HI, ENCIK PROFESSOR!

By Angel_k20

126K 13.7K 7.9K

G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesai... More

Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10 [1]
Bab 10 [2]
Bab 10 [3]
Bab 11 [1]
Bab 11 [2]
Bab 11 [3]
Bab 12 [1]
Bab 12 [2]
Bab 12 [3]
Bab 13 [1]
Bab 13 [2]
Bab 13 [3]
Bab 14 [1]
Bab 14 [2]
Bab 14 [3]
Bab 15 [1]
Bab 15 [2]
Bab 15 [3]
BAB 16 [1]
BAB 16 [2]
Bab 16 [3]
PERHATIAN
Bab 17 (1)
Bab 17(2)
Bab 17 (3)
Bab 18 (2)
Bab 18(3)

Bab 18 (1)

3.2K 266 86
By Angel_k20

Prof. Dato' Dr. Hisham memandang tajam ke arah anaknya dan juga anak buahnya. Sebetulnya, timbalannya dalam menguruskan hal ehwal fakulti. Kedua-dua orang anak muda itu tunduk menekur lantai. Riak wajah tak selesa memang jelas terlakar di wajah Aralyn, tapi Qarizh tenang sahaja. Memang seperti yang dia jangka daripada profesor muda itu.

"Apa ceritanya ni, Qarizh? Awliya?" tanyanya.

Qarizh mengangkat muka lalu anak matanya turut menentang panahan mata ketuanya. Walaupun riak mukanya tenang, namun sumpah jantungnya berdebar bagai nak gila dengan semua ini. Tapi kalau tak luah, tak kena. Lelaki berkarisma di depannya adalah wali Aralyn. Walau apa pun, kena hadap juga lelaki itu kalau nak kahwin dengan Cik Tunang Abang Sayang.

"Saya nak kahwin dengan Aralyn," luah Qarizh dalam satu nafas.

Krik. Krik.

Suasana di dalam pejabat dekan itu serta-merta bertukar sunyi. Hanya bunyi desiran halus dari alat pendingin hawa sahaja kedengaran di telinga. Baik Aralyn atau papanya sendiri, kedua-duanya kelihatan terkejut beruk. Mana taknya, tanpa mukadimah Qarizh terus menyatakan hasrat hati tanpa menjawab soalan yang dikemukakan.

"Khabar angin tu benar. Saya sukakan Aralyn," luah Qarizh lagi.

"Dan saya serius nak kahwin dengan dia. Izinkan saya nikahi Aralyn, prof." Berani, sangat berani. Terus direct tanpa berlapik.

Tapi, Prof. Dato' Dr. Hisham hanya diam. Keadaan itu menimbulkan rasa ketidaksenangan di dalam hati Qarizh. Ketika ini, macam-macam persoalan timbul di benaknya. Adakah hubungan mereka akan mendapat tentangan daripada si papa Aralyn ini? Adakah pinangannya akan ditolak? Sumpah dia akan kecewa teruk kalau lamarannya tidak diterima.

"Awliya... kamu pula macam mana?" Setelah agak lama diam, dekan itu bertanya kepada anaknya.

"Awliya..." Aralyn pandang Qarizh. Namun, hatinya sedikit geram apabila lelaki itu langsung tidak berpaling ke arahnya.

"Papa rasa macam mana?" tanyanya pula.

Dia kembalikan soalan itu kepada papanya. Sebabnya, secara jujurnya dia pun tak tahu sama ada nak terima atau tak lamaran Qarizh. Hatinya masih berbolak-balik dan tidak yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan. Lagipun, dia tak tahu berapa dalam cinta Qarizh kepadanya walaupun hatinya sendiri suka kepada lelaki itu.

"Papa?" Prof. Dato' Dr. Hisham menjongketkan kening.

"Kalau boleh, hari ni jugak papa nak kahwinkan kamu berdua. Settle!" Terus dia tertawa melihat wajah terkejut dua orang anak muda di depannya.

Qarizh pandang Aralyn, Aralyn pandang Qarizh. Lidah mereka berdua kelu. Sungguh tak terkata apabila jawapan lelaki tua itu lain daripada jangkaan. Qarizh, dia ingat pinangan terlebih selambanya akan ditolak. Aralyn pula ingat papanya akan menentang dek sebenarnya, dia tak beritahu pun lagi papanya bahawa Qarizh melamarnya minggu lepas.

"Papa suka dengan keberanian Qarizh luahkan hasrat hati. Ya, papa dah lama tahu kamu berdua suka satu sama lain cuma ya, saja papa nak tengok sejauh mana kamu serius, Qarizh. Anak jantan, dia akan berani berjumpa sendiri wali si perempuan untuk minta izin menikah," senyum papa Aralyn.

