menghalang makhluk ganas ini dari mengganas. Makhluk ini mempunyai nama. Kami gelarnya ARMADA. Makhluk ini telah wujud selama berjuta-juta tahun."

"Dahulu Armada ini sangat ganas hingga membuatkan manusia dahulu menjadi bodoh dan ganas. Sehinggalah suatu hari. Armada ini dapat ditentang oleh Dreamer dan Reacher. Armada ini adalah makhluk paling berbahaya di dunia manusia dan juga mimpi."

Dahulu juga Armada boleh menonjolkan diri mereka di luar dunia mata kasar. Juga dahulu mereka ini sangatlah besar dan tersangatlah ngeri. Populasi dan keganasan mereka semakin mencorot apabila Dreamer dan Reacher bekerjasama menghalang mereka dari membiak dan liar."

  "Seperti yang kamu lihat. Yang beku ini adalah Armada yang tersisa di era terdahulu. Juga ade sesetengahnya mempunyai senjata yang boleh menembak. Armada yang mempunyai senjata api ini adalah Armada dari perang Portugis dahulu."

  "Ianya mengajar manusia di Tanah Melayu cara menggunakan senjata api dengan betul untuk menentang pihak Portugis. Tetapi ajaran itu lama kelamaan menjadi ganas apabila wujudnya perang di Tanah Melayu dahulu iaitu perang komunis. Armada ini menghasut manusia di dalam mimpi untuk bertindak dan membunuh ramai manusia tanpa belas kasihan. Armada ini bukanlah berasal dari negara manusia melayu."

"Tetapi Armada ini berasal dari pelbagai tempat. Tempat yang sebetulnya masih tidak diketahui. Jadi Dreamer. Apabila kamu berjumpa dengan mereka gunalah senjata yang diberikan nanti dengan baik. Nescaya kamu akan selamat dan dapat menyelamatkan dunia manusia dan juga dunia mimpi daripada menjadi buruk." Jelas wanita itu.

Wanita itu menjelaskan bahawa Armada ini sudah wujud berjuta-juta tahunnya. Walaupon sudah dilawan dan membunuh tetapi koloninya makin bertambah dan makin berevolusi.

"Jadi Armada ni menghasut manusia melalui mimpi? Tapi kau cakap mereka ni pernah wujud di mata kasar. Maksudnya?" Tanya Khai dengan pelik kerana baginya seperti tidak percaya bahawa dahulu kala makhluk ini pernah wujud di dunia nyata.

   Wanita itu menghiraukan soalan yang diberi dengan senyuman lalu berjalan keluar dari pintu tersebut. Khai dengan kelirunya tanpa mendapat jawapan terus mengikutnya.

"Lokasi terakhir sebelum kamu bangun dari tidur." Wanita itu dan Khai berhenti betul-betul dihadapan pintu berwarna Ungu pekat.

Khai bertanya "tempat ape ni? Dan kenape tak bukak pintu?".

Wanita itu diam dan berkata "disebalik pintu ini mempunyai banyak rahsia. Juga disebalik pintu inilah mempunyai Raja Dreamer. Dialah yang memberi kita kuasa dan juga memilih kita sebagai Dreamer. Saya tidak boleh membuka pintu ini kerana hanya salah seorang daripada beribu Dreamer sahaja yang boleh membukanya, jadi jikalau kamu mahu membukanya. Kamu boleh mencubanya."

Khai dengan hairannya mendekati pintu tersebut sebelum Khai menolak pintu tersebut.

"kalau aku dapat buka pintu ni. Apa aku akan dapat? Dan kalau raja ada di dalam. Apa yang aku patut katakan? Patutkah aku ketuk dulu?" Tanya Khai sambil meletakkan tangannya di pintu.

"Kamu akan mendapat kuasa dan semua rahsia disebalik pintu itu. Juga kamu akan dipilih menjadi raja seterusnya jika kamu dapat membukanya." Jelas wanita itu.

"Raja? Aku jadi Raja? Tak mungkinlah. Tapi apa-apa pon belum cuba belum tahu" kata hatinya.

  Khai menutup matanya dan cuba menolak dengan perlahan. Semasa menolaknya dia berasa keras ditangannya seperti pintu itu tidak dapat membuka apabila dia membuka matanya.

           Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat sedikit sahaja pintu itu dibuka dan tersekat kerana Khai terkejut apabila beliau terlihat di sebalik rekahan tersebut mempunyai mata yang besar mengintai beliau. Lalu debgan pantas dia menutup kembali pintu itu.

