HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)

Od afiadz

32.7K 3.3K 257

BLURB Her Eusoff Akibat tekanan daripada Syarifah Andra, Elvina terdesak untuk mencari calon suami. Bukan sem... Viac

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
TERBIT (EBOOK)

BAB 11

1.1K 132 15
Od afiadz

G6PD deficiency.

Badan menghasilkan enzim G6PD dalam kuantiti yang sedikit disebabkan oleh mutasi gen G6PD. Kekurangan enzim tersebut menyebabkan darah melalui proses hemolisis lebih pantas daripada apa yang badan dapat hasilkan. Ini akan membawa kepada anemia iaitu kekurangan darah merah kerana enzim G6PD tidak dapat melindungi sel darah merah daripada spesies oksigen reaktif.

Sebab itulah pesakit yang mempunyai kekurangan enzim G6PD perlu mengelakkan pengambilan makanan seperti kacang parang dan beberapa jenis ubat-ubatan seperti antibiotik.

Mereka yang kurang enzim G6PD akan kekal sampai bila-bila seperti itu. Jadi mereka perlu mengelakkan punca-punca yang boleh membawa kepada terjadinya anemia.

"You tak bagitahu pun tentang keadaan you ni." Setelah mendapatkan rawatan, kini Elvina dibawa pulang oleh Eusoff. Eusoff memandu kereta tersebut. Elvina tidak tahu ke mana pemandu Eusoff pergi.

"I memang ada dari kecil. Sebab tu mami I jaga dan kawal pemakanan I," jawab Elvina lemah. Dia hanya menyandarkan kepala ke kerusi. Kerusi juga dibaringkan agar lebih selesa. Dia benar-benar tidak bermaya.

"Disebabkan mami tak ada dengan I dua puluh empat jam, mami akan letak tag dekat beg sekolah I. Dan I akan dipakaikan gelang yang menunjukkan I penghidap G6PD deficiency. Bila makin besar, I dah reti jaga pemakanan sendiri dan sebagainya."

Terangguk-angguk kepala Eusoff mendengar cerita Elvina.

"I pernah masuk hospital waktu kecil dulu. Selepas itu, mami sangat berhati-hati dalam semua benda. Jadi inilah kali pertama I kena macam ni bila dah besar," ujar Elvina lagi.

"You ada makan kacang ke tadi?" soal Eusoff. Pasti ada punca mengapa keadaan Elvina menjadi teruk secara tiba-tiba. Hampir terkeluar jantung dia tadi melihatkan muka Elvina yang pucat tidak berdarah. Mujurlah dia sempat bertindak.

"Tak pun. Tapi I rasa mereka ada masukkan kacang kisar ke dalam sos salad tu." Elvina membuat andaian sendiri.

"Lepas ni, you kena lebih berhati-hati," pesan Eusoff.

Sesaat Elvina merenung ke arah Eusoff yang memakai Rayban hitam. Pagi tadi, punyalah lelaki itu dingin. Sekarang kenapa caring semacam?

"Dan I minta maaf sebab I terpaksa dukung you tadi," pohon Eusoff. Dia tidak sengaja. Tindakan itu hanyalah refleks. Kalau bukan Elvina pun di situ, dia mungkin akan buat perkara yang sama.

"Tak apa," balas Elvina pendek. Senyuman sedari tadi tidak lekang dari bibir mungilnya.

Tak apa, Tuan Syed. I suka. Kalau you buat banyak kali pun I tak kisah. Bila lagi I nak merasa you dukung I. Getus Elvina dalam hati. Kalau macam ni, hari-hari termakan kacang pun dia tidak kisah.

"I hantar you balik rumah terus, ya? Lepas tu I kena masuk pejabat balik." Lembut. Sopan santun. Penuh budi bicara. Tiada lagi kata-kata sinis dan dingin.