Jujur cakap, hatinya berbunga-bunga apabila profesor muda itu akhirnya akan menjadi menantunya. Sudah lama dia berkenan dengan Qarizh dan pernah suatu hari, dia berdoa kepada Allah SWT supaya menjodohkan anak muda itu dengan anaknya, Aralyn Awliya. Tak sangka pula Allah memakbulkan doanya. Balik dari Indonesia, tiba-tiba Qarizh datang meluahkan rasa.

"Macam mana prof. tahu kami berdua...?" Qarizh melontarkan soalan dan kemudian, pandangannya dialihkan kepada Aralyn.

"Jacky." Pendek saja jawapan orang tua itu.

"Jacky?" Aralyn mengerutkan muka.

"Apa yang dia beritahu papa?" Hatinya mulai panas dengan apek itu. Tunggulah kejap lagi apabila balik ke GOL, pasti lunyai apek itu dikerjakannya. Tak boleh simpan rahsia langsung!

"Tak ada apa pun. Cuma dia laporkan semua yang berlaku antara Awliya dengan Qarizh kepada papa." Selamba sungguh jawapan si papa.

"Macam mana Qarizh selamatkan Awliya, Awliya menangis bagai orang kematian laki bila Qarizh sakit, macam mana Qarizh berjaga di GOL setiap malam demi lindungi Awliya..." Satu-satu dia senaraikan apa yang diberitahu oleh Jacky kepadanya.

"Itulah kisahnya. Lagipun, semua yang berlaku ni sebab Awliya mulakan dulu kan? Apa budak-budak cakap hari tu? Encik tunang... ha, encik tunang abang sayang. Awliya mengaku dalam dewan kuliah yang Qarizh ni tunang Awliya kan? Berani," perlinya pula.

Oh, mama help me!

Aralyn rasa nak hantuk je kepalanya di dinding. Tak sangka pula ulah nakalnya sebelum ini diketahui oleh papa. Sumpah dia tak tahu nak letak dekat mana mukanya sekarang. Memang masa itu, selamba habis dia panggil Qarizh dengan nama Encik Tunang Abang Sayang.

Melihat Qarizh menahan ketawa, lagilah dia rasa terlajak malu. Entah syaitan manalah yang merasuknya sampaikan berani betul dia memanggil bapak singa itu dengan panggilan tersebut. Kalaulah masa boleh diputar kembali, pasti dia akan cuba jadi wanita Melayu terakhir pada hari itu.

"Papa..." Memerah muka Aralyn dek malunya semakin menebal.

"Haih, kamu berdua ni." Prof. Dato' Dr. Hisham menanggalkan cermin mata lalu meletakkan cermin mata itu di atas meja.

"Qarizh, bila plan nak kahwin tu?" tanyanya pula kepada Qarizh.

"Jawapan tu ada pada Aralyn. Dia... tak bagi jawapan lagi sama ada terima atau tolak lamaran saya." Qarizh menjawab seraya mengerling ke arah Aralyn.

Gadis itu kelihatan malu-malu. Entah apalah yang dimalunya, dia pun tak tahu. Padahal sebelum ini, mana pernah Aralyn berlagak ayu macam perempuan Melayu terakhir. Acah-acah solehah depan papa ke macam mana ni?

Memang menipu habislah kalau depan papa, berlagak lembut pijak semut pun tak mati. Sebab yang betulnya... Aralyn Awliya itu gadis paling tak semenggah yang pernah dia kenal. Lagi haru, langsung tak control ayu bahkan perangainya nauzubillah.

Kenapa dia boleh tersuka Aralyn pun, dia tak tahu. Aneh sekali perasaan yang dinamakan cinta.

"Awliya nak kahwin tak dengan Qarizh?" tanya papa Aralyn.

"Err..." Seperti tadi, Aralyn berlagak malu-malu. Merah mukanya.

"Diam tu tanda setuju. Setuju jelah ya." Prof. Dato' Dr. Hisham pandang Qarizh lalu menguntumkan senyuman.

"Mulai hari ni, kamu kena panggil saya 'papa'," suruhnya pula.

"Baik, papa," akur Qarizh. Lancar tanpa janggal dia sebut panggilan tersebut bagaikan ketuanya itu memang papanya yang sebenar.

"Papa nak majlis diadakan segera. Benda baik tak elok dilambat-lambatkan. Ujian bertunang ni berat. Lagipun, papa risau Awliya duduk seorang tanpa teman. Dengan adanya Qarizh sebagai suami, papa senang hati," ujarnya pula.

Sekali lagi, bibir tuanya menguntumkan senyuman. Gembiranya tak usah dicakap, memang kalau boleh dia nak umumkan kepada seluruh dunia bahawa anak daranya yang berperangai tak semenggah itu akhirnya akan bersuami. Dan suaminya itu pula adalah profesor muda yang tampan dan dihormati.

