Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 38K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

52

61.3K 3.6K 157
By Lollysnow

'Ktang!!'

Baru sahaja Safiya mahu beredar dari meletak kotak-kotak catur di dalam bilik kelab. Langkahnya terhenti mendengar sesuatu dari bilik stor berhampiran. Spontan kakinya beralih arah menuju ke bilik stor itu.

Buka sahaja daun pintu dahinya berkerut.

"Nasha?"

"Kau ponteng perjumpaan kelab ke?" Tak teragak-agak Safiya melangkah masuk dan serentak itu tubuh Nasha berundur beberapa tapak kebelakang dengen gelengan kepala. Safiya mengerut dahi.

"Kenapa? Kau menangis Nasha?"

"Jangan dekat!!" Keras suara Nasha buat Safiya terkedu berundur beberapa tapak kebelakang. Air liur diteguk terasa berpasir.

Kenapa dengan perempuan ni? Setahu dia Nasha yang dia kenal, tak macam sekarang. Perempuan tu selalu tersenyum tak pernah sedetik pun di tengok Nasha masam muka lagikan berperangai macam ni.

"K..kau ada masalah ke?"

"Pergi! Jangan ganggu aku!" Dalam suara Nasha membalas tanpa memandamg wajah Safiya saat itu.

"Okay.." Kalau dah dihalau. Buat apa dia menyibuk. Safiya garu kening sebelum dia katup kembali pintu stor kelab itu. Mungkin perempuan itu ada masalah di rumah, dan tak mahu rakan-rakan sekolahnya tahu.

Mungkin.

Dia fikir, dia akan berhenti memikirkan Nasha. Tapi kali ini fikirannya tiba-tiba kusut memandang gadis itu. Hari demi hari Nasha seperti bukan Nasha sebelumnya. Dia diam hingga kawan-kawan sendiri tak pedulikan kehadirannya. Dia bersendiri, dia tak banyak ketawa, dia tak hiburkan orang seperti dulu lagi.

Nasha itu, bukan Nasha yang dulu dia selalu lihat. Bukan perempuan itu tak ada kawan, tapi sejak Nasha mula berubah. Seorang demi seorang menjauhkan diri. Tiada seorang tahu apa yang Nasha alami, tak ada seorang peduli apa yang Nasha rasa.

"Dia nak attention je tu." Hanya itu yang Safiya dapat bila dia menyoal salah seorang rakan rapat perempuan itu.

Attention? Logik ke nak kan attention dalam keadaan Nasha seperti tinggal jasad tak berjiwa itu?

"Nasha.. Nasha..." Safiya berhenti melangkah menoleh kebelakang memandang Nasha menuruni tangga diganggu beberapa orang lelaki nakal sekolah.

"Lepas! Jangan ganggu!"

"Kau kat sekolah buat-buat sombong Nasha. Kat luar bukan main eh." Ada tawa-tawa sinis buat wajah Nasha serta merta berubah.

"A..apa kau cakap?"

"Alaa Nasha, rilek lah. Kami kami je. HAHAHAHAA."

'Pang!!' Safiya tersentak melihat Nasha tak teragak-agak mengangkat tangan menampar lelaki itu. Mata remaja itu merah berair.

"Kau!"

"Kau gila!" Nasha kuat menjerit sebelum dia berlari melintasi batang tubuh Safiya yang kaku memerhati.

"Perempuan murahan memang macam tu. Dah kantoi buat-buat malu." Kata-kata lelaki di tangga itu buat Safiya memandang tajam. Perlahan-lahan langkah diatur mendekati lelaki itu.

"Kantoi apa?" Tak berperasaan dia menyoal.

"Ni hal lelaki. Kau perempuan tak payah masuk campur." Angkuh salah seorang lelaki disitu membalas buat Safiya ketap gigi.

"Aku nak tahu." Safiya pandang tanpa riak.

"Aku cakap tak payah!"

"Aku cakap, aku nak tahu!!" Serentak itu kolar baju lelaki itu dicengkam lalu dia tolak kasar pada dinding.

Terkedu lelaki itu dibuatnya.

"Dia.. video s*ks dia dengan senior kita tahun lepas ada orang sebar dalam group." Perlahan-lahan tangan Safiya mengendur melepaskan kolar baju lelaki itu.

"A..apa kau cakap?" Lemah suara dia menyoal kembali.

"Kau ni pekak ke? Aku cakap video dia main dengan senior kita yang tahun lepas orang sebar dalam group! Group-group lelaki!"

"Kalau kau buka mulut kau pada orang lain. Aku akan pastikan kau dah tak boleh bercakap lagi!" Keras amaran Safiya sebelum dia berlari mencari susuk perempuan itu.

