MR. SPLIT [EDITING]

By MIQAELIS

4.2K 162 137

Tengku Zafran Mikael dikenali sebagai Mr. SPLIT dan merupakan usahawan berjaya di London yang juga merupakan... More

BAB 2 - Family
BAB 3 - Mika
BAB 4 - kahwin
BAB 5 - Quin
BAB 6 - Vicky X Darlene
BAB 7 - Zafran X Aira
BAB 8 - Daniel X Aura
BAB 9 - Mafia
BAB 10 - Haris
BAB 11 - Haris ( Part 2 )
BAB 12 - Atisya
BAB 13 - Tikam
BAB 14 - Kecewa
BAB 15 - Janji
BAB 16 - Be mine
BAB 17 - Topeng
BAB 18 - Kebenaran
BAB 19 - Tengku
BAB 20 - Pemandulan
BAB 21 - Ubat
BAB 22 - Eris
BAB 23 - Kesal
BAB 24 - Game
BAB 25 - THE END
my author ✨

BAB 1 - Bunuh Diri

661 17 15
By MIQAELIS

Angin pada malam tahun baharu dinikmati oleh Tengku Zafran Mikael dengan emosi yang bercelaru. Dia sedang menonton himpunan manusia yang sedang berkumpul di hadapan Time Square, London untuk menyambut acara besar sebentar lagi.

Tengku Zafran yang berumur 26 tahun dan menetap di London bersama rakannya mendapat sebuah berita yang tidak disangka-sangka pada hari ini. Ibu bapanya yang menetap di Malaysia telah kembali ke rahmatullah bersama-sama adik kesayangannya akibat kemalangan jalan raya yang ngeri.

Tengku Zafran menyaksikan acara besar itu dari atap bangunan pejabatnya, King Group. Dia berdiri di hujung penjuru bangunan pencakar langit itu sambil menitiskan air matanya dengan deras sekali.

Hanya tinggal 5 saat sebelum jam 0000 tengah malam. Para pengunjung di Time Square mula membuat countdown.

" 5 ! "

" 4 ! "

" 3 ! "

" 2 ! "

" 1 ! "

" Yeayyy !!!! Happy New Year !! " Sorak para pengunjung di hadapan bangunan Time Square itu. Percikan bunga api menghiasi bandar London.

" Bye dunia..Aku nak pergi dah.. " Ucap Zafran perlahan. Dia melompat dari bangunan itu. Zaf sempat mengelap air matanya sebelum terjun ke bawah.

" Zaf !!!! " Jerit seorang lelaki yang sebaya dengannya berpakaian serba hitam. Lelaki itu sempat menarik tangan Zaf ke atas semula. Hanya tinggal beberapa saat sebelum dia gagal selamatkan Zafran.

Zafran terkejut apabila terasa seperti tangannya ditarik seseorang.

" Lepaskan aku! Aku dah tak nak hidup ! " Jerkah Zafran kepada lelaki yang sedang menariknya ke atas semula.

" Kau dah gila ke Zaf ! Aku tak tahu apa yang dah jadi, tapi bunuh diri bukanlah pilihan ! " Balas lelaki bername tag Putera Daniel di poket kanan baju kemejanya.

Zafran terdiam. Dia menundukkan mukanya. Zafran mula tersedar dengan apa yang dia telah lakukan.

" Danny..boleh aku tanya kau something? " Zafran masih menundukkan mukanya. Dia tak sanggup melihat muka Daniel kerana apa yang telah dia lakukan.

Daniel tidak menjawab. Dia masih berusaha untuk menarik tangan Zafran. Mukanya sudah dibasahi peluh kerana menarik seorang manusia yang ingin bunuh diri daripada bangunan 30 tingkat.

" Kau naiklah atas dulu. " Balas Danny dalam keadaan semput. Zafran akur lalu menarik tiang besi disebelahnya hingga dirinya naik ke atas semula.

Zafran dan Daniel terbaring di atas lantai kerana keletihan.

" A-apa..yang kau nak..tanya tadi ? " Tanya Daniel dengan dada yang turun naik.

" Kenapa kau selamatkan aku ? Aku dah tak ada sesiapa lagi untuk aku sayang. Aku dah hilang arah tujuan bila family aku dah tiada. " Balas Zafran panjang lebar. Dia memandang ke arah Daniel yang sedang terbaring di sebelahnya.

