Hanya Kerana Dia [Completed] ©

By EsterAndrius

38.2K 2.8K 82

[Challenge accepted / Bakal Edit] Informasi : Wattpad problem, Bab 28 & Bab 29 Error. Nur Hanisah ; seorang g... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Information
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Informasi

Bab 15

763 66 0
By EsterAndrius

                        KAKI Asraf Ariffin sudah menapak pada kawansan sarang mafia. Dahinya sudah berkerut memandang sekumpulan lelaki berdiri. Sesetengah dari mereka ada yang memegang kayu besbol. Mereka seolah-olah sudah lama menunggu kedatangan Asraf.

"Hei, you Asraf kan? Seorang mafia yang digelar sebagai pembunuh kejam? Saya abang Long."seloroh seorang lelaki tua. Lelaki itu berumur dalam lingkungan 40-an. Lelaki tua itu juga berbangsa cina.

"Buat apa datang kawasan aku?!"Tanya Asraf tanpa menjawab pertanyaan lelaki tua itu.

Belum sempat lelaki tua itu menjawab soalan Asraf, tendangan terkena tepat pada kepala Lelaki tua itu. Kepalanya terteleng ke tepi sehingga lelaki tua itu tersungkur di kaki Asraf. Kepala diinjak sehingga lelaki tua itu mengerang kesakitan.

"Bos!"jerit Salah satu daripada mereka tetapi tidak ada yang berani maju ke hadapan menyerang Asraf.

"Hei.. aku tak ada masa nak bermain dengan korang ni. Tak ada yang berani nak serang aku ke?" Ujar Asraf. Dia Tersenyum sinis. Masing-masing antara mereka saling berpandangan tidak mahu maju.

Dengan berani seorang lelaki yang memegang kayu besbol berlari laju ingin menyerang Asraf dengan mendadak tapi sempat dielak oleh Asraf. Asraf melayangkan satu penumbuk sehingga Giginya patah kemudian tubuh lelaki itu terhempas kuat.

"Berani belasah orang-orang aku tapi tak berani belasah aku ke?"sinis Asraf.

Pisau lipat dikeluarkan oleh Asraf. Asraf mencangkung memandang lelaki tua itu yang Masih menahan sakit. Terdapat kesan Luka pada kepalanya. Asraf ingin menikam terus perut lelaki tua itu tetapi, tingkahnya mati mengingatkan Hanisah.

"Awak.. kalau Saya kahwin dengan awak. Boleh tak awak berhenti jadi pembunuh?"Suara Hanisah Jelas terngiang-ngiang di telinganya.

Asraf mendengus kasar. Dia bingkas berdiri semula.

"Tolong selamatkan boss kami. Kami tak akan akan datang sini lagi."rayu Salah satu antara mereka. Mereka semua berlutut meminta dilepaskan.

Asraf meminta rokok dan pemetik api daripada orang-orang bawahannya. Rokok itu disedut kemudian, dihembus perlahan sehingga gempulan asap kecil keluar dari mulutnya.

"Keluar dari sini sebelum Aku berubah fikiran!"bentak Asraf.

"Terima kasih.. terima kasih.."ucap mereka. Dua orang itu sudah memapah tubuh lelaki tua itu yang sudah pengsan. Mereka kemudian, berlalu dari situ.

Danish iaitu, Salah satu orang bawahannya lantas menghampiri Asraf.

"Tapi boss, kenapa boss Biarkan mereka pergi? Bukankah sepatutnya kita bunuh je mereka semua?"Tanya Danish. Jelas terpapar riak Wajahnya tidak percaya apabila ketua mafia yang paling kejam membunuh hanya membiarkan sahaja musuh terlepas.

"Ikut suka hati aku lah. Kau nak aku bunuh kau?!"bentak Asraf.

Terhinjut sedikit bahu Danish mendengar Suara Asraf yang meninggi itu.

"Eh tak.. tak nak bos."jawab Danish. Kepalanya sudah tergeleng-geleng. Tidak mahu dia dibunuh oleh Asraf.

Asraf memandang jam tangan pada pergelangannya sekilas. Sudah menunjukkan pukul 10:30 malam.

Tangannya sedikit Luka Mungkin disebabkan terkena sedikit pada kayu besbol itu semasa melayangkan penumbuk pada lelaki tadi.