"Nasha!!" Tolak sahaja pintu stor, Safiya kelu memandang Nasha terduduk menekup wajah pada lutut.

Dengan nafas termengah-mengah, dia perlahan-lahan melangkah menghampiri.

"Aku nak mati.. Aku penat.. Aku takut nak hidup lagi.." bergetar suara Nasha kedengaran buat Safiya perlahan-lahan menunduk memegang bahu rakannya.

"Nasha.."

"Aku nak buat apa lagi. Aku takut.. Aku takut mama papa aku tahu. Aku takut semua orang tahu.. Aku takut.."

"Kau boleh cakap dengan mama papa kau Nasha, kau bo.."

"No!! Sampai aku mati pun, tolong jangan.. Tolong jangan beritahu dia orang.."

"Tolong..."

"Tolong..."

Raungan Nasha masih segar dalam kepalanya sehingga hari ini. Nasha masih boleh bertahan walau berbulan-bulan sudah berlalu tetapi. Sakit di dalam diri perempuan itu juga makin parah.

Safiya termenung memandang wad menempatkan Nasha sejak seminggu yang lalu. Keluarga Nasha ada maklumkan yang Nasha terkena buatan orang sehingga anak itu tak lalu makan, tak dapat minum. Setiap kali Nasha makan setiap kali itu perempuan itu akan muntah hingga sekarang berat tubuh Nasha hanya 38kg.

Ralat, dia sangat ralat

Dia satu-satunya tahu apa yang sebenarnya berlaku pada Nasha. Dan sampai hari ini dia masih menyimpan segala sakit perempuan itu dibahunya.

Berat, terlalu berat..

Safiya angkat tangan menekup mulut. Mata mula berair. Dia dah cuba balas apa yang orang-orang itu buat pada Nasha. Tapi tetap, dia lemah

Akhirnya Safiya sendiri teresak-esak disitu.

THAQIF koyak senyum memandang Dato' Azham sendirian di meja kopi. Dia sarung selipar sebelum melangkah menghampiri bapa mentuanya.

Lihat Thaqif disitu, Dato' Azham tak bereaksi selain terus melempar pandang keluar laman rumah.

"Papa petang-petang biasa duduk melepak kat sini ke?" Thaqif tarik kerusi seraya menghenyak punggung.

"Melepak apa. Aku bukan muda macam kau orang lagi."

"Ish siapa cakap melepak untuk orang-orang muda je? Kalau papa bosan. Papa boleh ajak Thaqif sekali. Buat apa ada menantu handsome kalau tak boleh ajak melepak." Thaqif berseloroh ditembak jelingan oleh bapa mentuannya. Spontan dia tergelak kecil.

Haih bapa dengan anak sama je perangai kalau merajuk.

"Maafkan isteri Thaqif. Sebab tinggikan suara pada papa. Maafkan Thaqif sebab gagal didik dia betul-betul." Kata-kata Thaqif buat wajah Dato' Azham sedikit mengendur. Hati tuanya masih terluka.

"Thaqif tak pernah salahkan apa yang papa buat. Thaqif tak pernah bantah kalau papa nak hukum Thaqif dan Safa macam ni.. Papa, lelaki yang dah jaga isteri Thaqif. Dah besarkan Safa dan serahkan dia pada Thaqif dengan sepenuh kepercayaan papa."

"Tapi Thaqif cuma minta papa bagi kami peluang. Thaqif akan baiki semua silap Thaqif dulu dan jadi lelaki yang terbaik untuk anak papa."

"Kamu yakin yang kamu tak akan sakitkan Safa lagi." Tanpa berpaling Dato' Azham menyoal.

"Past doesnt describe my future. Once I promised I always keep it for my entire life. Safa dan Saqif segalanya bagi Thaqif sekarang." Bersungguh-sunggub Thaqif membalas. Yakin tanpa teragak-agak.

"Then buktikan."

Serentak itu Thaqif ukir senyum lebar.

"Papa dah kenal Saqif?" soalan Thaqif buat Dato' Azham berpaling dengan kerutan.

Serentak itu dia tersentak memandang Safa menghampiri mendukung Saqif ke arahnya.

"Saqif ni tak banyak songeh tau papa. Jadi papa boleh pegang dia. Dia cucu paling baik, Safa jamin!" Tak dipinta Safa letak Saqif di atas riba papanya.

Tak beradab punya anak. Datang bukan nak minta maaf. Pergi menunjuk anak dia pula.

"Well, I have no one to compare." Respon Dato' Azham buat Safa dan Thaqif serentak menghamburkan tawa. Safa tarik kerusi melabuhkan punggung disebelah suaminya.