"Whoa!! Aku..  tak dapat buka! Dan aku tak akan membukanya kalau aku boleh sekali pon!!" Jerit Khai kepada wanita itu.

Wanita itu senyum sinis dan berjalan ke pusat utama. Khai memandang ke arah pintu tadi. Rasa gementar dan menggigil dirasai oleh badannya. Peluh membahasi badannya seperti berdiri di bawah hujan lebat. Khai berlari menuju ke arah pusat utama.

  Wanita itu datang ke arah Khai.

"Dah sedia?" Tanya wanita itu sambil memberi tiga senjata utama kepada Khai iaitu pisau kerambit, pistol antik dan buku lima.

Khai menepis senjata yang diberi.

"aku takkan buat!! Belakang pintu tu bukan raja! Itu raksasa!" Jerit Khai didengari oleh Dreamer yang lain.

"Salah sebenarnya itulah raja kita. Itu adalah kuasanya dan ya itu hanyalah jenaka beliau sahaja" kata wanita itu sambil mengambil kembali senjata yang ditepis oleh Khai sebentar tadi.

"Betul tu.." tiba-tiba suara garau seorang lelaki muncul dibelakang Khai.

Suara itu datang daripada seorang lelaki berbaju ungu. Seluruh pakaiannya berwarna Ungu dan mempunyai jalur merah. Rambutnya berwarna ungu gelap. Hampir seluruh barang yang ada dibadannya berwarna ungu. Para Dreamer yang berada disekililingnya tunduk hormat kepadanya. Kenapa mereka berbuat demikian?

   Khai menoleh kepalanya ke arah lelaki tersebut.

"Maafkan aku sebab mengganggu. Aku lah Bendahara dan Laksamana mimpi. Aku berkhidmat dibawah pimpinan Raja mimpi. Mata yang kau lihat tadi ialah kuasa dia sahaja. Sebenarnya Raja mimpi sangat kecil dan pendek dari kamu." Kata seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Bendahara dan Laksamana itu.

"Jangan nak tipu aku! Aku nampak dengan mata aku sendiri! Dia pandang aku dengan tajam!" Jerit Khai mengatakan apa yang dikatakan itu adalah benar.

"Kalau begitu. Pernah lihat bentuk badannya? Pernah lihat matanya berkelip? Adakah mata tersebut bergerak?" Tanya Laksamana itu dengan yakin sambil menghampiri Khai.

"A-aku tak berapa perasan. Tetapi! Aku nampak matanya bes-" tidak sempat dia berkata terus Laksamana itu memegang bahunya.

"Jadi? Apa yang kau lihat adalah khayalan kuasanya sahaja. Yang sebenarnya, Raja Mimpi kita ni pemalu orangnya. Dia bukanlah raksasa dia bukanlah Armada. Dia adalah manusia yang berkuasakan Dreamer. Juga dia masih muda." Kata Laksamana itu dengan yakin.

"Well sebelum aku berleter panjang. Tempat ni bertingkat so.. jom ikut aku naik ke tingkat atas dan kita berbual lebih lagi" ajaknya sambil menghulurkan tangan.

Khai mengabaikan ajakan tersebut.

"Jadi kalau begitu.. boleh tak kalau aku keluar dari sini?! Sebab aku taknak jadi Dreamer" tanya Khai.

Dia bimbang jika apa yang dimahukan oleh Raja Mimpi itu tidak dapat dilakukan olehnya. Kerana apa yang diperhatikan oleh Khai ialah seakan akan Raja tersebut mahu semua Dreamer membuat kerje secara paksa dengan mencari manusia yang mempunyai masalah mimpi dan mengutip batu itu dengan cepat.

  Khai bukanlah seorang yang rajin akan hal pekerjaan seperti seakan-akan polis ini dan juga mencari mangsa kesakitakan didalam mimpi.

  "Sabar wahai dreamer.. kami tak pernah pon nak memaksa para dreamer untuk memulakan kerje ni secepat yang mungkin. Kerana kami tahu, ada lagi para dreamer seperti kamu tidak mahu menjadi dreamer tetapi tidak lama kemudian mereka akan kembali kesini untuk memulakan kerje mereka. Aku tau kau ni memang bagus dan baik orangnya."

  "Itu sebablah kami memilih kamu sebagai dreamer. Takpe, Kalau kamu masih fikir ini hanyalah mimpi atau ape ape saje.. tak apelah.. sebab kami tidak langsung memaksa pilihan kami untuk terus bekerja."