"Aku pulang dulu. Sudah lewat ni. Ada apa-apa call aku."kata Asraf kepada Danish.

"Boss ni macam orang yang sudah berkahwin pulak nak pulang awal. Dulu tak pernah pun nak pulang awal."kata Danish dengan nada gurauan.

"Just shut up your mouth Danish. Suka hati aku lah nak pulang."balas Asraf.

"Maaf boss."kata Danish. Danish sudah tersengih-sengih.

Asraf segera mengatur langkah untuk keluar dari tempat itu. Malas mahu berbasah-basi dengan Danish. Kalau dilayan sampai esok tak habis.










                 "Hanisah! Hanisah!"panggil Asraf. Tetapi, susuk tubuh Hanisah tidak kelihatan.

Arabella melihat Asraf sudah meluru masuk ke dalam rumah banglo. Dia sudah melorek senyum. Arabella berlari anak mendapatkan Asraf.

"Asraf, you dah makan? Kak Nana ada masak tadi. Jom lah makan malam bersama."kata Arabella. Tangan Asraf dipegang lembut. Dengan pantas ditepis kasar oleh Asraf.

Dia tidak mengeluarkan sebarang kata. Kakinya diatur menaiki anak tangga.

"Kenapa ni bising-bising ni?"Tanya Tengku Hashim. Dia sudah keluar dari bilik mendengar Suara Asraf. Tengku Hashim terjaga disebabkan Suara Asraf.

Pintu bilik Hanisah diketuk kuat dari luar bilik.

"Woi, kau tuli ke? Buka lah pintu kau!"marah Asraf.

Pintu bilik Hanisah akhirnya di buka. Kelihatan mata Hanisah bengkak seperti orang yang baru sahaja menangis.

"Kau kenapa? Kau nangis ke?"Tanya Asraf.

Hanisah hanya menundukkan kepala.

"Awak.. Saya nak tidur. Awak tidur lah."kata Hanisah tetapi kepalanya Masih tertunduk. Dia tidak memandang Asraf.

"Kalau cakap dengan aku kena pandang muka aku!"kata Asraf. Dagu Hanisah diangkat untuk memandang Wajahnya.

Sungguh dia rindu melihat wajah Hanisah. Walau sesaat pun dia tidak mahu meninggalkan gadis itu. Dia ingin terus berada di sisi Hanisah. Dia ingin menjaga gadis itu.

"Awak.. Saya tak selesa awak buat macam ni. Saya penat Saya nak tidur."kata Hanisah. Dia kemudian menepis tangan Asraf daripada terus memegang dagunya.

"Kau okay tak ni? Ada orang buli kau ke di rumah ni? Hakim ada datang sini ke? Kau tak sakit kan?"bertalu-talu soalan diajukan kepada Hanisah. Riak wajah Asraf sudah bertukar menjadi risau.

Hanisah tidak mahu terlalu rapat dengan Asraf kerana tidak mahu Arabella berasa cemburu. Dia juga tidak berniat untuk merampas Asraf daripada Arabella.

"Saya okay. Selamat malam Encik Asraf."ucap Hanisah. Pintu di tutup rapat.

Asraf Masih berdiri kaku di luar bilik Hanisah. Kenapa dia ingin terus berada di sisi gadis itu? Kenapa dia perlu risau?

Asraf kemudian duduk di luar pintu bilik Hanisah. Tubuhnya disandarkan pada pintu itu.

"Kalau aku setuju nak berubah kau akan terima aku jadi suami kau kah Hanisah?"monolog Asraf. Tangannya dilihat sekilas. Ada kesan darah kering.

Tengku Hashim menyedari perubahan Asraf. Dia bersalah dengan peristiwa hitam yang lalu itu. Oleh kerana, perasaan bersalah itu dia terpaksa meminta Hanisah mengubah Asraf.

"Asraf, papa minta maaf. I'm proud of you." Bisik hati Tengku Hashim. Air mata yang bertakung akhirnya merembes keluar.

Continue Reading

You'll Also Like

40.8K 3.8K 73
(SEQUEL USTAZ, TUNGGU SAYA! by @aiensohko) Cover editor - @sirapbang- 🕊️ Pergi dan pulang bersama harapan. Bertahun-tahun menyimpan rasa. Dalam doa...
123K 10.5K 64
Karya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyiek...
340K 15.1K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
47K 2.7K 40
04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jeja...