QAYDER : MR COLD

Blqs_Rose द्वारा

8M 333K 81.9K

# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clema... अधिक

HELLO!!!
•BAB 1• 🚫
•BAB 2• 🚫
•BAB 3• 🚫
•BAB 4• 🚫
•BAB 5• 🚫
•BAB 6• 🚫
•BAB 7• 🚫
•BAB 8• 🚫
•BAB 9• 🚫
•BAB 10• 🚫
•BAB 11• 🚫
•BAB 12• 🚫
•BAB 13• 🚫
•BAB 14• 🚫
•BAB 15• 🚫
•BAB 16• 🚫
•BAB 17• 🚫
•BAB 18• 🚫
•BAB 19• 🚫
•BAB 20• 🚫
•BAB 21• 🚫
•BAB 22• 🚫
•BAB 24• 🚫
•BAB 25• 🚫
•BAB 26• 🚫
•BAB 27• 🚫
•BAB 28• 🚫
•BAB 29• 🚫
•BAB 30• 🚫
•BAB 31• 🚫
•BAB 32• 🚫
•BAB 33• 🚫
•BAB 34• 🚫
•BAB 35• 🚫
•BAB 36• 🚫
•BAB 37• 🚫
•BAB 38• 🚫
•BAB 39• 🚫
•BAB 40• 🚫
•BAB 41• 🚫
•BAB 42• 🚫
•BAB 43• 🚫
•BAB 44• 🚫
•BAB 45• 🚫
•BAB 46• 🚫
•BAB 47• 🚫
•BAB 48• 🚫
•BAB 49• 🚫
•BAB 50• 🚫
•BAB 51• 🚫
•BAB 52• 🚫
•BAB 53• 🚫
•BAB 54• 🚫
•BAB 55• 🚫
•EPILOG• 🚫
•END• 🚫

•BAB 23• 🚫

116K 5.6K 658
Blqs_Rose द्वारा

ASYALAA hanya mampu memandang sepi melihat orang-orang Qayder yang duk mengangkut kotak-kotak berisi barangannya itu. Kasihan dengan dia orang. Dah berapa kali duk ulang alik naik turun ambil barangnya.

Maaflah abang-abang uiii, siapa suruh datang lima ketul je. Memang penatlah kau orang angkat barang aku.

"Miss, penthouse ni macam mana?" Tanya Dee.

Asyalaa diam. Dia sayang penthouse ini. Penthouse inilah penthouse pertama yang Georgina Gemini berikan kepadanya sebagai hadiah. Penthouse ini juga sebagai tanda hasil titik peluhnya selama dia bertahan menjadi anak pungut dalam keluarga Gemini.

Dia sendiri tak tahu apa yang mahu dia buat dengan penthouse ini. Untuk jual semula, sayang pula.

Asyalaa menggeleng seraya tersenyum nipis. Tanda dia tiada jawapan untuk itu.

Telefon bimbit yang menjerit lantang membuatkan Asyalaa tersedar dari tenggelam dalam dunianya. Laju dia menyeluk begnya.

"Vistoria?" Berkerut dahi Asyalaa melihat nama di skrin telefon bimbitnya. Ikon hijau di skrin laju digesek.

"Yes Vistoria?" Tanya Asyalaa bersama senyuman.

"Sis..." Suara yang teresak-esak membalas di corong telefon membuatkan Asyalaa tersentak sendiri.

"Vistoria? Why? Are you okay? Why are you crying? What happened?" Tanya Asyalaa bertubi-tubi.

"Gra... grandma... She's gone." Beritahu Vistoria.

Asyalaa bagai terpukul mendengar berita itu.

Mom...

"When?" Tanya Asyalaa perlahan.

"Yesterday. Magenta said that she will tell you but it seems like she didn't say a word about grandma's death to you. Sis... i can't..." Adu Vistoria bersama tangisan yang semakin memberat.

Asyalaa jatuh terduduk di atas sofa. Terasa lemah lututnya dengan berita tak terduga ini. Sebelah tangan naik meraup wajah.