  "Kamu akan dihantar semula ke dunia nyata dan ya jikalau kamu berubah fikiran. Kamu boleh datang ke sini bila-bila masa. Hanya dreamer sahaja tahu jalan menuju ke sini." Kata Laksamana itu lagi sambil menunjukkan pintu keluar yang bersaiz manusia di sebelah tangan kirinya.

        Khai memandang pintu tersebut, dengan tidak berasa teragak-agak beliau terus lari menuju ke pintu keluar dan hilang apabila melepasi pintu tersebut. Wanita yang memimbingnya tadi masih lagi memegang sedulang senjata khas Dreamer. Mukanya menunjukkan seperti kecewa kerana tidak menerima senjata yang diberi kepada Khai.

"Jangan risau, tak lama lagi dia akan kesini semula.. aku tau dia masih nak mencari jawapan. Kerana budak perempuan di dunia betul itu dalam keseksaan mimpi.. dengan satu sentuhan sahaja Dreamer akan merasainya" kata laksamana itu dengan senyuman sinis.

Diluar mimpi

        Khai bangun dengan agak berpeluh. Jam di sebelah katilnya menunjukkan pukul 5pagi. Khai mengalihkan pandangannya ke arah tingkap yang mempunyai air hujan. Diluar rumahnya ketika itu sedang hujan dengan agak lebat. Beliau menutup kipas silingnya dan membuka telefon pintarnya. Beliau ingin mengetahui tentang mimpi yang dia baru sahaja lalui sebentar tadi.

"Apa itu dreamer? Armada? Ramada? Reacher? Apa semua ni? Dia kata Armada pernah muncul dekat dunia nyata? Betulke ni?" Kata hatinya sambil mencari maklumat tentang semua yang disebutnya tadi di dalam laman web Google.

Malangnya, tiada satu pon yang menunjukkan bukti bahawa ianya benar. Tetapi apabila beliau menaip "ARMADA MUNCUL DI DUNIA NYATA" ternyata satu laman blog mistik yang berada di bawah sekali memberi bukti bahawa ianya pernah wujud.

Judul di blog itu ialah

"SEEKOR RAKSASA DIKENALI ARMADA PERNAH WUJUD SEBENTAR SAHAJA DI TIGA NEGARA DAN HILANG SETELAH SEKUMPULAN MANUSIA ELIT TIDAK DIKENALI MENGEHENTAMNYA"

khai yang membaca judul itu berasa agak terkejut.

      Beliau membaca satu persatu ayat yang ditulis oleh empunya blog tersebut

"negara yang terlibat adalah Mesir, Turkey dan Malaysia" "di Mesir sebahagian para pengkaji menjumpai satu lukisan yang diukir oleh orang zaman purba mesir dan ditafsirkan bahawa 'makhluk sebesar piramid pertama itu keluar daripada otak manusia yang sedang tidur dengan membawa satu batu yang mempunyai cahaya yang lebih terang dari matahari dan memakannya hingga dirinya menjadi lebih kuat'" Khai masih lagi fokus membaca satu persatu kata kunci tersebut.

"Di Turkey pula para pengkaji menjumpai satu buku sejarah yang belom pernah di buka oleh sesiapa ditemui didalam tempat bersejarah lama. Buku itu ditulis dengan bahasa klasik turkey yang ditafsirkan 'seekor makluk yang ganas dan besar seperti gajah pernah muncul di sebuah rumah orang kaya di Istanbul.

Makhluk tersebut muncul ketika waktu malam, beranggapan oleh manusia bahawa ianya raksasa mimpi kerana dia akan muncul apabila semua orang tidur. Memegang batu permata sebesar tangan manusia dewasa dan memakannya pada setiap malam. Kami memanggilnya Armada yang bermaksud; makhluk mimpi" Khai mengalih perhatiannya ke arah topik yang baharu.

"di Malaysia pula, tanah air kita juga pernah mempunyai suatu makhluk mistik yang sangat mengerikan daripada raksasa lain yang pernah kita lihat di kaca TV. Raksasa ini pernah muncul di suatu kampung yang mempunyai sawah padi dan ladang jagung yang besar.

  Raksasa ini muncul diwaktu malam sahaja. Tinggi ukuran 50 meter dan mempunyai wajah yang agak mengerikan. Mempunyai empat tangan dan tiga kaki. Raksasa ini tidak seperti raksasa Armada di dua negara tersebut. Kerana raksasa ini hanya memakan batu yang keluar dari otak kanak-kanak.