"Papa rasa, bila sesuai? Saya ikut saranan papa je," tanya Qarizh.

"Sebulan dari sekarang, sempat kan?" tanya balik si penerima soalan.

"Insya-Allah, sempat." Qarizh melepaskan nafas lega.

Sekali lagi, matanya mengerling ke arah Aralyn. Buang tabiat ke apa minah ini, dia tak tahu. Apa yang dia tahu, gadis itu sudah terdiam seribu bahasa sejak tarikh akad nikah mereka akan diadakan sebulan dari sekarang. Cepat sangat ke? Tak, dia tak rasa cepat sangat. Lambat sangat adalah!

"Kalau macam tu, okeylah. Nanti bawa ibu bapa kamu untuk bincang hal lain-lain. Awliya ni satu-satunya anak papa jadi, papa nak majlis ni jadi majlis bersejarah yang boleh dikenang sampai ke mati," ujar profesor itu lagi.

"Insya-Allah. Hujung minggu ni saya akan hantar rombongan sarung cincin. Kira majlis tunang," akur Qarizh.

"Alhamdulillah." Senang sungguh hati orang tua itu.

Seketika, dia diam seraya memerhatikan satu per satu wajah anak muda di depannya. Di dalam hati, dia berdoa semoga segala yang dirancang akan berjalan lancar tanpa halangan. Sungguh dia bersyukur atas segalanya. Semoga masjid yang bakal dibina ini mendapat rahmat daripada Allah SWT.

*****

Aralyn termenung panjang di atas katil. Belakang badannya disandarkan ke kepala katil. Kakinya menguis-nguis cadar. Sesekali, dia tersenyum dan sesekali, mulutnya dipaksa agar berhenti tersenyum. Lagaknya dah seperti orang gila, seriously.

"Ahhhh!" jeritnya pula.

Bantal di dalam pelukannya ditekap ke muka. Kenapa wahai diri, kenapa? Kenapa sejak tadi lagi hatinya yang berbunga-bunga gagal dikawal sebaik mungkin? Tahulah excited nak kahwin dengan profesor sejuk beku itu tapi... oh ya Allah.

Sumpah dia teringat betapa machonya Prof. Dr. Qarizh Zahwan ketika berkata kepada papa tadi, "Saya nak kahwin dengan Aralyn." Lagi membuatkan dia tak tahu nak bereaksi macam mana ialah apabila Qarizh cakap, "Izinkan saya nikahi Aralyn." Pergh, gentleman nak mati!

Kedua-dua belah pipinya yang berasa hangat dipegang dengan kedua belah tangannya. Sekali lagi, dia tersenyum-senyum. Habis segala memori sejak awal perkenalan hinggalah pagi tadi singgah semula di memorinya.

Kala itu, barulah dia sedar dengan sebenar-benarnya bahawa hatinya sudah tersuka kepada Qarizh sejak awal lagi. Qarizh adalah lelaki pertama yang menolak ajakannya untuk berkawan. Kerana itu, jiwanya tercabar. Tambah lagi, aura sejuk beku jejaka kacukan Arab itu sangat mengancam.

"Mama, Awliya dah jatuh cinta." Mukanya disembam lagi ke bantal. Rasa nak jerit kuat-kuat biar semua orang tahu yang hatinya telah dicuri oleh Prof. Dr. Qarizh Zahwan!

Tok tok tok!

Ketukan tiga kali di pintu terus menyedarkan Aralyn daripada tergila sendiri. Pantas dia turun dari katil lalu bergegas ke penyangkut tudung sebelum kakinya melangkah muka pintu. Dia tahu siapa yang mengetuk pintu biliknya dan ia tidak lain tidak bukan ialah orang yang bakal disepaknya sampai ke planet Pluto sekejap lagi.

"Kau nak apa, apek?" Sebaik sahaja dia membuka pintu, terus sepakan dilayangkan kepada si pengetuk pintu. Namun malangnya...

Oh, shoot.

Terus dunia Aralyn bertukar kelam.

Done!

Next update, macam biasa x tau bila.  Jangan tanya sy. It's hurt my feeling.

9.20 malam
6/1/2022

PENTING!!!

Saya kini sedang mengalami kesibukan kerja yang luar biasa. Juga, saya dalam kontrak penulisan manuskrip novel bersama sebuah syarikat penerbitan. Oleh itu, novel ini tidak akan ada sambungan sehinggalah saya selesaikan kerja tersebut. Harap anda ambil maklum dan faham kekangan diri ini. Terima kasih atas perhatian. ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 56.1K 76
š‚šØš¦š©š„šžš­šžš | š‡šŒ š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
1.3M 62.1K 133
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...