Daniel tersenyum nipis. Dia baru sahaja diberitahu oleh rakannya di Malaysia tentang kematian keluarga Zafran petang tadi.

" Kau silap..mereka masih ada lagi. Selagi kau ingat pada mereka, mereka tak akan mati. " Balas Daniel mendatar. Zafran memandangnya.

" Cukuplah dengan semua ni..kalau kau rasa mati boleh buat diri kau tenang..pergilah. Aku tak akan halang " kata Daniel sebelum bangun dari baringannya. Dia berjalan ke arah pagar besi yang dijadikan tempat bunuh diri tadi.

Zafran hanya mampu diam dan melihat rakannya itu. Dia terasa sebak dengan kata-kata Daniel itu.

" Aku minta maaf, Danny. Family aku dah tak ada. Jadi, aku dah tak rasa nak hidup lagi.. " kata Zafran dengan nada sebak. Dadanya turun naik.

" If you love someone, let her go. Itulah yang aku ingatkan pada diri aku. " Balas Daniel sebelum melangkah ke arah Zafran. Dia menghulurkan tangan untuk membantu Zafran bangun.

" Jom balik sebelum kau kena Split lagi " ajak Daniel dengan senyuman nipisnya.

Zafran mengangguk sebelum membalas huluran itu lalu bangun dari duduknya.

" Happy New Year " ucap Zafran apabila dia melihat ke arah langit yang gelap gelita. Daniel mengangguk.

Mereka berjalan beriringan masuk ke pejabat mereka semula. Daniel terfikir suatu idea untuk kenakan Zafran.

" Siapa lambat kena belanja makan ! " kata Daniel sebelum berlari menuju ke lif. Zafran hanya mampu berlari dari belakang.

" Mana aci ! " Marah Zafran dengan nafas yang tersekat-sekat. Dia tak sempat masuk ke dalam lif.

" Aci tak ada kat London. Bye ! " Balas Daniel sebelum menutup pintu lif.

" Hampeh punya kawan " Zafran menuju ke arah tangga. Dia terpaksa menuruni tangga hingga ke tingkat bawah dari tingkat 30.

Daniel keluar dari lif lalu menuju ke pintu utama bangunan itu.

" Hahahahaha, aku menang " sorak Daniel apabila dia melompat keluar dari pintu lif itu. Semua orang mula memerhati ke arahnya.

" Apa pandang-pandang, tak pernah tengok orang naik lif ke ? " Tanya Daniel dengan nada sinis. Semua orang mengalihkan perhatian daripadanya semula. Dia adalah bos kedua di King Group manakala Zafran bos utama di sana.

Tidak lama selepas itu, Zafran muncul dari arah tangga kecemasan. Mukanya berpeluh-peluh dan memerah. Para pekerja hanya menunduk apabila berselisih dengan Zafran.

Zafran duduk di sebelahnya. Dia terlampau penat sekarang ni.

Sekali lagi, para pekerja memerhati ke arah mereka. Jarang sekali melihat bos mereka berkelakuan aneh. Selalunya, nak jumpa pun susah.

" Dah kenapa diorang ni ? Dah macam nampak hantu " kata Zafran sebaik sahaja bangun dari duduknya.

" Bukanlah. Diorang sebenarnya nampak orang yang hampir jadi hantu. Nasib baik ada aku, kalau tidak bangunan ni jadi bangunan berhantu dah tau " balas Daniel selamba. Mereka berdiri betul-betul di tengah lobi.

" Nak jadi hantu betul-betul ke ? Manalah tahu nanti boleh naikkan saham syarikat ni " balas Zafran selamba. Daniel hanya tersengih mendengar jawapan Zafran itu.

Para pekerja disitu hanya tersengih kerana mereka tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Zafran dan Daniel.

" Jom lah balik. Nanti ada yang kena buang kerja pula sebab suka usya bos " Zafran berjalan meninggalkan Daniel sebelum dia juga turut berjalan keluar dari bangunan itu.

Para pekerja terdiam lalu melakukan kerja mereka semula.

Mereka berdua menuju ke kereta yang diparking di depan bangunan King Group itu. Zafran memandu kereta Tesla bewarna kelabu manakala Danial pula menaiki Lomborghini kuning hadiah dari Zafran sempena hari jadinya.