Seketika kemudian dia terdengar sayup-sayup suara-suara manusia bertelagah sesama sendiri di sebalik bunyi tangisan Vistoria.

"What's that unpleasant sounds Vis?" Tanya Asyalaa.

"Those little shits trying to take over everything. Grandma decided to put my name, Drusilla and yours on the Gemini property. And they mad for that." Lapor Vistoria.

Oh. Jadi Magenta, Avliviyah dan Olivia sedang marah? Dan Georgina letakkan nama Vistoria, Drusilla dan nama dia untuk jadi penaung Gemini Group?

"What should i do?" Adu Vistoria. Teresak-esak suaranya di corong telefon.

Asyalaa melepaskan keluhan berat. Dia masih terkejut dengan semuanya. Tapi Asyalaa tahu mengapa Georgina tak mahu tiga minion itu mengambil alih Gemini Group.

"Just... stay calm. Stay cool. Relax. Just... make sure that those three minions didn't take over Gemini Group."

"But i..."

"You know why. Right?"

Diam. Lama suara di corong telefon membisu.

"I'll try."

Asyalaa gigit bibir bawah. Tahan diri dari menangis sama. Dia kena kuat.

"I have something to do right now. But if anything occurs, do call me. Okay?" Ujar Asyalaa lagi.

"Okay. Hmm? Oh yeah. Dru want to talk to you for awhile." Beritahu Vistoria.

"Sis, you shouldn't come here." Ujar suara dingin Drusilla.

Berkerut dahi Asyalaa. "Why?"

"Those three stupid minions. They seems to have bad intention on you. For now, just stay still and make sure you safe." Ujar Drusilla serius.

Asyalaa mendengus kasar. Tahu tentang itu.

"Okay. You stay safe too."

"Nah. I'll kill them first before they can even touch me." Ujar Drusilla. Bagai geram benar dengan tiga minion tu mendengarkan gaya nada suaranya.

Asyalaa senyum paksa. Lega dia masih boleh mengharapkan Drusilla.

"Call me if you need anything."

"Okay sis. Just stay away from anything for this time being."

"Alright."

Dan panggilan diputuskan Asyalaa selepas itu. Asyalaa terdiam di tempatnya. Lama.

Georgina...

My mom...

She's gone.

Asyalaa mahu menangis. Menggebu rasa sebak di dada.

Kenapa...

"Cik?" Indra muncul dan berdiri tegak di sebelah Asyalaa.

Asyalaa angkat kepala memandang Indra.

"Kami dah siap angkat barang-barang cik. Dan boss minta saya bawa cik turun sekarang." Maklum Indra kepada Asyalaa. Tapi Asyalaa hanya terdiam di tempatnya.

Dia masih terkejut dengan berita yang diterimanya.

Asyalaa tarik nafas dalam-dalam sebelum dilepas berat. Mata terasa panas tapi dia tahan.

Bertahan.

Asyalaa memaksa sebuah senyuman dan dia bangkit dari duduknya. Mahu pergi.













ASYALAA memandang pelik satu bot besar di hadapannya. Seketika kemudian dia menoleh ke arah Qayder yang selamba sahaja melompat masuk ke atas bot itu.

Asyalaa jeling Dee. Dee juga sudah melompat naik ke atas bot atas bantuan Indra.

Nak pergi mana naik bot?

"Qayder!" Panggil Asyalaa.

Malas gaya Qayder hendak menoleh memandang Asyalaa. "Hmm?"

"Kita nak pergi mana?" Tanya Asyalaa.

"Ikut jelah. Banyak pula tanya." Balas Qayder dingin.

Asyalaa julingkan mata. Eiii menyombong betul. Pigidah!

Asyalaa mencangkung sebelum penuh berhati-hati dia hulurkan sebelah kaki ke atas bot. Tapi gaya macam tak kena. Asyalaa cuba maju lagi. Tak boleh juga.

Ini kalau jatuh tergolek ni...

Tiba-tiba ada tangan mencengkam lengan bajunya sebelum tubuhnya ditarik naik ke atas bot. Fuh. Lega Asyalaa rasa sebaik sahaja dia selamat naik bot tanpa tergolek. Asyalaa angkat kepala memandang Qayder. Mahu ucap terima kasih.