Elvina terasa seperti di awang-awangan. Dia rasa seperti ingin duduk di dalam kereta ini dan bertemankan Eusoff sepanjang hari. Bukan selalu peluang ini datang. Alang-alang, baiklah dia gunakan sebaik yang mungkin.

"Tapi kerja I ada banyak dekat ofis tu. I tak sempat siapkan lagi," adu Elvina. Sungguh, bertimbun kerja yang dia perlu selesaikan.

"Tak apa. Hari ini you rehat je. Lagipun doktor dah bagi surat cuti sakit. I ni tak adalah kejam mana," kata Eusoff. Sesekali matanya dilirikkan ke arah Elvina yang berada di sebelah tempat duduk pemandu. Entah kenapa mulutnya tidak berhenti-henti bercakap dari tadi.

Barangkali kerana dia kasihankan wanita itu atas apa yang menimpanya sebentar tadi. Atau mungkin juga perangai miang wanita itu berkurang sewaktu sakit, membuatkan dia rasa okey dan selesa untuk berbual.

"Terima kasih, Tuan Syed sebab faham keadaan I. I tak tahu macam mana nak balas budi Tuan Syed. Kalau tuan tak ada tadi, tak tahu apa yang akan jadi pada I." Terselit nada ingin meraih simpati dalam kata-kata Elvina. Dia suka melihat sifat Eusoff yang mengambil berat terhadap dirinya seperti ini.

"No biggie. Kalau sesiapa pun di tempat I, mereka akan buat benda yang sama," balas Eusoff.

"Esok I masakkan untuk tuan. Jadi tuan tak payah susah payah turun makan lunch. I jamin tuan mesti suka." Ada beberapa menu makanan yang terbayang-bayang di dalam kotak fikiran. Semestinya pembantu rumahnya yang akan masak. Lamberttt lagi kalau nak tunggu dia masak.

"Tak payah susahkan diri. You tu sakit. Rehat je."

"Em." Pendek sahaja balasan Elvina.

Kemudian, Elvina hanya sekadar memejamkan mata kerana dia berasa pening. Dia belum sepenuhnya sembuh lagi.

Akhirnya, tiada kata-kata keluar dari mulut mereka berdua sehinggalah kereta Eusoff berhenti betul-betul di hadapan banglo milik keluarga Elvina.

"Terima kasih, tuan." Sebelum Elvina turun dari kereta, sempat dia mengucapkan kata-kata keramat itu.

Eusoff menganggukkan kepalanya sebagai balasan 'sama-sama'.

"Jaga diri." Dua perkataan yang keluar dari mulut Eusoff membuatkan rama-rama di dalam perut Elvina mula melakukan aksi gimrama bebas.

Kelenjar adrenal merembeskan hormone adrenalina, membuatkan rentak jantung Elvina berdegup secara tidak sekata.

Oh, Tuhan. Dia rasa seperti mahu pitam.

Indahnya dunia!



LANGKAH diatur ke ofis Eusoff. Hari ini Elvina bawakan makanan ayam masak merah, sayur kubis masak lemak dan juga telur dadar sebagai tanda berterima kasih akan keprihatinan Eusoff tempoh hari. Namun, dia hampa apabila kelibat Eusoff tiada di dalam pejabat.

Sudahnya, Elvina sekadar meletakkan beg kertas berisi bekal makanan ke atas meja Eusoff. Saat dia ingin melangkah keluar, dia perasan akan sebuah bingkai gambar di atas meja Eusoff.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang biasa diduduki oleh Eusoff. Lantas bingkai gambar itu dipegang dan dibelek-belek.

Ada dua gambar. Satu gambar sewaktu Emiir kecil lebih kurang umur dua tahun. Lagi satu lagi adalah gambar yang baru diambil kerana tiada perubahan pada wajah Emiir dari apa yang dilihat oleh Elvina sewaktu kali pertama mereka bertemu.