"Same goes to me, despite married or have a kid. I can't compare how perfect you are as the father. Thank you papa." Safa tunduk meramas jari hingga tangan Thaqif bergerak menindih tangannya. Ada senyum diukir suaminya.

"Papa minta maaf. Berbahagialah dengan suami kamu." Dato' Azham tunduk memandang Saqif dalam riba, seperti terbayangkan bertapa kecilnya Safa dalam dukungannya satu ketika dahulu.

"Kita akan bahagia sama-sama. Nanti papa akan ada menantu, Thaqif dan suami Safiya.."

"Amboi cepatnya kamu fikir suami Safiya!" Dato' Azham laju memintas. Belum hilang sakit kepala, makin sakit kepala dia dibuatnya. Tak boleh bayang Safiya akan berkahwin semuda itu.

"Nanti tau nanti!" Safa melepas tawa menangkap riak cuak papanya.

"Amboi ketawa sampai tak ingat dunia. Mama sorang yang buat air kat dalam."  Datin Khadija keluar membawa dulang air.

"Alamak! Safa lupa!" Safa tepuk dahi.

"Awak ni memang kan!" Thaqif cuit tangan isterinya dengan gelengan kepala.

"Safa ni memang macam tu Thaqif. Pandai je mengelat." Dato' Azham menyampuk buat Safa muncung tak puas hati

"Ee papa ni asyik nak burukkan Safa je."

Perbualan mereka terhenti memandang Safiya melangkah melintasi tanpa kata.

"Kamu dari mana Safiya? Mari minum sekali?" Safiya sedikit tersentak disapa mamanya.

"Meriahnya." Spontan kaku melencong ke arah keluarganya.

"Mari makan, kau dari mana ni?" Safa pula bertanya buat Safiya garu kening.

"Melawat kawan kat hospital. Safiya masuk dulu. Baru balik dari hospital tak elok dekat dengan baby." Safiya membalas lembut, sempat dia jeling Saqif dalam dukungan papanya. Nampaknya hubungan mereka sudah pulih seperti biasa. Dia bersyukur.

"Haa kalau macam tu pergilah, nanti turun lah minum-minum petang kita berborak." Dato' Azham pula menyampuk buat Safiya senyum kekok. Papanya dah ada hati nak bercakap dengan dia?

Baguslah.

"Tengok lah dulu. Safiya masuk dulu." Safiya senyum tipis sebelum dia melangkah masuk meninggalkan mereka disitu.

Kepalanya penat, fikirannya kusut sehingga dia tiada tenaga mahu bercakap dengan sesiapapun.

Mungkin ini yang dirasa Nasha.
Atau mungkin lebih teruk.

______

"Bila kita boleh balik rumah kita?" Safa pandang Thaqif ralit memotong kuku anaknya. Haih malam-malam juga dia nak potong kuku.

Orang suruh tunggu esok, dia cakap nanti takut Saqif lukakan kulit pula. Biasalah tuan puan. Bapa paranoid.

"Bagilah mama papa main dengan Saqif puas-puas dulu." Thaqif membalas mudah.

"Saya kerja sayang." Safa henyak punggung disebelah suaminya yang terbongkok-bongkok memegang tangan kecil Saqif.

Senyuman kecil terbentuk dibibir.

"Thaqif."

"Hm?" Berkerut-kerut muka Thaqif menilik jari kecil Saqif.

"What about another kid." 

Thaqif tersentak dengan mata membulat memandang isterinya.

"Ish! Seriuslah!" Muka tak rela.

"Gurau je lah! Hahaha kenapa muka macam  orang baru telan cicak ni?"

"Umur Saqif 3 or 4 tahun baru kita fikirkan another kid. Awak tu beranak czer. Fikir-fikirkan juga kesihatan tu." Serupa mak-mak lelaki itu membebel. Sekarang ini dia confius, siapa yang beranak sebenarnya?

"Awak cakap macam awak yang mengandung sembilan bulan." Safa juih bibir.

"Sakit awak sakit saya. Kalau tak nak saya sakit, jadi jangan cari sakit." Tak beriak Thaqif membalas sambil lelaki itu menyimpan kepit kuku dan kembali membelen jari-jari Saqif.

Safa kemam bibir menahan senyum.

"Thaqif.."

"Hm?" Thaqif dongak dengan sebelah kening terjungkit.

Cup.

"I love you.."

Perlahan-lahan bibir itu membalas senyum.

"Are you really flirting with me right now?" Tangan Thaqif bergerak menarik wajah Safa merapat.

Safa teguk air liur.

"You have no idea how much I want you huh? My Queen."

_____

Continue Reading

You'll Also Like

577K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
148K 1.2K 7
Cinta, membahagiakan. Malah cinta juga membunuh seluruh harapan.
432K 59.3K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI
66.6K 6.2K 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. ...