Tapi Qayder sudah selamat melangkah ke hujung bot dan duduk di situ.

Ceh!

Nasib baik kau hot.

Dan pemandu bot tadi mula membawa bot jauh dari jeti. Asyalaa jatuhkan kepala ke sisi bot. Rasa pening dan nak muntah rasa apabila pak cik tu selamba drift atas laut yang berombak ini.

Nak muntah!

Asyalaa memanjangkan tangan ke arah Dee yang duduk bertentangan dengannya. Tergapai-gapai dia cuba memanggil Dee. Nak minta minyak angin. Namun tubuhnya melayang saat bot yang dinaikinya melanggar ombak yang agak besar menyebabkan Asyalaa terduduk semula di tempatnya.

"Dee umm..." Asyalaa tutup mulutnya. Rasa nak terkeluar isi perut.

"Miss?" Dee mahu merapati Asyalaa tapi tubuh ringan Dee lagilah melayang sebelum dia terduduk semula.

Nak minyak angin...

Asyalaa dapat rasakan tangannya direntap kasar agar melekat di duduknya. Tak bagi dia bangun langsung.

"Kau boleh duduk diam-diam tak?"

Asyalaa menoleh ke sebelah. Qayder bukan main menjelingnya tajam. Entah bila agaknya dia muncul di sebelah.

Asyalaa diam. Lembik rasa tubuhnya. Tak mampu nak membalas sebab dia takut nanti dia muntah!







BERKERUT wajah Asyalaa melihat seorang lelaki tua yang menunggu di jeti. Qayder pula dengan penuh sopan tunduk mencium tangan lelaki tua itu sebelum lelaki tua itu memeluk tubuh tegapnya.

"Dah besar panjang dah anak Eiskandar ini ya. Lama tak jumpa kamu." Ujar lelaki tua itu.

"Lama sangat. Kali terakhir saya jumpa Pak Amin masa saya baru habis PMR dulu." Balas Qayder ramah.

"Itulah dia. Cepat betul masa berlalu. Ayah kamu apa khabar? Sihat ke?" Tanya lelaki dipanggil Pak Amin itu lagi.

"Sihat alhamdulillah. Pak Amin dengan Mak Yan sihat?"

"Sihat. Mak Yan kamu tu terlebih sihat sudah."

Pecah tawa kedua-duanya selepas itu. Pak Amin mengalih pandang ke arah Asyalaa.

"Siapa tu? Itu ke perempuan kamu?" Bisik Pak Amin

Qayder hanya senyum kosong sahaja.

"Pak Amin faham. Mari Pak Amin hantar kamu semua ke rumah penginapan kamu. Mesti kamu penat kan." Ujar Pak Amin lagi.

Asyalaa memegang perut yang masih rasa kurang enak. Rasa tak selesa. Dan dia masih rasa pening.

Urghhh...

Aku prefer jetlag sebab naik kapal terbang daripada mabuk laut macam ni.

Urgh!

Asyalaa gigih menarik bagasinya sepanjang melalui jeti kayu tu. Sudahlah tubuhnya lembik seperti sotong, lagi satu kerja pula nak heret bagasi ni.

Qayder?

Mamat tu selamba je jalan dahulu jauh ke hadapan. Asyalaa tahu Qayder perasan dia yang sedang struggle bersendirian ini. Tapi dia tak tolong langsung.

Dasar tak gentleman punya lelaki!

"Let me help you." Ryder muncul. Tanpa sempat Asyalaa hendak membalas, Ryder sudahpun merampas bagasi Asyalaa dan selamba diangkat. Padahal bagasi Asyalaa boleh tahan berat. Almaklumlah. Perempuan jarang bawa bagasi. Selalunya dia bawa satu set almari sekaligus.

"Terima kasih Ryder. Ini baru gentleman. Tak macam boss awak tu." Kutuk Asyalaa.

Ryder angkat bahu dan sembunyi senyum. Tak ada komen tentang itu.