  Dia tidak merosakkan harta benda dunia. Tetapi hanya membunuh kanak-kanak dengan memakan batu yang keluar dari otak mereka. Raksasa ini dijumpai pada zaman Dol Said yang ketika itu sedang mempunyai konflik dengan kerajaan British.

  Cerita ini dijumpai dan dibaca oleh pengkaji sejarah. Pengkaji sejarah ini menjumpai sebuah buku yang hampir reput tetapi masih mempunyai dakwat yang kekal dan buku itu penuh dengan bahasa jawi klasik. Ditulis oleh Dol Said sendiri yang menyatakan

'aku tidak tahu akan apa yang aku lihat dengan mata aku semasa aku bangun untuk menunaikan solat tahajjud. Tetapi ianya benar-benar mengganggu ketenteraman aku dan ia membuatkan aku merasai perasaan geli dan ngeri. Aku sudah banyak kali menerima berita mengenai kanak-kanak di sini meninggal dunia ketika tidur.'"

          "'kanak-kanak ini tidak kenal lagi erti dunia apatah lagi erti ilmuan agama dan adab. Apakah dosa mereka sehingga di bunuh oleh seekor makhluk yang tinggi ini! Aku melihat mereka menjerit diwaktu malam yang dimana sangkaan aku ialah bunyi kancil yang sedang dibaham oleh harimau tetapi ternyata ianya seorang kanak-kanak kecil yang masih berumur bawah belasan tahun dan masih lagi di dalam dunia permainan mereka! Batu yang mempunyai cahaya terang itu keluar dari otak budak itu dan dimakannya batu itu sehingga ianya menjadi tinggi dan besar!'" khai membacanya dengan kusyuk sehinggalah dia melihat point seterusnya iaitu

  "pahlawan berani yang membunuh raksasa mimpi ataupon Armada"

         "Di Mesir Purba seorang lelaki dan seorang wanita muncul di satu tempat dimana raksasa itu berada. Ramai orang mati ketika raksasa itu muncul. Mereka mempunyai tongkat sakti dan satu pisau yang bercahaya berwarna merah. Mereka membunuh raksasa tersebut dan hilang apabila Kawasan Mesir Purba itu tidak ada lagi Raksasa yang muncul selama tiga hari.

  Di Turkey pula mempunyai sekumpulan ahli remaja dan mempunyai lencana Persekutuan Kerajaan Turkey. Lima orang dalam kumpulan itu menyerbu masuk ke dalan rumah orang kaya itu untuk membunuh raksasa itu sebelum ianya membesar.

   Dua hari kemudian mayat orang kaya itu keluar diusung oleh jirannya tetapi sekumpulan remaja tersebut hilang setelah kali terakhir dijumpai di dalam rumah itu.

   Di Malaysia pula mempunyai tiga orang lelaki gagah yang berani. Mereka adalah sekumpulan pemberontak yang mengikut arahan Dol Said. Mereka membunuh raksasa itu ketika larut malam di ladang jagung sambil diperhatikan seorang juru gambar pihak British. Setelah dibunuh. Ketiga-tiga orang lelaki tersebut hilang dari pandangan. Sehinggakan harini ini ketiga-tiga orang lelaki tersebut hilang tidak ditemui.'" Khai berasa aneh dengan pahlawan tersebut kerana mereka muncul dengan cara yang ramai orang tidak tahu tetapi hilang seperti diculik bunian.

       Khai berfikir bahawa kemungkinan di Mesir Purba itu salah seorang dari lelaki atau perempuan itu adalah Dreamer dan seorang lagi ialah Reacher.

  Kerana dia teringat akan kata-kata wanita yang ada didalam mimpinya itu memberitahunya bahawa "Reacher dan Dreamer pernah bersatu untuk melawan Armada" itulah sebab kenapa di dalam setiap kisah yang dinyatakan di dalam blog ini tidak pernah mengatakan bahawa ada seorang sahaja pahlawan yang membunuh raksasa tersebut tetapi dua atau lebih manusia yang melawan raksasa tersebut.

Tanpa berfikir panjang Khai yang agak meminati cerita di blog tersebut terus menekan butang "download this page" supaya dia boleh menunjukkan bukti ini kepada rakannya atau membuatnya untuk dirinya sendiri sebagai motivasi untuk menjadi Dreamer.