Muka Emiir iras sangat dengan Eusoff. Mata sapphirenya persis Eusoff. Rahang yang berlekuk tajam, hidung yang runcing, bibir yang kemerahan, alis mata yang lebat dan melentik serta kulit yang cerah. Tanpa perlu pengesahan genetik, sudah terang lagi bersuluh mereka merupakan anak-beranak.

Apalah yang difikirkan oleh bekas isteri Eusoff sehinggakan dia tergamak untuk curang dan memilih lelaki lain serta meninggalkan Eusoff menjaga Emiir sendiri. Tidak bangga dan seronokkah dia apabila lahirnya Emiir yang menyejukkan mata.

Atau dia ada masalah lain dengan Eusoff? Mungkin juga ada kekurangan pada Eusoff yang dia tak boleh terima?

Tapi pada Elvina, Eusoff sudah cukup sempurna kecuali sifatnya yang dingin. Dia penyayang terutama sekali apabila bersama Emiir, dia juga prihatin dan baik hati. Lihat sahajalah saat Elvina ditimpa sakit tempoh hari. Dialah yang membawa ke hospital. Dia jugalah yang menghantar Elvina pulang ke rumah.

Apa yang kurang pada Eusoff sehingga wanita itu sanggup berbuat demikian sekali gus meninggalkan luka yan dalam pada sekeping hati Eusoff?

Berbagai-bagai persoalan mengasak mindu Elvina. Teringin sekali dia tahu apa sebenarnya yang terjadi pada Eusoff. Meskipun Eusoff sentiasa bersikap dingin, namun jauh di sudut hati dia sangat penyayang dan baik hati.

Seketika, bunyi pintu dibuka dari luar menyentakkan Elvina daripada lamunan panjang. Mata sapphire Eusoff menikam tajam ke dalam anak mata Elvina.

"You buat apa dekat sini?" soalnya garang. Wajah bengis Eusoff yang tidak berperasaan menghiasi pandangan.

"Errr... I nak bagi you makanan." Entah kenapa Elvina jadi tergagap-gagap. Nampaknya mood Eusoff tika itu tidak baik.

"Keluar sekarang!" Suara Eusoff yang meninggi mengejutkan Elvina. Terangkat bahunya saat itu.

Elvina bingkas bangun daripada duduk dan segera ingin berlalu dari situ.

"Ambil makanan you ni sekali. I tak nak." Ayat penolakan Eusoff membuatkan Elvina sedikit kecewa. Tak pernah dia rasa terhina seperti ini.

"Tapi I dah masakkan istimewa untuk you." Sempat Elvina menjawab. Dia memberanikan diri bertentangan mata dengan Eusoff. Pandangannya penuh dengan api kemarahan. Tak akan dia marah sebab Elvina ceroboh masuk pejabat dia? Selama ini dia okey sahaja walaupun dia melayan dengan dingin.

"I cakap keluar sekarang!" Sekali lagi Elvina ditengking.

"Ya. Ya. Nak keluar la ni. You ni period ke apa?" Laju Elvina membalas. Lelaki pun ada datang bulan kut. Tak fasal-fasal nak marah orang.

Kata-kata Elvina disambut dengan jelingan tajam oleh Eusoff.

Keluar sahaja dari pejabat, Elvina ternampak Khayra tidak jauh dari pejabat Eusoff. Mukanya seperti ayam berak kapur.

"Khay," panggil Elvina. Dia dengar ke Eusoff marah-marah tadi?

"Ha?" Khayra seperti tersentak daripada lamunan.

"Kau okey?" soal Elvina.

"Okey," balas Khayra sepatah.

"Kalau macam tu, aku pergi buat kerja dululah," pamit Elvina.

Kenapa semua orang pelik sangat hari ni? Hesy, apa-apa sahajalah. Elvina pun berlalu dari situ sambil membawa bekal makanan untuk Eusoff yang ditolak mentah-mentah.

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

605K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
278K 10.6K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
482K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
18.6K 1.7K 23
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...