Dan Pak Amin membawa mereka berempat ke satu rumah kayu yang cantik. Rumah kampung yang sangat elegan. Asyalaa tiba-tiba rasa teruja.

"Pak Amin sediakan rumah ini khas untuk kamu semua. Sila masuk. Buat je macam rumah sendiri."

Asyalaa melempar senyum ke arah Pak Amin.

"Terima kasih pak cik." Ucap Asyalaa.

"Sama-sama. Untuk majlis petang esok, Pak Amin dan Mak Yan sudah uruskan semuanya seperti yang kamu minta. Harap-harap semuanya berjalan dengan baik." Ujar Pak Amin bersama senyuman ramah di bibirnya.

"Majlis?" Berkerut dahi Asyalaa.

"Majlis pernikahan kamu dengan Qayder. Qayder minta buat petang esok. Jangan risau. Pak Amin tak beritahu ramai orang." Jelas Pak Amin lagi.

Asyalaa tergamam sesaat. Nikah? Esok?

"Baiklah. Terima kasih Pak Amin." Ucap Qayder.

"Sama-sama. Pak Amin balik dulu ya. Ada hal lagi sikit untuk Pak Amin uruskan."

Dan selepas Pak Amin pun pergi. Qayder, Indra dan Ryder terus melangkah masuk ke dalam rumah penginapan itu. Asyalaa diam. Senyuman di bibirnya mati. Skrin telefon bimbit yang gelap ditenung lama.

Georgina...

Asyalaa tahan diri dari mahu mengalirkan airmata. Dia mahu melihat wanita itu buat kali terakhir.

Tapi nampaknya dia tak dapat nak buat apa-apa.

"Miss?" Dee menyentuh lembut bahu Asyalaa. Sedar akan perubahan wajah Asyalaa yang sudah berubah mendung itu.

"She's gone Dee. Now i lost another important person in my life." Gumam Asyalaa perlahan.

Dee diam sama. Turut bersedih.

"Ehem!"

Deheman kasar seseorang membuatkan Asyalaa dan Dee laju angkat kepala. Qayder kembali muncul di muka pintu dengan wajah yang dingin dan langsung tiada emosi.

"Kau dengan Dee pergi naik tingkat atas. Duduk kat atas diam-diam. Jangan turun bawah. Bawah tempat lelaki. Kau turun, aku campak kau ke tengah laut." Ujar Qayder memberi amaran sebelum dia menghilangkan diri semula.

Asyalaa buat muka mendengar suara dingin itu memberi arahan. Tak mampu nak membalas.

Cis.

Terbantut niat air mata aku nak keluar.

















ASYALAA duduk bersimpuh di tempatnya. Jari jemari kosongnya dipandang. Tidak berinai. Selalu dia lihat di instagram, orang menikah mesti pakai inai. Tapi dia tidak. Asyalaa memandang pula sekelilingnya. Selalu orang menikah, mesti riuh dengan ramai orang. Tak pun pasti ada jurukamera yang sibuk mengambil gambar. Tapi dia tiada. Orang kampung yang datang pun tak ramai.

Qayder mahu merahsiakan pernikahan ini. Mungkin itu lebih baik dan Asyalaa hanya ikutkan sahaja. Asyalaa angkat kepala memandang belakang tubuh Qayder yang tampan berbaju melayu cekak musing berwarna putih.

Asyalaa tak tahu mengapa Qayder tiba-tiba mahu mengahwininya sedangkan Asyalaa tahu Qayder benci dengan dia. Mungkin Qayder kahwin pun sebab terpaksa. Mungkin Qayder rasa serba salah kerana peristiwa hari tu.

Asyalaa senyum.

Tanpa dia pasti apa yang akan jadi antaranya dengan Qayder pada masa hadapan kelak.

"Aku terima nikah Nawra Asyalaa Binti Mohd Borhan dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." Ucap Qayder dengan sekali lafaz. Tenang sahaja gayanya.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah."

Asyalaa tergamam sendiri. Eh. Cepatnya dah sah. Dee menepuk lengan Asyalaa lembut. Mengerti. Laju Asyalaa menadah tangan selepas itu. Mahu mengaminkan doa.