Tetapi dia teringat semula bahawa dia tidak mahu menjadi dreamer kerana apa yang dilihatnya di dalam mimpi tadi. Khai terus tidur kembali menunggu matahari terbit. Biasalah itulah tabiat lelaki apabila mendapati dia baru sahaja bangun dari tidur lebih awal. Lelaki.... Sangat senang .... Begitu juga.... Kamu yang sedang membaca ini bukan? Muehehehe

          Menjelang siang Khai menaiki bas menuju ke hospital dimana adik kawannya Ali masih lagi terdampar di katil hospital. Niatnya ke sana untuk memberitahu Ali tentang satu maklumat yang dia dapati mengenai kes Sarah.

   Tetapi malangnya maklumat itu hanyalah sedikit kerana tidak mempunyai nama pemangsa dan hanyalah clue sahaja. Khai duduk disebelah pemuda yang berumur 20-an yang tidur-tidur ayam. Khai meletakkan tangannya sendiri ke ribanya. Khai masih lagi berfikir mengenai mimpi tadi.

   "Kalau aku terima.. macam mana aku nak masuk ke mimpi orang? Kenapalah aku tak tanye ye? Ke aku kene baca mantera apa-apa dan sebut nama orang tu baru boleh masuk? Heh merepekla" kata hatinya sambil ketawa kecil.

   Pemandu bas mengalihkan sterengnya ke belah kiri menuju ke taman utama tempat itu. Impak di dalam bas itu membuatkan ramai penumpang bergerak sedikit seperti dipukul ombak yang lemah. Pemuda yang tidur di sebelahnya terus meletakkan kepalanya ke bahu Khai dan jarinya tersentuh jari Khai. Khai terkejut akan kepala pemuda itu terletak di bahunya terus pandangannya menjadi gelap.

        Terdengar bunyi titisan air, sedikit demi sedikit ianya jatuh ke air "tik" bergema bunyi itu seperti di dalam gua yang dalam dan luas. Khai bangun membuka matanya mendapati dirinya bukanlah berada di dalam bas. Tetapi beliau sekarang berada di suatu tempat yang gelap seperti mimpi.

"Dimana aku? Tempat Dreamer? Tapi kenape gelap sangat?" Kata hatinya ketika merafqu mencari jalan.

   Gelap keadaan disitu seperti berada di dalam ruang yang teragak gelap sehingga tidak dapat melihat dirinya sendiri. Secara tiba-tiba cahaya mula bersinar di suatu tempat. Cahaya itu tepat menerangi seorang lelaki dan seorang budak yang berada dalam lingkungan umur 5 ke 6 tahun.

Khai tidak dapat mendengar perbualan mereka apatah lagi dapat melihat muka mereka. Mereka ibarat sebuah patung model yang berada di sebuah kedai baju dan fashion. Tetapi boleh bergerak secara lancar seperti manusia. Khai tidak berasa pelik akan situasi tersebut kerana di pusat Dreamer pon tidak menunjukkan muka dan suara. Melainkan wanita itu dan laksamana tersebut.

        Khai cuba mendekati mereka dan secara tiba-tiba satu cahaya terang berwarna merah menjadi terang malap di sebelah kanannya. Khai melihat cahaya itu dan mendapati bahawa ianya adalah batu Ramada. Berwarna merah dan masih lagi dalam cahaya malap. Khai rasa itulah peluangnya untuk mencuba nasib sebagai seorang Dreamer. Dia cuba mendekati batu itu. Hampir sahaja Khai menyentuh batu itu, seekor makhluk aneh menuju laju ke arahnya.

      "Gragh!!" Ngauman tersebut keluar dari mulut makhluk aneh itu yang sedang menuju laju ke arah Khai dengan tangannya yang besar. Khai terkejut akan makhluk itu dan mengelak secara mengundur. Makhluk itu hampir terkena Khai dan melanggar dinding di alam itu.

  Khai bangun dari kejatuhan ketika mengundur tadi dan melihat makhluk aneh itu. "jadi inilah... Armada"

#Bersambung....
        

         

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

74.7K 2.9K 6
2 tom dylogii ,,Agony"
1M 1.6K 37
There will probably be some fluff but there will mostly be smut stories. And I'm very sorry my miss spelling This is my first ever book so please let...
100K 3.7K 21
فيصل بحده وعصبيه نطق: ان ماخذيتك وربيتك ماكون ولد محمد الوجد ببرود وعناد : ان مارفضتك ماكون بنت تركي !
23.6K 1.3K 34
Y/N is reincarnated in HI3rd as her/his favorite character, Houraiji Kyuushou. She finds herself in Nagazora, and starts to explore it, trying to fin...