Zafran dan Daniel tinggal di rumah yang sama di pinggir bandar London kerana tidak suka pada bunyi bising di tengah bandar.

Zafran mendapat sebuah panggilan dari wakil keluarganya di Malaysia.

" Assalamualaikum, Madam. Kenapa call Zaf waktu-waktu macam ni ? " tanya Zafran dengan lembut.

" Waalaikum salam, Madam dah belikan tiket untuk kamu dengan Danny untuk balik ke Malaysia pagi nanti. Ada perkara nak bincang. Jangan lupa pula. " Pesan Madam iaitu PA kepada ayah Zafran yang telah meninggal dunia iaitu Tengku Jay Aaron.

" Bincang pasal arwah papa ke ? "

" Balik je lah. Nanti tahulah. Bye ! Happy New Year !" balas Madam sebelum meletakkan panggilan. Madam adalah seorang wanita kacukan cina melayu yang telah bekerja bersama ayah Zafran selama 12 tahun dan kini berumur 37 tahun. Tapi, masih belum berkahwin.

Zafran mengerutkan dahinya kerana dia tak faham apa yang nak dibincangkan oleh Madam lagi.

Zaf memasuki ke perkarangan rumah banglo miliknya dan Daniel. Kereta diparking di hadapan pintu masuk.

Dua orang maid telah tunggu dihadapan pintu sambil menunduk apabila mereka berdua melintasi. Pintu ditutup oleh dua orang maid itu

" Danny, pagi nanti kita balik Malaysia. Jangan lambat " kata Zafran selepas meletakkan beg bimbit di atas sofa.

Daniel hanya mengangguk. Dia pun dah diberitahu oleh Madam di dalam kerwta tadi.

" Tuan perlukan apa-apa lagi ? " Tanya salah seorang maid selepas berdiri di sebelah Zafran.

" Tolong jaga rumah ini sebaik mungkin. Esok kami berdua akan bertolak ke Malaysia. " Pesan Zafran mendatar. Matanya fokus ke arah tablet di tangannya. Dia mahu selesaikan urusannya di London dahulu sebelum balik ke tanah air.

Maid itu mengangguk faham sebelum menuju ke biliknya.

" Madam tahu tak tentang kau ? " Tanya Daniel tiba-tiba. Dia memandang tepat ke arah Zafran.

Zafran mengangguk.

" Tapi Madam hanya tahu tentang Mika dan Tengku. " Jawab Zaf mendatar.

" Buat masa sekarang, dia tak akan keluar rasanya " sambung Zafran lagi. Daniel pula mengangguk.

Salah seorang maid tadi mencuri dengar apa yang dikatakan oleh Zafran dan Daniel tadi.

" Siapa yang nak keluar ? Mika dengan Tengku siapa ? Hmm.. " Tanya Maid tersebut seorang diri. Dia tidak begitu faham maksud perbualan mereka.

Maid tersebut berjalan pergi meninggalkam mereka berdua di ruang tamu lalu menuju ke biliknya.

Jam menunjukkan pukul 2:00 pagi dan semua orang telah tidur di bilik masing-masing kecuali Zafran yang masih siapkan kerjanya di ruang tamu.

" Hwaa...mengantuknya. Better aku pergi tidur sekarang " kata Zafran seorang diri. Tebletnya dimatikan lalu diletakkan di atas meja.

" Malasnya nak pergi bilik.. "

Zafran melelapkan matanya di atas sofa. Alas meja dijadikan selimutnya kerana malas nak bergerak.

" Good night.. "















Please vote and comment ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

134 0 4
HIATUS ‼️‼️ Our : S2 Tengku Liyyan × Syafeena Satu tragedi mendorong Syafeena untuk keluar dari rumah keluarganya dengan tekad yang kuat. Dirasakan d...
117 7 12
Bila cakap pasal motivation quote, mesti pernah dengar quote yang suruh kita untuk tak terperangkap dengan masa silam dan teruskan melangkah ke hadap...
82.5K 1.9K 47
ᥫ᭡Karya kedua- Kim Asyr Tengku Addyan Zareef | Aisya Raihana "Kau ni memang suka potong barisan orang ekk?" - Tengku Addyan Zareef "Encik cakap...
785K 18.7K 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran...
Wattpad App - Unlock exclusive features