Qayder merapati Asyalaa selepas itu bersama satu cincin cantik berwarna keemasan di tangannya.

"Tangan." Qayder menghulurkan tangan kiri ke arah Asyalaa.

Asyalaa agak bingung. Tapi cepat-cepat dia hulurkan tangan kanannya. Qayder menyambut huluran tangan Asyalaa sebelum cincin emas tadi disarung kemas ke jari manis Asyalaa.

Asyalaa terkelip-kelip sendiri. Bila dia beli cincin ni? Saiz dia tepat pula tu.

"Miss. Salam tangan Qayder." Bisik Dee.

Asyalaa tersedar. Penuh berhati-hati dia mencapai tangan Qayder sebelum bibirnya berlabuh lembut dan lama di kekura tangan kasar milik Qayder. Seketika kemudian dia tersenyum senget melihat ada kesan gincu berbentuk bibirnya di situ. Saja Asyalaa tinggalkan cop bibirnya di situ. Cop yang bermaksud...

He's mine.

Asyalaa angkat kepala. Bibir tersenyum senget melihat wajah Qayder. Qayder pasrah sahaja. Kepalanya digeleng perlahan. Terlalu pasrah dengan tingkah Asyalaa.

"Tak mau cium dahi isteri ka?" Tanya seorang lelaki yang barangkali sama umur dengan Pak Amin. Saja mahu mengusik.

"Cium tu saya simpan untuk nanti je lah." Seloroh Qayder sama bersama senyuman di bibir. Pecah tawa pak cik-pak cik tu.

Asyalaa terpana. Lama dia pandang senyuman Qayder yang... hot.

He's so handsome when he smile!

Urghhh!!!

Qayder kemudian kembali memandang Asyalaa. Senyuman di bibirnya mati.

Erkkk...

Nak tersedak air liur Asyalaa saat mata coklat tua itu mencerun tajam memandangnya. Lama. Pandangan itu buatkan Asyalaa rasa nak sembunyikan kepala dalam beg Dee.

That stare is so... intense.

Tiba-tiba bibir lelaki itu menyenget sedikit. Jahat dan nakal.

Errr. Asyalaa rasa kecut perut.

Dia nak dera aku ke lepas ni?

Dia nak buli aku?

Atau... dia nak pukul aku?

Tiba-tiba rasa gerun pula.










ASYALAA melempar senyum manis ke arah seorang perempuan muda yang duk memandangnya lama dari tadi. Asyalaa tak tahu gadis itu pandang apa padanya. Asyalaa pun senyum sahajalah. Mujur gadis itu membalas senyumannya sama. Asyalaa tunduk memandang jari jemari gadis itu yang dihiasi inai.

Cantik.

"Rumah ini kecil je. Saya sediakan khas untuk Encik Qayder dan isteri. Orang KL kata apa tu, honeymoon lah gitu. Untuk si Dee pun saya dah sediakan rumah penginapan untuk dia. Seperti yang kamu minta." Seloroh Haji Dollah.

Qayder ketawa kecil. "Baik. Terima kasih pak cik."

"Sama-sama."

"Ini anak pak cik ke?" Tanya Asyalaa.

"Ya anak pak cik. Esok pun dia nak nikah juga. Baru sembilan belas tahun. Suruh sambung belajar malas. Haa alang-alang ada orang masuk meminang tu, kahwinkan jelah." Ujar Haji Dollah lagi.

Asyalaa kembali melempar senyum ke gadis itu. Kulitnya kuning langsat dan orangnya kecil molek.

Sedang Qayder dan Haji Dollah berbual-bual sedikit, Asyalaa mengambil langkah merapati gadis itu.

"Nama siapa?" Tanya Asyalaa.

"Ummu kak." Balas gadis itu ramah.

"Oh. Dari tadi saya tengok awak duk tenung. Takut saya. Ada nak tanya apa-apa ke?" Tanya Asyalaa perlahan.

"Oh tak ada apa. Masa di asrama dulu, kawan saya ada tunjuk gambar dengan instagram akak. Kakak cantik sangat. Bila tengok depan-depan ni, masyaa Allah. Kakak lagi cantik." Ujar Ummu penuh teruja.

Kembang kempis hidung Asyalaa mendengarnya.

Ahaks!

"Oh terima kasih. Ummu pun cantik juga. Akak teringin nak warna kulit Ummu. Kulit putih macam ni tak best." Ujar Asyalaa separa berbisik sebelum pecah tawa kedua-duanya.

"Esok ummu nikah ya?"

"Haah kak."

"Oh. Apa kata kak Syalaa make-upkan Ummu untuk hari pernikahan Ummu. Ummu nak?"

Bersinar mata gadis itu mendengarnya.

"Nak! Ya Allah. Ummu teringin nak bermake up tapi ummu tak reti." Balas Ummu. Teruja benar gayanya.

Asyalaa senyum.

"Tapi dengan satu syarat."

"Oh. Syarat apa kak?" Tanya Ummu. Terkelip-kelip mata bulatnya.

"Kak Syalaa teringin nak pakai inai macam Ummu. Pakaikan kak Syalaa inai. Boleh?"

Ummu ketawa kecil mendengar permintaan Asyalaa. "Boleh sahaja kak. Tiada masalah. Apa kata akak ikut Ummu pulang. Malam ni Ummu memang nak pakai lagi sebab inai ni macam sudah pudar sikit. Kalau suami akak izinkan, boleh Ummu bawa akak lari ke rumah sekejap. Ummu pakaikan akak inai."

Bersinar mata Asyalaa. Bibir pula sudah tersenyum lebar. Suka.

"Err Qayder." Panggil Asyalaa.

Qayder langsung menoleh ke arah Asyala.

"Err saya nak ikut Ummu balik rumah dia sekejap boleh?"

"Nak buat apa?" Tanya Qayder.

"Saya nak pakai inai macam Ummu. Cantik. Boleh tak?" Tanya Asyalaa lagi. Meminta keizinan Qayder.

Qayder jatuhkan kepala memberi keizinan.

"Yeayyy!!! Mari kita pergi." Asyalaa laju menarik tangan Ummu selepas itu.

"Jangan lupa jalan balik sini!" Ujar Qayder.

"Jangan risau. Nanti Ummu pulangkan kak Syalaa semula." Laung Ummu.

"Haah. Nanti malam saya balik." Laung Asyalaa sama.

Haji Dollah dan Qayder tersenyum lucu melihat tingkah Asyalaa dan Ummu. Baru berjumpa sudah jadi kawan.

Haji Dollah sembunyi senyum melihat Qayder yang diam memandang langkah isterinya menjauh. Dia lelaki. Mustahil dia tak faham maksud pandangan itu.

Seperti Haji Dollah memandang isterinya dengan penuh kasih.

Seperti itulah.






Maafkan saya kerana terlewat update. Hampir-hampir tertidur saya awaknya. Hahah! Maaf juga jika bosan dan ada kekurangan di mana-mana~

Hint next bab:

"Keep on singing meow."

"A... awak nak buat apa?"

"Kiss you."

"B... But i still have my lipstick on."

"That's even better."

Meow. Saya tatawu apa yitu. Jadi untuk next part ni... nak esok ke? *Evil laughter

Sekian. Terima kasih sudi baca.✨🌹

Do votes 🌟 and comments 📝 ya!

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

6.4M 323K 76
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan ...
847K 25.8K 44
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan aka...
731K 8.9K 6
𝑴𝒊𝒙 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒖𝒂𝒈𝒆 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 / 𝑰𝒏𝒅𝒐𝒏𝒆𝒔𝒊𝒂 #2 𝑮𝒂𝒗𝒓𝒊𝒆𝒍'𝒔 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝐇𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐇𝐢𝐬 𝐍𝐚𝐮𝐠𝐡𝐭𝐲 𝐆𝐢𝐫𝐥 Kerana k...
386K 36.9K 30
"Awak! Ada satu kunci tak cukup untuk bilik ni. Awak letak dekat mana? Biar saya pergi cari."- NAYRA Bila THE RULES BRAYAN dah dihapuskan. Aku fikir...